The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Memahami definisi sebenar tenaga buruh

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fazira Asiqin, 2024-04-15 03:19:45

TENAGA BURUH

Memahami definisi sebenar tenaga buruh

TENAGA BURUH -kumpulan 6


PENDUDUK 15 - 64 TAHUN < 15 TAHUN > 64 TAHUN TENAGA BURUH LUAR TENAGA BURUH GUNA TENAGA PENGANGGUR Tenaga Buruh merujuk kepada penduduk dalam lingkungan umur 15 - 64 tahun yang bekerja atau menganggur.


Sofiya (bongsu, 13 tahun) Weh kak, kau rasa kalau aku nak cari mana-mana kerja “part-time”, ada orang nak ambil ke ? “ Semua penduduk dalam lingkungan 15-64 tahun yang bekerja dan menganggur..” BAB 1 25 September 2015, keluarga Sufian yang mempunyai 5 orang ahli keluarga merupakan antara penduduk yang menetap di Kampung Chendana. Bapa Sufian, Encik Kamal yang berumur 67 tahun merupakan seorang bekas tentera manakala ibunya, Puan Rosnizah yang berumur 60 tahun merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Sufian yang berumur 25 tahun pula merupakan seorang ahli statistik di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur manakala adik-adiknya yang berumur 20 tahun dan 13 tahun masing-masing masih melanjutkan pelajaran. Suatu petang, anak bongsu daripada 3 adik-beradik itu terfikir untuk mencari kerja bagi menjana duit saku nya sendiri.. Pula dah, kau nak cari kerja ? Piya, kau tahu tak dalam Malaysia, orang yang layak digelar tenaga buruh adalah orang-orang yang umur dia antara 15 sampai 64 tahun je. Kau tu baru 13 tahun. Mana ada orang nak ambil kau kerja. (Apa itu Tenaga Buruh ?) Safira (anak kedua, 20 tahun) Hah ? Tenaga buruh tu apa pula ? Orang yang bekerja ke ? Selalu aku dengar orang cakap buruh ni orang-orang yang kerja berat, panaspanas tu, tak pun yang kerja kilang. Haah, betul la tenaga buruh tu orang yang bekerja. Tapi bukan mereka sahaja, macam aku kata tadi, semua yang umur antara 15 sampai 64 tahun adalah tenaga buruh. Mereka yang mampu dan sanggup menyumbang tenaga secara fizikal mahupun mental jika ditawarkan upah seperti gaji. Tapi, dalam ramai-ramai tenaga buruh ni, ada juga yang berkategori guna tenaga dan penganggur. Ada juga yang bukan tenaga buruh.


“ Penganggur sukarela tidak boleh dikategorikan sebagai tenaga buruh seperti penganggur yang lain..” Pada petang yang sama, dilihat Sufian dan bapanya Kamal turut meluangkan masa berbual tentang anak bongsu jiran mereka, Raykarl yang dikhabarkan baru sahaja menamatkan pelajaran di universiti. Anak sulung kepada pasangan itu pula, Rayden dikatakan masih menetap di rumah tanpa sebarang pekerjaan. Terkadang, mereka sebagai jiran terdekat sering mendengar bebelan daripada Pak Daud (ayah Raykarl dan Rayden) kepada anak sulung mereka itu yang langsung tiada usaha untuk mencari pekerjaan di luar. Rayden banyak menghabiskan masa nya dengan bermain permainan video. “Rayden, kau ni sampai bila nak duduk bawah ketiak mak abah je, cuba la sekali sekala tu keluar cari kerja. Tolong keluarga kita.” kata Pak Daud. “Alah Bah, duit pencen kan banyak, mampu je nak tanggung kita berempat. Nanti Raykarl tu dah habis belajar suruh lah dia saja yang bekerja.” jawab Rayden. “Heish budak sorang ni kan, haa bagus la tu. Menganggur la kau sampai ke tua.” balas Pak Daud sambil berlalu ke dapur. BAB 2 ( Bukan Tenaga Buruh ?) Kesian pula ayah tengok Pak Daud tu, si Rayden memang langsung tak mahu bekerja kan ? Takde pun terfikir nak tolong mak abah nya tu cari duit. Asyik mengharap duit pencen abah nya yang tak seberapa tu. Adiknya Raykarl pula baru sahaja habis belajar, mesti ambil masa untuk dapat kerja.Aduhai.. Itula yah, Pian ada dengar juga daripada Pak Daud tentang Rayden tu. Pian ada nasihat dia haritu tapi hmm budaknya keras kepala. Kalau beginilah gaya nya, sampai kesudah lah si Rayden tu jadi Penganggur Sukarela. Penganggur sukarela tu mcm si Rayden tu la yah, dia tak berminat nak cari atau nak terima mana mana kerja. Dia ni boleh dikatakan dalam kategori luar tenaga buruh. Maksudnya umur dia dalam lingkungan umur bekerja tapi disebabkan dia sendiri tak nak kerja, makanya dia dikategorikan tidak bekerja dan tidak menganggur. Penganggur sukarela ? Apa tu Pian ? Sama juga macam ayah, ayah juga antara yang berada dalam kategori Luar Tenaga Buruh cumanya ayah bukan penganggur sukarela sebab ayah dah bersara dan dah takde kudrat untuk bekerja. Dah tua la kata kan.. Hehehe Eish kamu ni.. Ada saja kan nak kenakan ayah.


Sementara di dalam rumah.. Ibu Sufian bersama adik-adiknya Safira dan Sofiya sedang menonton televisyen sambil menikmati minum petang. Televisyen yang sedang menyiarkan siaran langsung berita itu dilihat masih mengupas tentang topik pengangguran di Malaysia yang dikatakan semakin membimbangkan dari masa ke semasa. “Haih, makin lama makin ramai orang yang menganggur dalam Malaysia ni ibu tengok. Apa nak jadi ya dengan budak-budak zaman sekarang ? Takkan orang tua macam ibu, ayah juga yang kena terus bekerja untuk tampung keluarga ? Anak-anak yang dah besar tu sepatutnya perlu ada kesedaran diri untuk tolong keluarga.” kata ibu Ros. “Itulah bu.. Fira tengok anak Pak Daud tu sampai sekarang tak bekerja. Kesian Fira tengok Mak Milah, dia sorang sajalah yang pikul tanggungjawab untuk cari duit makan mereka sekeluarga selain dari duit pencen Pak Daud.” jawab Safira. “Haah bu, ibu taknak cuba-cuba cari kerja ke kat luar sana macam Mak Milah.Kot lah ibu bosan duduk rumah tengok dinding rumah ni 24 jam. Hahahah.” gurau Sofiya. “Eish ko ni Piya, apa cakap macam tu. Kan haritu doktor kata lutut ibu ni dah tak kuat. Ibu mana boleh berdiri lama, nanti bagi kesan buruk dekat tulang lutut dia. Kau lupa ke ?” kata Safira “Ehhh haah la.. hehe aku lupa pula sebab ibu nampak kuat je. Dok berjalan kehulur kehilir Hahahah. Haa kak, jadinya ibu ni bukan dalam kategori tenaga buruh lah kan ? Sebab ibu ada masalah anggota badan. Kan kan ? Kalau macam Mak Milah pula, dia dipanggil sebagai apa ?” tanya Sofiya “Haah betul, selain dari cacat anggota atau mental, suri rumah sepanjang masa pun dikira luar dari tenaga buruh. Macam ibu. 2 dalam 1. Hehe.” “Mak Milah pula dia bekerja, jadi dalam ramai-ramai tenaga buruh, dia antara yang dikatakan sebagai Guna Tenaga.” Jawab Safira..


“Golongan tenaga buruh yang bekerja untuk BAB 3 mendapatkan gaji atau upah..” (Guna Tenaga ?) Di pejabat Sufian.. Dari jauh lagi, Kak Layla selaku rakan sepejabat Sufian sudah pelik apabila melihat Sufian yang kelihatan berkerut mukanya memikirkan sesuatu. Dia tahu Sufian seorang yang sangat komited dengan kerja nya. Setiap masalah yang muncul di pejabat itu, pasti Sufian yang begitu bersungguh cuba untuk menyelesaikannya secepat mungkin. “Aii Pian, sampai nak tembus PC tu kamu tenung, kenapa ? Ada masalah ke meeting tadi ?” tanya Kak Layla. “Hmm macam biasa lah kak, masalah di pejabat. Ikutkan data statistik terkini yang saya peroleh ni nampaknya peratus pengangguran di Malaysia kalini agak membimbangkan. Kalau terus begini, sampai bila nya Malaysia nak capai Guna Tenaga Penuh (GTP). Akak tahu kan apa matlamat kita tahun ni ?” kata Sufian bernada gelisah. “Tahu. Kita nak kurangkan pengangguran. Paling tidak pun dapat capai pengangguran semula jadi.” jawab Kak Layla. “Betul. Ini bermaksud kita kene pastikan pengangguran paling tinggi pun 4%. Sekarang ni hmm.. Ikut maklumat-maklumat yang saya dapat, bilangan Guna Tenaga (golongan tenaga buruh yang bekerja) dalam Malaysia ni berkurang secara mendadak.” keluh Sufian. “Kalau begitu, kita perlu fikirkan jalan penyelesaian untuk cegah masalah ni daripada terus meningkat. Nanti akak tolong setkan meeting kita dengan Bos besar untuk bincangkan masalah ni. Kamu jangan lah serabut sangat. Kita selesaikan benda ni sama sama ya.” kata Kak Layla cuba menenangkan Sufian.


30 September 2015, Malam itu, Raykarl yang baru sahaja pulang dari temuduga kerja nya melihat kelibat Sufian yang juga baru pulang. Dia berniat untuk mengajak jirannya yang satu itu untuk duduk berbual bersama memandangkan mereka sudah lama tidak bersua muka semenjak dia berhijrah ke negeri orang untuk melanjutkan pelajaran. “Pian !” - Raykarl “Eh, Karl. Apa khabar ? Lama tak nampak, macam mana sekarang ?” - Sufian “Alhamdulillah sihat. Hmm macam ni saja lah bro. Dah temu duga ke berapa aku pergi ni. Satu pun tak lepas. Naik sakit kepala aku fikir.” - Raykarl “Haih.. Kadang tu aku pelik juga dengan orang-orang Malaysia ni. Bila anak-anak muda duduk rumah tak bekerja, di marahnya. Bila ada yang dah semangat cari kerja, nak bekerja, mereka pula tak nak terima. Alasannya tak cukup pengalaman. Macam mana mereka nak dapat pengalaman kalau diterima kerja pun belum. Sebab benda-benda ni la pengangguran dekat Malaysia ni naik.” keluh Pian “Aii makan dalam hahahah. Tapi betul apa kau kata Pian. Kalau diteliti balik, ramai penganggur yang berbagai jenis dekat Malaysia ni. Termasuk la aku dan Abah.” - Raykarl “Pak Daud ? Kenapa Pak Daud ?” - Sufian “Tenaga buruh yang sedang mencari dan mahu bekerja untuk mendapatkan tingkat upah tertentu..” BAB 4 (Golongan Penganggur ?)


“Sanggup bekerja pada kadar upah yang lebih rendah daripada sepatutnya berdasarkan kelayakan dan kemahiran..” atau “Tak cari kerja tapi bersedia untuk kerja jika ditawar gaji pada tingkat tertentu..” BAB 5 (Penganggur atau Underemployed ?) Haritu abah ada bagitahu aku, dia nak cari kerja di pekan sebab di kampung ni tak ada yang perlukan khidmat nya. Katanya dia sanggup kerja pada kadar upah berapa sahaja asalkan ada kerja untuk tolong keluarga kami. Padahal abah ada kemahiran yang banyak untuk dapat kerja yang bagus-bagus. Abah nak cari kerja ? Buat apa bah, Karl kan ada. Karl boleh kerja untuk tampung keluarga kita. Abah kan baru sahaja pencen, nak berehat. Duduk sahaja la di rumah ni. Ohh, Pak Daud boleh dikira sebagai underemployed lah ni. Eish, tak apa lah. Abah cuma nak ringankan beban kamu. Jangan risau, abah masih kuat okayy. Imbas semula... Haah, nampakgaya nya begitulah. sekarang..


2 November 2015, Petang itu, sedang Sofiya asyik melayari media sosialnya, dia terlihat story seorang rakan senior nya yang kelihatan sedang bekerja di sebuah kafe kopi. Sofiya hairan, setahu dia rakan seniornya itu sedang melanjutkan pelajaran di universiti seperti kakaknya Safira. Tapi mengapa dia bekerja sedangkan dia masih belajar seperti dia dan kakaknya. Mengapa kakaknya Safira tidak bekerja juga ? Banyak persoalannya yang bermain di akal fikirannya. Sudahnya dia membuat keputusan untuk pergi ke bilik kakaknya dan mencari jawapan. Dia yakin kakak nya pasti tahu soal ini. Di bilik Safira.. Kakaknya kelihatan sedang baring di sofa sambil memejam mata. Baru hendak tidur barangkali. “Kak !” - Sofiya “Uihh kau ni terjerit tiba-tiba dah kenapa ?” - Safira “Hehe, kak aku nak tanya. Tadi aku tengok story IG sorang kawan aku ni sebaya kau, dia belajar juga macam kau tapi kenapa dia kerja eh ? Dia boleh kerja ke ? Layak ke ? Bukan ke pelajar tak boleh kerja ? Ada ke orang nak ambil pelajar bekerja ?” - Sofiya “Eh engkau ni banyak pula soalan ya. Adoi hahahah. Boleh je Piya siapa-siapa pun nak kerja asalkan macam yang aku kata haritu. Umur 15 hingga 64 tahun, tiada masalah fizikal dan mental, sanggup dan mampu bekerja, bukan suri rumah.” “Layak atau tak, ada orang nak ambil atau tak, itu semua bergantung pada pihak yang melantik tu sendiri. Cukup syarat dan kelayakan dia ambil je.” “Aku bukan taknak kerja, aku cuma tak cari. Tapi kalau ada yang tawarkan aku kerja dengan gaji yang berpatutan, mungkin aku akan pertimbangkan. Aku boleh dikira macam penganggur juga la. Bersedia kerja tapi tak mencari.” Kalau macam tu, kenapa kau taknak kerja juga ? Ooooo macam tu.. Faham.


Epilog. Selepas hampir 2 bulan mencuba nasib mencari pekerjaan, akhirnya Raykarl diterima kerja sebagai seorang akauntan di sebuah syarikat di bandar berdekatan dengan kampung mereka. Dia berasa sangat gembira dan semangat untuk memulakan hari barunya sebagai seorang pekerja. Walaupun pekerjaan itu dilihat agak biasa namun dia bersyukur, sekurang-kurangnya dia dapat membantu menyara keluarganya. Soal gaji, oleh kerana dia masih baru di alam pekerjaan, dia menerima sahaja tawaran yang dirasakan cukup berbaloi dengan kemahiran yang dia peroleh. Baginya, semua memang harus bermula dari bawah kan ? Dia teringat akan jirannya, Sufian. Dulu Sufian juga merupakan kerani biasa sehingga lah satu hari beliau ditawarkan pekerjaan yang cukup lumayan di Kuala Lumpur. Dia turut senang melihat keluarga Pak Kamal semakin hari semakin terjamin. Sufian ada menasihati dia, “Setiap pekerjaan memang akan ada susah dan senangnya kerana itulah harga yang perlu dibayar. Sebagai anak, inilah tanggungjawab yang harus kita pikul untuk mencari nafkah buat menampung ahli keluarga selepas mak ayah. Kita kena terus kuatkan semangat, jangan terlalu senang putus asa.” Apabila mengingatkan kembali nasihat itu, Raykarl terfikir mungkin ini punca kenapa pengangguran meningkat semakin hari. Segelintir anak muda terlalu menginginkan sesuatu yang mudah. Tidak mahu bekerja keras dan berharap semua nya semudah ABC. Tapi lihat lah, realiti hidup memang sekeras ini. Sebagai anak muda, seharusnya kita lah yang lebih berusaha keras berbanding mereka yang sudah berusia. Kita yang bertanggungjawab menstabilkan ekonomi negara.


TAMAT


Click to View FlipBook Version