The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENERANGAN KSSR SEMAKAN 2017

http://gg.gg/bukupenerangankssrsemakan2017

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by l.ebee, 2019-01-05 18:24:25

BUKU PENERANGAN KSSR SEMAKAN 2017

BUKU PENERANGAN KSSR SEMAKAN 2017

http://gg.gg/bukupenerangankssrsemakan2017

Keywords: KSSR SEMAKAN 2017

Terbitan 2016
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan
Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Terbitan:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL iv

SENARAI RAJAH v

RUKUN NEGARA vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN viii

KATA ALU-ALUAN ix
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
x
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 1
3
BAB 1 TRANSFORMASI KURIKULUM 7
1.1 Latar belakang 9
1.2 Teras Pembangunan Kurikulum
1.3 Prinsip Kurikulum Sekolah Rendah 15
18
BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 19
2.1 Asas Kerangka Kurikulum 19
2.2 Kurikulum Berasaskan Standard
2.3 Fokus Kurikulum 29
2.4 Organisasi Kurikulum
35
BAB 3 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
39
BAB 4 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 43
44
BAB STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
5.1 Prinsip dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran 53
5.2 Pelbagai Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 55
56
BAB 6 PENTAKSIRAN SEKOLAH 57
6.1 Tujuan Pentaksiran Sekolah
6.2 Kepentingan Pentaksiran Sekolah 59
6.3 Perekodan dan Pelaporan Pentaksiran Sekolah 61
63
BAB 7 PENGURUSAN KURIKULUM 69
7.1 Perancangan
7.2 Pelaksanaan 71
7.3 Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum
72
PENUTUP

RUJUKAN

SENARAI JADUAL

Bil Tajuk Muka Surat

1. Perbandingan KSSR dengan (KSSR Semakan 2017) 5

2. Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan 18

Standard Prestasi

3. Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, 21

KSSR (Semakan 2017) Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)

4. Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, 22

KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017), Ketidakupayaan

Pendengaran Tahap I (Tahun Pengukuhan 1, 2 dan 3)

5. Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, 23

KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017), Ketidakupayaan

Penglihatan Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)

6. Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, 24

KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017), Masalah

PembelajaranTahap I (Tahun I, Tahun 1, 2 dan 3)

7. Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, 25

KSSR (Semakan 2017) Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)

8. Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, 26

KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017), Ketidakupayaan

Pendengaran Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)

9. Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, 27

KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017), Ketidakupayaan

Penglihatan Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)

10. Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, 28

KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017), Masalah Pembelajaran

Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)

11. Tahap Pemikiran 31

12. Profil Murid 33

iv

SENARAI RAJAH

Bil Tajuk Muka Surat

1. Kerangka KSSR (Semakan 2017) 15

2. Prinsip-Prinsip Dalam Proses PdP 43

3. Kaedah Didik Hibur 45

4. Kaedah Penyelesaian Masalah 46

5. Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek 47

6. Kaedah Pembelajaran Koperatif 47

7. Kaedah Pendekatan Inkuiri 48

8. Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah 49

9. Kaedah Pengajaran Bertema 50

10. STEM sebagai Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 51

11. Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran STEM 52

12. Struktur Pengurusan Kurikulum Sekolah 53

13. Peranan Guru Besar 64

14. Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hal Ehwal 65

Murid dan Kokurikulum

15. Peranan dan Tanggungjawab Ketua Panitia 66

16. Peranan dan Tanggungjawab Guru 67

17. Struktur Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 68

18. Fungsi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 69

v

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang

kaya dan berbagai corak; dan
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan

atas prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vii

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.
Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

[PU(A)531/97]

viii

KATA ALU-ALUAN

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam Sejahtera Dan Salam Sehati Sejiwa.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mengupayakan
pelaksanaan transformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh. Pelan
Pembangunan ini akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas
mencapai aspirasi murid. Terdapat enam aspirasi murid yang ditekankan dalam
PPPM 2013-2025 iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Dalam usaha
melengkapi PPPM 2013-2025 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia mencadangkan
penggubalan KSSR (Semakan 2017) yang menggunakan jumlah jam setahun dalam
tahun persekolahan untuk pelaksanaan secara berperingkat-peringkat mulai tahun
2017. KSSR (Semakan 2017) telah memasukkan perkara baharu seperti Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT), peruntukan masa jam setahun, penggunaan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran.

Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik dan bersepadu dapat menjamin
kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017). Pemantauan dan
penilaian secara berterusan menuntut semua pihak berkaitan dalam sektor
pendidikan menggembleng usaha dan peranan bagi mencapai matlamat yang
dihasratkan. Justeru, semua pihak yang berkepentingan dalam pendidikan dituntut
memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan retorik yang
terkandung dalam KSSR (Semakan 2017) mencapai objektif yang ditetapkan.

Wassalam.

TAN SRI Dr. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

ix

KATA ALU-ALUAN

Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam Sejahtera Dan Salam Sehati Sejiwa.

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) pada tahun 2011 bermula dengan murid Tahun Satu di semua
sekolah rendah. Dalam tempoh pelaksanaan KSSR, terdapat beberapa
penambahbaikan dan pengukuhan yang perlu diselarikan dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Sehubungan dengan itu, KSSR (Semakan 2017) digubal bagi memastikan murid di
sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan dengan kehendak semasa mahupun
keperluan masa akan datang dan seterusnya menjana suatu sistem pendidikan yang
berkualiti. KSSR (Semakan 2017) menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu
kuasai pada suatu tempoh dan tahap persekolahan. Kompetensi ini diterjemahkan ke
dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Tiga standard yang perlu dicapai oleh murid
ialah Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang
disediakan bagi setiap tahap.

Dokumen ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan penerangan berkaitan
KSSR (Semakan 2017). Kandungan dokumen ini merangkumi reka bentuk kurikulum,
bidang pembelajaran, elemen merentas kurikulum dan pelaksanaan kurikulum bagi
membantu guru-guru khasnya, dan masyarakat amnya untuk memahami KSSR
(Semakan 2017).

Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sehingga
dokumen ini dapat diterbitkan. Semoga dokumen ini dapat memberi manfaat kepada
semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan KSSR (Semakan 2017) secara
berkesan dan menepati aspirasi pendidikan negara.

Wassalam.

Dr. SARIAH BINTI ABD JALIL

x





TRANSFORMASI KURIKULUM

1.1 Latar Belakang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengkonsepsikan kurikulum
persekolahan peringkat rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 6/2008 pada 23 Mei 2008. Konsep kurikulum
ini telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009
pada 2 Oktober 2009 dan dinamakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Penggubalan KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Konsep
KSSR mendasari semua kurikulum mata pelajaran sekolah rendah yang dibangunkan
termasuk kurikulum Pendidikan Khas. KSSR dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2011.

Dalam tempoh pelaksanaan KSSR, terdapat keperluan untuk menambah baik dan
mengukuhkan kurikulum agar selari dengan saranan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Sehubungan dengan itu, KSSR (Semakan 2017) telah
mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan
Bil.1/2015 pada 5 Februari 2015 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan
Pendidikan kali ke 208 pada 21 September 2015 untuk pelaksanaan secara
berperingkat-peringkat bermula dengan Tahun 1 pada 2017.

Transformasi kurikulum merujuk kepada usaha menambah baik program
pembelajaran bagi meningkatkan keberhasilan murid untuk mencapai enam aspirasi
iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang disyorkan dalam
PPPM 2013 - 2025. Transformasi ini dilakukan ke atas kandungan, pedagogi dan
pentaksiran seperti berikut:

 Kandungan disusun semula dan ditambah baik untuk memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan
keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

3

 Pedagogi menekankan kepada pembelajaran secara mendalam melalui
pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berasaskan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Fokus diberikan kepada pembelajaran berasaskan
inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran kontekstual, pembelajaran
kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM.

 Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan
perkembangan dan pencapaian pembelajaran murid. Pentaksiran dalam PdP
dilaksanakan dalam bentuk sumatif dan formatif. Guru mentaksir sejauh mana
murid menguasai Standard Pembelajaran dengan merujuk kepada Standard
Prestasi yang ditetapkan. Perkembangan dan pencapaian sebenar tahap
penguasaan murid direkod dan dilaporkan secara deskriptif kepada murid dan
ibu bapa.

Bagi memastikan kesinambungan pendidikan prasekolah dengan pendidikan rendah,
transformasi kurikulum dilaksanakan ke atas KSSR (Semakan 2017). KSSR
(Semakan 2017) diperkukuh dan disemak semula bagi memastikan kurikulum
sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21 serta selari
dengan Pelan Transformasi Kerajaan. Perbandingan KSSR dengan KSSR (Semakan
2017) ini diperjelaskan dalam Jadual 1.

4

Jadual 1: Perbandingan KSSR Dengan KSSR (Semakan 2017)

Aspek KSSR KSSR (Semakan 2017)
Reka Bentuk
Kurikulum Berasaskan 6 Tunjang; Berasaskan 6 Tunjang;
 Komunikasi  Komunikasi
Dokumen  Perkembangan Fizikal &  Perkembangan Fizikal & Estetika
Kurikulum Estetika  Kemanusiaan
 Kemanusiaan  Keterampilan Diri
Peruntukan  Keterampilan Diri  Sains dan Teknologi
Masa  Sains dan Teknologi  Kerohanian, Sikap & Nilai
 Kerohanian, Sikap & Nilai
Berasaskan;
Berasaskan; - Standard Kandungan
- Standard Kandungan - Standard Pembelajaran
- Standard Pembelajaran - Standard Prestasi
- Standard Prestasi
Dokumen Standard Kurikulum dan
Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) Pentaksiran
 Dokumen Standard Kurikulum
Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) Peruntukan masa dalam jam setahun
 Dokumen Standard Kurikulum untuk pelaksanaan PdP
dan Pentaksiran

Peruntukan masa dalam minit
seminggu untuk pelaksanaan PdP

Organisasi Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)
Kurikulum  Modul Teras Asas, Modul  Mata pelajaran Teras & Elektif

Elemen Teras Tema & Modul Elektif Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)
Merentas  Mata pelajaran Teras & Elektif
Kurikulum Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)
 Mata pelajaran Teras & Elektif  Bahasa
 Sains & Teknologi
 Bahasa  Teknologi Maklumat &
 Sains & Teknologi
 Teknologi Maklumat & Komunikasi
 Kelestarian Alam Sekitar
Komunikasi  Nilai Murni
 Kelestarian Alam Sekitar  Patriotisme
 Nilai Murni  Kreativiti dan Inovasi
 Patriotisme  Keusahawanan
 Kelestarian Global

Fokus 4M 4M
Kurikulum  Membaca  Membaca
 Menulis  Menulis
Penekanan  Mengira  Mengira
Pedagogi  Menaakul  Menaakul

 Pembelajaran Berasaskan  Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Inkuiri  Pembelajaran Berasaskan

 Penyelesaian Masalah Penyelesaian Masalah
 Pembelajaran Kontekstual  Pembelajaran Kontekstual
 Pembelajaran Kolaboratif  Pembelajaran Kolaboratif
 Pembelajaran Berasaskan  Pembelajaran Berasaskan Projek
 Pendekatan Konstruktivisme
Projek  Pendekatan STEM

5

Aspek KSSR KSSR (Semakan 2017)
Pentaksiran
Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Berasaskan Sekolah:
 Sumatif  Pentaksiran Pusat
 Formatif  Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum
Penjenamaan  Dunia Sains Teknologi  Pentaksiran Psikometrik
Semula Mata (Tahap I)  Pentaksiran Sekolah
Pelajaran  Sains
 TMK sebagai mata pelajaran
 TMK sebagai modul tambahan

 Pendidikan Jasmani  Pendidikan Jasmani &
 Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan

 Dunia Kesenian (Tahap I)  Pendidikan Kesenian (Tahap 1 &
-Dunia Muzik Tahap 2)
-Dunia Seni Visual

 Pendidikan Seni Visual
(Tahap 2)

 Pendidikan Muzik (Tahap 2)

6

1.2 Teras Pembangunan Kurikulum

Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi
Kerajaan menjadi asas perkembangan ekonomi dan pembangunan negara. Dalam
usaha memastikan sistem pendidikan selari dengan misi negara, PPPM 2013 – 2025
telah dirangka dan dilancarkan pada 6 September 2013. Pelan ini memberi tumpuan
kepada pembelajaran dan keberhasilan murid dengan menyasarkan pembangunan
murid yang memiliki enam ciri iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional untuk
membolehkan mereka bersaing di peringkat global. Ciri-ciri ini sangat penting dalam
memastikan kemenjadian murid bagi menghadapi cabaran abad ke-21, selain
membolehkan mereka memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga,
masyarakat dan negara. Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) pada tahun 2017
mengambil kira hasrat PPPM yang melakarkan aspirasi murid bagi memenuhi
keperluan negara.

PPPM 2013-2025 berhasrat agar murid yang menamatkan persekolahan menguasai
sekurang-kurangnya tiga bahasa bagi membolehkan mereka berkomunikasi secara
berkesan dan mampu bersaing di peringkat global. Setiap murid akan menguasai
bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa
Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Murid juga akan mempelajari
bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil, Semai, Iban dan Kadazandusun
sebagai bahasa tambahan sehingga mampu berinteraksi dalam wacana sosial seperti
yang diperincikan dalam Common European Framework of Reference (CEFR).
Sehubungan dengan itu, kurikulum bagi semua mata pelajaran bahasa dijajarkan
dengan CEFR.

Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) memastikan setiap murid akan dipupuk dengan
etika dan kerohanian dalam diri mereka sebagai persediaan untuk menghadapi
cabaran kehidupan masa hadapan. Murid diharapkan boleh menyelesaikan konflik
secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip serta berani
melakukan perkara yang betul. Setiap murid akan dibentuk menjadi rakyat Malaysia
yang cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,

7

agama atau status sosioekonomi. Murid akan dipupuk dengan semangat patriotisme
serta diajar memahami, menerima dan menghayati kepelbagaian.

Murid yang mengikuti PdP di bawah KSSR (Semakan 2017) dilengkapi kemahiran
yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia yang sentiasa berubah dalam arus
kemajuan dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terdapat
dalam bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). Tumpuan
diberikan kepada pengukuhan asas program sedia ada dan menggalakkan murid
peringkat menengah atas dan lepas menengah untuk mengikuti STEM.

Selari dengan PPPM 2013-2025, kurikulum persekolahan digubal dengan hasrat
untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Perkara
ini direalisasikan melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian
serta sikap dan nilai. Kurikulum berteraskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
dengan mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori
pembelajaran terkini. KSSR (Semakan 2017) juga mengguna pakai empat tonggak
pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk
bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan
belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Murid yang mengikuti kurikulum
persekolahan akan mempunyai asas berikut:

a. Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial

b. Warganegara yang bertanggungjawab
c. Warganegara yang boleh berperanan di arena global
d. Pekerja berilmu

8

1.3 Prinsip Kurikulum Sekolah Rendah

KSSR (Semakan 2017) mengekalkan semua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan
kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik.
Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti yang berikut:

a) Pendekatan Bersepadu
Pendekatan bersepadu menjadi tumpuan utama dalam penggubalan kurikulum.
Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai disepadukan untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Konsep kesepaduan dapat dilihat melalui cara berikut:
 Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran. Sebagai contoh

dalam mata pelajaran bahasa ada empat kemahiran utama iaitu, bertutur,
mendengar, membaca dan menulis. Dua atau lebih kemahiran boleh
digabungjalinkan dalam satu-satu mata pelajaran.
 Penggabungjalinan kemahiran antara mata pelajaran. Misalnya, aktiviti
melukis boleh dijalankan dalam mata pelajaran Sains.
 Penyerapan pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata
pelajaran. Misalnya, unsur sains boleh diserapkan dalam mata pelajaran
bahasa.
 Penyerapan nilai dalam mata pelajaran. Misalnya, aspek kebersihan dan
keselamatan diberikan penekanan semasa menjalankan amali.
 Elemen merentas kurikulum meliputi bahasa, alam sekitar, sains dan
teknologi, patriotisme, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, keusahawanan,
TMK, kreativiti dan inovasi.
 Kesepaduan antara kurikulum dan kokurikulum. Aktiviti kokurikulum
mengukuh dan saling melengkapi kepada aktiviti kurikulum di dalam bilik
darjah.

9

Kesepaduan boleh dilaksanakan melalui kurikulum, kokurikulum dan budaya
sekolah.

i. Kurikulum
Unsur-unsur penting bagi menjayakan pendekatan bersepadu dalam
kurikulum adalah:
Pengetahuan dan kemahiran
• Setiap disiplin dirujuk dan diselaraskan dengan FPK dan Matlamat
Pendidikan Negara. Falsafah dan matlamat ini diterjemahkan ke
dalam setiap mata pelajaran.
• Kandungan kurikulum juga dapat memperkembangkan kemahiran
seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran psikomotor
dan kemahiran sosial yang telah pun mula diperoleh sebelum
memasuki alam persekolahan.
• Kandungan kurikulum dapat membina intelek dan mengembangkan
daya pemikiran untuk menghurai, mencerakin, menaakul, merumus
dan menghasilkan idea yang bernas dan inovatif.
• Kandungan kurikulum dikaitkan dengan kehidupan harian dan
konteks global.
Nilai Murni
 Nilai murni merupakan unsur yang penting dan diserapkan dalam
setiap mata pelajaran. Nilai murni bersifat sejagat serta selaras
dengan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia.
 Nilai-nilai ini juga berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan.

ii. Kokurikulum
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan
gerak kerja yang terancang. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang dijalankan
melalui pasukan pakaian seragam, persatuan atau kelab dan sukan.
Aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada murid untuk
mengaplikasi pendekatan bersepadu dengan menyepadu, mengukuh

10

dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dipelajari melalui pelbagai mata pelajaran dalam bilik darjah.
iii. Budaya Sekolah
Pendekatan bersepadu harus dijadikan budaya di sekolah dengan
mengamalkannya secara berterusan di dalam dan di luar bilik darjah.
Bagi membudayakannya, sekolah harus mewujudkan persekitaran yang
menyediakan peluang dan persekitaran yang kondusif untuk menyokong
murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dipelajari melalui pelbagai aktiviti di sekolah.

Dalam membudayakan pendekatan bersepadu di sekolah, ianya tidak
hanya tertumpu pada aspek budaya ilmu semata-mata. Malahan,
penekanan pendekatan bersepadu harus merangkumi aspek
perhubungan dan kemanusiaan. Sekolah dan semua anggotanya perlu
wujud sebagai sebuah keluarga yang harmonis dan bersepadu. Murid
yang merasakan sekolah sebagai tempat yang memberikan
kebahagiaan kepada mereka akan mempunyai sikap yang positif
terhadap ilmu, warga sekolah dan sekolah itu sendiri melalui
pembudayaan pendekatan bersepadu di sekolah.

b) Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
Kurikulum digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk
memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Potensi
individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan. Setiap potensi yang
dikembangkan itu harus dihubung kait atau diselaraskan dengan potensi yang
lain. Misalnya, perkembangan potensi intelek, rohani dan jasmani dalam
permainan tidak boleh dipisahkan dari aspek sosial seperti memperoleh
pengetahuan untuk bermain dengan cara yang betul, cekap dan tangkas serta
mempunyai semangat kerjasama, kekitaan dan berbakti kepada negara.
Perkembangan individu secara menyeluruh diperkukuh dengan pentaksiran
formatif yang direkod dan dilaporkan secara berterusan.

11

c) Pendidikan Yang Sama Untuk Semua Murid
Kurikulum kebangsaan menyediakan program pendidikan yang sama dan
memberi peluang yang luas untuk semua murid bagi mendapatkan kemahiran
serta ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang melalui pengalaman
secara langsung. Misalnya, kandungan kurikulum menetapkan standard yang
sama yang perlu dicapai oleh semua murid.

d) Kurikulum Yang Memenuhi Pelbagai Keperluan
Kurikulum yang digubal akan memenuhi keperluan murid mengikut pelbagai
keperluan seperti pendidikan khas, pendidikan pintar cerdas, pendidikan anak-
anak Asli Penan, pendidikan anak-anak gelandangan, pendidikan sekolah
dalam hospital, pendidikan sekolah dalam penjara.

e) Pendidikan Seumur Hidup
Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan. Peringkat persekolahan
hanyalah bahagian awal dalam usaha ini. Oleh itu, pendidikan di sekolah
menyediakan murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya dalam hidup
mereka. Sesuai dengan prinsip ini, pengetahuan dan kemahiran yang diberi
merupakan asas yang diperlukan oleh semua murid sebagai keperluan untuk
menghadapi kehidupan seharian dan menjadi asas kepada pendidikan seumur
hidup. Oleh itu, proses pendidikan tidak seharusnya terhenti setakat alam
persekolahan sahaja, malah berterusan sepanjang hayat.

12

13

14

REKA BENTUK KURIKULUM

2.1 Asas Kerangka Kurikulum
Reka bentuk kurikulum yang disemak semula masih berasaskan kesepaduan melalui
enam tunjang bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan social yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Enam tunjang dizahirkan
untuk mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada
pembangunan modal insan.
Kesepaduan antara tunjang diambil kira di peringkat penggubalan kurikulum dan perlu
dijelmakan semasa pelaksanaan kurikulum. Tunjang tersebut ialah komunikasi,
perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan
teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1: Kerangka KSSR (Semakan 2017)

15

 Tunjang Komunikasi
Memberi penekanan kepada proses mengaplikasi kemahiran berinteraksi
dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi
membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran komunikasi
menyediakan murid untuk membuat pilihan medium yang bertepatan dan
sistematik dalam interaksi sosial. Medium komunikasi yang boleh digunakan
adalah seperti bahasa, teknologi, seni visual dan muzik.

 Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk
kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan
apresiasi. Tunjang ini mendokong kemenjadian murid dengan memastikan
domain psikomotor, kognitif dan afektif yang meliputi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai bagi elemen emosi dan fizikal murid dibangunkan secara
positif. Disiplin ilmu seperti pendidikan jasmani dan kesihatan, pendidikan
kesenian dan komunikasi adalah displin ilmu yang boleh menterjemahkan
tunjang ini dalam melahirkan murid yang mengaplikasikan nilai dan menghayati
keindahan dalam kehidupan.

 Tunjang Kemanusiaan
Memberi penekanan kepada kajian dan penguasaan ilmu serta amalan tentang
manusiawi dengan menggunakan kaedah secara kritis, analitis, spekulasi dan
bukan secara empirikal sains semula jadi. Pertimbangan terhadap tunjang ini
berkaitan dengan hubungan manusia sesama manusia, manusia dengan
ruang, alam persekitaran setempat, negara dan global, ke arah meningkatkan
penghayatan semangat manusiawi, patriotisme, dan perpaduan dalam
kalangan manusia. Pelbagai disiplin ilmu yang boleh mengaplikasikan tunjang
kemanusian dalam pendidikan seperti sejarah, falsafah, agama, seni visual,
seni pentas, muzik, bahasa, kesusasteraan, psikologi, kajian budaya dan kajian
kawasan.

16

 Tunjang Keterampilan Diri
Memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan
mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang
kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan
sebaya, keluarga dan masyarakat.

 Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:
- pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
- pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
- pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

 Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang
pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama,
kepercayaan, sikap dan nilai. Tunjang ini merangkumi pelbagai disiplin ilmu
yang dapat membentuk perkembangan individu secara menyeluruh.

17

2.2 Kurikulum Berasaskan Standard

KSSR (Semakan 2017) digubal dalam bentuk penyataan standard bagi membolehkan
semua murid memperoleh pendidikan yang sama dan berkualiti. Akauntabiliti
pentadbir dan guru dapat memastikan semua murid melepasi piawaian standard yang
ditetapkan bagi setiap mata pelajaran. Penyataan standard terdiri daripada Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang perlu dicapai oleh
murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi didefinisikan seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Standard Prestasi

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi

Penyataan spesifik Satu penetapan kriteria Satu set kriteria yang
tentang perkara yang atau petunjuk (indicator) menunjukkan tahap-tahap
murid patut ketahui dan kualiti pembelajaran dan
boleh lakukan dalam pencapaian yang boleh penguasaan murid
sebagai petunjuk bahawa
suatu tempoh diukur bagi setiap sesuatu perkara itu telah
persekolahan Standard Kandungan.
merangkumi aspek dikuasai.
pengetahuan, kemahiran

dan nilai.

18

2.3 Fokus Kurikulum

Fokus KSSR (Semakan 2017) dibahagikan mengikut:

a) Tahap I
Memberi penekanan kepada kemahiran membaca, menulis, mengira, dan
menaakul (4M). Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat
pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik yang
dipandu oleh pegangan agama dan nilai.

b) Tahap II
Penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di
samping penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan
pengetahuan, dan perkembangan sahsiah. KBAT diberi penekanan melalui
penyataan secara eksplisit dalam dokumen kurikulum semua mata pelajaran
bagi membolehkan kemahiran berfikir aras tinggi diaplikasi dan dikuasai murid.

2.4 Organisasi Kurikulum

KSSR (Semakan 2017) diorganisasikan dalam bentuk linear iaitu mata pelajaran teras
dan mata pelajaran tambahan.

Mata pelajaran teras merangkumi bidang pembelajaran asas. Murid wajib
mempelajari semua mata pelajaran tersebut tetapi terdapat pengecualian untuk dua
mata pelajaran iaitu Pendidikan Islam yang mesti dipelajari oleh murid beragama
Islam, manakala Pendidikan Moral yang dipelajari oleh murid bukan beragama Islam.

Mata pelajaran tambahan merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada
murid untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa. Murid diberi
peluang memilih untuk mempelajari sekurang-kurangnya satu mata pelajaran
tambahan mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan
daripada murid serta prasarana sekolah.

19

2.5 Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa KSSR (Semakan 2017)
PdP Tahap I dan Tahap II menekankan penguasaan kemahiran asas membaca,
menulis, mengira dan menaakul. Peratusan masa untuk PdP kemahiran asas
dilebihkan pada Tahap I untuk menentukan murid menguasainya. Manakala di Tahap
II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan pengaplikasian pengetahuan,
kemahiran dan nilai untuk menyuburkan budaya ilmu. Waktu PdP bagi semua mata
pelajaran arus perdana hendaklah mengikut jam setahun. Bagi Pendidikan Khas,
waktu PdP adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2013. Mata pelajaran dan peruntukan masa minimum jam setahun bagi Tahap
I dan Tahap II adalah seperti di Jadual 3 hingga 10.

20

Jadual 3: Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR (Semakan 2017) Tahap I
(Tahun 1, 2 dan 3)

Bil. Mata Pelajaran Teras Masa Minimum Setahun
(Jam)

SK SJK

1 Bahasa Melayu 192 160

2 Bahasa Inggeris 160 80

3 Bahasa Cina / Bahasa Tamil - 192

4 Matematik 96 96

Pendidikan Islam 96 + (*32 [Tasmik]) 64 + (*32 [Tasmik])
5 96 64

Pendidikan Moral

6 Sains 48 48

Pendidikan Jasmani dan
7 48 48

Pendidikan Kesihatan

8 Pendidikan Kesenian 48 48

Mata Pelajaran Tambahan

Bahasa Arab / Bahasa Cina 48 -
Sekolah Kebangsaan / Bahasa
9 Tamil Sekolah Kebangsaan /
Bahasa Iban / Bahasa
Kadazandusun / Bahasa Semai

Perhimpunan 16 16

Jumlah Jam Setahun **752 **752

Nota:

i. Mata pelajaran Sains menggantikan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.
ii. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan

digabungkan menjadi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
iii. Mata pelajaran Dunia Seni Visual dan mata pelajaran Dunia Muzik digabungkan

menjadi mata pelajaran Pendidikan Kesenian.
iv. * Jumlah jam setahun untuk pelaksanaan Tasmik dalam Program j-QAF.
v. ** Jumlah tidak termasuk Tasmik.

21

Jadual 4: Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)
Ketidakupayaan Pendengaran Tahap I
(Tahun Pengukuhan, 1, 2 dan 3)

Bil. Mata Pelajaran Teras Masa Minimum Setahun
(Jam)

1 Bahasa Melayu (Suaian) 160

2 Bahasa Inggeris (Suaian) 160

3 Matematik 96

4 Sains 48

Pendidikan Islam (Suaian) 80
5

Pendidikan Moral

Pendidikan Jasmani dan 48
6

Pendidikan Kesihatan

7 Pendidikan Kesenian 48
8 Bahasa Isyarat Komunikasi 96

Perhimpunan 16

Jumlah Jam Setahun 752

22

Jadual 5: Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)
Ketidakupayaan Penglihatan Tahap I
(Tahun 1, 2 dan 3)

Bil. Mata Pelajaran Teras Masa Minimum Setahun (Jam)

1 Bahasa Melayu 192

2 Bahasa Inggeris 160

3 Matematik 96

4 Sains 48

Pendidikan Islam 96
5

Pendidikan Moral

6 Pendidikan Jasmani (Suaian) dan 48
Pendidikan Kesihatan

7 Pendidikan Kesenian (Suaian) 32
Kemahiran Asas Individu 32

8 Ketidakupayaan Penglihatan

Mata Pelajaran Tambahan

Bahasa Arab / Bahasa Cina Sekolah

9 Kebangsaan / Bahasa Tamil Sekolah 32
Kebangsaan / Bahasa Iban / Bahasa

Kadazandusun / Bahasa Semai

Perhimpunan 16

Jumlah Jam Setahun 752

23

Jadual 6: Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)
Masalah Pembelajaran Tahap I
(Tahun 1, 2 dan 3)

Bil. Mata Pelajaran Teras Masa Minimum Setahun (Jam)
1 Asas 3M 192
2 Pengurusan Kehidupan 240

Pendidikan Islam 96
3
64
Pendidikan Moral 128
4 Pendidikan Jasmani 16
5 Pendidikan Seni Kreatif 736

Perhimpunan

Jumlah Jam Setahun

24

Jadual 7: Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR (Semakan 2017) Tahap II
(Tahun 4, 5 dan 6)

Bil. Mata Pelajaran Teras Masa Minimum Setahun (Jam)
SK SJK

1 Bahasa Melayu 160 128

2 Bahasa Inggeris 160 96

3 Bahasa Cina / Bahasa Tamil - 160

4 Matematik 96 96

5 Sains 64 64

Pendidikan Islam 96 + (*32 [Tasmik]) 80 + (*32 [Tasmik])
6 96 80

Pendidikan Moral

Pendidikan Jasmani dan 48 48
7

Pendidikan Kesihatan

8 Sejarah 32 32

9 Pendidikan Kesenian 48 48

10 Reka Bentuk dan Teknologi 32 32

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

Bahasa Arab / Bahasa Cina 48 -
Sekolah Kebangsaan / Bahasa
11 Tamil Sekolah Kebangsaan /
Bahasa Iban / Bahasa
Kadazandusun / Bahasa Semai

Perhimpunan 16 16

Jumlah **800 **800

Nota: Pelaksanaan Tahap II KSSR (Semakan 2017) bermula tahun 2020.
i. Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah distruktur
ii. semula dalam EMK seperti berikut:
a. Modul Kemahiran Asas
iii. b. Modul Aplikasi
iv. * Jumlah jam setahun untuk pelaksanaan Tasmik dalam Program j-QAF.
** Jumlah tidak termasuk Tasmik

25

Jadual 8: Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)
Ketidakupayaan Pendengaran Tahap II
(Tahun 4, 5 dan 6)

Bil. Mata Pelajaran Teras Masa Minimum Setahun (Jam)

1 Bahasa Melayu (Suaian) 160

2 Bahasa Inggeris (Suaian) 160

3 Matematik 96

4 Sains 64

Pendidikan Islam (Suaian) 96
5

Pendidikan Moral

Pendidikan Jasmani dan 48
6

Pendidikan Kesihatan

7 Pendidikan Kesenian 32

8 Sejarah 32

9 Reka Bentuk dan Teknologi 32
10 Bahasa Isyarat Komunikasi 64

Perhimpunan 16

Jumlah Jam Setahun 800

26

Jadual 9: Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)

Ketidakupayaan Penglihatan Tahap II

(Tahun 4, 5 dan 6)

Bil. Mata Pelajaran Teras Masa Minimum Setahun (Jam)

1 Bahasa Melayu 160

2 Bahasa Inggeris 160

3 Matematik 96

4 Sains 64

Pendidikan Islam 96
5

Pendidikan Moral

6 Pendidikan Jasmani (Suaian) dan 48
Pendidikan Kesihatan

7 Pendidikan Kesenian (Suaian) 32
8 Sejarah 32

9 Reka Bentuk dan Teknologi 32
Kemahiran Asas Individu 32

10 Ketidakupayaan Penglihatan

Mata Pelajaran Tambahan

Bahasa Arab / Bahasa Cina 32
Sekolah Kebangsaan / Bahasa
11 Tamil Sekolah Kebangsaan /
Bahasa Iban / Bahasa
Kadazandusun / Bahasa Semai

Perhimpunan 16

Jumlah Jam Setahun 800

27

Jadual 10: Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)
Masalah Pembelajaran Tahap II
(Tahun 4, 5 dan 6)

Bil. Mata Pelajaran Teras Masa Minimum Setahun (Jam)

1 Bahasa Melayu 96

2 Bahasa Inggeris 64
80
3 Matematik 96

4 Pengurusan Kehidupan 96

Pendidikan Islam 48
5 32
32
Pendidikan Moral 80

Pendidikan Jasmani dan 32
6 96

Pendidikan Kesihatan

7 Pendidikan Muzik

8 Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Sains, Sosial dan Alam
9 Sekitar

Pendidikan Teknologi Maklumat dan
10 Komunikasi

11 Kemahiran Hidup Asas

Perhimpunan 16

Jumlah Jam Setahun 768

28

29

30

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu.

Tahap pemikiran dalam Taksonomi Bloom semakan Anderson menunjukkan tahap
pemikiran mengingat dan memahami dikelaskan sebagai Kemahiran Berfikir Aras
Rendah (KBAR). Manakala tahap pemikiran yang dikategorikan sebagai Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta seperti Jadual 11.

Jadual 11: Tahap Pemikiran

TAHAP PEMIKIRAN PENERANGAN

Mencipta  Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
yang kreatif dan inovatif

KBAT Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan
Menganalisis menggunakan pengetahuan, pengalaman,
Mengaplikasi kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
Memahami
 Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil
untuk memahami dengan lebih mendalam serta
hubung kait antara bahagian berkenaan

 Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan
sesuatu perkara

 Mengingat semula maklumat dan boleh
menjelaskan idea dan konsep

KBAR  Mengingat semula maklumat, fakta, atau konsep

Mengingat

31

KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk penaakulan,
penyelesaian masalah, pembelajaran inkuiri dan projek serta lain-lain. Melalui
perancangan aktiviti, bimbingan daripada guru mampu menggalakkan murid
meningkatkan amalan berfikir menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran serta
penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah. Murid akan lebih
bertanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.

Peningkatan Keupayaan Murid Melalui Pelaksanaan KBAT
Inisiatif KBAT adalah satu usaha berterusan KPM untuk melahirkan insan yang
seimbang dan bertanggungjawab terhadap kemakmuran negara. Pemupukan dan
pembudayaan KBAT dapat membantu murid melakukan operasi pemikiran seperti
membuat analisis dan inferens yang seterusnya dapat meningkatkan kefahaman serta
meningkatkan prestasi pencapaian mereka. Selaras dengan itu, setiap murid yang
dihasilkan diharapkan memperbaiki kelemahan diri serta mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai secara terurus dalam kehidupan.

Murid yang menguasai KBAT juga mampu menghadapi cabaran dan berani
mengambil risiko untuk mencuba penyelesaian yang baharu. Pemupukan KBAT
mendorong murid untuk membuat kesimpulan berdasarkan secara logik, mempunyai
bukti berasaskan bacaan dan penyelidikan yang dibuat. Murid juga dapat membuat
ramalan berdasarkan sebab dan akibat serta memberikan cadangan penyelesaian
dengan ciptaan idea yang rasional. Selaras dengan itu, KPM telah menggariskan
Profil Murid yang perlu ada untuk murid berupaya bersaing pada peringkat global
seperti di Jadual 12.

32

PROFIL MURID Jadual 12: Profil Murid
Berdaya Tahan
Pemikir PENERANGAN

Mahir Berkomunikasi Murid mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran,
Kerja Sepasukan mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan,
toleransi dan empati.
Bersifat Ingin Tahu
Murid berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif;
Bermaklumat mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan
membuat keputusan yang beretika. Murid berfikir
Prihatin tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai murid.
Patriotik Murid menjana soalan dan bersifat terbuka kepada
perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat
lain. Murid berkeyakinan dan kreatif dalam menangani
bidang pembelajaran yang baru.

Murid menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan
maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan
bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.

Murid boleh bekerjasama secara berkesan dan
harmoni dengan orang lain. Murid menggalas
tanggungjawab bersama-sama serta menghormati dan
menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap
ahli pasukan. Murid memperoleh kemahiran
interpersonal melalui aktiviti kolaboratif. Ini menjadikan
murid pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik.

Murid membangunkan rasa ingin tahu semula jadi
untuk meneroka strategi dan idea baru. Murid
mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk
menjalankan inkuiri dan penyelidikan, serta
menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran.
Murid menikmati pengalaman pembelajaran
sepanjang hayat secara berterusan.

Murid mendapatkan pengetahuan dan membentuk
pemahaman yang luas dan seimbang merentasi
pelbagai disiplin pengetahuan. Murid meneroka
pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam
konteks isu tempatan dan global. Murid memahami
isu-isu etika / undang-undang berkaitan maklumat
yang diperoleh.

Murid menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa
hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain.
Murid komited untuk berkhidmat kepada masyarakat
dan memastikan kelestarian alam sekitar.

Murid mempamerkan kasih sayang, sokongan dan
rasa hormat terhadap negara.

33

KPM berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi diri sepenuhnya seperti
yang telah diterjemahkan dalam FPK. Penerapan KBAT di sekolah diharapkan dapat
melahirkan generasi yang pantas menerima perubahan, mampu berkomunikasi serta
bekerja secara sepasukan serta dapat membuat refleksi berdasarkan penaakulan
sekaligus berupaya untuk berinovasi serta mencipta sesuatu yang baharu.

34

35

36

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses PdP selain yang ditetapkan dalam Standard Kandungan. Elemen-elemen ini
diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. EMK dalam
KBSR dan KBSM masih diguna pakai dalam pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) dan
KSSM. Elemen-elemen dalam EMK adalah seperti berikut:

1. Bahasa
 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam
semua mata pelajaran.
 Semasa PdP bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat,
tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu
murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.

2. Sains Dan Teknologi
 Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan
literasi sains serta teknologi dalam kalangan murid.
 Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta
menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan.
 Pengintegrasian sains dan teknologi dalam PdP mengandungi empat
perkara iaitu:
(i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang
berkaitan dengan sains dan teknologi);
(ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif
tertentu);
(iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan); dan
(iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP.

37

3. Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK)
 Penerapan elemen TMK dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi
dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari.
 Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah
menjadikan PdP lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan
kualiti pembelajaran.
 TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan
sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap
kandungan mata pelajaran.

4. Nilai Murni
 Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid
sedar akan kepentingan dan mengamalkannya.
 Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan akan menjadi amalan dalam kehidupan harian.

5. Patriotisme
 Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti
kokurikulum dan khidmat masyarakat.
 Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat
cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.

6. Kreativiti Dan Inovasi
 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul,
mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli
melalui ilham atau gabungan idea yang ada.
 Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suai, membaiki
dan mempraktikkan idea.
 Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan
pembangunan modal insan yang mampu menghadapi cabaran abad
ke-21.

38


Click to View FlipBook Version