The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAS AYUNIE IZZATI BINTI MOHD BAZLIRIZAIDDI IPG-Pelajar, 2024-03-23 12:08:05

JOJI DAN JINU

JOJI DAN JINU

DAN SIRI KAWAN RIMBA JOJI JINU


Pada zaman dahulu, terdapat dua ekor monyet iaitu Joji dan Jinu tinggal di dalam hutan. Kedua-dua ekor monyet ini merasakan diri mereka ialah haiwan yang paling bijak di dalam rimba. Kedua-duanya sangat bangga akan kebijaksanaan mereka dan sering bersaing antara satu sama lain untuk menentukan siapa yang lebih bijak antara mereka berdua. 1


2


Suatu hari, mereka sedang berjalan di sekitar rimba dan ternampak sebuah perigi. “Tolong ! Tolong ! " Joji dan Jinu terdengar suara garau meminta tolong berdekatan dengan perigi. Mereka mengintai ke dalam perigi dan ternampak sang singa sedang menangis di dalam perigi tersebut. “Tolong selamatkan aku, sang monyet.” , kata Sang Singa kepada Joji dan Jinu dengan ketakutan. 3


4


“Eh, ada sang singa di dalam perigi. Dia mesti dalam kesusahan. Aku harus tolong dia. “ , kata Joji. “Kau mampu ke nak keluarkan sang singa yang besar ini, Joji?” , tanya Jinu. “Aku seekor monyet yang bijak. Aku pasti mampu mencari cara untuk menolong sang singa.” , Joji berkata dengan perasaan angkuh. Jinu berasa tercabar apabila Joji menunjuk-nunjukkan kebijaksanaannya, maka Jinu juga mencari idea untuk mengeluarkan sang singa itu. 5


6


Sedang mereka berfikir, Joji ternampak sebatang kayu balak berdekatan dengan perigi tersebut. Dia mendapat idea untuk melemparkan kayu tersebut ke dalam perigi. Joji merasakan bahawa ideanya itu dapat membantu singa untuk keluar dari perigi tersebut. “Idea kau tak bernaslah, Joji. Kayu balak itu tidak akan mampu menolong sang singa untuk keluar dari perigi ini.” , kata Jinu. “Jinu, kau rasa kau lagi bijak daripada aku ke? Tengoklah betapa besarnya kayu ini, sang singa pasti akan berjaya keluar dari perigi selepas aku lemparkan kayu ini.” , balas Joji. 7


8


Mereka berdua bertengkar sehingga sang rusa terdengar pertengkaran mereka. Sang rusa pun datang ke arah mereka. “Apa yang kamu berdua buat disini?” , tanya sang rusa. “Kami sedang memikirkan cara untuk membantu sang singa keluar dari perigi ini.” , jelas Joji. “Singa itu bukan terjatuh ke dalam perigi tetapi kami penduduk rimba telah bersepakat untuk mencampakkan dia ke dalam perigi sebagai hukuman ke atas segala perkara jahat yang telah sang singa lakukan ” , sang rusa berkata. 9


10


Joji dan Jinu tidak bersetuju terhadap tindakan penduduk rimba. “ Saya tak sanggup melihat sang singa terseksa di dalam perigi ini. Saya perlu selamatkan haiwan yang dalam kesusahan ” , kata Jinu. “Sang singa layak dihukum kerana dia telah membunuh dan makan banyak hidupan di rimba ini.” , jelas sang rusa dengan perasaan marah. “Betulkah kamu memakan haiwanhaiwan di rimba, wahai sang singa?” , tanya Joji kepada sang singa. Namun, sang singa mengelak untuk menjawab pertanyaan Joji dan terus menangis. 11


Tetapi Joji dan Jinu tetap berdegil dan tidak menghiraukan segala penjelasan sang rusa. Sang rusa berasa sangat kesal dengan sifat degil Joji dan Jinu. Sang rusa pun berlalu pergi. 12


Apabila sang rusa berlalu pergi, sang singa pun berkata, “Tolong aku sang monyet. Aku kesejukan dan ketakutan kerana perigi ini sangat gelap.” Joji dan Jinu terpedaya dengan tangisan dan rayuan Sang Singa. Sang singa berjaya meraih simpati Joji dan Jinu. Joji pun mengangkat kayu balak yang besar lalu mencampakkannya ke dalam perigi. "Aku sudah kata tadi yang sang singa pasti tidak mungkin mampu untuk keluar dengan hanya bantuan sebatang kayu. Jadi, aku bawa tali yang kasar ini untuk bantu dia keluar.” , kata Jinu. 13


14


Tiba-tiba seekor biri-biri yang comel datang dan berkata, “Mengapa kamu berdua mahu selamatkan sang singa? Sang singa telah makan kesemua anak-anak saya dan dia telah menimbulkan kekacauan kepada penduduk rimba. Sebab itu kami melemparkan dia ke dalam perigi. Kalau kamu selamatkan dia, dia akan menimbulkan lebih banyak masalah lagi.”. “Aku ialah seekor monyet yang bijak. Kamu tak perlu jelaskan hal ini. Aku tahu yang aku buat perkara yang betul.” , kata Jinu dengan angkuh. 15


16


Biri-biri kecewa dengan mereka tapi dia tidak mampu untuk menghalang mereka. “Kamu akan menyesal dengan tindakan kamu ini.” , kata biri-biri lalu pergi jauh meninggalkan Joji dan Jinu. 17


18


Jinu mengambil seutas tali lalu mengikat hujung tali di sebatang pokok yang keras lalu dicampakkan tali tersebut ke dalam perigi. Sang singa mula memanjat keluar dari perigi tersebut menggunakan tali itu manakala Joji dan Jinu membantu menarik tali tersebut. Joji dan Jinu gembira apabila sang singa berjaya keluar dari perigi. 19


20


“Aku lagi bijak dari engkau kerana aku berjaya keluarkan sang singa.” , kata Jinu. “Aku lagi bijak kerana aku juga membantu sang singa keluar.” , kata Joji. Mereka muka bertengkar kerana kedua-duanya berasa dengki terhadap kebijaksanaan masingmasing. Sedang mereka bertengkar, sang singa mengambil kesempatan untuk menerkam Joji daripada belakang. 21


22


Jinu terkejut lalu terus berlari ketakutan. “Tolong jangan makan aku. Aku telah selamatkan kamu sang singa. “ , kata Jinu sambil terus berlari. Jinu ternampak sebuah pokok jambu yang tinggi lalu dia memanjat pokok yang tinggi itu untuk melarikan diri daripada sang singa. Sang singa duduk hampir dengan pokok tersebut sambil menunggu Jinu untuk turun. 23


24


Jinu berasa lapar dan makan buah jambu yang manis di pokok tersebut sambil menunggu sang singa untuk pergi. Namun, beberapa hari berlalu, singa masih tidak berganjak daripada pokok tersebut. Jinu ternampak singa baring dan pejamkan mata. “Sang singa pasti sudah mati. Takkanlah dia mampu untuk hidup berhari-hari tanpa makan apaapa.” , fikir Jinu. 25


26


Jinu memetik buah jambu pada pokok lalu dicampakkan ke arah kepala sang singa. Dia mengulang perbuatan ini berkali-kali namun sang singa langsung tidak sedarkan diri. Sang merpati yang sedang terbang ternampak tindakan sang monyet. “Apa yang kamu lakukan ini, sang monyet?” , tanya sang merpati. “Aku takut untuk turun daripada pokok ini kerana ada sang singa dekat pokok ini, jadi aku sedang memastikan bahawa sang singa sudah mati atau belum. Kalau tidak, dia pasti akan makan aku.” , jelas Jinu. 27


28


Jinu meminta sang merpati untuk duduk di atas sang singa dan mencuit sang singa menggunakan kukunya yang tajam untuk mengejutnya. Sang merpati pun terbang ke arah sang singa dan hinggap di atas kepala sang singa. Dia mencuit-cuit kepala sang singa namun sang singa masih tidak bangun. “Aku yakin sang singa pasti sudah mati.” , kata Jinu. Tanpa berfikir panjang, Jinu melompat turun daripada pokok tersebut. 29


30


Tiba-tiba, sang singa membukakan matanya dan mengejar Jinu. “Alamak, sang singa masih hidup! Tolong aku! Tolong aku!” , Jinu menjerit dengan kuat. Namun, sang singa berjaya menangkap Jinu. Haiwan rimba lain terdengar jeritan Jinu yang nyaring dan melihat kejadian tersebut menerusi semaksamun. Mereka menggelengkan kepala diatas sikap degil dan angkuh Joji serta Jinu yang tidak mendengar nasihat telah memakan diri mereka. 31


32


SIRI KAWAN RIMBA I KAWAN RIMBA Siri Kawan Rimba merupakan himpunan cerita haiwan yang mengetengahkan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar kepada para pembaca. Diterbitkan Oleh: YN Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version