BUKU LOG
KRS
NAMA : NURUL SYAFIQAH BINTI TADZA
NO. MATRIK : D20201095153
TAJUK: BUKU LOG
NAMA PENSYARAH: DR. SHAHARUDIN BIN
OTHMAN
KANDUNGAN
1.Biodata ......................................................................... 1
2.Sejarah Penubuhan KRS .............................................. 2
3.Bendera KRS ............................................................... 3
4.Logo KRS .................................................................... 4
5.Lagu KRS .................................................................... 5
6.Ikrar KRS .................................................................... 6
7.Pemakaian KRS .......................................................... 7-8
8.Ikatan dan Simpulan ................................................... 9-10
9.Peta ............................................................................. 11-16
10.Perkhemahan .............................................................. 17-21
11.Kompas ...................................................................... 22-24
12.Pertolongan Cemas .................................................... 25-28
13.Lampiran .................................................................... 29-31
BIODATA
1
SEJARAH PENUBUHAN KRS
Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan PENGASAS KRS
diasaskan oleh En. Muhammad Thani bin Sha’aban di
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, Jalan
Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada awalnya,
pasukan KRS ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam
Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform
kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMKRA
(PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar
sahaja yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2.
Objektif penubuhan pasukan ini adalah untuk melahirkan
pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal,
berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan
berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat untuk
mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam sebagai cara kehidupan (Ad Deen).
Bermula pada tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula
menubuhkan KPIM, antaranya ialah SMK Taman Tun Dr Ismail, SMK Seri Titiwangsa dan
SMA Ma’ahad Hamidiah.
Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha
untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah bermula pada 10 Ogos 1993. Seterusnya, nama pasukan ini telah
ditukarkan kepada Kadet Remaja Islam (KRIS).
Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada
Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian
Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober
1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia
Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah
membuat keputusan agar nama pasukan ini
ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS)
yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada
semua kaum sama ada pelajar lelaki atau
perempuan. Upacara Pelancaran Kadet Remaja
Sekolah Peringkat Kebangsaan telah
dilaksanakan pada 20 Jun 1995 oleh Yang
Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul
Razak.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA
ABDULLAH
JALAN KEPONG
KUALA LUMPUR
2
BENDERA KRS
1. Warna hijau melambangkan :
a. Tunas muda atau remaja yang masih boleh dibentuk
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS
2. Cogan kata KRS "ILMU IMAN AMAL"
a. ILMU: Asas keintelektual dan keterampilan ahli KRS
b. IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri
c. AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat berterusan merupakan natijah daripada
kekuatan intelektual dan disiplin
3
LOGO KRS
PENGERTIAN LOGO
1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak
sihat.
2. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi di
Malaysia.
3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketerampilan serta matang dan rasional dalam segala jenis tindakan.
4. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan
yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan
dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa
Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
6. Warna merah melambangkan keperwiraan atau kepahlawanan dan sedia
berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
7. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kepada
kedaulatan Malaysia.
8. Warna putih melambangkan kesucian dan keikhlasan.
4
LAGU KRS
Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan
Remaja, sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta
Remaja, hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah
LINK : https://youtu.be/WeByX49-t9I
5
IKRAR KRS
Bahawasanya kami
Kadet Remaja Sekolah Malaysia
Berjanji dan bersetia
Akan menyemai semangat patriotik
Tetap berdisiplin, berakhlak mulia
Berilmu, beriman dan beramal
Kami juga akan memupuk semangat
Keusahawanan, mencintai alam sekitar,
Mempunyai ketahanan mental dan fizikal
Bersedia berkhidmat untuk masyarakat
Demi agama, bangsa dan negara
Serta mendukung
Rukun agama dan rukun negara
Sepanjang masa kami menjadi ahli kadet
6
PEMAKAIAN KRS
PAKAIAN PELAJAR KRS
JENIS PEMAKAIAN PEGAWAI KRS
1. Uniform No2 – Pakaian untuk acara rasmi.
Bush Jacket KRS digunakan.
2. Uniform No3 – Pakaian pejabat (sekolah).
Dipakai untuk menghadiri mesyuarat dan ke
sekolah. Kemeja berwarna hijau muda.
3. Uniform No4 – Pakaian aktiviti dan latihan.
Dipakai semasa menghakimi pertandingan
kawad, menjalankan latihan dan
perkhemahan.
7
PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGURUSAN
KRS DI SEKOLAH
Sekolah Rendah
1. Guru Besar – Komandan TKRS
2. Semua Penolong Kanan – Timbalan Komandan TKRS
Sekolah Menengah
1. Pengetua – Komandan KRS
2. Semua Penolong Kanan – Timbalan Komandan KRS
3. Semua Ketua Bidang – Penolong Komandan KRS
PANGKAT PEGAWAI LATIHAN
8
IKATAN DAN SIMPULAN
Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali
sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif.
Buku Sila :
1.Dikenali juga sebagai 'left over right and right over left'.
2.Menyambungkan dua tali yang sama besar dan jenis.
3.Mengikat bungkusan.
4.Mengikat atau mematikan anduh.
Simpul Manuk :
1.Mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang
khemah, botol dan sebagainya.
2.Kelebihannya ialah ia mudah diikat atau disimpulkan dan
mudah ditanggalkan ataupun dibuka.
Bunga Geti :
1.Menyambung dua tali yang tidak sama besar.
2.Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti
mengikat bendera dengan tali.
Tindih Kasih :
1.Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh
menjerut benda atau binatang dan sebagainya.
2.Sesuai digunakan untuk mengikat leher binatang,
menyelamat orang di dalam kecemasan seperti menaikkan
atau menurunkan orang dan sebagainya.
3.Mengikat atau menarik kayu.
Seraya :
1.Mengikat dua batang kayu atau dua batang buluh yang
bersilang.
9
Silang Gunting :
1.Membuat jambatan, menara, gajet dan menyambung
kayu
Simpul Belit Lucut :
1.Mengikat bot atau binatang seperti kuda supaya
boleh dibuka dengan pantas.
2.Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok
dengan menggunakan tali.
Sheep Shank :
1.Memendekkan tali tanpa perlu memotong tali
tersebut.
2.Menegangkan tali (contoh tali khemah) tanpa perlu
membuka ikatannya di bahagian hujung tali.
Lilit 2 Simpul :
1.Mengikat hujung tali pada mata kail, pancang,
pokok dan sebagainya.
10
PETA
Peta merupakan elemen terpenting di dalam orienteering. Peta juga merupakan gambaran bentuk muka
bumi yang dilukis di atas permukaan rata bagi sesebuah kawasan. Di dalam peta mempunyai tajuk,
kontur, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna.
KEGUNAAN PETA
Peta ini digunakan untuk merancang aktiviti atau pergerakan dan melaksanakan
aktiviti atau pergerakan. Selain itu, adalah untuk memberikan maklumat mengenai
lokasi, tempat, jarak, ketinggian bentuk muka bumi, halangan, pembangunan, mercu
tanda dan laluan-laluan yang boleh digunakan.
1.Memperlihatkan ukuran (luas, jarak) dan arah suatu tempat di permukaan bumi.
2.Menggambarkan bentuk-bentuk di permukaan bumi, seperti benua, negara,
gunung, sungai dan bentuk-bentuk lainnya.
3.Membantu penyelidik sebelum melakukan kaji selidik untuk mengetahui keadaan
daerah yang akan diteliti.
11
JENIS PETA
Peta Topo
1.Mengandungi pelbagai jenis butiran
2.Mempunyai panduan grid
Peta Planimetri
1.Merupakan peta panduan jalan raya dan panduan pelancongan
12
Peta Khusus
1.Merupakan peta yang khusus bagi sesuatu butiran
2.Contohnya ialah peta taburan penduduk
Atlas
1.Merupakan peta yang berskala kecil yang dibukukan.
2.Kandungan butiran tidak terperinci
13
Peta Orienteering
1.Peta ini mendedahkan maklumat yang lengkap dan terbaru
Peta Imejan Satelit
1.Perkhidmatan pemetaan web yang dibangunkan oleh Google
2.Menawarkan imejan satelit, peta jalan, 360° pemandangan panorama jalan
(Google Street View), keadaan lalu lintas (Google Traffic), dan perancangan
laluan untuk perjalanan dengan berjalan kaki, kereta, basikal (beta), atau
pengangkutan awam.
14
WARNA PETA
1.Hitam melambangkan ciri-ciri buatan manusia dan batu
2.Perang melambangkan kontur dan jalan raya
3.Kuning melambangkan keadaan tumbuhan terbuka
4.Putih melambangkan keadaan tumbuhan (berpokok/boleh berlari)
5.Hijau melambangkan keadaan tumbuhan (berjalan/redah)
6.Biru melambangkan ciri-ciri yang berkaitan dengan air seperti sungai, laut, paya,
tasik, tali air dan lain-lain.
CARA MENDAPATKAN PETA
Peta merupakan satu dokumen yang dikelaskan sebagai ‘terhad’ di mana ia hanya
boleh dimiliki atas kebenaran pihak berkuasa sahaja. Peta ini perlulah dijaga dengan
sebaik mungkin supaya tidak hilang ataupun jatuh ke tangan orang yang tidak
dibenarkan.
CARA MENJAGA PETA DENGAN BAIK
1.Jangan biarkan peta terbiar tanpa pengawasan
2.Jangan berikan peta kepada sesiapa sahaja walaupun hanya melihatnya sahaja.
3.Pastikan peta mempunyai bekas khas supaya ia tidak tercicir ketika sedang
bergerak.
4.Jika berlaku sebarang kehilangan, segera laporkan kehilangan di balai polis yang
berdekatan.
CARA MENJAGA PETA SUPAYA TIDAK ROSAK
Peta merupakan sekeping kertas, maka ia hendaklah dijaga dengan cermat supaya
tidak rosak, koyak ataupun terbakar. Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan bagi
memastikan peta dalam keadaan yang baik ialah,
1.Setelah melipat peta, masukkan ke dalam bekas yang kalis air. Pastikan bekas
ditutup dengan rapat supaya tidak dimasuki air.
2.Pastikan tidak membuat sebarang tanda ataupun tulisan di atas peta. Jika terpaksa,
pastikan anda menggunakan pensel sahaja supaya boleh dipadam.
3.Jauhkan peta daripada api. Sekiranya ingin menggunakan peta pada waktu malam,
kendalikan peta dengan menggunakan lampu suluh sahaja.
CONTOH PENYIMPANAN PETA
DI DALAM PLASTIK KALIS AIR
15
CARA MELIPAT PETA DENGAN BETUL
Dengan cara lipatan seperti rajah di atas, bahagian peta yang hendak dibaca dapat
dilihat dengan cepat tanpa membuka keseluruhan lipatan setiap kali hendak
membacanya.
MEMBACA PETA
1.Membaca peta ini ialah seperti kita mentafsir apa yang terdapat di atas peta itu
kepada maklumat sebenar yang mewakilinya.
2.Setiap lembar peta ini mengandungi dua kategori catatan,
- Pertama: catatan bagaimana peta hendak dibaca. Catatan ini dikenali sebagai
maklumat bingkai.
- Kedua: gambaran tentang muka bumi yang diwakili oleh peta itu sendiri.
MAKLUMAT BINGKAI
Maklumat bingkai ini terdiri daripada perkara-perkara seperti
1.Nama lembar
2.Nombor lembar
3.Unjuran grid
4.Amaran terhad
5.Nama siri dan skala
6.Skala garisan
7.Catatan kredit
8.Tahun cetakan
9.Indeks (peta pandu)
10.Jarak kontur
11.Ukuran tinggi dari aras laut
12.Kotak rujukan peta
13.Kotak petunjuk
14.Rajah perbezaan sudut utara
16
PERKHEMAHAN
OBJEKTIF PERKHEMAHAN
1.Memberikan para pelajar satu kemahiran yang tinggi dalam penyediaan tapak
khemah yang berkualiti dan terbaik.
2.Membentuk sikap berdikari, semangat setia kawan, berdisiplin dan
berkepimpinan.
3.Membina kekuatan mental dan fizikal ketika menghadapi kesusahan sepanjang
aktiviti perkhemahan dijalankan.
4.Mengalami dan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan luar.
PERATURAN PERKHEMAHAN
Ketika menjalani aktiviti perkhemahan, terdapat beberapa peraturan yang perlu
dipatuhi oleh para pelajar bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang
tidak diingini. Antara peraturannya ialah,
1.Mengikuti segala arahan yang diberikan oleh ketua atau pegawai perkhemahan.
2.Memastikan peralatan perkhemahan disusun dengan rapi.
3.Menepati waktu dan bekerjasama dengan ahli perkhemahan yang lain.
4.Melaporkan kejadian yang tidak diingini kepada pegawai yang bertugas.
17
PENYEDIAAN TAPAK PERKHEMAHAN
Ketika menyediakan tapak perkhemahan, setiap aspek perlulah diperlihatkan
dengan lebih mendalam bagi memastikan aktiviti perkhemahan berjalan dengan
lancar tanpa sebarang permasalahan. Aspek-aspek yang perlu ada pada tapak
perkhemahan ialah,
1.Pagar dan pintu utama.
2.Dapur.
3.Khemah urus setia.
4.Kawasan arena.
5.Tempat makan, solat dan tempat meletakkan para pelajar yang cedera atau sakit.
6.Tandas.
7.Lubang sampah.
8.Ampaian.
KEPERLUAN MASUK HUTAN
Kebanyakan aktiviti perkhemahan dijalankan di dalam hutan. Oleh sebab itu, para
pelajar perlulah memberikan perhatian lebih untuk menyiapkan keperluan ketika
memasuki kawasan hutan kerana keperluan ini sememangnya tidak ada di dalam
hutan. Antara keperluan yang perlu ada pada para pelajar ialah,
1.Senjata tajam.
2.Bahan api
3.Peta dan petunjuk
4.First Aid Kit
5.Alatan masak dan makanan
6.Tali
7.Baju hujan
8.Barang persendirian
9.Botol air
10.Khemah
18
PERATURAN KETIKA MEMASUKI KAWASAN
HUTAN
1.Membawa senjata tajam
2.Menjaga pertuturan dengan tidak bercakap besar
3.Jangan bergerak pada waktu malam
4.Jangan makan buah-buahan ataupun tumbuhan sembarangan
5.Jangan minum air yang belum dimasak ataupun air yang tidak mengalir
6.Jangan membahayakan keselamatan diri
7.Jangan membuang air kecil atau besar sesuka hati
8.Jangan tinggalkan khemah tanpa memberitahu rakan lain ataupun guru-guru
CARA MENDAPATKAN SUMBER AIR
Sekiranya berlaku kesulitan untuk mendapatkan punca air, turunlah ke kawasan
yang lebih rendah seperti lurah, lembah atau denai. Sekiranya masih gagal untuk
menemukan sumber air, cara kedua yang boleh dilakukan ialah dengan mencari
kawasan yang terdapat tumbuhan hijau dan gali lah tanah di situ.
Tanda- tanda adanya sumber air ialah daripada bunyi dan tumpuan haiwan. Pastikan
air yang diminum jernih dan bersih. Jika perlu, tapis dan pastikan air yang ingin
diminum itu tidak mempunyai sebarang bau dan rasa.
19
CARA MENAPIS AIR KETIKA BERADA DI
DALAM HUTAN
Bahan yang diperlukan:
1.Botol mineral 1.5 liter
2.Kapas atau kain perca
3.Pasir sungai
4.Paku
Cara-caranya ialah:
1.Letakkan kapas atau kain perca pada muncung botol bagi mengelakkan pasir
keluar bersama air dan buatkan 3 lubang di bahagian penutup botol bersaiz 3-4mm
diameter
2.Potong bahagian bawah botol
3.Penuhkan 3/4 botol dengan pasir sungai
20
4.Masukkan air keruh dan gantung
5.Hasil daripada proses penapisan
LINK:
https://selongkar10.blogspot.com/2019/12/diy-cara-menapis-air-keruh-menjadi.html
21
KOMPAS
Kompas ialah alat pengemudi arah yang mempunyai jarum magnetik merah hitam
dan kompas merupakan peralatan yang bernilai untuk menunjukkan arah dengan
tepat.
ANATOMI KOMPAS
22
JENIS-JENIS KOMPAS
Kompas jangka sudut atau Baseplate
- Kompas jenis ini terdiri di atas sebuah rectangular baseplate, yang ditanda
dengan panas warna merah sepanjang paksi atau garisan, dan lingkaran kompas
ini ditanda dalam unit darjah.
Kompas Jempol
- Kompas Jempol ini merupakan kompas yang digunakan untuk menggantikan
kompas baseplate dengan mempertajamkan baseplate dan membuat lubang untuk
memasang kompas tersebut dengan ibu jari. Kompas ini lalu dipasang di ibu jari
tangan kiri, diletakkan di atas peta yang juga dipegang dengan tangan kiri.
Kompas Klip
- Mempunyai perumah tetap dan jarum magnetik. Kompas ini dikepilkan
bersama peta dan menggalakkan kompas dan peta digunakan sebagai satu unit.
23
CARA MENCARI BEARING DENGAN KOMPAS
Apakah itu bearing? Bearing ialah arah dan mengukur bearing bermaksud mencari
arah untuk sampai ke sasaran. Terdapat dua jenis bearing iaitu bearing grid dan
bearing magnet.
1.Letakkan kompas di titik permulaan dan menghala ke arah yang hendak dituju.
2.Pastikan arah jarum penunjuk bermula dari titik permulaan dan menghala ke arah
titik sasaran
3.Dari titik permulaan ini, kita boleh mengetahui jarak yang hendak dilalui
4.Letakkan kompas di atas peta supaya kedudukan kompas stabil
5.Pusing perumah sehingga utara dan selatan selari dengan garisan utara dan selatan
di atas peta
6.Pastikan arah utara dan selatan berada dalam rumahnya dan ia sama dengan
kedudukan utara di atas peta
7.Baca bearing yang ditunjukkan pada garisan anak panas arah.
8.Pegang kompas dengan tangan di hadapan
9.Pastikan tapak kompas berada dalam kedudukan horizontal dan anak panas arah
menghala ke sasaran
10.Pusingkan badan anda sehingga jarum utara dan selatan berada dalam rumahnya
11.Jarum arah pada tapak kompas telah menunjukkan arah yang hendak dituju
12.Anda boleh bergerak ke arah yang dimaksudkan
13.Pastikan satu tanda yang boleh dikesan untuk ke sana
CIRI-CIRI KOMPAS YANG BAIK
1.Mempunyai cairan yang dapat mengatur gerakan jarum walaupun dalam
kedudukan yang kurang sempurna
2.Boleh bertahan sehingga empat atau lima tahun
3.Bertahan dalam berbagai cuaca
4.Mudah dibawa dan ringan
5.Dapat menunjukkan arah dengan tepat dan cepat
24
PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas bermaksud bantuan permulaan ataupun rawatan awal yang diberikan kepada
seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara tiba-tiba
dengan menggunakan objek yang ada disekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar
perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.
OBJEKTIF PERTOLONGAN CEMAS
1. Menyelamatkan nyawa
2. Mengelakkan kecederaan mangsa menjadi lebih buruk
3. Mengurangkan kesakitan mangsa
INDIVIDU YANG BOLEH MELAKUKAN
PERTOLONGAN CEMAS
Bukan semua orang di dunia ini boleh melakukan pertolongan cemas kepada
mereka yang memerlukan kerana pertolongan cemas ini memerlukan teknik yang
betul agar dapat menyelamatkan mangsa sebelum ketibaan ambulans ataupun
doktor. Sebarang kesilapan ketika melakukan pertolongan cemas boleh membawa
kesan yang lebih buruk kepada mangsa, ataupun boleh menyebabkan kematian.
Individu yang boleh melakukan pertolongan cemas ialah,
1.Tajam perhatian
2.Tidak kasar
3.Berakal
4.Memberikan pertolongan apa yang tahu sahaja
25
MENILAI SITUASI MANGSA/PRIMARY SURVEY
D: Danger (Bahaya)
- Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikan keselamatan anda dan
mangsa terjaga. Alihkan bahaya dari mangsa atau alihkan mangsa dari bahaya.
R: Response (Tindak balas)
- Panggil mangsa, atau kejutkan beliau. Jika tiada sebarang tindak balas, minta
bantuan ambulans.
A: Airway (Saluran udara)
- Donggakkan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan dengan kaedah
head titl, chin lift ataupun donggakkan kepala, angkat dagu.
26
B: Breathing (Pernafasan)
- Periksa pernafasan mangsa dengan membuat 3M iaitu melihat, merasa dan
mendengar. Jika tiada pernafasan, beri dua hembusan bantuan
C: Circulation (Peredaran darah dari atau ke jantung)
Periksa nadi karotid yang terletak di sebelah trakea dengan dua jari. Petunjuknya
ialah ada nadi, ada denyutan jantung dan sebaliknya. Jika tiada, lakukan CPR
(Cardiopulmonary resuscitation)
27
MENILAI SITUASI MANGSA/SECONDARY SURVEY
Jika mangsa sedar, tanya kecederaan yang beliau alami. Sekiranya tidak sedar,
lakukan perkara-perkara ini,
1.Periksa tanda-tanda utama kecederaan yang ada pada bahagian badan mangsa
2.Periksa nadi
3.Periksa pernafasan
4.Periksa tekanan darah
5.Periksa suhu badan mangsa
Seterusnya, lakukan pemeriksaan pada seluruh anggota badan mangsa dimulai
daripada bahagian,
1.Kepala meliputi telinga, mulut, hidung dan mata
Periksa kesan-kesan kecederaan yang terdapat pada muka dan keseluruhan bahagian
kepala mangsa untuk melihat pendarahan, terbakar atau bengkak
2.Leher
Periksa bahagian belakang tengkuk dan nadi
3.Bahagian belakang
Periksa ruas-ruas tulang belakang
4.Badan
Periksa keseimbangan tulang rusuk, turun naik dada, patah dan lain-lain lagi
5.Kaki
Periksa tempurung lutut dan lain-lain lagi
Jika mangsa berada dalam keadaan sedar, gunakan kaedah SAMPLE
1.S: sign/symptom (tanda dan gejala)
2.A: allergic (alahan)
3.M: medicine (ubatan yang diambil)
4.P: past history (sejarah lama seperti penyakit)
5.L: last meal (makanan terakhir)
6.E: event (punca kejadian)
28
LAMPIRAN
LAGU KRS
https://youtu.be/WeByX49-t9I
CARA MENGGUNAKAN KOMPAS
https://www.youtube.com/watch?v=cZlKFQk9ToU
29
CARA MENGGUNAKAN PETA DAN KOMPAS
https://www.youtube.com/watch?v=U8tD0EjjWq8 K
CARA MEMBACA PETA
https://www.youtube.com/watch?v=THCSsoQcDTQ K
30
CARA MELAKUKAN CPR
https://www.youtube.com/watch?v=-NodDRTsV88
IKATAN DAN SIMPULAN
https://www.youtube.com/watch?v=t3fKM5am3jg
31