The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Latihan Industri oleh pelajar IKTBN Sepang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hazriel Adam, 2024-05-02 23:41:24

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Laporan Latihan Industri oleh pelajar IKTBN Sepang

Keywords: Laporan latihan Industri

i LAPORAN LATIHAN INDUSTRI INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN), SEPANG ADAM HAZRIEL BIN HANAFIAH 020610-06-0325 HPMT INDUSTRIES SDN BHD 5, JALAN SUNGAI KAYU ARA 32/39, TAMAN BERJAYA, SEKSYEN 32, 40460, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA


ii


iii PENGESAHAN KETUA JABATAN Saya akui bahawa telah membaca Laporan Latihan Industri (LI) ini dan pada pandangan saya Laporan Latihan Industri ini adalah memenuhi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Diploma Teknologi Mekanikal Pembuatan CAD/CAM (DMC 04) TANDATANGAN : NAMA KETUA JABATAN : TARIKH :


iv PENGAKUAN PELAJAR Saya akui ini adalah Laporan Latihan Industri (LI) di HPMT INDUSTRIES SDN BHD di mana semuanya adalah hasil kerja saya sendiri. TANDATANGAN : NAMA PELAJAR : TARIKH :


v PENGHARGAAN Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan Laporan Eksekutif setelah saya bertungkus lumus selama 3 bulan menjalani Latihan Industri. Dikesempatan ini saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada syarikat HPMT INDUSTRIES SDN BHD kerana memberi saya peluang untuk menjalani latihan industri di syarikat ini dan juga dapat menimba ilmu serba sedikit dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang ini. Dengan kesempatan ini juga saya ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan dan galakkan. Tidak lupa juga kepada penyelia saya Puan Noor Hafizah Abdullah kerana beliau telah memberi peluang dan tunjuk ajar kepada saya dalam melakukan tugas. Tidak dilupakan juga, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang (IKTBN) Sepang, terutama kepada pegawai unit perhubungan Latihan Industri IKTBN dan pengajar Japatan Pemesinan kerana banyak membantu saya sebelum, semasa, dan selepas menjalani Latihan Industri. Semua tunjuk ajar mereka amatlah berguna bagi saya untuk dimanfaatkan dan diaplikasikan semasa menjalani Latihan Industri mahupun dalam bidang pekerjaan kelak. Selain itu, saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu saya dalam melengkapkan laporan ini serta sokongan yang diberikan. Sekian, Terima Kasih.


vi KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 2 1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI 4 1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI 6 BAB 2 LATAR BELAKANG SYARIKAT 2.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT 8 2.1.1 PENGENALAN KEPADA HPMT INDUSTRIES 9 SDN BHD 2.2 LOGO INDUSTRI 13 2.3 OBJEKTIF/MISI/VISI INDUSTRI 14 2.4 PROFILE INDUSTRI DAN CARTA 15 ORGANISASI BAB 3 TANGGUNGJAWAB PELAJAR SEMASA LATIHAN INDUSTRI (LI) 3.1 TUGAS YANG PELAJAR JALANKAN 18 SEMASA LI 3.2 PROSES KERJA SEMASA LI 20 3.3 KESESUAIAN DAN APLIKASI KURSUS 29 DENGAN LATIHAN YANG DIIKUTI. 3.4 KEMAHIRAN DAN TEKNOLOGI BARU 30 YANG TELAH DIGUNAKAN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS


vii 3.5 AMALAN KESELAMATAN INDUSTRI 31 BAB 4 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN 4.1 KEPADA INDUSTRI 34 4.2 KEPADA PIHAK JABATAN ATAU 34 INSTITUT BAB 5 PENUTUP 5.1 KESIMPULAN LATIHAN INDUSTRI 36 5.2 RUJUKAN 37 5.3 LAMPIRAN GAMBAR, HASIL KERJA, 38 LAPORAN, MINIT MESYUARAT, MANUAL KERJA, JADUAL, LUKISAN, DAN LAINLAIN YANG BERKENAAN .


1 BAB 1 PENGENALAN


2 1.1 PENDAHULUAN PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI Latihan industri merupakan satu perkara yang tidak asing lagi bagi setiap mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Pusat Pengajian Tinggi terutama sekali bagi mereka yang sedang menuntut di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang Malaysia. Latihan industri ini merupakan satu syarat bagi pelajar IKTBN Sepang dan setiap pelajar diwajibkan untuk menjalani Latihan Industri. Latihan industri ini dijalankan di syarikat-syarikat yang diluluskan oleh IKTBN Sepang dan mendapat persetujuan dari pihak syarikat itu sendiri. Saya sebagai seorang pelajar IKTBN Sepang yang telah memilih syarikat HPMT Industries Sdn Bhd selama 3 bulan, bermula 8 Januari 2024 sehingga 30 Mac 2024. Latihan industri ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kedalam pekerjaan yang sebenar sebagai satu kemudahan untuk masa akan datang. Sepertimana yang diketahui umum apabila seseorang itu memasuki sesebuah pusat pengajian pelajar hanya akan didedahkan dengan teori. Oleh itu apabila menjalankan Latihan industri sedikit sebanyak memberi pengetahuan tentang selok belok pekerjaan yang akan ditempuhi oleh para pelajar masa hadapan. Contohnya pelajar yang akan mengikuti kursus Teknologi Mekanikal Pembuatan melalui Latihan industri ini pelajar akan mengetahui tugas-tugas sebenar sebagai operator mesin konvensional/CNC. Di samping pelajar memperoleh pengalaman baru dan boleh mempraktikkan segala teori yang dipelajari dalam keadaan yang sebenar. Dengan latihan inilah pelajar dapat menggunakan semua teori yang telah dipelajari. Tujuan IKTBN Sepang mewujudkan program Latihan industri ini kerana banyak manfaat yang akan diperoleh oleh pelajar. Dalam tempoh 3 bulan pelajar ditempatkan di dalam suasana pekerjaan. Ia sudah mencukupi bagi seorang pelajar untuk mencari pengalaman bekerja yang sebenar.


3 Melalui Latihan industri pelajar akan dapat mengetahui masalah sebenar yang akan timbul dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Semua ini adalah amat penting kepada pelajar dan dapat dijadikan petunjuk pada masa yang akan datang. Selain itu juga dapat mengeratkan hubungan sesame pekerja lain dan dapat menimbulkan semangat Kerjasama antara satu sama lain. Dengan adanya program Latihan industri ini juga, ia dapat membina keyakinan diri pelajar mengikut kemampuan masing-masing serta dapat menanam sifat Amanah dan bertanggungjawab kepada segala kerja yang dilakukan. Sifat Amanah amat diperlukan bagi seseorang yang bergelar pekerja ini bagi menjamin maklumat syarikat dikekalkan. Secara amnya, program Latihan industri ini adalah satu usaha yang murni dan perlu diteruskan dalam melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang serba boleh dalam segala hal dan tidak gentar menghadapi apa jua cabaran serta rintangan dalam pekerjaan. Di sini saya juga ingin menyenaraikan tujuan atau objektif Latihan industri secara ringkasnya.Di antara tujuannya ialah : a) Menanam sifat bertanggungjawab dan menjaga hubungan baik sesama pekerja lain. b) Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja. c) Menyediakan laporan rasmi dan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh IKTBN Sepang. d) Mendedahkan para pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar. e) Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.


4 1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI Latihan industri diwajibkan ke atas para pelajar atas beberapa tujuan tertentu. Bagaimana yang kita sedia tahu, antara tujuan utama latihan industri ini dilaksanakan adalah supaya para pelajar semua dapat memperolehi pengalaman tentang persekitaran alam pekerjaan yang sebenar. Ini bertujuan agar para graduan IKTBN akan lebih bersedia dan mudah menyesuaikan diri apabila menempuhi alam pekerjaan/kerjaya di masa akan datang. Selain itu, para pelajar juga dapat mempraktikkan segala yang telah dipelajari di dalam bengkel mahupun di dalam bilik kuliah melalui perlaksanaan latihan industri. Sebagaimana yang kita tahu, teori dan praktikal adalah dua perkara yang berbeza di mana para pelajar akan menjadi lebilh mudah memahami sesuatu ilmu yang dipelajari secara teori sekiranya mereka terlibat secara langsung dengan teori tersebut secara praktikal. Di samping itu, para pelajar juga akan memperolehi pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan tambahan yang tidak dapat diperolehi di dalam bilik kuliah ataupun di dalam bengkel. Ini membantu para pelajar menjadi mahir dan matang untuk menguruskan segala hal dan mengatasi segala masalah. Melalui perlaksanaan latihan industri juga, para pelajar akan dapat mendidik diri menjadi lebih berdisiplin, dan bertanggungjawab. Ini kerana, dunia pekerjaan sebenar memerlukan para pelajar berkerja di bawah pihak masing-masing dan mereka perlu mematuhi arahan pihak atasan mereka. Dalam pada itu, setiap organisasi juga biasanya mempunyai peraturan dan etika tersendiri yang perlu diikuti oleh setiap pekerja. Oleh itu, para pelajar yang sedang menjalani latihan industri di sebuah organisasi juga turut bertanggungjawab mematuhi segala peraturan dan etika yang digarispandukan oleh setiap organisasi terlibat. Pelbagai sikap positif lain juga dapat ditambahkan melalui program Latihan industri. Antaranya, para pelajar dapat memupuk minat dalam diri masing-masing dan memotivasikan diri untuk membuat persediaan selengkapnya bagi menceburi alam pekerjaan yang dijalani pada masa akan datang untuk menyambung kerja masingmasing. Selain itu, melalui penglibatan diri dalam aktiviti-aktiviti organisasi ketika Latihan industri, para pelajar akan dapat menambah keyakinan diri dan juga dapat mengenalpasti kebolehan diri. Para pelajar juga dapat membiasakan diri dengan kerjakerja dalam kumpulan. Ini amat membantu mereka dalam menghadapi dunia pekerjaan di masa akan datang.


5 Secara kesimpulannya, objektif utama Latihan industri dijalankan adalah untuk membantu para pelajar memperolehi pengalaman dan pengetahuan sebanyak yang mungkin untuk kegunaan masa hadapan di samping memperolehi gred yang baik dalam Pelajaran. Justeru itu, para pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan penambahbaikkan secara berterusan dan membuat penilaian yang komprehensif semasa menjalani Latihan industri agar mereka dapat mencapai matlamat utama program ini. Laporan yang disiapkan boleh menjadi panduan yang berguna untuk di masa akan datang dan yang paling penting para pelajar hendaklah mengamalkan setiap perkara dan nilai positif yang dipelajari semasa Latihan untuk menjamin kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


6 1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI Laporan ini telah disediakan sebagai sebahagian tugasan atau kerja yang diwajibkan kepada pelajar untuk memenuhi kriteria yang telah dibuat oleh dasar Pendidikan kerajaan. Laporan telah disediakan berdasarkan pengalaman-pengalaman dan juga pengetahuan yang telah diperoleh oleh pelajar-pelajar semasa menjalani latihan industri. Laporan mestilah mengandungi latar belakang syarikat dan peranannya. la meliputi aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tempoh latihan ini. Pelajar juga perlu memahami objektif sebenar yang diwajibkan dalam penyediaan laporan apabila tamat menjalani latihan industri nanti. Antara faKtor utama penyediaan laporan latihan industri ataupun laporan eksekutif ini adalah : I. Memastikan pelajar dapat menyediakan laporan dan tugasan yang diarahkan oleh IKTBN pada masa yang ditetapkan. II. Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan. III. Melihat cara pelajar mengolah kerja yang dilakukan diatas kertas kerja. IV. Melihat keupayaan pelajar dalam menghasilkan sesuatu tugasan. V. Memastikan pelajar dapat mengaitkan teori dan amali pembelajaran di IKTBN dengan aspek-aspek praktikal di sebuah firma di atas kertas kerja.


7 BAB 2 LATAR BELAKANG SYARIKAT


8 2.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT NAMA SYARIKAT : HPMT Industries Sdn Bhd TAHUN BEROPERASI : Tahun 1979 ALAMAT : No. 5, Jalan Kayu Ara 32/39, Taman Berjaya, Shah Alam NO TELEFON : 03-5870 0098 EMAIL : [email protected] NAMA PENYELIA : Noor Hafizah Abdullah BAHAN YANG DIBUAT : Mata alat pemotong


9 2.1.1 PENGENALAN KEPADA HPMT INDUSTRIES SDN BHD HPMT Industries Sdn Bhd adalah sebuah perusahaan pembuatan alatan pemesinan berketepatan tinggi yang berasal di Malaysia dan dikenal sebagai salah satu pengeluar terkemuka alatan pemesinan berketepatan tinggi di Asia Tenggara. Latar belakang perusahaan ini memiliki sejarah yang menarik. (HPMT bermula pada tahun 1979 sebagai pengedar alatan pemesinan di bawah nama Herroz) HPMT Industries Sdn Bhd di dirikan pada tahun 1979 di Malaysia. Pada waktu itu, HPMT bermula sebagai pengedar alatan pemesinan di bawah nama Herroz. Pada tahun 2004, ibu pejabat HPMT berpindah ke shah alam dan membina bangunan di atas tanah yang keluasan sebanyak 150,000 kaki persegi. Pada saat itu, industri pembuatan di Malaysia sedang mengalami perkembangan pesat, dan pendirian HPMT Industries merupakan tindak balas terhadap keperluan akan alatan pemesinan berketepatan tinggi di pasaran wilayah.


10 Sejak awal, HPMT Industries telah menetapkan standard yang tinggi dalam kualiti produknya. Mereka memahami betapa pentingnya alat pemesinan yang berketepatan tinggi dalam proses pembuatan. Dan disebabkan itu, mereka melakukan pelaburan yang besar dalam pengembangan teknologi dan sumber daya manusia untuk memastikan bahawa produk mereka memenuhi atau bahkan melebihi harapan pelanggan. (Bahagian R&D dalaman telah ditubuhkan untuk menginovasi alatan baharu secara konsisten) HPMT Industries terus melampaui batas-batas inovasi dalam pengembangan produk alatan pemesinan. Mereka terus melakukan kajian dan perkembangan untuk menciptakan produk-produk yang lebih efisien, tahan lama, dan sesuai dengan keperluan industri moden.


11 (Menubuhkan pejabat jualan HPMT Shenzhen untuk menyediakan penyelesaian perindustrian di pasaran China.) Syarikat ini telah membangunkan jaringan pengedaran yang kuat, tidak hanya di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Hal ini membolehkan mereka untuk menyediakan produk-produk mereka kepada pelanggan di pelbagai negara dengan lebih efisien. HPMT Industries sangat mengambil berat tentang keperluan pelanggan. Mereka tidak hanya menyediakan produk berkualiti tinggi, tetapi juga memberikan layanan pelanggan yang terbaik. Perkara ini termasuk sokongan teknikal yang komprehensif dan penyelesaian terbaik yang disesuaikan dengan keperluan individu pelanggan.


12 Seiring dengan dedikasi terhadap kualiti dan inovasi, HPMT Industries telah mencapai beberapa pencapaian dan pengiktirafan dalam industri. Mereka telah menjadi pilihan utama bagi banyak syarikat pembuatan terkemuka dalam pelbagai sektor. Dengan latar belakang kukuh ini, HPMT Industries Sdn Bhd terus menjadi salah satu peneraju dalam industri alat pemotong ketepatan, serta menjadi contoh teladan dari segi inovasi, kualiti dan perkhidmatan pelanggan.


13 2.2 LOGO INDUSTRI Logo rasmi HPMT Industries Sdn Bhd Diamond adalah unsur paling sukar yang diketahui oleh semua manusia. Dibentuk melalui struktur molekul yang sempurna dan ikatan harmoni antara karbon. Logo HPMT yang diletakkan di tengah-tengah berlian mentah melambangkan Ketahanan dan Kemakmuran. Untuk memastikan sifat berfaedah ini untuk semua rakan sekutu, kami berusaha untuk membina nilai menggunakan falsafah kami dengan kerjasama aktif antara Pengilang, Rantaian Bekalan, Senjata Pengedaran dan Pelanggan.


14 2.3 OBJEKTIF, MISI, VISI INDUSTRI Objektif dan Visi • Melepaskan potensi manusia & teknologi untuk membentuk kehidupan yang lebih baik untuk manusia. Misi • Menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Sentiasa! • Integriti harus menjadi teras setiap keputusan perniagaan. • Mengamalkan sikap tangkas sebagai tindak balas kepada perubahan dan keperluan perniagaan. • Jadikan setiap hari sebagai hari yang produktif. • Harungi halangan, boleh dipercayai dan bertanggungjawab. • Tiada apa yang boleh dicapai tanpa kakitangan kita dan kerja berpasukan yang sihat. • Jangan berhenti belajar dan berinovasi, dengan sikap yang menyeronokkan.


15 2.4 PROFILE INDUSTRI DAN CARTA ORGANISASI NAMA SYARIKAT • HPMT Industries Sdn Bhd ALAMAT OPERASI • 5, Jalan Sungai Kayu Ara 32/39, Taman Berjaya, Seksyen 32, 40460, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia KELUASAN KILANG • 150,000 kaki persegi LOGO SYARIKAT LOKASI SYARIKAT


16 CARTA ORGANISASI


17 BAB 3 LAPORAN TUGAS PELAJAR SEMASA LATIHAN INDUSTRI


18 3.1 AKTIVITI/TUGAS YANG PELAJAR JALANKAN SEMASA LI Sepanjang saya menjalakan Latihan industri di HPMT Industries Sdn Bhd, saya ditempatkan di bawah bahagian QC Department di mana produk akan melalui proses pemeriksaan yang terakhir sebelum di hantar kepada pelanggan. Di antara tugas yang saya diarahkan oleh penyelia adalah : 1. Stesen 1 - Scanning in/out & Reporting Terima job dari department lain dan scan job number untuk didaftarkan ke dalam sistem IQC sebelum membuat pemeriksaan. Tujuan scan job number dan dimasukkan ke dalam sistem adalah untuk jejak dan memerhati keberadaan mata alat di dalam QC department. Mata alat yang telah selesai di periksa akan di scan out bagi merekod di dalam sistem IQC. Jika terdapat mata alat yang di reject, maka report akan dibuat untuk diberikan kepada pelanggan. 2. Stesen 2 - Jobsheet verification Mengesahkan production data dan jobflow. Operator akan memastikan pengeluaran melengkapkan semua aliran kerja dan kawalan proses dan data untuk kerja masing-masing. Kemudian data-data tersebut akan direkodkan ke dalam sistem IQC bagi memudahkan department lain untuk merujuk semula data tersebut. Jobsheet yang telah direkodkan akan di recycle. 3. Stesen 3 - Zoller/Mark 1/Mark 2 (Auto Diameter check) Zoller digunakan untuk mengukur diameter, backtapper, angle, lengths dan runout untuk mata alat custom. Mark 1/Mark 2 pula digunakan untuk mengukur diameter, backtapper dan runout untuk mata alat standard seperti endmill, ballnose, bullnose dan lain-lain lagi.


19 4. Stesen 4 - Starret, Micrometer, Caliper Melakukan pemeriksaan dimensi (produk spesifikasi ditentukan oleh pelanggan atau katelog). Kemudian melakukan pemeriksaan length (cutting length, pilot length, flute length, dan lain-lain lagi.) Tugas dilakukan kerana untuk memastikan produk mengikut spesifikasi dan appearance mata alat mengikut kehendak pelanggan. 5. Stesen 5 - Photo & Geometry (Dinolite) Melakukan geometry check (Manufacturing product parameter control). Operator juga membandingkan master image (gambar yang diambil oleh QC) dengan previous image (gambar yang diambil oleh CNC Department). 6. Stesen 6 - Appearance-Chipoff, Coating, Marking, Grinding (DGTV) Melakukan pemeriksaan visual pada mata alat dengan menggunakan mesin DGTV. Pemeriksaan visual perlu dilakukan kerana untuk memastikan tiada kesan defect pada fizikal mata alat yang ingin dihantar kepada pelanggan. 7. Stesen 7 - Packing & Labelling Melakukan proses packing kepada mata alat yang telah selesai diperiksa. Kemudia labelkan bungkusan dengan label yang diberikan. Tujuan packing & labelling adalah untuk inventory/warehouse menyimpan mata alat dengan selamat dan mengikut label yang telah dilekatkan pada bungkusan.


20 3.2 PROSES KERJA SEMASA LI Minggu Pertama (8/1/2024 - 12/1/2024) ➢ Melaporkan diri di HPMT Industries Sdn Bhd dan berjumpa dengan Puan Julie bahagian HR. ➢ Berkumpul di tempat perhimpunan syarikat bagi perhimpunan bulanan syarikat yang pertama untuk tahun 2024. ➢ Mengisi borang Latihan industri yang diberikan oleh Institut dan borang Latihan industri yang diberikan oleh Puan Julie. ➢ Mendengar taklimat dan melihat setiap department yang ada di dalam HPMT Industries. ➢ Ditempatkan di QC Department oleh Puan Julie. ➢ Menghadiri Morning Briefing oleh QC Department berkenaan jumlah outstanding, pending, masalah dan output hari yang sebelumnya. ➢ Log masuk ke website training module dan diarahkan untuk fahamkan tentang QC Department. Kemudian jawab quiz dan ujian sebelum memulakan kerja di stesen. ➢ Penyelia bawa ke mesin starret dan mengajar bagaimana mesin starret berfungsi dan cara penggunaannya. ➢ Belajar tentang Dinolite dan cara penggunaannya dengan staff senior. ➢ Penyelia menerangkan apa iaitu DGTV dan cara penggunaannya. ➢ Penyelia bawa ke Sizing Department untuk menerangkan apa itu Sizing Department dan kepentingan department tersebut dalam HPMT. ➢ Mesin yang digunakan untuk memotong Raw Material adalah Part Off Machine. Setelah Raw Material dipotong, ia akan melalui proses grinding. Mesin yang digunakan untuk grind permukaan Raw Material adalah Centerless Grinding. ➢ Pergi ke EWAG Department untuk lihat bagaimana department tersebut berfungsi. ➢ Pergi ke CNC Department dan cara mata alat dihasilkan. Mesin yang digunkan adan NP30 Grinding Machine. ➢ Pergi ke Polished Department dan belajar bagaimana mata alat dicuci selepas dihasilkan di CNC Department. ➢ Penyelia minta untuk membuat report tentang apa yang sudah dipelajari sepanjang berada di HPMT selama seminggu.


21 Minggu Kedua (15/1/2024 - 19/1/2024) ➢ Morning Briefing oleh QC Department berkenaan jumlah outstanding, pending, masalah dan output hari yang sebelumnya. ➢ Cuci shank mata alat dengan menggunakan tisu dan alcohol. ➢ Susun pallet yang tidak lagi digunakan di rak pallet. ➢ Set up bilik meeting. ➢ Packing & labelling mata alat untuk dihantar ke inventory. ➢ Pindahkan barang dari bilik Metrolgy ke QC Department. ➢ Periksa oil hole di mata alat Drill untuk melihat adakah oil hole tersebut tersumbat atau tidak dengan menggunakan Dinolite. (Proses mengukur dimensi mata alat dengan menggunakan caliper dan micrometer.) (Tangkap gambar di Dinolite)


22 Minggu Ketiga (22/1/2024 - 26/1/2024) ➢ Periksa oil hole di mata alat Drill untuk melihat adakah oil hole tersebut tersumbat atau tidak dengan menggunakan Dinolite. ➢ Periksa appearance mata alat dengan menggunakan DGTV. Tujuannya adalah untuk memastikan tiada kecacatan pada permukaan mata alat seperti chipping. Bentuk mata alat mestilah sama dengan drawing yang dilampirkan di dalam jobsheet. ➢ Lengkapkan jobsheet dengan mengira kuantiti mata alat, kuantiti mata alat yang di reject. Kemudian lekatkan sticker QAD dan mendapatkan cop pengesahan daripada QC. ➢ Scan jobsheet dan dokumen lain menggunakan mesin printer untuk disimpan di dalam sistem IQC. ➢ Mengasingkan dokumen dan jobsheet yang telah di scan dan disimpan di dalam sistem IQC kepada dua bahagian iaitu recycle & shredded. ➢ Scan picking list dengan menggunakan mesin fotostat dan disimpan di dalam sistem IQC. ➢ Check picking list yang telah di scan kemudian rename file picking list yang di scan tadi mengikut nombor jobsheet pada picking list asal dan disimpan ke dalam sistem IQC. ➢ Hospital Tengku Ampuan Rahmah datang ke HPMT untuk membuat kempen derma darah. ➢ Pindahkan maklumat di dalam gambar yang diberikan oleh penyelia ke dalam bentuk turtle diagram dengan menggunakan aplikasi Excel. ➢ 25/1/2024 cuti Thaipusam. ➢ Naik ke inventory untuk periksa Raw Material kerana ada isu yang mengatakan ada Raw Material yang tiada chamfer pada bahagian shank. Jadi QC Department perlu periksa Raw Material satu per satu untuk mencari rod yang tiada chamfer pada shank sebelum diserahkan pada Sizing Department.


23 Minggu Keempat (29/1/2024 - 2/2/2024) ➢ Mengasingkan dokumen dan jobsheet yang telah di scan dan disimpan di dalam sistem IQC kepada dua bahagian iaitu recycle & shredded. ➢ Penyelia minta untuk periksa S.O.P (Standard Operation Procedure) yang telah siap adjustment seperti revision number, membetulkan salah ejaan dan pastikan tag (Controlled Document) ada pada setiap muka surat. Kemudian convert file kepada PDF. ➢ Pindahkan picking list & jobsheet dari bilik Metrolgy ke QC Department. ➢ Letakkan picking list & jobsheet yang dipindahkan dari Metrology ke QC Department ke dalam kotak dan letak di tempat scrap. ➢ Kemas kawasan scrap bagi memudahkan untuk meletak barang yang hendak di scrap. ➢ Periksa Raw Material yang sampai daripada supplier. QC akan naik ke inventory untuk ukur Diameter, Total Length, appearance dan lot number Raw Material. Jika terdapat kesalahan dari segi Diameter, Total Length, appearance dan lot number, barang tersebut akan dihantar semula ke supplier. ➢ Penyelia arah untuk pergi setiap department untuk check S.O.P, Memo. Jika tiada S.O.P dan memo di department tersebut, tangkap gambar dan beri kepada penyelia. ➢ Menghadiri kelas yang membincangkan tentang Small Group Activities. Dalam kelas tersebut terdapat ketua daripada setiap department. Kelas ini mengfokuskan kepada department untuk membuat Kumpulan dan melakukan task yang diberikan bagi melatih ketua dan ahli kumpulan. ➢ Belajar dengan staff QC Department cara membaca jobsheet, flow chart, berapa kuantiti yang perlu di check untuk satu order. (Contoh coating peel off)


24 Minggu Kelima (5/2/2024 - 9/2/2024) ➢ Pergi ke stesen 6 (Appearance - Chipoff, Coating, Marking, Grinding, DGTV) untuk lihat dan belajar bagaimana proses pemeriksaan permukaan mata alat dijalankan. Operator akan daftar job number pada jobsheet di dalam website IQC WIP. Kemudian periksa mata alat menggunakan DGTV. Periksa permukaan mata alat untuk mengesan sebarang chipping, calar, kesan belang pada shank dan lain-lain. ➢ Pergi ke stesen 7 (Packing & Labelling) untuk pack mata alat yang telah selesai diperiksa ke dalam box kemudian lekatkan sticker label mengikut label yang tertera di jobsheet. ➢ Pergi ke stesen 3 (Zoller/Mark 1/Mark 2) untuk belajar tentang penggunaan mesin Zoller, mark 1, mark 2 dan cara-cara untuk menggunakan mesin tersebut. ➢ Pergi ke stesen 4 (Starret, Micrometer, Caliper) untuk perhati dan belajar cara staff menggunakan micrometer dan caliper untuk mengukur total length, shank diameter, dan cutting diameter. Kemudia belajar cara menggunkan mesin starret untuk mengukur pilot angle, chamfer, cutting length dan flute length. (Periksa mata alat di stese 4 (Starret, Micrometer, Caliper))


25 Minggu Keenam (12/2/2024 - 16/2/2024) ➢ 12/2/2024 adalah hari raya cina. ➢ Pergi ke stesen 6 (Appearance - Chipoff, Coating, Marking, Grinding, DGTV) untuk lihat dan belajar bagaimana proses pemeriksaan permukaan mata alat dijalankan. Operator akan daftar job number pada jobsheet di dalam website IQC WIP. Kemudian periksa mata alat menggunakan DGTV. Periksa permukaan mata alat untuk mengesan sebarang chipping, calar, kesan belang pada shank dan lain-lain. ➢ Pergi ke stesen 5 (Photo & Geometry Dinolite) untuk periksa geometry mata alat. Kebiasaannya mata alat yang akan diperiksa di stesen ini adalah mata alat special. Kriteria pemeriksaan adalah seperti OD Landwindth, Gash Land, Ef landwidth, dan lain-lain. ➢ Scan jobsheet dan dokumen lain menggunakan mesin printer untuk disimpan di dalam sistem IQC. ➢ Menyusun mata alat di pallet dan kemudiannya di letakkan di rak stesen 3 Zoller/Mark 1/Mark 2 bagi memudahkan operator Zoller, Mark 1, dan Mark 2 untuk ambil. ➢ Belajar cara untuk scan Job In dan scan Job Out. Mata alat yang baru tiba di QC Department akan di scan ke dalam sistem IQC WIP untuk pendaftaran mata alat tersebut di dalam QC Department dan begitu juga sebaliknya. ➢ Pergi ke stesen 4 (Starret, Micrometer, Caliper) untuk periksa mata alat special dengan menggunakan Micrometer, Caliper dan Starret. ➢ Periksa kelengkapan peralatan di setiap stesen seperti Monitor, PC dan DGTV. Kemudian laporkan kepada penyelia. (Susun mata alat di pallet)


26 Minggu Ketujuh (19/2/2024 - 23/2/2024) ➢ Pergi ke stesen 4 (Starret, Micrometer, Caliper) untuk mengukur dimensi mata alat. ➢ Periksa appearance mata alat dengan menggunakan DGTV di stesen 6 (Appearance - Chipoff, Coating, Marking, Grinding, DGTV). Jika terdapat kecacatan pada mata alat seperti coating peel off, chipping, kesan calar dan lainlain. Barang tersebut akan di reject. ➢ Pergi ke Polish Department untuk blow oil hole mata alat yang tersumbat dengan menggunakan mesin blower. ➢ Periksa mata alat reject di stesen 6 (Appearance - Chipoff, Coating, Marking, Grinding, DGTV). Jenis reject adalah peel off di mana coating pada mata alat tidak sempurna dan terdapat kesan bersinar pada coating pada mata alat. ➢ Packing mata alat yang reject (peel off) dan hantar ke warehouse untuk disimpan sebagai reject. ➢ Tangkap gambar mata alat yang reject (peel off) di stesen 5 (Photo & Geometry Dinolite) dan simpan di dalam fail report peel off di computer. (Blow mata alat untuk memastikan oil hole tidak tersumbat)


27 Minggu Kelapan (26/2/2024 - 1/3/2024) ➢ Pergi ke stesen 6 (Appearance - Chipoff, Coating, Marking, Grinding, DGTV) untuk periksa appearance mata alat standard. ➢ Packing mata alat di stesen 7 (packing & labellin) untuk di hantar ke warehouse bagi urusan penyimpanan dan penghantaran. ➢ Periksa geometry mata alat di stesen 5 (Photo & Geometry Dinolite). ➢ Pergi ke Polish Department untuk bantu cuci shank susun di atas pallet untuk proses marking. ➢ Belajar mengukur roundness, diameter backtaper, lip height dan lain-lain lagi dengan menggunakan mesin Zoller. Minggu Kesembilan (4/3/2024 - 8/3/2024) ➢ Pergi ke stesen 6 (Appearance - Chipoff, Coating, Marking, Grinding, DGTV) untuk periksa appearance mata alat standard. ➢ Pergi ke stesen 4 (Starret, Micrometer, Caliper) untuk mengukur dimensi mata alat. ➢ Packing mata alat di stesen 7 (packing & labellin) untuk di hantar ke warehouse bagi urusan penyimpanan dan penghantaran. ➢ Hantar troli yang mengandungi mata alat yang telah selesai diperiksa oleh QC ke warehouse. Minggu Kesepuluh (11/3/2024 - 15/3/2024) ➢ Penyelia minta untuk blow oil hole mata alat untuk periksa adakah oil hole mata alat itu tersumbat atau tidak. ➢ Periksa keadaan oil hole mata alat dengan menggunakan Dinolite. ➢ Pergi ke stesen 6 (Appearance - Chipoff, Coating, Marking, Grinding, DGTV) untuk periksa appearance mata alat standard. ➢ Belajar calibrate caliper dan micrometer sebelum menggunakannya untuk apa jua kerja yang ingin dilakukan dengan menggunakan kedua-dua alat tersebut.


28 Minggu Kesebelas (18/3/2024 - 22/3/2024) ➢ Packing mata alat di stesen 7 (packing & labellin) untuk di hantar ke warehouse bagi urusan penyimpanan dan penghantaran. ➢ Pergi ke Polish Department untuk blow oil hole mata alat yang tersumbat dengan menggunakan mesin blower. ➢ Periksa fizikal oil hole mata alat dengan menggunakan DGTV. ➢ Pergi ke stesen 6 (Appearance - Chipoff, Coating, Marking, Grinding, DGTV) untuk periksa appearance mata alat standard. Minggu Keduabelas (25/3/2024 - 29/3/2024) ➢ Pergi ke stesen 6 (Appearance - Chipoff, Coating, Marking, Grinding, DGTV) untuk periksa appearance mata alat standard. ➢ Naik ke inventory untuk ambil beberapa sampel untuk lihat warna coating. Ada beberapa coating mata alat yang mempunyai tona warna yang berlainan.


29 3.3 KESUSAIAN DAN APLIKASI KURSUS DENGAN LATIHAN YANG DIIKUTI Kesesuaian dan aplikasi kursus dengan Latihan yang diikuti adalah penggunaan sistem untuk memantau perkembangan Final Year Project pelajar semester 6. Dengan menggunakan sebuah sistem, pengajar dapat memantau bukan sahaja perkembangan Final Year Project pelajar semester 6, tetapi juga dapat memantau penggunaan mesin. Penggunaan sistem untuk memantau peggunaan mesin dapat meningkatkan kualiti pelajar dan jangka hayat mesin. Pelajar hanya perlu scan QR code yang dilekatkan pada mesin untuk mendaftar penggunaan. Bukan itu sahaja, pelajar juga dapat memberi tahu kepada pelajar lain dan pengajar jika mesin tersebut mempunyai kerosakan. Akhir sekali, penggunaan sistem seperti sistem IQC dapat membantu sedikit sebanyak dalam menguruskan penggunaan mesin oleh pelajar supaya pelajar dapat meneruskan berlatih menggunakan mesin tanpa gangguan teknikal seperti mesin tibatiba rosak bila hendak digunakan.


30 3.4 KEMAHIRAN & TEKNOLOGI BARU YANG TELAH DIGUNAKAN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS. Setelah menjalani Latihan industri selama 3 bulan, saya dapat mempelajari beberapa Kemahiran dan teknologi baru yang telah digunakan dalam melaksanakan tugas. Antara kemahiran dan teknologi baru yang digunakan adalah penggunaan sistem seperti IQC untuk memantau pergerakan mata alat di setiap stesen di dalam QC Department. Sistem IQC ini sedikit sebanyak membantu bukan sahaja para pekerja dalam melakukan tugas, ia juga membantu QC Engineer untuk melihat pergerakan mata alat dan pekerja. Seterusnya, penggunaan teknologi robotic seperti Zoller, Mark 1 dan Mark 2 sangat membantu pekerja untuk mengukur sesuatu dimensi yang tidak dapat diukur dengan alatan biasa seperti caliper dan micrometer. Antara dimensi yang Zoller, Mark 1 dan Mark 2 dapat ukur berbanding dengan caliper dan micrometer adalah mengukur backtaper, angle length, roundness dan lain-lain lagi. Akhir sekali, kemahiran & teknologi yang telah banyak digunakan dalam melaksanakan tugas sepanjang 3 bulan adalah kemahiran dalam menggunakan Dinolite. Dinolite dapat mengukur geometry mata alat tanpa perlu menggunakan alatan pengukuran seperti caliper dan micrometer.


31 3.5 AMALAN KESELAMATAN INDUSTRI HPMT Industries Sdn Bhd menerapkan beberapa peraturan dan amalan keselamatan ketika berada di Kawasan kerja iaitu : ➢ Gunakan peralatan yang sesuai untuk kerja. ➢ Menggunakan PPE yang telah diberikan. ➢ Memastikan Kawasan kerja bebas dari sebarang benda yang berbahaya. ➢ Memakai baju yang diberikan. ➢ Pastikan tempat kerja sentiasa bersih dan kemas. Antara PPE yang perlu dipakai dan digunakan adalah : Safety Boot Finger Coat Face Mask


32 BAB 4 CADANGAN & PENAMBAIKAN


33 PENGENALAN Latihan industri yang diadakan oleh pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang merupakan satu Langkah yang bijak untuk memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi. Melalui program latihan industri ini, ianya telah memberikan banyak ilmu dan latihan kepada pelajar. Ianya boleh dikatakan sebagai satu Langkah yang praktikal untuk memberi pendedahan awal mengenai alam pekerjaan. Ini ditambah lagi dengan cabaran untuk bersaing dengan lepasan pelajar IPTA dan IPTS dalam mendapatkan pekerjaan apabila mereka tamat belajar kelak. Dengan itu, melalui program latihan industri ianya dapat memberi kelebihan kepada para pelajar institut atas pengalaman yang mereka ada. Selain itu, melalui program latihan industri ini juga ianya dapat mendedahkan kepada pelajar cabang yang lebih luas dalam bidang mereka dan mereka tidak perlu tertumpu dalam satu-satu bidang sahaja. Apa yang dapat disimpulkan di sini, keduadua cara pembelajaran yang dipelajari di institut dan universiti merupakan dua cara pembelajaran yang berbeza tetapi mempunyai satu matlamat yang sama iaitu memahirkan dan melengkapkan para pelajar dalam mendalami ilmu. Setelah hamper 3 bulan saya menjalani latihan industri, banyak cabaran yang harus saya harungi. Pada mulanya sukar untuk saya menyesuaikan diri tetapi dengan sokongan daripada semua pihak, latihan industri saya berjalan dengan lancar dan boleh menguasainya dengan sempurna sehingga tamat latihan. Setelah menjalani latihan industri di HPMT Industries Sdn Bhd, terdapat beberapa perkara yang harus dititiberatkan oleh HPMT Industries Sdn Bhd dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang serta pelajar praktikal itu sendiri untuk memenuhi permintaan industri dan seterusnya meningkatkan kualiti pelajar pelajarpelajar IKTBNS. Berikut adalah Cadangan yang diajukan agar program latihan yang lebih sempurna dapat diadakan pada masa akan datang.


34 4.1 KEPADA INDUSTRI 1. HPMT Industries Sdn Bhd menyediakan beberapa latihan asas yang berbentuk fizikal kepada pelatih pada minggu pertama latihan industri mereka untuk memberi pelatih tentang konsep asas mengenai struktur industri dan pengurusan. 2. Harus menyediakan jadual kerja dan latihan pada hari pertama untuk pelatih mengetahui perkara-perkara yang harus mereka belajar semasa latihan. 3. Menyediakan peluang untuk pelatih bekerja di dalam proses pembuatan mata alat dan prosedur production department berfungsi. 4.2 KEPADA PIHAK JABATAN ATAU INSTITUT 1. Pensyarah perlu menyemak senarai organisasi yang telah dipohon oleh pelajar supaya pelajar memilih organisasi yang berkaitan dengan bidang yang di ceburi. 2. Pihak institut hendaklah memberikan taklimat panduan yang lebih berkesan kepada pelajar mengenai cara untuk melengkapkan buku laporan harian yang lebih tepat. 3. Selain itu, perlu ditekankan cara yang sesuai bagi pelajar yang mungkin ketika latihan akan melakukan kerja yang sama selama beberapa minggu atau bulan.


35 BAB 5 PENUTUP


36 5.1 KESIMPULAN Kesimpulannya bahawa program latihan industri ini sememangnya memberi satu bentuk latihan yang berbeza kepada pelajar bagi memahami ilmu yang dipelajari selama ini di institut. Terbukti latihan industri adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari. Sepanjang tempoh dua belas (12) minggu menjalani latihan industri, saya ingin membuat kesimpulan bahawa saya telah mempelajari pelbagai ilmu. Dengan bantuan kesemua kakitangan di HPMT Industries Sdn Bhd, ia telah banyak membantu saya dalam menjalani latihan industri dan telah banyak mengubah pandangan saya tentang sektor industri ini. Latihan industri yang saya jalani di QC Department, sangat mencabar apabila berhadapan dengan sales company yang menurun. Malahan, latihan industri yang saya jalani ini melatih saya untuk menjadi individu yang lebih berdisiplin terutama dalam pengurusan masa kerana menepati masa ke tempat kerja dan menyediakan perkhidmatan tepat pada masa ia merupakan aspek yang amat dititik beratkan oleh HPMT Industries Sdn Bhd. Nilai-nilai moral seperti jujur, bertanggungjawab dan amanah dapat diterapkan melalui latihan industri ini. Walaupun dalam jangka masa latihan yang singkat, pelbagai pengalaman menarik dan seronok dapat dirasai dan tempuhi di sini. Diberi peluang untuk menyelesaikan tugasan seperti yang dilakukan oleh kakitangan lain. Tugasan tugasan seperti ini telah membuka mata pelajar dan secara tidak langsung telah menimbulkan minat secara mendalam tentang industri pemesinan. Namun begitu setiap tugasan yang diberi masih di pantau oleh kakitangan yang tidak putus memberikan tunjuk ajar agar supaya tidak melakukan sebarang kesalahan. Dari segi perhubungan dengan kakitangan jabatan, tiada sebarang masalah yang dihadapi. Ini kerana sikap setiap pekerja yang ceria dan begitu prihatin terhadap setiap gerak kerja yang pelajar akukan. Kerjasama yang dihulurkan oleh kakitangan jabatan amat membanggakan. Selain itu, kerajinan dan keprihatinan dalam setiap masalah yang timbul mencenderungkan diri pelajar untuk menjadikan mereka sebagai contoh.


37 5.2 RUJUKAN 1. https://anyflip.com/ncrkd/tdcv/ 2. BUKU RUJUKAN IKTBN SEPANG 3. BUKU LAPORAN HARIAN INDUSTRI


38 5.3 LAMPIRAN Proses packing mata alat sebelum dihantar kepada warehouse Oil hole tersembut/kotor Ukur geometry mata alat dengan menggunakan Dinolite Cuci shank sebelum membuat proses marking


Click to View FlipBook Version