LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : MOHD AKMAL BIN MAJID
PROGRAM: : PISMP C9
NAMA SEKOLAH : SK BANDAR BARU SENTUL
NAMA PROJEK/ AKTIVITI : PROJEK INOVASI “KUMBANG KURA DIDI”
TEMPOH PELAKSANAAN : 12 APRIL HINGGA 26 APRIL 2021
OBJEKTIF:
I. Mengaplikasikan inovasi “Kumbang Kura Didi” dalam menggunakan kata sendi nama ‘di’ dan
kata imbuhan ‘di’ dengan betul.
II. Meningkatkan kemahiran semasa menulis kata sendi nama ‘di” dan kata imbuhan ‘di’ sama
ada dijarakkan atau dirapatkan menggunakan alat “Kumbang Kura Didi” dengan tepat.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan kaedah pengajaran secara
tradisional.
Pada 13 April 2021, guru telah mengambil masa 15 minit terakhir semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran untuk menyentuh sedikit sebanyak berkaitan penggunaan ‘di’ dalam Bahasa
Melayu. Guru menerangkan secara ringkas kepada murid tentang penggunaan ‘di’ dalam Bahasa
Melayu yang terbahagi kepada dua iaitu sebagai imbuhan awalan dan sebagai kata sendi nama.
Guru juga menerangkan kepada murid tentang cara penulisan ‘di’ sebagai imbuhan perlu ditulis
secara rapat tanpa menerangkan berkaitan kehadiran kata kerja selepas perkataan ‘di’ sebagai
imbuhan. Guru turut menerangkan kepada murid berkaitan cara penulisan ‘di’ sebagai kata sendi
nama yang perlu dijarakkan tanpa menjelaskan kepada murid tentang kehadiran kata nama arah
dan tempat selepas perkataan ‘di’ sebagai kata sendi nama. Guru mengambil masa hanya 5 minit
untuk menerangkan berkaitan kedua-duanya secara ringkas.
2. Melaksanakan ujian pra untuk menguji tahap penguasaan murid berkaitan cara penulisan imbuhan
‘di’ dan kata sendi nama ‘di’ dalam ayat sebelum rawatan diberikan melalui pengaplikasian projek
inovasi ‘Kumbang Kura Didi” di dalam kelas.
Seterusnya, guru telah mengedarkan sehelai lembaran ujian pra kepada setiap murid pada
hari tersebut. Ujian pra yang dijalankan adalah untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap
cara penulisan imbuhan ‘di’ dan kata sendi nama ‘di’ dalam ayat. Oleh itu, murid diminta untuk
mengenal pasti kesalahan penggunaan imbuhan ‘di’ dan kata sendi nama ‘di’ dalam ayat. Masa
yang diberikan untuk murid menjawab ujian pra adalah selama 10 minit. Lembaran kertas ujian pra
yang diedarkan kepada murid adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah:
Rajah 1: Lembaran Kertas Ujian Pra
3. Membuat penilaian terhadap keputusan ujian pra yang diperoleh murid.
Setelah pelaksanaan ujian pra terhadap murid Tahun 5 Ibnu Qayyim, guru telah menanda
dan memberi markah terhadap kertas jawapan yang ditulis oleh murid Hasil analisis terhadap
kertas jawapan dan markah yang diperoleh murid Tahun 5 Ibnu Qayyim, tahap penguasaan murid
berkaitan cara penulisan imbuhan ‘di’ dan kata sendi nama ‘di’ berada pada tahap sederhana dan
memuaskan. Hanya seorang sahaja murid dari kelas 5 Ibnu Qayyim yang Berjaya mendapat
markah penuh dalam ujian pra yang dijalankan. Kebanyakkan murid masih keliru tentang cara
penulisan imbuhan ‘di’ dan kata sendi nama ‘di’ dalam ayat dengan betul. Analisis markah ujian
pra murid Tahun 5 Ibnu Qayyim ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah:
BIL NO.KP NAMA CATATAN
4/11
1 100114120691 ADAM HAIKAL TIO 4/11
7/11
2 100724141131 AHMAD QAYYUM BIN MOHD KUSHAIRI 3/11
9/11
3 101218140341 HARIZ MIKAIL BIN MOHD HAFIZ 9/11
TH
4 100517141120 INTAN QAMELIA BINTI MOHD ZAZALI 2/11
7/11
5 100517140494 KASEH NUR UMAIRAH BINTI MOHD AZMIR 9/11
10/11
6 100618140311 MOHAMMAD NAUFAL BIN MOHAMMAD NAZRI 6/11
TH
7 100313030197 MOHAMMAD TAQIYYUDDIN BIN NORAZWAN 8/11
4/11
8 100716140251 MUHAMMAD ADEEB RAYYAN BIN ZAINAL ABIDIN 8/11
11/11
9 100419100421 MUHAMMAD AIDAN RAYYAN BIN MOHD FIRDAUS TH
9/11
10 101025140871 MUHAMMAD ALI IMAN BIN RUSHDAN 9/11
TH
11 100927140761 MUHAMMAD DANISH RIZQI BIN MAT RADUAN 5/11
8/11
12 100103140291 MUHAMMAD HADIF BIN MOHD HELMIE 6/11
3/11
13 100303141571 MUHAMMAD HARIZZ QUESHAYIE BIN MOHD RAZUWAN TH
8/11
14 100712141097 MUHAMMAD HARRIS HYAIQAL BIN NORFADLY 3/11
8/11
15 101002140553 MUHAMMAD IRFAN BIN NORAZMAN 10/11
8/11
16 101112040289 MUHAMMAD KHAIRUNNAS BIN NASHADY 2/11
5/11
17 100730140047 MUHAMMAD LUTFIL HADI BIN NOR AFFANDI 6/11
18 100123140483 MUHAMMAD MUKHRIZ SYAHMI BIN HARUN 0/11
19 101029140588 NADHRATUR RAUDHAH BINTI MOHD NORFADZALI
20 100719140505 NIK AIDAN DAMIAN BIN MOHD ROSHDI
21 100920103634 NIK NUR BATRISYA HUMAIRA BINTI NIK DAUD
22 100420040016 NUR ADRIANA ZULAIKHA BINTI AZDINSHAH
23 100208140925 NUR AL HAYYU MIFTAHUL MUQLISH BIN HUDORI
24 100613140400 NUR AMANI DAMIA BINTI MUDAHIR
25 100425140550 NUR ATHIRAH KHAIRANA BINTI MOHD SUHAILI
26 100127141192 NUR ELYSYA SOFIA BINTI SOFFIAN
27 100315140576 NUR HAIRIENA HALEESYA BINTI AZUAN
28 100924141160 NUR NAQISYA AQILA BINTI ZUL-ATFI
29 100222101092 SITI NUR ZARIFAH BINTI MOHD ZAIDI
30 100718140474 SITI NURNAJIHAH BINTI SURAHMAT
31 100824140777 SOFFAN HAQIMI BIN AIDILISSALAM
32 100424140540 ULFA MAIZARA BINTI ZAINUDDIN
33 101118101775 WAN MUHAMMAD AZIMSHAH BIN WAN KAMARUL ARIFFIN
34 100624140107 WAN MUHAMMAD ZULFAQAR BIN WAN AZMI
MURID BAHARU
35 - IZZ ZAKWAN BIN ZULAZLIZAN
Jadual 1: Markah Ujian Pra Murid tahun 5 Ibnu Qayyim
4. Menjalankan projek inovasi ‘Kumbang Kura Didi’ di dalam kelas.
Guru telah memilih tarikh 20 April 2021 untuk menjalankan projek inovasi “Kumbang Kura Didi”.
Guru telah menyediakan bahan-bahan seperti lembaran kertas mewarna dan penyepit baju bersaiz kecil
untuk setiap murid. Selain itu, guru turut menyediakan gam untuk menampal kertas yang telah
diwarnakan oleh murid pada penyepit baju. Murid hanya perlu menyediakan bahan seperti pensil warna
dan gunting. Arahan semasa pelaksanaan projek yang dijalankan ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah:
PELAKSANAAN PROJEK KUMBANG KURA DIDI
LANGKAH 1
Mewarnakan
bulatan kecil
dengan warna
merah.
Mewarnakan LANGKAH 2
ruangan pada
bulatan besar Jarak
dengan warna A/T
hitam.
Menulis maklumat
‘Di’ di sebelah kanan
atas dan ‘kk’ sebelah
kiri atas garisan
tengah.
Melukis mata pada
bahagian kiri dan
kanan pada garis
tengah bulatan.
Melukis garis Menulis maklumat
tengah pembahagi seperti yang berikut.
bulatan.
Rajah 2: Arahan Semasa Pelaksanaan Projek Inovas Kumbang Kura Didi
Murid telah memberi kerjasam yang baik semasa pelaksanaan projek inovasi ini dijalankan di
dalam kelas. Guru sentiasa mengingatkan murid untuk mendegar dan mengikut arahan langkah demi
langkah yang diarahkan oleh guru supaya tidak berlaku kesilapan semasa projek dijalankan. Antara contoh
situasi semasa murid menjalankan projek inovasi ini ditunjukkan dalam Rajah 3 dan Rajah 4 seperti di
bawah:
Rajah 3: Murid 1 Sedang Mewarnakan Rajah 4: Hasil Inovasi Kumbang Kura Didi
Kumbang Kura. oleh Murid 1
5. Menerangkan konsep dan cara menggunakan inovasi Kumbang Kura Didi
Guru telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk menerangkan tentang konsep
dan cara menggunakan inovasi “Kumbang Kura Didi” pada 23 April 2021. Guru memberi penekanan
berkaitan cara penulisan imbuhan ‘di’ diikuti dengan kata kerja selepasnya perlu dieja secara rapat. Selain
itu, guru juga menekankan berkaitan cara penulisan ‘di’ sebagai kata sendi nama diikuti dengan kata nama
arah atau tempat yang perlu dieja secara jarak. Bagi mengukuhkan lagi konsep kefahaman murid
mengenainya, guru telah menjalankan latihan pantas selama 10 minit bersama murid sebelum memberi
kertas ujian pasca. Rajah 5 dan Rajah 6 menerangkan tentang konsep penulisan dan cara penggunaan
Kumbang Kura Didi. Rajah 7 pula menunjukkan situasi latihan pantas yang dijalankan oleh guru bersama
murid bagi proses pemantapan konsep kefahaman murid berkaiatan cara menggunakan Kumbang Kura
Didi seperti yang ditunjukkan di bawah:
Guru perlu menerangkan konsep ‘di’ sebagai imbuhan + kata kerja perlu Guru perlu menerangkan konsep ‘di’ sebagai kata sendi nama + kata
dieja secara rapat. Contoh, di+sapu = disapu nama (arah/tempat) perlu dieja secara jarak. Contoh, di+stadium = di
Rajah 5: Cara menulis imbuhan ‘di’ + kk stadium.
(kata kerja).
Rajah 6: Cara menulis kata sendi nama ‘di’ +
A T (kata nama arah/tempat).
Rajah 7: Latihan Pantas Pengukuhan Konsep
Cara Menggunakan Inovasi Kumbang Kura Didi
6. Melaksanakan ujian pasca untuk menguji tahap penguasaan murid berkaitan cara penulisan imbuhan
‘di’ dan kata sendi nama ‘di’ selepas rawatan diberikan melalui penggunaan inovasi ‘Kumbang Kura
Didi” di dalam kelas.
Setelah guru meyakini bahawa murid Tahun 5 Ibnu Qayyim benar-benar memahami konsep
dan cara menggunakan inovasi Kumbang Kura Didi ini, guru telah mengedarkan sehelai kertas
lembaran ujian pasca kepada setiap murid. Lembaran kertas ujian pasca yang diedarkan kepada murid
ditunjukkan dalam Rajah 8 seperti di bawah:
Rajah 8: Lembaran Kertas Ujian Pasca
Semasa murid menjawab ujian pasca, guru membenarkan murid untuk menggunakan projek inovasi
Kumbang Kura Didi masing-masing. Murid telah memberi sepenuh perhatian dan tumpuan semasa
menjawab ujian pasca yang diberikan dan menggunakan alat bantu projek inovasi Kumbang Kura Didi
semasa menjawab soalan. Murid kelihatan lebih yakin semasa menjawab ujian pasca berbanding situasi
dan keadaan murid yang kelihatan resah semasa menjawab ujian pra. Walaupun masa yang diperuntukkan
oleh guru untuk murid menjawab ujian pra dan ujian pasca adalah sama iaitu selamat 10 minit, ramai murid
yang telah menyiapkan ujian pasca lebih awal berbanding masa yang telah diperuntukkan. Situasi semasa
murid sedang menjawab soalan ujian pasca dan menggunakan Kumbang Kura Didi ditunjukkan dalam
Rajah 9 dan Rajah 10 seperti di bawah:
Rajah 9: Murid 2 Menggunakan Inovasi Kumbang Rajah 10: Murid 3 Menggunakan Inovasi Kumbang
Kura Didi Semasa Menjawab Soalan Kura Didi Semasa Menjawab Soalan
7. Menilai keberkesanan dan peluang penambahbaikan.
Penilaian keberkesanan projek ini adalah dinilai berdasarkan keputusan dan markah ujian pasca
yang telah diperoleh murid Tahun 5 Ibnu Qayyim. Jadual 2 menerangkan dapatan keputusan dan markah
ujian pasca yang diperoleh murid Tahun 5 Ibnu Qayyim seperti di bawah:
Jadual 2: Markah Ujian Pasca yang Diperoleh Murid Tahun 5 Ibnu Qayyim
Berdasarkan analisis terhadap keputusan dan markah yang diperoleh murid Tahun 5 Ibnu Qayyim dalam
ujian pasca yang dijalankan, projek inovasi Kumbang Kura Didi ini berupaya meningkatkan penguasaan
dan kemahiran menulis murid berkaitan imbuhan ‘di’ dan kata sendi nama ‘di’ dalam ayat dengan betul.
Seramai 15 orang murid yang berjaya mendapat markah penuh iaitu sebanyak 11/11 berbanding hanya
seorang murid yang mendapat markah penuh dalam ujian pra yang dijalankan. Selain itu, hampir semua
murid menunjukkan peningkatan yang baik dalam keputusan ujian pasca berbanding keputusan dalam
ujian pra yang dijalankan sebelumnya. Hanya tiga orang murid yang gagal mencapai sasaran yang
ditetapkan oleh guru dalam ujian pasca yang dijalankan berbanding 10 orang murid yang gagal mencapai
sasaran awal yang ditetapkan oleh guru semasa menduduki ujian pra.
8. Membuat pengumpulan data dan dokumentasi laporan.
REFLEKSI:
1) KEKUATAN:
Perlaksanaan projek inovasi Kumbang Kura Didi ini sememangnya mempunyai kekuatannya yang
tersendiri yang menjadikannya mempunyai nilai estestika yang tinggi. Antaranya, projek inovasi ini hanya
menggunakan kos yang rendah. Guru hanya perlu menyediakan bahan kertas untuk diwarnakan dan juga
penyepit baju yang bersaiz kecil untuk semua murid di dalam kelas. Kos penyediaan kedua-dua bahan ini
untuk setiap murid hanya menelan kos sebanyak RM 4.40 sahaja. Seterusnya, guru memilih gam kertas
yang berkualiti yang berharga RM 3.00 bagi memastikan proses untuk melekatkan kertas yang telah
diwarnakan oleh murid pada penyepit baju berjalan dengan lancar. Kos keseluruhan menjalankan projek
ini di bilik darjah hanyalah menelan kos sebanyak RM 7.40 sahaja.
Seterusnya, kekuatan lain projek inovasi Kumbang Kura Didi adalah mudah untuk digunakan.
Hanya berkonsepkan sayap kumbang kura yang tertutup atau terbuka mampu untuk menjelaskan kepada
murid tentang cara penulisan imbuhan ‘di’ dan kata sendi nama ‘di’ yang perlu dirapatkan atau dijarakkan.
Contohnya, dalam keadaan sayap kumbang kura-kura yang tertutup murid akan dapat melihat perkataan
‘Di’ dan ‘kk’ yang ditulis secara sebelah menyebelah. Perkara ini dapat mengurangkan kesalahan yang
sering dilakukan oleh murid semasa menulsi berkaitan imbuhan ‘di’ dan kata sendi nama ‘di’ dalam ayat.
2) KELEMAHAN:
Kelemahan yang telah dikenal pasti semasa menjalankan projek inovasi ini di dalam kelas adalah
berkaitan penyediaan lembaran bahan mewarna yang menggunakan kertas A4. Penggunaan kertas A4
dalam projek ini agak kurang sesuai kerana struktur kertas A4 yang mudah koyak dan rosak. Contohnya
apabila murid meletakkan gam yang berlebihan untuk melekatkan kumbang kura-kura ini pada penyepit
baju, ia pasti akan rosak dan terkoyak.
Selain itu, aspek pengurusan masa semasa menjalankan aktiviti ini juga perlu diberi perhatian oleh
guru. Hal ini kerana, apabila guru terpaksa membantu murid setiap seorang untuk melekatkan kumbang
kura-kura pada penyepit baju, proses ini agak memakan masa yang lama. Tambahan pula, bilangan murid
di dalam kelas melebihi 30 orang murid.
.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Berdasarkan kelemahan yang telah dinyatakan, cadangan penambaikkan yang boleh diberikan
terhadap perlaksanaan projek ini pada masa akan datang adalah penggunaan kertas A4 yang lebih keras
atau kertas lukisan. Guru sebelum ini telah menggunakan kertas A4 80gsm. Saya mencadangkan guru
akan datang dapat menggunakan kertas A4 120 gsm yang lebih keras untuk memastikan kualiti ketahanan
projek yang dijalankan bersama murid.
Selain itu, mengenai aspek pengurusan masa disebabkan masalah melekatkan kumbang kura-
kura pada penyepit baju, guru boleh mengarahkan murid supaya membawa gam kertas sendiri setiap
seorang. Makluman berkaitan perkara ini perlu dimaklumkan 3 hari lebih awal daripada tarikh sebenar
supaya murid dapat menyediakan gam kertas yang betul bukan gam air. Arahan yang jelas langkah demi
langkah dapat memastikan projek ini berjalan dengan lancar.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, projek inovasi ’Kumbang Kura Didi’ ini dijalankan untuk meningkatkan tahap penguasaan
murid dalam kemahiran menulis terutamanya dalam aspek penulisan tatabahasa berkaitan imbuhan ’di’
dan kata sendi nama ’di’. Rasional perlaksanaan projek ini di dalam kelas adalah kerana dapatan awal
dalam ujian pra mendapati bahawa murid masih lemah dan sering melakukan kesilapan dalam penulisan
berkaitan imbuhan ’di’ dan kata sendi nama ’di’. Murid telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam
keputusan dan markah ujian pasca yang dijalankan selepas guru menerangkan tentang cara penggunaan
inovasi ’Kumbang Kura Didi’ ini. Selain usaha untuk meminimumkan kesalahan penulisan berkaitan
imbuhan ’di’ dan kata sendi nama ’di’ dalam ayat, perlaksanaan projek inovasi ini di dalam bilik darjah juga
adalah bertujuan untuk menggalakkan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan
projek dalam subjek Bahasa Melayu. Intihanya, perlaksanaan projek ini diharapkan dapat meningkatkan
motivasi dan minat murid untuk belajar Bahasa Melayu dengan mudah seterusnya mendorong peningkatan
keputusan dan pencapaian mereka dalam peperiksaan untuk subjek Bahasa Melayu.