MPU 13012 PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK :PENGERTIAN ISLAM, IMAN DAN IHSAN SERTA HUBUNGAN
BESERTA CONTOH
NAMA PELAJAR E-FOLIO
NO MATRIK
ZULAIKHA BINTI ZAINUDDIN
M01SOP21F012
MUHAMMAD SYAHMY FAKHRY M01SOP21F010
BIN ZAHRI M01SOP21F005
ANISYAH SHAMIRA BINTI ANUAR
NAMA PENSYARAH : PUAN NORHAYATI BINTI ALI
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN 3
2 PENGERTIAN 4-5
ISLAM,IMAN DAN IHSAN
3 HUBUNGAN
ISLAM 6
IMAN
IHSAN
4 CONTOH ISLAM,IMAN 7-9
DAN IHSAN
5 KESIMPULANYA 9
6 RUJUKAN 10
2|Page
PENGHARGAAN
Salam sejahtera pembuka bicara, terlebih dahulu kami ingin mengungkapkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan kerana memberi kesempatan kepada kami dengan dikurniakan
nafas, akal fikiran yang cergas dan cerdas, juga kesihatan pada hari ini. Dengan nikmat ini,
kami dapat menyediakan e folio tugasan kami yang bertentangkan ‘Islam iman dan ihsan”.
Kami dapat mengetahui lebih banyak maklumat tentang tajuk ini. Pertama sekali terima kasih
kepada ahli kumpulan saya iaitu SYAHMY DAN ANISYA yang membantu untuk melaksankan
tugasan e-folio dengan memberi maklumat yang di perlukan. Kami bekerjasama menyiapkan
tugasan yang telah diberikan ini dengan baik dan sempurna. Kami mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Puan NORHAYATI BINTI ALI sebagai pensyarah Pendidikan Islam kami
kerana membantu dan menjelaskan lebih lanjut kepada kami mengenai kerja khursus ini..
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang sentiasa mendoakan kejayaan buat kami
tanpa kenal erti putus asa. Walaupun mereka sibuk bekerja, mereka tetap menolong kami
tanpa rasa keluh dan kenal erti penat. Kami amat menghargai setiap insan yang memerah
tenaga buat kami dalam proses penyediaan folio tugasan ini. Sekian, terima kasih.
3|Page
PENGERTIAN ISLAM ,IMAN DAN IHSAN
IMAN
Iman dari segi bahasa membawa erti percaya. Dalam konteks penghayatannya di kalangan
umat Islam, iman membawa maksud mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan
mengamalkannya dengan anggota.
Dalam erti kata lain bahawa seseorang yang mengaku dengan lidahnya mengenai keesaan
dan kekua saan Allah, mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan segala
perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.
Terdapat enam asas kepercayaan dalam amalan, cara hidup Islam yang dikenali sebagai
rukun-rukun iman. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang
bermaksud:
"Iman itu ialah bahawa kamu yakin dan;
percaya kepada Allah,
percaya kepada malaikat-malaikat-Nya,
percaya kepada kitab-kitab-Nya,
percaya kepada rasul-rasul-Nya,
percaya dengan kedatangan Hari Akhirat dan
percaya dengan ketentuan balk dan buruk dari-Nya".
Orang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara atau rukun-rukun iman
tersebut adalah kafir. Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun iman
dianggap murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam.
Pengertian Islam dan konsepnya.
4|Page
ISLAM
Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera. Dalam konteks penghayatannya di kalangan
umat Islam ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah
Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh seseorang Islam yang
dikenali sebagai rukun-rukun Islam. Rukun-rukun Islam ini terkandung dalam sebuah hadis
Rasulullah yang bermaksud:
"Islam itu adalah bahawa engkau bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah,
Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat, menunaikan
puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan zakat dan mengerjakan haji dia Makkah jika
berkemampuan."
IHSAN
Konsep ihsan ini telah digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
"Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu
tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu"
Hadis ini menjelaskan bahawa ihsan itu adalah tindakan seseorang melakukan sesuatu
amalan atau kebaikan kerana menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan gerak-gerinya
dan dia hanya mengharapkan balasan baik daripada Allah semata-mata.
Dalam erti kata lain bahawa semua amalan kebajikan yang dilakukan adalah dengan penuh
keikhlasan.
5|Page
HUBUNGAN ISLAM,IMAN DAN IHSAN
Hubungan antara islam iman dan ihsan adalah satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan
antara satu sama lain.Iman ialah kepercayaan melalui pelaksanaan rukun islam yang ke
lima.Sedangkan pelaksanaan rukun islam dilaksanakan dengan cara ihsan. Jika iman
seseorang itu lemah, maka Islamnya akan cenderong, lebih-lebih lagi ia akan runtuh. Pada
hakikatnya, boleh jadi solat itu akan terhenti, sehingga tidak dikerjakan tepat pada waktunya,
atau tidak juga diqada. Zakat tidak diagihkan, puasa tidak dijalankan, dan sebagainya.
Sebaliknya, iman akan menjadi kuat sekiranya Islam seseorang itu ditegakkan. Kerana iman
kadang-kadang tebal, kadang-kadang boleh tipis, kerana amal yang akan mempengaruhi hati.
Sedangkan hati itu sendiri adalah wadah untuk iman itu. Jadi, jika seseorang itu rajin
beribadah, rajin bertaqorrub, maka imannya akan lebih tebal, sebaliknya jika seseorang itu
berlarutan dalam kemaksiatan, kebal dari dosa, ia juga akan memberi kesan kepada tipisnya
iman. Ihsan boleh diibaratkan sebagai hiasan rumah, bagaimana rumah itu boleh nampak
mewah, nampak cantik, dan megah. Sehingga menarik perhatian ramai pihak. Begitu juga
dalam ibadah, bagaimanakah ibadah ini mendapat perhatian kholiq, sehingga diterima
olehnya. Bukan hanya setakat melaksanakan perintah dan menjauhi larangan, tetapi
mencuba bagaimana amalan itu boleh menjadi nilai tambah di hadapanNya. Seperti yang
disebutkan di atas, kedudukan kita hanyalah sebagai hamba, hamba Allah, seboleh-bolehnya
kita bekerja, melaksanakan perintahNya untuk mendapat perhatian dan keredhaanNya. Inilah
hakikat ihsan. Kemudian iman berkaitan aqidah Islam, Islam berkaitan syariah, ihsan
berkaitan khuluqiya. Daripada ketiga-tiga perkara tersebut, dapat kita fahami bahawa dalam
perkembangan sains Islam, ilmu dikelompokkan kepada aqidah, fiqh, dan akhlak. Antara
pengelompokan perkataan dalam Islam ialah iman, Islam dan ihsan. Berdasarkan hadis yang
masyhur, ketiga-tiga istilah ini memberi gambaran kepada manusia tentang rukun iman, rukun
Islam dan penghayatan Tuhan yang hadir dalam kehidupan. Setiap penganut Islam
mengetahui dengan pasti bahawa Islam tidak sah tanpa iman, dan iman tidak sempurna tanpa
Ihsan. Dari pengertian ini mempunyai makna setiap istilah yang berkaitan antara satu sama
lain.Daripada pemahaman ini dapat memahami bahawa Islam, Iman dan Ihsan adalah Trilogi
ajaran Ilahi.
6|Page
CONTOH ISLAM,IMAN DAN IHSAN
CONTOH ISLAM
Islam ialah seseorang muslim mesti menghayati lima rukun islam.Islam adalam agama Allah
s.w.t. yang diwahyukan kepada Rasul-Nya untuk menjamin keselamatan hidup
penganutnya.Seterusnya ,rukun islam mempunyai 5 rukun iaitu mengucapkan kalimah
syahadah.syahadah merupakan ikrar kepada hidup seorang muslim.syahadah memainkan
peranan penting dalam kehidupan seseorang muslimkerana ia merupakan nur islam. Selain
itu ,kalimah syahadah ini dapat membezakan antara umat islam dan kaum kafir yang lain.lafaz
kalimah syahadah juga merupakan kunci atau syarat utama untuk amalan ibadat itu diterima
oleh Allah s.w.t..di samping itu,lafaz kalimah syahadah ini juga merupakam syarat untuk
mendapatkan syafaat daripada Rasulullah s.a.w.. seterusnya seorang islam telah mengakui
dan bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah maka umat islam
mesti membuktikan dengan melaksanakan semua amalan ibadat yang diwajibkan oleh Allah
s.w.t.. seterusnya mendirikan solat adalah satu perintah yang diwajibkan setiap hari ke atas
umat Islam yang akil baligh. Solat mendidik manusia supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t.
dan mematuhi perintah-Nya. Solat akan memberi ketenangan jiwa.seterusnya,zakat ialah
kata dasar dalam bahasa Arab daripada perkataan Zaka yang membawapengertian berkat,
tumbuh, suci, bersih dan baik atau dapat memberi maksud membersihkan atau mensucikan.
Menurut hukum Islam (istilah syarak) zakat bererti sejumlah harta tertentu yang diwajibkan
oleh Allah s.w.t. diserahkan kepada orang yang berhak. Menurut al-Mawardi dalam Kitab al-
Hawiy, zakat ialah nama bagi sesuatu pengambilan tertentu daripada harta yang tertentu
menurut sifat-sifat tertentu dan untuk diberikan kepada golongan tertentu.seterusnya
berpuasa pada bulan ramadan. Berpuasa menurut bahasa ialah menahan diri daripada
sesuatu dan menurut istilah bererti menahan diri daripada melakukan sesuatu yang
membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenam matahari. Puasa juga
menuntut kita mencegah nafsu lahir dan batin daripada segala yang dilarang serta mengawasi
gerak-geri badan daripada melakukan suatu yang ditegah oleh hukum.seterusnya
menunaikan haji. Setiap umat Islam yang cukup syaratnya (berkemampuan) wajib
mengerjakan haji di Mekah. Haji ialah ibadat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Orang yang
menunaikan haji bukanlah kerana hendakkan keduniaan (gelaran atau menunjuknunjuk)
tetapi kerana ibadat haji itu tuntutan agama.
7|Page
Ibadat haji hanya boleh dikerjakan di kota suci Mekah dan dilakukan dalam musim haji sahaja
iaitu pada bulan Zulhijjah. Ia juga memerlukan perbelanjaan dan kesihatan badan yang baik.
Namum begitu, Allah s.w.t. akan mempermudahkan semua itu kepada hamba-hamba-Nya
yang bercita-cita untuk menunaikan haji sebagai tanggungjawab mereka sebagai seorang
Islam. Oleh itu, kita sebagai hambanya perlu memasang niat untuk mengerjakan haji di
samping berusaha untuk memenuhi keperluan yang diperlukan.
CONTOH IMAN
Iman ialah kepercayaan Iman ialah kesepaduan antara tiga perkara iaitu percaya dalam hati,
mengaku dengan lidah serta beramal dengan segala rukun dan perintah. Dengan demikian,
orang yang beriman adalah orang yang beramal kerana amal membuktikan
keimanannya.seterusnya beriman kepada Allah percaya akan kewujudan-Nya sebagai Tuhan
Yang Sempurna sifat-Nya secara mutlak, Pencipta alam ini, Penyusun peraturannya dan
Pengatur perjalanannya. Allah s.w.t. merupakan Tuhan yang wajib disembah dan diakui
kemuliaan-Nya, kekuasaan-Nya dan dipatuhi hukum-hukum-Nya. Bukti kewujudan Allah ialah
wujudnya sekalian makhluk dan alam ini.seterusnya beriman kepada malaikat, Beriman
kepada sekalian malaikat adalah wajib. Malaikat dijadikan daripada cahaya, bukan lelaki dan
bukan pula perempuan, taat kepada Allah s.w.t. dan patuh menjalankan tugas yang telah
diamanahkan. Seterusnya beriman kepada al quran. Ajaran serta hukum-hukum Allah telah
diwahyukan Allah s.w.t. dan Rasul-Nya melalui al-Quran. Seterusnya beriman kepada rasul
mengapakah kita dikehendaki beriman kepada para rasul? Ini ialah kerana rasul-rasul
merupakan penyampai bagi dasar-dasar agama kepada umat manusia. Kepercayaan kepada
sekalian rasul adalah wajib. Seterusnya beriman kepada hari kiamat. Beriman kepada hari
akhirat bermaksud percaya dengan penuh yakin tanpa sebarang keraguan bahawa selepas
kehidupan di dunia ini kita pasti akan berhadapan dengan hari pembalasan. Pada hari
tersebut, manusia akan dibangkitkan dan segala amalan mereka akan dihitung untuk
diberikan balasan yang setimpal dengan amalan itu. Ketiadaan amalan dan pekerjaan yang
baik pada hari ini menyebabkan kerugian dan kesesalan pada kemudian hari. Beriman kepada
qada’ dan qadar . Sebagai manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t., kita sering diduga dengan
pelbagai masalah yang bertujuan untuk menguji keredaan kita terhadap kebesaran Allah
s.w.t. Kita percaya bahawa setiap perkara yang berlaku itu adalah ketentuan Allah, maka kita
wajib percaya kepada qada’ dan qadar.
8|Page
CONTOH IHSAN
Ihsan ialah kita menyembah Allah s.w.t. seolah-olah kita melihat-Nya. Jika kita tidak dapat
melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah s.w.t. melihat kita. Menyembah Allah bererti
mengabdikan diri kepada-Nya dengan beribadat menurut cara yang paling baik pada zahirnya
dan batinnya. Ibadat yang dilaksanakan menurut hakikat ihsan mesti ditumpukan kepada
Allah s.w.t. semata-mata, tidak kepada yang lain atau kerana orang lain.Ihsan dalam ibadat
adalah antara martabat yang paling mulia dan tertinggi. Oleh itu, ibadat perlu dibina atas dua
dasar yang penting agar memenuhi matlamat ihsan dalam ibadat tersebut. Pertama ialah cinta
kepada Allah s.w.t. iaitu merasa tawaduk dan tunduk di hadapan Allah s.w.t. agar timbul
perasan meminta dan mengharap hanya kepada Allah s.w.t. sahaja. Kedua pula ialah takwa,
takut dan merasa kerdil apabila berhadapan dengan kebesaran dan kasih sayang Allah s.w.t.
Ibadat seperti ini menyebabkan seseorang merasa lebih bertanggungjawab terhadap
ibadatnya, dan akan melaksanakannya dengan penuh ikhlas. Keikhlasan menjadi asas
penting dalam menentukan kesempurnaan amalan dan ibadat seseorang.
KESIMPULAN
Kesimpulanya Islam, Iman dan Ihsan adalah saling berkait antara satu sama lain. Ia
merupakan istilah tiga serangkai yang merupakan tonggak agama ini. Seseorang yang
beriman akan merasa bahawa dirinya terpanggil dengan seruan Allah dalam al-Quran agar
menyahut dan mematuhi segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya. Amalan zahir
yang mewakili ‘Islam’ seseorang pula merupakan petanda seseorang itu muslim dan mukmin.
Jika seorang muslim itu meninggalkan amalan zahir ini, ia menjadi fasiq dan imannya boleh
terganggu. Ihsan pula bersifat sebagai pelengkap dan penyempurna di mana apabila
seseorang yang mengakui beriman melakukan amal soleh dan mesti disulami dengan niat
yang ikhlas kerana Allah. Ikhlas itulah dikenali sebagai ihsan dan akan dianugerahkan pahala
di sisi Allah. Ihsan peringkat
tinggi pula menjadikan seluruh cabang kehidupan disulami dengan ikhlas, sempurna, dan
merasakan diri sentiasa diawasi Allah hingga akhirnya ia bersifat wara’ dan berjaga-jaga
daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah.
9|Page
SUMBER RUJUKAN
http://paikupusb.blogspot.com/p/kedudukan-dan-hubungan-antara-
islam.html?m=1
https://jijan9.tripod.com/iman.htm
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/pengertian-islam-iman-dan-
ihsan/
10 | P a g e