The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-89172938, 2023-07-13 01:51:32

Prospektus 2023

Prospektus 2023

Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 2 ISI KANDUNGAN KANDUNGAN HALAMAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3 Visi, Misi, Moto Sekolah & Lencana Sekolah 4 Carta Pengurusan Sekolah 5 Sekapur Sireh 6 Staf Akademik Tingkatan Enam 7 Sistem Pentaksiran STPM (Mulai STPM 2013) 9 Penggredan Sijil STPM 11 Pakej mata pelajaran yang ditawarkan 14 Perincian Pakej Mata Pelajaran 15 Pemberatan mata pelajaran STPM 16 900 Pengajian Am 20 910 Bahasa Melayu 22 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 24 940 Sejarah 26 942 Geografi 27 944 Ekonomi 29 946 Pengajian Perniagaan 31 954 Mathematics T 33 960 Physics 35 962 Chemistry 36 964 Biology 38 966 Sains Sukan 40 970 Seni Visual 41 800 MUET 43 Syarat Baru MUET untuk Masuk universiti 44 Penawaran Kerja Kursus Mengikut Penggal 45 Wajaran Kerja Kursus Mengikut Mata Pelajaran 46 Pentaksiran Kokurikulum Baharu 47 Etika Pakaian Pelajar Tingkatan Enam 50 Info Sekolah 53 Lagu Kebesaran Negeri Perak, Perak Excellent dan Lagu Sekolah 54 Borang Pengurusan Pakej Mata Pelajaran 55 Carta Kerangka Konsep Pendidikan Tingkatan Enam 56 12 Kelebihan Masuk Tingkatan 6 58


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 3


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 4 VISI MISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara sejahtera Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagimemenuhi aspirasi negara LENCANA SEKOLAH MOTO SEKOLAH Aktif dan Kreatif


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 5 CARTA PENGURUSAN SEKOLAH PN.ZALINA BINTI AHMAD (PENGETUA CEMERLANG) PN. WAN ZAITON BINTI WAN HAMZAH (PK HEM) PN.SHAMSINAH BINTI SALLEH (PENY.KOKURIKULUM) PN.RUSMANIZAH BINTI USTATI (KETUA UNIT KURIKULUM) EN.HASNIN BIN HASSAN (KETUA.UNIT HEP) PENGURUSAN TINGKATAN ENAM TN.HJ.MOHAMMAD FAUZI BIN HUSSAIN (PK KOKURIKULUM) PN.HJH.SITI FARIDAH BINTI OTHMAN (PK PENTADBIRAN) PN.NORAIHAN BINTI LOPE ABDUL RASHID (PK TINGKATAN ENAM)


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 6 SEKAPUR SIREH S elamat datang ke Pusat Tingkatan Enam SMK Proton City, Tanjong Malim. Tahniah kerana terpilih untuk melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam. Berada di Tingkatan Enam, merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang sangat berbeza berbanding sistem persekolahan yang anda pernah lalui sebelum ini. Di Tingkatan Enam anda akan menempuh sistem pembelajaran berasaskan semester seperti di pusat pusat pengajian pasca SPM di seluruh negara. Sistem pembelajaran selama tiga semester ini memerlukan persiapan serta ketahanan mental yang rapi. Anda bukan sahaja akan menempuh peperiksaan di setiap penghujung semester, malah anda wajib pula menjalankan kerja kursus untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Dalam sistem Peperiksaan STPM semenjak 2013 ini, peperiksaan akhir semester menyumbang antara 75 hingga 80 peratus daripada markah keseluruhan, manakala kerja kursus pula menyumbang antara 20 hingga 25 peratus. Selain daripada itu setiap pelajar juga perlu terlibat secara aktif dalam kokurikulum, kerana pencapaian dalam bidang kokurikulum yang cemerlang akan menyumbang 10 peratus markah kokurikulum yang menjadi antara syarat utama kemasukan ke universiti awam. Bagi saya, sesungguhnya, anda adalah aset sekolah yang sangat bernilai. Justeru, rancanglah aktiviti anda dengan bijaksana untuk meraih kejayaan cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum ataupun kokurikulum. Untuk itu, pihak sekolah sentiasa membuka ruang perbincangan seluas luasnya untuk merealisasikan setiap aspirasi tersebut. Di samping itu, patuhi segala peraturan sekolah serta pekeliling pekeling sedia ada. Binalah penampilan diri serta sahsiah yang terpuji sehingga para pelajar aliran perdana menjadikan anda sebagai suri teladan mereka. Tahniah kepada Unit Kurikulum Tingkatan Enam atas inisiatif menerbitkan buklet yang sangat berinformasi ini. Oleh itu, saya berharap kepada para pelajar agar dapat menjadikan buklet ini sebagi sumber rujukan penting dalam memilih serta memahami komponen setiap mata pelajaran yang telah diambil. Walau bagaiamanapun sekiranya timbul sebarang masalah, sila berjumpa guru-guru mata pelajaran yang terbabit agar kefahaman yang ampuh dapat diperolehi. Seperti kata pepatah, “yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek”. Maksudnya, kejayaan itu mesti diusahakan dan tidak akan datang sendiri. Justeru, anda perlu merancang dan melaksanakan pelan kejayaan yang diatur secara rapi. Kalam bestari ada menyebut “Jika anda tidak merancang kejayaan, sebenarnya anda sedang merancang kegagalan.” Selamat maju jaya. Sekian, terima, kasih. PN.ZALINA BINTI AHMAD (Pengetua) Assalamualaikum Wmth.Wbth. Dan salam sejahtera.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 7 BIL NAMA GURU KELULUSAN / GRED JAWATAN & MATA PELAJARAN 1 PN.NORAIHAN BINTI LOP ABDUL RASHID B.SC.MATERIAL PHYSICS, UTM,SKUDAI (2002), DIPLOMA PENDIDIKAN (PHYSICS) MPT.CHERAS (2005) DG 44 (HAKIKI) PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM PHYSICS 2 PN.SHAMSINAH BINTI SALLEH M.ED.(BAHASA MELAYU),UPSI (2008), B.ED.BAHASA MELAYU(HONS) UPSI (2001), SIJIL PERGURUAN (MPKI) 1983 DG 52 (KUP) PENYELARAS KOKURIKULUM BAHASA MELAYU 3 PN.RUSMANIZAH BINTI USTATI M HS (ELS) IIUM (2010) B. ED (TESL) HONS. UM (1997) POSTGRADUATE CERT (ELT) MARJON UNIVERSITY (2014) DG 54 (KUP) KETUA UNIT KURIKULUM MUET 4 EN.HASNIN BIN HASSAN B.A.(HONS) (GEOGRAFI/ PENGAJIAN AM)UPSI, (2006). DPLOMA KSPK (MPTI) 2000. DIPLOMA PENDIDIKAN (MP TERUNTUM) 1995. DG 48(KUP) KETUA UNIT HAL EHWAL PELAJAR GEOGRAFI 5 EN.NALLATAMBY A/L NALLIAH M.ED.(ECONS) UPSI (2004), B.ECONS (HONS) UKM (1987), DIPLOMA PENDIDIKAN (1988) DG 54 (KUP) EKONOMI 6 EN.ABD MALEK BIN SELAMAT M.ED.(KURIKULUM) UPSI. (2005), B.A.(HONS) UM.(1988) DIPLOMA PENDIDIKAN, MPKTBR (1990), SIJIL KAUNSELING, IPSI (1997) DG 54 (KUP) PENGAJIAN AM 7 EN.SIVANESAN A/L PALANIAPPA PILLAI M.ED.UPSI.(2005), B.A.(HONS) UKM (1988), DIPLOMA PENDIDIKAN, UKM (1989) DG 54 (KUP) BAHASA MELAYU 8 PN.HAJAH ATIYATORRAHMAN BINTI HAMZAH M.ED.(ACC.) UPSI.(2010), B.ACC.(HONS) UUM (1996). DIPLOMA PENDIDIKAN, USM (1998), DIP.ACC.UITM.(1990) DG 54 (KUP) PENGAJIAN PERNIAGAAN 9 PN.NOOR AISHAH BINTI HARUN M.ED.(PEDAGOGI) UPSI.(2008), B.MASS. COM. (UITM) 1991, DIPLOMA PNDIDIKAN (UIA) 1993 DG 52 (KUP) PENGAJIAN AM 10 PN.WAHIDATUNNOR BINTI ABD WAHID B.SC.(HONS) SHEFFIELD HALLAM UNIV.UK (1994), DIPLOMA PENDIDIKAN (MPPM) 1996, DIPLOMA IN STATISTICS (UITM) 1991 DG 52 (KUP) MATHEMATICS T STAF AKADEMIK TINGKATAN ENAM


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 8 11 PN.SURIYANI BINTI UJANG B.A.(HONS) UIAM.(1994), DIPLOMA PENDIDIKAN (UIAM) 1995 DG 52 (KUP) SEJARAH 12 PN.ROSNI BINTI MOHD AUP B.SC.(EAST CAROLINA UNIV.USA) 1986, DIPLOMA PENDIDIKAN MPIK (1997) DG 48 (HAKIKI) MUET 13 PN.NOR ZARINA BINTI MOHAMAD B.SC.(HONS) UTM.(1997), DIPLOMA PENDIDIKAN MPRM.(2001) DG 48 (HAKIKI) CHEMISTRY 14 PN.SHEMALA DEVI A/P DORAI SAMY M.ED(PSYCHOLOGY) UTM (2011) B.A.ED. (HONS) USM (2002) DG48 (KUP) SEJARAH 15 DR. LIOW BEE TEEN DOKTOR FALSAFAH (2021) U.MALAYA M.ED.,PENDIDIKAN MUZIK (2005) UPSI. B.ED PENDIDIKAN MUZIK /TESL (2002), SIJIL ASAS PERGURUAN, MPIK (1989), DG 48 (KUP) MUET 16 PN.NORLELA BINTI YUSOF IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU (DGN KEPUJIAN) UPSI (2003), DIP.PENGURUSAN PERNIAGAAN (UITM), 1995 DG 48 (KUP) KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 17 TN.HJ.ABDUL RAHIM BIN ABDUL JABBAR MA.EDU (SENI) UPSI 2010, B.A.(HONS) UITM 2021 SARJANA MUDA (SENI HALUS) UITM2000 DIP. PENDIDIKAN SENI (MPIK)2006 DG44 (HAKIKI) SENI VISUAL 18 CIK NOR ZALIDAWATI BINTI ABDUL RAHMAN M.SOC.SNS PENILAIAN IMPAK SOSIAL DAN SEKITARAN. UKM (2009). B.A.(HONS) (SAINS PEMBANGUNAN) UKM (2006). DIP. EDU. (PENGAJIAN AM) UPSI (2010). DG44 (HAKIKI) PENGAJIAN AM 19 EN AHMAD HANIFF BIN ABDUL ZUBIAR SARJANA PENDIDIKAN TESL UPSI 2016 IJAZAH PENDIDIKAN TESL UPM 2008 DG44 (KUP) MUET 20 PN.NOREHAN BINTI ABDUL RAHMAN SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH (KEPUJIAN), UPSI.(2009). DG44 [KUP] PENGAJIAN AM


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 9 Selaras dengan Program Transformasi Pendidikan, mulai semester 1, tahun 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM bagi memperkasakan program pendidikan di tingkatan enam. Peperiksaan STPM sebelum ini dikendalikan berdasarkan kepada tempoh pengajian tingkatan enam selama 1½ tahun. Tempoh pengajian ini terdiri daripada tingkatan enam bawah yang meliputi penggal kedua tempoh persekolahan, dan tingkatan enam atas yang meliputi penggal pertama dan penggal kedua tempoh persekolahan. Peperiksaan bagi pengajian tingkatan enam adalah untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar yang dilaksanakan keseluruhannya melalui peperiksaan STPM pada penghujung pengajian, iaitu pada bulan November hingga Disember. Dalam sistem pentaksiran baharu STPM Baharu, tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini. Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu lapan (8) waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40 minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak mengganggu dan tidak mengubah sistem persekolahan sedia ada. Dari segi kandungan pengajian dalam sistem ini, kandungan pengajiannya dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga semester, iaitu Semester 1, Semester 2, dan Semester 3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun. Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap semester dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap semester, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga semester. Aspek kemahiran insaniah (soft skills) akan diterapkan dalam kurikulum sistem ini, yang antaranya meliputi kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika, dan lain-lain. Dalam aspek pentaksiran pula, dua kaedah pentaksiran akan dijalankan, iaitu Kerja Kursus (KK) dengan wajaran 20% hingga 40%, dan peperiksaan akhir berpusat (dalam tiga semester) dengan wajaran 60% hingga 80%. (Peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran). Kerja kursus yang terdiri daripada kerja amali, kerja lapangan/kajian luar, dan kerja projek/tugasan. Soalan/tugasan kerja kursus akan disediakan oleh MPM. Kerja kursus SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM (Mulai STPM 2013)


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 10 akan dilaksanakan sama ada pada setiap semester atau pada semester tertentu sahaja mengikut keperluan mata pelajaran. Pemeriksaan kerja kursus akan dibuat oleh guru mata pelajaran sendiri bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala pemantauan dan penyelarasan kerja kursus akan dikendalikan oleh MPM sama ada di peringkat zon atau peringkat pusat. Bagi sekolah swasta dan calon persendirian, pemeriksa kerja kursusnya akan dilantik oleh MPM. MPM juga akan menyediakan Garis Panduan kerja kursus bagi setiap mata pelajaran untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua yang terlibat dalam pengendalian kerja kursus demi jaminan kualitinya. Peperiksaan akhir berpusat akan ditadbirkan pada hujung setiap semester. Kertas peperiksaan akan disediakan dan dibekalkan oleh MPM dan pemeriksaan skrip jawapan akan dijalankan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Sistem penggredan dalam sistem pentaksiran STPM berdasarkan kepada skor. Skor (peringkat kertas peperiksaan atau komponen mata pelajaran) yang diperoleh oleh pelajar dalam setiap semester akan dijumlahkan untuk menentukan gred keseluruhan mata pelajaran. Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu semester untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada semester yang berikutnya. Satu kelebihan dalam sistem ini ialah pelajar dibenarkan untuk memperbaiki keputusan peperiksaan akhir semester 1 dan/atau semester 2 dan/atau semester 3 dengan menduduki semula peperiksaan akhir bagi semester berkenaan pada hujung semester 3 (hujung tahun). Walau bagaimanapun mulai STPM 2016, pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi semester 3 tidak boleh menduduki semula peperiksaan akhir semester 3. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM baharu ini adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga semester. Sistem ini juga diharapkan dapat menjadikan pengajian tingkatan enam lebih menarik dan lebih banyak pelajar akan mengikuti pengajian prauniversiti ini. Selain itu, beban bagi pelajar untuk mempelajari kandungan kurikulum adalah kurang dan mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik bagi setiap semester kerana skop pengajian yang dinilai pada setiap semester adalah pada skala kecil. Pengenalan kepada kerja kursus dalam sistem ini adalah selari dengan hasrat KPM untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta memperluaskan peluang pendidikan kepada semua yang berpotensi. Hal ini juga berketepatan dengan hasrat KPM untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian agar lebih holistik dengan menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil (outcome-based education) yang lebih berfokuskan pelajar dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Dari segi standard dan pengiktirafan, pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan STPM sedia ada. Pada umumnya, kandungan kurikulum tidak berubah. Wakil Cambridge Assessment (CA), United Kingdom akan turut serta dalam


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 11 PENGGREDAN SIJIL STPM Keputusan peperiksaan bagi semua semester yang digabungkan yang menunjukkan gred kertas, gred mata pelajaran, dan nilai gred mata pelajaran akan dikeluarkan semasa pengumuman keputusan peperiksaan STPM melalui Pengarah Pelajaran Negeri (Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) dalam bentuk slip keputusan STPM. Gred kertas dan gred mata pelajaran ditunjukkan dengan gred A hingga F, dengan gred A sebagai gred yang tertinggi, dan gred F sebagai gred gagal. Setiap gred mata pelajaran diberi Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Bagi gred mata pelajaran, gred C hingga A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 ialah gred lulus penuh, manakala gred D hingga C– yang diberi nilai 1.00 hingga 1.67 ialah gred lulus sebahagian, dan gred F yang diberi nilai 0.00 ialah gred gagal. NGMP ditentukan berasaskan wajaran setiap kertas dan jumlah markah bagi mata pelajaran berkenaan. Majlis Peperiksaan Malaysia berhak meminda maklumat pada slip keputusan yang dikirimkan kepada calon sebelum pengeluaran sijil Jawatankuasa Penetapan Darjah STPM bagi penentuan keputusan STPM. Wakil CA ini akan memberikan pandangannya mengenai analisis keputusan peperiksaan STPM baharu bagi setiap kertas, dan membuat keputusan bersama sebagai satu persetujuan dan pengiktirafan. Selain daripada itu, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga telah maklum tentang pelaksanaan Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini. Pelaksanaan sistem ini diharapkan dapat mengangkat martabat dan memperkasakan pengajian peringkat prauniversiti di tingkatan enam supaya ia lebih berkualiti dan menarik serta dapat mentransformasikan pentaksiran dan penilaian peperiksaan STPM yang lebih holistik. Dengan pelaksanaan sistem ini akan membolehkan pelajar menyesuaikan diri kepada sistem pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama dari segi membina kemahiran mengurus diri secara berdikari. Penilaian aktiviti di peringkat sekolah turut membolehkan pelajar menjalankan kajian secara persendirian dan berkumpulan manakala pentaksiran berpusat akan menjurus kepada penyediaan pelajar ke arah sistem pendidikan yang terdapat di IPT. Sistem pentaksiran yang mesra pelajar ini dihasratkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan keputusan akademik mereka bagi melayakkan diri ke IPT dan membuka luas peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia yang berpotensi.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 12 GRED KERTAS GRED MATA PELAJARAN NGMP TAHAP PENCAPAIAN A A 4.00 Lulus Penuh A– A– 3.67 Lulus Penuh B+ B+ 3.33 Lulus Penuh B B 3.00 Lulus Penuh B– B– 2.67 Lulus Penuh C+ C+ 2.33 Lulus Penuh C C 2.00 Lulus Penuh C– C– 1.67 Lulus Sebahagian D+ D+ 1.33 Lulus Sebahagian D D 1.00 Lulus Sebahagian F F 0.00 Gagal KERJA KURSUS (KK) 1. Kerja Kursus bagi mata pelajaran berkenaan merupakan komponen yang WAJIB diambil oleh setiap calon. Kegagalan calon menjalankan Kerja Kursus atau menghantar Kerja Kursus pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan calon mendapat keputusan kod X pada kertas dan mata pelajaran tersebut. 2. Kerja Kursus STPM terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus, iaitu kertas projek, kajian lapangan, dan amali sains. Dalam aspek wajaran pula, peratusan wajaran yang ditawarkan dalam Kerja Kursus adalah berbeza mengikut mata pelajaran, iaitu antara 20% hingga 40%. 3. Manual Kerja Kursus bagi setiap mata pelajaran untuk guru dan calon boleh dimuat turun daripada portal MPM pada penggal yang menawarkan Kerja Kursus 4. Soalan Kerja Kursus boleh dimuat turun pada penggal yang menawarkan Kerja Kursus melalui portal MPM. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah Kerja Kursus tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis yang menggantikan Kerja Kursus. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis yang menggantikan Kerja Kursus, calon dikehendaki melaksanakan Kerja Kursus (sila rujuk Senarai Mata Pelajaran dan Kertas pada halaman 24-28).


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 13 PELUANG MEMPERBAIKI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN (PEPERIKSAAN ULANGAN) 1. Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu semester untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada semester yang berikutnya 2. Calon hanya dibenarkan mengulang peperiksaan bertulis semester 1 dan/atau peperiksaan bertulis semester 2 bagi tujuan memperbaiki keputusan peperiksaan berkenaan pada hujung semester 3 sahaja. Peluang untuk menduduki peperiksaan ulangan bagi semester yang berkenaan hanya sekali sahaja 3. Keputusan peperiksaan yang terbaik (skor tertinggi) akan diambil kira antara peperiksaan bertulis yang diduduki kali pertama dengan kali kedua 4. Calon yang ingin mengulang peperiksaan bertulis sesuatu semester akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 per kertas. Calon hendaklah membeli PIN MEC untuk nombor mendaftar peperiksaan ulangan 5. Tiada peperiksaan ulangan bagi Kerja Kursus dan juga peperiksaan kertas alternatif bertulis yang menggantikan Kerja Kursus serta semua kertas bertulis Penggal 3. 6. Calon yang tidak hadir dalam peperiksaan semester dengan alasan yang tidak munasabah dan calon yang disabitkan dengan kes salah laku tidak dibenarkan untuk mendaftar peperiksaan ulangan. Ini kerana peperiksaan STPM merupakan peperiksaan awam yang diiktiraf 7. Calon yang hendak menukar mata pelajaran yang telah didaftarkan bagi peperiksaan ulangan selepas tarikh tutup pendaftaran, caj sebanyak RM50.00 akan dikenakan. Calon yang ingin menukar mata pelajaran sebulan selepas tarikh tutup pendaftaran tidak akan dilayan.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 14 PAKEJ MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN PAKEJ 1 (STEM) ALPHA PAKEJ 2 (SAINS SOSIAL 1) BETA PAKEJ 3 (SAINS SOSIAL 2) DELTA PAKEJ 4 (SAINS SOSIAL 3) GAMMA PAKEJ 5 (SAINS SOSIAL 4) SIGMA Pengajian Am Pengajian Am Pengajian Am Pengajian Am Pengajian Am MUET MUET MUET MUET MUET *Physics / Biology Pengajian Perniag- aan Bahasa Melayu Bahasa Melayu Pengajian Perniag- aan Chemistry Geografi Sejarah Sejarah Sains Sukan * Mathematics T Ekonomi Kesusasteraan Mela- yu Komunikatif Seni Visual Kesusasteraan Mela- yu Komunkatif CATATAN : * MATA PELAJARAN PILIHAN (DIJALANKAN SERENTAK PADA MASA YANG SAMA)


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 15 PERINCIAN PAKEJ MATA PELAJARAN PAKEJ/SUBJEK KEPERLUAN KHAS STEM (ALPHA) 1.Pengajian Am, 2.MUET 3.Matematik T, 4.Kimia, 5.Fizik / Biologi SPM Aliran Sains SPM Matematik Tambahan C Kimia C Fizik/Biologi C SAINS SOSIAL 1 (BETA) 1.Pengajian Am 2.MUET 3.Ekonomi 4.Geografi 5.Pengajian Perniagaan Syarat Ekonomi/ Pengajian Perniagaan SPM Matematik C SAINS SOSIAL 2 (DELTA) 1.Pengajian Am 2.MUET 3.Bahasa Melayu 4.Sejarah 5.Kesusasteraan Melayu Komunikatif SAINS SOSIAL 3 (GAMMA) 1.Pengajian Am 2.MUET 3.Bahasa Melayu 4.Sejarah 5.Seni Visual SAINS SOSIAL 4 (SIGMA) 1.Pengajian Am 2.MUET 3.Bahasa Melayu 4.Sains Sukan 5.Pengajian Perniagaan Syarat Sains Sukan SPM (Gred C salah satu mata pelajaran berikut); Sains Sukan Matematik Tambahan Kimia Fizik/ Biologi Syarat Pengajian Perniagaan SPM Matematik C


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 16 PEMBERATAN MATA-MATA PELAJARAN STPM


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 17


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 18


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 19


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 20 900 PENGAJIAN AM Sukatan pelajaran Pengajian Am berhasrat melahirkan pelajar prauniversiti yang menguasai ilmu dan mengamalkannya secara bersepadu, berfikiran matang, berkemahiran, berakhlak, dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, bangsa, negara, dan alam sejagat.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 21


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 22 910 BAHASA MELAYU Sem. Pertama Sem. Kedua Semester Pengajian


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 23 Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk (a) melahirkan pelajar yang dapat berbahasa Melayu dengan cekap dan berupaya untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi; (b) menghasilkan lulusan bahasa Melayu yang berdaya saing dan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja; (c) mengukuhkan rasa sayang akan bahasa Melayu dan berbangga menggunakannya Sem. Ketiga Semester Pengajian


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 24 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF Sem. Kedua Sem. Kedua Semester Pengajian


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 25 Sukatan pelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan pelajar tentang Kesusasteraan Melayu Komunikatif melalui penghayatan karya, bina insan, dan pembangunan kreativiti berasaskan teks sastera terpilih. Fokus terasnya adalah untuk merangsang pertumbuhan dan perkembangan sahsiah dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani; kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan; patriotisme, kenegaraan, nilai murni, estetik, budi bahasa, ketahanan diri serta keutuhan pendidikan berasaskan teks sastera terpilih di samping menerokai disiplin, mengkomunikasikan ilmu, penulisan kreatif, prinsip pengurusan, dan elemen multimedia dalam sastera. Sem. Ketiga Semester Pengajian


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 26 940 SEJARAH Matlamat sukatan pelajaran Sejarah peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang disiplin ilmu sejarah sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Sukatan ini juga bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu, mempunyai semangat patriotisme, berfikiran global, dan mendukung serta merealisasikan wawasan pembinaan bangsa Malaysia. Sem. Kedua Sem. Pertama Sem. Ketiga Semester Pengajian


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 27 942 GEOGRAFI Sem. Pertama Sem. Kedua Semester Pengajian


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 28 Sukatan pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang konsep, prinsip, proses, dan kemahiran terkini dalam bidang geografi serta kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam sekitar bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, sukatan ini juga menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran untuk kerjaya, mencernakan kepekaan terhadap keperluan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berterusan, di samping menanam semangat patriotisme dan nilai-nilai murni Sem. Ketiga Semester Pengajian


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 29 944 EKONOMI Sem. Pertama Sem. Kedua Semester Pengajian


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 30 Sukatan pelajaran Ekonomi bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami dan menguasai ilmu ekonomi pada tahap prauniversiti. Justeru, pelajar dapat menganalisis dan membuat penilaian tentang isu ekonomi yang mempengaruhi kehidupan masyarakat dan negara dalam persekitaran yang dinamik. Sukatan pelajaran ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang ini ke peringkat yang lebih tinggi Sem. Ketiga Semester Pengajian


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 31 946 PENGAJIAN PERNIAGAAN Sukatan pelajaran ini bertujuan memperkenal dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam pengajian perniagaan bagi membolehkan pelajar/calon meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi atau ke peringkat kelayakan profesional, dan menceburi kerjaya dalam bidang pengurusan, perniagaan atau keusahawanan. Sem. Pertama Sem. Kedua Semester Pengajian


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 32 Objektif sukatan pelajaran adalah untuk membolehkan pelajar/calon (a) memahami dan menghayati bidang perniagaan dan pengurusan serta peranan dan sumbangannya terhadap masyarakat dan negara; (b) memahami fungsi perniagaan yang merangkumi bidang pengurusan pengeluaran, pemasaran, kewangan, dan sumber manusia; (c) mengurus dan menyelesaikan masalah perniagaan berkaitan dengan pengeluaran, pemasaran, kewangan, dan sumber manusia; (d) memahami dan menghayati peranan, fungsi, dan tugas pengurusan dalam organisasi perniagaan; (e) memahami dan menghayati peraturan dan keperluan pengurusan perniagaan; (f) membina kemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah perniagaan; (g) membina kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan dengan berkesan; (h) memahami dan menghayati bidang keusahawanan; (i) membina kemahiran untuk menceburi bidang keusahawanan; (j) memahami dan menghayati peranan perniagaan dalam pasaran antarabangsa; (k) memahami dan menghayati etika dan tanggungjawab sosial perniagaan. Sem. Ketiga Sem. Ketiga Semester Pengajian


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 33 954 MATHEMATICS T The Mathematics (T) syllabus is designed to provide a framework for a pre-university course that enables candidates to develop the understanding of mathematical concepts and mathematical thinking, and acquire skills in problem solving and the applications of mathematics related to science and technology First Sem. Second Sem. Third Sem. First, second & Third Sem.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 34 960 PHYSICS This syllabus aims to enhance candidates’ knowledge and understanding of physics to enable them to either further their studies at institutions of higher learning or assist them to embark on a related career and also to promote awareness among them of the role of physics in the universe. First Sem. Second Sem.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 35 The objectives of this syllabus are to enable candidates to: (a) use models, concepts, principles, theories, and laws of physics; (b) interpret and use scientific information presented in various forms; (c) solve problems in various situations; (d) analyse, synthesise, and evaluate information and ideas logically and critically; (e) use techniques of operation and safety aspects of scientific equipment; (f) plan and carry out experiments scientifically and make conclusions; (g) develop proper attitudes, ethics, and values in the study and practice of physics Third Sem. First, second & Third Sem.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 36 962 CHEMISTRY Third Sem. Second Sem. First Sem.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 37 This syllabus aims to enhance candidates knowledge and understanding of chemistry. It also enables them to advance their studies at institutions of higher learning and assists them to pursue a chemistryrelated career. It will also promote awareness of the roles of chemistry in the understanding of nature and the universe. The objectives of this syllabus are to enable the candidates to: (a) understand facts, terminologies and principles of chemistry; (b) interpret phenomena by using models, laws and chemical principles; (c) interpret and apply scientific information presented in various forms; (d) solve problems related to chemistry; (e) analyse, synthesise and evaluate information and ideas logically and critically; (f) plan, carry out experiments, draw inferences and make deductions; (g) use scientific equipment properly and safely; (h) develop positive attitudes and values towards the environment; (i) acquire generic skills. First, second & Third Sem.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 38 964 BIOLOGY This syllabus is designed to enhance candidates’ knowledge and understanding of biology and biological issues, to prepare and equip the candidates for their tertiary education, to pursue careers in related fields and to promote continuous awareness of the importance of biology in life. First Sem. Second Sem.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 39 This syllabus enables candidates to: (a) understand the biological phenomena, principles and theories; (b) evaluate biological information critically and deduce logical conclusion; (c) plan and carry out experiments scientifically and make deductions; (d) develop abilities and skills in handling materials and apparatus correctly and safely, and; (e) cultivate proper attitudes and values on social, technological, and environmental issues in biology. Third Sem. First, second & Third Sem.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 40 966 SAINS SUKAN


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 41 970 SENI VISUAL Sem. Pertama Sem. Kedua Sem. Ketiga Semester Pengajian


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 42 Sukatan pelajaran ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan yang dapat membentuk pelajar yang berpemikiran kreatif, inventif, inovatif, kritikal, analitikal, dan saintifik, serta berpengetahuan dalam proses penyelesaian masalah terhadap penghasilan, penampilan, dan apresiasi karya seni. Sukatan pelajaran ini juga dapat mengembangkan aspek pemerolehan pengetahuan, pengembangan kualiti personal, dan penerokaan terhadap nilai dan emosi yang dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan, kerjaya, dan kehidupan. Pembahagian ketiga-tiga komponen tersebut dapat dijelaskan sebagaimana berikut: Apresiasi Seni Visual Apresiasi Seni Visual memberi fokus kepada pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap pengertian dan peranan seni visual, aspek formal, dan kritikan seni. Unsur pemikiran kreatif dan intelektual terhadap konsep, bahasa, makna, dan fungsi seni visual diperjelaskan. Pengetahuan dan kefahaman terhadap apresiasi seni visual dapat membantu proses menzahirkan karya seni yang lebih kukuh. Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan Lukisan merupakan kerja praktikal yang dapat memberi kemahiran asas dalam penghasilan karya. Pengkajian lukisan adalah tertumpu kepada kajian seting dan gubahan yang boleh digunakan dalam pengkaryaan dan perekaan. Projek Kajian Seni Visual Projek kajian ini merupakan projek kerja kursus yang berteraskan kepada penyelidikan. Bidang pengkajian terbahagi kepada dua aspek, iaitu pengkaryaan dan perekaan. Nota: Pendekatan pembelajaran adalah berteraskan kepada konsep pembelajaran inkuiri yang melibatkan aspek penyelidikan, perkembangan, penyelesaian masalah, dan refleksi.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 43 In the Malaysian education system, English has always played an important role. The Malaysian University English Test (MUET) serves to give continued emphasis on this role. The objective of MUET is to measure the English language proficiency of pre-university students for entry into tertiary education. MUET comprises all the four language skills of listening, speaking, reading and writing. It measures and reports candidates’ level of proficiency based upon an aggregated score range of zero to 300. The scores correlate with a banding system ranging from Band 1 to Band 6. A results slip is issued to every candidate who completes all four components of the test. MUET comprises four components: Listening, Speaking, Reading and Writing. The duration and weighting of each component are as follows: Test scores are reported as follows: 800 MUET Para pelajar diwajibkan mengambil Malaysia University English Test (MUET) sebagai syarat wajib untuk memasuki universit. Walau bagaimanapun peperiksaan MUET terasing daripada peperiksaan STPM. Peperiksaan MUET diadakan sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 44 Syarat baru terkini MUET untuk masuk ke Universiti adalah lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada tahap-tahap tertentu berdasarkan kursuskursus tertentu. Syarat-syaratnya adalah seperti dalam jadual di bawah: Syarat Masuk Universiti a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 2 b) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM – Band 3 c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 4 Syarat Pengijazahan a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 3 b) Pengajian STEM – Band 4 c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 5 SYARAT BARU MUET UNTUK MASUK UNIVERSITI Aggregated Scores


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 45 Bil. Mata pelajaran Semester 1 Semester 2 Semester 3 Wajaran (%) 1. Pengajian Am √ 20 2. Bahasa Melayu √ (7%) √ (18%) 25 3. Kesusasteraan Melayu Komunikatif √ 20 4 Sejarah √ 20 5 Geografi √ 20 6 Ekonomi √ 20 7 Pengajian Peniagaan √ 25 8 Mathematics (T) √ 20 9 Physics √ 20 10 Chemistry √ 20 11 Biology √ 20 12 Sains Sukan √ 25 13 Seni Visual √ 25 PENAWARAN KERJA KURSUS MENGIKUT SEMESTER


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 46 Bil. Mata pelajaran Seemster (%) KKK4 (%) K5* (%) Ulangan (%) 1(K1) 2(K2) 3(K3) Sem.1 Sem.2 1. Pengajian Am 29 22 29 20 29 22 2. Bahasa Melayu 35 20 20 7 18 35 20 3. KMK 26.67 26.67 26.67 20 26.67 26.67 4 Sejarah 26.67 26.67 26.67 20 26.67 26.67 5 Geografi 32 32 16 20 20 32 32 6 Ekonomi 32 32 16 20 32 32 7 Pengajian Peniagaan 25 25 25 25 25 25 8 Mathematics (T) 26.67 26.67 26.67 20 26.67 26.67 9 Physics 26.67 26.67 26.67 20 20 26.67 26.67 10 Chemistry 26.67 26.67 26.67 20 20 26.67 26.67 11 Biology 26.67 26.67 26.67 20 20 26.67 26.67 12 Sains Sukan 25 25 25 25 25 25 25 12 Seni Visual 40 35 25 25 40 35 WAJARAN KERJA KURSUS MENGIKUT MATA PELAJARAN *K5 Untuk calon persendirian. Ganti kepada kerja luar / amali, kecuali Bahasa Melayu


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 47 PENTAKSIRAN KOKURIKULUM 1. KEHADIRAN (50 MARKAH) 2. JAWATAN (10 MARKAH)


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 48 3. PENGURUSAN PROJEK (20 MARKAH) 4. PELIBATAN (10 MARKAH) 4. PENCAPAIAN (10 MARKAH) MATLAMAT KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 49 Markah esktra kurikulum boleh diberikan berdasarkan ketetapan seperti berikut: Penyertaan murid di peringkat kebangsaan/ antarabangsa yang bukan program khusus Tingkatan Enam Persatuan Murid Tingkatan Enam Anugerah khas yang diterima oleh murid Tingkatan Enam Semua jawatan/sumbangan perkhidmatan di bawah pengurusan dan pentadbiran Sekolah 6. EXTRA KURIKULUM (10 MARKAH) Ekstra kurikulum diberi sebanyak 10 markah. Jumlah markah akhir kokurikulum akan dicampur dengan markah ekstra kurikulum Cadangan penambahbaikan pelaksanaan kokurikulum Tingkatan Enam diharap dapat meningkatkan prestasi markah kokurikulum murid Tingkatan Enam setanding dengan murid matrikulasi. Di samping melahirkan murid yang lebih berkeyakinan dan karisma sebagai pemimpin yang menepati kehendak dan keperluan agama, bangsa dan negara.


Prospektus Pengajian Tingkatan Enam SMKPC Sesi 2023/2024 50 ETIKA PAKAIAN PELAJAR TINGKATAN ENAM


Click to View FlipBook Version