TOKOH KEPIMPINAN JOHOR
( SULTAN ABU BAKAR )
SITI NURJANNAH
BINTI DAUD
NAMA : SITI NURJANNAH BINTI
DAUD
KELAS : 5 SN2 ( UITM )
E-MEL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SMK TUNKU
ABDUL RAHMAN PUTRA
ALAMAT SEKOLAH : SMK TUNKU
ABDUL RAHMAN PUTRA, BATU 21,
JALAN AYER HITAM, 81000, KULAI,
JOHOR
PENDAHULUAN
Tokoh merupakan seorang pemimpin yang bijaksana, berhemah tinggi dan dapat dijadikan contoh
serta diteladani oleh setiap masyarakat . Jadi dalam kata ketokohan, ia dapat diidentitikan sebagai
seorang individu yang memiliki sifat keberanian, kehandalan, dan mempunyai pengaruh yang
besar serta berpotensi mengubah alur bahkan dapat menyelesaikan masalah dengan berwawasan.
Kesultanan Johor telah lama ditubuhkan sejak tahun 1528. Oleh itu, telah lahirlah beberapa
tokoh yang banyak menaburkan jasa kepada rakyatnya di negeri Johor ini. Gajah mati
meninggalkan tulang,harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama,
itulah peribahasa yang merujuk kepada tokoh tokoh yang banyak memberikan sumbangan dan jasa
bakti kepada semua rakyat jelatanya..
Sebagai anak watan Johor yang menghirup udara keamanan dan kesejahteraan, sewajarnya
kita untuk berusaha sehabis baik dalam memahami dan menghayati ilmu sejarah. Sesungguhnya
kenyataan ini perlulah disemai dalam hati setiap remaja pada alaf baru ini agar tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas.
BIODATA TOKOH
NAMA PENUH : SULTAN ABU BAKAR AL-KHALIL IBRAHIM SHAH IBNI AL-
MARHUM DATO’ TEMENGGUNG SERI MAHARAJA TUN DAENG IBRAHM
TARIKH LAHIR : 3 FEBRUARI 1833
TEMPAT LAHIR : TELUK BLANGAH , NEGERI NEGERI SELAT, SINGAPURA
TARIKH MANGKAT : 4 JUN 1895 ( 62 TAHUN )
AGAMA : ISLAM
TEMPOH PEMERINTAHAN : 18 FEBRUARI 1886 – 4 JUN 1895 ( 9 TAHUN )
PASANGAN : WAN CHIK BINTI MUHAMMAD TAHIR, ZUBAIDAH BINTI ABDULLAH,
FATIMAH BINTI ABDULLAH, SITI KHADIJAH BINTI ABDULLAH.
ANAKANDA : TUNKU IBRAHIM ISKANDAR, TUNKU MARIAM, TUNKU PUTRI,
TUNKU AZIZAH, TUNKU FATIMAH.
PENDIDIKAN
Baginda telah mendapat pendidikan awal secara formal di
Sekolah Menengah Teluk Belanga sebelum dia dihantar
ke sebuah sekolah mubaligh yang dikendalikan oleh
Reverend Benjamin Peach Keasberry. Abu Bakar
menghabiskan masa kecilnya di kampung ayahnya. Pada
usia muda dia ditugaskan oleh guru-guru tempatan
mengenai Islam dan Adat (undang-undang Melayu
tradisional). Di bawah bimbingan guru-guru mubaligh ini,
Abu Bakar diajar beradab serta berbahasa Inggeris dengan
fasih selain bahasa Melayu jatinya.
PEMERINTAHAN
TEMENGGONG
(TAHUN 1862–1868)
Abu Bakar dilantik sebagai Dato’ Temenggong Sri Maharaja Johor. Baginda mengambil
alih jawatan Temenggung Johor 3 hari selepas kemangkatan ayahandanya dan
mengalihkan persemayaman baginda ke estet Tyersall (kini Taman Tyersall iaitu
berdekatan Kebun Bunga Singapura). Johor diancam tuntutan pemilikan oleh Sultan
Mahmud IV Muzaffar Shah yang digulingkan.
Temenggong Sri Maharaja Wan Abu
Bakar
Temenggung Johor
Pemerintahan 2 Februari 1862 – 29 Jun
1868
Didahului oleh Temenggung Daeng
Ibrahim (Temenggung
Johor)
Diikuti oleh (jawatan dimansuhkan)
Maharaja Johor
Kerabat Wangsa Temenggung
MAHARAJA
(TAHUN 1868–1885)
Pada tahun 1877,setelah Sultan Ali mangkat, baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor.
Tengku Alam iaitu anak Sultan Ali membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara
kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan Perang Jementah pada 1879 tetapi gagal.
Perang Jementah ialah perang saudara yang pertama di negeri Johor. Perang ini tercetus pada tahun
1879 di Jementah, Johor akibat rasa tidak puas hati Tengku Alam Shah, putera gahara
kepada Sultan Ali Iskandar Shah atas penyerahan daerah Muar ke bawah pemerintahan Sultan
Abu Bakar.
Pada tahun 1883,baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru. Pada 1885, Johor telah
menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Disebabkan perjanjian itu,
kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Pada ketika
itu, Maharaja Abu Bakar turut diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang
pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat.
British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.
Bermula 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Maharaja Abu Bakar
Alkhalil.
Maharaja Abu Bakar 30 Jun 1868 – 12 Februari 1886
Maharaja Johor
Pemerintahan Temenggung Daeng Ibrahim
Didahului oleh Temenggung Johor (de facto)
Diikuti oleh (jawatan dimansuhkan)
Sultan Johor
Sultan Johor
( TAHUN 1895)
Kesultanan Johor moden bermula dengan pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895). Pada 14
April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Johor dengan bantuan Abdul Rahman bin Andak, dokumen berupa berlembagaan negeri
ini digubal sebagai tindak balas kepada keadaan diperhatikan di kerajaan-kerajaan tetangga Johor
yang semakin dicampur urusan petandbiran dengan pihak British lagi-lagi dengan kesihatan
baginda yang semakin melemah buruk. Dokumen tersebut dilihat sebagai langkah mengekalkan
kebebasan status negeri Johor sepertimana yang ada sekian lama.
RINGKASAN:
1. Temenggong Johor
• 2 Februari 1862 – 29 Juni 1868
2. Maharaja Johor
• 30 Jun 1868 – 12 Februari 1886
3. Sultan Johor
• 13 Februari 1886 – 4 Jun 1895
SUMBANGAN
Antara sumbangan tokoh ialah memperkuatkan ekonomi Johor. Hal ini untuk mengekang Britain
dari mencampuri urusan dalaman Johor. Baginda telah mengembangkan Sistem Kangchu yang
diperkenalkan oleh ayahandanya, Temenggung Ibrahim. Menerusi pengembangan dan
penyusunan semula penanaman lada hitam dan gambir. Ramai peladang Cina yang menjamin
kestabilan kewangan Johor.
Selain itu, baginda mengiktiraf kumpulan kongsi gelap Ngee Ann sebagai satu organisasi sah.
Hal ini disebabkan baginda sedar dengan kehadiran ramai orang Cina, pasti terdapat elemen kongsi
gelap. Baginda jugak enggan membenarkan situasi Perang Larut kembali berulang di Johor. Salah
seorang daripada organisasi tersebut bernama Tan Hiok Nee yang dilantik menjadi anggota majlis
negeri. Ini merupakan tindakan berani tetapi inovatif demi memastikan keamanan negeri terjamin
dan ekonomi terus berkembang.
Justeru itu, Sultan Abu Bakar melicinkan pentadbiran dengan pelbagai cara. Baginda
mewujudkan Jabatan Polis, Jabatan Tanah dan Kerja Raya, Jabatan Marin dan Jabatan Perubatan.
Banginda juga turut menyemak semula undang-undang negeri agar ia bersesuaian dengan idea
Barat. Menurut Sir Harry Ord, gabenor negeri-negeri selat pada tahun 1870-an, Sultan Abu Bakar
merupakan satu-satunya raja Melayu yang memerintah mengikut Negara bertamadun. Dengan
pentadbiran Johor yang lebih tersusun ini sekaligus mematikan peluang Britain masuk campur
dalam urusan dalaman Johor.
Baginda turut membina sekolah-sekolah , hospital, balai polis, memperkenalkan perkhimatan
pos dan Askar Timbalan Setia Johor. Johor juga melakar sejarah sebagai negeri Melayu pertama
yang membina landasan kereta api pada tahun 1869 tetapi dibatalkan berikutan landasan yang
dibina daripada kayu diserang anai-anai.
Akhir sekali, sumbangan terbesar Sultan Abu Bakar ialah keupayaan baginda mengekalkan
kemerdekaan Johor. Baginda sedar pengaruh Britain di negeri-negeri Melayu tidak dapat
dielakkan selepas pemeteraian Perjanjian Pangkor 1874. Tetapi di sinilah kemahiran baginda
sebagai seorang diplomat terserlah. Kuasa sebenar Britain bukan terletak pada Gabenor Negeri-
Negeri Selat tetapi Pejabat Koloni di London. Baginda melakukan beberapa siri lawatan ke Eropah
termasuk Britain dan mengadakan hubungan persahabatan dengan Ratu Victoria. Buktinya, Sultan
Abu Bakar dijemput ke Istana Buckingham dan menjadi tetamu.
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI
1. KEBIJAKSANAAN DAN KEPEKAAN
Kebijaksanaan dan kepekaan Sultan Abu Bakar dalam menguruskan pentadiran memberi kesan
yang baik kepada Johor. Pada masa kini, terdapat pelbagai aktiviti haram seperti rasuah,
pengambilan serta agihan dadah dan lumba haram semakin berleluasan. Perkara ini akan menjadi
lebih serius jika terdapat dalam kalangan remaja dan tidak dibanteraskan. Sebagai anak muda dan
pemimpin yang menjiwai semangat nasiolisme, kita perlu bijak menguruskan perkara tersebut dan
peka terhadap isu semasa. Sebagaimana Sultan Abu Bakar menjangka aktiviti kongsi gelap akan
berlaku selepas kehadiran ramai orang Cina dan menguruskan ia serta menjadikan satu organisasi
yang sah.
GAMBAR HANYA SEBAGAI CONTOH
2. KUAT BERUSAHA DALAM MENCAPAI KEJAYAAN
Sultan Abu Bakar tetap berusaha untuk melicinkan pentadbiran dan memajukan ekonomi serta
memberi kemerdekaan kepada Johor. Pada masa kini, kita dapat lihat dengan jelas pemimpin
Negara kita serta barisan hadapan berusaha untuk mencegah virus Covid-19 demi keamanan
rakyat. Sikap ini boleh dikaitkan dengan zaman Sultan Abu Bakar yang berusaha merdekakan
Johor dengan hubungan persahabatan dengan negara lain walaupun menghadapi banyak
kesukaran. Namun, demi keamanan negeri baginda tetap teruskan perjuangannya. Sikap ini perlu
ada di kalangan masyarakat terutamanya remaja kerana mereka adalah pemimpin negara pada
masa akan datang.
GAMBAR HANYA SEBAGAI CONTOH
KESIMPULAN
Ringkasnya, dengan wujud seorang pemimpin yang bijaksana dan berhemah tinggi telah
mendorong Johor untuk mencapai kegemilangan. Antara kegemilangan yang dikecapi Johor ialah
menjadi petempatan perdagangan yang penting, pengurusan pelabuhan dan pusat persuratan.
Oleh yang demikian, sehingga kini, pemimpin-pemimpin Johor memiliki sifat keberanian,
kehandalan dan dapat menyelesaikan segala masalah yang melanda negeri Johor. Hal ini sekaligus
menjadikan Johor sebagai negeri rujukan dan panduan dalam segala aspek ekonomi, integrasi
kaum, sejarah, nilai Islam, kesantunan orang Johor dan banyak lagi.
Rentetan senario itu, terdapat banyak impak positif yang boleh diteladani oleh remaja masa
kini. Sebagai intiha, sejarah dapat menjadi iktibar kepada kita supaya tidak melakukan kesalahan
yang pernah dilakukan oleh orang-orang yang yang terdahulu. Kepentingan yang seterusnya ialah
generasi muda dapat menyedari betapa kepentingan perpaduan kaum. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana kestabilan negara bergantung pada perpaduan masyarakat. Negara kita ibarat
pokok dan rakyat ibarat akar, pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar begitu juga negara kita.
Sebagai penghias bicara akhir, semua pihak mestilah menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan jujur. Dari sudut lain, rakyat juga tidak ketinggalan untuk sentiasa menjaga
nama baik dan memajukan ekonomi negeri. Oleh itu, tidak mustahil Johor akan menjadi negeri
yang maju dan berwawasan. Akhir kata, Johor pasti boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negeri-negeri maju yang lain pada satu hari nanti.
SUMBER RUJUKAN
1. https://www.thepatriots.asia/maharaja-abu-bakar-bapa-permodenan-johor/
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abu_Bakar_ibni_Almarhum_Raja_Temenggung_T
un_Daeng_Ibrahim
3. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_of_Johor#/media/File%3AJohor-
AbuBakar.jpg
4. https://images.app.goo.gl/tV5Dx8LyhzU2DsSY9
5. https://images.app.goo.gl/5FYugyZjSDzqMWSaA
6. https://www.google.com.my/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fassets.bharian.com.my%
2Fimages%2Farticles%2FABU.transformed.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.bh
arian.com.my%2Ftaxonomy%2Fterm%2F61%2F2015%2F03%2F44028%2Fkesultanan-
johor-pencetus-amalan-birokrasi-
moden&tbnid=Vpue8X0uQp_22M&vet=1&docid=WRXWOGh96YsP2M&w=521&h=5
56&hl=en-my&source=sh%2Fx%2Fim
7. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/44028/kesultanan-johor-
pencetus-amalan-birokrasi-moden
8. https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/
9. https://www.malaysiakini.com/letters/388205
10. https://ms.wikipedia.org/wiki/Johor