The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by awatifnfs, 2021-07-11 06:43:53

Folio Sukan Badminton

badminton folio

PENGENALAN SUKAN BADMINTON

Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis yang dimainkan oleh
sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan
(beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi
yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu
tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak
lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh
dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan
wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah
lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan
yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan
ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang
baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

SEJARAH SUKAN BADMINTON

Permainan badminton telah diperkenalkan sejak zaman silam. Permainan badminton mula
dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan yang berkaitan dengan badminton ialah
Hanetsukite yang telah dimainkan seawal abad ke-16. Di barat pula, badminton muncul daripada
sukan yang dinamakan Battledore and Shuttlecock, di mana dua atau lebih pemain memukul bola
tangkis di udara menggunakan raket kecil. Di India, sukan ini dikenali sebagai 'Poona' semasa
abad ke-18. Pada 1860an, pegawai tentera British telah mengaplikasikan sukan ini versi India
semasa kembali ke England, di mana sukan ini dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti
kediaman kelas atasan. Pada 1860 juga, seorang penjual anak patung London yang bernama
Isaac Spratt telah menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - A New Game", tetapi
malangnya tiada cetakan dilakukan. Pada 1873, sukan baru ini diperkenalkan di Badminton
House, Gloucestershire yang dimilikki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk
kepada "The Game of Badminton", dan kemudian nama rasmi sukan ini menjadi Badminton.
Sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India sehingga tahun 1887.
Bath Badminton Club telah mempiawaikan peraturan mengaplikasikan ini dalam versi Bahasa
Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada tahun 1887. Pada 1893, Badminton
Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama dan hampir sama dengan
peraturan yang sedia ada ketika ini. Peraturan ini telah dilancarkan secara rasmi iaitu "Dunbar" di
6 Waverly Grove,Portsmouth,England pada 13 September 1893. Pada 1899, mereka juga mula
menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di
dunia. Pada 1934, Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) , yang kini dikenali sebagai
Persekutuan Badminton Dunia dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland,
New Zealand, Scotland dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini
pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan
menguruskan sukan ini secara global. Meskipun asal-usul sukan terletak di England, Badminton di
peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia
termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan
antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia. China pula sering menjadi pendominasi
pertandingan peringkat antarabangsa sejak kebelakangan ini.

TOKOH DAN PEMAIN BADMINTON DI MALAYSIA

 Nama: Mohd Sidek bin Haji Abdullah Kamar
 Karier: Jurulatih dan bekas pemain badminton
 Tarikh lahir: 9 Januari 1936
 Tempat lahir: Banting, Selangor

Dato' Haji Mohd Sidek bin Haji Abdullah Kamar merupakan jurulatih dan bekas pemain badminton
negara dan bapa kepada keluarga badminton yang paling terkenal Malaysia, Sidek
bersaudara yang mewakili Malaysia dalam sukan badminton.
Anak-anak beliau memainkan peranan yang paling besar untuk membawa Malaysia daripada
belenggu di badminton dunia, memuncak dalam kejayaan merangkul Piala Thomas selepas
tempoh 25 tahun pada tahun 1992. Servis Sidek yang diperkenalkannya pernah diharamkan
oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF).
Sidek meletakkan asas bagi kebangkitan anak-anaknya kepada kemasyhuran dalam sukan
badminton Malaysia. Semua anak-anaknya kecuali Mohd Shahrezan dan Rusitah telah
membentuk warna-warna negara. Diketuai oleh anaknya Misbun Sidek, Sidek bersaudara mula
mendominasi sukan dari awal 1980-an hingga 2000.
Sidek dilahirkan pada 19 Januari 1936 di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor dan
merupakan anak bongsu kepada Haji Abdullah Kamar Salimin, seorang petani dan peladang.
Beliau bersekolah di SMKA Al-Mashoor (L) di Pulau Pinang.

 Nama: Lee Chong Wei
 Karier: Bekas pemain badminton
 Tarikh lahir: 21 Oktober 1982
 Tempat lahir: Bagan Serai, Perak

Datuk Lee Chong Wei ialah seorang pemain badminton profesional Malaysia. Lee merangkul
pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia
pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau
pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan
gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk
Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199
minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain
badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin
Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh
badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

Lee dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak, kepada pasangan Lee Ah Chai dan
Khor Kim Choi. Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit,
Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya daripada menceburi sukan itu gara-gara
bahang yang melayur di luar gelanggang bola keranjang, sejak itu, beliau mula mempelajari
badminton ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya
ke gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu
meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka
jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah bakatnya dikesan oleh Misbun
Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.

 Nama: Lee Zii Jia
 Karier: Pemain badminton
 Tarikh lahir: 29 March 1998
 Tempat lahir: Alor Setar, Kedah

Lee Zii Jia ialah anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola
keranjang antarabangsa. Zii Jia mula berminat bermain badminton sejak awal berumur 5 tahun.
Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah SJKC Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. Hasil daripada
pencapaian cemerlang dalam pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah
menyambungkan pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada 2015, beliau berjaya
memenangi Kejohanan Badminton Tebuka Remaja di negeri Perak dan Selangor. Pencapaian
seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan diri ke Persatuan Badminton Malaysia.

Pada awal 2020, Zii Jia menyertai Kejohanan Terbuka Badminton di Malaysia, Indonesia dan
Thailand di mana pencapaian terbaiknya ialah peringkat separuh akhir di Malaysia. Beliau tewas
kepada Kento Momota dari Jepun pada Kejohanan Badminton terbuka Malaysia. Pada bulan
Februari, beliau mengetuai pasukan badminton Malaysia dan berjaya memenangi pingat perak di
Kejohanan Badminton Asia Berpasukan. Pada peringkat akhir Kejohanan Badminton Asia
Berpasukan, beliau tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia.

Kemudian pada bulan Mac, oleh sebab tercetusnya pandemik COVID-19 di Eropah, Terbuka
Jerman dibatalkan. Kejohanan Lee seterusnya adalah All England Open, yang juga menjadi aksi
pertamanya di kejohanan ini kerana kedudukannya sebelum ini terlalu rendah untuk melayakkan
diri. Beliau berjaya menewaskan Jonatan Christie, yang pernah menang dalam empat perlawanan
sebelumnya serta Lu Guangzu dan juara Olimpik 2016, Chen Long. Pada peringkat separuh akhir,
Zii Jia bertemu dengan Viktor Axelsen dan tewas kepada Victor. Perlawanan berlangsung selama
73 minit. Pencapaian beliau telah meningkatkan kedudukan dunia BWF ke tangga ke-10 pada 17
Mac 2020. Pada 21 Mac, Lee Zii Jia memenangi tempat pertama dalam Terbuka Seluruh England
2021 menewaskan Viktor Axelsen dengan markah 30-29, 20-22, 21-9. Beliau merampas
kedudukan pertama dalam kejohanan ini yang dirangkul oleh Viktor Axelsen pada edisi 2020.

CIRI-CIRI KESELAMATAN SEBELUM BERMAIN

 Lakukan aktiviti memanaskan badan bagi mengelakkan risiko kecedaraan pada otot
Kita hendaklah melakukan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan risiko kecederaan
pada otot seperti kekejangan. Pemain badminton biasanya akan mengalami kecederaan otot
terutamanya pada bahagian tangan. Oleh itu, kita seharusnya memanaskan badan dengan cara
dan kaedah yang betul.

 Pakai pakaian yang sesuai bagi memudahkan pergerakan
Kita juga perlu memastikan bahawa pakaian yang dipakai sesuai bagi memudahkan pergerakan
sewaktu bermain. Contohnya, para pemain digalakkan memakai pakaian yang ringan seperti baju
jersi dan seluar track untuk memudahkan kita membuat pergerakan seperti pukulan smash.

 Kasut bertapak getah yang mempunyai tapak cengkaman yang kuat sesuai digunakan
untuk mengelakkan kecederaan

Kasut bertapak getah dapat meningkatkan kadar geseran. Hal ini sangat penting bagi
mengelakkan risiko kecederaan yang diakibatkan oleh tergelincir sewaktu bermain. Keadaan
tapak cengkaman juga harus diperiksa untuk meningkatkan kadar geseran pada gelanggang yang
licin.

 Pakai stoking untuk mengelakkan melecet
Stoking dapat mengurangkan risiko melecet. Pemain juga akan berasa lebih selesa dan dapat
meningkatkan prestasi semasa bermain. Stoking sangat penting kerana permainan badminton
mempunyai banyak pergerakan yang menggunakan kaki.

 Pastikan gelanggang tidak berpasir atau rosak sebelum bermain
Gelanggang yang rosak dan berpasir memberi kesan yang banyak ketika bermain. Hal ini
menyukarkan para pemain untuk melakukan pergerakan semasa bermain. Selain itu, gelanggang
yang rosak juga meningkatkan risiko kecederaan.

 Pastikan tiang dan raket badminton dalam keadaan yang baik dan selamat untuk
digunakan

Tiang dan raket badminton mestilah berada dalam keadaan yang baik untuk memudahkan pemain
membuat hantaran servis dan memukul bulu tangkis. Raket yang baik juga dapat meningkatkan
prestasi para pemain semasa membuat hantaran dan pukulan.

SENARAI KELENGKAPAN BADMINTON

 Raket

Raket adalah peralatan utama dalam permainan badminton. Jika zaman dulu, permainan ini
dimainkan dengan menggunakan pemukul berbentuk empat segi atau leper daripada kayu tetapi
sekarang ia berevolusi dengan menggunakan material yang lebih kukuh, kuat, dan ringan iatu
carbon atau graphite. Beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh anda sebelum membeli raket
adalah seperti berat, titik keseimbangan, ketahanan, ukuran dan material grip tangan, bentuk
frame, dan ketegangan tali.

 Bulu Tangkis

Sama seperti raket. Bulu tangkis juga termasuk dalam peralatan yang utama dalam pemainan
badminton. Menariknya, di kawasan-kawasan luar bandar ia dikenali dengan jolokan “bulu ayam”.
Walau bagaimanapun, bulu tangkis bukanlah diperbuat daripada bulu ayam. Sebaliknya, ia
diperbuat daripada bulu angsa atau bulu itik.

 Net Jaring

Jika anda bermain badminton bersama keluarga di halaman rumah, biasanya anda tidak
menggunakan net jaring. Jadi mata dikira dengan berdasarkan mana-mana pemain yang
menjatuhkan bulu tangkis tersebut. Tanpa anda sedar sebenarnya corak permainan seperti itu
adalah corak permainan badminton pada zaman dahulu. Sekarang, net jaring telah diperkenalkan
untuk memurnikan lagi sukan badminton. Net bukan sahaja menjadi penentu area pemain dalam
gelanggang tetapi juga memudahkan pemain untuk menentukan tinggi rendah pukulan, servis,
dan serangan dari lawan.

 Baju Sukan Lengkap

Sukan adalah aktiviti yang menggunakan banyak tenaga fizikal sehingga menyebabkan anda
cepat penat dan berpeluh. Oleh itu, dengan memilih pakaian sukan yang betul dapat memberikan
anda keselesaan sepanjang bersukan atau bermain. Perkembangan industri fesyen sukan telah
menghasilkan pelbagai variasi dan jenis pakaian sukan di pasaran.

 Kasut Badminton

Kasut badminton bukan sekadar kasut sukan biasa. Bagi yang sudah terbiasa memakai kasut
badminton semasa bermain badminton pasti anda sudah boleh merasakan perbezaan apabila
anda bertukar kepada kasut-kasut lain. Kasut ini menentukan keseluruhan skill pemain untuk
ditonjolkan semasa perlawanan. Gerakan seperti melompat, smash, pergerakan tajam,
pergerakan sisi, dan brek akan ditentukan dengan bebanan yang diletakkan pada kaki pemain.

 Beg Raket

Beg raket membantu untuk menjaga raket badminton anda. Walaupun raket badminton diperbuat
daripada material yang kuat dan tahan lasak tetapi ada bahagian-bahagian tertentu yang mudah
terdedah pada kerosakan seperti jaring. Jaring raket mudah tersangkut pada benda-benda yang
tajam lalu mengakibatkan ia putus.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

I. Undang-Undang Asas
Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh
dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki
atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka
untuk mengisi masa lapang atau secara pertandingan.Terdapat acara berpasukan dan individu.
Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu
campuran. Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.

II. Memulakan Permainan

a) Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis atau syilling
boleh digunakan dalam undian.

b) Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak
gelanggang.

c) Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.

III. Sistem Pengiraan Mata

a) Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (‘the best of three games’).
b) Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
c) Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-

29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang.
d) Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah

kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.
e) Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan

sebaliknya.

IV. Masa Rehat

a) Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama 60 saat akan
diberikan.

b) Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu game tamat.

V. Servis

a) Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.
b) Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan

gelanggang.
c) Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap.
d) Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis.
e) Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke

bawah semasa melakukan servis.
f) Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.

VI. Servis Batal

a) Bulu tangkis disentuh oleh rakan sebelum penerima yang sepatutnya menerima servis.
Bulu tangkis melepasi bawah jaring.

b) Bulu tangkis jatuh di luar gelanggang servis.
c) Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket.
d) Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut
e) Bulu tangkis tersangkut dijaring setelah melepasi jaring semasa membuat servis.

VII. Servis Semula ( Let )
Diberikan sekiranya:-

a) Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.
b) Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak
c) Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.
d) Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut
e) Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan
f) Pengadil tidak dapat membuat keputusan.

VIII. Larangan Untuk Pemain

a) Sengaja melambat-lambatkan permainan
b) Sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan.
c) Memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain menyentuh papan

iklan.
d) Berkelakuan kasar.
e) Meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.

IX. Berlaku Batal Sekiranya

a) Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian
b) Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan
c) Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat tangan.

X. Perlawanan Perseorangan

a) Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak
kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.

b) Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak lawan.
c) Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis dalam game

berikutnya.

XI. Perlawanan Beregu

a) Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis
kanan.

b) Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak
servis masing-masing.

c) Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak lawan.
d) Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri di

mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat servis dan
penerima servis.
e) Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya

KESALAHAN PEMAIN DALAM SUKAN BADMINTON

Setiap sukan pasti mempunyai kesalahan-kesalahan yang boleh membatalkan perlawanan
tersebut, begitu juga dalam sukan badminton. Berikut merupakan kesalahan-kesalahan yang
sering dilakukan oleh pemain:

I. Kesalahan Semasa Memukul Dalam Melakukan Servis

a) Ketika memukul bulu tangkis, kepala raket didapati lebih tinggi atau sejajar dengan grip
raket.

b) Bulu tangkis tidak dipukul pada dasarnya yang berlapik getah pada saat-saat persentuhan.
c) Bulu tangkis terlepas daripada pukulan servis atau tidak dipukul melepasi jaring.

II. Kesalahan Posisi Badan Dan Pergerakan Kaki Serta Tangan Semasa Melakukan
Servis

a) Posisi kaki memijak garis tengah dan hadapan.
b) Kaki kiri tidak berada di hadapan apabila melakukan servis tinggi, servis rendah dan servis

flik (forehand).
c) Kaki kanan melangkah sebelum bulu tangkis dipukul.
d) Rangkaian gerak mengayun raket dan memukul bulu tangkis terputus.
e) Kaki dan badan sejajar dengan jaring mengakibatkan pukulan tidak tepat ke kotak

penerima servis yang betul.
f) Pada kedudukan bersedia, tumpuan kaki tidak berada di bahagian depan atas kaki.

Akibatnya, reaksi akan menjadi lambat.
g) Posisi lutut dan peha lurus dan tidak bengkok menyukarkan proses servis dan

menyebabkan pemain servis lambat kembali ke tengah gelanggang.

III. Kesalahan Servis Kilas Dan Servis Flik (Backhand)

a) Pemain memegang raket dengan menggenggam, jari-jari rapat dan sejajar.
b) Posisi ‘V’ tangan berada pada bahagian grip raket yang lebar.
c) Kaki kanan tidak berada di hadapan apabila melakukan servis kilas dan servis flik

(backhand) dan mengganggu keseimbangan kaki untuk mengarahkan bola dengan tepat.
d) Servis kilas yang terlalu tinggi di atas jaring sehingga membuka ruang bagi lawan untuk

memukul bola.

IV. Kesalahan Servis Dalam Perlawanan

a) Servis tidak dilakukan secara pepenjuru di mana bulu tangkis jatuh ke kotak depan yang
bertentangan dengan pemain servis, dan bukannya kotak di sebelahnya.

b) Dalam perlawanan perseorangan mahupun beregu, pemain servis tidak melakukan servis
pada kotak kanan apabila pihaknya sudah memungut markah genap dan tidak membuat
servis pada kotak kiri apabila pihaknya sudah memungut markah ganjil.

c) Dalam perlawanan perseorangan mahupun beregu, pihak yang memungut markah
daripada rally sebelum ini tidak memulakan servis.

d) Dalam perlawanan beregu, penerima servis tidak dapat membalas servis flik yang tinggi
dan servis tersebut dibalas oleh pasangannya yang berada pada kedudukan belakang.

e) Pemain melakukan servis apabila penerima servis memberi isyarat bahawa dia belum
bersedia lagi.

INOVASI DALAM SUKAN BADMINTON

1. Ultra Slow Motion Camera

Challenge atau Instant Review Technology merupakan sebuah teknologi yang sudah lazim
digunakan di pertandingan-pertandingan atau kejohanan badminton antarabangsa. Berdasarkan
peraturan yang dibuat oleh BWF, pemain diberi dua kali kesempatan untuk melakukan challenge
dalam satu pertandingan. Ketika pemain melakukan Challenge, umpire akan memutarkan
tayangan ulang dari Ultra Slow Motion Camera berupa video grafik atau animasi untuk melihat
posisi jatuhnya bulu tangkis. Jika posisi jatuhnya di dalam lapangan, maka pemain berhak
mendapatkan mata tambahan. Namun, jika shuttlecock terbukti jatuh di luar lapangan, maka
pemain kehilangan satu mata dan tinggal satu kesempatan untuk melakukan challenge.

2. Mesin Senar Raket Badminton

Mesin ini digunakan untuk mengikat benang raket badminton. Dengan adanya mesin ini proses
mengikat benang telah menjadi lebih mudah dan senang. Ini disebabkan oleh mesin boleh
menetapkan berapa pound yang kita nak ikat. Maka, setiap ikatan adalah sama pound. Semasa
menggunakan mesin ini untuk mengikat benang cuma perlu menetapkan keberatan dan menekan
butang tertentu sahaja. Berbanding dengan zaman dulu, mereka memang menggunakan tangan
dengan sepenuhnya untuk mengikat benang badminton tanpa bantuan teknologi yang canggih
seperti zaman sekarang.

3. Pengukur Kelajuan

Pengukur kelajuan badminton ini bertujuan untuk mengukur kelajuan yang dihasilkan pada setiap
pukulan bulu tangkis. Setiap kali pukulan bulu tangkis akan tercatat pada pengukur tersebut. Maka,
seseorang pemain itu dapat mengetahui kelajuan pada setiap pukulan bola yang dihasilkan.
Pengukur kelajuan sangat penting kepada pemain badminton kerana jika kelajuan pukulan
seseorang pemain yang dicatat adalah tidak laju maka pemain itu akan mencari jalan untuk
meningkatkan kelajuan pukulannya.

4. Penembak Bulutangkis

Mesin penembak bulutangkis ini adalah untuk mengeluarkan bulu tangkis dengan kelajuan yang
cepat tanpa memerlukan bantuan orang lain. Mesin ini paling sesuai digunakan semasa latihan. Ini
kerana seseorang pemain hanya berdepan dengan mesin tersebut sahaja dan mesin tersebut akan
mengeluarkan bulu tangkis ke satu arah kepada pemain yang sedang berlatih. Dengan adanya
mesin ini prestasi seseorang pemain dapat dipertingkatkan kerana mesin dapat melatih tindak balas
pemain. Tindak balas seseorang pemain badminton adalah sangat penting dalam sesuatu
pertandingan badminton.

5. Mesin Menguji Kekuatan

Mesin ini adalah untuk menguji kekuatan sesuatu objek termasuk bulutangkis. Terdapat seorang
ahli sainstifik telah menggunakan mesin ini untuk menguji kekuatan yang dihasilkan oleh
bulutangkis. Dua orang pemain China telah menyertai dalam ujian ini. Salah satu pemain China itu
telah menghasilkan 1800 newton pada papan menguji kekuatan tersebut. Ahli sainstifk itu berasa
terkejut kerana dia tidak sangka bulutangkis yang beratnya 5g dapat menghasilkan kekuatan
sebanyak 1800 newton.

6. Raket Paling Laju

Nanoray Z speed ini adalah raket yang paling cepat di dunia. Kelajuan yang telah dihasilkan oleh
raket ini adalah 493km/h dan rekod ini adalah rekod dunia. Walaupun kelajuan ini adalah rekod
dunia tetapi ia tidak diiktiraf oleh BWF kerana rekod ini dicatatkan bukan semasa pertandingan.
Pemain yang mencatat rekod ini ialah seorang pemain beregu Malaysia iaitu Tan Boon Heong. Tan
Boon Heong telah dua kali memecah rekod ini. Sebelum ini, beliau telah mencatat rekod kelajuan
421km/h. Dato Lee Chong Wei juga telah mencatat rekod kelajuan 456km/h semasa beliau
menggunakan raket ini

PENUTUP

Kesimpulannya, sukan badminton sangat menarik dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Saya mempelajari banyak perkara baharu tentang badminton seperti sejarah sukan badminton
dan biodata tokoh-tokoh dan pemain badminton Malaysia. Saya juga dapat mempelajari tentang
persediaan yang perlu dilakukan sebelum bermain untuk mengelakkan risiko kecederaan atau
kemalangan seperti kekejangan,melecet dan tergelincir. Saja juga dapat mendalami peraturan
dan undang-undang sukan badminton dengan lebih lanjut. Hal ini dapat saya terapkan semasa
permainan saya yang akan datang. Saya dapat memperbaiki kesalahan-kesalahan yang saya
sering lakukan. Dengan cara ini, prestasi saya akan meningkat. Akhir sekali, saya berharap agar
saya dapat meneruskan perjuangan saya dalam bidang badminton ke peringkat yang lebih tinggi.

-Sekian Terima Kasih-


Click to View FlipBook Version