CONTOH JAWAPAN ESEI
5/9/2021
SOALAN Kini, di bandar-bandar besar di negara
kita seperti di Kuala Lumpur, di Petaling
Pernyataan Isu Jaya, di Johor Bahru, dan di Pulau Pinang
banyak bangunan pencakar langit telah di
dibina bagi pelbagai tujuan, termasuk
untuk tempat kediaman, pusat perniagaan
dan pentadbiran
Kehendak Soalan Bincangkan kebaikan dan keburukan
pembinaan bangunan yang sedemikian
PENGENALAN
Kini, bangunan pencakar langit atau bangunan yang tinggi telah
banyak terbina di negara kita. Bangunan-bangunan pencakar
langit ini telah menjadi mercu tanda kepada beberapa bandar
besar di negara kita seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Petaling
Jaya dan Pulau Pinang.
Para pemaju berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tersebut
untuk dijadikan sebagai tempat kediaman, pusat perniagaan dan pusat
pentadbiran. Kadangkala bangunan-bangunan tersebut didirikan oleh
mereka secara saling berdekatan sehingga kita merasakan seperti berada
di tengah-tengah hutan batu.
Pembinaan bangunan-bangunan ini sudah tentu membawa kebaikan dan
juga keburukan kepada kita.
ISI KEBAIKAN
Kebaikan yang ketara ialah, pembinaan bangunan pencakar
langit dapat menjimatkan penggunaan ruang dan tanah.
Keadaan ini memang sesuai dengan keluasan kawasan bandar-bandar
utama negara kita yang secara relatifnya kecil. Pembinaan bangunan
sebegini sudah tentu menjimatkan tanah dan kos pembinaannya. Sebuah
bangunan pencakar langit akan dapat menempatkan banyak unit
kediaman, ruang pejabat dan ruang niaga. Sebagai contoh, sebuah
bangunan pencakar langit hanya memerlukan keluasan tanah sebesar 20
hektar sahaja tetapi dapat menampung ribuan penduduk serta ruang
kerja dan ruang perniagaan yang banyak.
Pembinaan bangunan pencakar langit jelas dapat mengoptimunkan
penggunaan tanah di bandar-bandar besar dan mempercepatkan
pembangunan bandar-bandar tersebut.
ISI KEBURUKAN
Walaupun ada kebaikannya, keburukan pembinaan bangunan
pencakar langit juga tidak dapat diketepikan. Salah satu
keburukannya ialah peningkatan suhu setempat.
Peningkatan suhu setempat sudah pasti berlaku kerana setiap bangunan
mengandungi banyak unit dan setiap unit memerlukan penggunaan
bahan api untuk lampu, alat penghawa dingin, dan pelbagai alat elektrik
dan elektronik. Peningkatan suhu juga berlaku disebabkan kebanyakan
bangunan yang dibina banyak menggunakan kaca yang tidak menyerap
haba dan memantulkan semula pancaran matahari. Keadaan ini sudah
tentu memerangkap haba yang yang dipancarkan oleh matahari sehingga
suhu setempat bertambah panas.
Kesannya penghuni atau penduduk di kawasan tersebut akan mudah
berasa panas .
PENUTUP
Kesimpulannya, setiap pembinaan sudah tentu akan ada
kebaikan dan keburukannya. Begitu juga halnya dengan
pembinaan bangunan pencakar langit.
Oleh itu, setiap aspek pembinaan bangunan pencakar langit perlu
diteliti oleh pihak berkuasa dengan sedalam-dalamnya agar segala
keburukan yang timbul dapat diminimumkan dan keselamatan
penghuninya terjamin.
Perancangan yang sistematik dan berkesan mesti dilaksanakan sebelum
sesuatu pembinaan bangunan pencakar langit itu terbina.