The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Poh Yoke Shang, 2021-06-15 01:59:06

Penyakit

Penyakit

6.0 PENYAKIT

PENYAKIT

o Penyakit merupakan keadaan
tidak normal yang
menyebabkan penghidapnya
tidak dapat memberi tumpuan
dalam menjalani kehidupan
seharian.

o Penyakit boleh diklasifikasikan
kepada penyakit berjangkit
dan penyakit tidak berjangkit.

o Unit ini memberi penekanan
kepada penyakit tidak
berjangkit seperti hipertensi,
diabetes, penyakit
kardiovaskular dan respiratori
kronik.

o Berjangkit
o Tidak berjangkit

Penyakit

BERJANGKIT

Boleh merebak
daripada seorang

individu kepada
individu yang lain.

Tidak berjangkit

o Tidak merebak.
o Merupakan penyakit

kronik yang tidak
boleh disebarkan
kepada orang lain.

o Diabetes

o Penyakit
kardiovaskular

o Hipertensi

o Penyakit
respiratori
kronik

Tidak berjangkit

Diabetes o Berlaku
apabila paras
gula tinggi di
dalam darah.

o Pengeluaran
hormon
insulin oleh
pankreas tidak
mencukupi
untuk
menampung
kandungan
gula dalam
darah.

Gejala

Diabetes

o Kerap berasa dahaga,
cepat letih, berat
badan susut, kerap
membuang air kecil,
mudah terkena
jangkitan kulit, luka
lambat sembuh,
penglihatan kabur, otot
lemah, dan gatal-gatal
di bahagian kemaluan.

Penyakit o Berlaku
kardiovaskular apabila otot
jantung tidak
mendapat
bekalan
darah yang
mencukupi
disebabkan
oleh saluran
darah yang
sempit atau
tersumbat.

Gejala Penyakit o Kerap sakit
kardiovaskular pada bahagian
dada, kerap
berdebar-
debar, mudah
berasa cemas,
hilang selera
makan,
mudah
berpeluh
dengan
banyak, kerap
lelah dan
sesak nafas.

HIPERTENSI

Berlaku apabila
tekanan darah
melebihi bacaan
140/90 mmHg.

Gejala Hipertensi

o Sakit kepala dan
berdenyut-denyut di
bahagian belakang
kepala, kerap berasa
kebas di leher, mudah
marah, sukar tidur, cepat
lelah dan sesak nafas
serta sering gelisah.

PENYAKIT
RESPIRATORI

KRONIK

Penyakit respiratori
kronik

Gejala Penyakit o Batuk berkahak
respiratori kronik yang
berpanjangan,
nafas berbunyi,
sesak nafas
terutama pada
waktu pagi, sesak
nafas ketika
melakukan aktiviti,
simptom
kegagalan paru-
paru berfungsi,
jantung bengkak
dan kaki bengkak.

Cara Mencegah
Penyakit

o Bersenam sekurang-
kurangnya tiga kali
seminggu melebihi 30
minit setiap sesi

o Tidak merokok dan
mengambil alkohol.

o Elakkan stres.

Cara Mencegah o Periksa paras gula
Penyakit dan kolesterol dalam
darah.

o Kekalkan berat badan
unggul.

o Mengamalkan
pemakanan
seimbang.

o Lakukan pemeriksaan
kesihatan secara
berkala.

LAKUKAN
PEMERIKSAAN

KESIHATAN
SEKIRANYA

o Berlebihan berat
badan atau obes.

o Mempunyai
sejarah keluarga
yang menghidap
diabetes

o Tidak aktif atau
tidak melakukan
aktiviti fizikal.

LAKUKAN o Mempunyai tahap
PEMERIKSAAN kolesterol yang tinggi.

KESIHATAN o Luka yang sukar
SEKIRANYA sembuh, kerap
dahaga, sering
membuang air kecil
pada waktu malam,
gatal atau mendapat
jangkitan kuman
pada kemaluan.

o Mempunyai tekanan
darah yang tinggi,
iaitu 140/90 mmHg
atau lebih


Click to View FlipBook Version