KPS3014 PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
E-FOLIO
UNIT 1-UNIT 14
SUVITHIRA A/P SANGARAN
D20211100220
KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN
(GROUP V)
TUGASAN INDIVIDU
PENULISAN KAJIAN ILMIAH
NAMA NO MATRIK
SUVITHIRA A/P SANGARAN D20211100220
SEMESTER 2 SESI (2021/2022)
NAMA PENSYARAH: PROFESOR DR.ABDUL RAHIM BIN HAMDAN
PENGHARGAAN
Saya sangat bersyukur dengan tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Saya juga
sangat gembira kerana dapat menyipakan e-folio dengan menggunakan nota-nota kuliah di
kursus KPS3014 Pengurusan Pembelajaran. Dalam kursus ini, saya telah memperoleh banyak
ilmu pengetahuan. Saya juga beryakin bahawa, ilmu yang saya diperoleh dapat memberi
manfaat kepada kehidupan saya juga. Selain daripada itu, saya juga telah menghasilkan e folio
ini dan berharap bahawa individu yang dapat membaca e-folio ini dapat beberapa ilmu
pengetahuan walaupun hanya sedikit.
Sehubungan dengan itu, saya berucapkan terima kasih kepada pensyarah kami yang telah
memberi banyak ilmu semasa mengajar. Terdapat beberapa masalah yang saya telah
menghadapai untuk menghasilkan e folio ini. Noto-nota kuliah merupakan salah satu sebab,
saya dapat menyelesaikan e-folio ini.
Tambahan lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
membantu saya untuk memahami e-folio ini. Pada permulaanya, saya telah mempunyai banyak
kekeliruan tenatng tugasan ini. Saya tidak mengenal apakah cara yang betul, untuk
menghasilkan e-folio. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, saya dapat menyelesaikan e-
folio ini. Akhir kata, saya berharap setiap individu dapat memahami nota-nota ringkas yang
terdapat e-folio ini. Sekian Terima kasih.
ISI KANDUNGAN Muka Surat
5
Bil Perkara 6
1 Pengenalan 6
2 Objektif kajian
3 Kaedah kajian 7-21
4 Dapatan kajian
22
4.1 Sosiologi dan Pembelajaran 23
4.2 Pengurusan dan Pembelajaran
4.3 Organisasi dan Kepimpinan
4.4 Interaksi dan Pembelajaran
4.5 Kesediaan Belajar
4.6 Pengurusan Bilik Darjah
4.7 Pengurusan Sumber Pembelajaran
4.8 Ordinan Pembelajaran 1957
Peraturan Disiplin 1959
4.9 Pengurusan Penasihatan Murid
4.10 Pengurusan Pelbagai Budaya
4.11 Pengurusan Bilik Pembelajaran
4.12 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
4.13 Sekolah dan Persekitaran
4.14 Pengurusan Alam Pembelajaran
5 Rumusan
6 Rujukan
1.0 PENGENALAN
Pengurusan boleh didefinisikan sebagai proses memantau dan menyelaraskan sumber-sumber
dengan cekap dan berkesan selaras dengan matlamat organisasi. Pengurusan boleh ditakrifkan
sebagai proses memantau dan menyelaras sumberdengan cekap dan berkesan selaras dengan
matlamat organisasi. Dengan katalain, pengurusan merujuk kepada proses mendelegasikan
tugas kepada pekerja untuk dilaksanakan dengan jayanya. Terdapat beberapa fungsi
pengurusan. Antaranya ialah perancangan. Perancangan menentukan objektif yang perlu
dicapai dalam jangka masa tertentudan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai objektif
tersebut.Semua peringkat pengurusan dalam sesebuah organisasi perlu terlibat dalam proses
perancangan. Seterusnya, pengawalan. Pengawalan Mengukur prestasi dalam semua objektif
yang telah ditetapkan,memastikan sebab-sebab penyimpangan berlaku dan mengambil
tindakan yang sewajarnya di mana perlu. Pengawalan merupakan satu fungsi yang penting
dalam proses pengurusan kerana ia menyediakan kaedah atau cara bagi memastikan bahawa
organisasi bergerak ke arah pencapaian objektifnya. Manakala, pembelajaran bermakna
sebagai upaya untuk membelajarkan seseorang atau kelompok orang melalui berbagai upaya
dan berbagai strategi, metode dan pendekatan ke arah pencapaian tujuan yang telah
direncanakan. Dalam UU SPN No.2 tahun 2003 menyebutkan bahwa pembelajaran adalah
proses interaksi peserta didik dengan pendidik dan sumber belajar pada suatu lingkungan
belajar. Pada dasarnya kegiatan pembelajaran merupakan kegiatan terencana yang merangsang
agar seseorang agar bisa belajar dengan baik agar sesuai tujuan pembelajaran. Oleh sebab itu
kegiatan pembelajaran akan bermuara pada dua kegiatan pokok. Pertama, bagaimanaaa
melakukan tindakan perubahan tingkah laku melalui kegiatan belajar. Kedua bagaimanaaa
orang melakukan tindakan penyampaian ilmu pengetahuan melaui pembelajaran. Dengan
demikian makna pembelajaran merupakan kondisi external kegiatan belajar yang antara lain
dilakukan seorang guru dalam mengkondisikan untuk belajar.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian bagi laporan ini ilah untuk mengumpulkan semua nota kuliah bagi setiap topik
yang terdapat dalam kursus Pengurusan Pembelajaran (KPS 3014). Nota kuliah merupakan
sesuatu perkara yang sangat penting untuk menjalankan pembelajaran. Seterusnya, nota kuliah
memainkan peranan penting dalam peningkatan ilmu pengetahuan pelajar. Sehubungan dengan
itu, untuk memahami semua topik berkaitan kursus Pengurusan Pembelajaran. Pemahaman
tentang nota-nota kuliah adalah amat penting untuk dapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan. Apabila seseorang itu memahami topik-topik berkaitan, mereka boleh lah
meningkatkan kemahiran pemahaman. Selain itu, untuk menghasilkan penulisan ilmiah.
Penulisan ilmiah merupakan kerja bertulis yang dianjurkan oleh pendekatan kaedah saintifik
(aplikasi kaedah saintifik) bertujuan untuk kumpulan pembaca tertentu dan dipersembahkan
menggunakan gaya format tertentu satu standard. Penulisan ilmiah membantu seseorang itu
berpengalaman tinggi dan berpengetahuan tinggi.
3.0 KAEDAH KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah yang telah digunakan untuk menghasilkan ilmiah ini. Yang
pertamanya ialah mengumpul semua nota berkaitan kursus Pengurusan Pembelajaran. Saya
mengumpulkan semua nota kuliah yang diambil dari tapak ‘MyGuru”. Saya juga mengaturkan
semua nota kuliah mengikut topik-topiknya. Yang kedua ialah memilih nota-nota yang penting.
Setelah mengumpulkan semua nota, saya mengkaji nota-nota penting yang terdapat dalam
setiap nota kuliah. Seterusnya, saya juga telah mencatatkan isi-isi yang penting. Yang ketiga,
merancang dan melaksanakan aktiviti penulisan ilmiah. Selepas mengenalpasti dan
mengumpul, saya telah mencari format untuk membuat penulisan ilmiah. Pengambilan masa
adalah terlalu banyak kerana mempunyai pelbagai penulisan ilmiah yang terdapat dalam
internet. Setelah mendapat format ilmiah, saya telah mengaturkan isi kandungan yang perlu
masuk dalam penulisan ilmiah. Tambahan lagi, saya memasukkan semua nota-nota yang
penting yang telah cari dan dicatatkan.
4.0 DAPATAN KAJIAN
4.1 SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Sosiologi pendidikan memberi tumpuan kepada faktor-faktor sosial yang menyebabkan dan
disebabkan oleh pendidikan. Ini termasuk kajian faktor-faktor yang berkaitan dengan
pendidikan, seperti jantina, kelas sosial, bangsa dan etnik, dan kediaman luar bandar-bandar
(Saha, 2015). Perspektif sosiologi dibahagi kepada dua iaitu mikro dan makro. Mikro ialah
kajian melibatkan interaksi individu tau kumpulan kecil. Makro ialah kajian melibatkan trend
dalam kalangan dan antara kumpulan besar dan masyarakat. Seterusnya, kepentingan sosiologi
ialah memberikan kefahaman tentang isu sosial dan corak tingkah laku. Selain itu, membantu
memahami bagaimana sistem sosial masyarakat berfungsi. Tambahan lagi, membantu
mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan dalam masyarakat. Disamping itu, membantu
memahami mengapa dan bagaimana masyarakat berubah. Teori utama bagi sosiologi ialah
teori interaksionisme, teori konflik dan teori fungsionalisme. Teori interaksionanisme
dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931). Teori ini mengkaji makna yang muncul
dari interaksi antara individu dalam persekitaran sosial dan menumpukan kepada persoalan
"simbol dan makna yang mana muncul daripada interaksi antara manusia?" Terdapat beberapa
implikasi kepada bidang pendidikan dalam teori interaksionanisme. Contohnya, pelajar
perempuan cenderung kepada permainan bercorak kerjasama manakala lelaki cenderung
kepada permainan bercorak pertandingan, tanggapan guru terhadap murid mempengaruhi
pembelajaran murid, dan guru lebih banyak memuji murid lelaki berbanding murid perempuan.
Teori konflik dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883). Berdasarkan Max Weber, konflik bukan
disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi
oleh masyarakat (pengiktirafan). Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan
sosial. Teori ini asas kepada pembentukan konflik dalam masyarakat terdiri daripada faktor-
faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri, dan perdagangan. Terdapat beberapa implikasi
kepada bidang Pendidikan. Antaranya ialah pendidikan mewujudkan ketidaksamaan sosial
(social inequality) dalam masyarakat. Sekolah yang berbeza (sumber, kualiti guru, kualiti
pentadbir, persekitaran pembelajaran, dll) menyumbang kepada ketidaksamaan sosial dalam
masyarakat. Seterusnya, Pengelasan pelajar kepada pandai dan lemah, pelajar pandai akan
ditempatkan ke dalam laluan yang berbeza dengan pelajar yang lemah Teori fungsionalisme
dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857). Teori ini menekankan persefahaman ahli
masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan. Berdasarkan teori ini masyarakat
dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri. Fungsi yang
dimainkan oleh bidang pendidikan adalah untuk memenuhi kepelbagaian keperluan
masyarakat merupakan implikasi kepada bidang Pendidikan. Sosiologi ialah untuk pelajari
kemahiran yang sesuai untuk berfungsi dalam masyarakat. Seterusnya, integrasi sosial ialah
untuk pelajari nilai yang sama untuk keharmonian bersosialisasi. Penempatan sosial ialah untuk
pelajar diajar ikut tahap kecerdasan untuk keperluan hidup kelak. Terdapat beberapa tokoh
sosiologi. Antaranya ialah, Auguste Comte (1798-1857), Karl Marx (1818-1883), Emile
Durkheim (1858-1917), Max Weber (1864-1920), George Herbert Mead (1863-1931), dan
Ibnu Khaldun (1332-1406).
4.2 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
Pengurusan ialah aktiviti sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus
tentang sesuatu masalah yang sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004). Seterusnya, satu
proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).
Tambahan pula, satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk
mencapai matlamat (Robbins,1984). Terdapat beberapa strategi pengurusan pembelajaran.
Antaranya ialah berpusatkan pelajar. Contohnya, pelajar mengambil alih sedikit
tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Murid juga
digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu,
kumpulan kecil, atau kelas. Disamping itu, strategi berpusatkan bahan. Contohnya, guru
menggunakan bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik,
komputer, pusat sumber, dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Tambahan lagi,
strategi berpusatkan guru. Dalam strategi ini, guru menguasai proses pengajaran dan
pembelajaran, dan guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar. Contohnya, kuliah,
penghafalan, menyalin nota, membuat latihan serta soalan-soalan yang diberi oleh guru.
Kepentingan-kepentingan pengurusan ialah menambah pengetahuan, meningkatkan mutu
amalan kerja guru, dan menambahkan produktiviti. Selain itu, pengurusan bilik darjah
melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial
yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri
murid (Burden 2003). Tahap pengurusan kurikulum bilik darjah adalah perancangan,
implementasi dan penilaian. Sehubungan dengan itu, definisi pembelajaran ialah satu proses di
mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal
(Woolfolk 1995). Selain itu, perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah
laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu (Bigge 1982). Prinsip-
prinsip yang terdapat dalam pembelajaran ialah kesediaan pembelajaran, pengalaman, latihan,
kondusif, bermatlamat, penglibatan aktif, persediaan awal, mengkaji murid, dan unsur
dorongan. Tambahan lagi, ada dua jenis pembelajaran iaitu memproses maklumat dan
menggunakan pengalaman. Contoh memproses maklumat ialah melibatkan usaha mengenal
rangsangan, menamakan rangsangan, mengelas rangsangan, membina konsep, dan membina
prinsip. Contoh menggunakan pengalaman ialah melibatkan pembelajaran membina kebiasaan,
membina kemahiran, dan menyelesaikan masalah.
4.3 ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
Organisasi bermaksud kesatuan (susunan dan sebagainya) yang terdiri daripada bahagian-
bahagian, orang dan lain-lain dalam sesuatu pertubuhan, perkumpulan, perbadanan, untuk
tujuan-tujuan tertentu seperti kepentingan bersama dan sebagainya. Syed Ismail Syed Mustapa
(2013) berpendapat organisasi digunakan sebagai wadah dimana setiap kaki tangan berkumpul,
bekerjasama secara sistematik, berorganisasi, terpimpin dan terkendali dalam memanfaatkan
sumber yang digunakan secara efisen dan efektif untuk mencapai tujuan
organisasi. Kepimpinan merupakan kebolehan untuk mempengaruhi orang bawahan kearah
mencapai matlamat sesuatu organisasi. Menurut Northouse (2013), kepimpinan ialah proses
seseorang individu mempengaruhi sekumpulan individu untuk mencapai matlamat yang sama.
Tujuan organisasi akan diatur sesuai dengan bidang gerak organisasi tersebut. Di lain hal,
yang perlu dipahami adalah apa tujuan individu dalam berorganisasi atau mengikuti sebuah
organisasi. Terdapat beberapa pembahagian dalam peraturan di sekolah bagi setiap organisasi.
Contohnya, pentadbiran, pembelajaran, sikap dan sahsiah diri pelajar, akademik, kokurikulum,
tetetertib murid, tatatertib semasa di dalam bilik kelas, tatatertib semasa rehat di kantin,
tatatertib penggunaan tandas, keselamatan dan harta benda sekolah.
4.4 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
Interaksi bererti saling tindakan yang berlaku antara sekurang-kurangnya dua pihak atau
idividu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya. Interaksi boleh disamakan
dgn cara bagaimana manusia berhubung atau berkomunikasi antara satu sama lain dan
memahami mesej atau maklumat yg hendak disampaikan. Guru perlu menggalakkan pelajar
untuk berinteraksi sama ada dengan guru atau sesama rakan yang lain semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Interaksi aktif sesama pelajar dapat melatih mereka berdikari
dan mengalami sendiri proses pembelajaran. Terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu
Interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan, dan interaksi sosial. Interaksi berlaku
apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Sekiranya
maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, berlakulah konflik antara keduanya. Terdapat
beberapa kesan interaksi. Contohnya, bersikap positif dan percaya kepada pelajar, bersifat
ramah dan mesra, hormat pada pandangan dan pendapat pelajar, dan dapat mengetahui latar
belakang pelajar. Tambahan lagi, ada juga beberapa kepentingan interaksi yang b oleh dikenal
pasti. Contohnya, menimbulkan minat dan perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murud dalam
bilik darjah, dan menggalakkan murid-murid untuk berfikir menerusi aktiviti seperti bersoal
jawab.
4.5 KESEDIAAN BELAJAR
Konsep kesediaan belajar ialah keadaan dalam diri seseorang yang bersedia untuk memperolehi
sesuatu pengalaman pembelajaran yang baru. Kesediaan belajar bergantung pada kelengkapan
diri sendiri dari segi perkembangan mental, sikap, emosi dan fizikal iaitu kesediaan kognitif,
kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Kesediaan kognitif berkait rapat dengan mental
untuk memahami dan juga berfikir, dan perkembangan mental bergantung kepada umur
seseorang. Kesediaan afektif merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan
nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Pelajar yang bersikap positif dan
berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.
Kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran fizikal termasuklah
perkembangan fizikal merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak,
di dalam seluruh tubuh badan. Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada
kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar. Faktor yang mempengaruhi kesediaan
belajar ialah pengalaman dan kematangan. Pengalaman sedia ada merupakan faktor utama
yang mempengaruhi kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran yang disampaikan oleh
guru. Menjadi prinsip asas kepada penentu kejayaan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, belajar tentang cakerawala, pelajar lebih faham kalau dibawa
melawat muzium petrosains. Kematangan dibahagi kepada empat iaitu kematangan fizikal,
kematangan mental, kematangan sosial dan kematangan emosi. Kematangan fizikal
Melibatkan perkembangan psikomotor individu. Individu yang normal akan mengalami
perkembangan dan mencapai kemantangan fizikal yang sama dalam satu tempoh masa yang
seragam. Kematangan mental merupakan perkembangan dan persediaan minda manusia untuk
menerima sesuatu pembelajaran. Contohnya, kanak- kanak berusia 6 tahun tidak boleh
memahami apa yang dipelajari oleh murid tahun 6. Kematanga sosial merupakan keupayaan
seseorang individu itu membentuk hubungan baik dengan individu lain. Individu yang
mempunyai kematangan sosial yang baik akan mempamerkan sikap dan tingkah laku yang
positif apabila berinterkasi dengan individu lain. Kematangan emosi ialah kestabilan dalam
minat, sikap serta keinginan. Rangsangan yang selaras dengan minat dan keinginannya akan
mempengaruhi kesediaan pelajar untuk menerima pelajaran. Sehubungan dengan itu, masalah-
masalah yang ada dalam perbezaan kesediaan belajar ialah perbezaan perkembangan mental,
sikap dan minat, kadar pertumbuhan fizikal, keyakinan diri, jantina dan perbazaan dalam diri
individu. Konsep motivasi dalam kesediaan belajar ialah dikaitan dengan tingkah laku untuk
mencapai keinginan dalam diri. Selain itu, persekitaran pengajaran dan pembelajaran,
tetntukan sasaran dan taraf pencapaian akademik yang perlu dicapai oleh pelajar.
4.6 PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah ialah proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah,
galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Tujuannya ialah untuk memudah cara atau
mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. Bilik darjah merupakan persekitaran
pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Tugas
mengajar guru mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian ilmu dan pengurusan bilik
darjah. Tujuan dimensi penyampaian ilmu ialah mencapai objektif pengajaran (jangka pendek)
dan pencapaian akademik (jangka panjang). Contohnya, teknik penyoalan, penilaian,
perancangan, dan sebagainya. Tujuan pengurusan bilik darjah pula membentuk dan
memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu .
Contohnya, memberi ganjaran, memupuk hubungan. Pengurusan bilik darjah dibahagikan
kepada pengajaran individu, pengajaran berkumpulan, penyediaan bahan, pengurusan sumber,
dan pusat pembelajaran. Disamping itu, aktiviti pengajaran berkumpulan merupakan satu
kaedah pengajaran yang perlu dijalankan di kalangan murid. Tujuannya ialah, untuk
memudahkan guru membimbing murid, menggalakkan penglibatan aktif individu, memupuk
kerjasama antara murid, memupuk rasa tanggungjawab, murid yang cerdas boleh membantu
murid yang lemah, dan guru beri tumpuan kepada pelajar yang sama peringkat kebolehan.
Selain itu, pengajaran individu. Setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan,
kebolehan, bakat, cita-cita dan minat. Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang
perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh. Faktor mempengaruhi
pembelajaran ialah murid, aktiviti, masa, bahan dan ruang. Peranan dalam pengurusan bilik
darjah ialah mengumpul maklumat murid, merancang pengajaran, membentuk sikap yang
positif, meningkatkan kemahiran diri seperti mengurus, berkomunikasi dan membuat sesi
kaunseling, dan menilai. Tambahan lagi, peranan murid pula mengenal pasti tahap
pencapaiannya dalam bidang tersebut, memahami tujuan mempelajari kemahiran yang telah
ditetapkan dalam sukatan pelajaran dan mengambil tindakan yang wajar bagi memantapkan
penguasaan kemahiran-kemahiran itu.
4.7 PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN
Sumber pembelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian, dan bahan-bahan
lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sumber pembelajaran
mestilah dinilai kesesuaian penggunaannya seperti memenuhi kurikulum, pertimbangan sosial,
dan usia pelajar) sebelum dapat digunakan di bilik darjah. Penilaian sumber pembelajaran
adalah bergantung kepada kepakaran dan penilaian profesional guru. Tambahan lagi,
penggunaan sumber pembelajaran sangat penting untuk membantu pemahaman dan
pencapaian pelajar. Pelajar akan melihat dan mendengar apa yang disampaikan dan mentafsir
apa yang dipelajari dalam bentuk pemahaman mereka sendiri. Semua kemahiran asas seperti
bertutur dan mendengar akan terlibat ketika proses pembelajaran berlaku. Penggunaan sumber
pembelajaran adalah difokuskan kepada pelajar bagi tujuan memudahkan aktiviti pembelajaran
dan bagi mencapai tahap kefahaman yang tinggi dalam sesi pembelajaran. Seterusnya,
penggunaan sumber pembelajaran memudahkan pelajar membentuk konsep yang betul dan
menerima pelajaran dengan cepat. Matlamat utama dalam penggunaan sumber pembelajaran
ialah untuk membantu pelajar menajamkan deria mereka seterusnya mencapai pembelajaran
berkesan. Berdasarkan analisis, manusia seharusnya belajar pada kadar 11% mendengar dan
83% melihat, manakala keupayaan mengingat ialah pada kadar 20% apa yang didengar dan
50% apa yang silihat dan dengar. Secara umumnya sumber pembelajaran dapat dikelaskan
kepada empat jenis. Yang pertama ialah sumber asas. Contohnya, papan tulis, buku teks, buku
kerja, dan guru sendiri sebagai model. Yang kedua, sumber bukan elektronik. Contohnya,
objek, buku, model, patung, gambar, lukisan, carta, gambar rajah, graf, poster, kartun, dan
sebagainya. Yang ketiga, sumber elektronik. Contohnya, slaid, radio, televisyen, video,
projektor, pembesar suara, dan sebagainya. Yang keempat ialah sumber bercorak pengalaman.
Contohnya, lakonan, pantomin, lawatan, projek, pameran, dan bahan alam sekitar. Tujuan yang
terdapat dalam kriteria memilih sumber ialah guru mestilah mempunyai objektif yang jelas dan
memikirkan kesesuaian penggunaan sumber tersebut. Sumber pembelajaran mestilah menarik
dan jelas untuk menimbulkan minat pelajar. Kesesuaian kriteria memilih sumber ialah masa,
tempat, kesukaran, jumlah pelajar, senang diperoleh, menjimatkan masa, mempelbagaikan
kegiatan, dan menyeronokkan pelajar. Disamping itu, cara penggunaan sumber pembelajaran
ialah perlu sesuai dengan situasi pembelajaran. Oleh itu guru hendaklah merancang
penggunaan sumber pembelajaran supaya objektif pengajaran mencapai matlamat yang
diharapkan. Sehubungan dengan itu, kepentingannya ialah merangsang minat pelajar iaitu
minat adalah faktor penting dalam pembelajaran pelajar, menawarkan pengalaman sebenar dan
dengan itu merangsang aktiviti pelajar dan melibatkan pelajar belajar secara aktif.
4.8 ORDINAN PEMBELAJARAN 1957
PERATURAN DISIPLIN 1959
Peraturan 4 yang terdapat dalan Peraturan-Peraturan (Disiplin Sekolah) 1959 ialah
tanggungjawab guru besar atas disiplin dimana “Guru Besar adalah orang yang
bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah” dan bagi maksud itu hendaklah “mempunyai kuasa
ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.” Seterusnya Peraturan 5 dalam Peraturan-
Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 ialah kuasa-kuasa guru besar. Peraturan ini ialah
untuk memberi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid,guru besar hendaklah
mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau
bermanfaat. Peraturan 6 ialah perwakilan oleh guru besar. Guru besar sesebuah sekolah boleh
dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut
mewakikan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di
sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu tetapi yang
disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan
dengan arahan tertentu denga syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh
diwakilkan kepada mana-mana orang selain guru berdaftar. Peraturan 8 ialah kuasa guru besar
menggantung persekolahan atau membuang murid dari sekolah. Pada bila-bila masa sahaja
didapati dengan memuaskan hati guru besar sesebuah sekolah, guru dikehendaki di bawah
peraturan 8(a) boleh merayu. Seterusnya, Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang
dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau
peraturan 9 boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari
tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9, disampaikan kepadanya mengikut mana yang
lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan. Selain
itu, Peraturan 11 iaitu catatan dibuang sekolah dalam sijil berhenti sekolah. Sijil berhenti
sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah dibawah peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau
9 hendaklah dicatat oleh guru besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang
sekolah dibawah peruntukan–peruntukan peraturan-peraturan ini. Peraturan 12 ialah syarat
masuk balik sekolah. Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat
di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu
dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya). Sehubungan dengan itu, pekeliling
ikhtisas. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968, tiap-tiap guru hendaklah dapat
menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah
diserahkan kepada guru-guru besar. Disamping itu, dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975,
semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah
bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah. Dalam Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.10/2001, masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan
supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah. Berdasarkan Surat KPM
KP(BS/HEP)8543/053(9) 2.8.2001(Pengurusan Pelajar Secara Kolektif), Kementerian
Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar.Oleh itu pengurusan
pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang
melibatkan disiplin pelajar.
4.9 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Tugas membimbing adalah tanggungjawab bersama kerana setiap orang berperanan
melaksanakan nasihat menasihati antara satu sama lain dalam usaha mencari kebahagiaan dan
kejayaan hidup. Terdapat pelbagai cara membantu dan membimbing manusia. Antara caranya
ialah dengan memberi nasihat, membimbing, kaunseling, dan mungkin juga melalui proses
psikoterapi. Definisi nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, atau peringatan (Kamus Dewan).
Seterusnya, sesuatu pengajaran, bimbingan, atau cadangan tindakan yang baik bertujuan
membantu seseorang agar individu berkenaan dapat menyelesaikan masalah atau memperbaiki
dirinya (Maznah & Zainal 2003). Contoh nasihat ialah belajar rajin-rajin, jangan buang masa,
jangan ponteng sekolah, dan hormati ibu bapa. Sehubungan dengan itu, terdapat juga beberapa
ciri penasihatan yang boleh disenaraikan. Antaranya ialah berfokus kepada permasalahan yang
dihadapi, bukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada
seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang yang lain, dan strategi yang paling
cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan. Dalam pengurusan
penasihatan murid, ada juga bahagian bimbingan yang memainkan peranan penting.
Bimbingan ialah perkataan lain yang kerap digunakan secara silih berganti dengan perkataan
penasihatan oleh pakar dalam bidang kaunseling. Penasihatan dan bimbingan adalah konsep
yang membawa pengertian yang serupa (Maznah & Zainal 2003). Definisinya ialah perbuatan
membimbing, memberi petunjuk, huraian, dan lain-lain (Kamus Dewan). Selain itu, satu proses
membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka (Shertzer & Stone 1992).
Seterusnya, proses membantu individu memahami dirinya dan dunia disekelilingnya supaya ia
boleh menggunakan kebolehan, keupayaan, dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi
Salim 1996). Matlamat bimbingan ialah membantu individu mengenali dirinya, membantu
mengenali orang lain, membantu kenal persekitaran, dan membantu individu menjadi lebih
produktif dan sejahtera. Ciri-cirinya ialah diberikan kepada individu yang memerlukan
bantuan, merupakan satu aktiviti yang dirancang dan proses membantu individua tau
kumpulan. Kaunseling juga memainkan peranan pentung dalam pengurusan penasihatan
murid. Kaunseling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu counseling. Kaunseling diertikan
sebagai advice or consultation. Secara ringkas apabila diterjemahan ke dalam bahasa Melayu,
istilan kaunseling bermaksud penasihatan atau perundingan. Namun pakar dalam bidang
kaunseling menyatakan kaunseling bukan penasihatan kerana seseorang yang melalui proses
kaunseling itu tidak hanya menerima nasihat namun perlu berbincang dan menganalisis
permasalahan dihadapi bersama-sama dengan kaunselor bagi mencari jalan penyelesaian.
Namun begitu nasihat boleh diberi dalam konteks kaunseling. Terdapat beberapa perbezaan
ada diantara penasihatan an kaunseling. Penasihatan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja
manakala kauseling dilaksanakan oleh individi yang dilatih khusus dalam bidang kauseling.
Tambahan lagi, penasihatan fokus kepada permasalahan yang dihadapi manakan kaunseling
focus kepada individu yang bermasalah. Akhirnya mentoring juga boleh dikaitan dengan
pengurusan penasihatan murid. Mentor ialah individu yang lebih berpengalaman bersedia
untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan seseorang yang kurang berpengalaman dalam
perhubungan yang saling mempercayai. Campuran ibu bapa dan rakan sebaya, fungsi utama
mentor adalah menjadi tokoh peralihan dalam perkembangan individu. Pementoran
merangkumi bimbingan, pemudahcara, kaunseling dan rangkaian (Clutterbuck, 1991). Seorang
mentor mempunyai peluang dan keistimewaan yang unik untuk menggalakkan pembangunan
profesional dan peribadi rakan sekerja (Dignard, 2002). Mentor yang berpengetahuan dan
berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang
memerlukan bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya.
4.10 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan
manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002). Budaya adalah keseluruhan yang
kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-
undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli
masyarakat (Tylor 1871). Budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial
adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990). Definisi pelbagai budaya merupakan satu sistem
kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian
dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan
sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks
dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Terdapat perbezaan
individu dan proses pembelajaran. Pelajar adalah berbeza dari segi bangsa, agama, minat, taraf
ekonomi keluarga, gaya pembelajaran, keupayaan, dan jangka masa yang diperlukan untuk
belajar. Sebahagian pelajar memerlukan bimbingan secara terus oleh guru namun terdapat
sebilangan pelajar pula mampu belajar secara berkesan dengan penglibatan guru yang
minimum. Pendidikan inklusif ialah pendidikan umum yang melibatkan semua pelajar sama
ada yang normal, kurang upaya, atau yang pintar cerdas dalam satu sekolah yang sama bagi
memaksimumkan kemampuan mereka (belajar bersama dengan penyesuaian kurikulum).
Perbezaan juga boleh dibahagikan dalam pelbagai jenis. Antaranya ialah isi kandungan, minat,
kadar, tahap, akses, respons, urutan, struktur, masa guru, stail pengajaran, dan pengumpulan.
Tambahan lagi, kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi
kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989). Selain itu,
pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih
daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha 1997).
Terdapat beberapa terori sosial pendidikan pelbagai budaya. Contohnya, Teori Melting Pot I
(Anglo Conformity), Teori Melting Pot II (Ethnic Synthesis), dan Culture Pluralism (Mosaic
Analogy). Dasar pendidikan pelbagai budaya di Malaysia ialah masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum hendaklah disatukan di bawah satu bumbung pendidikan yang
berteraskan pelbagai budaya. Prinsip Pendidikan Pelbagai Budaya telah ditegaskan sejak
Laporan Barnes (1951), Laporan Fen- Wu (1951) dan ordinan Pendidikan 1952. Dimensi
pendidikan pelbagai buada terdiri daripada lima. Yang pertamanya ialah content integration
iaitu mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep asas,
generalisasi dan teori dalam mata pelajaran disiplin ilmu. Yang kedua ialah the knowledge
construction process iaitu membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam
sebuah mata pelajaran. Yang ketiga ialah an equity pedagogy iaitu menyesuaikan kaedah
pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik
pelajar yang pelbagai baik dari segi ras, budaya ataupun sosial. Yang keempat ialah rejudice
reduction iaitu mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah
pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan perasaan prejudis
terhadap budaya kaum lain. Yang kelima ialah an empowering school Culture and Social
Structure iaitu melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi
dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan
memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.
4.11 PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN
Pengurusan bilik pembelajaran merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran
dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dala
m pelajaran. Lemlech (1988), menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik
pembelajaran bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta
tanggungjawab guru. Terdapat beberapa jenis bilik pembelajaran. Antaranya ialah bilik
Mtematik, bilik Sejarah, bilik Geografi, bilik Pendidikan Islam, bilik Bhasa Arab, bilik Bahasa
Melayu, bilik Bahasa Inggeris, bilik Bahasa Mandarin, makmal komputer, makmal ICT atau
multimedia, perpustakaan, bilik media, bilik laying,bilik APD, bilik ABM, dan sebagainya.
Makmal sains merupakan tempat yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan atau
penyiasatan dan pengajaran yang berkaitan dengan ilmu sains. Seterusnya, terdapat beberapa
kepentingan makmal sains. Antaranya ialah memastikan pengajaran dan pembelajaran sains
lebih efektif melalui aktiviti hands-on sains. Konsep sains lebih mudah difahami dengan
“membuat” berbanding mendengar. Selain itu, memperkembangkan semangat inkuiri dan
ingin tahu murid. Tambahan lagi, memperkembangkan kemahiran saintifik murid (kemahiran
asas dan kemahiran manipulatif). Susur atur makmal sains ialah reka bentuk makmal
bergantung pada fungsi, bahan dan peralatan, dan bilangan pengguna. Reka bentuk makmal
sains perlu mendapat kelulusan JKR atau perunding projek (Project Management Consultant).
Perabot dan peralatan yang wajib ada di setiap makmal sains adalah seperti berikut. Contohnya,
meja dan bangku makmal, komputer dan pencetak, bakul sampah, papan tulis, papan putih
beroda, skrin, langsir, meja computer, pembesar suara, rak peralatan sains, almari, cabinet,
penggantung carta, pemadam api, selimut api, penggera kebakaran, bekas simpanan bahan sisa,
bekas simpanan bahan rosak, kebuk wasap, pancuran dan pencuci mata, kipas pengudaraan,
dan kit pertolongan cemas. Terdapat beberapa spesifikasi keselamatan makmal sains. Makmal
sains perlu selamat, selesa, dan mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang cukup.
Kemasan lantai iaitu jubin seramik yang berwarna cerah dan tidak digilap. Dinding perlu
berwarna cerah dan ada papan pameran. Pintu bagi setiap makmal perlu mempunyai sekurang-
kurangnya 2 pintu dan berjeruji. Tanggungjawab guru makmal ialah memastikan semua
kemudahan fizikal (bekalan elektrik, gas, air, kerusi meja) cukup dan berfungsi dengan
menepati ciri-ciri keselamatan. Selain itu, memastikan semua kelengkapan makmal sentiasa
berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan. Seterusnya, menyediakan pelan tindakan
keselamatan semasa kecemasan, peraturan keselamatan, latihan kecemasan dan kebakaran,
kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan, dan kita pertolongan cemas
yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaan. Sehubungan dengan itu, bengkel merupakan
tempat yang digunakan untuk menjalankan pengajaran dan gerak kerja yang berkaitan dengan
ilmu teknikal dan vokasional. Tanggungjawab guru bengkel ialah memastikan bengkel
mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi. Tambahan lagi, Memastikan
bengkel dapat berfungsi dengan efektif dan mengutamakan keselamatan, dan memastikan
peraturan keselamatan bengkel, pelan kawad kecemasan, dan cogan kata “Utamakan
Keselamatan” disedia dan dipamerkan. Sejajar itu, studio seni merupakan tempat yang
digunakan untuk menjalankan pengajaran, penghasilan, dan pameran kerja seni.
Tanggungjawab guru studio atau bilik senia ialah menyediakan panduan, peraturan, dan jadual
penggunaan studio/bilik seni serta memastikan aspek pemantauan dilaksanakan.
Memastikan peraturan keselamatan studio dan pelan kawad kecemasan disedia dan
dipamerkan. Memastikan studio/bilik seni sentiasa kondusif untuk pdpc seni dari segi
kecukupan peralatan fizikal dan bahan pembelajaran, dan enjaga kebersihan dan keceriaan.
4.12 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami
masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor
persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” Murid
pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas
3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. Konsep pemulihan
mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik. Konsep
pemulihan ialah berdasarkan perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar
mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding
rakan sebayanya. Terdapat beberapa ciri kanak-kanak pemulihan. Contohnya, rendah diri,
pasif, menganggu rakan, kerap tidak hadir sekkolah, lemah pemahaman, malas, dan cepat
bosan. Peranan guru dalam proses pemulihan ialah menggunakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid dan membentuk personaliti baik
dalam diri setiap orang murid. Pengayaan ialah memberi aktiviti tambahan kepada murid yang
dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal
daripada itu. Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara
yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar. Kosepm pngayaan ialah melibatkan
murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
Objektifnya ialah membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan
mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah
perkembangan diri dan bakat mereka. Jenis pengayaan ialah pengayaan mendatar dan
pengayaan menegak. Individu berkeperluan khas merupakan individu yang berbeza daripada
standard kenormalan masyarakat atau komuniti. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh ciri
fizikal, deria, kognitif atau tingkah laku yang ketara. Kebanyakan kanak-kanak ini mungkin
memerlukan program pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka (Garciulo,
2003). Pelajar pintar cerdas pula, menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan
sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah
yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan
pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain. Sehubungan
dengan itu, autisme bermaksud kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak
dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi. Ciri-ciri autism ialah
sukar berkomunikasi, mengelak untuk bertentang mata, emosi tidak seimbang, mencedera diri
sendiri, sukar memahami orang lain, dan pasif. Sejajar itu, disleksia merupakan keadaan di
mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan
untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf. Terdapat teori kecerdasan pelbagai dalam
pengurusan murid pelbagai upaya yang diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga
dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana
pembelajaran. Beliau juga memperkenalkan 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap
kecerdasan indivividu. Antaranya ialah kecerdasan logic-matematik, kecerdasan verbal-
linguistik, kecerdasan muzik, kecerdasan kinestetik badan, kecerdasan interpersonal,
kecerdasan intrapersonal, kecerdasan ruang visual, kecerdasan naturalis dan kecerdasan
eksistensialis.
4.13 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi
sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar
sekolah. Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak
pentadbir, guru, dan murid. Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu
bapa, dan komuniti dalam masyarakat. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah
dengan faktor-faktor dalaman sekolah. Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan
gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faktor
dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang
berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Bagi interaksi dalaman
sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan.
Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi
pencapaian akademik dan sahsiah. Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan
guru-guru dan begitulah sebaliknya. Seterusnya, sekolah adalah sebuah komuniti yang
mempunyai ciri-ciri tersendiri dan menjadi sebahagian daripada masyarakat. Persekitaran
sekolah juga selalunya dikelilingi oleh komuniti-komuniti lain yang mempunyai ciri-ciri
tersendiri, seperti kampung baru, komuniti pekan kecil, komuniti bandar, dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) diwujudkan di setiap sekolah.
PIBG dianggotai oleh guru-guru, ibu bapa, dan penjaga yang mempunyai anak-anak di sekolah
berkenaan. Pada kebiasaannya sekolah mengutip yuran daripada ibu bapa dan penjaga sebagai
sumber menggerakkan persatuan. Fungsi PIBG ialah membantu dalam memajukan
perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan sekolah
bagi menambah dan meningkatkan kemudahan sekolah, dan meningkatkan kemesraan dan
menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat.
Selain daripada itu, Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum
akhir bulan Mac. Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac,
Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan kepada
Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua sebelum 31 Mac. Notis tarikh Mesyuarat Agung
Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota persatuan selewat-lewatnya 14 hari
sebelum tarikh mesyuarat.
4.14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Pengajaran ialah proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan,
penilaian, dan memberikan maklumbalas. Tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmu
pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Corak pengajaran banyak berubah
mengikut perkembangan semasa. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana
objektif pengajaran dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan. Untuk itu,
proses pengajaran hendaklah dirancang dengan baik seterusnya dapat mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Terdapat beberapa kepentingan merancang pengajaran. Antaranya ialah
memenuhi masa yang diperuntukan, menepati kehendak objektif atau matlamat, berkesan
sepanjang waktu pengajaran, dan menarik perhatian dan tidak membosankan. Terdapat lima
persediaan yang dibuat sebelum mengajar iaitu persediaan kemahiran dalam pengajaran,
penulisan persediaan mengajar, persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar, persediaan
peralatan pengajaran, dan persediaan ruang pengajaran. Buku rekod mengajar merupakan salah
satu perkara yang penting dalam pengurusan alam pembelajaran. Guru yang mengajar mata
pelajaran akademik diwajibkan mencatat semua aktiviti kerja mereka dalam buku rekod
mengajar. Buku ini menghimpunkan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI
Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting iaitu Rancangan
Pelajaran Tahunan(RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian(RPH). Sehubungan dengan itu,
pelaksanaan pengajaran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu set induksi, penyampaian isi dan
penutup. Set induksi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada
murid. Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.
Penyampaian isi ialah untuk menyampaikan isi kandungan kepada murid. Guru merancang
beberapa langkah yang berurutan dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai.
Langkah-langkah yang dirancang ada kaitan dengan objektif yang dicatatkan. Penutup pula,
boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Penutup ialah sesuatu kesimpulan
kognitif yang mengukuhkan segala pelajaran yang telah dipelajari dan kesimpulan sosila yang
memberitahu pelajar yang mereka sudah berjaya dan penghargaan harus diberikan kepada
mereka. Setelah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar, guru
dikehendaki membuat refleksi pengajaran. Tujuannya ialah untuk mencatatkan kekurangan dan
kelemahan dalam pengajaran perlu dibaiki dalam pengajaran akan datang. Antara aspek
refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas, penglibatan murid, dan keazaman guru bagi
membaiki pengajarannya. Dalam pengurusan dan pembelajaran, guru dikendaki untuk buat
kajian Tindakan. Kajian berbentuk refleksi kendiri yang dilakukan pengamal pendidikan, guru
atau pendidik sebagai penyelidik dalam situasi sosial itu sendiri. Bertujuan memperbaiki
atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman
tentang amalan serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Melibatkan proses membuat
refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati.
5.0 RUMUSAN
Setelah mempelajari nota-nota kuliah ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa alam
pembelajaran merupakan alam yang membantu seseorang mengenal erti kehidupan serta
mengenal pasti baik dan buruk sesuatu perkara. Setiap manusia perlu mengalami proses
pembelajaran yang sempurna bermula umur lima tahun dan seterusnya. Pengurusan alam
pembelajaran ini perlu dititik beratkan kepada para guru supaya minat pelajar dapat dipupuk
dan sekaligus meningkatkan prestasi pelajar-pelajar tersebut. Justeru tugas guru sebagai
seorang pengurus di dalam kelas adalah sangat penting. Hal ini kerana, kecekapan guru dalam
menjalankan tugas sebagai pengurus akan dapat mewujudkan suasana yang kondusif, disiplin
kelas juga dalam keadaan yang baik dan keadaan bilik darjah yang selesa. Pengurusan alam
pembelajaran yang baik dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa yang sekaligus
dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
7.0 RUJUKAN
Centre, I. U. (n.d.). MyGuru | UPSI Learning Management System. MyGuru.
https://myguru.upsi.edu.my/users/auth/login
Hanipudin, A. (2020, October 30). Materi Organisasi dan Kepemimpinan. Academia.
https://www.academia.edu/38533481/Materi_Organisasi_dan_Kepemimpinan
J, A. (2014, June 4). Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran
dan pembelajaran. Academia.
https://www.academia.edu/6519805/Bilik_darjah_merupakan_tempat_yang_paling_p
enting_proses_pengajaran_dan_pembelajaran
Yanzz, A. (2016, March 23). Topik 1 Apakah itu Pengurusan. Academia.
https://www.academia.edu/23596160/Topik_1_Apakah_itu_Pengurusan