The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja Kumpulan SADN1033 Kenegaraan Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maznialisya, 2022-12-21 05:04:29

MAJALAH ADAT PERKAHWINAN KAUM CINA

Kerja Kumpulan SADN1033 Kenegaraan Malaysia

KAUM CINAADAT PERKAHWINAN

KAUM CINAADAT PERKAHWINAN
AHLI KUMPULAN

ALISYA MAZNI BINTI PUTRI WIRDANY ELVYNA
MAZLAN BINTI IDI SOPAN
291216 291269

NURNISA DALILI BINTI CHUNG EE XUANG
RIDWAN TAUFIK 291292
291221
NUR AIN BINTI A RAHMAN
NURAIN NAJIHA BINTI 291295
ZAINURIN
291236

TAN AN QI MUHAMAD YUSOF
291241 BIN ALAM
292880
NASUHA BINTI ZAINUDIN
291246 MUHAMMAD ADAM ROSYEED
BIN MOHD FADZLI
292955

ISI KANDUNGAN

Pengenalan 1
Adat Sebelum Hari Perkahwinan 4
Adat Semasa Hari Perkahwinan 10
Adat Selepas Hari Perkahwinan 13
Pakaian Perkahwinan 16
Makanan Perkahwinan 19
Pantang Larang 23
Rumusan 28

Pengenalan

Dalam masyarakat Cina,

perkahwinan adalah titik

permulaan yang mengubah hidup.

Perkahwinan adalah antara

perkara terpenting untuk

mengukuhkan dan mengekalkan

institusi kekeluargaan. Daripada

kenyataan ini jelas menunjukkan

bahawa keturunan nenek moyang

boleh diwarisi dari satu generasi

ke satu generasi. Perkahwinan
婚 姻dalam bahasa Cina ialah
;

Pinyin: hūn yīn. Perkahwinan

tradisional Cina pada mulanya

diatur antara keluarga yang

berminat. Pada asalnya, budaya

Cina membenarkan percintaan,

dengan monogami menjadi norma

dalam masyarakat etnik Cina.

1

Pengenalan

Dalam masyarakat Cina,
sesuatu perkahwinan itu
dirancang dan diatur sebaik-
baiknya. Mengikut kepercayaan
mereka juga, pasangan yang
berkahwin tanpa mengikut
aturan adat dianggap tidak sah.
Terdapat dua bentuk
perkahwinan yang diamalkan
oleh mereka iaitu eksplisit, iaitu
perkahwinan yang diatur sama
ada oleh ibu bapa atau orang
tengah (moi-ngin).

Seterusnya, implisit, iaitu

perkahwinan di mana kedua-

dua lelaki dan perempuan

diberi kebebasan untuk

memilih pasangan masing-

masing. Pada asasnya adat

resam perkahwiwan

masyarakat Cina merangkumi

peringkat merisik, meminang,

bertunang dan majlis

perkahwinan.

2

Pengenalan

Dalam pemikiran

Konfusianisme perkahwinan

merupakan satu perihal yang

amat penting kerana

melibatkan dua unit keluarga

serta masyarakat. Menurut

tradisi dalam kebudayaan Cina,

inses telah ditakrifkan sebagai

perkahwinan antara dua orang

dengan nama keluarga yang

sama.Dari sudut pandangan

sebuah keluarga yang

menganuti Konfusianisme,

perkahwinan memghubungkan

keluarga- keluarga dengan

nama keluarga yang berlainan

dan meneruskan jurai

keturunan klan bapanya. Oleh

itu, manfaat dan kelemahan

sesuatu perkahwinan adalah

penting kepada seluruh

keluarga, bukannya sahaja

kepada pasangan yang

berkenaan. Dari perspectif

sosial, sepasang suami isteri

dianggap sebagai unit asas

masyarakat Cina. 3

Hari SPeebreklauhmwinan

Adat Merisik

Adat merisik dijalankan untuk Perbincangan pada peringkat
mengetahui latar belakang merisik adalah berkenaan
gadis yang dihajati. Masyarakat perkara-perkara umum seperti
Cina terlalu mengambil berat latar belakang keluarga dan
tentang nama , keturunan, keturunan wanita itu kerana
peribadi, watak dan tingkah peringkat ini adalah untuk
laku si gadis. Cara merisik memastikan gadis yang dihajati
terpulang kepada ibu bapa oleh lelaki itu masih belum
kerana ibu bapa pihak lelaki berpunya. Pada peringkat ini,
akan menanyakan kenalan dan pihak lelaki akan memberikan
rakan taulan yang kenal dengan sebentuk cincin belah rotan dan
keluarga si gadis. Sebahagian sekiranya pihak wanita
masyarakat Cina lebih gemar bersetuju, satu tarikh
mengadakan perbincangan peminangan akan ditetapkan.
tersebut di restoran-restoran
dengan disertai saudara mara

lain. Tradisi makan bersama ini
amat penting dalam masyarakat
Cina kerana ia dapat
mengeratkan perhubungan di
antara kedua belah keluarga.

4

Hari SPeebreklauhmwinan

Upacara Meminang

Upacara meminang hanya akan

dijalankan setelah kedua-dua

pihak berpuas hati dengan latar

belakang keluarga masing-

masing. Seorang wakil akan

dipilih untuk mengunjungi

rumah si gadis untuk

membincangkan perkara-

perkara berkaitan perkahwinan.

Ibu pengantin perempuan akan
berbincang dengan wakil tersebut
berkenaan jumlah mas kahwin,
peruntukan meja dalam jamuan
makan dan memilih hari yang
paling sesuai.

5

Hari SPeebreklauhmwinan

Upacara Meminang

Pihak lelaki tidak akan tawar

menawar kerana bimbang akan

menjatuhkan maruah. Segala

ketetapan yang telah

dipersetujui, diberitahu kepada

kedua ibu bapa pihak lelaki.

Ibubapa pihak lelaki akan

berbincang dengan anaknya

untuk menyediakan segala

permintaan daripada pihak

perempuan. Setelah kedua-dua

pihak sudah saling mengenal

dan bersetuju untuk berkahwin,

barulah adat bertunang

dijalankan.

6

Hari SPeebreklauhmwinan

Adat Pertunangan

Hari pertunangan akan

dilakukan berdasarkan

kalendar Cina dan ia

hendaklah bersesuaian dengan

bintang kelahiran kedua

pasangan tersebut. Khidmat

tukang tilik digunakan untuk

penetapan tarikh tersebut

berpandukan kepada sebuah

buku iaitu Toong-Su. Ini

penting kerana jika dilakukan

pada waktu yang tidak sesuai Pada masa inilah bakal

dipercayai akan ditimpa pengantin lelaki berkunjung ke

bencana dan perkahwinan rumah perempuan untuk

akan mengalami kegagalan. menunaikan permintaan.

Upacara bertukar cincin

dilakukan mengikut masa yang

ditetapkan . Cincin disarung di

jari manis kiri oleh kedua-dua

bakal pengantin sehingga hari

perkahwinan.agi membuktikan

persetujuan, gadis berkenaan

akan menyerahkan sekeping

kertas merah atau nyen-sang

yang tertulis nama gadis, umur

dan tarikh lahirnya yang

didapati daripada tukang tilik.

7

Hari SPeebreklauhmwinan

Adat Pertunangan

Setelah nyen-sang diterima, Tukang tilik akan menghitung

pihak lelaki akan mengadakan hari dan masa yang sesuai

persediaan. Nyen-sang berdasarkan kedua-dua nyen-

kepunyaan si gadis pula akan sang dan dicatat pada sehelai

diberi kepada tukang tilik kertas merah yang dinamakan

bersama-sama maklumat yang nyik-kor. Nyik-kor tersebut

sama tentang dirinya.Tukang mengandungi peraturan-

tilik akan menghitung hari dan peraturan dan adat-adat yang

masa yang sesuai berdasarkan perlu diikuti oleh kedua bakal

kedua-dua nyen-sang dan pengantin merangkumi adat-

dicatat pada sehelai kertas adat tertentu.

merah yang dinamakan nyik-

kor.

8

Hari SPeebreklauhmwinan

Adat Pertunangan

Hantaran dan mas kahwin
lazimnya diberi semasa
upacara bertukar cincin
perkahwinan atau pada hari
lain seperti hari istiadat
perkahwinan. Antara hantaran
yang akan diberikan ialah
sebentuk cincin emas,
sepersalinan pakaian, kain dan
wang tunai. Sekiranya pihak
lelaki tidak menyediakan
barang hantaran yang cukup
kepada pengantin perempuan,
sejumlah besar wang tunai
akan diberi. Dalam masyarakat
Cina, semakin besar mas
kahwin yang diberikan,
semakin tinggi martabat dan
kedudukan pihak lelaki.

9

Hari Perkahwinan

Pengantin lelaki akan pergi ke

kediaman pengantin

perempuan, di mana dia akan

duduk di tempat yang telah

disediakan di ruang tamu

bersama pengantin perempuan

dan pengapit masing-masing.

Pengantin lelaki dan pengantin

perempuan akan

menghadiahkan ahli keluarga

mereka dengan teh yang

disediakan semasa upacara ini

bersama ibu bapa dari kedua

belah pihak. Sebagai pulangan,

ibu bapa ataupun ahli keluarga

akan memberikan angpau atau

barang kemas sebagai hadiah

kepada pasangan. Pasangan

pengantin seterusnya, di

hadapan beberapa saksi,

menandatangani dua salinan

sijil nikah, Keat Foon Ching Su,

sebagai bukti perkahwinan

mereka.

10

Hari Perkahwinan

Kronologi upacara hari perkahwinan ini
boleh diringkaskan kepada ;

Perarakan Perkahwinan: Penyambutan Pengantin

Perempuan:

Perarakan perkahwinan dari rumah

pengantin perempuan bergerak ke Perarakan perkahwinan berhenti di
rumah pengantin lelaki. Perarakan
itu terdiri daripada membawa tandu hadapan pintu rumah pengantin
lelaki. Terdapat upacara-upacara
pengantin perempuan, sebuah
pancaragam tradisional, tertentu yang dipatuhi untuk
menyambut pengantin perempuan
sekumpulan pengapit pengantin dan ahli-ahli perarakan ke dalam
perempuan, serta hantaran rumah pengantin lelaki. Upacara-
pengantin perempuan dalam upacara tersebut berbeza-beza dari
bentuk wang.
tempat ke tempat.





11

Hari Perkahwinan

Kronologi upacara hari perkahwinan ini
boleh diringkaskan kepada ;

Upacara Perkahwinan Jamuan perkahwinan
Sebenar



Dalam masyarakat Cina, jamuan
Seumpama melafazkan ikrar perkahwinan dikenali sebagai xǐ-jǐu
perkahwinan di Barat, pasangan yang secara bahasanya bermaksud
akan memberi penghormatan- "wain kegembiraan", dan ini adalah
penghormatan kepada Syurga dan jauh lebih penting daripada majlis
Bumi, ibu bapa pengantin lelaki, perkahwinan sebenarnya. Terdapat
juga upacara menuang wain atau teh
serta antara satu sama lain. untuk ibu bapa, pasangan, dan para


tetamu.




12

Selepas Hari

Perkahwinan

Selepas acara perkahwinan,

pasangan pengantin perlu

membawa pasangannya untuk

bertemu dengan ahli keluarga

masing-masing. Pengantin

lelaki akan memperkenalkan

isterinya kepada ahli keluarga

dan saudara-maranya untuk

berkenalan dengan lebih rapat,

dan begitulah sebaliknya.

Seterusnya, pasangan pengantin

itu perlu meminta restu kepada

kedua-dua belah pihak

keluarga.

Dalam masyarakat Cina, amalan

upacara minum teh sangatlah

penting dan kekal sehingga kini.

Dalam tradisi masyarakat Cina,

amalan ini mempunyai maksud

yang tersendiri dan merupakan

keunikan dalam sesuatu

hubungan. Adat ini

melambangkan penerimaan

orang baru terutamanya

pengantin perempuan dalam

keluarga pihak lelaki di samping

tujuannya untuk mengeratkan

hubungan kekeluargaan.

13

Selepas Hari

Perkahwinan

Pada kebiasaannya, upacara

minum teh ini terdiri daripada

ahli keluarga dan saudara-

mara yang rapat sahaja.

Dalam upacara ini, ketika di

rumah pihak lelaki, pengantin

perempuan akan melutut

sebanyak tiga kali dan

seterusnya memberikan

minuman teh kepada

keluarga dan saudara-mara

pihak lelaki mengikut

pangkat. Ahli keluarga yang

menerima minuman teh akan

memberikan hadiah

berbentuk barang kemas atau

Li Shi kepada pengantin

perempuan. Orang yang lebih

tua khususnya ibu bapa akan

memberikan angpau kepada

pengantin perempuan juga

sebagai tanda berkat.

14

Selepas Hari

Perkahwinan

Di samping itu, pada malam

hari akan mengadakan upacara

minum arak. Pasangan

pengantin akan meminum arak

daripada dua cawan yang diikat

bersama oleh tali yang

berwarna merah dan

kemudiannya akan

menyilangkan tangan mereka

untuk menghabiskan arak

dalam cawan mereka.

Seterusnya, pengantin lelaki
akan mengikut pasangannya
pulang ke rumah. Pengantin
lelaki akan menghidangkan
anak babi panggang kepada
ahli keluarga pengantin
perempuan sebagai simbolik
kepada kesucian pengantin
perempuan. Makanan akan
diagihkan kepada saudara-mara
dan jiran-jirannya.




15

PePrakkaahiwainnan

Pada hari perkahwinan, pakaian
tradisional iaitu jubah panjang
yang diperbuat daripada kain
sutera bersulam dengan corak
naga akan dipakai oleh
pengantin lelaki. Sesetengah
pengantin lelaki juga akan
memakai Samfoo yang
merupakan baju berkolar tinggi
yang longgar dan biasanya
dipakai bersama seluar atau
kain longgar. Samfoo
sebenarnya bermaksud baju dan
seluar dalam dialek Kantonis,
dan diperbuat daripada kain
sutera atau brokat.




16

PePrakkaahiwainnan

Bagi pengantin perempuan

pula, mereka akan memakai

pakaian dua bahagian yang

dikenali sebagai Qun Gua.

Selain itu, Cheongsam (atau qi

pao dalam bahasa Cina) akan

dipakai oleh pengantin

perempuan pada hari

perkahwinan. Cheongsam yang

merupakan kostum tradisional

bagi perempuan masyarakat

Cina adalah gaun panjang yang

disulam dengan jahitan

berbentuk burung Phoenix dan

dihias dengan benang emas dan

perak.




17

PePrakkaahiwainnan

Mengikut tradisi dan kepercayaan masyarakat Cina, naga dan
burung Phoenix digunakan pada hari perkahwinan kerana
haiwan tersebut melambangkan penyatuan terhadap keluarga
baharu. Bukan itu sahaja, masyarakat Cina lazimnya memilih
warna yang cerah sebagai warna pakaian pada hari
perkahwinan. Contohnya, warna merah atau kuning. Hal ini
kerana mereka mempercayai bahawa warna yang terang
terutamanya warna merah boleh membawa keberuntungan
dan kekayaan kepada mereka. Manakala warna putih, hitam
dan kelabu perlu dielakkan dalam pembuatan pakaian
perkahwinan kaum Cina kerana warna-warna tersebut
dianggap warna muram yang melambangkan kematian serta
kesedihan.

18

PMerkaakhawinnaann

Pada era moden ini, kaum Cina masih mengamalkan adat istiadat
perkahwinan tradisional yang dipraktikkan sejak zaman dahulu.
Walaupun moyang kaum Cina berasal dari tempat yang berbeza di
China tetapi adat perkahwinan adalah lebih kurang sama.
Makanan yang akan disediakan apabila perkahwinan biasanya
membawa makna yang baik:

Kurma Merah - Makan kurma merah
apabila berkahwin, bermaksud "kelahiran
awal kepada anak yang berharga".

Kacang Tanah - Pada zaman dahulu, orang
makan kacang apabila berkahwin

bermaksud "kacang tanah dilahirkan" dan
kacang tanah diumpamakan sebagai "anak".

19

PMerkaakhawinnaann

Kek Kukus - Kek kukus digunakan dalam
perkahwinan purba di Suzhou, China, tetapi
ia tidak digunakan untuk makan, tetapi
untuk memijaknya. Apabila berkahwin, dua
pinggan kek kukus akan disediakan untuk
pengantin perempuan untuk memijak, yang
bermaksud "mendaki lebih tinggi selangkah
demi selangkah".

Tangyuan - Makan Tangyuan melambangkan
kemanisan pasangan pengantin, kegembiraan
keluarga dan harapan untuk mempunyai anak
sendiri.

Sōmen - Makan sōmen ketika berkahwin pula
bermakna keluarga akan selalu harmoni.

20

PMerkaakhawinnaann

Gula-Gula Perkahwinan - Biasanya
diedarkan kepada tetamu di majlis
perkahwinan untuk menunjukkan
perayaan. Tetamu digalakkan untuk makan
gula-gula tersebut di majlis perkahwinan
ataupun membawa pulang. Lazimnya, orang
beranggapan bahawa makan gula-gula
perkahwinan bukan sahaja boleh menjadi
restu kepada pasangan pengantin, tetapi
juga membawa kegembiraan kepada
tetamu. Gula-gula perkahwinan harus
diberikan kepada tetamu untuk dimakan,
dan tidak wajar untuk dibuang.

Babi Panggang - Pihak pengantin lelaki akan
menyediakan babi panggang untuk pihak
pengantin perempuan, yang melambangkan
penghormatan pihak lelaki terhadap pihak
perempuan dan membuktikan kesucian
pengantin perempuan.

21

PMerkaakhawinnaann

Mi Cina - Makan mi ketika berkahwin
membawa maksud semoga pasangan
pengantin dipanjangkan umur. Mi yang
dimakan ketika berkahwin adalah lebih
panjang dan tidak boleh digigit, ini bermakna
pasangan dapat menjalani kehidupan yang
bahagia dan lebih baik selepas berkahwin.

22

Pantang Larang

Setiap kaum mempunyai persepsi
mereka yang tersendiri terhadap
kepercayaan dan amalan pantang
larang berdasarkan agama masing-
masing dan ianya perlu
dititikberatkan dalam kehidupan
mereka. Begitu juga dengan
masyarakat kaum Cina yang
mempunyai pelbagai jenis pantang
larang yang boleh dikatakan unik
berbanding dengan kaum lain yang
terdapat di Malaysia. Hal ini
disebabkan oleh kehidupan seharian
mereka yang dikatakan dipengaruhi
oleh persekitaran dan alam
sekeliling. Oleh itu, mereka percaya
kehidupan mereka bergantung
kepada nasib dan mereka juga
banyak bergantung kepada tukang
tilik terutamanya tentang hal yang
melibatkan adat resam kaum
mereka seperti perkahwinan,
kematian, dan perayaan.

23

Pantang Larang

Majlis Pertunangan

Sama seperti bangsa yang lain, Hal ini kerana, menurut

kedua-dua pihak pengantin kepercayaan kaum cina, adalah

akan memberikan hantaran tidak bagus untuk mengadakan

kepada satu sama lain. Namun, perkahwinan ketika orang lain

keluarga pengantin lelaki sedang dalam tempoh

perlulah memberikan seekor berkabung. Seterusnya, mereka

angsa hidup kepada keluarga perlulah mengelak dari memilih

pengantin perempuan. Selain tarikh perkahwinan pada bulan

itu, difahamkan bahawa bakal April kerana ianya merupakan

pengantin perempuan tidak perayaan hantu atau lebih

digalakkan untuk menghadiri dikenali dengan nama ‘Qing

mana-mana majlis Ming’. Mereka juga tidak

pengebumian selama tiga bulan digalakkan untuk memilih

sebelum dan selepas majlis pasangan yang mempunyai

perkahwinan. Jikalau terdapat nama keluarga yang sama.

kematian dalam kalangan ahli

keluarga bakal pengantin

sebelum berlangsungnya

perkahwinan, mereka perlu

mengangguhkan majlis tersebut

selama seratus hari ataupun

pada tahun hadapan.

24

Pantang Larang

Hari Perkahwinan

Sewaktu berlangsungnya majlis Perkara ini dipercayai dapat
perkahwinan, baju pengantin mengelakkan dari berlakunya
adalah sebaik-baiknya berwarna perkara malang kepada
putih, merah atau kuning dan pasangan pengantin tersebut.
pengantin dilarang memakai Tambahan lagi, mereka juga
baju hitam, biru dan kelabu. Hal tidak dibenarkan untuk
ini kerana, berdasarkan memberi ‘angpow’ (sampul
kepercayaan mereka, warna- duit) kepada pengantin kerana
warna tersebut dipercayai mereka percaya bahawa orang
melambangkan kesedihan dan yang baru kematian saudara
kematian. Para wanita yang akan membawa nasib buruk
sedang mengandung atau baru kepada majlis perkahwinan
sahaja mengalami kematian tersebut. Selain itu, pengantin
saudara mara tidak boleh perempuan akan masuk ke
melibatkan diri dalam majlis rumah pengantin lelaki semasa
perkahwinan serta mereka tidak berlangsungnya majlis. Pada
boleh menyentuh pakaian masa itu, mentua serta para
ataupun apa sahaja barangan kakak ipar tidak seharusnya
yang mempunyai kaitan dengan menghadap pintu untuk
pengantin di rumah mereka. melihat pengantin perempuan
memasuki rumah tersebut.

25

Pantang Larang

Hari Perkahwinan

Bagi pihak tetamu pula, mereka

juga perlu mengelakkan diri dari

memakai pakaian yang

mempunyai kaitan dengan

peristiwa sedih seperti warna biru,

hitam dan kelabu sebaliknya

memakai pakaian yang cantik dan

berwarna merah. Mereka yang

berjumpa dengan pengantin juga

haruslah mengucapkan tahniah

dan dilarang sama sekali untuk

bercakap tentang perkara yang

sedih seperti bencana, kematian

atau hantu. Para kanak-kanak pula

akan disuruh untuk melompat

diatas katil pasangan pengantin

tersebut kerana dipercayai dapat

mempercepatkan untuk pasangan

memperoleh anak. Menurut

masyarakat kaum Cina, majlis

perkahwinan yang tidak mengikuti

adat dan protokol yang ditetapkan

akan dikira sebagai tidak sah.

26

Pantang Larang

Selepas Berkahwin

Bagi membuktikan bahawa
pengantin perempuan tersebut
telah diasuh dengan baik oleh
keluarga dan layak untuk menjadi
isteri yang sempurna kepada
suami, pada keesokkan harinya,
pengantin perempuan akan
bangun lebih awal dan akan
menyediakan makanan untuk
keluarga pengantin lelaki.
Pengantin perempuan tersebut
juga tidak dibenarkan untuk
pulang ke rumahnya dan harus
menetap di rumah suami bersama
keluarga suami. Namun, tiga hari
selepas hari perkahwinan,
pengantin perempuan akan pulang
melawat keluarganya bersama-
sama suaminya. Pengantin lelaki
akan menghadiahkan anak khinzir
panggang kepada pengantin
perempuan sebagai simbol
kesucian.

27

Rumusan

Setiap kaum mengamalkan perkahwinan sebagai jalan
bagi menghalalkan hubungan intim dan menambahkan
zuriat dalam setiap keluarga. Begitu juga masyarakat cina

yang menjadikan perkahwinan sebagai cara bagi
memastikan kelansungan keturunan mereka. Melalui
tugasan dan kajian yang telah dilaksanakan mengenai
adat resam perkahwinan masyarakat cina ini, kita dapat
memahami dengan lebih mendalam tentang upacara dan
tradisi yang telah diamalkan oleh masyarakat cina dari
zaman dahulu lagi. Pelbagai upacara, kepercayaan dan
tradisi amat menarik untuk dilihat sepanjang majlis
perkahwinan dilangsungkan. Selain itu, upacara dan
amalan yang dilakukan oleh mereka mempunyai maksud
dan tujuan tertentu. Hal ini dikatakan demikian kerana

masyarakat cina mempunyai kepercayaan yang
mendalam tentang pembawa tuah. Kesimpulannya,
melalui kajian ini kita dapat mengenal pasti tentang latar
belakang, mengenali adat dan budaya masyarakat cina,

memahami bahawa setiap yang dilakukan oleh
masyarakat cina mempunyai tujuan-tujuan tertentu dan

asal usul masyarakat cina.



28

Rumusan

Kajian ini secara tidak langsung dapat membuat kita
lebih bertamadun dengan kumpulan etnik yang lain.

Selain itu, perkara ini dilihat dapat memberikan
kesedaran kepada penduduk Malaysia mengenai amalan

tradisi perkahwinan masyarakat cina. Kepelbagaian
budaya dan adat resam setiap bangsa diseluruh Malaysia
mestilah diteruskan sebagai khazanah di negara ini. Hal

ini dikatakan demikian kerana Malaysia mempunyai
keunikan tersendiri iaitu mempunyai pelbagai bangsa.
Namun demikian, kepelbagaian budaya ini menuntut

seluruh masyarakat di Malaysia supaya saling
menghormati antara satu sama lain dan tidak
memandang rendah terhadap budaya dan adat resam
kaum lain. Dengan demikian, negara dapat mewujudkan
bangsa yang bertamadun tinggi. Menerusi kajian ini,
kami amat berharap agar tradisi yang sedia ada ini dapat
dipelihara hingga ke masa hadapan supaya amalan
tradisi ini dapat dilihat oleh generasi-generasi akan
datang. Oleh itu setiap bangsa dan kaum di Malaysia
yang mempunyai amalan, kebudayaan dan kepercayaan
dan sebagainya haruslah bersikap saling menghormati
supaya dapat mewujudkan negara yang aman dan

harmoni.


29


Click to View FlipBook Version