PERATURAN
PENGGUNAAN TELEFON
PINTAR DAN KOMPUTER
RIBA OLEH PELAJAR PMA
UNIT DISIPLIN PMA
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
KANDUNGAN 3. PERATURAN -
PERATURAN
1. PENGENALAN &
TUJUAN 4. BORANG A & B
2. SPESIFIKASI
SELAMAT
KEMBALI KE
SEKOLAH
01
PENGENALAN
DAN TUJUAN
UNIT DISIPLIN
PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 AKAN MULA
KEMBALI KE SEKOLAH PADA 17 OKTOBER
2021, BERIKUTAN PERUBAHAN FASA 3 DI
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
BERKUATKUASA PADA 1 OKTOBER 2021.
PENGENALAN
TUJUAN
● Pelajar mengikuti kelas tambahan bersama guru luar iaitu kelas
tambahan intervensi dan kelas tambahan MAIWP.
● Pelajar tahun 3 dikehendaki menyiapkan kerja kursus STAM sebelum
bulan 11.
● Memudahkan akses kepada kelas dalam talian sekiranya pelajar
dikehendaki untuk kuarantin dalam tempoh yang lama.
02
SPESIFIKASI
UNIT DISIPLIN
SPESIFIKASI
● Pelajar tahun 2 dibenarkan membawa 1 telefon pintar sahaja.
● Pelajar tahun 3 dibenarkan membawa 1 telefon pintar dan 1
komputer riba atau tablet
● Pelajar hanya dibenarkan membawa telefon pintar dan komputer
riba setelah mendapat kebenaran ibubapa.
● Ibubapa pelajar dikehendaki mengisi borang A untuk telefon
pintar dan borang b untuk komputer riba dan membawa surat ini
ketika lapor diri pulang ke asrama.
03
PERATURAN
PENGGUNAAN
UNIT DISIPLIN
PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR
DAN KOMPUTER RIBA OLEH PELAJAR PMA
1. Set telefon pintar dan komputer riba hendaklah didaftarkan
dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar PMA dengan mengisi
Borang A dan Borang B, kemudian diserahkan ketika melapor
diri pulang ke asrama pada 17 Oktober 2021.
2. Bayaran sebanyak RM10.00 sehingga akhir tahun akan
dikenakan bagi set telefon pintar dan komputer riba. Bayaran ini
adalah untuk kos pengurusan (pelekat, resit dll), kos elektrik serta
lain-lain kos yang berkaitan. Pelekat kebenaran mesti ditampal
pada telefon pintar dan komputer riba pelajar.
PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR
DAN KOMPUTER RIBA OLEH PELAJAR PMA
3. Pelajar hanya dibenarkan mendaftar/ membawa/
menggunakan SATU telefon pintar dan dan SATU komputer riba
yang berdaftar serta mempunyai pelekat pengesahan PMA
sahaja.
4. Waktu larangan penggunaan telefon pintar:
i) Waktu persekolahan/ sesi akademik kecuali dengan kebenaran
guru subjek.
ii) Waktu kelas persediaan pagi, petang dan malam.
iii) Waktu majlis rasmi bersemuka.
iv) Waktu tidur di antara jam 11.30 malam hingga 6.00 pagi.
PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR
DAN KOMPUTER RIBA OLEH PELAJAR PMA
5. Tempat untuk mengecas telefon pintar dalam di kawasan
asrama yang berplug sahaja. Pelajar TIDAK DIBENARKAN untuk
mengecas telefon pintar di blok pentadbiran, akademik, Surau
Al-Khair dan dewan makan.
6. Pelajar TIDAK DIBENARKAN sama sekali membuat
penyambungan wayar secara haram pada alat kelengkapan
elektrik untuk tujuan mengecas telefon pintar di blok
pentadbiran, akademik, Surau Al-Khair dan dewan makan.
PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR
DAN KOMPUTER RIBA OLEH PELAJAR PMA
7. Penggunaan telefon pintar adalah tanggungjawab pihak
pelajar sendiri termasuk perbelanjaan data internet. Pihak PMA
TIDAK akan bertanggungjawab ke atas apa-apa jua kerosakan,
kehilangan atau akibat daripada penggunaan tersebut.
8. Pihak PMA TIDAK akan bertanggungjawab, menanggung kos
atau terbeban atas apa jua jenis kemalangan atau musibah
akibat daripada penggunaan telefon pintar oleh pihak pelajar.
PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR
DAN KOMPUTER RIBA OLEH PELAJAR PMA
9. Pihak PMA berkuasa/ berhak/ boleh mengambil tindakan bagi
penggunaan telefon pintar yang difikirkan TIDAK BERMORAL
atau MELANGGAR SYARAT dan peraturan penggunaan telefon
bimbit PMA. Antaranya;
i) Mengandungi unsur-unsur pornografi atau tidak bermoral (cth:
black metal) samada dalam bentuk teks/ gambar/video/audio.
ii) Mengandungi unsur-unsur mencaci/ memalukan/
menjatuhkan/ mengugut/ mengancam keselamatan pelajar,
guru-guru dan kakitangan PMA.
PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR
DAN KOMPUTER RIBA OLEH PELAJAR PMA
iii) Merancang pencerobohan kawasan larangan, perjumpaan di
antara berlainan jantina atau perancangan untuk mencuri,
memukul, bergaduh, mengugut dan seumpamanya.
iv) Menyalin, menyimpan atau menyebar gambar orang yang
berlainan jantina atau gambar sendiri yang tidak menutup aurat/
menjolok mata/ berkelakuan tidak senonoh dan tidak sopan.
10. Pihak PMA BERHAK untuk mengambil telefon pintar pelajar
bagi tujuan pemeriksaan tanpa perlu kebenaran atau
dimaklumkan atau sebaliknya kepada pemiliknya pada bila-bila
masa atau tempat yang difikirkan perlu.
PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR
DAN KOMPUTER RIBA OLEH PELAJAR PMA
11. Pemilik telefon pintar adalah TERTAKLUK kepada sebarang
perubahan peraturan penggunaan telefon pintar dari masa ke
semasa.
12. Penggubalan/penguatkuasaan peraturan-peraturan baru
adalah di bawah takluk kuasa pihak sekolah.
Penggubalan/penguatkuasaan mana-mana peraturan yang
difikirkan perlu boleh dilakukan TANPA perlu mendapatkan
persetujuan atau memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak
terlibat.
PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR
DAN KOMPUTER RIBA OLEH PELAJAR PMA
13. Pelajar TIDAK dibenarkan untuk membeli barangan atau
membuat pesanan makanan secara dalam talian melalui apa jua
aplikasi dalam talian. Jika berlaku, barangan dan pesanan
makanan tidak akan diserahkan kepada pelajar.
14. AMARAN!
JIKA PELAJAR DIDAPATI MELANGGAR PERATURAN DI ATAS
ATAU MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INI, SET TELEFON
PINTAR AKAN DIRAMPAS DAN HANYA AKAN DIKEMBALIKAN
SETELAH TAMAT TEMPOH PENGAJIAN DAN KEBENARAN
PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT BOLEH DITARIK BALIK.
04
BORANG A & B
UNIT DISIPLIN
BORANG BORANG B
BORANG A KOMPUTER RIBA
TELEFON PINTAR
SEKIAN
TERIMA KASIH JAZKAHKAUIMRAUNLLAH