The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-89172938, 2023-07-13 22:16:50

PTE SMK PC ETIKA PAKAIAN PELAJAR

PTE SMK PC ETIKA PAKAIAN PELAJAR

2. PERATURAN-PERATURAN AM a. Semua pelajar diwajibkan memakai kad matrik sepanjang berada di kawasan sekolah dan penggunaan kad matrik pelajar lain adalah tidak dibenarkan b. Semua pelajar diwajibkan mempamerkan kad matrik kecuali semasa menyertai aktiviti sukan di kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah c. Setiap pelajar dilarang memakai pakaian yang melambangkan sebarang pertubuhan, kumpulan, organisasi atau simbol kecuali dalam keadaan yang tertentu setelah mendapat kebenaran pihak pengurusan sekolah d. Setiap pelajar dilarang mempamerkan unsur-unsur yang bertentangan dengan moral dan etika yang tidak baik e. Semua pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat pakaian yang ditetapkan di bawah peraturan Unit Hal Ehwal Murid Pusat Tingkatan Enam SMK Proton City. Punca Kuasa Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam Bertarikh 5 Disember 2014 (KP/KPPM/6 Jilid 2(5)) 1. OBJEKTIF Peraturan etika penampilan pelajar yang digariskan oleh pengurusan Pusat Tingkatan Enam SMK Proton City ini menggariskan panduan dan tatacara berpakaian yang sesuai bagi pelajar pusat ini. Secara amnya, semua pelajar mestilah berpakaian kemas dan sopan yang sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia. Pihak sekolah amat menitikberatkan penampilan dan keterampilan pelajarnya bagi memberikan imej yang baik kepada Pusat Tingkatan Enam SMK Proton City. Semua pelajar hendaklah berpakaian kemas, rapi dan bersih Setiap pelajar diwajibkan berpakaian sopan, tidak memakai topi pada hari persekolahan. Semua pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang ketat dan jarang serta mempamerkan susuk tubuh, mendedahkan tubuh badan dan berpakaian mencolok mata Pelajar lelaki dilarang sama sekali memakai subang, gelang,rantai (kecuali atas sebab keagamaan). Pelajar perempuan dilarang memakai subang secara berlebihan. Semua pelajar dilarang mencacah tatoo pada mana-mana anggota badan. Semua pelajar digalakkan berpakaian kebangsaan pada hari Jumaat. Namun pemakaian baju Melayu hendaklah lengkap dengan bersamping dan bersongkok. 3. PAKAIAN PELAJAR


Dikehendaki memakai kemeja lengan panjang atau pendek berwarna bebas tanpa corak. Hanya kemeja polos, berjalur atau berpetak kecil. Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar secara kemas (tuck in). Lengan kemeja tiadk boleh dilipat. Seluar panjang jenis slack berwarna gelap yang tidak ketat. (Jeans/ cargo pants/ denim dan fesyen seluar londeh atau jenis skinny fit tidak dibenarkan) Digalakkan bertali leher yang berwarna polos. Tali pinggang tidak melebihi 5cm lebar (kepala tali pinggang yang besar dan berlambang tidak dibernarkan) Wajib memakai kasut bertutup berwarna gelap dan berstokin paras buku lali. Pakaian baju Melayu yang lengkap bersamping dan bersongkok hitam standard. Hanya pakaian baju Melayu polos dibenarkan. Pelajar Lelaki Digalakkan memakai baju kurung. Baju kurung mestilah lebih kurang 2 cm aras lutut sementara kain mestilah searas dengan buku lali. Memakai skirt labuh (sekurang-kurangnya menutupi lutut) Berkemeja potongan untuk perempuan atau blouse yang tidak mengikut bentuk badan dan tidak jarang Baju kemeja mestilah melebihi punggung dan berlengan panjang atau 2 inci dari bahagian atas siku Hanya seluar yang longgar, tidak ketat, berwarna gelap dibenarkan. (Palazzo atau leggings tidak dibenarkan sama sekali). Pelajar beragama Islam diwajibkan bertudung yang berwarna polos. Tudung berwarna-warni yang terlalu terang tidak dibenarkan. Kasut bertutup dan berwarna gelap. Tumit kasut tidak boleh melebihi 1 inci. Semua pelajar mesti berstokin. Solekan yang minima iaitu memakai alas bedak dan lip gloss adalah dibenarkan. Bergincu adalah tidak dibenarkan sama sekali. Kuku tidak boleh diwarnakan atau diinai. Pemakaian barang kemas adalah tidak dibenarkan. Pelajar Perempuan Semua pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi Semua pelajar lelaki TIDAK DIBENARKAN menyimpan rambut panjang. Fesyen yang keterlaluan dan mewarnakan rambut adalah tidak dibenarkan. Pelajar perempuan mestilah menyisir rambut dengan rapi dan rambut wajib diikat jika melebihi paras bahu. Pelajar lelaki dilarang bermisai, berjanggut dan berjambang RAMBUT Pemakaian pelitup muka adalah tertakluk kepada peraturan dan undangundang yang berkuatkuasa Pelitup muka mestilah berwarna polos dan tidak mempunyai apa-apa corak Hanya mask extender yang bersaiz sederhana dibenarkan Mask extender bertali, berantai atau jenis yang digantung pada leher adalah TIDAK DIBENARKAN. PELITUP MUKA


PAKAIAN PELAJAR LELAKI PAKAIAN SUKAN PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN PAKAIAN YANG BERSESUAIAN UNTUK MENGHADIRI KELAS


Click to View FlipBook Version