The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU 3183-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Natalie Elixha Ashvinie, 2023-02-16 22:37:49

MPU 3183-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MPU 3183-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Dasar Pembangunan Nasional & Dasar KebudayaanKebangsaan Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU3183)


AHLI KUMPULAN PENGENALAN DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN KESIMPULAN RUJUKAN


Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan sebagainya.


Kebudayaan dimaksudkan sebagai satu cara kehidupan. mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Justeru , budaya boleh didefinisikan sebagai atu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, sunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan lain


Pada tahun 1990, Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) Dasar Ekonomi Baru (DEB)telah disiapkan. Beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan meskipun kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tidak menyeluruh sepenuhnya. Untuk lebih jelas proses kejuruteraan sosioekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) mengkehendaki masa yang lebih lama daripada yang diperuntukkan untuk mengambil kira kesan daripada gelojak dunia umum. Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia, telah melancarkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 17 Jun tahun 1991. Berasaskan Dasar Penbangunan Nasional (DPN), Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) telah mencipta, di dalam usaha untuk menjadikan negara Malaysia sebuah yang maju menjelang tahun 2020 satu lagi era baru telah bermula. Pembangunan negara dipengaruhi oleh dua bidang utama - politik dan ekonomi - dan masing-masing sangat berkaitan dengan bagaimana negara dijalankan dan seberapa baik kinerja ekonominya. Ada banyak pemimpin dan kebijakan yang berbeda di bidang ini, dan semuanya saling mempengaruhi.


Melahirkan masyarakat progresif,sejahtera dan bernilai positif Mengalakkan pembangunan sumber manusia Menjadikan sains dan teknologi teras pembangunan sosioekonomi Mengutamakan perlindungan alam sekitar Mewujudkan keseimbangan optimum pertumbuhan ekonomi dan pengagihan ekonomi yang saksama Menggalakkan pembangunan seimbang dalam semua sektor Menghapuskan ketidakadilan sosioekonomi-mencapai integrasi nasional


Memberikan insentif serta kemudahan pendidikan untuk kemajuan masyarakat miskin tanpa mengira kaum Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif Menyediakan dan menambah baik kemudahan asas Pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar Penglibatan aktif pihak swasta dalam penbangunan ekonomi negara Melaksanakan program penanaman semula Penggunaan sains dan teknologi-meningkatkan pemilikan saham bumiputera


Dasar kebudayaan sesebuah negara ditakrifkan sebagai budaya keseluruhan cara hidup manusia. Budaya adalah penting kepada proses pembangunan negara kerana identiti Malaysia mesti dipupuk melalui usaha menggalakkan pembangunan sosio-ekonomi dan politik. Ini memerlukan kerjasama dan penyertaan di semua peringkat masyarakat. Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibangunkan untuk mewujudkan perpaduan nasional dan integrasi nasional melalui aspek seni dan budaya. Ini menjadi garis panduan masyarakat untuk membentuk dan mengekalkan identiti sebagai warganegara Malaysia.


Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan diperakui melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971. Kongres ini boleh dianggap sebagai lanjutan daripada Kongres Rakyat 1956, iaitu Kongres Kebudayaan Melayu. Kongres ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kongres ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan. Belia dan Sukan. Pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan melibatkan semua kementerian, agensi dan jabatan yang berkaitan (kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia). Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Negara, Majlis Kebudayaan Kebangsaan, Istana Kebudayaan, Akademi Seni dan Warisan Budaya Kebangsaan (ASWARA)


Untuk memajukan negara yang stabil dan maju dalam aspek bersatu padu Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara – negara yang baru amatlah penting. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. Mempertingkatkan dan kualiti kehidupan kemanusian dan kerohanian yang sama dengan pembangunan sosioekonomi. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.


Kepentingan Dasar Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan ialah membentukkan satu identiti nasional bagi berbilang-bilang kaum yang terdapat di Malaysia Ia juga memainkan peranan dan amat penting untuk membentukkan identiti negara Malaysia di peringkat antarabangsa. Kewujudan jati diri kebangsaan dapat membentukkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat negara Malaysia dengan berkongsi identiti berasaskan negara kita yang sama. Semangat nasionalisme memainkan peranan utama dalam membentuk jati diri Malaysia.


Untuk penciptaan identiti Malaysia dalam masyarakat global. Mengintegrasikan unsur-unsur budaya daripada masyarakat lain di negara ini bagi membentukkan budaya kebangsaan yang dikongsi bersama oleh rakyat negara ini sebagai simbolik identiti nasional Malaysia yang melambangkan.


1. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; 2. Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha untuk membimbing dan melatih peminat serta menyokong dan menggerakkan budaya di mana mungkin sebagai 3. Untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan untuk kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. 4. Bertemu dengan budaya sosiobudaya 5. Meningkatkan tahap dan kualiti seni


KESIMPULAN


https://cikguafzan96.blogspot.com/2019/07/peranandasar-kebudayaan.. http://dasardasarutamamalaysia.blogspot.com/2016/ 08/421-dasar-kebudayaan-kebangsaan.html https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/04 Dasar_Kebudayaan_Kebangsaan.pdf https://online.anyflip.com/lgqfh/svwe/mobile/ TERIMA KASIH https://www.weacademia.com/my/sejarah/tingkatan5/sejarah-t5-bab-8/sejarah-t5-bab-8-3 Link E-Folio : https://anyflip.com/qmvur/oanz/


Click to View FlipBook Version