0 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 SEKOLAH KEBANGSAAN DEMIT 2 16100 KOTA BHARU, KELANTAN. NAMA GURU :
1 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 ______________________________________________________________________ DASAR KURIKULUM SEKOLAH 1.0 LATAR BELAKANG Kurikulum adalah ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia, aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu serta matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada warga Sekolah Kebangsaan Demit 2 dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada semua murid yang merupakan pelanggan. Menyedari hakikat, sekolah ini mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang, maka suatu bentuk program yang terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara murid untuk menghaslkan impak yang maksima. Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan murid, bagi mencapai arah tuju pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna di samping melahirkan murid yang berakhlak mulia selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia. 2.0 OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ; 2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah. 2.3 Memenuhi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang ke 2 (SKPMg2). 3.0 DASAR 3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu. 3.3 Segala ketetapan oleh agensi yang berkuasa akan dipatuhi sepenuhnya pada sepanjang masa. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sekolah Kebangsaan Demit 2 16100 Kota Bharu, Kelantan. No. Tel : 09-7650642 No.Faks : 09-7657187 Email : [email protected]
2 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 3.4 Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa untuk mempastikan guru berada di dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai pelanggan. 3.5 Pada setiap masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik hendaklah diberikan keutamaan. 4.0 MESYUARAT 4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun mengikut piawaian JPN dan PPD bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu di dalam unit Kurikulum di sekolah. 4.2 Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan dalam pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 2 Tahun 2018. 4.3 Mesyuarat Panitia dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah disediakan dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat. 4.4 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru melalui whatsapp minima 2 hari sebelum tarikh mesyuarat dijalankan. 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing mengikut kesesuaian Panitia. Isi borang maklumbalas mesyuarat setiap kali mesyuarat selesai dan panjangkan maklumat maklumbalas kepada setiausaha Kurikulum. 4.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum dalam setiap mata pelajaran. Pentadbir dan semua Ketua Panitia bertanggungjawab sepenuhnya dalam pemantauan ini. 4.7 Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan Kebenaran Guru Besar sahaja. 5.0 PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN 5.1 Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan mestilah selaras dan memenuhi Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2023. 5.2 SPI KPM Bil.5/2023 ini berkaitan Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan Mulai Sesi Akademik Tahun 2023/2024. 5.3 Latar Belakang :
3 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 5.3.1 Pengurusan Pembukaan Sekolah KPM bagi setiap sesi akademik sewajarnya berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat. Perkara ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan sekali gus mewujudkan suasana "Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera". Minggu pertama persekolahan seharusnya dimanfaatkan dengan pelaksanaan program/aktiviti menyeronokkan yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek sosioemosi dan mental untuk melaksanakan proses pendidikan formal. 5.3.2 Program/aktiviti di sekolah pada minggu pertama sesi persekolahan akan mempengaruhi adab, akhlak dan motivasi murid dalam pembentukan sahsiah berdasarkan aspek karamah insaniah. Pihak pentadbir sekolah bertanggungjawab memupuk semua nilai baik yang menjadi teras kemenjadian murid khususnya minat murid untuk hadir ke sekolah. Kerjasama semua pihak seharusnya digembleng termasuk dari segi sumber dan idea pelaksanaan untuk mewujudkan hubungan mesra antara murid dengan murid, murid dengan guru, guru dengan guru, guru dengan ibu bapa dan sekolah dengan komuniti. 5.3.3 Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2023 pada 26 hingga 28 Februari 2023 telah memperakukan pelaksanaan pengurusan pembukaan sekolah mulai sesi akademik tahun 2023/2024. 5.4 Pelaksanaan : 5.4.1 Program/aktiviti minggu pertama pembukaan sekolah hendaklah dilaksanakan di sekolah KPM pada setiap sesi akademik yang baharu bermula sesi akademik tahun 2024/2025. 5.4.2 Konsep pengisian program/aktiviti minggu pertama pembukaan sekolah adalah seperti yang berikut : • mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang; • mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif; • merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk nilai; • mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti; • memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti; dan • memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi
4 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 5.4.3 Program Transisi Tahun Satu 2.0 bagi murid Tahun 1 dan program sekolah penyayang hendaklah diteruskan dan disesuaikan dengan konsep seperti perkara 6. Program yang bersifat mendidik berkaitan dengan budaya sekolah, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum juga boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian. 5.4.4 Pihak sekolah hendaklah melaksanakan program/aktiviti ini bermula pada hari pertama persekolahan. Jumlah hari dan pengisian program/aktiviti sepanjang tempoh minggu pertama persekolahan adalah berdasarkan kesesuaian enrolmen, kemudahan, keperluan dan lokaliti sekolah. Pihak sekolah hendaklah mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan dan merancang kaedah yang bersesuaian bagi melaksanakan program/aktiviti minggu pertama persekolahan. 5.4.5 Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dimulakan selepas program/aktiviti ini selesai dilaksanakan. 6.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN 6.1 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran mestilah selaras dan memenuhi Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2023. 6.2 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran juga mestilah selaras dengan SPI KPM Bil 2 2023 berkaitan pelaksaan KSSR secara berperingkat bermula 2017. 6.3 Dalam pengurusan mata pelajaran, semua panitia mata pelajaran mesti dan wajib untuk memastikan kejayaan setiap murid dalam setiap mata pelajaran. Penentuan TOV dan ETR setiap mata pelajaran melalui pelaksanaan PBD amat dititikberatkan. 6.4 Semua guru mata pelajaran melalui Ketua Panitia mestilah mempunyai TOV dan ETR setiap murid bagi mata pelajaran yang diajar. 6.5 Pencapaian murid mesti dianalisa mengikut mata pelajaran. Ketua Panitia dan ahli panitia mesti menyusun program peningkatan dan program intervensi yang tersasar bagi memastikan setiap murid yang lemah tidak tercicir dan murid yang cemerlang sentiasa diberi peluang untuk terus maju dan mempunyai daya saing yang tinggi di peringkat yang paling tinggi. 6.6 Semua panitia mestilah menyusun strategi pembelajaran dengan baik. Pilih strategi pembelajaran yang boleh membantu mencungkil potensi murid dengan menggunakan inovasi dan pendekatan yang menarik. Jadikan panduan PDPc PAK 21 sebagai salah satu medium pengajaran yang menarik.
5 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 6.7 Ketua Panitia mesti memastikan mesyuarat panitia dijalankan sejurus selepas mesyuarat induk dijalankan. Bincangkan isu yang dibincangkan di dalam mesyuarat induk di dalam mesyuarat panitia. 7.0 SISTEM FAIL 7.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan diselenggara oleh Setiausaha Kurikulum. Fail Jawatankuasa Kurikulum diletakkan di dalam bilik Penolong Kanan Pentadbiran di mana ia lokasi yang sesuai untuk memudahkan capaian bagi semakan dan pemantauan. 7.2 Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersaiz 2 inci. Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan nombor rujukan fail hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail dibucu atas sebelah kanan dan nombor rujukan fail hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail sekolah. 7.3 Semua Fail Panitia diletakkan dalam Bilik Penolong Kanan. Ketua Panitia hanya menyimpan salinan fail sebagai “desk copy”. 7.4 Setiap panitia mempunyai 2 fail sebagaimana berikut : Fail 1 : Pengurusan Isi kandungan fail (indeks, carta organisasi, profil jawatankuasa, takwim panitia, kewangan dan perancangan perbelanjaan, surat-surat pekeliling, surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat, instrumen pencerapan guru, instrument pencerapan hasil kerja murid, program peningkatan mata pelajaran, pelan perancangan strategik, taktikal dan operasi, laporan program mata pelajaran. Fail 2 : Dokumen Dokumen Standard Kurikulum Prestasi (DSKP) dan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Modul atau bahan edaran kursus yang dibekalkan. 8.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN 8.1. Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR • Bahasa Melayu • Matematik • Bahasa Inggeris • Sains • Pendidikan Islam • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan • Pendidikan Seni Visual
6 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 • Pendidikan Muzik • Bahasa Arab • Perhimpunan • Bahasa Cina 8.2. Senarai Mata Pelajaran Tahap 2 KSSR • Bahasa Melayu • Bahasa Inggeris • Matematik • Sains • Pendidikan Islam • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan • Sejarah • Pendidikan Seni Visual • Pendidikan Muzik • Bahasa Arab • Reka Bentuk Teknologi • Perhimpunan • Bahasa Cina 9.0 PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN 9.1. Perhimpunan Rasmi (Ahad) adalah bukan mata pelajaran ajar. Tetapi wajib ditulis di dalam Buku Persediaan Mengajar. Cukup hanya dengan maklumat tarikh, masa dan catatan pada ruangan Isi Kandungan / Standard Kandungan “Perhimpunan Rasmi Mingguan”. 9.2. Kehadiran semua guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib dari awal sehingga perhimpunan selesai kecuali atas kebenaran Guru Besar. 9.3. Penampilan guru semasa perhimpunan rasmi adalah dengan penampilan lengkap dan kemas mematuhi kod etika pakaian penjawat awam dan kod etika pakaian guru yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Guru lelaki digalakkan memakai blazer hitam.
7 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SERTA PENGURUSAN FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR 10.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP & DSKP Semakan 2017), Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk oleh guru setiap kali merancang pengajaran masing-masing. 10.2 Semua guru harus mematuhi SPI Bil 3 1999 dalam Penyediaan Rancangan Pengajaran. DSKP terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. 10.3 Satu salinan DSKP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia samada secara hardcopy atau softcopy dan senang untuk dicapai apabila diperlukan. 10.4 Guru mestilah dapat menghayati, mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam DSKP kepada objektif pentaksiran dan juga mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan itu setiap guru harus mahir tentang konstruk-konstruk pentaksiran bagi mata-mata pelajaran yang diajar. 10.5 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) perlu dirancang mengikut takwim sekolah. Ketua panitia dan ahli panitia perlu membuat RPT panitia masingmasing sebagai panduan pengajaran tahunan supaya lebih terancang. Semua Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari masa yang ditetapkan oleh Guru Besar. 10.6 DSKP tidak boleh dikemukakan sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan. DSKP hendaklah diolah semula bersesuaian dengan takwim semasa sekolah dan tahap kebolehan murid untuk dijadikan sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan. Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar. 10.7 Sekolah kita menggunakan sistem eRPH bagi penulisan Rancangan Pengajaran Harian. eRPH yang telah diselaras akan digunakan. eRPH ini sudah lengkap mempunyai semua perkara yang perlu di dalam penulisan RPH mengikut kehendak KPM, JPN dan PPD. Pilih aktiviti pengajaran yang bersesuaian mengikut kebolehan murid di dalam kelas. Kebijaksanaan guru mengurus murid di dalam kelas dapat memastikan objektif tercapai. 10.8 eRPH WAJIB dihantar setiap hari KHAMIS pada setiap minggu tanpa gagal.
8 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 10.9 Penulisan refleksi di dalam RPH sangat penting. Guru wajib memastikan refleksi ditulis dengan jelas bagi membuat penambahbaikan atau membuat pengayaan kepada setiap murid. 10.10 Kandungan Pendidikan Sivik disampaikan dengan baik secara besepadu di dalam mata pelajaran BM, BI, Sejarah dan Pendidikan Islam. Rujuk Surat Siaran KPM Bil 7 Tahun 2019. 10.11 Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri kursus, perancangan yang disediakan akan dijalankan oleh guru yang diarahkan mengganti pada masa mata pelajaran tersebut. 10.12 Kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered/berpusatkan murid serta memenuhi keperluan PdPc PAK21 11.0 JADUAL WAKTU 11.1 Jadual waktu setiap mata pelajaran disusun mengikut peruntukan masa dan takwim yang dipilih oleh sekolah. Ketetapan sekolah menggunakan jadual 38 minggu. 11.2 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang berkuatkuasa semasa. 11.3 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan di luar jadual waktu rasmi. 11.4 Dasar pengagihan mata pelajaran adalah berpusat dan keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa. 11.5 Jadual waktu yang tidak diisi kerana guru bercuti sakit, cuti rehat dan bertugas rasmi di luar sekolah atas arahan, akan digantikan dengan Jadual Waktu Guru Ganti . Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan bahan/Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar semasa pelaksanaan Jadual Waktu Ganti tersebut. Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan dijalankan oleh guru ganti yang terpilih. 11.6 Jadual Waktu mengajar dan Jadual Guru Ganti akan diuruskan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Penyelaras Jadual Waktu atau pembantu mengikut prioriti. 11.7 Jadual Waktu penggunaan Makmal, PSS dan semua Bilik Khas akan disusun oleh jawatankuasa masing-masing mengikut kesuaian masa dan mata pelajaran. Contoh masa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk pelaksanaan Nilam di PSS.
9 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 11.8 Pengurusan Masa yang baik adalah menjadi KPI unit Kurikulum. Memegang dasar MMI akan membuatkan pengurusan masa secara optimum dan berkesan serta memberi hasil yang cemerlang. 12.0 WAKTU PERSEKOLAHAN 12.1 Sekolah beroperasi dalam mod satu sesi dengan waktu persekolahan seperti berikut : Tahap 1 Kelas Hari/Masa Al-Furqan Ahad-Khamis 7.45 pagi -1.15 tengah hari Al- Hikmah & Al-Bayan Ahad- Isnin 7.45 pagi -1.15 tengah hari Selasa-Khamis 7.45 pagi-12.45 tengah hari Tahap 2 Kelas Hari/Masa Al-Furqan Ahad-Selasa 7.45 pagi -1.45 tengah hari Rabu-Khamis 7.45 pagi-1.15 tengah hari Al- Hikmah & Al-Bayan Ahad-Khamis 7.45 pagi-1.1.5 tengah hari 13.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 13.1 Setiap guru bertanggungjawab dalam memastikan persekitaran pengajaran menerapkan elemen PAK21 serta menekankan strategi PAK21 dalam PdPc dan mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan. 13.2 Menekankan kemahiran ICT untuk setiap guru dan murid. Guru yang berkemahiran ICT sekaligus melahirkan murid yang celik ICT untuk sama-sama bersaing dalam kehidupan masa kini. Maklumat dihujung jari perlu diterapkan di dalam PdPc agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. 13.3 Memperluaskan program peningkatan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa Inggeris.
10 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 13.4 Menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai PdPc adalah sangat penting. Ini adalah kerana pembelajaran yang berkualiti pastinya dalam melahirkan murid yang cemerlang. 13.5 Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlulah sentiasa dianalisa dan dibuat refleksi. Sentiasa membuat pengayaan bagi yang berjaya mencapai objektif dan pemulihan bagi yang belum menguasai kemahiran. 13.6 Guru bebas menggunakan kaedah pembelajaran yang akan digunakan di dalam kelas. Guru juga boleh menggabungkan lebih dari satu strategi dan kaedah pengajaran dalam satu-satu masa. 13.7 Pastikan objektif PdPc guru ditulis dengan jelas, dirancang dengan baik dan dilaksana dengan cemerlang dengan satu matlamat iaitu kejayaan dan kemenjadian murid. 13.8 Pembelajaran di luar bilik darjah juga digalakkan. Sesekali murid perlu diberi pendedahan luar bagi menambah ilmu pengetahuan. 13.9 Kolaborasi dengan kelas lain dan juga mata pelajaran lain juga digalakkan bagi mengajar murid mengenai pengajaran di dalam kelas mempunyai satu matlamat yang sama dan ia boleh digabung jalin bagi menambahkan daya saing dan pengetahuan. 13.10 Unsur KBAT mesti diterapkan dalam setiap PdPc agar murid mempunyai daya berfikir yang tinggi dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan pelbagai kaedah. 14.0 GURU GANTI / BERKURSUS / TUGAS LUAR DAN CRK 14.1. Mana-mana guru yang mengambil CRK/ berkursus atau menghadiri tugas rasmi luar perlu direkodkan di dalam Sistem e-Operasi (Keberadaan Guru) dan memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran atau Pembantu Tadbir yang menguruskan (Keberadaan Guru) serta mencatat di dalam Buku Pergerakan Staf. Guru tersebut juga perlu memaklumkan kepada pentadbir lebih awal bagi urusan jadual ganti. 14.2 Guru yang berkursus khususnya, yang sudah mendapat makluman awal, perlu menyediaan bahan dan tugasan untuk murid yang ditinggalkan mengikut bilangan hari berkursus. 14.3 Guru yang ditugaskan mengganti, wajib untuk masuk ke dalam kelas tersebut dan menjalankan PdPc seperti biasa. Guru boleh menggunakan tugasan sendiri sekiranya guru bercuti kecemasan tidak sempat meninggalkan tugasan.
11 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 15.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH/PENTAKSIRAN BILIK DARJAH 15.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan di sekolah berdasarkan kehendak KPM (Rujuk buku panduan pengurusan dan pelaksanaan PBS). 15.2 Jawatankuasa perlu dilantik. Jawatankuasa terlibat merangkumi semua unit iaitu Kurikulum untuk PBD dan SEGAK, Kokurikulum untuk PAJSK dan HEM untuk Psikometrik. 15.3 PBD boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian masa guru di dalam kelas masing-masing. Rekod pelaksanaan PBD juga mengikut kesesuaian guru dengan syarat rekod perlu ada bagi memudahkan guru membuat rujukan semasa membuat pentaksiran 2 kali setahun. 15.4 Untuk semua guru, rujuk panduan pelaksanaan PBD jika masih kurang faham, pastikan data yang diisi adalah data yang releven dan boleh dipercayai dengan mempunyai bukti kesahihan data bagi memastikan hak murid untuk mendapat pencapaian tertinggi adalah benar. 15.5 Semua guru perlu mencatat TOV TP semua murid bagi semua mata pelajaran yang diajar. Guru boleh mendapatkan data tersebut daripada Setiausaha PBD. 15.6 Tentukan juga sasaran ETR bagi setiap murid sehingga akhir tahun sejajar dengan ketetapan yang guru sudah tetapkan di dalam borang keberhasilan PBPPP 2024. 15.7 Penting untuk setiap guru membuat ketetapkan sasaran (ETR) atau headcount setiap murid serta setiap mata pelajaran bagi mencapai KPI Kurikulum seluruhnya. Memahami headcount murid amat penting bagi menambahbaik PdPc guru bagi mencapai objektif pembelajaran berasaskan DSKP. 15.8 Murid yang masih Belum Mencapai Tahap Minimum (BMTM), iaitu pencapaian TP1 dan TP2, bagi semua mata pelajaran perlu disenarai pendekkan dan cuba untuk bantu sehingga Mencapai Tahap Minimum (MTM) iaitu sekurangkurangnya TP3. 15.9 Bagi murid yang sudah mencapai TP5, guru-guru harus memimpin mereka untuk mencapai TP6. Sediakan program atau projek khas bagi memberi peluang kepada murid-murid ini menunjukkan kebolehan mereka kepada seluruh warga sekolah sebagai bukti mereka layak untuk mendapat TP6. 15.10 Panitia Mata pelajaran perlu memilih instrumen pentaksiran yang bersesuaian bagi panitia masing-masing. Setiap panitia mempunyai cara pentaksiran berbeza. Oleh itu, kebebasan diberikan sepenuhnya kepada panitia untuk memilih cara pentaksiran mereka tersendiri.
12 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 15.11 Analisa Pentaksiran, perlu dibuat bagi setiap mata pelajaran dan disebarluaskan kepada semua guru untuk dijadikan panduan. Analisa yang sudah disiapkan akan dicetak dan disimpan di dalam bilik Penolong Kanan Pentadbiran. 15.12 Pentaksiran Bertulis juga boleh dijalankan mengikut kesuaian mata pelajaran dan kelas masing-masing. 15.13 Untuk pelaksanaan SEGAK, PAJSK dan Psikometrik, rujuk kepada jadual pelaksanaan yang akan di berikan oleh pihak KPM dan JPN. 15.14 Analisa bagi SEGAK, PAJSK dan Psikometrik juga perlu dibuat dan dikongsi bersama semua guru untuk pengetahuan dan penrekodan. 16.0 PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN 16.1 Jawatankuasa Pemantauan 16.2 Pengajaran dan Pembelajaran 16.2.1 Pemantauan dan pencerapan guru mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pemantauan mengikut panduan Dokumen Standard 4, SKPMG2 dan Keberhasilan PBPPP. 16.2.2 Semua guru haruslah membaca dan memahami kehendak Borang Pemantuan Kendiri Standard 4 dan memahami kehendak borang Keberhasilan PBPPP bagi memudahkan guru membuat persediaan pemantauan dan pencerapan. 16.2.3 Faham setiap item pemantauan untuk memaksimakan markah pencapaian guru. Guru berhak untuk mempertikaikan markah yang diberi jika markah tidak relevan dengan kerja buat guru. Perbincangan dengan Pemantau adalah dibenarkan. 16.2.4 Semua guru mesti memahami tujuan pemantauan dan pencapaian adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru bukannya bertujuan mencari kesalahan. Guru Besar Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Ko-Kurikulum Ketua-Ketua Panitia
13 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 16.3 Pengurusan Panitia 16.3.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Penolong Kanan Pentadbiran. 16.3.2 Penolong Kanan Pentadbiran akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun dan menyemak semua Fail Pengurusan Panitia. 16.3.3 Perkara penting seperti Pelan Perancangan Operasi (PPO), Pelan Perancangan Strategik dan Taktikal perlu di buat dan dikemaskini dari masa ke semasa. 16.3.4 Penentuan KPI panitia juga akan dipantau dan dilihat agar sentiasa selari dengan kehendak KPI Kurikulum. 16.3.5 Perbelanjaan Wang Peruntukan Kerajaan juga perlu dibelanja dengan berhemah oleh setiap panitia. 16.4 Bilik-bilik Khas 16.4.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan baik dan sempurna oleh guru yang telah dipertanggungjawabkan. 16.4.2 Rekod penggunaan bilik khas dan peraturan penggunaan perlu diwujudkan dan dikemaskini setiap masa. 16.4.3 Keselamatan bahan dan peralatan yang terdapat di bilik-bilik khas perlu diutamakan. Buku stok peralatan juga perlu ada dan kemaskini. 16.4.4 Kunci bilik khas perlu mempunyai pendua dan salinan disimpan di pejabat supaya dicapai jika perlu. 16.5 Pengurusan Pentaksiran 16.5.1 Pengurusan pentaksiran yang baik akan memastikan keputusan yang diterima murid akan relevan tanpa pertikaian. 16.5.2 Pemantauan pelaksanaan pentaksiran perlu dipantau supaya markah yang diberi adalah markah yang sah mengikut kelayakan murid. 16.5.3 Perjalanan pengurusan pentaksiran seperti Ujian Psikometrik, perlu dipantau agar perjalanannya lancar dan murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa ujian dijalankan. 16.5.4 Bagi Ujian SEGAK, guru harus memastikan panduan pelaksanaan setiap item penilaian dibuat dengan baik mengikut kehendak dan garis panduan yang betul. Penolong kanan dan jawatankuasa dilantik, perlu membuat pemantauan semasa guru menjalankan ujian tersebut.
14 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 16.6 Penyeliaan Buku Latihan Murid 16.6.1 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konsisten dan konstruktif. 16.6.2 Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku bagi setiap mata pelajaran dan kelas yang diajar untuk semakan jawatankuasa. Tugasan penyeliaan dan pencerapan buku latihan murid selain dari Guru Besar, juga dipertanggungjawabkan kepada semua penolong-penolong kanan dan ketua-ketua panitia mata pelajaran. 16.6.3 Instrumen yang digunakan adalah PK06/1 (Borang Pengesanan Semakan Buku Latihan/HasilKerja Murid) dan PK06/2 (Laporan Semakan Buku Latihan/Hasil Kerja Murid). Pencerap hendaklah menilai ; • Bilangan latihan • Kesesuaian latihan • Ketelitian semakan • Arahan pembetulan • Ulasan guru • Kekemasan tulisan 16.6.4 Dalam penyemakan buku kerja, guru-guru diingatkan untuk meneliti dan mematuhi Dasar Latihan Minimum agar penggunaan buku kerja digunakan secara optimum. Penetapan Dasar dan Kuantiti Latihan Murid : • Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi mata pelajaran bahasa. • Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek tatabahasa bagi mata pelajaran bahasa. • Minima 20 latihan peningkatan kosa kata bagi mata pelajaran bahasa seminggu. • Minima 20 latihan berbentuk struktur melibatkan kaji selidik / inferens / rumusan serta penekanan kepada KPS bagi mata pelajaran Sains dalam seminggu. • Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains individu yang bersesuaian dengan tajuk /unit semasa yang sedang diajar dalam 1 penggal. • Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Sains. • Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Matematik. • Minima 20 soalan penyelesaian masalah seminggu bagi mata pelajaran Matematik.
15 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 • Minima 20 soalan seminggu bagi Pendidikan Islam merangkumi komponen ; • asuhan tilawah (huruf hijayyah tunggal pelbagai baris, tanda) • ulum as-syariah (akidah, ibadah, sirah)- adab dan akhlak islamiah • jawi • Minima 5 soalan pemahaman format subjektif/struktur dan 10 soalan pelbagai format bagi mata pelajaran bukan teras dalam seminggu. • Minima 2 penghasilan folio bagi setahun untuk mata pelajaran sejarah dan pendidikan seni dan minima 1 hasilan terbaik individu bagi setiap komponen / bidang dalam Pendidikan Seni Visual sepanjang 1 bulan difailkan atau dipamerkan. • Minima 10 latihan seminggu pelbagai format bagi mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi merangkumi aspek peralatan, urus niaga, pengurusan dan teori dan minima 2 projek kumpulandan 2 projek individu 1 tahun bagi mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi dan dipamerkan. • Minima 10 latihan teori pelbagai format soalan bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik dalam seminggu. 16.6.5Lembaran kerja murid sama ada helaian yang dibuat sendiri atau menggunakan buku kerja melalui tatacara yang dibenarkan sebagai instrumen hendaklah disimpan secara sistematik sebagai eviden bagi sesuatu pentaksiran bagi tujuan pementoran dan penjaminan kualiti PS. 16.6.6 Semua Penolong Kanan akan mencerap 10 buah buku latihan murid bagi setiap mata pelajaran dan setiap kelas pada setiap penggal. Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid, Latihan Murid, dan Pengajaran Guru hendaklah difailkan dengan kemas dan sistematik. Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan tindakan susulan dibuat oleh guru mata pelajaran dan Ketua Panitia mata pelajaran. 17.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 17.1 Setiap tahun sejumlah peruntukan bagi unit kurikulum akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk diurus. 17.2 Dalam mesyuarat Unit Kurikulum kali pertama, pembentangan jumlah peruntukan akan dibentangkan. 17.3 Semua panitia perlu mencatat peruntukan bagi panitia masing-masing. Dengan jumlah peruntukan yang diberikan, panitia mesti merancang penggunaannya dengan baik. 17.4 Buat nota minta jika perlu membeli keperluan panitia dan buat kertas kerja bagi penggunaan Program Peningkatan Akademik Murid.
16 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 18.0 BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN 18.1 Buku teks yang dibekalkan hendaklah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap guru. 18.2 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh Jawatankuasa SPBT. 18.3 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM 18.4 Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya telah dirancang di dalam Buku Persediaan Mengajar dan Bilik PSS telah ditempah terlebih dahulu. 18.5 Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru. Guru ganti dibenarkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara terancang dan terkawal. 18.6 Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru Bahasa. Penyemakan Buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru Bahasa. Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras PSS. Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia. 19.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 19.1 Program peningkatan akademik amat penting bagi memastikan kecemerlangan akademik sekolah sentiasa terjaga. Semua program utama yang berlangsung dalam pengajaran dan pembelajaran dibuat berdasarkan keperluan panitia. 19.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid. 19.3 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi dalam membantu semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik. Untuk itu, jawatankuasa ini perlu berperanan membuat analisa bagi menyusun program peningkatan secara tersasar dan mencapai objektif dengan tidak membazirkan masa, wang dan tenaga. 19.4 Jika perlu, kolaborasi program antara panitia, maka ianya amat digalakkan bagi menambah tenaga kerja dan memberi impak yang lebih baik kepada murid.
17 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 19.5 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan. 19.6 Kerjasama dengan unit HEM dan kauseling amat penting setiap kali program dijalankan. Oleh itu, semua panitia perlu melantik Guru Bimbingan Kaunseling (GBK) sebagai salah seorang AJK tetap di dalam setiap program yang akan disusun. 19.7 Selepas program, pastikan penilaian program dibuat bagi penambahbaikan. 20.0 PERKEMBANGAN STAF 20.1 Program Perkembangan Staff bagi meningkatkan professional guru wajib dilaksanakan. 20.2 Setiap panitia wajib menjalankan sekurang-kurangnya 1 program perkembangan staff setiap tahun samada secara bersendiri atau berkolaborasi dengan panitia yang lain. 20.3 Isi SPLKPM setiap kali PLC dijalankan. PLC secara tidak formal juga boleh dicatat sebagai perbincangan peningkatan professional guru. 20.4 Kursus Dalaman 20.4.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai. 20.4.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus. 20.4.3 Bahan edaran kursus adalah aset sekolah dan guru perlu menyimpan salinan untuk keperluan sendiri dan guru lain. 20.5 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi 20.5.1 Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru. 20.5.2 Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar. 20.5.3 Lawatan boleh diadakan oleh semua panitia melalui permohonan kertas kerja serta mematuhi SOP dan SPI yang berkuatkuasa semasa samada dalam aspek ikhtisas dan kewangan. 20.6 Bahan-bahan Ilmiah Kursus
18 | D a s a r K u r i k u l u m S e k o l a h K e b a n g s a a n D e m i t 2 20.6.1 Diperbanyak untuk keperluan guru lain. 20.6.2 Disimpan untuk rujukan panitia. 20.6.3 Direkod terimaan sebagai milik sekolah. 21.0 KAJIAN TINDAKAN 21.1. Semua panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan setiap tahun sebagai membudayakan profesionalisme keguruan dan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan mengatasi masalah pembelajaran murid. 21.2. Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah dan sebagai inovasi guru. 22.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK 22.1. Peluang dan bakat murid untuk penyertaan dalam pertandingan berbentuk koakademik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan perlu diberi perhatian dan perancangan jangka panjang serta juga sebagai KPI guru untuk bidang keberhasilan dan pada masa yang sama dapat memangkin kualiti pencapaian murid di dalam kualiti akademik. 22.2. Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah. Fokus dan strategi seharusnya diatur di dalam bidang yang kurang disertai oleh sekolah lain dan bidang yang kepakaran dikuasai guru dan bakat ada pada murid. 23.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM 23.1 Dasar kurikulum sekolah ditetapkan setiap tahun. Namun begitu ianya boleh diubah dan ditentukan semula mengikut keperluan dan perubahan semasa. 23.2 Semoga apa yang telah ditetapkan akan dijadikan panduan bagi semua guru bagi memastikan kita semua sederap langkah menuju satu hala tuju dan objektif.