The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by julilah09, 2020-12-02 22:57:12

RUMUSAN

Format Rumusan

Keywords: Rumusan T4

PENULISAN
RUMUSAN

BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
MINGGU 46
3 DISEMBER 2020

PN. JULILAH HARON
PN. ZAITON MAHAD

• ARAHAN UMUM

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

1. Baca dengan teliti maklumat dalam 2 bahan yang diberi
✓ Petikan rencana
✓ Grafik - Poster

2. Rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.

3. Gunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal.

4. Tulis rumusan dalam 3 perenggan
➢ Pendahuluan
➢ Isi (Tersurat sahaja)
➢ Kesimpulan

Bahan 1 : Petikan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan
ataupun untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Contoh aktiviti sukan yang agak popular pada masa ini ialah olahraga, renang, bola sepak, tenis,
badminton dan squasy.

Inisiatif untuk memupuk minat masyarakat terhadap kegiatan bersukan ini harus bermula dari bangku sekolah lagi. Khususnya dari peringkat
remaja. Ibu bapa turut bertanggungjawab dalam usaha membentuk peribadi anak yang bersukan sejak dari peringkat awal lagi. Ibu bapa juga perlu
mendorong dan menggalakkan anak mereka dengan cara membeli peralatan sukan yang diminati anak, memberikan sokongan moral dengan
menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan dan membelikan anak-anak majalah sukan.

Banyak faedah yang diperoleh remaja sekiranya mereka aktif bersukan. Faedah bersukan yang utama ialah dapat mendisiplinkan diri. Hal ini
dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk
mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sukan juga penting bagi melahirkan remaja yang sihat, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Dengan
kegiatan bersukan, remaja boleh membina tubuh badan yang sihat, cergas dan menarik.

Kegiatan bersukan bukan sahaja baik untuk kesihatan malah sesuai dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan kawan atau keluarga pada setiap
pagi, petang atau hujung minggu. Dengan mengisi masa lapang, kegiatan sukan dapat meningkatkan tahap kesihatan diri, malah mengelakkan diri
daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Bukan itu sahaja, remaja juga dapat menghindari masalah sosial yang kian meruncing
belakangan ini.

Walaupun terdapat segelintir remaja yang tidak meminati sukan dan tidak melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum, usaha untuk menarik
minat golongan ini haruslah kekal berterusan, bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi arang. Jadikan kegiatan bersukan itu sebahagian
daripada kehidupan kita.

Bahan 2 : Grafik

• ARAHAN KHUSUS

1. Terdapat 2 atau lebih bahan yang diberi.
✓ Petikan rencana
✓ Grafik - Poster

2. Kenal pasti ISU dan FOKUS isu yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut.
➢ Terdapat beberapa fokus dalam 1 bahan.
➢ Fokus boleh dikenal pasti melalui beberapa KATA KUNCI yang terdapat dalam perenggan petikan ;
• Ciri-ciri / Jenis
• Faktor / Punca
• Peranan / Tanggungjawab
• Usaha / Langkah / Cara
• Kepentingan / Manfaat / Faedah
• Kesan / Implikasi / Impak (baik / buruk)

3. Setiap fokus itu merupakan isi-isi rumusan.

4. Huraian dan contoh tidak bukan merupakan fokus / isi

STRUKTUR RUMUSAN

PENDAHULUAN

ISI ( 8 isi tersurat )

KESIMPULAN

3 Perenggan

PENDAHULUAN

Rumusan membincangkan FOKUS 1, FOKUS 2 dan FOKUS 3 +
KETERANGAN ISU (masa/ tempat/ masyarakat).

➢ Pendahuluan cuma 1 ayat sahaja
➢ Masukkan kata kunci semua fokus yang terdapat dapam

petikan/ bahan grafik yang diberi.
➢ Tambahkan ayat keterangan yang bersesuaian dengan isu.

ISI (T 8 isi tersurat )

➢ Berikan 8 isi tersurat sahaja (terdapat dalam petikan/ bahan grafik)
➢ Huraian dan contoh tidak dianggap sebagai isi.
➢ Boleh gabungkan isi-isi dalam 1 ayat.
➢ Boleh gunakan penanda wacana pada tempat yang sesuai.
➢ Dinasihatkan agar tidak mengubah keseluruhan ayat daripada

petikan.

KESIMPULAN

➢ Kesimpulannya , siapa perlu buat apa supaya apa berlaku.

Pihak yang Tindakanyang Kesan
terlibat dalam perlu diambil positif
terhadap isu
isu

Bahan 1 : Petikan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan.

AnIsdaudigalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara
pertandingan, hiburan ataupun untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Contoh aktiviti sukan yang agak popular pada masa ini
ialah olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan squasy.

Inisiatif untuk memupuk minat masyarakat terhadap kegiatan bersukan ini harus bermula dari bangku sekolah lagi. Khususnya

dari peringkat remaja. Ibu bapa turut bertanggungjawab dalamFouksauhsa 1membentuk peribadi anak yang bersukan sejak dari peringkat

awal lagi. Ibu bapa juga perlu mendorong dan menggalakkan anak mereka dengan cara membeli peralatan sukan yang diminati anak,
memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan dan membelikan anak-anak majalah sukan.

Banyak faedah yangFodikpuersole2h remaja sekiranya mereka aktif bersukan. Faedah bersukan yang utama ialah dapat

mendisiplinkan diri. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin
yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sukan juga penting bagi melahirkan remaja yang
sihat, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Dengan kegiatan bersukan, remaja boleh membina tubuh badan yang sihat, cergas
dan menarik.

Kegiatan bersukan bukan sahaja baik untuk kesihatan malah sesuai dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan kawan atau
keluarga pada setiap pagi, petang atau hujung minggu. Dengan mengisi masa lapang, kegiatan sukan dapat meningkatkan tahap
kesihatan diri, malah mengelakkan diri daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Bukan itu sahaja, remaja
juga dapat menghindari masalah sosial yang kian meruncing belakangan ini.

Walaupun terdapat segelintir remaja yang tidak meminati sukan dan tidak melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum, usaha
untuk menarik minat golongan ini haruslah kekal berterusan, bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi arang. Jadikan
kegiatan bersukan itu sebahagian daripada kehidupan kita.

Bahan 1 : Petikan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara
pertandingan, hiburan ataupun untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Contoh aktiviti sukan yang agak popular pada masa ini
ialah olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan squasy.

Inisiatif untuk memupuk minat masyarakat terhadap kegiatan bersukan ini harus bermula dari bangku sekolah lagi. Khususnya
dari peringkat remaja. Ibu bapa turut bertanggungjawab dalam usaha membentuk peribadi anak yang bersukan sejak dari
peringkat awal lagi. Ibu bapa juga perlu mendorong dan menggalakkan anak mereka dengan cara membeli peralatan sukan
yang diminati anak, memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan dan membelikan
anak-anak majalah sukan.

Banyak faedah yang diperoleh remaja sekiranya mereka aktif bersukan. Faedah bersukan yang utama ialah dapat
mendisiplinkan diri. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin
yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sukan juga penting bagi melahirkan remaja yang
sihat, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Dengan kegiatan bersukan, remaja boleh membina tubuh badan yang sihat,
cergas dan menarik.

Kegiatan bersukan bukan sahaja baik untuk kesihatan malah sesuai dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan kawan atau
keluarga pada setiap pagi, petang atau hujung minggu. Dengan mengisi masa lapang, kegiatan sukan dapat meningkatkan tahap
kesihatan diri, malah mengelakkan diri daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Bukan itu
sahaja, remaja juga dapat menghindari masalah sosial yang kian meruncing belakangan ini.

Walaupun terdapat segelintir remaja yang tidak meminati sukan dan tidak melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum, usaha
untuk menarik minat golongan ini haruslah kekal berterusan, bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi arang. Jadikan
kegiatan bersukan itu sebahagian daripada kehidupan kita.

Bahan 2 : Grafik

Kesan baik = Kelebihan / manfaat

Kesan

RANGKA RUMUSAN

Pendahuluan
Rumusan membincangkan tanggungjawab ibu bapa dan kelebihan-kelebihan bersukan dalam
kalangan remaja.

Bahan 1 : Petikan

Fokus 1 - Tanggungjawab ibu bapa Fokus 2 : Kelebihan / Manfaat bersukan
1. membentuk peribadi anak yang 1. dapat mendisiplinkan diri.
2. bagi melahirkan remaja yang sihat, sama ada dari
bersukan sejak dari peringkat awal lagi.
2. ibu bapa juga perlu mendorong dan segi fizikal ataupun mental.
3. remaja boleh membina tubuh badan yang sihat,
menggalakkan anak mereka dengan
cara membeli peralatan sukan yang cergas dan menarik.
diminati anak. 4. sesuai dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan
3. memberikan sokongan moral dengan
menghantar anak-anak mereka ke kawan atau keluarga.
tempat latihan. 5. dapat meningkatkan tahap kesihatan diri, malah
4. membelikan anak-anak majalah sukan.
mengelakkan diri daripada membuang masa dengan
perkara yang tidak berfaedah.
6. remaja juga dapat menghindari masalah sosial yang
kian meruncing belakangan ini.

RANGKA RUMUSAN

Bahan 2 : Grafik (Poster)

Fokus 2 - (kelebihan / manfaat bersukan) Catatan:
1. Bersukan juga dapat meningkatkan produktiviti. Terima 8 isi (fokus1 dan fokus 2)
2. Dapat mengenal bakat dalam sukan.
3. Dapat meningkatkan kesihatan.
4. Dapat menjamin kesejahteraan menyeluruh.
5. Dapat melahirkan minda yang sihat.
6. Dapat mewujudkan negara yang ceria dan bersatu.

Penutup

Kesimpulannya, masyarakat perlu menjadikan aktiviti sukan sebagai amalan dalam kehidupan agar
dapat menjamin kesihatan yang sempurna.

Bahagian PEMARKAHAN

Pendahuluan Markah
Isi
2
Kesimpulan 16
Bahasa 1 isi = 2 markah
Jumlah 2 x 8 = 16 markah
2
10
Rumusan = 20
Bahasa = 10
Jumlah = 30

Syabas kerana anda
telah menguasai
format rumusan

Jangan lupa tulis rumusan lengkap dan tekan butang turn in dalam gc anda

PN. JULILAH / PN. ZAITON


Click to View FlipBook Version