The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Amanat GB dalam Mesyuarat Guru Bil. 2/2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazleeyahya, 2021-03-16 10:20:31

Amanat GB

Amanat GB dalam Mesyuarat Guru Bil. 2/2021

Amanat Guru Besar

1. Guru Bertugas

Guru bertugas perlu berada di tempat bertugas tepat pada masa untuk mengawal
pergerakan dan disiplin murid.

Masa bertugas bermula pada pukul 7.15 pagi

2. Waktu Penyuraian Murid.

Guru waktu terakhir mestilah mematuhi waktu penyuraian murid.

Guru waktu terakhir mestilah mengiringi murid ke dewan untuk proses penyuraian.

Ingatkan murid tentang barang-barang dan buku-buku agar tidak ditinggalkan di
bawah meja atau di dalam kelas.

3. Kawalan kelas

Pastikan murid keluar dari kelas dengan memakai pas keluar supaya dapat mengawal
bilangan murid yang keluar dari kelas pada satu-satu masa.
Sila ambil perhatian tentang kebenaran keluar ke tandas terutama bagi murid Tahun 1.
Galakkan murid membawa sudu dan garfu untuk kegunaan semasa makan.

Tahniah pada guru yang dapat mengawal murid di dalam kelas.

4. e-Prestasi

Semua guru telah diberikan penetapan PP1 dan PP2. Sila patuhi penjajaran masa dan
lengkapkan borang keberhasilan dan serahkan kepada PP1 dan salinan kepada PP2.

Sila maklumkan tugas-tugas khas yang dilantik oleh PPD dan JPN kepada PP
masing-masing.
Sila berbincang dengan PP masing-masing.

5. e-RPH

Masih terdapat guru-guru yang tidak mematuhi masa penghantaran RPH.

Sila baca komen yang diberi oleh pegawai pengesah dan buat penambahbaikan dari segi
penulisan rph.

Impak dan refleksi mestilah ditulis selepas habis PdPC dijalankan.

6. eg-Tukar Guru

Kepada guru yang memohon pertukaran melalui eg-Tukar (epgo.moe.gov.my) , sila pastikan
maklumat dalam e-operasi adalah terkini dan tlah dikemaskini bagi mengelakkan sebarang
masalah.

Sila hantar borang cetakan permohonan eg-Tukar kepada Guru Besar sebelum 26 Mac 2021
untuk dibuat pengesahan.


Click to View FlipBook Version