The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 3 (KSSM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azmi Hamdan, 2020-12-12 01:05:18

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 3 (KSSM)

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 3 (KSSM)

menunaikan solat. George gugur syahid selepas Saidatina Khalid berjuang bersungguh-sungguh
sempat menunaikan solat dua rekaat. hasil daripada kecintaannya kepada Islam dan
semangat patriotiknya kepada Negara Islam.
4. Berani Hasilnya, Islam telah dapat berkembang dengan
Sifat berani yang ditunjukkan oleh Saidina pesat. Umat Islam hari ini perlu mencontohi
Khalid menyebabkan Saidina Abu Bakar As- Saidina Khalid bin Al-Walid dengan memiliki
Siddik memilihnya memimpin tentera Islam sifat-sifat mulia seperti berdaya saing,
dalam peperangan Yamamah. Beliau juga mempunyai semangat jihad, dan bersemangat
ditugaskan menghapuskan Musailamatul Kazzab patriotik. Untuk mencapai matlamat tersebut,
yang mendakwa dirinya sebagai nabi. seseorang murid hendaklah menyertai pasukan
beruniform di sekolah di samping bersedia
SUMBANGAN SAIDINA KHALID BIN AL- menganggotai Program Latihan Khidmat Negara.
WALID
PENILAIAN
Sejak memeluk Islam pada tahun 8 hijrah, 1. Nyatakan biodata Saidina Khalid bin Al-
Saidina Khalid tidak henti-henti memimpin
tentera Islam menghadapi musuh-musuh Islam Walid secara ringkas. (4m)
yang ingin menghancurkan Islam. Antara 2. Senaraikan tiga sifat terpuji Saidina Khalid.
sumbangan dan jasa Saidina Khalid ialah:
(6m)
• Menjadi panglima tentera Islam 3. Huraikan tiga jasa Saidina Khalid dalam
menentang tentera Rome dalam
peperangan Yarmuk di Jordan. mengembangkan dakwah Islam. (6m)
4. Apakah yang akan berlaku sekiranya
• Menjadi panglima perang tentera Islam
dalam Fathu Makkah (Pembukaan Kota seseorang itu tidak mempunyai semangat
Mekah). patriotik. (2m)
5. Bagaimanakah kamu dapat mencontohi
• Memimpin tentera Islam memerangi Saidina Khalid bin Al-Walid dalam
orang murtad dalam peperangan kehidupan? (4m)
Yamamah di Yaman.
SIRAH : KEPIMPINAN
• Berjaya menggunakan strategi yang
berkesan menewaskan tentera musuh RASULULLAH DI MADINAH
yang berjumlah 200 000 orang dalam
peperangan Mu’tah di Jordan, walaupun UNIT 1 : PIAGAM MADINAH
ketika itu tentera Islam hanya
berjumlah 3000 orang sahaja. (PMR 2006)

Umat Islam sewajarnya mengambil iktibar MAKSUD PIAGAM MADINAH
daripada semangat juang, jihad dan patriotik
Saidina Khalid bin Al- Walid dengan berusaha • Perlembagaan yang ditulis dan
bersungguh-sungguh memartabatkan Islam dipersetujui bersama oleh semua
dengan menggunakan ilmu, masa dan tenaga golongan yang terdiri daripada orang
untuk Islam. Islam dan Yahudi yang menjadi
warganegara Madinah di bawah
GALERI ILMU pimpinan Rasulullah.
Maksud ayat 111 surah at-Taubah:
Sesungguhnya Allah telah membeli daripada • Juga disebut sebagai Sahifah Al-
orang mukmin diri dan harta mereka dengan Madinah yang diiktiraf sebagai
memberikan syurga untuk mereka. perlembagaan bertulis pertama di dunia.

IKTIBAR • Rasulullah menjadikan sahifah / piagam
Murid-murid hendaklah mencontohi sifat-sifat ini sebagai asas pembentukan sebuah
mulia Saidina Khalid bin Al-Walid seperti: Negara Islam.

1. Bersemangat patriotik. PERISTIWA SEBELUM PENGGUBALAN
2. Sedia berjihad demi Islam. PIAGAM MADINAH
3. Berwawasan dan cemerlang.
1. Perjanjian Aqabah Pertama
TAMADUN Apabila berita penyebaran Islam sampai

ke Yathrib (Madinah), 12 orang delegasi dari
Yathrib mengambil kesempatan untuk menemui

51

Rasulullah pada musim haji. Dalam pertemuan 4. Orang Islam dan Yahudi mempunyai

itu, mereka berjanji (berbai’ah) dengan tanggungjawab terhadap keselamatan

Rasulullah. Mereka berjanji untuk penduduk Madinah dan

meninggalkan perkara syirik, mencuri, berzina, bertanggungjawab mempertahankan

membunuh anak, dan tidak melakukan penipuan negara daripada serangan musuh luar.

serta akan mentaati perintah Rasulullah s.a.w. 5. Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan

cara mereka sendiri dalam suasana

2. Penerimaan Masyarakat Yathrib Terhadap menghormati orang Islam. Namun
Agama Islam
begitu, mereka tidak dibenarkan
Rasulullah mengutus Mus’ab bin
Umair untuk mengajar al-Quran di Yathrib. Mus melindungi harta dan jiwa musyrikin
‘ab membaca al-Quran kepada penduduk Yathrib
dan memberi penerangan yang jelas mengenai Quraisy.
ajaran Islam dengan penuh amanah dan hikmah.
Penduduk Arab Madinah yang terdiri daripada 6. Setiap individu dan kelompok
kabilah Aus dan Khazraj menerima dakwah yang
disampaikan oleh Mus’ab dengan baik. bertanggungjawab menjaga

Faktor lain yang mendorong mereka keselamatan dan mengekalkan
menerima dakwah tersebut adalah kerana
keperluan mereka kepada seorang pemimpin perpaduan di Madinah.
yang dapat menyatupadukan kedua-dua kabilah
itu yang telah bersengketa selama 200 tahun. 7. Setiap individu tidak boleh menyakiti,
Akhirnya majoriti penduduk Arab Yathrib
memeluk Islam. menzalimi dan memusuhi individu atau

kaum lain. Mereka hendaklah saling

tolong menolong untuk pembangunan,

ekonomi, dan keselamatan masyarakat.

8. Setiap kelompok hendaklah merujuk

kepada Rasulullah sebagai ketua Negara

apabila berlaku perselisihan atau

perbalahan

3. Perjanjian Aqabah Kedua 9. Mana-mana pihak dilarang mengadakan
Pada tahun berikutnya, Mus’ab
hubungan dengan pihak luar
membawa 73 orang lelaki dan 2 orang wanita
Madinah. Mereka memberi baiah untuk terutamanya dengan musyrikin Mekah
memelihara dan mempertahankan Rasulullah
s.a.w, berikrar taat setia pada masa senang dan dan sekutu mereka.
susah, genting dan tenang, tidak akan berpecah,
dan bercakap benar di mana sahaja. 10. Piagam ini mempunyai kuasa

melindungi semua pihak yang

mempersetujuinya dan mempunyai hak

mengambil tindakan terhadap sesiapa

yang melanggarnya.

GALERI ILMU ENAM ASAS PIAGAM MADINAH
Masyarakat majmuk Madinah terdiri daripada:
1. Wahyu sebagai sumber
• Orang Islam (Muhajirin dan Ansar)
• Orang musyrikin Arab perundangan Negara.
• Orang Yahudi; kabilah yang termasyhur
2. Nabi Muhammad sebagai Ketua
ialah
☻ Bani Qainuqa’ Negara.
☻ Bani Nadhir
☻ Bani Quraizah 3. Kebebasan beragama.

4. Menjaga hubungan yang baik

sesama anggota.

5. Menegak keadilan.

6. Memberi perlindungan kepada

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH bukan Islam.
1. Mengakui muhajirin dan ansar sebagai
satu umat yang bertanggungjawab KESAN PIAGAM MADINAH
terhadap Allah, Rasul dan umat Islam.
• POLITIK (PMR 2006)
2. Mengakui kewujudan orang yahudi
1. Terbentuk Negara Islam pertama di
dalam kelompok masing-masing dan dunia.
orang musyrikin di Madinah.
3. Setiap kaum mempunyai kebebasan 2. Orang bukan Islam mengakui menjadi
beragama dan mengamalkan cara hidup
masing-masing dalam suasana hidup warga negara sebuah negara Islam yang
bersama. membawa kepada kestabilan politik.

52

3. Semangat patriotik mempertahankan KEPENTINGAN PERATURAN DALAM
negara menyebabkan pertahanan
negara lebih kukuh. KEHIDUPAN

Tujuan peraturan dikuatkuasakan adalah untuk:

1. Memastikan wawasan kerajaan tercapai.

• PENTADBIRAN 2. Menyusun kehidupan social seperti

1. Rasulullah diiktiraf sebagai Ketua penempatan penduduk dan

Negara Islam pertama di dunia. perancangan bandar supaya wujud

2. Penempatan masyarakat yang tersusun kesejahteraan.

memudahkan perhubungan mereka 3. Melaksanakan setiap perancangan

dengan Rasulullah s.a.w. ekonomi.

3. Rasulullah memberi tumpuan 4. Menjamin pembahagian kekayaan

mewujudkan hubungan dengan negara dengan saksama dan adil.

luar. 5. Menjalankan program pendidikan yang

berkesan.

• SOSIAL PENILAIAN
1. Perpaduan kaum dapat diwujudkan di
1. Nyatakan pengertian Piagam Madinah.
Madinah Munawwarah di bawah satu
pakatan. (2m)
2. Jelaskan latar belakang sebelum
2. Wujud kesatuan umat dan
penggubalan Piagam Madinah. (6m)
menghapuskan semangat kesukuan
jahiliah. 3. Terangkan lima isi kandungan Piagam

3. Kemakmuran negara dapat dirasai Madinah. (5m)
4. Huraikan kesan Piagam Madinah
bersama dalam suasana harmoni.
terhadap perkembangan Islam dan
• EKONOMI umatnya. (6m)
1. Perdagangan berjalan dengan lebih
5. Apakan pandangan anda sekiranya
pesat kesan daripada hubungan kaum
yang lebih baik. rakyat tidak mematuhi undang-undang
2. Kemenangan dalam peperangan yang dikuatkuasakan dalam sesebuah
menambahkan harta rampasan perang negara? (4m)
dan harta baitul mal bertambah
meningkat. UNIT 2:
3. Bidang ternakan, pertanian, dan PERJANJIAN HUDAIBIAH
perusahaan semakin meningkat.
(PMR 2005)
HIKMAH DI SEBALIK PEMBENTUKAN
PIAGAM MADINAH MAKSUD PERJANJIAN HUDAIBIAH

1. Wujud peruntukan yang melindungi ۞ Perjanjian Hudaibiah ialah perjanjian damai
hak-hak individu. yang membawa kepada gencatan senjata antara
Rasulullah dengan musyrikin Quraisy.
2. Pelaksanaan syariat Islam secara ۞ Peristiwa bersejarah ini berlaku pada bulan
menyeluruh. Zulkaedah tahun ke-6 Hijrah di sebuah tempat
bernama Hudaibiah yang terletak berdekatan
3. Bukti Islam satu cara hidup yang Kota Mekah.
lengkap. ۞ Perjanjian ini dinamakan Perjanjian Hudaibiah
sempena nama tempat perjanjian tersebut
4. Dakwah Islam berkembang pesat. dimeterai.
5. Keamanan dan keharmonian terjamin. ۞ Setelah termeterainya perjanjian ini, Rasulullah
s.a.w dan umat Islam telah mencapai
GALERI ILMU kemenangan besar seperti yang dijanjikan oleh
Islam adalah agama perpaduan. Ini dibuktikan Allah s.w.t. (Surah Al-Fath, ayat 27) yang
dengan perpaduan yang berlaku dalam kalangan bermaksud:
kabilah Aus dan Khazraj yang bersengketa dan
berperang selama 200 tahun akibat diapi-apikan
oleh orang Yahudi, akhirnya bersatu dan
berkasih sayang atas nama Islam.

53

“Sesungguhnya Allah telah membuktikan kepada bagi menuntut bela kematian Saidina
RasulNya mengenai kebenaran mimpinya, iaitu Usman dengan berikrar akan berperang
kamu pasti akan dapat memasuki Masjidil sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Haram, jika dikehendaki Allah dalam keadaan Ikrar ini dinamakan ‘Bai’ah Ar-
aman, dengan mencukur rambut kepala dan Ridwan’ atau ‘Bai’ah As-Syajarah’
mengguntingnya, sedang kamu tidak berasa kerana telah berlangsung di bawah
takut, maka Allah mengetahui apa-apa yang sepohon pokok. Sebenarnya Saidina
kamu tidak ketahui, lalu diberikannya sebelum itu Usman tidak dibunuh dan beliau telah
kemenangan yang dekat.” dibebaskan.

Dalam ayat di atas, Allah telah menamakan 10. Pihak Quraisy menghantar pula Suhail
Perjanjian Hudaibiah sebagai kemenangan yang
dekat kerana perjanjian ini merupakan anak binAmru untuk berunding dengan
kunci kepada kejayaan yang lebih besar iaitu Rasulullah.
PEMBUKAAN KOTA MEKAH. 11. Perjanjian damai Hudaibiah dimeterai
antara Rasulullah dengan musyrikin
PERISTIWA PERJANJIAN HUDAIBIAH Quraisy yang diwakili oleh Suhail bin
Amru.

Sila iikuti kronologi (urutan peristiwa) yang PERSIAPAN RASULULLAH
MENGERJAKAN UMRAH
berikut:

1. Rasulullah bermimpi menziarahi Bagi menjayakan misi ziarah ke Mekah,

Kaabah bersama-sama para sahabat. Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat telah

2. Rasulullah berangkat ke Kota Mekah melakukan pelbagai persiapan. Antaranya ialah:

bersama-sama para sahabat dianggarkan 1. Memakai pakaian ihram di Zulhulaifah.

1400 orang. 2. Membawa binatang ternakan.

3. Apabila kaum kafir Quraisy 3. Melantik pengawal keselamatan yang

mengetahui berita ini, mereka telah terdiri daripada penunggang kuda.

mengumpulkan tentera untuk 4. Berusaha mengelak peperangan dengan

memerangi dan menghalang rombongan memilih penyelesaian secara

Rasulullah s.a.w. diplomasi.

4. Rasulullah s.a.w. tetap meneruskan 5. Rasulullah sentiasa bermesyuarat

perjalanan sehingga sampai ke dengan para sahabat dalam membuat

Hudaibiah. sesuatu keputusan ketika dalam

5. Rasulullah s.a.w. telah dikunjungi perjalanan.

Budail bin Warqa Al-Khuza’i. 6. Umat Islam sentiasa bertalbiah di

Baginda memaklumkan tujuan sepanjang perjalanan.

kedatangan umat Islam hanyalah untuk 7. Mengelak laluan utama dengan

menunaikan umrah, bukannya mengambil laluan yang berliku-liku di

berperang. celah-celah bukit.

6. Budail bertolak ke Kota Mekah dan 8. Melantik Bisr bin Sufyan daripada

menyampaikan maklumat kepada kaum kabilah Khuzaah sebagai perisik untuk

musyrikin. meninjau reaksi musyrikin Quraisy

7. Musyrikin Quraisy memilih Urwah bin terhadap kedatangan rombongan

Mas’ud sebagai wakil mereka untuk Rasulullah s.a.w.

berunding dengan Rasulullah s.a.w.

Apabila pulang, beliau telah SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA
PERJANJIAN HUDAIBIAH
menasihatkan kaum Quraisy agar

menerima perdamaian yang ditawarkan.

8. Rasulullah juga telah mengutuskan 1. Keputusan Rasulullah s.a.w. untuk

Saidina Usman bin Affan untuk mengerjakan umrah bersama-sama para
sahabat.
berunding dengan pihak Quraisy, tetapi
2. Ketaatan dan kepatuhan para sahabat
beliau telah ditahan selama tiga hari
kepada kepimpinan Rasulullah s.a.w.
sehingga tersebar berita kematiannya.

9. Rasulullah s.a.w. telah mengumpulkan

para sahabat dan mengadakan Bai’ah

54

3. Kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. Madinah yang datang ke Mekah tidak
akan dipulangkan semula kepada pihak
mengatur strategi menghadapi kaum Islam Madinah.
musyrikin Quraisy.
HIKMAH PERJANJIAN HUDAIBIAH
4. Sikap toleransi Rasulullah dan para
1. Terhindar daripada pertumpahan darah
sahabat. antara orang Islam dengan musyrikin
Quraisy.
5. Sikap umat Islam yang cinta akan
2. Perjanjian ini ialah faktor utama
keamanan dan berusaha mengelakkan pembukaan Kota Mekah.
peperangan.
3. Orang Islam dan musyrikin Quraisy
Berdasarkan sebab-sebab tersebut, terserlah bebas berinteraksi antara satu sama lain.
kepada kita sikap sabar dan tabah Rasulullah dan
para sahabat yang bersusah payah demi 4. Orang Islam bebas menyebarkan
perjuangan agama Islam. Kita hendaklah dakwah Islamiah.
mencontohi mereka terutamanya ketika
menuntut ilmu. Di samping itu kita perlu 5. Ramai kaum Quraisy telah memeluk
bersikap rasional, tidak mengikut emosi secara Islam secara terang-terangan.
melulu dan bijak membuat keputusan seperti
yang ditonjolkan oleh Rasulullah s.a.w. TINDAKAN SUSULAN SELEPAS
Walaupun baginda amat rindu akan Baitullah, PERJANJIAN HUDAIBIAH
namun sebagai menghormati perjanjian yang
dimeterai, baginda telah menangguhkan 1. Menghantar utusan ke negara-negara
hasratnya menziarahi Baitullah kepada tahun asing bagi tujuan menyeru raja-rajanya
berikutnya. memeluk Islam.

ISI KANDUNGAN PERJANJIAN 2. Menghantar utusan kepada kabilah-
HUDAIBIAH (PMR 2005) kabilah sekitar Madinah yang
dinamakan Sariyyah pada tahun ke-7
1. Gencatan senjata selama 10 tahun. Hijrah.
Kedua-dua pihak tidak boleh mencuri,
menceroboh, mengkhianati dan 3. Memantapkan kedudukan Negara Islam
mungkir janji.
Madinah dan bersedia kembali semula
2. Orang Islam tidak dibenarkan ke Kota Mekah apabila mendapat
peluang.

mengerjakan umrah pada tahun GALERI ILMU
♥ Selepas Perjanjian Hudaibiah Rasulullah
tersebut. Mereka dibenarkan s.a.w. telah mengirim surat kepada beberapa
Negara dan Ketua Negara bagi menyeru mereka
mengerjakan umrah pada tahun menerima Islam, antaranya:
☺ Najasyi – Raja Habsyah.
berikutnya dan boleh membawa pedang ☺ Herculis – Raja Rome
☺ Kisra – Raja Parsi
yang tersarung serta berada di Mekah ♥ Rasulullah telah menulis surat dan membuat
mohor khas iaitu sebentuk cincin perak berukir
tidak melebihi 3 hari. “MUHAMMAD RASULULLAH”
♥ Baginda menghantar 6 orang utusan yang
3. Kedua-dua pihak dibenarkan membuat boleh bertutur dalam bahasa negeri-negeri yang
perjanjian dengan pihak lain yang dikunjunginya.
disukainya. Mana-mana kabilah boleh
memilih sama ada hendak mengikat TAMADUN
perjanjian dengan musyrikin Quraisy
atau umat Islam. Contohnya kabilah Dalam peristiwa Hudaibiah, peperangan antara
Bani Khuzaah telah memilih untuk
mengikat perjanjian dengan umat Islam,
manaakala Bani Bakr mengikat
perjanjian dengan musyrikin Quraisy.

4. Orang Mekah yang datang ke Madinah umat Islam dan musyrikin Quraisy dapat
tanpa kebenaran wali mereka walaupun
telah memeluk Islam, hendaklah dielakkan kerana Rasulullah dan para sahabat
dihantar semula kepada pihak
musyrikin Mekah. Sebaliknya orang mengamalkan syura, mengutamakan

penyelesaian secara diplomasi, dan mematuhi

perjanjian. Oleh itu, umat Islam hendaklah

55

menghayati dan mengamalkan syura, 1. Pembukaan Kota Mekah berlaku pada
mementingkan diplomasi serta mematuhi etika bulan Ramadan tahun ke-8 Hijrah .
perjanjian dalam kehidupan seharian. Hanya
dengan cara ini sahaja umat Islam akan 2. Rasulullah menyusun strategi secara
dihormati dan mampu menghadapi cabaran dunia sulit bertujuan mengelakkan daripada
globalisasi. berlaku pertumpahan darah.

PENILAIAN 3. Oleh itu, peristiwa ini dinamakan
‘Fathu Makkah’ yang bermaksud
1. Nyatakan tiga sebab dimeterai Pembukaan Kota Mekah..

Perjanjian Hudaibiah. (6m) Baginda bersabda pada hari yang bersejarah itu:
“ Hari ini hari belas kasihan (rahmah), hari ini
2. Nyatakan maksud ‘Bai’ah Ar-Ridwan’. Allah akan memuliakan Kaabah.”

(2m) STRATEGI RASULULLAH SEMASA
PEMBUKAAN KOTA MEKAH
3. Terangkan tiga isi kandungan
1. Mengemukakan 3 tuntutan terhadap
Perjanjian Hudaibiah. (6m) musyrikin Quraisy.
Baginda telah mengutus utusan Madinah
4. Senaraikan dua kesan Perjanjian mengemukakan tiga pilihan kepada musyrikin
Quraisy, iaitu:
Hudaibiah kepada umat Islam. (4m)
• Membayar diat (pampasan atau ganti
5. Nyatakan tiga tindakan susulan yang
rugi) kepada waris Bani Khuzaah yang
dilakukan oleh Rasulullah selepas terbunuh.
Perjanjian Hudaibiah dimeterai. (6m)
• Mengutuk perbuatan Bani Bakr
۩PEMBUKAAN KOTA membunuh orang Bani Khuzaah.
MEKAH ۩
• Berperang dengan tentera Islam.
LATAR BELAKANG PEMBUKAAN KOTA
MEKAH 2. Mendirikan khemah
Antara isi Perjanjian Hudaibiah ialah kabilah
Arab bebas memberi kesetiaan sama ada kepada Setelah menerima keputusan musyrikin Quraisy
Negara Islam di bawah pimpinan Rasulullah atau
musyrikin Quraisy di Mekah. Bani Bakr yang memilih berperang, Rasulullah mengarahkan 10
memberi kesetiaan kepada musyrikin Quraisy
telah memohon bantuan mereka untuk 000 tentera Islam bersiap sedia dan berangkat ke
memerangi Bani Khuzaah yang memberi
kesetiaan kepada Rasulullah di Madinah. Pada Mekah. Dalam perjalanan, Rasulullah
suatu malam, Bani Bakr dengan bantuan
musyrikin Quraisy telah menyerang mengarahkan tentera Islam berhenti di Murru Az
perkampungan Bani Khuzaah dan membunuh 20
orang penduduk Khuzaah. Apabila berita Zahran dan mendirikan khemah bagi tujuan
peristiwa berdarah itu diketahui oleh Rasulullah,
baginda amat marah atas pembunuhan dan bermalam di situ.
pencabulan perjanjian yang dilakukan oleh kafir
Quraisy tersebut. Rasulullah mengambil 3. Menyalakan Unggun Api
keputusan untuk menyusun strategi bagi Pada waktu malam, Rasulullah memerintahkan
menghadapi serangan musyrikin Mekah. tentera Islam menyalakan unggun api yang besar
di khemah masing-masing. Perkara ini
PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH dilakukan sebagai strategi perang saraf untuk
menimbulkan rasa gerun pihak musuh yang
berada di Mekah. Abu Sufian bin Harb keluar
untuk meninjau tentera Islam setelah melihat
kehebatan mereka dari jauh. Di pertengahan
jalan beliau berjumpa dengan Al-Abbas yang
baru memeluk Islam. Al-Abbas membawa Abu
Sufian bertemu Rasulullah. Abu Sufian dengan
rela hati memeluk Islam di hadapan Rasulullah
s.a.w.

4. Tawaran Keselamatan
Pada pagi Hari Jumaat, 10 haribulan Ramadan
tahun 8 hijrah, Rasulullah memasuki Kota

56

Mekah dengan penuh rasa tawaduk. Baginda 5. Memberi pengampunan kepada musuh
menundukkan kepala sebagai menyatakan rasa
syukur atas kemenangan yang dikurniakan oleh Rasulullah telah mengisytiharkan pengampunan
Allah.
beramai-ramai kepada musyrikin Mekah yang
Sebagai satu penghormatan kepada Abu
Sufian -pemimpin Quraisy yang baru memeluk pernah memusuhi baginda. Rasulullah
Islam, Rasulullah mengisytiharkan kepada
penduduk Mekah bahawa “Sesiapa yang menyatakan:
memasuki rumah Abu Sufian akan selamat,
sesiapa yang memasuki Masjidil Haram akan “ Apakah yang kamu sangka aku lakukan
selamat, dan sesiapa yang memasuki rumahnya
sendiri akan selamat”. Pengisytiharan tersebut terhadap kamu?” Mereka menjawab:”Kami
menggemparkan orang Quraisy dan
menyebabkan mereka semakin hilang semangat bersangka baik terhadap tuan. Tuan orang mulia
untuk menentang Rasulullah s.a.w.
dan putera orang mulia.” Lalu Rasulullah

bersabda: “Pergilah tuan-tuan pulang, saya

bebaskan tuan-tuan semua.”

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN
PEMBUKAAN KOTA MEKAH

TINDAKAN RASULULLAH SELEPAS ‫ ۝‬Strategi Rasulullah.
PEMBUKAAN KOTA MEKAH Rasulullah mengatur strategi dengan bijak dan

1. Memusnahkan berhala di sekeliling Kaabah cekap sehingga melumpuhkan kekuatan kaum
Sebaik sahaja memasuki Kota Mekah,
Rasulullah menuju ke Kaabah dan memusnahkan Quraisy.
360 buah berhala yang terdapat di sekitar
Kaabah. Rasulullah menolak berhala dengan ‫ ۝‬Semangat jihad umat Islam.
tongkat sehingga terjatuh dan hancur. Setelah itu Semangat jihad umat Islam yang tinggi untuk
Rasulullah mengarahkan beberapa orang sahabat membebaskan Kota Mekah daripada kekuasaan
meneruskan pemusnahan tersebut.
musyrikin.

2. Solat sunat di Makam Ibrahim. ‫ ۝‬Penduduk Mekah tertarik dengan Islam.
Setelah Rasulullah melakukan tawaf di Kaabah, Setelah melihat kekuatan dan perpaduan umat
baginda menunaikan solat sunat sebanyak 8
rekaat di makam Ibrahim. Islam Madinah al-Munawwarah, ramai kerabat

mereka di Mekah yang memeluk Islam.

3. Laungan azan Bilal bin Rabah ‫ ۝‬Perpaduan umat Islam.
Rasulullah mengarahkan Bilal bin Rabah supaya Persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan
melaungkan azan di atas bumbung kaabah. umat Islam yang kukuh menjadikan mereka
Laungan azan tersebut adalah azan pertama di
bumi Mekah. Penduduk Mekah keluar beramai- dapat menjalankan strategi Rasulullah dengan
ramai menuju ke kaabah dan mendengar ucapan baik.
Rasulullah s.a.w.
‫ ۝‬Pembesar Quraisy memeluk Islam.
4. Memberi ucapan pertama kepada Ramai pembesar dan panglima Quraisy memeluk
Islam yang menyebabkan kekuatan musyrikin
penduduk Mekah.
Quraisy semakin lemah. Antara mereka ialah
Abu Sufian, Al-Abbas, Khalid bin Al-Walid dan

amru bin Al-“As.

Semasa Rasulullah memegang jenang pintu

kaabah, baginda menyampaikan ucapan pertama ‫ ۝‬Tentera musyrikin bertambah lemah.
Ramai pembesar dan panglima tentera Quraisy
kepada penduduk Mekah. Antara isi ucapan
terkorban dalam peperangan dengan umat Islam.
tersebut ialah: Antara mereaka ialah Abu Jahal dan Utbah bin

Maksudnya:” Wahai orang Quraisy, Rabi’ah yang terbunuh dalam peperangan Badar.

sesungguhnya Allah mencabut dari kamu

kesombongan jahiliah dan sikap mengagung-

agungkan keturunan. Semua orang berasal dari

Adam, dan Adam berasal daripada tanah.” KESAN PEMBUKAAN KOTA MEKAH

Setelah itu Rasulullah membaca ayat 13 surah al- 1. Tanah haram Mekah menjadi kawasan
larangan kepada orang bukan Islam.
Hujurat yang penghujungnya bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam

kalangan kamu ialah orang yang bertakwa.”

57

2. Dakwah Islam berkembang pesat

sehingga tersebar luar di luar
Semenanjung Tanah Arab.
3. Masyarakat Mekah hidup aman damai
dan bekerjasama.
4. Penduduk Mekah memeluk Islam
beramai-ramai.

GALERI ILMU ADAB DAN
Panglima tentera Islam yang membantu AKHLAK
Rasulullah semasa pembukaan Kota Mekah ISLAMIAH
ialah:
☺ Saidina Ali bin Abu Talib. UNIT 1: ADAB MENERIMA
☺ Saidina Saad bin Ubadah DAN MELAYAN TETAMU
☺ Saidina Az-Zubair bin Al-Awwam
☺ Saidina Khalid bin Al-Walid MAKSUD TETAMU
Tetamu ialah orang yang berkunjung atau
TAMADUN menziarahi orang lain sama ada dijemput atau
Kemenangan dan kejayaan umat Islam bukan tidak dijemput.
hanya terletak kepada kekuatan fizikal.
Perancangan strategi untuk tujuan mencapai visi
dan misi, ketaatan dan kesediaan berkorban demi
kepentingan umat dan Negara Islam serta
perpaduan menjadi faktor pendorong kepada
kemajuan sesebuah negara maju yang berdaya
saing.

PENILAIAN KONSEP MELAYAN TETAMU
Menerima dan melayan tetamu merupakan sikap
1. Jelaskan peristiwa yang mencetuskan dan amalan yang amat digalakkan dalam Islam.
Kemuliaan dan keimanan seseorang dapat dilihat
Pembukaan Kota Mekah. (4m) melalui cara menerima dan melayan tetamu.

2. Nyatakan tiga strategi Rasulullah untuk

memasuki Kota Mekah. (6m) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

3. Terangkan tiga langkah yang dilakukan “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari

oleh Rasulullah s.a.w. selepas akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan

pembukaan Kota Mekah. (6m memberi layanan kepadanya.” Sahabat

4. Jelaskan tiga faktor kejayaan Rasulullah bertanya: “Apakah layanan itu wahai

s.a.w. membuka Kota Mekah. (6m) Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Layanan

5. Terangkan dua kesan positif istimewa selama sehari semalam, dan tempoh

Pembukaan Kota Mekah terhadap layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa 3

perkembangan Islam. (4m) hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu

dikira sebagai satu sedekah.”

ADAB TERHADAP TETAMU
☺ Memberikan layanan yang baik.

Menyambut tetamu di muka pintu atau
halaman rumah

Menjawab salam dan berjabat tangan
Mempersilakan tetamu masuk ke dalam

rumah dengan mesra

• Menyediakan tempat duduk yang selesa
dan bersih

58

☺ Bersifat ikhlas dan berlapang dada. 1. Mendapat ganjaran pahala dan
• Berlapang dada dan gembira dengan keampunan Allah.
kedatangan mereka.
• Tidak merasa kedatangan mereka 2. Murah rezeki, mendapat rahmat dan
mengganggu aktiviti harian atau
kehidupan kita. berkat daripada Allah.
3. Bertambah kasih sayang antara tetamu
☺ Menunjukkan muka yang manis.
• Sentiasa tersenyum melayan tetamu dengan tuan rumah yang dikunjungi.
4. Mengeratkan silaturrahim dan
• Berbual bersama mereka dan
memupuk perpaduan.
bertanyakan khabar berita diri dan 5. Membantu perkembangan institusi
keluarga mereka.
• Menjaga tutur kata supaya tidak pelancongan.
menyinggung perasaan mereka. 6. Menarik perhatian orang bukan Islam

☺ Menyediakan jamuan mengikut kemampuan. terhadap Islam.
• Menyediakan makanan yang terbaik
mengikut kemampuan IMPLIKASI TIDAK BERADAB DENGAN
• Menjemput tetamu makan dan makan TETAMU
bersama tetamu.
1. Tetamu berasa dirinya dihina dan tidak
• Menghulurkan makanan kepada tetamu. dihormati.

• Jangan mengemas hidangan sebelum 2. Menimbulkan pergaduhan dan
tetamu selesai makan. perpecahan.

☺ Menyediakan kemudahan yang baik kepada 3. Menghilangkan rasa kasih sayang
ahli keluarga tetamu dalam kalangan anggota masyarakat.

• Memberikan layanan yang baik kepada 4. Menjauhkan orang bukan Islam
keluarga tetamu. daripada mendekati dan memahami
Islam.
• Menunjukkankan tandas dan bilik air
yang bersih apabila diperlukan. 5. Menjadikan industri pelancongan tidak
mendapat sambutan.
• Menyediakan bilik yang selesa
6. Menjatuhkan imej diri, masyarakat, dan
sekiranya tetamu ingin bermalam. negara.

LAMAN NURANI ADAB SEBAGAI TETAMU
Pesanan Rasulullah s.a.w.
♥ Makanlah bersama-sama tetamu kerana 1. Berkunjunglah mengikut masa yang
tetamu malu makan bersendirian.
♥ Iringilah tetamu pulang hingga ke pintu. sesuai. Elakkan daripada berkunjung

BATAS-BATAS PERGAULAN BERSAMA- pada waktu makan atau ketika tuan
SAMA TETAMU
rumah sedang berehat.
1. Memakai pakaian yang bersih, kemas,
dan menutup aurat. 2. Berilah salam terlebih dahulu sebelum

2. Menjaga suasana rumah supaya tidak masuk ke rumah.
mengganggu ketenteraman tetamu.
3. Masuk ke dalam rumah setelah
3. Elakkan daripada melakukan sesuatu
yang menjatuhkan maruah tetamu dijemput dan duduk di tempat yang
seperti melunjurkan kaki ke arahnya.
disediakan dengan sopan.
4. Memaklumkan kepada tetamu
sekiranya ingin meninggalkan rumah 4. Elakkan daripada memandang liar ke
kerana ada tugas luar.
arah peralatan di dalam rumah.
KELEBIHAN MELAYAN TETAMU
5. Makan makanan yang disediakan

dengan sopan apabila dijemput.

6. Ucapkan terima kasih terhadap layanan

yang diberikan.

7. Ucapkan salam sebelum pulang.

8. Sekiranya ingin bermalam, jangan

melebihi 3 hari kerana akan

menyusahkan tuan rumah.

9. Jangan membawa orang lain bersama

sebelum mendapat kebenaran tuan

rumah.

TAMADUN

59

Sekiranya memberi layanan baik dan mesra makanan lebih baik daripada orang
terhadap tetamu menjadi budaya dalam yang meminta-minta belas kasihan
kehidupan umat Islam hari ini, sektor orang lain tanpa berusaha.
pelancongan akan menjadi lebih pesat.
Pelancong-pelancong luar akan berasa selesa dan ADAB KETIKA MENJALANKAN TUGAS
aman berada di Negara yang rakyatnya (PMR 2007)
mempunyai budi yang luhur dan hati yang jujur.
1. Memulakan setiap pekerjaan dan
PENGHAYATAN
1. Menyambut dan melayan tetamu aktiviti dengan membaca basmalah.
dengan mesra dan ikhlas. 2. Menyelesaikan tugas pada masa dan
2. Sentiasa prihatin terhadap kebersihan
rumah dan ruang tamu. tarikh yang telah ditetapkan.
3. Menjaga sopan santun ketika
berkunjung ke rumah orang lain. 3. Sentiasa berpakaian menutup aurat,

PENILAIAN kemas, bersih, dan sesuai dengan
1. Nyatakan hukum menyambut dan pekerjaan yang dilakukan.
melayan tetamu. (2m) 4. Mengamalkan sikap toleransi dan
2. Jelaskan empat adab melayan tetamu bekerjasama.
yang ditetapkan oleh Islam. (4m) 5. Mematuhi arahan ketua.
3. Terangkan tiga kesan baik melayan
tetamu. (6m) SIKAP NEGATIF KETIKA BERTUGAS
4. Terangkan tiga adab yang sepatutnya
dijaga ketika bertamu. (6m) 1. Menyiapkan tugas tidak mengikut masa
5. Huraikan tiga implikasi tidak melayan
tetamu mengikut adab Islam. (6m) yang telah ditetapkan.

UNIT 2: ADAB 2. Mementingkan diri sendiri dan tidak
MENJALANKAN TUGAS
bertimbang rasa.
(PMR 2007)
3. Tidak bekerjasama dengan rakan
KONSEP BEKERJA DALAM ISLAM
Bekerja ialah tuntutan dan tanggungjawab setugas.
manusia di muka bumi. Setiap orang wajib
melaksanakan tugas mengikut keupayaan dan 4. Malas berusaha dan mencuri tulang.
kepakaran yang dianugerahkan oleh Allah.
5. Bekerja hanya untuk mendapat pujian
TUJUAN BEKERJA
• Menunaikan tanggungjawab dan dan sanjungan.
amanah yang diberikan.
• Mencari rezeki yang halal untuk 6. Lebih mementingkan keuntungan
menyara keluarga.
• Dapat hidup dengan selesa. daripada kepentingan orang ramai.
• Meningkatkan hasil pendapatan negara.
7. Hasad dengki terhadap kejayaan orang
GALERI ILMU 1
Tahukah anda bahawa: lain.

• Peniaga yang jujur akan bersama 8. Tidak menghargai usaha orang lain.
dengan para nabi pada hari akhirat.
9. Tidak mementingkan kualiti
• Orang yang memungut tin kosong dan
menjualnya untuk mendapat sesuap perkhidmatan.

10. Membocorkan rahsia majikan.

CIRI PETUGAS YANG BAIK
1. Menganggap pekerjaan itu sebagai
suatu ibadat.
2. Melaksanakan kerja dengan tekun dan
bersungguh-sungguh.
3. Bertanggungjawab, jujur, dan amanah
ketika bekerja.
4. Istiqamah dalam pekerjaan.
5. Tidak meninggalkan ibadat wajib.

KELEBIHAN MENGAMALKAN ADAB-
ADAB BERTUGAS

1. Kerja dan tugas yang dilakukan
mendapat keberkatan.

2. Pendapatan yang diperolehi menjadi
rezeki yang halal.

3. Hasil kerja yang dilakukan mendapat
faedah yang berpanjangan.

60

4. Hubungan silaturrahim antara rakan 3. Terangkan lima sikap negatif yang perlu
setugas menjadi lebih rapat. dielakkan semasa bertugas. (5m)

AKIBAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB 4. Terangkan tiga kelebihan beramal
KETIKA BERTUGAS (PMR 2007) dengan adab-adab bertugas. (6m)

1. Kerja yang diamanahkan tidak 5. Jelaskan tiga akibat tidak
dilaksanakan dengan sempurna. bertanggungjawab ketika bertugas.
(6m)
2. Tidak dapat mencapai matlamat sesuatu
program. UNIT 3: ADAB BERCAKAP
DALAM MAJLIS
3. Hasil pengeluaran tidak berkualiti.
4. Hilang kepercayaan orang lain terhadap MAKSUD MAJLIS
1. Dari segi bahasa: Tempat berhimpun
organisasi. 2. Dari segi istilah syarak: Sebarang pertemuan
5. Menghalang kemajuan sesebuah negara. atau perjumpaan yang dihadiri ramai orang
kerana sesuatu tujuan tertentu.
GALERI ILMU 2
Imam Hassan Al-Basri ditanya tentang rahsia JENIS-JENIS MAJLIS:
zuhudnya, lalu beliau menjawab. 1. Majis As-Soleh (Majlis yang baik)
Ciri-cirinya:
• Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan
diambil oleh orang lain maka hatiku • Majlis yang mengingatkan pesertanya
menjadi tenang. kepada Allah dan menepati kehendak
syarak.
• Aku tahu bahawa pekerjaanku tidak
akan dilakukan oleh orang lain maka • Contohnya: majlis ilmu, majlis zikir,
aku lakukannya sendiri.
majlis mesyuarat, dan majlis
• Aku tahu bahawa Allah sentiasa perkahwinan yang tidak mengandungi
melihatku maka aku takut Dia (Allah) perkara-perkara yang tidak bercanggah
melihatku melakukan maksiat. dengan hukum syarak.

• Aku tahu bahawa mati menungguku 2. Majlis As-Suk (Majlis yang buruk)
maka aku bersedia dengan bekalan Majlis yang mempunyai cirri-ciri yang
untuk bertemu Allah. melalaikan daripada mengingati Allah
dan berlaku perkara-perkara yang
TAMADUN bertentangan dengan syarak.
Pembangunan yang pesat dan reka cipta yang Contohnya: Konsert muzik rock, pesta-pesta
hebat adalah disebabkan oleh pekerja yang liar, dan majlis tari menari di kelab-
kreatif dan inovatif dalam mengamalkan budaya kelab malam atau disko.
kerja yang tinggi. Dengan terbentuknya budaya
ini, pusat pengajian tinggi yang dinamakan Darul ADAB BERCAKAP DALAM MAJLIS
Hikmah, perpustakaan yang lengkap, hospital,
dan pelbagai kemudahan lain dalam tamadun 1. Bercakap lemah lembut dengan
Bani Abasiyyah dapat diteruskan hingga kini
dalam wawasan membina tamadun yang memandang muka pendengar.
seimbang dan cemerlang. 2. Mengucapkan percakapan yang

PENGHAYATAN berkesan dan mudah difahami.
1. Dedikasi dalam pekerjaan dan bersedia 3. Merendahkan suara dan bersikap
menawarkan khidmat secara suka rela.
2. Sentiasa mementingkan hasil kerja yang merendah diri.
selaras dengan misi dan visi. 4. Bercakap benar dalam semua keadaan.
3. Menjalankan tugas secara kreatif dan 5. Menyesuaikan percakapan dengan
inovatif.
majlis yang dihadiri.
PENILAIAN
1. Nyatakan tiga kepentingan bekerja 61
dalam Islam. (6m)
2. Jelaskan empat adab menjalankan tugas
dalam Islam. (4m)

6. Mengucapkan percakapan yang baik 1. Tidak mendapat kepercayaan
dan berfaedah.
masyarakat.
7. Menuturkan percakapan yang dapat
mengingati Allah. 2. Mendapat dosa dan dibenci oleh Allah

8. Memohon maaf sekiranya terkasar dan Rasul-Nya.
bahasa.
3. Mencetuskanperbalahan, pertikaman
9. Bertutur menggunakan perkataan yang
sopan. lidah, dan perpecahan.

10. Memberi peluang orang lain bercakap 4. Keras hati dan jiwa tidak tenang.

dan menghormati pendapat mereka. 5. Sukar menyelesaikan masalah.

LAMAN NURANI 6. Berperilaku buruk dan disisihkan oleh
• Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: masyarakat.
“Sesungguhnya Allah benci orang yang
buruk perangai dan lidahnya.” CARA-CARA MENYAMPAIKAN UCAPAN
YANG BERKESAN
• Nabi bersabda lagi yang bermaksud:
1. Mengatasi kegugupan.
“Tidak lurus keimanan seseorang 2. Mengetahui tahap pemikiran pendengar.
sehingga lurus hatinya, dan tidak lurus 3. Mengumpul maklumat.
hatinya sehingga lurus lidahnya.” 4. Mengatur bahan ucapan.
5. Merancang pengenalan dan penutup
FAEDAH BERADAB SEMASA BERCAKAP
1. Menjauhi prasangka buruk dan salah ucapan.
faham. 6. Membuat latihan berucap.
7. Menyampaikan ucapan dengan penuh
2. Memudahkan tercapainya sesuatu
yakin.
matlamat di samping dapat memberikan
kesan positif kepada pendengar. PENGHAYATAN
3. Menimbulkan kemesraan dan 1. Menunjukkan contoh tauladan yang
mengukuhkan persaudaraan serta baik apabila bercakap.
perpaduan. 2. Bersopan ketika bercakap dalam majlis.
4. Menyampaiakn maklumat dengan jelas 3. Bercakap benar dan tidak melampaui
dan tersusun. batas.
5. Mewujudkan suasana yang harmoni.
PENILAIAN
6. Mendapat keredaan Allah dan 1. Nyatakan pengertian majlis dan jenis-
jenisnya. (4m)
terpelihara daripada gangguan syaitan. 2. Senaraikan lima adab bercakap dalam
majlis. (5m)
KELEBIHAN ORANG YANG BERCAKAP 3. Terangkan tiga faedah mengamalkan
BENAR adab bercakap dalam majlis. (6m)

1. Mendapat kepercayaan masyarakat. 4. Bercakap benar mempunyai banyak
2. Jauh daripada sifat nifaq (munafik).
kebaikan.
3. Mendapat keampunan dan keredaan Jelaskan tiga kebaikan yang diperolehi
apabila seseorang itu bercakap benar.
Allah.
4. Kehidupan tenang dan tenteram. (6m)
5. Dapat mengatasi tipu daya syaitan.
6. Terhindar daripada dosa melakukan 5. Terangkan tiga akibat jka tidak menjaga

pembohongan. adab ketika bercakap. (6m)
7. Jiwa dan minda disinari nur Allah.
8. Dapat bersama-sama Rasulullah di ADAB TERHADAP IBU BAPA

dalam syurga. (PMR 2007)
SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBU
AKIBAT TIDAK MENJAGA ADAB KETIKA BAPA
BERCAKAP
1. Amalan ini tuntutan agama.

62

2. Mereka bertanggungjawab mencari 1. Menjaga mereka semasa tua dan sakit.
2. Memberikan nafkah kepada mereka.
nafkah dan mendidik anak dari kecil 3. Menziarahi mereka jika tinggal

sehingga dewasa. berasingan.
4. Mendoakan kesejahteraan mereka.
3. Untuk kita membalas jasa baik mereka.
Setelah Mereka Meninggal Dunia
4. Supaya anak-anak kita nanti akan (PMR 2007)

berbakti kepada kita. 1. Mendoakan keampunan untuk mereka
2. Membayar hutang mereka sekiranya
5. Menjamin keutuhan sistem
ada.
kekeluargaan. 3. Melaksanakan wasiat mereka.
4. Berbuat baik kepada sahabat-sahabat
GALERI ILMU
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: mereka.
Amalan yang paling disukai Allah ialah
menunaikan solat pada waktunya, kemudian GALERI ILMU
berbuat baik kepada ibu bapa, seterusnya Renungkan maksud hadis ini:
berjihad pada jalan Allah. Ketika kami (para sahabat) duduk bersama-sama
TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP Rasulullah, tiba-tiba datang seorang lelaki
IBU BAPA daripada Bani Salamah bertanya kepada
Rasulullah: “Wahai Rasulullah! Adakah aku
1. Taat perintah mereka selagi tidak masih berkewajipan berbuat baik terhadap ibu
bercanggah dengan hukum syarak. bapaku selepas mereka meninggal dunia?”
Jawab Rasulullah:”Ya, Kamu masih
2. Merendah diri dan menghormati berkewajipan berdoa dan memohon keampunan
mereka. untuk mereka, menunaikan janji mereka,
memuliakan rakan-rakan mereka, serta
3. Berbakti kepada mereka bila-bila masa, menghubungkan silaturrahim dengan sahabat
terutama apabila mereka sudah tua. mereka”.

4. Berdoa dan memohon ampun untuk KESAN BAIK BERBAKTI KEPADA IBU
mereka. BAPA

5. berbuat baik kepada rakan-rakan 1. Mendapat keberkatan hidup.
mereka. 2. Disayangi oleh keluarga.
3. Mendapat ganjaran pahala.
ADAB TERHADAP IBU BAPA 4. Ikatan kekeluargaan bertambah kukuh.
5. Mendapat balasan syurga di akhirat.
Dari Segi Percakapan
1. Bercakap dengan hormat dan sopan AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA
santun. 1. Kehidupan tidak diberkati oleh Allah.
2. Merendahkan suara di hadapan mereka.
3. Menumpukan perhatian ketika mereka 2. Dikenakan azab neraka di akhirat.
bercakap.
4. Menunjukkan muka yang manis ketika 3. Mengancam keharmonian masyarakat.
berkomunikasi dengan mereka. 4. Runtuhnya institusi kekeluargaan.
5. Menggunakan bahasa yang baik ketika
bercakap dengan mereka. Doa untuk ibu bapa

Dari Segi Pergaulan ‫ﺼغيرا ربياني ﻜما ورحمهما ولوالدﻱ اﻏفرلي رب‬
1. Berdiri untuk memberi hormat kepada
mereka. TAMADUN
2. Memberi hormat ketika bertemu dengan Anak yang taat kepada ibu bapa akan
mereka. mewujudkan keluarga yang bahagia. Kestabilan
3. Mencium tangan mereka sebelum ke dan kebahagiaan dalam keluarga pula adalah
sekolah dan sebelum tidur. pemangkin utama ke arah mewujudkan
4. Jangan mendahului mereka ketika masyarakat penyayang. Seterusnya masyarakat
menjamah makanan.
5. Jangan melunjurkan kaki ke arah 63
mereka ketika duduk.

CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Semasa Mereka Hidup

penyayang akan menghasilkan kestabilan politik, Bahagian ini merupakan pidato yang sebenarnya
ekonomi dan sosial dalam negara. Ketaatan anak terdiri daripada idea utama dan idea sampingan.
kepada ibu bapa akan menghasilkan keberkatan Idea hendaklah disusun dengan baik dan
hidup dalam keluarga, masyarakat, dan negara. disokong dengan data dan contoh.

PENGHAYATAN 3. Penutup:
1. Patuh dan taat kepada ibu bapa. Bahagian terakhir pidato. Pada bahagian ini,
2. Berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa hendaklah dibuat kesimpulan dan rumusan,
selepas solat. seterusnya diakhiri dengan ucapan terima kasih
3. Berbakti kepada ibu bapa dengan dan ucapan salam.
sebaik-baiknya.
ADAB BERPIDATO
PENILAIAN
1. Senaraikan tiga sebab anak perlu 1. Berpakaian kemas bersesuaian dengan
berbakti kepada ibu bapa. (6m)
2. Terangkan cara-cara berbakti kepada kehendak Islam.
ibu bapa:
i. Semasa mereka hidup 2. Menyampaikan pidato secara
ii. Setelah mereka meninggal dunia.
(8m) berhikmah.

3. Huraikan tiga akibat anak yang derhaka 3. Isi kandungan sesuai dengan tajuk.

terhadap ibu bapa. (6m) 4. Ucapan tidak menyentuh perkara
4. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan
sensitif.
kasih sayang kepada kedua-dua ibu
bapa? (4m) 5. Menggunakan bahasa yang sesuai dan

ADAB BERPIDATO sopan.

MAKSUD PIDATO 6. Ucapan yang tidak menyentuh peribadi
Ucapan yang disampaikan oleh seseorang di
khalayak ramai. seseorang.

GALERI ILMU CIRI-CIRI PIDATO YANG BAIK
Sabda Nabi yang bermaksud: 1. Menggunakan bahasa yang sopan, nada
Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. suara dan gaya yang sesuai.
2. Ucapan tidak terlalu lama sehingga
FORMAT PIDATO membosankan dan tidak terlalu ringkas
1. Mukaddimah: sehingga tidak mencapai maksud.
3. Bersandarkan kepada hujah-hujah Al-
‫ סּ‬Dimulakan dengan ucapan salam. Quran dan hadis serta dimantapkan
‫ סּ‬Diikuti dengan memuji Allah. dengan hujah akal.
‫ סּ‬Berselawat kepada Nabi. 4. Disampaikan dengan penuh keyakinan,
‫ סּ‬Memberi penghormatan kepada orang tertentu fasih dan lancar.
dengan menyebut nama atau jaawatan seperti
“Yang dihormati pengerusi majlis, yang CIRI-CIRI PIDATO YANG TIDAK BAIK
berusaha tuan pengetua, dan rakan-rakan 1. Menggunakan bahasa yang kasar dan
sekalian”. kesat.
2. Ucapan terlalu lama atau terlalu
2. Isi: ringkas.
3. Disampaikan secara emosi.
4. Ucapan yang gagap dan tersekat-sekat.

LAMAN NURANI 1
Sabda Nabi yang bermaksud:
Kami (para nabi) diperintahkan untuk
mengeluarkan kata-kata yang bersesuaian
dengan pemikiran pendengar.

LAMAN NURANI 2
Rasulullah s.a.w. apabila berkhutbah merah
matanya, tinggi suaranya, dan kelihatan
bersangatan marahnya seolah-olah baginda
memberi arahan kepada tentera.

64

CARA MENJADI PEMIDATO YANG BAIK 3. Senaraikan tiga sebab perlu beradab
Mesti ada….
ketika berpidato. (6m)
1. Pengetahuan: 4. Terangkan lima adab ketika berpidato.
Pemidato mestilah berpengetahuan luas tentang
isi ucapan. (5m)

2. Kemahiran berpidato: 5. Jelaskan tiga akibat tidak beradab
Mampu menarik perhatian pendengar kepada
ucapannya. semasa berpidato. (6m)
6. Pidato yang baik akan menghasilkan
3. Keyakinan:
Yakin kepada diri sendiri dan isi ucapan berkait kesan positif.
rapat dengan persediaan. Huraikan tiga ciri pidato yang baik.

4. Peribadi yang baik: (6m)
Cara berpakaian, berjalan, dan bergaul dalam
majlis. NOTA INI DIRUMIKAN DARIPADA
KESAN PIDATO YANG BAIK BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM

Kepada Individu TINGKATAN TIGA
1. Boleh mengubah sikap pendengar.
2. Mudah menerima teguran.

Kepada Masyarakat
1. Menyatupadukan masyarakat.
2. Memberi motivasi kea rah perpaduan.

AKIBAT TIDAK BERADAB SEMASA
BERPIDATO

1. Tidak memberikan sebarang kesan
positif.

2. Menjatuhkan maruah seseorang.
3. Masyarakat berpecah belah dan

bersengketa.

TAMADUN

Pada zaman millennium ini, dakwah yang

berjaya perlu kepada penguasaan ilmu teknologi

maklumat dan komunikasi. Dengan

menggunakan ICT, dakwah itu dapat disalurkan

dan disebarkan ke seluruh dunia.

PENGHAYATAN
1. Berani mengeluarkan pendapat yang
benar.
2. Nasihat-menasihati ke arah perkara-
perkara kebaikan.
3. Menanam keyakinan dalam diri untuk
berhadapan dengan orang ramai.

PENILAIAN
1. Apakah maksud pidato? (2m)
2. Jelaskan secara ringkas tiga format
pidato. (6m)

65

HAKCIPTA TERPELIHARA
PN. NORHAMISAH BINTI MD. HASSAN

BACALAH DENGAN HATIMU…..

66


Click to View FlipBook Version