The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdtaminazahari, 2022-05-13 08:26:42

MOHD TAMIN BIN AZAHARI_257477_KES

MOHD TAMIN BIN AZAHARI_257477_KES

BPMM1013

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN :
KAJIAN KES MINI

BPMM 1013
PENGANTAR PEMASARAN

SEMESTER JA212

DISEDIAKAN UNTUK:
PENSYARAH: DR NORKHAZZAINA SALAHUDDIN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA : MOHD TAMIN BIN AZAHARI

NO. MATRIK : 257477

PUSAT : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1

BPMM1013

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

1- Pengenalan 3-4

2- Kenal pasti pesaing-pesaing Rumah Rasa Tradisi 4-5
dan bangunkan SATU (1) pemetaan persepsi 5-6
(perceptual mapping).

3- Kenal pasti segmentasi pemasaran yang sedang
dipraktikkan oleh Rumah Rasa Tradisi dan jelaskan
TIGA (3) kebaikan dan kelemahan segmentasi
pemasaran tersebut.

4- Kenal pasti sasaran pasaran Rumah Rasa Tradisi dan 7-8
jelaskan TIGA (3) kebaikan dan kelemahan
pemposisian tersebut.

5- Pada pendapat anda, adakah Rumah Rasa Tradisi perlu 9-10
membuat perubahan segmentasi dan pemposisian
pasaran mereka? Nyatakan justifikasi anda.

6- Lampiran 11

7- Senarai Rujukan 11

2

BPMM1013

1- Pengenalan

Pemasaran sering diperkatakan oleh media massa mahupun individu tertentu. Ini kerana
pemasaran banyak mempengaruhi kehidupan harian kita, sama ada dalam memainkan
peranan kita sebagai pengeluar atau pun sebagai konsumer (pengguna). Pengeluar
barangan atau servis sering kali terpaksa memikirkan bagaimanakah produknya perlu
diedarkan, diletakkan harga, diberi nama (jenama), dibungkus dan sebagainya.
Pemasaran mempunyai banyak takrif yang diberikan oleh pakar-pakar pemasaran yang
berbeza. Walau bagaimanapun, menurut seorang pakar pemasaran yang sudah dikenali
ramai, Kotler (1999) dalam bukunya, Principles of Marketing, mentakrifkan pemasaran
sebagai: “Satu proses sosial ataupun pengurusan di mana individu ataupun kumpulan
memperoleh apa yang dikehendaki dan diperlukan sama ada dengan menciptakan
sendiri atau melalui pertukaran produk atau nilai dengan satu pihak lain.” kita fahami
bahawa perkataan pemasaran itu merujuk kepada satu proses di mana seseorang yang
berkehendakkan sesuatu produk ataupun servis boleh memiliki produk ataupun servis
tersebut dengan mencipta sendiri produk/servis tersebut ataupun menukarkan produk
ataupun servis tersebut dengan produk atau servis yang nilainya sama dengan produk
tersebut.

Dalam erti kata lain, proses penciptaan atau pertukaran itu sendiri memerlukan
satu pihak lain yang mesti melalui satu proses sosial atau pengurusan yang mana beliau
seharusnya tahu untuk berhubung antara satu sama lain. Ia merupakan proses awal
dalam urusan jual beli ataupun urusniaga. Sebenarnya di zaman dahulu telah pun wujud
sistem perniagaan yang berdasarkan kepada pertukaran barangan atau disebut sebagai
sistem barter. Kemudiannya, barulah terdapat perantaraan (medium of exchange) iaitu
wang sebagai ukuran nilai sesuatu barang yang diterima umum sebagai mekanisme
untuk berurus niaga. Definisi pemasaran yang diberikan oleh Persatuan Pemasaran
Amerika (AMA) pula menyatakan: “Pemasaran adalah satu proses perancangan dan
pelaksanaan konsepsi, harga, promosi dan pengedaran idea, barangan dan servis untuk
membentuk pertukaran yang dapat memuaskan objektif individu dan organisasi.”.
Seterusnya, penentuan harga, promosi dan pengedaran barangan, servis atau idea perlu
dibuat untuk memudahkan fungsi pertukaran yang menemukan pembekal dengan
pengguna (pembeli). Oleh itu, untuk memahami pemasaran dengan lebih mendalam, kita
perlu memahami konsep pertukaran ini dan beberapa konsep asas yang lain seperti
keperluan, kehendak, permintaan, produk, nilai, kepuasan, kualiti, urusniaga dan
hubungan serta pasaran.

3

BPMM1013
Melalui Kajian kes mini ini, Saya akan memberikan beberapa fokus penekanan
kepada mengenalpasti pesaing-pesaing Rumah Rasa Tradisi, Sementasi
pemasaran, Sasaran pasaran, perubahan segmentasi dan pemposisian pasaran.

2- Kenal pasti pesaing-pesaing Rumah Rasa Tradisi dan bangunkan SATU (1)
pemetaan persepsi (perceptual mapping).

Dalam Kajian Kes Mini ini, Restoran Rumah Rasa Tradisional tidak mempunyai
persaingan secara langsung kerana ia mempunyai konsep perniagaan yang
tersendiri. sebagai contoh resepi warisan, penggunaan bahan premium dan
menerima tempahan perkhidmatan dalam kuantiti yang banyak bagi tujuan majlis
tertentu. Perceptual Mapping adalah satu gambaran bagi melihat persepsi pelanggan
atau bakal pelanggan secara visual. Melalui kajian kes mini ini, Restoren Rumah
Rasa Tradisi mempunyai persaingan darisegi menu utama dan menu istimewa yang
juga ditawarkan oleh pesaing yang berada disekitar Selangor, Kuala Lumpur dan
Pahang. mereka juga menyediakan jualan yang sama seperti jualan lemang dan
sajian tradisi yang merupakan menu kesukaan ramai. Pesaing pesaing juga
mempunyai jenama produk yang kukuh da dikenali. Pada pemikiran saya, Harga
yang ditawarkan oleh pesaing adalah lebih rendah berbanding Restoren Rumah
Rasa Tradisi. Kesemua pesaing tersebut mempunyai keutuhan jenama dan menjual
lemang dengan harga RM15 sebatang dengan pilihan rendang daging yang berharga
dalam lingkungan RM 10 hingga RM 15 untuk 200 gram. Pesaing tidak mempunyai
pilihan rendang yang pelbagai seperti yang terdapat di Restoren Rumah Rasa
Tradisi. Pilihan rendang di Restoren Rumah Rasa Tradisi adalah satu kelebihan yang
boleh memikat hati pelanggan.

Faktor lokasi pesaing iaitu Selera Warisan di Bandar Baru Bangi dan
Jendela Rasa di Mount Kiara yang turut menawarkan makanan tradisi pada harga
bermula RM 19 hingga RM 99. Sehubungan dengan itu, kedua-dua restoren ini juga
tidak menawarkan menu tradisi yang pelbagai pada hari biasa.Sebagai contohnya
kedua-dua restoran ini tidak menyediakan menu lemang dan rendang melainkan
pada bulan atau acara tertentu seperti bufet Ramadan dan jamuan Hari Raya sahaja.
Oleh itu saya akan menerangkan Perceptual Mapping bagi Restoren Rumah Rasa
Tradisi dan yang lain pada gambar rajah dibawah.

4

BPMM1013

Harga Menu yang
Mahal

• Rumah Rasa Tradisi

Pilihan Menu yang Pilihan menu
tidak Pelbagai yang pelbagai

• Lemang Daun Derek - Jendela Rasa
• Lemang Warisan Tok Keramat - Selera Warisan
• Lemang To’ki

Harga Menu yang
murah (Berpatutan)

Gambar Rajah : Perceptual Mapping

3- Kenal pasti segmentasi pemasaran yang sedang dipraktikkan oleh Rumah
Rasa Tradisi dan jelaskan TIGA (3) kebaikan dan kelemahan segmentasi
pemasaran tersebut.

Segmentasi merupakan proses membahagikan pasaran yang besar dan mempunyai
pelbagai keperluan, diri dan gelagat kepada pasaran yang lebih kecil, contohnya
individu di dalam setiap segmentasi mempunyai keperluan, kehendak dan gelagat
pembelian yang sama. Sementasi yang digunakan oleh Restoren Rumah Rasa
Tradisi adalah segmentasi Asas Psikografi. Asas Segmentasi Psikografi menrupakan
kaedah membahagikan pasaran kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan kelas
social tertentu, membahagikan pasaran berdasarkan personality, gaya hidup,
citarasa dan sebagainya.

Hasil pemahaman saya, saya memilih segmentasi Asas psikografi ini adalah kerana
terdapat factor pembolehubah dalam segmentasi Asas Psikografi yang dipraktikan

5

BPMM1013
dalam kajian kes mini ini, iaitu seperti kelas social , gaya atau corak hidup dan
personaliti sajian yang membezakan pasaran. Sebagai contohnya apabila kita lihat,
Restoren Rumah Rasa Tradisi menggunakan bahan premium dan mempunyai harga
sajian yang lebih tinggi berbanding restoren pesaing. Oleh itu, kita dapat melihat
pengusaha Restoren Rumah Rasa Tradisi membahagikan penetapan harga kepada
kelas social pelanggan yang dimana sasaran kepada pelanggan yang mempunyai
gaya hidup yang mementingkan kualiti makanan yang sedap dari segfi rasa yang
konsisten serta menggunkan bahan yang bermutu seperti kesegaran bahan yang
digunakan dalam masakan, sebagai contohnya daging yang berkualiti, lemang yang
mempunyai pulut yang fresh dan juga persekitaran tempat yang bersih, selesa dan
mempunyai dekorasi restoran yang canti dan sedap. Manakala, menerusi aspek
sajian pulak, restoren ini mempelbagaikan sajian trasidi dengan menggunakan
resepi warisan, ianya menjadikan restoren ini pilihan pelanggan yang gemar
menikmati masakan tradisi. Dalam ha ini, harga yang tinggi dan kepelbagaian sajian
serta perkhidmatan yang berkualiti akan dipilih pelanggan untuk terus menikmati
sajian yang ditawarkan oleh Restoren Rumah Rasa Tradisi. Pada pemerhatian, harga
yang ditawarkan akan diterima oleh baik oleh pelanggan atasan dan bagi kelas
bawahan pula sasaran kepada pelanggan yang ingin mencuba sesuatu yang
berkualiti serta menikmati kelazatan resepi tradisi yang memberi ganjaran yang
terbaik bagi golongan ini.

3.1 Kelebihan Segmentasi yang dipraktikkan Asas Psikografi
Beberapa kelebihan psikografi ialah ianya menggunakan beberapa pembolehubah
bagi membolehkan sesebuah syarikat itu menilai para pembeli. Sebagi contohnya
penilaian menerusi kelas sosial. Menerusi aspek ini dapat kita lihat pengusaha telah
menggunakan konsep psikografi dengan memberikan focus terhadap pelanggan
yang terdiri daripada kelas sosial yang tinggi. Gaya hidup atau corak hidup yang
mewah tidak menjadi satu masalah untuk golongan ini. Pengusaha telah meletakan
bahan sajian yang berkualiti dan premium dengan harga yang tinggi metipun
terdapat hidangan dalam bentuk set hidangan. Selain itu, konsep ini juga memberi
kelebihan dalam aspek personalitiu. Aspek personality ini lebih tertumpu terhadap
kedinamikan dalam sajian yang ditawarkan.

3.2 Kelemahan Segmentasi yang dipraktikkan Asas Psikografi

Kelemahan dalam segmentasi pemasaran ialah daripada segi golongan sasaran
Restoren Rumah Rasa Tradisi yang tidak jelas. Hal ini kerana, restoren ini
menggunakan konsep restoren makanan tradisi melayu dengan harga yang
premium.. oleh itu, ianya akan menyasarkan golongan kaum melayu sebagai sasaran
pelanggan utama dan ini menghadkan jumlah pelanggan mereka kepada satu

6

BPMM1013
golongan sahaja. Perlu difikirkan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum untuk
meletakkan sebuah menu dengan harga premium ianya hendaklah mengetenghkan
menu yang mesra kaum di Malaysia. Kelemahan dari aspek harga, iaitu harga yang
tinggi menyebabkan kuasa beli pelanggan yang terhad, ianya hanya mampu
dinikmati golongan atasan sahaja. Restoren Rumah Rasa Tradisi ini menyasarkan
golongan melayu atasan sebagai sasaran pelanggan mereka. Namun dengan
menyediakan menu makanan hari kaum melayu yang boleh didapati dengan harga
yang lebih rendah, maka restoren Rumah Rasa Tradisi ini bukanlah pilihan harian
kaum melayu. Ia jelas menunjukkan kelemahan ini. Kelemahan seterusnya ialah
darisegi aspek lokasi Restoren Rumah Rasa Tradisi yang terletak di Seksyen 9,
Shah Alam merupakan sebuah restoran berkonsepkan sajian dan makanan tradisi.
Berdasarka pada pemerhatian,lokasi tersebut tidak strategik kerana kawasan
tersebut bukanlah sebuah kawasan elit sebagai sasaran pelanggannya. Majoriti
rakyat yang menetap disana ialah golongan kebanyakan, pekerja kilang, pelajar dan
sebagainya. Sekiranya Restoren Rumah Rasa Tradisi membangunkan sebuah
restoren sajian klasik dengan harga yang premium, maka lebih sesuai sekiranya
dibangunkan di Kawasan elit seperti Damansara atau di pusat bandaraya Kuala
Lumpur. Hal ini dapat mengurangkan persaingan dengan restoren yang
menyediakan menu makanan Melayu dengan harga yang lebih rendah.

4- Kenal pasti sasaran pasaran Rumah Rasa Tradisi dan jelaskan TIGA (3)
kebaikan dan kelemahan pemposisian tersebut.

Sasaran pasaran iaitu target marketing (pemasaran bersasar) di mana hanya
pasaran sasaran (target market) iaitu segmen pasaran yang dipilih oleh syarikat
untuk mensasar sahaja akan diambil kira dalam pembentukan strategi penyasaran.
Dalam hal ini, pemasar boleh memilih salah satu dari strategi liputan pasaran yang
bersesuaian dengan sumber-sumber yang ada, kos, serta objektif dan imej
syarikatnya.

Strategi menggunakan ciri-ciri produk iaitu mengambil peluang atas ciri-ciri produk.
Sasaran pasaran Restoren Rumah Rasa Tradisi adalah Pemasaran Berbeza. Hal ini
adalah kerana restoren ni mensasarkan beberapa segmen tertentu kemudian
berbentuk campuran pemasaran berbeza. Hal ini menarik minat pelanggan untuk
berkunjung ke restoren ini. Pemposisisan yang dapat dilihat ialah menerusi
menuutama makanan itu sendiri iaitu makanan klasik dengan menberikan sajian dari
tiga negeri yang berbeza sebagai menu utama disamping menu istimewa adalah
lemang. Pengusaha mensasarkan golongan kaum melayu sebagai pelanggan utama
yang memenuhi makanan tradisi. Selain itu bagi menarik minat pelanggan,

7

BPMM1013
pengusaha telah menawarkan menu makanan yang menggunakan set makanan bagi
emudahkan pelanggan membuat tempahan. Set makanan ini dilihat sebuah set
makanan yang lebih jimat berbanding set individu. Oleh itu, ia turut menjadi tarikan
pelanggan yang ingin mencuba masakan di restoren ini dengan kadar harga yang
lebih jimat. Dalam era pandemic ini, pengusaha telah menyediakan khidmat
penghantaran makanan. Ini merupakan strategik yang bijak yang telah dibuat
pengusaha dalam memastikan Restoren Rumah Rasa Tradisi terus beroperasi dan
tidak mengalami kerugian yang jelas seterusnya dapat kekal dipasaran.

Kelebihan pemposisian ini ialah ianya menrupakan sebuah strategik yang unik,
kerana pengusaha memilih untuk menjadikan masakan harian klasik ini sebagai
masakan yang premium dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Langkah ini
dilihat tidak berani untuk diambil oleh pesaing lain. Selain itu juga, menu sampingan
istimewa seperti lemang juga menrupakan idea yang bijak, kerana lemang
menrupakan makanan yang sinonim dengan Perayaan Hari Raya yang kebiasaannya
dapat dinikmati setahun sekali. Oleh itu, bagi pelanggan yang ingin menikamti
lemang boleh berkunjung ke Restoren Rumah Rasa Tradisi pada bila-bila masa untuk
menikmatinya. Strategi pengusaha yang menawarrkan set makanan yang berpatutan
dilihat sebagai sebuah Tindakan yang bijak dalam menarik golongan pelanggan yang
kurang berkemampuan, namun ingin mencuba sajian yang ada di restoren ini.
Sasaran kepada pelanggan yang sibuk bekerja, mereka boleh membuat tempahan
dan perkhidmatan penghantaran akan menghantar makanan Restoren Rumah Rasa
Tradisi. Kelebihan yang dapat dilihat dari aspek penjenamaan menu, yang
menggunakan nama yang tular di media-media FB, tiktok dan sebagainya. Hal ini
dapat menarik lebih ramai pelanggan yang ingin mencuba menu-menu yang diberi
nama yang sempoi seperti lemang raya sedap ooo, lemang famous, sedap lemang
boh.

Meskipun terdapat kelebihan dalam pemposisian yang dipilih oelh pengusaha ini,
namun berdasarkan pemerhatian terdapat beberapa kelemahan yang utama. Hal ini
jelas, berdasarkan kajian kes yang mana pengusaha dikatakan tidak memp[unyai
pesaingan yang segit. Hal ini kerana strategik pengusaha dilihat berisiko tinggi.
Kebanyakan restoren yang menggunakan konsep makanan klasik seharusnya
mempunyai beberapa kelebihan atau ciri-ciri yang boleh menarik minat pelanggan.
Contohnya persekitaran yang kondusif seperti pemandangan yang suasana kampong
sebagai tarikan klasik kepada menu masakan citarasa melayu. Situasi ini berbeza
dengan restoren Rumah Rasa Tradisi yang mana lokasinya terletak dikawasan
perindustrian. Selain itu juga, strategik pengusaha dilihat berisiko tinggi kerana ia
menawarkan harga yang jauh lebih mahal daripada pesaingnya. Hal ini menyebabkan
pelanggan lebih cenderung untuk menikmati menu yang lebih rendah dan mampu.

8

BPMM1013

5- Pada pendapat anda, adakah Rumah Rasa Tradisi perlu membuat perubahan
segmentasi dan pemposisian pasaran mereka? Nyatakan justifikasi anda.

Pada pendapat saya, Restoren Rumah Rasa Tradisi perlu membuat perubahan
segmentasi dan pemposisian pasaran. Antaranya ialah dengan menggunakan
pendekatan segmentasi Asas Gelagat. Segmentasi asas gelagat dilihat strategik
yang lebih bersesuaian dengan situasi kini, yang mana pengusaha dilihat
mensasarkan terhadap golongan yang berada dalam kelas sosial yang tinggi, namun
menu yang disajikan dan Kawasan demografi restoren itu sendiri dilihat tidak
bersesuaian. Menerusi segmentsai asas gelagat pengusaha mampu untuk menarik
lebih ramai pelanggan dengan menyediakan sajian mampu mil;ik. Sajian mampu
milik dengan kualiti makan yang premiu, mampu untuk melahirkan salah satu ciri
segmentasi asas gelagat iaitu kesetiaan pelanggan. Selain itu, menerusi segmentasi
ini juga mampu untuk melahirakan status pelanggan berbeza. Sekiranya sebelum ini
golongan palanggan terhad serhadap satu kelompok sosial, dengan segmentasi ini,
golongan pelanggan yang lebih meluas.

Pengusaha perlu mengenalpasti kelebihan pesaing bagi menwujudkan
Pemposisisan Pasaran yang lebih strategik. Pengusaha boleh mengwujudkan
sebuah menu yang sesuai untuk citarasa yang mampu dinikmati oleh semua
golongan. Pengusaha memperkenalkan konsep yang dekat dengan pelanggan
seperti menyediakan minuman percuma setiap hari jumaat bagi menarik minat
pelanggan untuk mencuba menu tersebut.Pengusaha boleh membuat sesuatu
kelainan dengan memberi hadiah hamper kepada pelanggan setia yang melanggan
sebanyak melebihi 4 kali dalam satu minggu. Hal ini, dapat menarik perhatian
pelanggan untuk terus setia bagi mendapatkan hadiah tersebut. Selain itu juga,
pengusaha boleh menwujudkan menu atau produk baru dengan memberi sampel
percuma kepada pelanggan yang berkunjung di restoren. Hal ini akan menwujudkan
kesediaan membeli dan kesetiaan pelanggan. Situasi ini juga merupakan sebuah
pemposisian pasaran yang bagus dan membolehkan pengusaha untuk bersaing.
Strategik pemasaran ini banyak dilakukan oleh syarikat besar seperti Pizza Hut, Mc
Donalds dan lain-lainnya.

Perkembangan teknologi ICT yang membangun seluruh dunia boleh dijadikan
medium untuk membantu pengusaha membuat pengiklanan dan menarik minat
pelanggan dengan info-info yang jelas tentang menu yang ditawarkan oleh restoren

9

BPMM1013
Rumah Rasa Tradisi. Kemajuan bidang teknologi maklumat iaitu media sosial dapat
membantu pengusaha untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk menikmati menu
yang ditawarkan oleh restoren Rumah Rasa Tradisi. Promosi melalui media sosial
jugak boleh membantu mengembangkan produk secara meluas.
Selain itu juga, pengusaha melaksanakan sejuk beku dilihat sebuah idea yang
menarik minat pelanggan. Hal ini dapat menwujudkan persaingan yang sihat antara
pesaing-pesaing lain. Selain ia sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dari
pelanggan. Produk seju beku ini boleh meluaskan pasaran pengusaha dengan
melakukan penerangan produk, promosi dan seterusnya jualan secara atas talian
dengan menggunakan media sosial. Contohnya mengadakan live di Facebook
berkaitan pengenalan menu-menu yang ditawarkan oleh restoren Rumah Rasa
Tradisi. Menerusi strategik ini, pengusaha dapat mensasarkan pelanggan ke serata
Malaysia. Malah ianya boleh membuka peluang eksport ke luar negara serta mampu
untuk lebih ramai rakyat Malaysia menikmati menu restoren Rumah Rasa Tradisi.

Kesimpulannya
Berdasarkan kajian kes mini ini, saya dapat memperolehi kefahaman yang mendalam
mengenai pasaran sesebuah perniagaan. Pemasaran ialah aspek penting dalam
sesebuah pernigaan. Pemasaran penting bagi memahami keperluan, kehendak
pelanggan dan mendekatkan antara pengguna dengan pengusaha. Apabila
sesebuah perniagaan mengaut keuntungan tanpa mengambilkira keperluan
pelanggan. Ia akan menrugikan segmen pasaran kerana kuasa pembeli menjadi
penentu kepada kestabilan sesebuah perniagaan. Menerusi kajian kes mini ini, Saya
dapat mempelajari betapa pentingnya ilmu pemasaran dalam sesebuah perniagaan
dalam menentukan kejayaan atau kegagalan perniagaan itu. Pemasaran adalah nadi
denyut kepada kejayaan sesebuah perniagaan.

10

BPMM1013

6- Lampiran
-Tiada-

7- Senarai Rujukan
i. http://www.balohpedia.com/2018/02/memahami-segmentasi-
pasaran.html
ii. http://blog.coastaldimsum.com/2020/09/21/strategi-pemasaran-produk-
makanan/

11


Click to View FlipBook Version