PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
RUKUN NEGARA
KUMPULAN 3
-NUR ALIA MAISARAH BINTI MOHD NOR
(06DET21F1023)
-ALYA DAYANA BINTI DIRAMAHADI
(06DET21F1017)
DET2A
LECTURER NAME'S: UST HISHAM
BIL. ISI KANDUNGAN
1 PENGHARGAAN
2 PENGENALAN
-RUKUN NEGARA ASAS PERPADUAN
3 -SEBAB RUKUN NEGARA DIWUJUDKAN
-PRINSIP RUKUN NEGARA
-CARA-CARA UNTUK MENHAYATI RUKUN NEGARA
-PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
-OBJEKTIF MASYARAKAT MALAYSIA YANG MAHU
DIBENTUK
-PERISTIWA RUKUN NEGARA
4 KESIMPULAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur
kepada hadrat ilahi dengan limpah berkatnya yang
diberikan kepada saya dan rakan - rakan sepanjang
proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz
Hisham yang membimbing projek kami. Juga memberikan
sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami
menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali.
Akhir sekali , saya ingin mengucapkan sepuluh jari tanda
penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses
membuat folio ini secara langsung dan secara tidak
langsung.
pengenalan
Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan
perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”.
Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota
masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang
berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan
akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi
membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan
falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan
(patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan
rakyatnya.
Rukun negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang
diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara
bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini
sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu. Terdapat lima
prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu
masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu
sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat
progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.
Perkara ini dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan
sejahtera selama-lamanya. Namun pada masa ini, prinsip rukun
negara makin terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita
terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Oleh itu, kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai
langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia
dalam menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan.
Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara
sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah
setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun
Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal
setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai
kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum
yang lebih utuh dan kental.
Justeru, kepentingan penghayataan rukun negara ialah dapat
melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh pada undang-
undang dan peraturan negara yang ditetapkan. Salah satu prinsip
rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan kedaulatan
undang-undang. Hal ini demikian kerana semua agama di dunia
telah mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi
kejahatan. Rakyat yang mendekatkan diri dengan Tuhan akan
menghindarkan diri daripada gejala yang tidak sihat seperti terlibat
dalam ajaran sesat, rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Individu
yang patuh pada agama dan undang-undang tidak akan melanggar
undang-undang yang telah ditetapkan untuk kebaikan dalam semua
perkara seperti melanggar peraturan jalan raya dan merampas hak
orang lain. Jelaslah bahawa penghayatan rukun negara dapat
melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh undang-
undang.
RUKUN NEGARA ASAS PERPADUAN
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang
tahun kemerdekaan Malaysia ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong
IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Zainal Abidin.
Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969
yang mengganggu-gugat perpaduan etnik di Malaysia. Tragedi
13 Mei 1969 berpunca daripada kempen pilihan raya yang
menimbulkan isu perkauman sensitif.
Seperti diperkatakan Tun Tan Siew Sin, pilihan raya
membuktikan cara paling mudah untuk memancing undi adalah
dengan mengapi-apikan isu perkauman.
Tercetusnya tragedi 13 Mei didakwa berpunca perasaan tidak
puas hati antara satu sama lain kerana orang Melayu jauh
ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
Keistimewaan diberikan kepada Melayu juga mengakibatkan etnik
lain terasa dianaktirikan dan peluang ekonomi mereka terancam.
Ini menjelaskan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat
mengenai kedudukan istimewa orang Melayu, Islam, bahasa
Melayu, institusi beraja dan kewarganegaraan sehingga
menimbulkan konflik berpanjangan jika tidak ditangani dengan
baik.
Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu membentuk
perpaduan kukuh dalam kalangan rakyat dan menjadi identiti
rakyat Malaysia.
Antara matlamat Rukun Negara ialah mewujudkan masyarakat
Malaysia ke arah mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakat. Bagi mencapai matlamat ini, digariskan lima
prinsip Rukun Negara yang perlu difahami dan dihayati setiap
lapisan masyarakat.
Satu daripadanya adalah Keluhuran Perlembagaan.
Keluhuran Perlembagaan bermaksud setiap rakyat perlu dan wajar
menerima Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi
dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
Perlembagaan adalah sumber rujukan tertinggi bagi segala hal
berkaitan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak
sosioekonomi rakyat.
Peranannya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat
mengenai hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati,
menghargai dan memahami maksud serta kandungan dan latar
belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan digubal berasaskan kesepakatan semua
kaum dan semua pihak di negara ini yang dikenali sebagai kontrak
sosial. Menerusi kontrak sosial ini, orang bukan Melayu diberikan
hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.
Orang Melayu pula diperuntukkan dalam Perlembagaan mengenai
agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta
kedudukan Raja-Raja Melayu atau apa yang dipanggil sebagai
tiang seri dalam Perlembagaan.
Penggunaan istilah tiang seri Perlembagaan lebih tepat dan wajar
kerana isu agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan
bahasa Melayu sering menjadi konflik dalam masyarakat.
Ia menggambarkan pentingnya perkara ini dihayati supaya tidak
timbul sebarang pertikaian dalam pelbagai etnik di Malaysia dan
berbezanya perkara ini dengan Perlembagaan yang ada di negara
lain.
Dari perspektif hubungan etnik di Malaysia, perkara yang dianggap
menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan
kepada etnik bukan Melayu.
Perkara yang menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan
diimbangi dengan peruntukan kebebasan bagi setiap rakyat
menganut dan mengamalkan apa-apa agama dalam suasana aman
dan harmoni.
Begitu juga perkara yang menetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, juga diimbangi dengan peruntukan bahawa
tidak ada seorang pun yang boleh dilarang daripada menggunakan
(melainkan bagi maksud rasmi) atau mengajar atau mempelajari
apa-apa bahasa lain.
Hal sama juga berlaku ke atas perkara yang menetapkan kedudukan
istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak
diimbangi dengan peruntukan bahawa kerajaan tidak boleh melucut,
menarik balik atau menyebabkan hak kaum lain terhakis.
Maka, perkara ini perlu difahami setiap lapisan masyarakat,
khususnya generasi muda supaya sentiasa berlapang dada dalam
sesuatu isu membabitkan bahasa Melayu, Islam dan orang Melayu
dalam Perlembagaan.
Ini seperti pernah dinyatakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-215,
iaitu Islam dan orang Melayu adalah asas utama pembentukan
Malaysia.
Justeru, konsep memasyarakatkan Perlembagaan di bawah payung
Keluhuran Perlembagaan perlu digembar-gemburkan.
Konsep memasyarakatkan Perlembagaan ini bererti masyarakat
perlu didedahkan Perlembagaan bukan hanya dari aspek
perundangan semata-mata, tetapi dari perspektif sejarah, budaya,
agama, politik, undang-undang dan hubungan etnik.
Ini dinyatakan Laporan Suruhanjaya Reid yang menekankan
pentingnya mengambil kira faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan
sosial yang wujud pada 1957 dalam merangka Perlembagaan.
Program Pemekaan Kontrak Sosial perlu dilaksanakan bertujuan
mewujudkan kepekaan rakyat Malaysia terhadap pengetahuan dan
kefahaman mengenai kontrak sosial.
Ini boleh dilakukan menerusi kerjasama jabatan kerajaan,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti serta pihak
swasta dengan mengambil kira faktor di atas.
Untuk itu, penekanan perlu diberikan kepada rasional kenapa
sesuatu peruntukan itu termaktub dalam Perlembagaan.
Penekanan kepada rasional sesuatu perkara itu lebih menyebabkan
masyarakat mudah menerima kerana masyarakat sekarang lebih
terdedah dengan sesuatu isu melalui media sosial dan mempunyai
pemikiran yang kritis dan terbuka terhadap sesuatu isu.
Tuntasnya, rakyat perlu bersama menghayati maksud Keluhuran
Perlembagaan sebagai asas perpaduan dan pembinaan negara
bangsa di Malaysia.
SEBAB RUKUN NEGARA DIWUJUDKAN
Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan,
sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar
dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan
kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak
puas hati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa
kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan
berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila
berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat
perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.
Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat,
mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.Majlis
Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun
Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah
ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan
pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN
yang mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh
Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin
Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang
Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-
wakil daripada parti politik.
Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir
dalam merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang
mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu,
maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun
Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru
ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Selain
itu, Majlis Perundangan Negara juga mula menggunakan tema
untuk menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah
mengekalkan semangat cintakan negara dan memupuk keharmonian
kaum.
PRINSIP RUKUN NEGARA
Lima prinsip Rukun Negara perlu digenggam kemas setiap
lapisan masyarakat kerana ia terbukti menjadi kunci kepada
keutuhan perpaduan dan keharmonian antara kaum sejak
sekian lama di negara ini.
Itu adalah pandangan beberapa belia dan mereka turut
menyifatkan penghayatan terhadap prinsip berkenaan adalah
perlu bagi memastikan negara terus makmur, membangun
dan berdaya saing serta gemilang di masa hadapan.
Lulusan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Sin
Run Hui, 24, berkata setiap rakyat bukan sahaja perlu
mengetahui bahkan perlu memahami makna tersurat dan
tersirat Rukun Negara kerana ia mewujudkan satu
kesedaran kepada rakyat mengenai perpaduan selepas
peristiwa 13 Mei 1969.
Katanya Rukun Negara sangat penting kerana ia merupakan
panduan kepada rakyat Malaysia agar membentuk sebuah
masyarakat yang bersatu padu, menghormati dan mematuhi
undang-undang.
Sebagai rakyat Malaysia, saya
akan menerapkan amalan serta
mematuhi kesemua prinsip
dalam Rukun negara. Mengambil
contoh prinsip kelima iaitu
Kesopanan dan Kesusilaan
misalnya, saya akan
mengelakkan diri menyebarkan
berita palsu, fitnah, menyentuh
isu sensitif dan buli siber,”
katanya kepada Bernama di sini,
baru-baru ini.
Berharap penyebaran berita palsu dewasa ini, dilihat sebagai
antara faktor yang akan menjejaskan perpaduan negara, dibendung
bukan sahaja menerusi tindakan undang-undang bahkan menerusi
amalan dan penghayatan prinsip Rukun Negara.
Rukun Negara mengandungi lima prinsip – Kepercayaan Kepada
Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara; Keluhuran
Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; dan Kesopanan Dan
Kesusilaan.
Rukun Negara merupakan asas panduan kepada kehidupan rakyat
dalam membentuk jati diri yang kukuh.
“Penghayatan prinsip Rukun Negara ini mampu membentuk
jiwa bangsa Malaysia yang mempunyai semangat patriotik,
bersatu padu dan patuh kepada peraturan ditetapkan,” katanya.
Kru filem, M. Rajasuriah, 32, berkata lima prinsip Rukun
Negara pada pandangannya mampu memupuk semangat cintakan
tanah air serta mewujudkan nilai murni dan toleransi yang
tinggi dalam kalangan rakyat.
“Ini sangat penting jika kita mahu negara kita kekal aman,
makmur dan berjaya menjadi negara maju pada masa akan
datang,” katanya yang turut menaruh harapan agar semua
masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik
bersama-sama berganding bahu memajukan serta melakukan
terbaik untuk negara.
CARA - CARA UNTUK MENGHAYATI RUKUN NEGARA
Mengadakan Kempen Kesedaran Melalui Pendidikan
-Untuk menanamkan dan menghayati -Di sekolah - melalui penerapan prinsip
Prinsip Rukun Negara dalam diri Rukun Negaradalam mata pelajaran
individu. Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan,
dan Pendidikan Moral.
- masyarakat zaman sekrang tidak
mengambil peduli tenntang rukun Negara - Untuk memastikan warga pendidik
dan kesejahteraan Negara Malaysia khususnya para
ini.oleh itu pihak berkuasa boleh pelajar dapat memahami dan
mengambil berat dan mengadakan menghormati prinsip Rukun Negara. Para
kempen-kempen untuk memupuk sifat guru-guru di sekolah juga mesti
patriotic dalam seseorang.pihak berkuasa mengambil berat dan mengajar tentang
juga boleh mengambil berat untuk kebaikan Rukun Negara dan maksud untuk
memupuk perpaduan kaum dan para pelajar. Para guru juga boleh
memastikan rakyat Malaysia mengetahui mengadakan quiz atau sesi soalan
tentang maksud rukun Negara. tentang Rukun Negara.
Peranan Media Massa Peranan Ibu Bapa
-Media massa elektronik seperti televisyen -Ibu bapa bertanggungjawab mendidik
dan internet boleh menyiarkan iklan atau anak – anak mereka supaya memahami dan
program yang memberi kesedaran kepada menghayati prinsip Rukun Negara. Hal ini
penonton untuk menghayati prinsip Rukun bagi memastikan anak – anak faham dan
Negara. Media massa bercetak seperti patuh serta menghayati Rukun Negara
akhbar atau majalah boleh menerbitkan
artikel tentang kepentingan menghayati sejak dari kecil hingga dewasa seperti
prinsip Rukun Negara.
kata pepatah ‘kalau hendak melentur
buluh biarlah dari rebungnya’.
-Surat khabar, iklan televisyen, dan lain – -Anak – anak mesti mengetahui tentang
lain. prinsip rukun Negara dan mesti
- Untuk memastikan masyarakat mengetahui mengetahui untuk hayatinya. Masyakat
tentang kepentingan Rukun Negara dan
menghayatinya. patriotik bermula dari kanak kanak.
- Ibu bapa boleh memberitahu anak –
anak tentang cerita negara Malaysia dan
menceritai tentang Rukun Negara dan
langkah – langkah untuk menghayatinya.
PRINSIP - PRINSIP RUKUN NEGARA
Prinsip Pertama (Kepercayaan Kepada Tuhan)
• Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. Rakyat
beragama mudah diurus menjadi warganegara yang baik dan
bertanggungjawab
• Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa Islam agama
rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan
Prinsip Kedua (Kesetiaan kepada Raja dan Negara)
• Menuntut supaya rakyat Malaysia memberikan kesetiaan
kepada Raja dan Negara
•Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja
Melayu merupakan Ketua Negeri. Raja adalah symbol penyatuan
rakyat dan pelindung hak istimewa pribumi. Penderhakaan
kepada Raja bermaksud penderhakaan kepada negara .
Prinsip Ketiga (Keluhuran Perlembagaan)
• Menekankan keluhuran perlembagaan. Perlembagaan merupakan
undang-undang utama bagi sesebuah negara dan dianggap luhur,
unggul serta suci. Keluhuran perlembagaan menuntut semua
rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan
mempertahankannya .
Prinsip Keempat (Kedaulatan Undang-Undang)
• Menekankan kedaulatan undang-undang. Prinsip ini meuntut
rakyat Malaysia menghormati undang-undang dengan tidak
melakukan kesalahan di sisi undang-undang
• Semua rakyat akan dapat hidup dengan aman damai apabila
kedaulatan undang-undang terpelihara. Kita bertanggungjawab
memastikan undang undang negara sentiasa di daulatkan dan
tidak di cabar oleh mana-mana pihak .
Prinsip Kelima (Kesopanan dan Kesusilaan)
• Menuntut semua rakyat Malaysia bersopan dan bertatasusila.
Kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai murni yang
melambangkan keperibadian seseorang individu. Kesopanan dan
kesusilaan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni,
penyayang dan saling menghormati .
Objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat.
Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan
yang kaya dan berbagai-bagai corak.
Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama .
peristiwa rukun negara
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah
dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu
setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Pakar
Bahasa Melayu Prof Dato Dr Teo Kok Seong mengatakan bahwa
sebenarnya prinsip-prinsip Rukun Negara sebenarnya
diinspirasikan daripada lima prinsip Pancasila yang ianya lebih
dahulu berjaya menyatukan kepelbagaian yang wujud di
Indonesia.
SEJARAH RUKUN NEGARA
Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta
ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei
1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu bukti berlakunya
permusuhan kaum yang sangat dahsyat suatu ketika dahulu.
Permusuhan dan berbalahan ini berlaku akibat ketidakadilan
layanan yang diterima oleh masyarakat pelbagai kaum di negara
ini. Perkara ini berakar umbi sejak pemerintahan British,
kemudian diteruskan dengan penjajahan Jepun yang ternyata
memberi layanan istimewa kepada kaum Melayu. Keadaan
demikian telah menjadi ‘barah’ sehingga tercetusnya peristiwa
ini.
Masyarakat Malaysia seharusnya mengambil iktibar dan
pengajaran daripada Peristiwa 13 Mei 1969 supaya negara terus
dalam keasdaan aman dan makmur. Oleh itu, masyarakat
Malaysia perlu berpegang kepada prinsip – prinsip Rukun Negara
yang telah ditetapkan.
Menurut Kamus Dewan (2005), Rukun Negara ialah falsafah
negara Malaysia yang mendukung lima prinsip penting, iaitu:
i. Kepercayaan kepada Tuhan
ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
iii. Keluhuran Perlembagaan
iv. Kedaulatan Undang – Undang
v. Kesopanan dan Kesusilaan
Rukun negara dihasilkan berdasar keperluan agama, bangsa,
dan negara.
Yang di – Pertuan Agong (YDPA) telah mengisytiharkan
darurat ekoran huru – hara tercetus pada 13 MEI 1969.
Semasa darurat, negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN). MAGERAN pun telah menubuhkan Majlis
Perundingan Negara (MPN) yang bertanggungjawab menggubal
Rukun Negara. Rukun Negara merupakan ideologi negara
dalam membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ideologi ini tercetus dalam mesyuarat pertama MPN pada 27
Januari 1970 dan diisytihar secara rasmi oleh YDPA pada 31
Ogos 1970 ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.
Ideologi ini tercetus dalam mesyuarat pertama MPN pada 27
Januari 1970 dan diisytihar secara rasmi oleh YDPA pada 31
Ogos 1970 ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Objektif
Rukun Negara adalah seperti yang berikut:
a) Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
b) Memelihara satu cara hidup yang demokratik.
c) Melahirkan sebuah masyarakat yang adil supaya dapat
menikmati kemakmuran bersama.
d) Membentuk masyarakat liberal terhadap kebudayaan masing
– masing.
e) Membina masyarakat progresif dengan menggunakan sains
dan teknologi moden.
Untuk mencapai objektif tersebut, setiap rakyat Malaysia perlu
menghayati sepenuhnya prinsip – prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara. Lima prinsip Rukun Negara yang digubal ini
mampu memperkukuh dan mengeratkan perpaduan antara kaum
di Malaysia. Oleh itu, Rukun Negara sangat penting sebagai
peraturan dan norma hidup bagi mewujudkan perpaduan dalam
kalangan pelbagai kelompok etnik di negara ini.
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang
tahun kemerdekaan Malaysia ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong
IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Zainal Abidin.
kesimpulan
Untuk mencapai objektif tersebut, setiap rakyat Malaysia perlu
menghayati sepenuhnya prinsip – prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara. Lima prinsip Rukun Negara yang digubal ini mampu
memperkukuh dan mengeratkan perpaduan antara kaum di
Malaysia. Oleh itu, Rukun Negara sangat penting sebagai peraturan
dan norma hidup bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan
pelbagai kelompok etnik di negara ini.