The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imah.faried, 2022-06-24 04:25:15

Buku Program PIBG KE 47 2022 SKI

Buku Program PIBG KE 47 2022 SKI

MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG
KALI KE 47/2022

TARIKH : 25 JUN 2022
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN RAFULIN, SK IJOK

DIRASMIKAN OLEH :

YANG BERBAHAGIA DR. HJ. ZAINUDDIN BIN OTMAN

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO), SUASA EFEKTIF (M) SDN. BHD.

1 www.skijokts25.blogspot.com

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47/2022 _______________________ 3
4
Ucapan Guru Besar SK IJOK ______________________________________ 5
6
Ucapan Yang Dipertua PIBG SK IJOK 2021 __________________________ 7
Atur cara dan Agenda Mesyuarat Agung kali ke-47/2022 ______________ 8 - 13
14 - 17
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung kali ke-47/2022 ________ 18- 19
20
Laporan Perasmian dan Minit Mesyuarat Agung kali ke-46/2021 __________
21
Laporan Aktiviti PIBG SK Ijok 2021 ________________________________ 22 - 26

Laporan Kewangan PIBG SK Ijok 2021 _____________________________ 27

Usul dan Cadangan ___________________________________________
Jawatankuasa PIBG 2022 _______________________________________

Lampiran : Senarai nama guru SKI 2022/Bilangan Kelas dan Murid SKI 2022/
Analisis PBD 2021/Pencapaian aktiviti Kokurikulum (terkini : 2022)______

Penghargaan _____________________________________________________

2
2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK

45600 BESTARI JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
Laman web : wwwgeocities.com/skiijok 03-32791277(P)

Ruj. Kami : SKI 07/01/001/Jld 1 ( )
Tarikh : 7 Jun 2022

Kepada:

- IBU BAPA / PENJAGA MURID SK IJOK
- GURU SK IJOK

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK IJOK KALI KE 47

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, PIBG SK Ijok akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya
kali ke-45. Sehubungan itu, pihak kami menjemput tuan/puan ke Mesyuarat Agung Tahunan
tersebut pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Rafulin SK Ijok

3. Bersama-sama ini disertakan borang usul dan cadangan. Sebarang usul dan cadangan
hendaklah diserahkan kepada Setiausaha PIBG sesi 2021 En Mohammad Helmi bin Abdul Rahman
pada atau sebelum 20 Jun 2022. Perhatian dan komitmen daripada pihak tuan/puan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

TT .
………………………………
HELME BIN MOHD BADROS
Yang Dipertua PIBG 2021
Sekolah Kebangsaan Ijok

3

Pembuka Bicara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Yang Berbahagia Dr Haji Zainuddin Bin Othman, Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) Suasa Efektif (M) Sdn Berhad. Yang dihormati En Helme
B.Mohd Badros selaku Yang Di Pertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Ijok.
Barisan Penolong Kanan, AJK PIBG Sesi 2021/2022, guru-guru,
seterusnya para ibu bapa dan hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt, atas limpah kurnianya dapat
kita berkumpul dan berbincang dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47
ini. Kehadiran ibubapa amatlah disanjung dan diucapkan jutaan terima kasih serta
amat memberi makna yang besar sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap
kemajuan pendidikan anak-anak serta sekolah ini. Melafazkan rasa kesyukuran kerana kita
kembali bersemuka untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKI demi
memastikan kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak SKI yang kita sayangi.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Haji Zainuddin
B.Othman atas kesudian sebagai perasmi majlis dan sudi menjalinkan hubungan sebagai
stakeholder kepada SKI. Terima kasih juga diucapkan kepada PIBG Sekolah Kebangsaan
Ijok yang banyak memberikan sumbangan dalam membantu pihak sekolah menyediakan
kemudahan kepada anak-anak menuntut ilmu dengan lebih selesa..Oleh yang demikian,
segala keprihatinan pihak PIBG dalam mendepani cabaran ini, sangatlah kami hargai. Saya
yakin, semua pihak telah sama-sama berusaha menyediakan segala keperluan untuk anak-
anak SKI.
.

Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kepada YDP PIBG dan barisan ahli
jawatankuasa yang sentiasa memberi kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang masa.
Sesungguhnya, gabungan usaha serta kerjasama ini amat penting dalam memastikan
anak-anak dapat menempuh gelombang perubahan yang penuh dengan kerenah dan
cabaran pendidikan alaf baru.Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2022 dan juga Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-47 ini, atas sumbangan bakti kepada sekolah.Semoga usaha gigih
setiap individu secara langsung atau tidak, akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.

ARBA’AHAZURA BINTI SUPA’AT
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK

4

4

Seuntai Bicara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya serta para sahabatnya. Dalam kesempatan yang bermakna ini,
saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua dapat bersua di Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG SK Ijok kali ke-47.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang bertanggungjawab
membantu sekolah untuk mencemerlangan sekolah dan anak-anak serta memperkasakannya.
Komitmen yang padu dalam kalangan AJK dan anggota PIBGyang terdiri dari ibubapa, penjaga dan
guru-guru, khususnya di SK Ijok diharapkan membuahkan kejayaan melahirkan insan cemerlang
iaitu rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, nusa, dan bangsa selaras
dengan Tranformasi Sekolah 2025 (TS25). Disamping itu, bantuan dan sumbangan dari pihak luar,
jiran-jiran dan alumni amat lah diharapkan.

Dalam suasana PKP akibat Covid 19, pihak sekolah dan PIBG mengupayakan tenaga dann
kekuatan yang ada, hasilnya pelbagai kejayaan telah pun SK Ijok kecapi sepanjang tahun 2021.
Pencapaian terbaik dalam aspek akademik serta kokurikulum dan juga pembangunan sahsiah
menjadi satu kenangan manis seluruh warga Sekolah Kebangsaan Ijok sepanjang tahun 2021. Semua
tidak akan tercapai tanpa komitmen dari guru-guru, ibubapa dan komuniti setempat. Tahniah saya
ucapkan untuk semua yang menjayakannya secara langsung atau tidak langsung. Semoga kejayaan
yang lebih cemerlang akan dianugerahi Ilahi.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua guru yang telah melaksanakan amanah dan
tanggung jawab mereka. Tidak lupa juga kepada barisan AJK PIBG sesi 2021 dan ibu bapa yang
komited demi kejayaan anak-anak dunia dan akhirat.

Ucapan terima kasih kepada yang berbahagia perasmi di atas kesudian melapangkan masa
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Ijok kali ke-47 ini. Tidak lupa juga kepada wakil PPD Kuala
Selangor, Ketua Kampung, wakil masjid serta wakil-wakil NGO yang sudi hadir bagi memeriahkan
dan menjayakan mesyuarat kali ini.

Semoga segala usaha kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

HELME BIN MOHD BADROS
Yang Di Pertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Ijok 2021

5
5

8.00 - 8.30 pagi ATURCARA MAJLIS PERASMIAN
8.30 – 9.00 pagi
9.00 – 9.10 pagi - Kehadiran AJK PIBG dan AJK Pelaksana
: Pendaftaran Ibu bapa / penjaga / Jemputan / Perasmi
10.30 pagi - - Majlis Perasmian

• Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis
• Bacaan Doa
• Ucapan Yang Di Pertua PIBG SK Ijok 2021
• Ucapan Penasihat PIBG / Guru Besar SK Ijok
• Tayangan Montaj
• Ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG Ke 47 oleh

Yg. Berbahagia, Dr Hj Zainuddin bin Othman
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suasa Efektif (M) Sdn Bhd

• Cenderahati AJK PIBG 2021
• Cabutan Bertuah
• Penyampaian Cenderahati Perasmi

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Ijok ke-47

ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KE 47.

Agenda 1 : Ucapan pengerusi / Yang Di Pertua PIBG
Agenda 2 - Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali ke 46 /2021
Agenda 3 - Membentang Laporan Tahunan PIBG 2021
Agenda 4 - Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG
Berakhir 31 Disember 2021
Agenda 5 - Membentang dan menerima usul (Jika ada)
Agenda 6 - Pembubaran Jawatankuasa 2021
Agenda 7 - Pelantikan Pengerusi Mesyuarat
Agenda 8 - Perlantikan Jawatankuasa PIBG 2022

Agenda 9 - 8.1 Seorang Yang Di Pertua (ibubapa)
Agenda 10 - 8.2 Seorang Naib Yang Di Pertua (ibubapa)
Agenda 11 - 8.3 Seorang Setiausaha (guru)
8.4 Seorang Bendahari (guru)
8.5 11 orang AJK ( 6 orang Ibu Bapa dan 5 orang guru )
8.6 Memilih 2 orang Pemeriksa Kira-Kira (1 orang ibubapa dan 1 orang

guru)

Hal-hal lain
Pengisytiharaan AJK PIBG SK Ijok 2022 dan Ucapan Penangguhan YDP 2022
Penangguhan mesyuarat dan bersurai

“SELAMAT BERMESYUARAT”

6
6

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47

SK IJOK 2022
************************************

PENASIHAT
Pn. Arba’ahazura binti Supa’at (Guru Besar SK.Ijok )

PENGERUSI
En. Helme bin Mohd Badros (YDP PIBG)

NAIB PENGERUSI
En. Mohd Tahrin bin Maarof

SETIAUSAHA
En. Mohammad Helmi bin Abdul Rahman

Penyambut Tetamu / Protokol BENDAHARI
Pn. Arba’azura bt Supa’at, Guru Besar Pn. Rosnah binti Abdullah
En. Helme bin Mohd Badros YDP PIBG
En. Mohd Tahrin bin Ma’arof. NYDP PIBG Cenderahati / Cabutan Bertuah / Sijil AJK Pibg
Hj. Zainuddin bin Mahroni, PK Pentadbiran Pn. Junaidah bt Anis
En. Zulkifli Amin bin Mohd Jaini, PK HEM Pn. Arnimi bt Ibrahim
Pn. Hamadah bt Harun PK Kokurikulum Pn. Rosnah binti Abdullah
Pn. Zahara bt Ramli En. Ahmad Fikri bin Ahmad Nazari

Buku Program Persiapan Jamuan VIP
Pn. Zaiton Fatimah bt Abdul Majid Pn. Lylia Shazwani bt Mohamad Yamin
Pn. Siti Narimah bt Mohd Salleh Pn. Harlina bt Ghazali
Pn. Rafidah bt Abd Rahman Pn. Sazaridal Asslidah bt Mahmud
En. Hamli bin Zam Zam Pn. Norazlina bt Sakeran
Pn. Noor Hidayah bt Mad Derus
P.A. Sistem
En. Khazran Nazim bin Mohamed Persiapan Jamuan Ibubapa Dan Guru
En. Shamsudin bin Che’ Hussin Pn. Nor Azira bt Awang
En. Mohamad Kamil bin Ismail Pn. Rohani bt Ismail
Pn. Syarifah Aini bt Mokhtar
Pentas Dan Dewan Pn. Noor Sefriza bt Saadun
Pn. Hartini bt Ismail
Pn. Hashida bt Sakisan Pendaftaran
Pn. Noryana bt Ajari Pn. Roziwati bt Nawi
En. Azman bin Mansor Pn. Sariah bt Abd Salam
En. Mohd Roze bin Md Basir Pn. Aida Nafisa bt. Hussin
Pn. Idazuraina bt Saliman
Kebersihan dan Keselamatan
En. Mohd Yusof bin Lazim Pencatat Minit Mesyuarat
Pn. Shafura bt Mohd Tahir Pn. Najihah bt Saharoni
En. Zolela bin Basir Pn. Norehan bt Kamaruddin
Pekerja swasta Cik Nur Ain Nasuha bt Mohd Radzi

Dokumentasi Bacaan Doa
Pn. Norashikin binti Md Ali Ustaz Samhudi bin Mat
Pn. Nor Anizah binti Jaini (Nazir Masjid Nurul Iman, Bt.8, Kg Ijok)
Pn. Rosnah bt Seman Ustaz Shamsudin bin Che’ Hussin

Fotografi Pengacara Majlis Perasmian
En. Iskandar bin Kasran Pn. Ellia Hernani bt Mohd Arip
Pn. Ros Idawati bt Manaf Pn. Nik Maizatul Akmam bt Nik Adib

Montaj / Slide Show MAT Live FB
Cik Norulaini bt Mohd Nawi En. Rasmanizan bin Awang
Pn. Siti Musliha bt Ismon Pn. Suzie bt Abdullah
Pn. Rinairyani bt Ahmad

7

7

LAPORAN PERASMIAN DAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46
SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK

Tarikh : 9 Oktober 2021
Hari
Masa : Sabtu
Platform : 8.30 malam – 11.00 malam
Kehadiran
: Google Meet

: Ibu Bapa dan Guru

1.0 Ucapan YDP PIBG SK Ijok 2021 : En. Yusnizam bin Mohammad Yusoff

1.1 Ucapan terima kasih kepada ibubapa dan penjaga yang sudi hadir ke mesyuarat PIBG
kali ke - 46.

1.2 Ucapan terima kasih kepada semua guru SKI yang bersusah payah menggembleng
tenaga dan idea bagi mendidik anak-anak. Komitmen guru-guru sangat luar biasa
dalam melahirkan anak-anak didik yang berjaya.

1.3 PdPr yang dijalankan di SKI amat baik. Semoga pembelajaran dalam situasi norma
baharu memberi manfaat kepada anak-anak.

1.4 Ucapan terima kasih kepada ibu bapa atas komitmen yang jitu terhadap SKI. Ibu bapa
memainkan peranan utama dan bertanggungjawab membantu anak- anak di rumah
dalam norma baharu.

1.5 Memohon agar tidak dilantik sebagai YDP untuk sesi seterusnya atas alasan sudah
tiada anak-anak yang bersekolah di SKI.

1.6 Berharap agar AJK baharu yang akan dilantik dapat menggalas tugas untuk membantu
pihak sekolah dalam membangunkan potensi anak-anak SKI yang cemerlang.

2.0 Ucapan Guru Besar SK Ijok 2021 : Pn. Arba’ahazura binti Supa’at

2.1 Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat berkumpul secara maya untuk mengadakan

Mesyuarat PIBG kali ke- 46.

2.2 Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga atas komitmen menjalankan

tanggungjawab sebagai ibu bapa yang cemerlang.

2.3 Kepatuhan yang terkandung dalam pemuafakatan PIBG dapat dibina bedasarkan

kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat. Kemudahan prasarana sekolah yang

kondusif diperlukan untuk murid-murid

2.4 Mesyuarat PIBG yang dijalankan amat bermakna walaupun tidak bersemuka tetapi

dapat direalisasikan untuk kepentingan masa depan anak-anak.

2.5 Mesyuarat PIBG kali ini untuk melantik AJK PIBG yang baharu bagi sesi 2021

sehingga 2022. Pemuafakatan antara ibu bapa dan pihak sekolah amat penting agar

transformasi pendidikan dapat dilaksanakan.

2.6 Beliau menyatakan bahawa kecemerlangan anak-anak bermula dari rumah. Anak-

anak yang terdidik dengan nilai murni akan terhindar daripada cabaran dan ujian dari

luar. Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan dan tanggungjawab. Bahkan, tidak

menyerahkan tugasan mendidik anak-anak kepada guru semata-mata.

2.7 Sokongan ibu bapa amat penting dalam menjayakan PdPr. Penyertaan anak-anak

secara dalam talian juga perlu disokong terutamanya melibatkan pertandingan secara

dalam talian. 8

8

2.8 Beliau menyatakan bahawa sekolah akan dibuka tetapi masaya belum pasti. Beliau
berharap agar anak-anak SKI akan hadir dengan azam yang tinggi serta mematuhi SOP
yang telah ditetapkan.

2.9 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana telah memilih SKI sebagai
destinasi pendidikan. Semoga anak-anak terus menempa nama di SKI.

3.0 Ucapan Perasmi : Pn. Siti Noor Baiti binti Mustafa (Penolong Pegawai Pendidikan Hal
Ehwal Murid PPD Kuala Selangor)

3.1 Ucapan salam ke-Islaman dan terima kasih kepada pihak sekolah dan PIBG yang
menjemput beliau serta turut serta dalam Mesyuarat PIBG kali ke-46 SKI.

3.2 Ucapan tahniah kepada ibu bapa yang hebat berdasarkan kehadiran secara maya bagi
melaksanakan tanggungjawab serta menyokong pihak sekolah dalam melahirkan
anak-anak yang cemerlang dalam pendidikan dan bersahsiah tinggi.

3.3 Beliau memaklumkan peranan guru-guru dan ibu bapa semakin mencabar. PdPr terus
dijalankan sebelum pembelajaran secara bersemuka dijalankan. Ibu bapa perlu
memantau PdPr anak-anak di rumah.

3.4 Beliau menyatakan PdPr adalah proses perkembangan potensi anak-anak di rumah.
Justeru, PPD secara sederap dengan formula ABC iaitu, A-ambl tanggungjawab
terhadap ibu bapa di rumah, B- bernilai tambah iaitu mendidik anak-anak dengan budi
bahasa. Seterusnya C adalah cipta kejayaan.

3.5 Beliau berharap agar ibu bapa dapat memantau anak-anak di rumah dengan mengikuti
tugasan yang diberikan oleh guru. Rutin ke sekolah wajar diteruskan.

3.6 Beliau mengharapkan AJK PIBG yang baharu dapat menggalas tugas membantu pihak
sekolah dengan misi untuk mencapai kejayaan. Guru-guru perlu ikhlas mendidik dan
bekerja serta komitmen yang baik terhadap tugas yang diamanahkan. Ibu bapa pula
perlu mewujudkan kasih sayang dan ceria dalam melahirkan anak-anak yang
cemerlang.

4.0 Ucapan Pengerusi Sementara : En. Zainuddin bin Mahroni

4.1 Ucapan aluan dari pengerusi sementara dan beliau mempengerusikan pencalonan AJK
PIBG bagi sesi 2021-2022.

4.2 Pencalonan adalah berdasarkan senarai kehadiran ibu bapa pada malam ini.

5.0 Ucapan YDP PIBG SK Ijok 2021 : En. Yusnizam bin Mohammad Yusoff

5.1 Ucapan daripada YDP PIBG, En. Yusnizam bin Mohammad Yusoff mengucapkan
terima kasih kepada semua AJK dan memohon maaf kepada ibu bapa atas keterbatasan
semasa musim pandemik ini.

9

9

6.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu

6.1 Ucapan daripada setiausaha PIBG, Ustaz Ahmad Fikri bin Ahmad Nazari. Beliau
membentangkan minit mesyuarat agung PIBG sesi 2020/2021 merujuk kepada buku
program pada muka surat 12 hingga 18 dan memohon ahli mesyuarat mengesahkan
minit mesyuarat Agung PIBG SK Ijok kali ke 46.

6.2 Cadangan minit mesyuarat disahkan oleh En. Jafri bin Mohd Yusof.
6.3 Disokong dan diterima oleh Pn. Nurhalida binti Abdul Karim.

7.0 Membentang Laporan Aktiviti PIBG 2019

7.1 Setiausaha PIBG, Ustaz Ahmad Fikri bin Ahmad Nazari membentangkan laporan
aktiviti PIBG SKI sepanjang 2020/2021 merujuk kepada buku program pada muka
surat 19 hingga 20.

7.2 Cadangan laporan disahkan oleh En. Zolela bin Basir.
7.3 Disokong dan diterima oleh En. Jafri bin Mohd Yusof

8.0 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir Pada 31
Disember 2020

8.1 Ustazah Norulaini binti Mohd Nawi, bendahari PIBG membentangkan penyata
kewangan 2020/2021 pada muka surat 21 dan 22 dalam buku program.

8.2 Baki pendapatan PIBG terkini adalah sebanyak RM30,605.56. Jumlah perbelanjaan
adalah sebanyak RM25,198.60.

8.3 Cadangan laporan kewangan disahkan oleh Pn. Nurhalida binti Abdul Karim.
8.4 Disokong dan diterima oleh En. Izudin bin Hashim.

9.0 Perkara Berbangkit

9.1 Tiada.

10.0 Membahas dan Menerima Usul serta Cadangan.
10.1 Rujuk usul dan cadangan ahli PIBG Mesyuarat Agung PIBG tahun 2020/2021 pada
muka surat 23 dan 24 dalam buku program.
10.2 YDP PIBG iaitu En. Yusnizam bin Mohammad Yusoff membaca usul dan cadangan
yang telah diberikan.

10
10

10.3 Ulasan cadangan :
10.3.1 Cadangan terhadap kekuatan dan kelemahan tahap penguasaan murid dalam
PBD pada muka surat 24. Encik Hassan Bashori bin Basir ingin mendapatkan
maklum balas daripada sekolah melibatkan intervensi dan tindakan lanjut
terhadap isu ini. Guru besar iaitu Puan Arba’ahazura memberikan respon
dengan menjelaskan mengenai Dialog Prestasi Tahun 6 yang telah dijalankan,
pencapaian PBD tahap 2 yang sangat baik serta pencapaian semua subjek yang
mencapai KPI. Guru besar turut menerangkan tentang aktiviti yang akan
dijalankan iaitu program motivasi, bengkel Matematik secara online bagi
murid Tahun 5 dan Tahun 6, program modul berfokus bagi murid Tahun 4, 5
dan 6 serta kelas tambahan (jika bersesuaian).
10.3.2 Cadangan oleh Puan Marianti binti Zulkapli supaya sesi persekolahan
dijalankan secara bergilir agar tidak berlaku kesesakan dan boleh dirujuk pada
muka surat 24. Guru besar iaitu Puan Arba’ahazura memberikan respon
dengan menjelaskan mengenai FAQ nombor 3 dalam manual pembukaan
sekolah oleh KPM.
10.3.3 Cadangan oleh Puan Marianti binti Zulkapli terhadap pertimbangan terhadap
kelonggaran pemakaian uniform kepada pemakaian baju sukan atau bebas jika
sekolah dibuka pada muka surat 24. Guru besar iaitu Puan Arba’ahazura
memberikan respon dengan menjelaskan mengenai FAQ nombor 9 dalam
manual pembukaan sekolah oleh KPM.
10.3.4 Cadangan oleh Puan Marianti binti Zulkapli terhadap pembelajaran dua hala
yang menyeronokkan berbanding dengan penggunaan buku semata-mata jika
sekolah dibuka pada muka surat 24. Guru besar iaitu Puan Arba’ahazura
menjelaskan mengenai PdP bersemuka akan diadakan seperti biasa mengikut
SOP dengan mengambil kira murid-murid yang ‘learning lost’ atau tercicir
semasa PdPr.
10.3.5 Cadangan oleh Puan Marianti binti Zulkapli terhadap isu vaksin iaitu
permohonan agar tiada diskriminasi jika murid tidak divaksin atas faktor
kesihatan (tertakluk kepada arahan kerajaan jika diwajibkan) pada muka surat
24. Guru besar iaitu Puan Arba’ahazura memberikan respon dengan
menjelaskan mengenai pendirian sekolah yang tidak akan mendiskrimani
murid yang tidak mengambil vaksin atas sebab-sebab kesihatan.
10.3.6 Cadangan oleh Puan Idazuraina terhadap pemberian penghargaan dan saguhati
terhadap murid yang rajin mengikuti sesi PdPr pada muka surat 24. Guru besar
iaitu Puan Arba’ahazura memberikan respon dengan menjelaskan mengenai
Anugerah Murid Unggul PdPr yang telah dijalankan dan dikelolakan oleh Unit
Bimbingan dan kaunseling mengikut kelas dan aliran.

11.0 Pemilihan AJK PIBG baharu bagi tahun 2021/2022

11.1 En. Yusnizam bin Mohammad Yusoff membubarkan jawatankuasa PIBG sesi
2020/2021.

11.2 Pelantikan pengerusi sementara iaitu Ustaz Zainuddin bin Mahroni untuk mengetuai
proses pemilihan AJK.

11.3 Pelantikan Jawatankuasa PIBG 2021/2022

11

11

YDP: En. Helme bin Mohd Badros
Pencadang: En. Tahrin bin Maarof
Penyokong: Sebulat suara

NYDP: En. Mohd Tahrin bin Maarof
Pencadang: Ustaz Ahmad Fikri bin Ahmad Nazari
Penyokong: Sebulat suara

AJK Ibu Bapa:
(i) En. Zolela bin Basir

Pencadang: En. Tahrin bin Maarof
Penyokong: Ustaz Ahmad Fikri bin Ahmad Nazari

(ii) En. Mohamad Kamil bin Ismail
Pencadang: Pn. Mieza Halime
Penyokong: En. Roslan

(iii)En. Mohd Rozie bin Md Basir
Pencadang: En. Jafri bin Mohd Yusof
Penyokong: En. Faizal bin Zainal

(iv)Pn. Noor Sefriza bt Saadun
Pencadang: En. Zolela bin Basir
Penyokong: En. Mohd Kamil bin Ismail

(v) Pn. Noor Hidayah bt Mat Derus
Pencadang: En. Jafri bin Mohd Yusof
Penyokong: En. Azhar bin Zainol

(vi)Pn. Idazuraina bt Saliman
Pencadang: Pn. Noor Hidayu
Penyokong: Pn. Zurina binti Sidek

12
12

(vii) En. Suhaimi bin Sunar
Pencadang: En. Zolela bin Basir
Penyokong: En. Azhar bin Zainol

11.4 En. Zolela bin Basir mencadangkan agar cadangan ditutup.
11.5 En. Azhar bin Zainol menyokong untuk menerima cadangan tersebut.
11.6 Mesyuarat dimaklumkan bahawa semua urusan berkaitan dengan PIBG hanya

melibatkan AJK baharu yang dipilih ini termasuk AJK dari kalangan guru yang
dilantik. Ia merangkumi urusan di bank CIMB melibatkan tanda tangan AJK yang
baharu.
11.7 AJK dari kalangan Guru
Setiausaha: Mohammad helmi bin Abdul Rahman
Bendahari: Rosnah bin Abdullah
AJK: Mohd Rasmanizan bin Awang

Nik Maizatul Akmam binti Nik Adib
Arnimi bnti Ibrahim
Suzie binti Abdullah
Shamsudin bin Che Hussin
Jurukira: Hartini binti Ismail

12.0 Ucapan Penangguhan
12.1 Pengerusi sementara iaitu Ustaz Zainuddin bin Mahroni memohon maaf atas segala
kekurangan serta ucapan terima kasih kepada semua AJK serta ahli mesyuarat.
12.2 Mesyuarat PIBG diteruskan dengan cabutan bertuah.
12.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam.

Disediakan oleh:
MOHAMMAD HELMI BIN ABDUL RAHMAN
Setiausaha PIBG
SK Ijok 2021/2022

13
13

LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) 2021

AHLI JAWATAN KUASA PIBG SK IJOK 2021

YANG DIPERTUA : HELME BIN MOHD BADROS
NAIB YANG DIPERTUA : MOHD TAHRIN BIN MAAROF
SETIAUSAHA : MOHAMMAD HELMI BIN ABDUL RAHMAN
BENDAHARI : ROSNAH BINTI ABDULLAH

AHLIJAWATANKUASA IBUBAPA:

NOOR SEFRIZA BINTI SA’ADUN
IDAZURAINA BINTI SULIMAN
MOHAMAD KAMIL BIN ISMAIL
ZOLELA BIN BASIR
MOHD ROZE BIN MD BASIR
NOOR HIDAYAH BINTI MAT DERUS

AHLI JAWATAN KUASA GURU

MOHD RASMANIZAN BIN AWANG
SHAMSUDDIN BIN CHE HUSSIN
NIK MAIZATUL AKMAM BINTI NIK ADIB
SUZIE BINTI ABDULLAH
ARNIMI BINTI IBRAHIM

JURUKIRA:

SUHAIMI BIN SUNAR
HARTINI BINTI ISMAIL

14
14

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE 46

Tarikh : 9 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 malam
Tempat : Atas talian
Kehadiran : 215 orang

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021

BIL TARIKH HARI MASA TEMPAT

1 20 Nov 2021 Sabtu 8.30 malam ATAS TALIAN

2 16 Jan 2022 Ahad 9.00 pagi Bilik Mesyuarat Rafulin SK Ijok

3 14 Jun. 2022 Selasa 3.00 petang Bilik Mesyuarat Rafulin SK Ijok

4

1. AHLI JAWATANKUASA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA 2021

BIL NAMA AJK BIL MESYUARAT BIL CATATAN
12 3 4 HADIR

1 HELME BIN MOHD // / 3/3 YDP
BADROS 3/3 NYDP
3/3 SETIAUSAHA
2 MOHD TAHRIN BIN // / 3/3 BENDAHARI
MAAROF 2/3 AJK
2/3 AJK
3 MOHAMMAD HELMI BIN //1
ABDUL RAHMAN

4 ROSNAH BINTI ABDULLAH / / /

5 NOOR SEFRIZA BINTI //0
SA’ADUN

6 IDAZURAINA BINTI //0
SULIMAN

15

7 MOHAMAD KAMIL BIN /00 1/3 AJK
ISMAIL // / 3/3 AJK
//1 3/3 AJK
8 ZOLELA BIN BASIR
//0 2/3 AJK
9 MOHD ROZE BIN MD
BASIR //1 3/3 AJK

10 NOOR HIDAYAH BINTI /00 1/3 AJK
MAT DERUS
// / 3/3 AJK
11 MOHD RASMANIZAN BIN // / 3/3 AJK
AWANG // / 3/3 AJK
00 0 0/3 JURUKIRA 1
12 SHAMSUDDIN BIN CHE // / 3/3 JURUKIRA 2
HUSSIN 16/1 14/1 11/1
77 7
13 NIK MAIZATUL AKMAM
BINTI NIK ADIB

14 SUZIE BINTI ABDULLAH

15 ARNIMI BINTI IBRAHIM

16 SUHAIMI BIN SUNAR

17 HARTINI BINTI ISMAIL

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI PIBG SESI 2021/2022

BIL TARIKH AKTIVITI
1 25.09.2021 Program Perkhemahan Bersepadu (Virtual Camp).
2 22.10.2021 Program Bacaan Yasin dan Ceramah Maulidur Rasul.
3 29.10.2021 Program Bacaan Yasin Mingguan dan Taklimat
Pembukaan Sekolah.
4 08.11.2021 Program Bicara Perdana (Motivasi dan Integriti Guru).
5 12.11.2021 Program Sanitasi Sekitar Kawasan Sekolah.
6 23.11.2021 Program Kuiz Literasi Pemulihan Khas Peringkat
Daerah.
7 04.12.2021 Program Kuiz Pendidikan Islam Peringkat Daerah.
8 03.01.2022 Program Gotong-Royong Guru-Guru & PIBG SK Ijok.
9 10-11.01.2022 Kehadiran tetamu yang terdiri dari pegawai PKD, PPD
,MGB.
10 13.01.2022 Perkongsian Ilmu/Bengkel/Jalinan bertajuk Pengurusan
Sekolah Dalam Talian di Bilik Sidang Perdana, SK
Puncak Perdana.

16

11 14.01.2022 Penyerahan Derma Kilat kepada Guru, AKP &
Kakitangan yang terkesan banjir.
12 10-11.2.2022 Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan.
13 14.02.2022
14 24.02.2022 Perbincangan perancangan PIBG 2022 bersama YDP.

15 12.03.2022 Sumbangan Back To School oleh PAPISMA Kuala
16 18. 03.2022 Selangor.
17 21.03.2022 Program Titipan Akhir Murid Tahun 6.
18 23.03.2022 Penyampaian Hadiah & Sijil Penghargaan Kepada Guru-
Guru SKI
19 24.03.2022 Program Suai Mesra Tahun 1/2022

20 01.04.2022 2021 Gotong-royong untuk pembukaan sekolah.
21 04.04.2022
22 05.04.2022 Kehadiran murid SKI tanpa penggiliran

23 05.04.2022 Pelancaran kempen dan Sayangi Buku Teks oleh unit
SPBT dan Panitia Pendidikan Seni.
24 06.04.2022 Pemantauan Pengoperasian Pembukaan Sekolah dan
25 07.04.2022 Lawatan Verifikasi dan Bimbingan Transisi Sesi
26 07.04.2022 2022/2023 oleh Pn. Maisarah bt Abdullah (Ketua
Penolong Pengarah JPNS
27 13.04.2022 Johan Kemahiran Kreatif Bolasepak MSSD 2021
28 21.04.2022
29 26.04.2022 Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah
30 27.04.2022
31 28.04.0222 Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SPBT dan Surau
As-Syuhada
32 29.04.2022 Pelancaran Ihya’ Ramadhan 1443 peringkat SKI &
33 19.05.2022 Pengawas ICT
Majlis Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya
34 27.05.2022
Majlis Watikah Pelantikan Pengawas PSS
35 31.05.2022
36 03.06.2022 Pemantauan & Bimbingan oleh pihak PPD KS untuk
37 13.06.2022 CUP 3 & Program Transisi Tahun 1
38 16.06.2022 Program Kasih Prihatin (Pandu Puteri Daerah K.S.)

Aktiviti Jom Membaca- anjuran PSS SKI

Program Quran Hour

Majlis Ikrar & Akujanji Tahun 6
Majlis Penutupan Ihya’ Ramadhan.
Ceramah Nuzul Al- Quran & Khatam Al-Quran
Penyerahan Bantuan Sampul Raya
Program Kitar Semula Kotak Minuman “ Nuture for
Nature”
Sambutan Hari Raya , Hari Guru & Perasmian ‘Casa
Cinta Asrar”
Program ADIWARA topi keledar sumbangan Hartalega

Kejohanan Merentas Desa SKI 2022

Penyampaian Sijil Penyerta Bengkel & Pertandingan

Bicara Ilmu Ikon Guru bersama Guru Ikon Dunia

Disediakan Oleh : 17
Mohammad Helmi bin Abdul Rahman 17
Setiausaha PIBG
Sekolah Kebangsaan Ijok
2021

PENYATA KEWANGAN PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK
BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2021 HINGGA 31 DISEMBER 2021

PENDAPATAN ( RM ) PERBELANJAAN ( RM )

Baki pada 1 Januari 2020 30,606.56 PIBG
a.Mesyuarat AJK
b.Cenderahati AJK (MAT Kali Ke 46 ) 200.00
c.Cenderahati Perasmi (MAT Kali Ke 46 ) 400.00
150.00

JUMLAH 750.00

BAKI KUTIPAN SUMBANGAN PIBG (2020) PROGRAM SEKOLAH

a. Sumbangan PIBG 230.00 a.Keceriaan Kelas 2021
-Program keceriaan melibatkan 19 buah kelas
(RM 100 x 19) 1,900.00

SUMBANGAN LUAR 3,800.00
1. Sumbangan

b.Program ABIBALIS (ADIK BIJAK BACA TULIS) 450.00

- Program membantu murid lemah dalam
pembelajaran khususnya melibatkan murid
pemulihan.

c.Program Bicara Perdana 500.00
-Motivasi keibubapaan dan murid .

d.Anugerah PdPR 2021 (murid) 1,020.00

-Anugerah penghargaan untuk murid terbaik
yang mengikuti PdPR semasa pendemik Covid-19
(RM 10 x 17 orang x 6 bulan)

JUMLAH 3,870.00

LAIN-LAIN 2,300.00

a.Aktiviti Surau As-Syuhada

- Program keceriaan dalaman dan luaran surau,
membaikpulih peralatan , penyediaan bahan
untuk pengimarahan surau.

b.Alatan Refil Hand Sanitizer 1,980.00
- Hand sanitizer 5 liter ( 10 botol x RM 198)

c.Penghawa Dingin Pusat Sumber 2,500.00
-Penyelenggaraan dan penambahbaikan
( 1 unit x RM 2500)

18

d.Penarafan Sudut PPDa dan Bilik Kaunseling 3,000.00

- Program menceria, mengubahsuai dan
menambahbaik kelengkapan.

e.Khemah Penyuraian Murid ( 1 buah ) 1,300.00

f.Test Kit Covid-19 ( 30 unit x RM 60) 180.00

g.Sumbangan Guru Terkesan Covid-19 770.00
-RM 70 x 11 orang

JUMLAH 12,030.00

JUMLAH PERBELANJAAN 16,650.00
BAKI PADA 31 DISEMBER 2021 17,986.56

JUMLAH BESAR 34,636.56 JUMLAH 34,636.56

Bahawasanya penyata kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2021 telah disemak dan dipersetujui.

19
19

USUL KEPADA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK IJOK KALI KE 47 / 2022

BIL USUL
USUL 1
USUL 2 Daripada AJK PIBG sesi 2021

USUL 3 Mencadangkan sumbangan PIBG tahun 2022 dikekalkan iaitu RM25.00 untuk satu
keluarga.
USUL 4
USUL 5 Daripada AJK PIBG sesi 2021

USUL 6 Mencadangkan sumbangan tambahan bagi setiap orang murid bagi tahun 2022
USUL 7 adalah sebanyak RM50.00 DIKEKALKAN. Pembahagiannya seperti berikut:

1 Program Kecemerlangan Murid : RM10.00 { setiap orang murid }

2 Aktiviti Murid : RM15.00 { setiap orang murid}

3 Program Motivasi : RM15.00 {setiap orang murid }

4 Keceriaan : RM 5.00 (Setiap orang Murid)

5 Imarah Surau : RM 5.00 (Setiap orang Murid)

Daripada AJK PIBG sesi 2021

Mencadangkan sumbangan tambahan kedua bagi setiap orang murid bagi tahun
2022 adalah sebanyak RM15.00 . Pembahagiannya seperti berikut:

1 Unit Pentadbiran : RM 5.00 { setiap orang murid }

2 Unit Hal Ehwal Murid : RM 5.00 { setiap orang murid}

3 Unit Kokurikulum : RM 5.00 {setiap orang murid }

Daripada : En. Marzuki

Mencadangkan agar diwujudkan sukan kriket di SK Ijok. Ini kerana sukan kriket bukan
sukan yang melibatkan fizikal sepertimana sukan ragbi ataupun bolasepak.

Daripada : En. Shaiful Anuar Nor Ali

Mencadangkan:

1. Sekolah sediakan locker berkunci untuk murid-murid simpan buku teks.
Sekiranyada murid berminat, sekolah buat kutipan sewaan seperti RM5
sebulan. Hasil sewaan boleh digunakan untuk program lain.

2. Bijak sifir: Setiap murid diwajibkan hafal satu atau dua sifir seminggu.

Daripada Puan Nordiyana

Mencadangkan agar dikurangkan silibus aras tinggi dalam pelajaran kerana kasihan
kepada murid-murid yang lemah.

Daripada En. Amran bin Azhar

Mencadangkan Ibubapa dan Guru-guru perlu lebih kerap memberi makluman dan
maklumat di dalam kumpulan WhatsApp kelas masing-masing, supaya informasi dan
arahan-arahan tersebut dapat menjadi minat pada setiap pelajar, kerana ianya
meibatkan ibubapa pelajar-pelajar tersebut.

20

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK

45600 BESTARI JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
Laman web : wwwgeocities.com/skiijok 03-32791277(P)

No. Pendaftaran JPNS : SEL 167

SENARAI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022

BIL NAMA PENUH JAWATAN
1 …………………………………………… Yang Di Pertua
2 …………………………………………… Naib Yang Di Pertua
3 …………………………………………… Setiausaha (Guru)

4 …………………………………………… Bendahari(Guru)

5 …………………………………………… Ahli Jawatankuasa (Guru 1)

6 …………………………………………… Ahli Jawatankuasa (Guru 2)

7 …………………………………………… Ahli Jawatankuasa (Guru 3)

8 …………………………………………… Ahli Jawatankuasa (Guru 4)

9 …………………………………………… Ahli Jawatankuasa (Guru 5)

10 …………………………………………… Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa 1)

11 …………………………………………… Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa 2)

12 …………………………………………… Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa 3)

13 …………………………………………… Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa 4)

14 …………………………………………… Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa 5)

15 …………………………………………… Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa 6)

16 .............…………………………Ahli Jawatankuasa – Pemeriksa Kira-kira (Guru)

17 …………………………………Ahli Jawatankuasa – Pemeriksa Kira-kira (Ibu bapa)

21

LAMPIRAN

1. Senarai Guru SK Ijok 2022
2. Enrolmen Kelas dan Murid

SK Ijok 2022
3.Analisis PBD 2021
4. Pencapaian aktiviti
Kokurikulum terkini (2022)

22

22

SENARAI NAMA GURU SK IJOK 2022

Bil Nama Opsyen

1 ARBA’AHAZURA BINTI SUPA’AT Guru Besar
2 ZAINUDDIN BIN MAHRONI PK Pentadbiran
3 ZULKIFLI AMIN BIN MOHD JAINI PK HEM
4 HAMADAH BINTI HARU PK KOKURIKULUM
5 NIK MAIZATUL AKMAM BINTI NIK ADIB GBKSM
6 SITI NARIMAH BINTI MOHD SALLEH PAI
7 ROS IDAWATI BINTI MANAF JQAF (BA)
8 SHAMSUDIN BIN CHE HUSSIN JQAF (PAI)
9 MOHD YUSOF BIN LAZIM JQAF (PAI)
10 NORULAINI BINTI MOHD NAWI JQAF(BA)
11 RINAIRYANI BINTI AHMAD JQAF(BA)
12 ARNIMI BINTI IBRAHIM PM (PRA)
13 ZAHARA BINTI RAMLI PM (PRA)
14 RAFIDAH BINTI ABDUL RAHMAN BM
15 ROSNAH BINTI SEMAN BM
16 NOREHAN BINTI KAMARUDDIN BM
17 JUNAIDAH BINTI ANIS BM
18 NORASHIKIN BINTI MD ALI BM
19 MOHD AZMAN BIN MANSOR BM/SEJARAH
20 ISKANDAR BIN KASRAN RBT/BM
21 ELLIA HERNANI BINTI MOHD ARIP PM (Pemulihan)
22 ZAITON FATIMAH BINTI ABDUL MAJID BI
23 HAJJAH HARLINA BINTI GHAZALI BI
24 SUZIE BINTI ABDULLAH BI
25 AIDA NAFISA BINTI HUSSIN BI/RBT
26 NORYANA BINTI AJARI SEJ/BI
27 MOHD RASMANIZAN BIN AWANG MT
28 HARTINI BINTI ISMAIL MT/PJ
29 LYLIA SHAZWANI BINTI MOHD YAMIN MT/PJ
30 ROHANI BINTI ISMAIL SN
31 ROSNAH BINTI ABDULLAH SN
32 NOR AZIRA BINTI AWANG SN/PJ
33 NOR ANIZAH BINTI JAINI PAI
34 MOHAMMAD HELMI BIN ABD RAHMAN PAI
35 NAJIHAH BINTI SAHARONI PAI
36 SYARIFAH AINI BINTI MOKHTAR PAI
37 AHMAD FIKRI BIN AHMAD NAZARI PAI
38 SHAFURA BT MOHD TAHIR BA/PAI
39 ELLIA HERNANI BINTI MOHD ARIP PM (Pemulihan)
40 KHAZRAN NAZIM BIN MOHAMED PSRMU
41 SITI MUSLIHA BINTI ISMON PJ/PK

23

23

ENROLMEN KELAS DAN MURID SK IJOK 2022

BIL NAMA KELAS ENROLMEN MURID
1 1 UM 31
2 1 UKM 30
3 1 USM 29
4 2 UM 35
5 2 UKM 35
6 2 USM 32
7 3 UM 41
8 3 UKM 42
9 4 UM 33
10 4 UKM 31
11 4 USM 29
12 5 UM 31
13 5 UKM 32
14 5 USM 25
15 6 UM 35
16 6 UKM 32
17 6 USM 26

24
24

25

PENCAPAIAN AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM (TERKINI 2022)

BIL NAMA PENCAPAIAN

1. PERTANDINGAN E-DAIE CILIK PERINGKAT JOHAN DAN ANUGERAH EMAS
DAERAH ANUGERAH EMAS
SITI KHAIRIN SOFIYA BINTI KHAIRUL AZLI
MUHAMMAD FIRAS BIN NAZRUL

2. PERTANDINGAN E-HAFAZAN PERINGKAT ANUGERAH EMAS
DAERAH
AZIMATUL ULYA BINTI SAMHUDI

3. PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT

DAERAH

ZARIS IRFAN BIN FAUZUKI TEMPAT KE 3 KATEGORI L3

NUR SHAH ELYSA BINTI MOHD SHAHRIL IZWAN TEMPAT KE 6 KATEGORI P3

26
26

• Yang Berbahagia Dr. Hj. Zainuddin bin Othman
(CEO Suasa Efektif)

• Ketua Pegawai Pelajaran Daerah dan PPD Kuala
Selangor

• Pegawai Rakan Kongsi Sekolah
PPD Kuala Selangor

• Nazir, Pegawai & AJK Masjid Nurul Iman Bt.8 Ijok
• Pengerusi dan AJK MPKK Kg. Ijok

• Pengerusi dan AJK MPKK, Kg Harmoni
• ALUMNI SK Ijok

• Guru-guru dan Kakitangan SK Ijok
• Ibubapa Murid SK Ijok

• NGO-NGO dan Syarikat-syarikat
• Individu-individu

Dan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan

PIBG SK Ijok kali ke-47 (2022) menyokong dan mendokong
PIBG SK IJOK

27
27


Click to View FlipBook Version