1. Pengenalan Tuaran Youth Town Club (TYTC) ataupun Kelab Belia Daerah Tuaran merupakan Kelab yang ditubuhkan khas untuk orang – orang muda yang berada di Daerah Tuaran. Tujuan asal penubuhan TYTC ini adalah untuk menyatukan belia-belia di daerah Tuaran agar tenaga mereka dapat digunakan dalam kegiatan berbentuk pelajaran sivik, bersukan, rekreasi dan kesenian. Penganjuran kejohanan ini akan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan khususnya bola jaring. Di samping itu, diharapkan pihak Kelab Belia Tuaran akan dapat mengetengahkan bakat-bakat yang sedia ada dalam usaha melahirkan lebih banyak pemain bola jaring berkaliber yang mampu memartabatkan sukan bola jaring di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan seterusnya antarabangsa. 2. Penganjur Kejohanan Tuaran Youth Town City (TYTC) 3. Pengelola Team Good Vibes (TGV) Netball Club 4. Matlamat a. Melahirkan pemain-pemain yang berpotensi dalam permainan bola jaring. b. Melahirkan pemain-pemain bola jaring remaja yang bakal mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara mahupun di peringkat antarabangsa. c. Memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum melalui permainan bola jaring. 5. Objektif a. Melahirkan pemain-pemain yang berbakat dalam permainan bola jaring. b. Menyediakan pasukan bola jaring daerah dan negeri untuk menyertai kejohanan peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. c. Mendedahkan suasana pertandingan yang sebenar kepada belia - belia. d. Memperkenalkan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring yang sebenar kepada yang terlibat. e. Memberi pendedahan pengurusan dan pengelolaan sesuatu kejohanan kepada belia – belia di daerah Tuaran.
6. Sasaran Peserta a. Murid perempuan bawah 12 tahun b. Murid perempuan bawah 16 tahun c. Murid perempuan bawah 20 tahun 7. Nama Kejohanan Kejohanan Tertututp Bola Jaring PIALA BELIA Daerah Tuaran 8. Tarikh Kejohanan 28 – 29 Julai 2023 (Sabtu & Ahad) 9. Tempat Kejohanan Arena Futsal Court, Laya – Laya, Tuaran 10. Senarai Ahli Jawatankuasa Pengelola, Kejohanan Bola Jaring PIALA BELIA Tertutup Tuaran Tahun 2023 Pengerusi : Cik Rohayu Mat Deroh President TGV Netball Club Naib Pengerusi : Pn. Priscella Aletha Koek Naib President TGV Netball Club Penyelaras : Pn. Flora Sinti Bendahari TGV Netball Club Pengerusi Teknik : Pn. Isra/Pn. Shikin Setiausaha : Pn. Janet Jaibet Pen. Setiausaha : Pn. Amy Anastasia Rejoss Moo Bendahari :
AJK Pelaksana Sambutan/Jemputan : Pn. Janet Jaibet Pengurus Pasukan : Pn. Maria Usah : Pn. Hazel Jalukan Statistik : Pn. Dora Binti Jammy Pendaftaran/Juruacara : Pn. Adeline Carol Ribunaan : Pn. Hafizatul Binti Mohd Zaini Juruacara Majlis : Pn. Ernie Fazliana Bte Lasiara Perasmian Penutup Hadiah/Sijil/Cenderahati : Cik Sia Ping Yieng : Cik Rohidayu Mat Deroh Persiapan Dewan/Alatan : Pn. Debra karen (K) Pn. Farah Wahida Zainal Cik Carthnie Maratin Buku Aturcara : Pn. Amy Anastasia Rejoss Moo Makanan/Minuman & : Pn. Siti Norlailah Binti Maulah Jamuan Penutup Pn. Kryiestjilense M. Edang Siaraya/Publisiti : Pn. Flora Sinti Pn. Jaennica Sipin Keselamatan/Kebersihan : Pn. Pn. Kecemasan : Pn. Dokumentasi/Fotografi : Pn. Jaennica Sipin
11. Perbelanjaan BIL ITEM ANGGARAN A 1. Sarapan pagi Jawatankuasa Pengelola RM5.00 x 30 orang x 2 hari 2. Sarapan pagi petugas RM5.00 x 20 orang x 2 hari 3. Sarapan pagi pengadil RM5.00 x 12 orang x 2 hari 4. Makan tengahari Jawatankuasa pengelola RM15.00 x 30 orang x 2 hari 5. Makan tengahari petugas RM15.00 x 20 orang x 2 hari 6. Makan tengahari pengadil RM15.00 x 12 orang x 2 hari 7. Air Mineral RM14.00 x 10 kotak 8. Jamuan VIP (Majlis Penutup) RM15.00 x 10 orang RM 300.00 RM 200.00 RM 120.00 RM 900.00 RM 600.00 RM 360.00 RM 140.00 RM 150.00 JUMLAH RM 2,770.00 B 1. Banner 2. Sijil RM100.00 x 1 RIM 3. Kertas A4 RM15.00 x 2 rim 4. Jaring bola jaring RM15.00 x 6 pasang 5. Pembalut tiang RM75.00 x 2 set 6. Bola kejohanan RM120.00 x 4 biji RM 150.00 RM 100.00 RM 30.00 RM 90.00 RM 150.00 RM480.00 JUMLAH RM 1,000.00 C 1. Sewa Dewan RM500.00 x 2 Gelanggang x 2 hari RM 2,000.00
2. Bayaran pengadil RM200.00 x 12 orang 3. Elaun Jawatankuasa Pengelola RM50.00 x 30 org 4. Alatan Kejohanan (Scoreboard, Time Keeper) 5. Hadiah Kejohanan Johan RM1,500.00 Naib. Johan RM1,000.00 Ketiga RM700.00 Pasukan Fair Play RM300.00 Subs Title RM200.00 x 5 org RM 2,400.00 RM 1,500.00 RM 600.00 RM 4,500.00 JUMLAH RM 11,000.00 JUMLAH PERBELANJAAN A + B + C RM 14,770.00 PENDAPATAN 1. Bayaran penyertaan 48 pasukan x RM200.00 RM 9,600.00 JUMLAH (RM 5,170.00) 12. Penutup Diharapkan kejohanan ini akan dapat mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan dan akan dijalankan dengan lancar dan jayanya. Semoga kejohanan ini akan dapat melahirkan lebih banyak pemain bola jaring remaja yang berbakat besar yang bakal mewakili Daerah Tuaran ke Peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………………. ……………………………. (FLORA SINTI ) (SITI DINAR BT HAMID) Penyelaras Program Presiden TGV Netball Club
LAMPIRAN 1 (PERATURAN-PERATURAN AM PERTANDINGAN) Peraturan 1 : Pengelolaan Seluruh pengelolaan Pertandingan Permainan Bola Jaring diserahkan kepada TGV Netball Club yang boleh juga menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan kepada mana-mana sekolah dalam daerah Tuaran atau satu Jawatankuasa Khas yang dipilih oleh Jawatankuasa Kerja TGV Netball Club. Peraturan 2 2.1 Undang-undang permainan Antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan undang-undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 20 tahun dan ke bawah kecuali ada undangundang khas yang menguasai pertandingan permainan di Daerah Tuaran. 2.2 Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang permainan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSM dan Jawatankuasa Teknik Permainan MSSM semasa akan menjadi undang-undang rasmi permainan. Peraturan 3 : Kelayakan Peserta 3.1 Peserta-peserta. 3.1.1 Pemain adalah pemegang kad pengenalan atau surat sijil beranak asal (Tuaran, Tamparuli, Kiulu) 3.1.2 Pemain yang bekerja atau bersekolah di Daerah Tuaran (Alamat KP/SB luar). 3.1.3 Warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun ke bawah. 3.1.4 Pasukan terdiri daripada Wanita/Perempuan sahaja. Peraturan 4 4.1 Had umur bagi pertandingan permainan adalah seperti berikut : 4.1.1 20 tahun ke bawah. 4.1.2 16 tahun dan ke bawah. 4.1.3 12 tahun dan ke bawah. 4.2 Kiraan umur adalah dikira pada 1 Januari tahun pertandingan. 4.3 Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang disertai tidak layak menyertai pertandingan ini. Seseorang peserta dibenarkan menyertai
pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama. 4.4 Selain yang disebutkan seseorang peserta tidak dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya melainkan ada satu ketetapan khas. 4.5 Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pihak pengelola. Peserta yang tidak mempunyai kad pengenalan hendaklah mempunyai surat pengesahan dengan gambar dari Pejabat Pendaftaran (Borang JPN / 9 atau JPN 1/11) dan salinan sijil beranak yang disahkan oleh Pengetua sekolah yang berkenaan. 4.6 Peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah melengkapkan borang pendaftaran pertandingan individu yang disahkan oleh Guru Besar sekolah peserta berkenaan. Peraturan 5 : Pendaftaran 5.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 12 orang pemain (7 orang pemain dan 5 orang pemain simpanan), seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih. 5.2 Hanya nama pemain yang didaftarkan dalam senarai pemain sahaja dibenarkan bermain. Pengurus Pasukan dan Jurulatih tidak dibenarkan bermain. 5.3 Pendaftaran Pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa sebelum atau pada 24/07/2023. Peraturan 6 : Pengadil / Hakim 6.1 Semua keputusan pengadil / hakim adalah MUKTAMAD. 6.2 Sebarang pembayaran pengadil / hakim akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. Peraturan 7 : Pengerusi Teknik Permainan Kejohanan Semua Pengerusi Teknik permainan akan bertindak sebagai penasihat permainan dari segi teknikal. Peraturan 8 : Pengurus dan Pegawai Pasukan 8.1 Semua Pengurus / Pegawai Pasukan yang berdaftar hendaklah terdiri hadir di majlis taklimat yang diadakan oleh Jawatankuasa Pengelola. 8.2 Pengurus / Pegawai pasukan sekolah hendaklah bekerjasama mematuhi jadual perlawanan dan aturcara yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan Pengelola Kejohanan.
8.3 Semua urusan peserta, disiplin dan kebajikan peserta adalah di bawah tanggungjawab pengurus pasukan sekolah. Peraturan 9 : Pakaian 9.1 Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warna, pasukan yang mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan hendaklah menukar warna bajunya. Walaubagaimanapun bagi permainan yang telah menetapkan warna khusus jersi oleh Jawatankuasa Teknik Pertandingan, maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi. Peraturan 10 : Sistem Pertandingan Sistem pertandingan dijalankan adalah mengikut ketetapan yang ditetapkan semasa Mesyuarat Pengelolaan. Peraturan 11 : Menyerah Kalah dan Menarik Diri 11.1 Pasukan / peserta yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan. 11.2 Sekiranya sesebuah pasukan / peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan-pertandingan, semua keputusan yang dimainkan oleh pasukan / peserta akan dibatalkan. 11.3 Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan berkenaan. 11.4 Berikut adalah tindakan yang akan diambil :- 11.4.1 Menulis surat tunjuk sebab. 11.4.2 Membayar ganti rugi perjalanan dan perbelanjaan pasukan lawan. 11.4.3 Membayar elaun pengadil yang sepatutnya bertugas pada perlawanan tersebut. Peraturan 12 : Bantahan 12.1 Bantahan bertulis dengan menggunakan “Borang Bantahan” yang ditandatangani oleh Pengurus Pasukan berdaftar dan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan atau wakilnya dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM300.00. 12.2 Tempoh bantahan rasmi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan sukan berkenaan. 12.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan yang dibuat ditolak. 12.4 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu akan dijalankan dalam keadaan bermain dalam bantahan. 12.5 Juri rayuan hendaklah mengadakan mesyuarat selepas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mendapati bantahan yang dibuat perlu dipertimbangkan sejam bantahan diterima. 12.6 Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan berkenaan dan keputusannya adalah muktamad. Peraturan 13 : Juri Rayuan Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) : i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya. ii. Setiausaha Pengelola. iii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik Kejohanan. iv. Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Kejohanan atau wakilnya. v. Tiga orang Pengurus Pasukan yang berdaftar yang tidak terlibat dengan bantahan / kos tersebut. Peraturan 14 : Lembaga Tatatertib 14.1 Lembaga ini terdiri daripada : 14.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Permainan berkenaan atau wakilnya. 14.1.2 Ketua Delegat Teknikal. 14.1.5 Pengerusi Pengadil Kejohanan. 14.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk : 14.2.1 Memberi amaran. 14.2.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu. 14.2.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan / pesta. 14.2.4 Mengarahkan pemain dihantar pulang.
14.2.5 Bagi kes-kes disiplin yang berlaku dan melibatkan pegawai-pegawai pasukan, pihak Pengelola Pertandingan hendaklah melaporkan kepada Jawatankuasa Kerja Pengelola untuk tindakan selanjutnya. 14.2.7 Tindakan tatatertib dan melibatkan pegawai-pegawai pasukan, pihak Pengelola Pertandingan hendaklah melaporkan kepada Jawatankuasa Kerja Pengelola untuk tindakan selanjutnya. 14.2.8 Tindakan tatatertib berdasarkan “Perintah Am” akan diambil kepada pegawaipegawai yang didapati sabit kesalahan. Perauran 15 : Majlis Penyampaian Hadiah 15.1 Semua pasukan yang menyertai pertandingan permainan akan menerima sijil penyertaan. Semua pasukan diwajibkan hadir di Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan Kejohanan yang diatur oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. 15.2 Jika terdapat pasukan yang tidak memberi kerjasama, Pengelola berhak mengambil tindakan terhadap pengurus pasukan berkenaan. 15.3 Penyampaian hadiah disediakan oleh Pengelola. Peraturan 16 : Keselamatan 16.1 Pihak Pengelola Pertandingan akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini di tempat penginapan atau pertandingan. 16.2 Sebarang kehilangan atau kerosakkan harta benda semasa pertandingan adalah tanggungjawab pasukan dan peserta sendiri. Walau bagaimanapun, beberapa persediaan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kerosakan. Peraturan 17 : Penyalahgunaan Dadah 17.1 Penggunaan dadah yang tidak dibenarkan seperti senarai “Penyalahgunaan Dadah Berbahaya” adalah diharamkan. 17.2 Ujian pengesanan boleh dijalankan secara rambang kepada peserta oleh Jawatankuasa berhubung kejohanan yang diadakan. Peraturan 18 : Tindakan Mahkamah Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhubung dengan kejohanan yang diadakan.
Peraturan 19 : Kenyataan Akhbar / Media Elektronik Semua pegawai atau peserta yang menyertai Kejohanan Permainan dilarang membuat sebarang kenyataan akhbar / media elektronik berhubung dengan kejohanan kecuali Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau pihak yang bertanggungjawab. Peraturan 20 : Pindaan dan Hakmilik Jawatankuasa Pengelola Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan PERATURAN PERMAINAN BERKENAAN akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.