The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by razalibaharan, 2022-08-11 17:47:27

PERATURAN BOLASEPAK MSSPk 2022

PERATURAN BOLASEPAK MSSPk 2022

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12,15 DAN 18 TAHUN MSS PERAK 2022 1

PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12, 15 & 18 TAHUN MSS PERAK

2022

1 NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12, 15 dan 18 Tahun MSS Perak.

2 PENGANJURAN
2.1 Kejohanan ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah Perak dan dikelolakan oleh MSSD Bagan
Datuk.

3 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
3.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang
permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh MSSM, FAM dan FIFA
berkuatkuasa sekarang.

3.2 Undang-undang permainan bagi kategori 12 Tahun dan ke bawah adalah sebagaimana peraturan
3.1 di atas melainkan :

Panjang Padang 73.15 - 82.30 meter
Lebar Padang 54.86 - 64.01 meter
Kawasan Gol 14.63 x 4.57 meter
Kawasan Penalti 32.92 x 13.72 meter
Jarak Sepakan Penalti 9.14 meter / 11 ela
Jejari Bulatan Tengah 7.32 meter / 9 ela
Tinggi Gol 2.13 meter / 7 kaki
Lebar Gol 6.40 meter / 7 ela
Garis Pusat Tiang Gol 11cm / 4 inci
Lebar Garisan 11cm / 4 inci
Bola Pertandingan Saiz 4

3.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti
berikut:
3.2.1 Keputusan berasaskan kepada PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH-
SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) dan PERATURAN AM MSS PERAK (MSSPk).

3.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada keputusan
Jawatankuasa Teknikal Bola Sepak MSS Daerah (Tuan Rumah) berpandukan Undang-
undang MSSPk dan FIFA.

3.3 Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah
MUKTAMAD.

Bola Sepak Bawah12, 15 & 18 Tahun MSS Peraturan Pertandingan Bola Sepak MSSPk
Perak©2022

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12,15 DAN 18 TAHUN MSS PERAK 2022 2

4 PENYERTAAN
4.1 Setiap daerah hanya dibenarkan menghantar satu (1) pasukan sahaja bagi setiap kategori Umur.

4.2 Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan akan menguruskan permohonan-permohonan dan akan
menetapkan tarikh tutup permohonan kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari
semasa ke semasa.

5 KELAYAKAN PEMAIN
5.1 Seorang pemain terdiri dari pelajar-pelajar sekolah di negeri Perak dan warganegara Malaysia
adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

5.2 Seorang pemain yang telah didaftar dan bermain mewakili pasukan daerahnya dengan sendirinya
diwajibkan mewakili pasukan MSS Perak (jika terpilih).

5.3 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen berikut kepada Jawatankuasa Pertandingan dan
Status:
5.3.1 Pemain 12 tahun dan ke bawah mesti mengemukakan Salinan Sijil Lahir / My
Kad yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan dan Borang
R01 yang lengkap.

5.3.2 Pemain Bawah 15 dan 18 Tahun mesti mengemukakan Salinan Kad Pengenalan yang
telah disahkan oleh Pengetua sekolah berkenaan dan Borang M01 yang lengkap.

5.4 Kelayakan umur pemain adalah:
5.4.1 Bawah 12 Tahun : Lahir pada atau selepas 2010
5.4.2 Bawah 15 Tahun : Lahir pada atau selepas 2007
5.4.3 Bawah 18 Tahun : Lahir pada 2006, 2005 dan 2004

5.5 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain bagi kategori umurnya sahaja.

5.6 Pemain Tingkatan 6 Rendah layak menyertai kejohanan (Kategori Bawah 18 Tahun) dengan
syarat menyertakan :

5.6.1 : Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 yang disahkan Pengetua

5.7 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain ke atas mana-mana pemain akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.

6 PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN
6.1 Pendaftaran Pemain
6.1.1 Bagi kategori Umur 12 Tahun Ke Bawah, seramai 12 orang pemain mesti didaftarkan
dalam Borang pendaftaran Pasukan (R02) dan melengkapkan Borang pendaftaran
Individu (R01).

6.1.2 Bagi Kategori Umur Bawah 15 dan 18 tahun Seramai 16 orang pemain mesti didaftarkan
dalam Borang Pendaftaran Pasukan M02) dan melengkapkan Borang Pendaftaran
Individu (M01) .

6.1.3 Hanya pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

6.1.4 Semua pemain DIWAJIBKAN menyertakan Borang Kebenaran Ibu Bapa bagi
melayakkan menyertai kejohanan ini.

Bola Sepak Bawah12, 15 & 18 Tahun MSS Peraturan Pertandingan Bola Sepak MSSPk
Perak©2022

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12,15 DAN 18 TAHUN MSS PERAK 2022 3

6.2 Pendaftaran Pegawai
6.2.1 Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran
(DG) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah dan mesti mendaftar dalam Borang
R02 atau M02 .

6.2.2 Setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 3 orang pegawai bagi kategori Bawah 12
tahun dan 4 pegawai bagi kategori Bawah 15 dan 18 tahuntidak termasuk PTPS Daerah.

6.2.3 Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran
khasnya jurulatih, mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak boleh didaftarkan
dalam Borang Pendaftaran Pasukan. Pegawai ini setaraf dengan penonton. Segala
tunjuk ajar hendaklah dibuat di luar permainan.

6.3 Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Setiausaha MSS daerah berkenaan.

6.4 Kesemua pemain boleh disenaraikan semasa perlawanan di mana 11 orang pemain utama dan 5
orang pemain simpanan. Pendaftaran itu adalah seperti yang dinamakan semasa mesyuarat
pengurus-pengurus pasukan. Bilangan minimum untuk pendaftaran pemain tidak kurang daripada
16 orang pemain.

6.5 Borang Pendaftaran yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pengerusi pertandingan
selewat-lewatnya sebelum Mesyuarat Pengurus Pasukan bermula.

7 FORMAT PERTANDINGAN
7.1 Pertandingan dijalankan secara Liga 4 Kumpulan.Semua pasukan akan diundi untuk menentukan
kumpulan.

7.2 Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut:

7.2.1 Pemberian mata bagi pertandingan peringkat liga digunakan seperti ketetapan berikut:

7.2.1.1 Menang - 3 mata

7.2.1.2 Seri - 1 mata

7.2.1.3 Kalah - 0 mata.

7.2.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak melapor diri di padang lewat

dari 10 minit selepas waktu pertandingan yang diisytiharkan dalam Jadual Pertandingan,

maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain iaitu 8 pemain akan diberikan

kemenangan percuma (3 mata dan jaringan 3-0)

7.2.3 Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan
ini, dengan apa sebab sekali pun, mata dan jaringan gol yang masuk atau kena dalam
semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak diambil kira. Penarikan diri mana-
mana pasukan semasa kejohanan sedang berlangsung adalah tidak dibenarkan.

7.2.4 Setelah selesai semua perlawanan liga, Johan setiap kumpulan akan bermain di
Peringkat Separuh Akhir. Jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan tersebut
telah mengutip jumlah mata yang sama maka penentuan mengikut hierarki berikut:
8.2.4.1 Jumlah Perbezaan gol
8.2.4.2 Jumlah Jaringan gol
8.2.4.3 Pasukan yang pernah mengalahkan lawan
8.2.4.4 Lentingan syiling

7.2.5 Johan Kumpulan A akan bertemu Johan Kumpulan C di Perlawanan Separuh Akhir 1
manakala Johan Kumpulan B akan bertemu Johan Kumpulan D akan bermain di
Separuh Akhifr 2.

Bola Sepak Bawah12, 15 & 18 Tahun MSS Peraturan Pertandingan Bola Sepak MSSPk
Perak©2022

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12,15 DAN 18 TAHUN MSS PERAK 2022 4

7.2.5 Pemenang Peringkat Separuh akhir akan bermain di Perlawanan Akhir. Pasukan yang
tewas di Separuh Akhir akan bermain untuk menentukan kedudukan Ketiga dan
Keempat.

7.2.6 Sekiranya dalam perlawanan kalah mati, terdapat keputusan seri setelah tamat tempoh
bermain, maka tambahan masa 7 minit setiap Separuh Masa akan dilaksanakan. Jika
masih seri, pemenang akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti mengikut
peraturan yang berkuatkuasa.

8 JANGKA MASA PERLAWANAN

8.1 Peringkat Umur Bawah 12 Tahun
Masa permainan ialah 20 minit setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 7 minit.

8.2 Peringkat Umur Bawah 15 dan 18 Tahun
Masa permainan ialah 30 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 10
minit

9 PENGGANTIAN PEMAIN

9.1 Kesemua lima (5) orang pemain yang didaftar dalam satu perlawanan itu boleh diganti dalam satu
perlawanan.

9.2 Penggantian pemain bagi kategori Bawah 12 Tahun adalah secara ’Return Subtitution’
9.3 Pemain yang digantung tidak boleh digunakan sebagai pemain gantian.

10 PAKAIAN DAN PERALATAN PEMAIN

10.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftar dengan nombornya mengikut nama pemain
tersebut di sepanjang kejohanan. Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras, lambang
/ bertulis parti politik tidak dibenarkan dipamer.

10.2 Setiap pemain mesti memakai kasut bola (boot), stokin dan alas betis (shin guard) hendaklah
mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

10.3 Pemain yang memakai ’Thigh’ atau ’Thermal’ atau ’Body Fit’ hendaklah bersamaan warna utama
seluar dan warna lengan baju atau berwarna hitam sahaja.

10.4 Pemain yang memakai seluar panjang ’track bottom’ tidak dibenarkan.

10.5 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan, lilitan lengan itu
hendaklah diberi kepada pemain lain yang mengambil alih.

10.6 Setiap pasukan mesti menyediakan dua (2) set jersi berlainan warna dan mewartakan warna jersi
sebagai tuan rumah di dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka
pasukan pelawat perlu menukarkan jersi tersebut kecuali pasukan tuan rumah tidak menggunakan
warna jersi yang diisytiharkan.

Bola Sepak Bawah12, 15 & 18 Tahun MSS Peraturan Pertandingan Bola Sepak MSSPk
Perak©2022

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12,15 DAN 18 TAHUN MSS PERAK 2022 5

11 JADUAL PERLAWANAN
11.1 Jawatankuasa Teknikal / Pertandingan akan menyediakan Jadual Pertandingan.
11.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau kerana
hal-hal yang tidak dijangka, maka keputusan perlawanan akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa
Pengelola.

12 MINIMA PEMAIN

12.1 Setiap pasukan mesti mempunyai minima pemain 10 orang sebelum memulakan perlawanan.

12.2 Bagi kategori Bawah 12 Tahun, bilangan minima pemain sebelum memulakan perlawanan ialah 8
orang .

12.2 Jika permainan dihentikan kerana salah satu pasukan mempunyai kurang dari 6 orang pemain
(Bawah 12 tahun) atau 7 orang pemain (Bawah 15 dan 18 tahun) , maka pasukan lawan akan
diberi kemenangan 3-0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat, jika
ianya lebih.

13 TINDAKAN TATATERTIB

13.1 Lembaga Tatatertib Pertandingan Bola Sepak MSS Perak adalah seperti berikut:
13.1.1 Pengarah Pendidikan Perak sebagai Pengerusi
13.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Permainan Bola Sepak atau wakilnya
13.1.3 Setiausaha Agung MSS Perak atau wakilnya
13.1.4 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Sepak MSS Perak

Jawatankuasa ini akan berbincang perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis
daripada Pengadil Bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang terlibat dan
Pengadil Bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam undian semasa perkara berkenaan
sedang dipertimbangkan.

13.2 Untuk kesalahan berikut, Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan hukumannya adalah

automatik:

13.2.1 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana kesalahan teknikal

(Penggantungan 1 perlawanan - M4 / M5 / M7).

13.2.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar
(Penggantungan 2 perlawanan - M1).

13.2.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata
kesat / lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib / tidak sopan atau berkelakuan
ganas dan biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau
tidak (Penggantungan 3 perlawanan - M2 / M3 / M6).

13.2.4 Mana-mana yang menerima dua (2) amaran bertulis dalam masa pertandingan
dengan sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan
yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima satu (1) lagi
amaran bertulis selepas penggantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung
untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran ketiga. Apabila
seorang pemain menerima amaran bertulis keempat maka digantung satu

Bola Sepak Bawah12, 15 & 18 Tahun MSS Peraturan Pertandingan Bola Sepak MSSPk
Perak©2022

13.2.5 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12,15 DAN 18 TAHUN MSS PERAK 2022 6
13.2.6
13.2.7 perlawanan. Apabila seorang pemain menerima amaran bertulis kelima, beliau
13.2.8 hendaklah tampil ke hadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan yang
sewajarnya.

Apabila seseorang yang menerima dua (2) amaran bertulis dalam satu
perlawanan (M7) tanpa mengambil kira amaran bertulis yang diterima sebelumnya
maka pemain tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya.

Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain daripada
terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini, jika tindakan yang lebih keras
dianggap perlu maka perkara ini perlulah dimaklumkan kepada Jawatankuasa MSS
Perak untuk tindakan seterusnya.

Mana-mana pegawai berdaftar yang diperintah keluar meninggalkan kawasan
teknikal akan digantung secara automatik dua perlawanan berikutnya. Hukuman
yang lebih berat boleh dikenakan tertakluk kepada laporan pegawai perlawanan oleh
Jawatankuasa Tatatertib.

Kesemua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan tidak tertakluk
kepada sebarang rayuan.

14 BANTAHAN

14.1 Bantahan terhadap keputusan atau tidak layaknya pemain mestilah dibuat secara bertulis kepada
Setiausaha Pengelola dan hendaklah diterima dalam masa 30 minit selepas tamat perlawanan
berkenaan beserta wang tunai RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga ratus sahaja). Wang tidak akan
dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya.

14.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan fakta yang dibuat
oleh pengadil di padang permainan.

15 ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

15.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai dan pemain
termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan
semangat sukan yang tulen.

15.2 Tertakluk kepada pengesahan MSS Perak, Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil sebarang
tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai dan penyokong yang bertindak
tidak mengikut peraturan pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhannya dan tindakan
ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pemain atau pegawai dari
apa penglibatan bagi sebarang jangka masa yang ditimbang sesuai.

15.3 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau sama ada sengaja atau tidak adalah
kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.

15.4 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang permainan adalah
kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.

15.5 Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini setelah
jadual perlawanan dikeluarkan dengan apa sebab jua pun, pegawai dan pemain akan diambil
tindakan.

15.6 Pegawai pasukan dibangku simpanan tidak dibenarkan memakai seluar jeans dan selipar.

Bola Sepak Bawah12, 15 & 18 Tahun MSS Peraturan Pertandingan Bola Sepak MSSPk
Perak©2022

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12,15 DAN 18 TAHUN MSS PERAK 2022 7

16.7 Pegawai dibangku simpanan digalakkan memakai pakaian yang seragam.

16.8 Pegawai pasukan dilarang merokok di kawasan teknikal padang perlawanan.

16 HAK PEMAIN

16.1 Menjadi kewajipan pemain-pemain yang menyertai Kejohanan Bola Sepak MSS Perak mewakili
pasukan MSS Perak ke MSSM kecuali atas sebab-sebab kecederaan yang teruk dan disahkan oleh
doktor kerajaan.

16.2 Keengganan pemain mewakili pasukan MSS Perak adalah di bawah tanggungjawab Setiausaha
Agung MSS Perak.

17 JURI RAYUAN

17.1 Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada antara 5 hingga 7 orang seperti berikut :-

17.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya

17.1.2 Setiausaha Agung MSS Perak atau wakilnya

17.1.3 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Sepak MSS Perak

17.1.4 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya

17.1.5 Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dengan kes bantahan.

18 HADIAH DAN SIJIL
18.1 Hadiah dan sijil akan disediakan oleh MSS Perak dan dikelolakan oleh MSSD bagan Datuk.

19 BOLA PERTANDINGAN

19.1 Setiap pasukan dikehendaki membawa sebiji bola pertandingan (match ball) semasa kejohanan
berlangsung atau bertanding.

19.2 Pengadil perlawanan akan menentukan bola yang akan digunakan untuk perlawanan.

20 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
21.1 Peraturan AM MSSPk 19 dirujuk.

Bola Sepak Bawah12, 15 & 18 Tahun MSS Peraturan Pertandingan Bola Sepak MSSPk
Perak©2022

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12,15 DAN 18 TAHUN MSS PERAK 2022 8
LAMPIRAN

AMARAN PERINTAH KELUAR

(KAD KUNING) (KAD MERAH)

K1. Bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat M1. Bersalah kerana bermain dengan amat kasar

sukan Is guilty of serious foul play

Is guilty of unsporting behavior

K2. Membantah dengan perkataan atau perbuatan M2. Bersalah kerana berkelakuan ganas

Shows dissent by word or action Is guilty of violent conduct

K3. Sentiasa melanggar Undang-undang M3. Meludah pemain lawan atau orang lain

Permainan Spits at an opponent or any other person

Persistenly infringes the Laws of the Game

K4. Melambat-lambat memulakan semula M4. Menggagalkan jaringan gol pasukan lawan
permainan atau peluang jelas untuk menjaringkan gol
dengan sengaja memegang bola (ini tidak
Delays the restart of play terpakai kepada penjaga gol yang berada di
dalam kawasan penalti)

Denies the opposing team a goal or an obvious
goal-scoring opportunity by deliberately
handling the ball (this does not apply to a
goalkeeper within his own penalty area)

K5. Gagal beredar ke jarak yang dikehendaki M5. Menggagalkan peluang jelas untuk

apabila permainan dimulakan semula dari menjaringkan gol oleh pemain lawan yang

sepakan penjuru atau sepakan percuma menuju ke arah gol lawannya, dengan

Fails to respect the required distance when melakukan kesalahan yang boleh dihukum

play is restarted with a corner kick or free kick dengan sepakan percuma atau sepakan

penalti

Denies an obvious goal-scoring opportunity to

an opponent moving towards the player’s goal

by an offence punishable by a free kick or a

penalty kick

K6. Masuk atau masuk semula padang permainan M6. Menggunakan bahasa yang menyinggung

tanpa kebenaran Pengadil perasaan, menghina atau kata-kata kesat dan

Enters or re-enters the field of play without the /atau gerak laku

Referee’s permission Uses offensive or insulting or abusive

language and / or gestures

K7. Dengan sengaja meninggalkan padang M7. Menerima amaran kedua di dalam perlawanan

permainan tanpa kebenaran Pengadil yang sama

Deliberately leaves the field of play without Receives a second caution in the same match

the Referee’s permission

Bola Sepak Bawah12, 15 & 18 Tahun MSS Peraturan Pertandingan Bola Sepak MSSPk
Perak©2022


Click to View FlipBook Version