SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NAMA : NURUL DHUHA BINTI MOHD YUSOFF KELAS : BM3 NO. IC : 040724-03-0958 NO. MATRIK : P23080305 NO. ANGKA GILIRAN : 2023082310065
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Sejarah Perkembangan Tulisan dalam Bahasa Melayu Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka
Sejarah Perkembangan Tulisan dalam Bahasa Melayu Sistem tulisan pallava Sistem tulisan kawi Sistem tulisan jawi
Sistem Tulisan Pallava Tulisan Pallava berasal dari India dan dibawa oleh seoarang Hindu semasa mereka tiba di kawasan Melayu seperti Srivijaya dan Palembang (Nik Safiah, 2010). Tulisan Pallava banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Ketika itu, bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini terhad dalam kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis. Tulisan Pallava google.com
Penemuan terawal tulisan Pallava adalah pada tiang batu persembahan (Yupa) di daerah Muara Kaman, iaitu pertemuan di antara Sungai Mahakam dengan Kedang Kepala. Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalan tahun 1879. Kini, Yupa tersebut disimpan di Muzium Nasional Jakarta. Tiang batu persembahan (Yupa) google.com
Sistem Tulisan Kawi Tulisan Kawi merupakan sistem tulisan selepas Pallava yang dikatakan turunan daripada sistem Pali. Perkataan Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud penyair. Tulisan ini dikatakan berasal daripada huruf Vangki (Wenggi), iaitu huruf yang dibawa oleh orang-orang India dari Coromandel. Tulisan Kawi ini digunakan untuk menulis dalam bahasa Kawi yang dituturkan oleh orang jawa ketika itu. Pada peringkat awal, tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar dan kemudiannya diubah suai dan ditulis pada batu. Tulisan Kawi google.com
Bukti penggunaan tulisan Kawi ialah melalui inskripsi yang dijumpai di Joreng, Tapanuli, Sumatera Utara. Sistem tulisan Kawi ini kemudiannya telah menurunkan pelbagai bahasa daerah seperti Batak, Rejang, Lampung, Kerinci dan lain-lain (Nik Safiah, 2010). Tulisan Kawi dikatakan lenyap pada tahun 1400 Masihi dengan runtuhnya kerajaan Majapahit. Batu bersurat di Situs Bongal google.com
Sistem Tulisan Jawi Tulisan Jawi mula pesat berkembang di Tanah Melayu melalui aktiviti perdagangan Arab yang datang berdagang di kepulauan Melayu sejak kedatangan Islam pada abad ke 10. Tulisan Jawi di Tanah Melayu berkembang seiring dengan agama Islam yang merupakan pegangan orang Melayu. Pada ketika itu, peniaga-peniaga Arab juga giat menyebarkan dakwah Islam selain daripada berniaga. Terdapat beberapa kesan daripada penyebaran dakwah Islam, antaranya ialah penduduk-penduduk Tanah Melayu menggunakan hurufhuruf Arab sebagai medium dalam komunikasi. Huruf-huruf Arab yang diperkenalkan kepada penduduk-penduduk Tanah Melayu kini dikenali sebagai Tulisan Jawi. Tulisan Jawi pada abad ke 11 hingga ke 14 telah tersebar secara meluas di Tanah Melayu.
Batu Bersurat Terengganu Batu Bersurat Terengganu adalah prasasti tertua dalam tulisan jawi klasik yang ditemui di negeri Terengganu. Dengan penemuan ini , Terengganu menjadi negeri yang paling awal menerima kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Melayu iaitu sebelum tahun 1326 atau 1386. google.com
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka Bahasa Melayu dalam sistem Pendidikan : - Laporan Barnes (1951) - Laporan Fenn-Wu(1951) - Ordinan Pelajaran (1952) - Laporan Razak (1956) Pengenalan bahasa Melayu moden : - Kerjasama serantau dan pengantarabangsaan
Laporan Barnes (1951) Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L. J. Barnes ditubuhkan untuk mengkaji dan memperbaik pendidikan bagi orang Melayu. Laporan Barnes memberi satu cadangan radikal, iaitu menghapuskan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Cadangan laporan Barnes ialah menubuhkan sekolah dwibahasa manakala bahasa pengantar ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada Sekolah Kebangsaan Pengajaran agama menggantikan mata pelajaran Jawi di sekolah. Tindakan ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kelas agama pada waktu petang kerana pengajaran agama tidak diajar pada waktu persekolahan. Kerajaan dalam Laporan Barnes akan memberi Pendidikan secara percuma selama enam tahun. google.com
Orang Melayu berpendapat bahawa sistem ini lebih mementingkan bahasa Inggeris. Selain itu, orang Cina mengganggap sistem ini akan menjejaskan bahasa dan budayanya. Manakala, orang India pula meminta agar Kerajaan mengkaji semula kedudukan sekolah Tamil yang mendapat perhatian oleh Kerajaan Inggeris. Oleh kerana adanya tentangan ini, maka wujudnya Laporan Fenn-Wu. google.com google.com
Laporan Fenn-Wu (1951) Jawatankuasa Fenn-Wu ditubuhkan bawah pimpinan Dr. W. P. Fenn dan Dr. Wu Teh Yao. Dr. W. P. Fenn merupakan seorang pakar pendidikan dari Amerika Syarikat, manakala Dr. Wu Teh Yao ialah pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Modus operandi jawatankuasa ini untuk mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu. Masyarakat Cina yang menganggap Laporan Barnes berhasrat menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. google.com
Laporan jawatankuasa ini menjelaskan bahawa orang Cina menentang sebarang usaha penurunan taraf bahasa Cina ke peringkat yang lebih rendah. Seterusnya, menyokong supaya sistem persekolahan majmuk dikekalkan dan Inggeris. Laporan ini juga cuba untuk memperkasakan sekolahsekolah memberi pengiktirafan terhadap bahasa Cina selain bahasa Melayu dan bahasa vokasional dan menyediakan buku teks yang menggambarkan kecintaan kepada Tanah Melayu untuk membezakan buku teks yang ditulis dalam bahasa Cina. Antara lain, Laporan Fenn-Wu mencadangkan supaya menghapuskan pengaruh politik serta campur tangan masyarakat dalam pentadbiran sekolah. google.com
Ordinan Pelajaran (1952) Ordinan Pelajaran 1952 bertujuan untuk mengkaji cadangan Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu serta mencari satu jalan tengah yang baik. Kedua-dua laporan ini didakwa untuk menghapuskan bahasa dan tradisi budaya orang Cina di Tanah Melayu. Menurut Shahril @ Charil Marzuki et. al. (1993), kerajaan British telah menubuhkan jawatankuasa ini untuk mengkaji kedua- dua laporan yang telah dibuat sebelum ordinan ini, iaitu Laporan Fenn-Wu dan Laporan Barnes kerana kedua-dua laporan ini mempunyai perbezaan pandangan yang agak ketara. Ordinan ini digubal untuk memajukan lagi bidang pendidikan di Tanah Melayu mengikut kesesuaian masa. Ordinan Pelajaran 1952 menetapkan bahawa sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan. Bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai bahasa ketiga tetapi tidak menjadi sebahagian daripada sistem persekolahan kebangsaan. Usul dalam ordinan ini tidak terlaksana kerana kekurangan kewangan, guru terlatih dan bantahan daripada masyarakat Cina dan India.
Oleh itu, kerajaan telah membentuk jawatankuasa khas memutuskan penggunaan dua bahasa di sekolah Melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil untuk diserap ke dalam sistem persekolahan kebangsaan. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris juga mula dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina dan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris) dikekalkan, pendidikan agama diadakan pada waktu persekolahan untuk murid-murid beragama Islam sama ada dalam kawasan sekolah mereka atau di kawasan lain yang berhampiran, dan sekolah-sekolah vokasional diperkembangkan. google.com
Laporan Razak (1956) Dalam pilihan raya pada tahun 1955, Parti Perikatan yang terdiri Daripada UMNO, MCA dan MIC telah dipilih untuk memerintah negara. Bagi memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya, satu sistem pendidikan yang sama untuk semua penduduk segera ditubuhkan, Jawantankuasa Pendidikan 1956. Jawatankuasa Pendidikan 1956 dipengerusikan oleh Dato' Abdul Razak Hussein sebagai Menteri Pelajaran pada masa itu. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Penyata Razak 1956. google.com
Penyata Razak 1956 telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan yang dianggap dapat menyuburkan semangat perpaduan negara. Pertama, sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. google.com
Penyata Razak 1956 mengemukakan 17 cadangan dengan mengambil kira bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Antara cadangannya: a) Persamaan sukatan pelajaran untuk semua sekolah di Tanah Melayu. b) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar utama. c) Mewajibkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk semua sekolah rendah dan menengah. d) Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan dan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar. Namun begitu, Sekolah Jenis Kebangsaan boleh menggunakan bahasa ibunda masingmasing sebagai bahasa pengantar. e) Penubuhan satu jenis sekolah sahaja untuk semua kaum. f) Guru-guru sekolah rendah dan menengah hendaklah yang berkelayakan sahaja. g) Semua guru diletak di bawah perkhidmatan profesional dan penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan. h) Sekolah-sekolah dikelolakan oleh Penguasa Pelajaran tempatan. Sistem persekolahan peringkat menengah terdapat tiga bahagian, iaitu Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Prauniversiti (Pra-U).
Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan Dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat serantau, pelbagai jalinan kerjasama telah dijalankan bersama untuk memperkukuh bahasa Melayu. Antaranya ialah penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Jaringan Pustaka dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (FOKEPS). Kesemua jalinan kerjasama serantau ini diusahakan untuk mengangkat bahasa Melayu ke martabat yang tertinggi. 1. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dilancarkan penubuhannya pada 21 Ogos 2000, serentak dengan sidangnya yang pertama yang dihadiri oleh wakil 20 buah negara anggota dari seluruh dunia. Majlis ini bermatlamat untuk menyelaraskan segala aktiviti yang menjurus pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dan menaungi jawatankuasa-jawatankuasa bahasa yang ada pada pelbagai peringkat.
2. MABBIM ialah gabungan pengembangan bahasa dari tiga rumpun negara, iaitu Brunei, Malaysia, dan Indonesia. MABBIM telah dibentuk pada 4 November 1985 apabila negara Brunei telah menyertai kerjasama kebahasaan yang lebih awal dijalinkan oleh negara Malaysia dan Indonesia (MBIM). Dengan keanggotaan baharu oleh negara Brunei, satu piagam yang memberikan takrif tujuan dan fungsi MABBIM digubal dan dipersetujui bersama. MABBIM menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khususnya dalam bidang penyelarasan peristilahan. Hasil daripada piagam ini, penyeragaman ejaan antara negara anggota diisytiharkan pada 16 Ogos 1972, maka lahirnya buku Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan Pedoman Pembentukan Istilah Bahasa Melayu pada 1975, diikuti Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu pada 1981 dan Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi pada 1984. google.com
3. Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) ialah sebuah majlis yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan sastera pada peringkat nasional. Penubuhan MASTERA dianggotai oleh tiga negara pendiri, iaitu negara Brunei Darussalam, Indonesia, dan Malaysia pada 25 Ogos 1996. MASTERA diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang mewakili lembaga pemerintah atau kerajaan setiap negara anggota. Selain negara pendiri, keanggotaannya juga terdiri daripada tiga kelompok, negara ahli dan negara pemerhati. MASTERA diwujudkan demi membina dan mengembangkan sastera dalam bahasa Melayu/Indonesia; mengenal pekarya sastera yang bermutu tinggi dalam pelbagai genre untuk diterjemahkan ke dalam bahasa negara anggota dan negara pemerhati; dan memberikan pengiktirafan bertaraf rantau kepada penghasilan karya sastera oleh penulis yang bermutu. google.com
3. Fokeps atau Forum Kerjasama Penerbitan Serantau telah lama diilhamkan melalui satu memorandum persefahaman yang dijalin antara DBP dengan Balai Pustaka. Memorandum yang ditandatangani pada 21 Ogos 1995 berintikan kerjasama dalam bidang penerbitan antara DBP dengan Balai Pustaka. Oleh itu, FOKEPS telah ditubuhkan pada 15 Mac 2001. Penubuhan FOKEPS bertujuan untuk memasarkan penerbitan buku yang telah dihasilkan dan diterbitkan di negara anggota untuk pasaran serantau. Forum ini berfungsi sebagai sebuah rangkaian kerjasama, melaksanakan, dan memantau aktiviti penerbitan karya bahasa Melayu /Indonesia pada peringkat serantau. google.com
Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu Pendidikan Kerancuan bahasa di media sosial
Pendidikan Di era globalisasi ini, terdapat beberapa isu penting yang perlu diberi perhatian untuk memastikan keberkesanan dalam memartabatkan dan memajukan Bahasa Melayu dalam pendidikan. Pengaruh budaya globalisasi dan kemajuan teknologi menjadi cabaran utama dalam memelihara keaslian dan kepentingan Bahasa Melayu. Penggunaan meluas Bahasa Inggeris dalam media sosial, hiburan, dan teknologi seringkali merentasi sempadan, mengundang generasi muda untuk lebih cenderung menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Selain itu, terdapat kebimbangan mengenai kecekapan Bahasa Melayu di kalangan pelajar. Beberapa di antara mereka mungkin menghadapi kesulitan dalam memahami, menulis, atau bercakap Bahasa Melayu dengan baik. Faktor latar belakang keluarga dan lingkungan tempat tinggal juga memainkan peranan penting dalam peningkatan kemahiran berbahasa. Pemerdagangan bahasa juga merupakan cabaran serius yang mempengaruhi standard Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa dengan cara yang tidak formal atau tidak betul seringkali berlaku dalam komunikasi harian, mengancam kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
Untuk mengatasi cabaran ini, usaha bersama dari pihak sekolah, guru, keluarga, dan masyarakat adalah penting. Perlunya penghasilan bahan pengajaran yang berkualiti, program pembangunan profesional bagi guru, dan sokongan dalam memartabatkan bahasa Melayu dalam budaya harian adalah aspek-aspek penting yang perlu ditekankan. Adalah kritikal bagi pendidik dan pemimpin pendidikan untuk bekerja bersama untuk mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang berdaya saing dalam arus globalisasi yang semakin pesat. Dengan komitmen yang kukuh, kita dapat memastikan Bahasa Melayu terus berkembang dan terus mekar dalam sistem pendidikan negara. google.com google.com
Kerancuan Bahasa di Media Sosial Kini, media sosial telah menjadi platform utama bagi individu untuk berkomunikasi, berkongsi maklumat, dan berinteraksi dengan satu sama lain. Namun, kerancuan bahasa semakin menjadi masalah yang meresap ke dalam kehidupan harian pengguna media sosial. Fenomena ini tidak hanya memberi kesan terhadap kualiti bahasa, tetapi juga membawa implikasi yang signifikan terhadap komunikasi digital secara keseluruhannya. Fenomena singkatan dan akronim yang digunakan secara meluas telah mencetuskan kerancuan bahasa. Penggunaan frasa seperti "LOL", "OMG", dan "TTYL" memang memudahkan dan mempercepat komunikasi, namun mereka sering kali meninggalkan pengguna yang kurang arif dengan kebingungan. Ini boleh menyebabkan penafsiran yang salah dan kehilangan keseimbangan dalam ekspresi emosi. google.com
Kesalahan ejaan dan tatabahasa juga semakin menjadi masalah yang serius dalam media sosial. Penggunaan singkatan, slang, dan bahasa ringkas dalam bentuk pesanan cepat seringkali merendahkan standard bahasa. Dalam jangka panjang, ini boleh mengurangkan kemahiran berbahasa secara keseluruhan, terutamanya di kalangan generasi muda yang lebih banyak bergantung pada platform digital untuk komunikasi. google.com google.com
Untuk mengatasi isu ini, kesedaran dan pendidikan mengenai pentingnya penggunaan bahasa yang betul dalam media sosial adalah penting. Kempen dan program pembelajaran boleh digunakan untuk membantu pengguna memahami kesan positif dari menggunakan bahasa yang betul dalam komunikasi digital. Pendidik, penyelidik, dan pemimpin masyarakat digital perlu bekerja bersama untuk mempromosikan kecekapan berbahasa dalam era digital ini. google.com google.com
Rujukan Hazirah Rozman. (2018, November 19). Laporan Fenn-Wu 1951. Prezi. https://prezi.com/p/yfdr96kx1zww/laporan-fenn-wu-1951/ Mazri Muhammad. (n.d.). Laporan Barnes 1951. Scribd. https://www.scribd.com/doc/229627077/Laporan-Barnes-1951 Nur Afiqah. (n.d.). Ordinan Pelajaran 1952. Scibd. https://www.scribd.com/document/513213015/Ordinan-Pelajaran-1952 Nurm Mustaffa. (2022, Mei). Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi. Research Gate. https://www.researchgate.net/publication/360723497_CABARAN_BAHASA_MELAY U_DALAM_ERA_GLOBALISASI Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah & Zurihan Yusoff. (2023). Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (2nd ed.). Global Mediastreet Sdn Bhd. Tan Hui Yen. (n.d.). Laporan Razak 1956. Scribd. https://www.scribd.com/doc/49582083/Laporan-Razak-1956
SEKIAN, TERIMA KASIH