INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
KUCHING, SARAWAK
_________________________________________________________________________________
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
SEMESTER 2 TAHUN SATU
__________________________________________________________________
KOD DAN NAMA KURSUS
MUZK1113 ASAS TEORI MUZIK II
TUGASAN 1: E-PORTFOLIO
NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN
PUTERI AISHAH BT 2021042310066 031205-06-0640
KAMARUDDIN
KUMPULAN / AMBILAN : MUZIK SK / AMBILAN JUN 2021
NAMA PENSYARAH : CIK CHANG YUN PING
TARIKH HANTAR : 1 MAC 2022
Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah
1. PENGENALAN
Meter ialah ukuran masa dalam sesebuah karya muzik. Mereka
dikumpulkan dalam kumpulan duaan, tigaan, empatan dan seterusnya. Dalam
muzik, terdapat kiraan masa yang berbeza. Biasanya bilangan detik adalah
sama dalam setiap bar. Kumpulan detik disebut pembahagian meter. Hal ini
dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa.
23423433
44422288
Nilai nombor yang berada di atas mewakili bilangan detik di dalam satu bar
manakala nilai nombor yang berada di bawah mewakili jenis not seperti krocet,
minim, dan kuaver.
Meter ditulis selepas tanda klef dalam baluk.
Tanda masa
2.0 Meter tak lazim
Meter tak lazim dikelaskan kepada meter tak lazim duaan, tigaan dan
empatan. Setiap rentak dibahagikan dengan tiga ke dalam kumpulan not yang
bertitik yang sama. Contohnya, meter 6/8 yang mengandungi 6 not kuaver dan
dikumpulkan menjadi 2 not krocet bertitik.
2.1.1 Meter tak lazim duaan
Meter tak lazim duaan ialah 6/8. Nilai detik yang terdapat pada meter ini
ialah bersamaan dengan 6 not kuaver yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. 3 not
kuaver ditulis bersamaan dengan 1 not krocet bertitik di mana krocet bertitik
tersebut mewakili 3 not kuaver di dalam meter 6/8.
( 2 kumpulan not kuaver) ( 2 not krocet bertitik)
2.1.2 Meter tak lazim tigaan
Meter tak lazim tigaan ialah 9/8. Nilai detik yang terdapat pada meter
ini ialah bersamaan 9 not kuaver yang dibahagikan kepada 3 kumpulan not
kuaver yang mempunyai 3 not krocet bertitik pada setiap kumpulan.
( 3 kumpulan not kuaver) ( 3 not krocet bertitik)
2.1.3 Meter tak lazim empatan
Meter tak lazim empatan ialah 12/8. Nilai detik yang terdapat pada
meter ini ialah bersamaan 12 not kuaver yang dibahagikan kepada 4 kumpulan not
kuaver. 4 kumpulan not kuaver tersebut diwakili oleh 4 not krocet bertitik.
( 4 kumpulan not kuaver) ( 4 not krocet bertitik)
2. Skel
Skel merupakan susunan not-not secara menaik dan menurun. Skel
digunakan bagi menunjukkan bagimana not-muzik digunakan untuk
membentuk melodi. Skel dibagikan kepada dua iaitu skel major dan skel minor.
Di dalam teori muzik, terdapat skel diatonik yang mempunyai 8 not yang
dijarakkan oleh ton dan semiton. Skel diatonik terdiri daripada lima ton dan dua
semiton.
C DE F GA BC
TTSTTTS
Pada gambar rajah keyboard di atas, kita dapat melihat bagaimana ton dan
semiton pada satu skel. C kepada D adalah ton manakala E kepada F merupakan
semiton. F kepada G dan G kepada A juga merupakan ton dan B kepada C adalah
semiton.
2.0.1 Skel Major
Skel major merupakan salah satu contoh skel diatonik. Skel
mengandungi tujuh not dan ditambah dengan not pertama yang dipanggil
sebagai not tonik sehingga not ke lapan iaitu oktaf. Skel major terbentuk
hasil gabungan 5 ton dan 2 semiton. Bagi membentuk skel major , not tonik
sehingga not oktaf perlu disusun mengikut T,T,S,T,T,T,S (T=Ton ,
S=Semiton)
2.0.2 Skel Minor
Skel minor merupakan skel diatonik juga. Ia juga mempunyai not tonik
sehingga not oktaf. Not tonik sehingga oktaf disusun secara T,S,T,T,S.T,T.
(T=Ton, S=Semiton)
Contohnya seperti skel E minor:
SS SS
Skel minor terbahagi kepada tiga iaitu :
a) Minor Harmonik
b) Minor Melodik
c) Minor Natural
2.0.3 Skel Minor Harmonik
Di dalam skel minor harmonik, not ketujuh dinaikkan satu semiton.
Sebagai contoh, :
Gambar rajah di atas, merupakan skel A minor. Seperti yang dapat kita lihat, not
ketujuh skel tersebut telah dinaikkan sebanyak satu semiton. Not G telah dinaikkan
satu semiton menjadi G#.
2.0.4 Skel Melodik
Skel minor melodik bergantung kepada skel natural sama ada notnya
akan menaik atau menurun. Not keenam dan ketujuh akan dinaikkan
sebanyak satu semiton apabila skel disusun secara menaik dan apabila skel
disusun secara menurun, not keenam dan ketujuh akan diturunkan
sebanyak 1 semiton.
Contohnya skel D minor:
Daripada skel D minor, kita dapat lihat not keenam dan ketujuh telah
dinaikkan apabila skel disusun secara menaik dan apabila disuun menurun ia
diturunkan Kembali kepada satu semiton.
SUMBER RUJUKAN
M. (2021, November 2). Minor Scale Guide: Natural, Harmonic, and Melodic Minor Scales.
MasterClass. https://www.masterclass.com/articles/minor-scale-guide#what-is-the-
difference-between-major-and-minor-scales
V.W. (2016). Grade One Music Theory: For ABRSM Candidates Volume 1 of
MyMusicTheory Complete Courses Series (Vol. 1) [E-book]. CreateSpace
Independent Publishing Platform.
M.P., & H.D. (2011). Music Theory For Dummies [E-book]. John Wiley & Sons.
anyflip.com. (2021, September 11). ASAS TEORI MUZIK - Flip eBook Pages 1–35 | AnyFlip.
Anyflip. https://anyflip.com/rerxt/mmjv/basic
anyflip.com. (2020, November 8). Pendidikan Muzik Tahun 5 (SK) - Flip eBook Pages 1–50 |
AnyFlip. Anyflip. https://anyflip.com/lrscg/nlsm/basic