The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 1(2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipgkipoh374-6-kirubashini, 2022-09-06 23:10:47

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 1(2)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 1(2)

Keywords: PANDU PUTERI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun
2006, Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

MUKADIMAH

Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917
Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri
di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah
menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu
Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak
pada tahun 1991.

Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam
sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan
keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis,
berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan
membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi
kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di
bawah.

PERKARA 1 - NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI

Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri.

Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-
UNDANG

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang
berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh
Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah
keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak
akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah
organisasi yang tidak berasaskan keuntungan.

Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.

Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Bahawa
dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya:

menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia,
menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan.

Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut:

1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai
2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia
3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain
4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang
lain
5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun
6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah
8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat
10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan

2.1 KAEDAH

Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi:
i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang
ii. Perkembangan kendiri yang progresif
iii. Pembelajaran melalui perbuatan
iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan
yang bertanggungjawab
v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa
vi. Khidmat masyarakat vii. Aktiviti luar viii. Simbolisme

2.2 KEANGGOTAAN

Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka
kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama,
bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran
keanggotaan tahunan.

Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut:

Ahli Aktif
Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan
seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri
Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri
dan Pengakap Puteri Sedunia.

Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi:

Bahagian Kepanduan 5 – 25 tahun

Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah

Pandu Puteri Tunas 6 – 12 tahun Pandu

Puteri Remaja 12 – 15 tahun

Pandu Puteri Renjer 15 – 18 tahun

Pandu Puteri Kadet +18 tahun

Pandu Puteri Siswi +18 tahun

Pandu Puteri Dewasa +18 tahun

Bahagian Dewasa +18 tahun
Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun
Penolong Pemimpin +18 tahun
Pemimpin +21 tahun
Jurulatih +24 tahun
Pesuruhjaya +24 tahun
Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun
Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun
Guild Trefoil +24 tahun

Ahli Tidak Aktif
Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan
Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar
kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia.

Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang
telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18
tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu
Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal
dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan
pembangunan serta teknologi maklumat.

Ahli Kehormat
Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan
Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan
bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia.

Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-
Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan
Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu- individu,
termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi
memegang waran.

Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua
Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan
menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, dengan jemputan.

Perletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan
Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri
Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif
Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan
memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada
Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan
jawatan tersebut.

Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi
keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini.

Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-
kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan
ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court
of Honour” adalah muktamad.

PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF

Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri
dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan
Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu :

A) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk
perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-
Prinsip Asas;

B) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan
kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri
dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab
dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia;

C) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis
berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia;

D) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di
bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 4 - LENCANA

USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan
bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan
Pandu Puteri Malaysia ” di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya .
Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian
daripad anya) , bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh
Persatuan Pandu Puteri Malaysia .
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak
eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keah lian tetapi tidak
mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri
Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk
menggunakan Lencana tanpa kebenaran L embaga Eksekutif Kebangsaan melalui
Ibu Pejabat Kebangsaan .

PERKARA 5 - PENAUNG

Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung
Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong.
Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut:

 mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia.

 menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja.
 menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF

Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif
Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan.
Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga
Eksekutif Kebangsaan jika perlu.

6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut:

Yang Dipertua
Timbalan Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat

6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan

1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri

6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan

6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan

1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan

USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang
dilantik dari semasa ke semasa

6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan

Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung
pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu
dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan
memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli- Ahli
Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri
Timbalan Yang Dipertua Malaysia ialah isteri Perdana Menteri
Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri
Malaysia seorang wanita, maka Yang
Dipertua Persatuan Pandu Puteri
Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia
USUL 2: Calon yang dipilih sebagai
Timbalan Yang Dipertua akan
memegang jawatan tersebut untuk
tempoh tiga tahun. Apabila tempoh
tersebut berakhir, calon boleh terus
dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua
untuk tempoh tiga tahun selanjutnya,
tanpa had tempoh keseluruhannya .

Ketua Pesuruhjaya Calon yang dipilih sebagai Ketua

Setiausaha Kehormat Pesuruhjaya akan memegang jawatan
Bendahari Kehormat
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: untuk tempoh lima tahun. Tempoh
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja tersebut tidak boleh disambung
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet selanjutnya.
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan Calon-calon yang dipilih sebagai

Setiausaha Kehormat, Bendahari

Kehormat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya

Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-

Pesuruhjaya Perkembangan

Kebangsaan akan memegang jawatan

untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon

tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh

tiga tahun selanjutnya, sehingga had

tempoh maksimum enam tahun

keseluruhannya.

6 Pesuruhjaya Perkembangan
Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan
dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan
Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan

Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan
pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali
setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak
lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung
Tahunan Majlis Kebangsaan.

Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai
perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat

Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan
diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi
tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya.

USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu
dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35
tahun , 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun , and 30% di atas umur 60 tahun .

USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli e
x officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan . Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri
Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam
pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan
tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan .

USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio
tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa
ke semasa .

6.3 Kekerapan Mesyuarat

Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan
Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli
yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan
mesyuarat tersebut.

6.4 Korum dan Kuasa Pengundian

Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-
undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir.

Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat
tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan
bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua
keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.

Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada
jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang
dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-
Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua
pertiga undi majoriti.

Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu
pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

6.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan

Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah:

i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan;
ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia
untuk memastikan pencapaian yang baik;
iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi
dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti;
iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan
dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan
pewarisan, dan program latihan terancang;
v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang
berkesan dengan orang awam;
vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan,
sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko,
kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang- undang dan peraturan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya.
viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia .

PERKARA 7 - BADAN UNDANGAN

Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis
Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan
penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat,
tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

7.1 Keanggotaan Majlis Kebangsaan

Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan
mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada
Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga Satu (31) daripada
sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 – 35 30 tahun

Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri,
seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka
tidak akan dibenarkan mengundi.

Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:

Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua,

Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha

Kebangsaan Kehormat, Bendahari Kehormat, enam

(6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan

dan enam (6) Pesuruhjaya

Perkembangan Kebangsaan dibenarkan

mengundi. Jumlah undian sebanyak

tujuh belas (17) undi.

USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Tiada hak untuk mengundi.

Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli

ex officio yang dilantik dari semasa ke

semasa

Wakil Cawangan USUL 9: 13 wakil daripada setiap 16 15

Cawangan. 10 wakil dibenarkan

mengundi. Jumlah undian sebanyak satu

ratus enam lima puluh (160 150 ) undi

USUL 10: Majlis Kejurulatihan 10 wakil daripada Majlis Kejurilatihan.

Guild Pandu Puteri Raja 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan

dibenarkan mengundi. Jumlah undian

sebanyak empat belas (14) undi.

Guild Trefoil 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan

dibenarkan mengundi. Jumlah undian

sebanyak empat belas (14) undi.

Guild Mantan Pesuruhjaya Setiap ahli yang hadir dibenarkan

mengundi.

Wakil Kelab Pandu Puteri Dibenarkan mengundi.

Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Tiada hak untuk mengundi.

Persekutuan Pengakap-Pengakap

Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri

Malaysia, kakitangan Kementerian

Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan

7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan

Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan
mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh
disambung.

Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis
Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung.
Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh
jawatan tersebut dikosongkan.

7.3 Kekerapan Mesyuarat

Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap
tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun.

Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui
permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini
harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang
Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua.
Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan
melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat
tersebut.

7.4 Korum dan Kuasa Pengundian

Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu
daripada jumlah ahli yang mengundi.

Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat
tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang
dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini,
mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan
ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan
yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.

Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada
jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan,
pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti.

USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar
Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan
Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum
setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut , melainkan permintaan untuk
menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

7.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan

Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut:

i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang
isu-isu penting;

iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan
kewangan dan laporan tahunan;
v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif
Kebangsaan
vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik
waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya;
vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini;
viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan
susulan;
ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis
Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.

PERKARA 8 - KEWANGAN

Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada:

i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh
Majlis Kebangsaan.
ii. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau
sumber dan pendapatan daripada pelaburan.

Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat
Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri
Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau
kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki
Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing.

Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan
oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan
atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi
dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis
Kebangsaan.

Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus
mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu
salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat.

Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan
mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak
lewat dari tarikh 14 Mei 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap
tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan
kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember.

PERKARA 9 - CAWANGAN PERSATUAN

Cawangan Persatuan terdiri daripada:

i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak,
Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu.
ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya.
iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara.
iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan
Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil.

Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari
dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara
Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi
Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa
untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait
dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-
pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif

Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga
Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan.

Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan
untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan
untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG
KECIL

Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis
Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir.

USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau
Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan
kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (1421 ) hari bekerja
sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan.

PERKARA 11 - PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu
Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini.
Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan.
Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada
ahli-ahli yang hadir.

Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat
dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut
harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis
Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi
yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama
dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis
Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.


Click to View FlipBook Version