1 KANDUNGAN FASAL TAJUK MUKA SURAT FASAL 1 : Nama, Tempat Berdaftar Bagi Urusan, 3 Alamat Surat Menyurat dan Lambang FASAL 2 : Definisi 4 FASAL 3 : Tujuan dan Maksud 4 FASAL 4 : Keahlian 5 FASAL 5 : Yuran 7 FASAL 6 : Berhenti Daripada Ahli Persatuan 7 FASAL 7 : Persidangan Perwakilan 7 FASAL 8 : Majlis Kebangsaan 10 FASAL 9 Tatatertib 12 FASAL 10 : Tugas-Tugas Pemegang Jawatan 13 FASAL 11 : Penubuhan Bahagian Negeri 14 FASAL 12 : Tugas-Tugas Pemegang Jawatan Bahagian Negeri 15 FASAL 13 : Mesyuarat Agung / Perwakilan Bahagian Negeri 16 FASAL 14 : Urusan Mesyuarat Agung / Perwakilan Bahagian Negeri 17 FASAL 15 : Penubuhan Cawangan Daerah / Daerah Kecil 18 FASAL 16 : Tugas-Tugas Pemegang Jawatan Cawangan Daerah / 19 Daerah Kecil FASAL 17 : Mesyuarat Agung Cawangan Daerah / Daerah Kecil 20
2 FASAL TAJUK MUKA SURAT FASAL 18 : Urusan Mesyuarat Agung Cawangan Daerah / 20 Daerah Kecil FASAL 19 : Mesyuarat Agung / Perwakilan Luar Biasa 20 FASAL 20 : Peruntukan-Peruntukan Kewangan 21 FASAL 21 : Kumpulan Wang dan Kira-Kira Persatuan 23 FASAL 22 : Audit 24 FASAL 23 : Pemegang Amanah 24 FASAL 24 : Penaung dan Penasihat 25 FASAL 25 : Larangan 25 FASAL 26 : Peraturan-Peraturan Am 26 FASAL 27 : Pembubaran Bahagian Negeri Dan 26 Cawangan Daerah / Daerah Kecil FASAL 28 : Pembubaran Persatuan 27 FASAL 29 : Pindaan Kepada Perlembagaan 28 Lampiran ( I ) 29
3 PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA No. Pendaftaran: (Selangor - 1208) ( PPM - 003-14-16121972 ) PERLEMBAGAAN FASAL 1 : NAMA, TEMPAT BERDAFTAR BAGI URUSAN, ALAMAT SURAT MENYURAT DAN LAMBANG (1) Persatuan ini hendaklah dikenali sebagai Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) (Malaysian Government Pensioners Association). (2) Alamat tempat urusannya ialah di No. 36, Tingkat 3, Persiaran 65C, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur atau lain-lain tempat yang akan diputuskan oleh Majlis Kebangsaan dari masa ke semasa. Alamat tempat urusan ini tidak boleh dipinda atau ditukar ke tempat-tempat lain kecuali setelah kebenaran bertulis diperolehi daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia. (3) Lambang Persatuan ini seperti gambar rajah di Lampiran (1) ialah sebuah Bintang 14 dan Bulan Sabit berwarna kuning terletak di atas segi tiga berwarna biru dengan perkataan BIJAK BESTARI ditulis dengan warna merah di atasnya. Bintang dan Bulan Sabit warna kuning menggambarkan sokongannya terhadap Kerajaan. Ia juga menunjukkan fungsi dan tanggungjawab Persatuan ini berlandaskan prinsip “Rukun Negara”. Segi tiga ini melambangkan kerjasama tiga kaum utama dalam Masyarakat Malaysia yang juga wujud dalam Persatuan ini. Perkataan “PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA” ditulis dengan warna hitam melengkung di bawah segi tiga. Warna biru menandakan kesaksamaan dan kematangan Persatuan ini dan seluruh ahlinya menurut cogankata “BIJAK BESTARI”.
4 FASAL 2 : DEFINISI (1) Pesara Bagi maksud dalam Perlembagaan ini “Pesara” atau seorang “Pesara Kerajaan Malaysia” bermakna seorang yang telah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan-Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan atau Badan-Badan Berkanun atau agensi-agensinya sebagai seorang pekerja di dalam perkhidmatan awam dan yang menerima pencen bulanan daripada Kerajaan Malaysia kecuali pesara-pesara yang menjadi Ahli Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. (2) Daerah (a) “Daerah” bermakna mana-mana kawasan yang ditafsirkan sebagai satu Daerah mengikut Seksyen-Seksyen 5 dan 11 Kanun Tanah Negara. (b) Bagi Negeri yang tidak mempunyai Daerah, Kawasan Parlimen ditakrifkan sebagai Daerah. (3) Daerah Kecil “Daerah Kecil” bermakna sesuatu kawasan dalam sesebuah Daerah yang telah diisytiharkan dalam Warta Kerajaan. (4) Penyampaian Notis Bagi maksud penyampaian notis di bawah mana-mana Fasal di dalam Perlembagaan ini, ia termasuk penyampaian dengan cara elektronik seperti Short Message Service (SMS), E-mel, Message, WhatsApp, Telegram dan sebagainya. FASAL 3 : TUJUAN DAN MAKSUD Tujuan dan maksudnya adalah untuk:- (a) Mengumpul dan menyatukan semua pesara dalam satu organisasi. (b) Mewujudkan pengertian perpaduan dan persefahaman antara ahlinya. (c) Menjaga kebajikan dan kepentingan-kepentingan para ahlinya dan membangkitkan persoalan-persoalan yang bersabit kepada pihak Kerajaan. (d) Mengadakan kemudahan-kemudahan sedemikian sebagaimana yang harus dianggap perlu bagi faedah para ahlinya. (e) Mewujudkan sebuah atau lebih rumah-rumah kelab bagi kegunaan para ahlinya.
5 (f) Menyertai secara perseorangan atau secara bersama mana-mana kegiatan dan usaha kebajikan dalam pembangunan Negara. (g) Memperolehi, membeli, menyewa atau memiliki tanah, bangunan-bangunan, saham dan aset-aset yang lain sebagaimana yang mungkin diperlukan bagi mencapai tujuan dan maksud yang tersebut. (h) Menjalankan usaha-usaha perniagaan bagi menambah Kumpulan Wang Persatuan ini. Bagaimanapun, semua wang dan keuntungan yang diperolehi oleh Persatuan ini dari penyertaan dalam sebarang perniagaan hendaklah digunakan hanya ke arah perlanjutan, penggalakan dan perlaksanaan maksud Persatuan ini dan tiada sebahagian daripada wang dan keuntungan itu boleh dibayar sebagai dividen, bonus atau keuntungan kepada mana-mana ahli Persatuan ini, dengan syarat bahawa tiada apa-apa yang ternyata atau terkandung di sini boleh melarang Persatuan ini membayar dengan ikhlas upah atau perbelanjaan sedemikian atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli Persatuan ini, atau kepada orang atau orang lain kerana perkhidmatan yang sebenarnya diberikan olehnya atau oleh mereka kepada Persatuan ini. (i) Menjadi badan yang berkecuali dan tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti politik. (j) Untuk mempertimbangkan perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang selaras dengan objektif umum Persatuan jika difikirkan sesuai dan wajar oleh Majlis Kebangsaan. (k) Melantik dan menggaji kakitangan seperti Setiausaha Eksekutif, Pegawai Kewangan, Pembantu Tadbir dan Pembantu Pejabat bagi membantu menguruskan pentadbiran harian Persatuan di peringkat Pusat, Negeri atau Daerah / Daerah Kecil mengikut bilangan yang ditentukan oleh Jawatankuasa di peringkat masing-masing. FASAL 4 : KEAHLIAN (1) Kategori Ahli Perseorangan. (a) Ahli Pesara Seumur Hidup. Pesara Kerajaan sebagaimana dinyatakan di dalam Fasal 2(1) (b) Ahli Bersekutu Seumur Hidup. i. Pekerja Kerajaan yang telah mencapai umur bersara pilihan sendiri, tetapi masih belum bersara. ii. Suami atau isteri Pesara Kerajaan yang telah menjadi ahli seperti perenggan (a) di atas.
6 iii. Orang-orang yang menerima pencen terbitan bulanan. iv. Ahli Bersekutu adalah tidak layak memegang sebarang jawatan dan tidak mempunyai hak mengundi. (2) Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli yang terdapat sekarang. Permohonan hendaklah disertakan dengan yuran wang yang jumlahnya mengikut peruntukan Fasal 5 (1) dan hendaklah dibuat melalui Setiausaha Cawangan Daerah / Daerah Kecil tempatan yang akan mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Bahagian Negeri untuk kelulusan atau sebaliknya. Di mana Cawangan-Cawangan Daerah / Daerah Kecil tidak ditubuhkan, permohonan-permohonan menjadi ahli hendaklah diserahkan terus kepada Setiausaha Bahagian Negeri. Hanya Bahagian Negeri sahaja mempunyai kuasa melulus atau menolak sebarang permohonan menurut budi bicaranya tanpa menyatakan sebarang sebab. (3) Setiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan sebagaimana yang tersebut dahulu akan dibenarkan masuk sebagai seorang ahli Persatuan ini dan akan berhak terhadap semua keistimewaan mengikut kategori keahliannya daripada tarikh diterima sebagai seorang ahli. (4) (a) Orang-orang yang menetap di dalam sesebuah Daerah / Daerah Kecil di mana sesebuah Cawangan Daerah / Daerah Kecil Persatuan ini telah ditubuhkan akan menjadi ahli Persatuan ini menerusi keahlian dalam Cawangan itu sahaja. Walau bagaimanapun, Bahagian Negeri boleh membenarkan seseorang yang membuat rayuan untuk menjadi ahli di sesebuah Daerah / Daerah Kecil yang lain sekiranya rayuan itu difikirkan munasabah. (b) Di mana tidak terdapat Cawangan Daerah / Daerah Kecil, mereka yang diterima sebagai ahli oleh Jawatankuasa Bahagian Negeri akan dikenali sebagai “Ahli-Ahli Terus Bahagian Negeri”. (c) Di mana tiada Bahagian Negeri telah ditubuhkan, maka mereka yang diterima sebagai ahli oleh Majlis Kebangsaan akan dikenali sebagai “Ahli-Ahli Terus Pusat”. (5) Ahli Gabungan (a) Ahli Gabungan terbuka kepada Persatuan Pesara Kerajaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, bertujuan untuk bekerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim. (b) Keahlian Ahli Gabungan akan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan.
7 (c) Bayaran Yuran RM100.00 sekali sahaja. (d) Ahli Gabungan layak menghantar seorang pemerhati menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan. (e) Ahli Gabungan layak menghantar dua orang pemerhati untuk menghadiri Persidangan Perwakilan Tahunan. (f) Ahli Gabungan adalah tidak layak memegang sebarang jawatan atau mempunyai hak mengundi. FASAL 5 : YURAN (1) Tiap-tiap seorang yang telah diterima menjadi ahli akan dikenakan yuran seperti berikut:- (a) Ahli Pesara Seumur Hidup - Bayaran RM50.00 sekali sahaja (b) Ahli Bersekutu Seumur Hidup - Bayaran RM50.00 sekali sahaja. (2) Semua wang yuran boleh dibayar terlebih dahulu kepada Bendahari Cawangan atau, di mana Cawangan Daerah / Daerah Kecil tidak wujud, kepada Bendahari Bahagian Negeri. FASAL 6 : BERHENTI DARIPADA KEAHLIAN PERSATUAN Mana-mana ahli yang ingin berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi notis satu bulan secara bertulis kepada Setiausaha Cawangannya atau Setiausaha Bahagian Negeri bagi Ahli-Ahli Terus Bahagian Negeri atau Setiausaha Agung bagi Ahli-Ahli Terus Pusat . FASAL 7 : PERSIDANGAN PERWAKILAN (1) Kuasa tertinggi Persatuan ini terserah kepada Persidangan Perwakilan yang terdiri daripada wakil-wakil Bahagian Negeri dan Anggota-Anggota Majlis Kebangsaan. Mana-mana ahli Persatuan ini boleh, dengan persetujuan Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap, hadir sepanjang berjalannya sesuatu Persidangan Perwakilan sebagai Pemerhati tanpa berhak bercakap atau mengundi. (2) Perwakilan Bahagian Negeri hendaklah dipilih sekali dalam setiap tiga tahun oleh Bahagian Negeri masing-masing dan wakil-wakil itu layak untuk dipilih semula pada tahun berikutnya. Setiap Bahagian Negeri yang mempunyai ahli tidak melebihi 2000 orang, adalah berhak untuk memilih seorang wakil bagi 20 orang ahli yang pertama atau sebahagian daripadanya dan seorang wakil tambahan bagi setiap 20 orang ahli seterusnya dengan syarat bahawa wakil Bahagian Negeri itu tidak akan melebihi 20 orang yang terdiri daripada Ahli
8 Jawatankuasa Bahagian dan selebihnya ahli-ahli lain. Bahagian-Bahagian Negeri yang mempunyai 2,001 hingga 3,000 ahli akan ditambah satu (1) perwakilan. Seterusnya satu (1) perwakilan ditambah bagi tiap-tiap tambahan 500 ahli, tetapi dihadkan bilangan maksimum perwakilan yang boleh hadir ke Persidangan kepada 30 orang. Bahagian Negeri juga berhak memilih 10 orang ahli sebagai wakil simpanan untuk mengisi kekosongan disebabkan oleh keuzuran, kematian atau pemberhentian menjadi ahli Persatuan atau terpilih menganggotai Majlis Kebangsaan (3) Setiap Perwakilan daripada Bahagian Negeri hendaklah termasuk Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua, Setiausaha, Bendahari dan Penolong Setiausaha sekiranya mereka tidak menganggotai Majlis Kebangsaan. Penyertaan mereka adalah tertakluk kepada perenggan (2) di atas. (4) Hanya wakil-wakil termasuk para Anggota-Anggota Majlis Kebangsaan sahaja layak mengundi dalam sesuatu Persidangan Perwakilan. Semua keputusan akan dibuat dengan majoriti yang mudah, kecuali di mana ada ketetapan yang berlainan di dalam Perlembagaan ini atau dengan satu ketetapan sesuatu Persidanagn Perwakilan itu. (5) Korum hendaklah dianggap telah terbentuk, jika Bahagian-Bahagian Negeri yang hadir melebihi separuh daripada jumlah bilangan Bahagian Negeri yang layak hadir, dan bilangan ahli Perwakilan daripada Bahagian-Bahagian Negeri pula melebihi separuh daripada jumlah bilangan yang layak hadir dan sekurangkurangnya satu per empat daripada Anggota Majlis Kebangsaan. (6) Jika setengah jam selepas waktu yang ditetapkan untuk Persidangan Perwakilan korum tidak juga terdapat, maka Persidangan akan ditangguhkan ke suatu tarikh (tidak melebihi 14 hari) yang akan diputuskan oleh Majlis Kebangsaan dan jika korum tidak terdapat setengah jam selepas waktu yang ditetapkan untuk Persidangan yang ditangguhkan itu, para wakil yang hadir akan berkuasa meneruskan urusan hari itu tetapi mereka tidak akan berkuasa meminda Perlembagaan Persatuan ini dan membuat keputusan-keputusan yang menyentuh keseluruhan keahlian. (7) Persidangan Perwakilan Tahunan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin selepas penutupan setiap tahun kewangan pada tarikh, waktu dan tempat yang akan diputuskan oleh Majlis Kebangsaan, tetapi tidak lewat daripada 30 haribulan Jun. Urusan Persidangan Perwakilan Tahunan adalah untuk:- (a) Mengesahkan Minit Persidangan Perwakilan yang lalu. (b) Membentang dan menerima Laporan Tahunan Majlis Kebangsaan mengenai perjalanan Persatuan ini sepanjang tahun yang terdahulu.
9 (c) Membentang dan menerima Laporan Kewangan dan Penyata Kira-Kira Persatuan ini yang telah diaudit bagi tahun yang terdahulu. (d) Membentang dan menerima Anggaran Belanjawan Persatuan bagi tahun yang akan datang. (e) Memilih seorang Pengerusi Tetap, seorang Timbalan Pengerusi Tetap dan Anggota Majlis Kebangsaan mengikut bilangan jawatan yang ditetapkan di bawah Fasal 8 (1) (a) sekali dalam setiap tiga tahun. (f) Menguruskan perkara-perkara lain yang mungkin dibawa kepadanya, atau yang mungkin dikemukakan oleh Majlis Kebangsaan dengan syarat bahawa notis yang tidak kurang dari 14 hari diberikan terlebih dahulu. (8) Notis awal Persidangan Perwakilan Tahunan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat persidangan dan yang berkehendakkan usul-usul untuk perbincangan dalam persidangan, usul-usul untuk meminda Perlembagaan, pencalonan untuk Anggota-Anggota Majlis Kebangsaan dan nama-nama para wakil Bahagian Negeri akan dikirimkan oleh Setiausaha Agung kepada semua Setiausaha Bahagian Negeri tidak lewat daripada 60 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk persidangan itu dan notis ini hendaklah juga dipamerkan secara mudah dilihat di tempat berdaftar bagi urusan Persatuan ini. Setiap Setiausaha Bahagian Negeri hendaklah memanggil Mesyuarat Agung / Perwakilan Bahagian Negeri tidak kurang dari 30 hari sebelum Persidangan Perwakilan Tahunan. (9) Nama-nama para wakil, pencalonan untuk Anggota-Anggota Majlis Kebangsaan sekali setiap tiga tahun, dan usul-usul untuk dibincangkan dalam Persidangan Perwakilan hendaklah diserahkan oleh Setiausaha-Setiausaha Bahagian Negeri kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 30 hari sebelum Persidangan Perwakilan Tahunan. (10) Di mana tidak terdapat Cawangan-Cawangan Daerah / Daerah Kecil, Setiausaha Bahagian Negeri hendaklah memanggil Mesyuarat Agung Tahunan para Ahli Terus Bahagian Negeri itu tidak lewat daripada 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Persidangan Perwakilan Tahunan bagi memilih wakilwakil para ahli dan menamakan calon-calon untuk pemilihan Anggota-Anggota Majlis Kebangsaan kepada Setiausaha Agung. (11) Setiausaha Agung hendaklah mengirimkan kepada Setiausaha-Setiausaha Bahagian Negeri tidak lewat 14 hari sebelum Persidangan Perwakilan Tahunan suatu agenda termasuk salinan-salinan minit dan Laporan Tahunan, usul-usul dan pencalonan untuk Anggota-Anggota Majlis Kebangsaan bersama-sama dengan Penyata Kewangan Persatuan yang telah diaudit bagi tahun yang terdahulu. Salinan-salinan dokumen tersebut akan diberikan kepada setiap Ahli Perwakilan sebelum Persidangan Perwakilan Tahunan.
10 (12) Persidangan Perwakilan Luar Biasa Persatuan ini akan dipanggil:- (a) Bila Majlis Kebangsaan menganggapnya perlu, atau (b) Atas permintaan bersama secara bertulis oleh JawatankuasaJawatankuasa Bahagian Negeri daripada tiga Bahagian Negeri atau lebih yang menyatakan sebab-sebab bagi diadakan Persidangan yang sedemikian. (13) Persidangan Perwakilan Luar Biasa yang dituntut oleh Bahagian-Bahagian Negeri hendaklah dipanggil dalam masa 30 hari selepas menerima tuntutan sedemikian. (14) Notis dan agenda bagi Persidangan Perwakilan Luar Biasa hendaklah dikemukakan oleh Setiausaha Agung kepada semua Setiausaha Bahagian Negeri tidak lewat daripada 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Persidangan itu. (15) Perenggan-perenggan (5) dan (6) Fasal ini mengenai korum dan penangguhan Persidangan Perwakilan Tahunan adalah digunakan juga kepada Persidangan Perwakilan Luar Biasa, tetapi dengan syarat jika korum tidak terdapat selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan bagi Persidangan Perwakilan Luar Biasa yang tertangguh yang dituntut oleh Bahagian-Bahagian Negeri itu, maka Persidangan itu hendaklah dibatalkan, dan Persidangan Perwakilan Luar Biasa tidak boleh dituntut bagi maksud yang sama sehingga selepas sekurangkurangnya enam bulan daripada tarikh pembatalan itu. (16) Setiausaha Agung hendaklah mengemukakan kepada semua Setiausaha Bahagian Negeri satu salinan deraf minit setiap Persidangan Perwakilan Tahunan dan Persidangan Perwakilan Luar Biasa dengan secepat mungkin. FASAL 8 : MAJLIS KEBANGSAAN (1) (a) Majlis Kebangsaan yang terdiri daripada mereka yang berikut ini yang akan disebut sebagai Anggota Majlis Kebangsaan hendaklah dipilih dalam Persidangan Perwakilan Tahunan sekali dalam setiap tiga tahun:- Seorang Presiden Seorang Timbalan Presiden Tiga orang Naib Presiden Lapan orang Ahli Majlis (b) Yang DiPertua Bahgian Negeri adalah Anggota Majlis Kebangsaan. (c) Selepas Persidangan tersebut, Presiden hendaklah melantik daripada kalangan ahli Persatuan dan disahkan oleh Majlis Kebangsaan:-
11 Seorang Setiausaha Agung Seorang Penolong Setiausaha Agung Seorang Bendahari Agung (d) Para pemegang jawatan Persatuan ini dan setiap pegawai yang melakukan fungsi-fungsi eksekutif dalam Persatuan ini mestilah Warganegara Malaysia. (e) Majlis Kebangsaan boleh melantik dalam penggal semasa wakil-wakil golongan tertentu atau wakil-wakil lain yang dianggapkan perlu sebagai Anggota Majlis. (2) Pemegang-pemegang jawatan yang disenaraikan di dalam 1 (a) di atas akan dipilih dengan cara undi sulit dalam Persidangan Perwakilan dan mereka akan memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan layak dipilih semula. (3) Fungsi Majlis Kebangsaan adalah mengadakan dan mengawasi kegiatankegiatan Persatuan ini dan membuat keputusan-keputusan mengenai perkaraperkara yang mempengaruhi pengurusannya di dalam dasar am yang dirumuskan oleh Persidangan Perwakilan. Majlis Kebangsaan tidak boleh bertindak berlawanan daripada kemahuan-kemahuan ternyata Persidangan Perwakilan tanpa merujuk terlebih dahulu kepadanya dan hendaklah sentiasa tetap akur kepada Persidangan Perwakilan. Ianya hendaklah menyampaikan laporan kepada setiap Persidangan Perwakilan mengenai kegiatan-kegiatannya sepanjang tahun yang terdahulu. (4) Majlis Kebangsaan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam setiap suku tahun dan notis 14 hari bagi setiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada Anggota-Anggota Majlis Kebangsaan. Presiden yang bertindak sendirian, atau tidak kurang dari tiga orang daripada Anggota-Anggota Majlis Kebangsaan itu yang bertindak bersama-sama boleh memanggil Mesyuarat Majlis Kebangsasan yang akan diadakan pada bila-bila masa. Sekurangkurangnya separuh daripada Anggota-Anggota Majlis Kebangsaan mesti hadir supaya pengurusannya menjadi sah. (5) Di mana sebarang perkara yang mendesak yang memerlukan keputusan Majlis Kebangsaan berbangkit dan adalah tidak mungkin akan memanggil suatu mesyuarat, maka Setiausaha Agung boleh memperolehi keputusan yang sedemikian dengan mengeluarkan Surat Pekeliling. Syarat-syarat yang berikut mesti disempurnakan sebelum suatu keputusan Majlis Kebangsaan dianggap sebagai telah diperolehi:- (a) Isu mesti diedarkan dengan jelas dalam Surat Pekeliling itu dan dimajukan kepada semua Anggota Majlis Kebangsaan
12 (b) Sekurang-kurangnya separuh daripada Anggota-Anggota Majlis Kebangsaan mesti menunjukkan samada mereka menyokong atau menentang cadangan itu, dan; (c) Sebarang keputusan yang diperolehi dengan Surat Pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Majlis Kebangsaan yang akan datang dan direkodkan dalam minitnya. (6) Mana-mana Anggota Majlis Kebangsaan yang gagal menghadiri Mesyuarat Majlis ini tiga kali berturut-turut tanpa memberi penjelasan yang memuaskan akan dianggap sebagai telah meletakkan jawatan dari Majlis ini. (7) Sekiranya terjadi kematian atau perletakan jawatan seorang Anggota Majlis Kebangsaan, maka calon yang menerima bilangan undi terbanyak yang paling dekat dalam pemilihan yang terdahulu bagi jawatan yang berkenaan akan dipelawa mengisi kekosongan itu. Jika tidak terdapat calon yang sedemikian atau jika calon yang sedemikian enggan menerima jawatan itu, Majlis Kebangsaan berkuasa memilih mana-mana ahli Persatuan yang lain untuk mengisi kekosongan itu sehingga Persidangan Perwakilan Tahunan yang akan datang. (8) Majlis Kebangsaan akan mengarahkan Setiausaha Agung dan para pemegang jawatan yang lain tentang pengurusan hal ehwal Persatuan ini. Ianya boleh melantik kakitangan yang sedemikian sebagaimana yang dianggapnya perlu. Ianya boleh menggantung jawatan atau memberhentikan kakitangan kerana kecuaian tugas, ketidakjujuran, ketidakcekapan, keengganan menjalankan keputusan-keputusan Majlis Kebangsaan atau kerana sebarang sebab yang lain yang bertentangan dengan Persatuan ini. (9) Di antara Persidangan-Persidangan Perwakilan Tahunan, Majlis Kebangsaan akan mentafsirkan mana-mana Fasal dalam Perlembagaan ini dan bila perlu, menentukan sebarang perkara yang tidak dinyatakan oleh Fasal tersebut. (10) Kecuali di mana ianya berlawanan atau bertentangan dengan dasar yang ditetapkan terlebih dahulu oleh Persidangan Perwakilan, keputusan-keputusan Majlis Kebangsaan akan mengikat semua ahli Persatuan ini melainkan jika dan sehingga diperintahkan oleh resolusi Persidangan Perwakilan supaya dibatalkan. FASAL 9: TATATERTIB (1) Majlis Kebangsaan diberi kuasa memutuskan semua kes ketidaksopanan dikalangan ahli-ahli atau yang bertindak berlawanan dengan maksud atau kehendak Persatuan. Bagi tujuan menguruskan kes-kes salahlaku itu Jawatankuasa Bahagian Negeri hendaklah terlebih dahulu menubuhkan satu Jawatankuasa Tatatertib dari kalangan ahli-ahlinya yang terdiri daripada:-
13 Seorang Pengerusi Seorang Setiausaha Seorang Ahli Jawatankuasa (2) Jawatankuasa Tatatertib Peringkat Negeri itu hendaklah mengemukakan perakuan dan syornya kepada Majlis Kebangsaan bagi diputuskan. Majlis Kebangsaan hendaklah menubuhkan satu Lembaga Tatatertib dari kalangan anggotanya yang terdiri daripada berikut untuk menguruskan kes yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Tatatertib peringkat Negeri iaitu:- Seorang Pengerusi Seorang Setiausaha Tiga orang Ahli Majlis (3) Majlis Kebangsaan hendaklah memutuskan semua kes salahlaku ahli setelah menimbangkan perakuan dan syor daripada Lembaga di atas. (4) Majlis Kebangsaan boleh menggantung, mengenakan syarat-syarat, memulihkan atau menamatkan keahlian seorang ahli yang bersalah. Keputusan Majlis Kebangaan hendaklah disampaikan kepada ahli melalui Jawatankuasa Bahagian Negeri dengan seberapa cepat yang boleh. Mana-mana ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Kebangsaan berhak merayu kepada Persidangan Perwakilan dan keputusannya adalah muktamad. FASAL 10 : TUGAS-TUGAS PEMEGANG JAWATAN (1) Sepanjang tempoh jawatannya Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah mempengerusikan semua Persidangan Tahunan dan menandatangani minit setiap Persidangan Perwakilan pada waktu minit itu diluluskan. (2) Sepanjang tempoh jawatannya Presiden hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis Kebangsaan dan akan bertanggungjawab atas pimpinan yang wajar semua mesyuarat yang sedemikian. Beliau mempunyai undi pemutus dan menandatangani minit setiap mesyuarat Majlis Kebangsaan pada waktu minit itu diluluskan. (3) Timbalan Presiden akan bertindak menggantikan Presiden sepanjang tempoh ketiadaan beliau. Pada masa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden, seorang daripada Naib Presiden yang hadir akan menjadi Pengerusi Mesyuarat. Pada masa ketiadaan semua pegawai yang tersebut, para ahli yang hadir hendaklah memilih seorang dari antara mereka untuk menjadi Pengerusi Mesyuarat itu. (4) Setiausaha Agung akan menjalankan urusan Persatuan ini mengikut Perlembagaan, dan akan menjalankan keputusan Persidangan Perwakilan dan Mesyuarat Majlis Kebangsaan. Beliau akan bertanggungjawab bagi
14 menguruskan semua surat-menyurat dan menjaga semua buku, dokumen dan kertas kecuali kira-kira dan rekod-rekod kewangan. Beliau akan menyelenggarakan rekod keahlian dan bertanggungjawab mengawal peruntukan yang telah diluluskan oleh Majlis Kebangsaan. (5) Bendahari Agung akan bertanggungjawab atas Kewangan Persatuan ini. Beliau akan menjaga kira-kira semua pengurusan kewangannya dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Bendahari Agung akan bersama-sama dengan Presiden, atau pada masa ketiadaan Presiden, bersama-sama dengan Timbalan Presiden mengelolakan kira-kira bank Persatuan ini dan menandatangani notis-notis pengeluaran wang dan cek-cek. Pada masa ketiadaan Bendahari Agung, Presiden dan Setiusaha Agung akan menandatanganinya. (6) Mana-mana Anggota Majlis Kebangsaan hendaklah menjalankan tugas-tugas yang sedemikian sebagaimana yang diarahkan oleh Presiden atau Majlis Kebangsaan. FASAL 11 : PENUBUHAN BAHAGIAN NEGERI (1) (a) Dengan undi majoriti yang diambil dalam suatu mesyuarat, Majlis Kebangsaan boleh meluluskan penubuhan sebuah Bahagian Negeri di mana terdapat sekurang-kurangnya 30 orang ahli Persatuan ini. (b) Bahagian Negeri akan bertanggungjawab di atas kegiatan-kegiatannya kepada Majlis Kebangsaan dan ia hendaklah akur kepada Majlis Kebangsaan. Ia hendaklah melaporkan kegiatan-kegiatan kepada Majlis Kebangsaan di setiap Mesyuarat Majlis Kebangsaan. (2) Sebuah Jawatankuasa Bahagian Negeri yang terdiri daripada mereka yang berikut yang akan disebut para pemegang jawatan bagi Bahagian Negeri itu hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung / Perwakilan Tahunan Bahagian Negeri sekali dalam setiap tiga tahun: Seorang Yang DiPertua. Seorang Timbalan Yang DiPertua. Seorang Naib Yang DiPertua. Lapan orang Ahli Jawatankuasa. Pengerusi atau wakil, Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil adalah Ahli Jawatankuasa. Selepas mesyuarat, Yang DiPertua hendaklah melantik daripada kalangan ahliahli Persatuan Bahagian Negerinya dan disahkan oleh Jawatankuasa Bahagian Negeri seorang Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha dan seorang
15 Bendahari. Pemegang jawatan dalam Bahagian Negeri dan setiap pegawai yang melakukan fungsi-fungsi eksekutif mestilah Warganegara Malaysia. (3) Nama-nama bagi pemegang jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan adalah dengan cara undi sulit daripada ahli / perwakilan dalam Mesyuarat Agung / Perwakilan Tahunan Bahagian Negeri. Semua pemegang jawatan adalah layak dipilih semula. (4) Tugas-tugas Jawatankuasa Bahagian Negeri adalah mengawasi fungsi-fungsi Cawangan-Cawangan Daerah / Daerah Kecilnya dan menguruskan hal ehwal Bahagian Negeri mengikut Perlembagaan Persatuan ini, dan arahan-arahan Majlis Kebangsaan dan Persidangan Perwakilan. Ianya hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap suku tahun dengan memberi notis tidak kurang daripada 14 hari dan sekurang-kurangnya separuh dan AhliAhli Jawatankuasa Bahagian Negeri akan merupakan korum. (5) Mana-mana Ahli Jawatankuasa Bahagian Negeri yang gagal menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian Negeri tiga kali berturut-turut tanpa memberi penjelasan yang memuaskan akan dianggap sebagai telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian Negeri. (6) Sekiranya terjadi kematian atau perletakan jawatan seorang Ahli Jawatankuasa Bahagian Negeri, maka calon yang menerima bilangan undi terbanyak yang paling dekat dalam pemilihan yang terdahulu bagi jawatan yang berkenaan akan dipelawa mengisi kekosongan itu. Jika tidak terdapat calon yang sedemikian atau jika calon yang sedemikian enggan menerima jawatan itu, Jawatankuasa Bahagian Negeri berkuasa memilih mana-mana ahli Bahagian Negeri berkenaan untuk mengisi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung / Perwakilan Tahunan yang akan datang. (7) Jawatankuasa Bahagian Negeri boleh melantik dalam penggal semasa, wakilwakil golongan tertentu atau wakil-wakil lain yang dianggap perlu, seramai tidak lebih tiga orang setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Kebangsaan. FASAL 12 : TUGAS-TUGAS PEMEGANG JAWATAN BAHAGIAN NEGERI (1) Sepanjang tempoh jawatannya Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Agung / Perwakilan Tahunan dan menandatangani minit setiap Mesyuarat Agung / Perwakilan pada waktu minit itu diluluskan. (2) Sepanjang tempoh jawatannya, Yang DiPertua hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan akan bertanggungjawab di atas pimpinan yang wajar mesyuarat-mesyuarat itu. Beliau akan mempunyai undi pemutus dan menandatangani minit setiap mesyuarat Jawatankuasa pada waktu minit itu diluluskan. Beliau akan menjadi wakil Bahagian Negeri ke Majlis
16 Kebangsaan dan jika beliau memegang apa-apa jawatan di dalam Majlis Kebangsaan, beliau boleh melantik seorang Ahli Jawatankuasa lain sebagai wakil Bahagian Negeri di dalam Majlis Kebangsaan. (3) Timbalan Yang DiPertua akan bertindak menggantikan Yang DiPertua sepanjang tempoh ketiadaan beliau. Pada masa ketiadaan Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua akan menjadi Pengerusi Mesyuarat. Pada masa ketiadaan semua pemegang jawatan tersebut, para ahli yang hadir hendaklah melantik seorang daripada antara mereka untuk menjadi Pengerusi Mesyuarat itu. (4) Setiausaha akan melaksanakan urusan Bahagian Negeri menurut Perlembagaan Persatuan ini, dan akan menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung / Perwakilan Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian. Beliau akan bertanggungjawab bagi menguruskan semua surat menyurat dan menjaga semua buku dokumen dan kertas kecuali kira-kira dan rekod-rekod kewangan. Beliau hendaklah menghadiri semua Mesyuarat Agung / Perwakilan dan Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian dan merekodkan kegiatannya. (5) Bendahari akan bertanggungjawab di atas kewangan Bahagian Negeri. Beliau akan menjaga kira-kira semua pengurusan kewangannya dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Beliau akan bersama-sama dengan Yang DiPertua atau Setiausaha menandatangani semua cek bagi pihak Bahagian Negeri. Pada masa ketiadaan Bendahari, Yang DiPertua dan Setiausaha akan menandatangani semua cek bagi pihak Bahagian Negeri. (6) Ahli-Ahli Jawatankuasa akan menjalankan tugas-tugas yang sedemikian sebagaimana yang diarahkan oleh Yang DiPertua dan Jawatankuasa Bahagian Negeri. FASAL 13 : MESYUARAT AGUNG / PERWAKILAN BAHAGIAN NEGERI (1) Notis awal Mesyuarat Agung / Perwakilan Tahunan Bahagian Negeri yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat bermesyuarat dan yang berkehendakkan usul-usul untuk perbincangan dalam mesyuarat, pencalonan untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian Negeri dan nama-nama para wakil Cawangan Daerah / Daerah Kecil akan dikirimkan oleh Setiusaha Bahagian Negeri tidak lewat daripada 60 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat itu. Setiap Setiausaha Bahagian Negeri hendaklah memanggil Mesyuarat Agung / Perwakilan Bahagian tidak kurang dari 30 hari sebelum Persidangan Perwakilan Tahunan. Agenda, Laporan Tahunan dan Penyata Kira-Kira yang telah diaudit hendaklah sampai kepada Cawangan Daerah / Daerah Kecil tidak kurang daripada 14 hari.
17 (2) Bahagian-Bahagian Negeri yang tiada Cawangan Daerah / Daerah Kecil hendaklah menghantar kepada semua ahlinya notis mengenai masa, tarikh, waktu dan tempat bermesyuarat serta Agenda, Laporan Tahunan dan Penyata Kira-Kira yang telah diaudit tidak lewat daripada 14 hari sebelum mesyuarat itu. (3) Korum bagi mesyuarat Agung / Perwakilan Tahunan Bahagian Negeri hendaklah dianggap sebagai telah terbentuk, jika ahli-ahli yang hadir mewakili separuh daripada jumlah bilangan Cawangan dan tidak kurang daripada 30 orang. FASAL 14 : URUSAN MESYUARAT AGUNG / PERWAKILAN BAHAGIAN NEGERI Urusan Mesyuarat Agung / Perwakilan Tahunan dan Mesyuarat Tahunan Bahagian Negeri adalah untuk:- (a) Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung / Perwakilan Tahunan yang lalu. (b) Menerima Laporan Tahunan Jawatankuasa Bahagian Negeri. (c) Menerima Laporan Kewangan Tahunan dan Penyata Kira-Kira Jawatankuasa Bahagian Negeri yang telah diaudit. (d) Membentang dan menerima Anggaran Belanjawan Persatuan bagi tahun yang akan datang. (e) Memilih Ahli-Ahli Jawatankuasa untuk tempoh sekali dalam setiap tiga tahun. (f) Di Mesyuarat Agung / Perwakilan Tahunan memilih seorang Pengerusi Tetap dan seorang Timbalan Pengerusi Tetap untuk tempoh sekali dalam setiap tiga tahun. (g) Memilih Juruaudit Dalam untuk tempoh tiga tahun menurut Fasal 22. (h) Bagi Bahagian Negeri yang mempunyai Cawangan-Cawangan Daerah / Daerah Kecil, Mesyuarat Agung Cawangan Daerah / Daerah Kecil hendaklah memilih untuk tempoh tiga tahun, seorang wakil bagi setiap 10 orang ahli dengan syarat tidak melebihi 20 wakil ke Mesyuarat Perwakilan Tahunan Bahagian Negeri. Sepuluh orang ahli hendaklah dipilih juga sebagai wakil simpanan untuk mengisi kekosongan disebabkan oleh keuzuran, kematian atau pemberhentian menjadi ahli Persatuan. Wakil-Wakil Cawangan Daerah / Daerah Kecil hendaklah termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari, sekiranya mereka tidak menganggotai Jawatankuasa Bahagian Negeri, tertakluk kepada jumlah wakil yang Cawangan Daerah / Daerah Kecil layak menghantar. (i) Memilih Wakil-Wakil ke Persidangan Perwakilan untuk tempoh tiga tahun berdasarkan Fasal 7 (2) dan (3).
18 (j) Membahas dan meluluskan usul-usul, jika ada. (k) Menguruskan sebarang perkara lain yang mungkin dibawa kepadanya dengan memberi notis tujuh hari sebelum Mesyuarat. FASAL 15 : PENUBUHAN CAWANGAN DAERAH / DAERAH KECIL (1) (a) Dengan undi majoriti yang diambil dalam suatu Mesyuarat, maka Majlis Kebangsaan di atas cadangan Bahagian-Bahagian Negeri yang berkenaan boleh meluluskan penubuhan sebuah Cawangan Daerah / Daerah Kecil dalam mana-mana Daerah di mana terdapat sekurangkurangnya 30 orang ahli Persatuan ini. (b) Cawangan Daerah / Daerah Kecil akan bertanggungjawab di atas kegiatan-kegiatannya kepada Jawatankuasa Bahagian Negeri Persatuan ini. Sebuah Cawangan Daerah / Daerah Kecil hendaklah akur kepada Bahagian Negeri. Ianya hendaklah menyerahkan laporan bulanan kegiatan-kegiatannya kepada Bahagian Negeri sekali dalam setiap suku tahun. (2) Sebuah Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil yang terdiri daripada mereka yang berikut hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan sekali setiap tiga tahun:- Seorang Pengerusi Seorang Naib Pengerusi Lapan orang Ahli Jawatankuasa Selepas mesyuarat tersebut, Pengerusi hendaklah melantik daripada kalangan ahli Persatuan Cawangan Daerah / Daerah Kecilnya dan disahkan oleh Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil seorang Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha, dan seorang Bendahari. Pemegang jawatan dalam Cawangan Daerah / Daerah Kecil dan setiap pegawai yang melakukan tugastugas eksekutif mestilah Warganegara Malaysia. (3) Nama-nama bagi pemegang jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan adalah dengan undi majoriti yang mudah daripada ahliahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Daerah / Daerah Kecil. Semua pemegang jawatan adalah layak dipilih semula. (4) Tugas-tugas Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil adalah menguruskan hal ehwal Cawangan mengikut Perlembagaan Persatuan ini, dan arahan-arahan Bahagian Negeri, Majlis Kebangsaan dan Persidangan Perwakilan. Ianya hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap suku tahun dengan memberi notis tidak kurang daripada 10 hari dan sekurang-
19 kurangnya separuh daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil akan merupakan korum. (5) Mana-mana Ahli Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil yang gagal menghadiri Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil tiga kali berturut-turut tanpa memberi penjelasan yang memuaskan akan dianggap sebagai telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil. (6) Sekiranya terjadi kematian atau perletakan jawatan seorang Ahli Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil, maka calon yang menerima bilangan undi terbanyak yang paling dekat dalam pemilihan yang terdahulu bagi jawatan yang berkenaan akan dipelawa mengisi kekosongan itu. Jika tidak terdapat calon yang sedemikian atau jika calon yang sedemikian enggan menerima jawatan itu, Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil berkuasa memilih mana-mana ahli Cawangan Daerah / Daerah Kecil berkenaan untuk mengisi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang. FASAL 16 : TUGAS-TUGAS PEMEGANG JAWATAN CAWANGAN DAERAH / DAERAH KECIL (1) Sepanjang tempoh jawatannya, Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa dan akan bertanggungjawab di atas pimpinan yang wajar mesyuarat-mesyuarat itu. Beliau akan mempunyai undi pemutus dan menandatangani minit setiap mesyuarat pada waktu minit itu diluluskan. (2) Naib Pengerusi akan bertindak menggantikan Pengerusi sepanjang tempoh ketiadaan beliau. Pada masa ketiadaan Pengerusi dan Naib Pengerusi, para ahli yang hadir hendaklah melantik seorang daripada antara mereka untuk menjadi pengerusi mesyuarat itu. (3) Setiausaha akan melaksanakan urusan Cawangan Daerah / Daerah Kecil menurut Perlembagaan Persatuan ini, dan akan menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa. Beliau akan bertanggungjawab bagi menguruskan semua surat-menyurat dan menjaga semua buku dokumen dan kertas kecuali kira-kira dan rekod kewangan. Beliau hendaklah menghadiri semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa dan merekodkan keputusanya. (4) Bendahari akan bertanggungjawab di atas kewangan Cawangan Daerah / Daerah Kecil. Beliau akan menjaga kira-kira semua pengurusan kewangannya dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Beliau akan bersama-sama dengan Pengerusi atau Setiausaha, menandatangani semua cek bagi pihak Cawangan Daerah / Daerah Kecil. Pada masa ketiadaan Bendahari, Pengerusi
20 dan Setiausaha akan menandatangani semua cek bagi pihak Cawangan Daerah/ Daerah Kecil. (5) Ahli-Ahli Jawatankuasa akan menjalankan tugas-tugas yang sedemikian sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi dan Jawatankuasa Cawangan. FASAL 17 : MESYUARAT AGUNG CAWANGAN DAERAH / DAERAH KECIL (1) Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Daerah / Daerah Kecil hendaklah diadakan tidak lewat daripada 14 hari sebelum Mesyuarat Agung / Perwakilan Tahunan Bahagian Negeri. Setiausaha Cawangan Daerah / Daerah Kecil adalah bertanggungjawab menghantar notis mengenai tarikh, masa dan tempat mesyuarat. Agenda, Laporan Tahunan dan Penyata Kira-Kira yang telah diaudit hendaklah dihantar kepada semua ahlinya tidak lewat daripada tujuh hari. (2) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Daerah / Daerah Kecil hendaklah dianggap sebagai telah terbentuk jika ahli-ahli yang hadir tidak kurang daripada 15 orang. FASAL 18 : URUSAN MESYUARAT AGUNG CAWANGAN DAERAH / DAERAH KECIL Urusan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Daerah / Daerah Kecil adalah untuk:- (a) Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu. (b) Menerima Laporan Tahunan Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil. (c) Menerima Laporan Kewangan Tahunan dan Penyata Kira-Kira Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil. (d) Memilih Ahli-Ahli Jawatankuasa sekali untuk tempoh setiap tiga tahun. (e) Memilih Juruaudit Dalam untuk tempoh tiga tahun menurut Fasal 22. (f) Memilih Wakil-Wakil ke Mesyuarat Agung / Perwakilan Bahagian Negeri untuk tempoh tiga tahun berdasarkan Fasal 14 (h). (g) Membahas dan meluluskan usul-usul, jika ada. (h) Menguruskan sebarang perkara lain yang mungkin dibawa kepadanya. FASAL 19 : MESYUARAT AGUNG / PERWAKILAN LUAR BIASA (1) Mesyuarat Agung / Perwakilan Luar Biasa Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil hendaklah dipanggil:-
21 (a) Atas arahan Majlis Kebangsaan, atau; (b) Bila-bila sahaja Jawatankuasa Bahagian Negeri atau Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil menganggapnya perlu, (c) Atas permintaan bersama secara bertulis oleh dua buah Cawangan Daerah / Daerah Kecil atau lebih atau oleh tidak kurang dari 20 orang ahli yang menyatakan sebab bagi mesyuarat yang sedemikian. (2) Mesyuarat Agung / Perwakilan Luar Biasa Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil yang dituntut oleh Cawangan-Cawangan Daerah / Daerah Kecil atau ahli-ahli hendaklah dipanggil dalam masa 30 hari daripada tarikh penerimaan notis dan notis serta agenda mesyuarat hendaklah diberi tidak lewat tujuh hari dari tarikh mesyuarat itu kepada Cawangan-Cawangan Daerah / Daerah Kecil dan ahlinya. (3) Korum bagi Mesyuarat Agung / Perwakilan Luar Biasa Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil hendaklah dianggap sebagai telah terbentuk jika ahli-ahli yang hadir mewakili separuh daripada jumlah bilangan Cawangan dan tidak kurang daripada 30 orang. FASAL 20 : PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KEWANGAN (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang berikut dalam Fasal ini, Kumpulan Wang Persatuan ini boleh dibelanjakan bagi sebarang maksud yang perlu untuk melaksanakan tujuannya termasuk perbelanjaan pentadbirannya, bayaran gaji, elaun dan perbelanjaan kepada pemegang jawatan dan kakitangannya yang bergaji, dan audit kira-kiranya. Kumpulan Wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda bagi mana-mana ahli yang dikenakan dari segi undang-undang. (2) Bendahari Agung boleh menyimpan dalam tangan wang panjar yang tidak melebihi RM1,000.00 atau jumlah yang sedemikian sebagaimana yang harus diluluskan oleh Majlis Kebangsaan dari masa ke semasa. Semua wang melebihi jumlah ini hendaklah dalam masa 7 hari selepas menerimanya, disimpan di sebuah bank yang diluluskan oleh Majlis Kebangsaan. Akaun banknya hendaklah atas nama Persatuan ini. (3) Perbelanjaan yang melebihi RM1,000.00 pada sesuatu masa tidak boleh dibuat tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Majlis Kebangsaan. Manakala perbelanjaan yang kurang daripada RM1,000.00 boleh dibenarkan atas budibicara Setiausaha Agung. (4) Sebaik sahaja selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, penyata penerimaan dan bayaran dan kunci kira-kira bagi tahun itu hendaklah disediakan dan diaudit oleh Juruaudit-Juruaudit yang dipilih mengikut Fasal 22. Penyata kira-kira yang
22 telah diaudit hendaklah diserahkan untuk kelulusan Persidangan Perwakilan Tahunan yang akan datang, dan salinan-salinannya akan dapat diperolehi di tempat berdaftar bagi urusan Persatuan ini dan di setiap Pejabat Bahagian dan Cawangan untuk tatapan ahli-ahli Persatuan ini. (5) (a) Dalam melaksanakan Fasal 3 (c) Persatuan ini boleh menurut resolusi Persidangan Perwakilannya mengadakan suatu Kumpulan Wang yang akan dikenali sebagai Kumpulan Wang Kebajikan Pesara yang ditadbir dan diuruskan oleh Majlis Kebangsaan. Bagaimanapun Persatuan ini tidak akan menggalakkan sebarang kegiatan “Pertubuhan Faedah Bersama” sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pertubuhan 1966. (b) Kumpulan Wang Kebajikan Pesara hendaklah digunakan bagi faedah ahli-ahli sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan. Bagaimanapun permohonan-permohonan untuk perbelanjaan daripada Kumpulan Wang Kebajikan ini hendaklah dibuat melalui Bahagian Negeri / Cawangan Daerah / Daerah Kecil. (c) Majlis Kebangsaan boleh memberi kuasa kepada Jawatankuasa Bahagian Negeri untuk mengadakan Kumpulan Wang Kebajikan Pesara Bahagian Negeri untuk mengumpulkan wang sepanjang tempoh Usaha Bersama Memungut Wang Tahunan dan wang yang sedemikian yang dipungut oleh Bahagian Negeri hendaklah disimpan di Bahagian Negeri bagi kegunaan sendiri. Bagaimanapun, Bahagian-Bahagian Negeri perlu menyerahkan Penyata Kira-Kiranya kepada Majlis Kebangsaan pada 30 Jun dan 31 Disember setiap tahun. (d) Majlis hendaklah memberi pertimbangan kepada permohonanpermohonan kewangan yang dikemukakan oleh Bahagian-Bahagian Negeri terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan di peringkat masingmasing bagi sepanjang tahun dan jumlah yang diluluskan itu hendaklah bergantung kepada jumlah peruntukan yang diterima daripada Kerajaan dari masa ke masa. (6) Tahun Kewangan Persatuan ini akan bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun. (7) Majlis Kebangsaan, Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil boleh dari masa ke semasa:- (a) Mempelawa atau menerima sumbangan dan derma daripada para ahli atau orang-orang lain, dan; (b) Mengumpul wang dengan sebarang cara halal bagi tujuan dan maksud Persatuan ini termasuk Bahagian Negeri dan Cawangan-Cawangannya.
23 (8) Sumbangan khas atau wang pungutan bagi maksud-maksud yang tertentu boleh dikumpulkan daripada para ahli mengikut resolusi Mesyuarat Bahagian Negeri dengan kelulusan Majlis Kebangsaan. Jika mana-mana ahli gagal membayar sumbangan sedemikian di dalam tempoh tertentu sebagaimana yang ditetapkan, jumlah wang tersebut hendaklah dianggap sebagai hutang dan boleh dituntut sebagai hutang ahli kepada Bahagian Negeri. FASAL 21 : KUMPULAN WANG DAN KIRA-KIRA PERSATUAN (1) Wang yang terkumpul oleh semua Bahagian Negeri dan Cawangan Daerah / Daerah Kecil Persatuan ini adalah menjadi aset Persatuan ini. (2) Bendahari Cawangan Daerah / Daerah Kecil hendaklah mengemukakan kepada Bendahari Bahagian Negeri sebelum 15 haribulan pertama mulai suku tahun kedua dan setiap suku tahun berikutnya, suatu Penyata Penerimaan dan Pembayaran Cawangan untuk bulan-bulan yang terdahulu. (3) (a) Bendahari Cawangan Daerah / Daerah Kecil hendaklah mengemukakan kepada Bendahari Negeri sekali setiap suku tahun wang yuran ahli baru yang diterima oleh Cawangan Daerah / Daerah Kecil, setelah ditolak peratusan yang akan disimpan sebagai Kumpulan Wang Cawangan Daerah / Daerah Kecil. (b) Bendahari Bahagian Negeri hendaklah mengemukakan kepada Bendahari Agung sebelum 31 Januari setiap tahun 15% dari yuran ahli baru yang dikutip setelah ditolak 85% dari jumlah kutipan yuran itu bagi kegunaan pengurusan Bahagian Negeri / Cawangan Daerah / Daerah Kecil. Bahagian Negeri yang gagal mematuhinya tidak akan berkelayakan mengambil bahagian dalam Persidangan Perwakilan. (4) (a) Kumpulan Wang Bahagian Negeri hendaklah disimpan atas nama Bahagian Negeri masing-masing di sebuah Bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Bahagian Negeri dan kira-kiranya akan dikelolakan bersama Yang DiPertua, Setiausaha dan Bendahari. Bendahari boleh menyimpan dalam tangan wang panjar yang tidak melebihi RM1000.00 pada sesuatu masa. Tiada perbelanjaan yang melebihi RM500.00 pada sesuatu masa boleh dibuat oleh Bendahari Bahagian Negeri tanpa izin dahulu dari Jawatankuasa Bahagian Negeri. (b) Kumpulan Wang Cawangan Daerah hendaklah disimpan atas nama Cawangan Daerah / Daerah Kecil masing-masing di sebuah bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil dan kirakiranya akan dikelolakan bersama Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Bendahari boleh menyimpan dalam tangan wang panjar yang tidak melebihi RM500.00 pada sesuatu masa. Tiada perbelanjaan yang melebihi RM300.00 pada sesuatu masa boleh dibuat oleh Bendahari
24 Cawangan Daerah / Daerah Kecil tanpa izin terlebih dahulu dari Jawatankuasa Cawangan Daerah / Daerah Kecil. (5) Wang, buku dan harta Persatuan ini yang disimpan oleh setiap Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil yang sedang dibubarkan hendaklah dihantar tanpa apa-apa kegendalaan oleh Setiausaha Bahagian Negeri kepada Setiausaha Agung bersama dengan suatu Penyata Kira-Kira sebagaimana yang dinyatakan di Fasal 26 (5). FASAL 22 : AUDIT (1) Dua orang Juruaudit hendaklah dipilih daripada kalangan ahli yang tidak memegang sebarang jawatan dalam Majlis Kebangsaan oleh Persidangan Perwakilan Tahunan sebagai Juruaudit Dalam. Setiap Bahagian Negeri / Cawangan Daerah / Daerah Kecil hendaklah memilih Juruaudit-Juruauditnya sendiri daripada kalangan ahli-ahli yang tidak memegang sebarang jawatan dalam Jawatankuasa masing-masing. Juruaudit-Juruaudit akan memegang jawatan selama tiga tahun sahaja. (2) Juruaudit-Juruaudit berkenaan dikehendaki mengaudit Kira-Kira Ibu Pejabat Persatuan ini dan kira-kira Bahagian / Cawangan untuk tahun itu, dan menyediakan laporan atau sijil bagi Persidangan Perwakilan Tahunan dan Mesyuarat Perwakilan / Agung Tahunan setiap Bahagian / Cawangan Daerah / Daerah Kecil. Mereka juga boleh diarahkan oleh Presiden mengaudit akaun Persatuan ini atau akaun mana-mana Bahagian / Cawangan Daerah / Daerah Kecil pada bila-bila masa dalam tempoh masa mereka memegang jawatan dan membuat laporan kepada Majlis Kebangsaan. FASAL 23 : PEMEGANG AMANAH (1) (a) Di peringkat Kebangsaan, tiga orang Pemegang Amanah yang menjadi Anggota Majlis Kebangsaan hendaklah dilantik dalam Persidangan Perwakilan Tahunan dan mereka akan memegang jawatan sepanjang persetujuan Persatuan ini dan selagi mereka menjadi Anggota Majlis Kebangsaan. (b) Di peringkat Negeri, tiga orang Pemegang Amanah yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian Negeri hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Negeri yang akan memegang jawatan sepanjang persetujuan Persatuan ini dan selagi mereka menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian Negeri. (2) Pemegang Amanah akan diberikan kuasa terhadap semua harta takalih daripada apa-apa jenis pun yang dimiliki oleh Persatuan ini dengan pelaksanaan satu Surat Ikatan Amanah.
25 (3) Pemegang Amanah tidak boleh menjual, mengeluar atau memindahkan sebarang harta Persatuan ini tanpa persetujuan dan kuasa Persidangan Perwakilan atau Mesyuarat Agung / Perwakilan Bahagian Negeri. (4) Seorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada jawatan oleh Persidangan Perwakilan atau Mesyuarat Agung / Perwakilan Bahagian Negeri atas sebab-sebab kesihatan, ketidaksempurnaan akal, ketiadaan yang berkekalan dari negara ini atau beliau tidak dapat melaksanakan tugas-tugasnya atau tidak dapat berbuat demikian dengan memuaskan atau atas sebab-sebab lain yang munasabah. Sekiranya terjadi kematian, perletakan jawatan atau perlucutan seorang Pemegang Amanah oleh Persidangan Perwakilan / Mesyuarat Agung / Perwakilan Bahagian Negeri, maka kekosongan itu hendaklah diisi oleh seorang Pemegang Amanah yang baru yang dilantik oleh Persidangan Perwakilan / Mesyuarat Agung / Perwakilan Bahagian Negeri. FASAL 24 : PENAUNG DAN PENASIHAT (1) Majlis Kebangsaan dan Jawatankuasa Bahagian Negeri / Cawangan Daerah / Daerah Kecil boleh mempelawa orang-orang yang sesuai yang berkedudukan tinggi untuk menjadi Penaungnya. (2) Orang-orang yang mempunyai kedudukan yang terhormat dan berpengaruh dalam masyarakat boleh juga dipelawa untuk menjadi Penasihat. Mereka tidak akan mempunyai tanggungjawab kewangan dan tanggungjawab eksekutif dalam Persatuan ini. Bagaimanapun, mereka boleh menghadiri semua Persidangan Perwakilan dan Mesyuarat Majlis Kebangsaan dan Mesyuarat di peringkat Bahagian Negeri dan Cawangan Daerah / Daerah Kecil tetapi tidak akan berhak mengundi. FASAL 25 : LARANGAN Larangan-larangan yang berikut adalah bersabit:- (a) Penyalahgunaan najis dadah, minuman keras dan sebarang perlakuan maksiat di dalam bangunan Persatuan dan perkarangannya. (b) Semua aktiviti perjudian atau yang berunsur perjudian tidak dibenarkan dalam bangunan Persatuan dan perkarangannya. (c) Samada Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba membatasi atau dengan sebarang cara mencampuri atau menceburi sebarang kegiatan Kesatuan Sekerja sebagaimana yang ditakrifkan dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959. (d) Kecuali dengan izin Majlis Kebangsaan dan kelulusan Permit Kerajaan, Persatuan ini tidak boleh mengadakan loteri.
26 (e) Persatuan ini tidak akan mengadakan sebarang pergabungan dengan sebarang pertubuhan yang diasaskan di luar Malaysia. (f) Persatuan ini tidak akan terlibat atau berkait dengan fahaman mana-mana parti politik dan tidak akan menunjukkan sokongan secara khusus kepada manamana parti politik. FASAL 26 : PERATURAN-PERATURAN AM (1) Di mana tiada peruntukan khas telah dibuat dalam Perlembagaan Persatuan bagi sebarang perkara yang berkaitan dengan pengurusan hal ehwal Persatuan ini, maka Fasal-Fasal yang bersabit yang berkaitan dengan pengurusan Ibu Pejabat Pertubuhan hendaklah diikuti setakat mana yang ianya boleh dipakai. (2) Persidangan Perwakilan dan Majlis Kebangsaan boleh memberi arahan kepada Mesyuarat Agung / Perwakilan atau Jawatankuasa Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil mengenai pengurusan hal ehwalnya. (3) Majlis Kebangsaan boleh membuat peraturan-peraturan yang difikirkan perlu untuk apa-apa perkara di dalam Perlembagaan ini bagi apa-apa tujuan dalam pengurusan hal ehwal Persatuan. FASAL 27 : PEMBUBARAN BAHAGIAN NEGERI DAN CAWANGAN DAERAH / DAERAH KECIL (1) Majlis Kebangsaan boleh membubarkan sesebuah Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil:- (a) Jika bagi tempoh enam bulan yang berturut-turut bilangan ahli sesebuah Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil kurang daripada 15 orang, atau; (b) Jika Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil itu enggan mematuhi Fasal-Fasal Perlembagaan Persatuan ini atau keputusan Persidangan Perwakilan atau Majlis Kebangsaan, atau jika pada pendapat Majlis Kebangsaan, adalah bersalah kerana menjalankan kegiatan yang boleh merosakkan Persatuan ini. (2) Majlis Kebangsaan boleh membubarkan sesebuah Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil dengan undi majoriti yang diambil dalam mesyuaratnya dengan syarat bahawa sebelum sesuatu keputusan diambil untuk membubarkan sesebuah Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil dengan alasan yang dinyatakan dalam perenggan (1) (b) di atas, Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil yang berkenaan hendaklah diberi notis 30 hari dan peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan secara bertulis.
27 (3) Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Apabila menerima perintah sedemikian, Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil itu hendaklah berhenti berfungsi kecuali bagi maksud urusan penutupan. Mana-mana Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil yang terkilan dengan perintah pembubaran boleh, dengan notis bertulis kepada Setiausaha Agung dalam masa 30 hari selepas penerimaannya, menghantar rayuan kepada Persidangan Perwakilan Tahunan. Biarpun adanya rayuan yang sedemikian, perintah pembubaran itu akan berkuatkuasa juga sehingga diketepikan, tetapi dalam keadaan sedemikin Majlis Kebangsaan boleh melantik daripada kalangan ahli-ahlinya sebuah Jawatankuasa sementara untuk menguruskan hal ehwal Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil itu sementara menunggu keputusan rayuannya. (4) Sekiranya sesebuah Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil itu dibubarkan atas sebab yang dinyatakan dalam perenggan (1) (a) Fasal ini, maka Majlis Kebangsaan hendaklah memindahkan baki para ahli di Bahagian Negeri itu sebagai Ahli-Ahli Terus Pusat dan baki para ahli di Cawangan Daerah / Daerah Kecil itu sebagai Ahli-Ahli Terus Bahagian Negeri. Sekiranya sesebuah Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil itu dibubarkan atas sebab yang dinyatakan dalam perenggan (1) (b) Fasal ini, maka ahli-ahli yang bersalah kerana ketidaksopanan itu hendaklah digantung keahliannya sehingga ditentukan oleh sebuah Lembaga Tatatertib yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan. (5) Adalah menjadi tanggungjawab Yang DiPertua, Setiausaha dan Bendahari Bahagian Negeri atau Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Cawangan Daerah / Daerah Kecil yang sedemikian untuk menyerahkan kepada Setiausaha Agung semua buku, rekod, wang dan harta yang lain dalam milikan Bahagian Negeri atau Cawangan Daerah / Daerah Kecil itu dari tarikh penyerahan terakhir kirakira sehingga tarikh berkuatkuasanya perintah pembubaran itu. FASAL 28 : PEMBUBARAN PERSATUAN (1) Persatuan ini boleh dibubarkan dengan sukarela oleh suatu resolusi di dalam satu Persidangan Perwakilan Khas untuknya yang dihadiri oleh tidak kurang tiga perempat daripada jumlah bilangan Bahagian Negeri dan tiga perempat jumlah wakil-wakil yang layak hadir serta setengah daripada jumlah Anggota Majlis Kebangsaan. (2) Jika Persatuan dibubarkan sebagaimana yang diperuntukkan di atas, maka semua hutang dan liabiliti yang dikenakan disisi undang-undang bagi pihaknya hendaklah dijelaskan dengan sepenuhnya dan aset-aset yang tersedia itu dan wang yang berbaki hendaklah diselesaikan secara sedemikian sebagaimana yang harus diputuskan oleh Persidangan Perwakilan Khas itu. Jika Persatuan ini tidak boleh membayar hutang maka tiada ahli yang akan bertanggungjawab di atas semua atau salah satu dari liabiliti-liabiliti itu. Notis pembubaran
28 hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia dalam masa 14 hari selepas pembubaran yang sedemikian. FASAL 29 : PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan resolusi untuk majoriti dua pertiga yang diambil dalam Persidangan Perwakilan Tahunan atau Persidangan Perwakilan Luar Biasa. Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan yang sedemikian akan berkuatkuasa mulai tarikh kelulusannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Sebarang pindaan kepada Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia dalam masa 60 hari selepas diluluskan oleh Persidangan Perwakilan. ………….…………………………………………………………………………………… DATO’ PADUKA RAJA TAN SRI DATO’ (Dr) HAJI WAN MAHMOOD BIN PAWAN TEH Presiden …………….…………………………………………….. HAJI MOHAMED SALLEH BIN ABU TAIB Setiausaha Agung
29 LAMPIRAN (1)