The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Apa itu bangunan hijau? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, marilah kita baca buku mengenai bangunan hijau!

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1026-3-ammar, 2022-05-08 11:28:05

Bangunan Hijau by Muhammad Ammar Haziq E-ALS3

Apa itu bangunan hijau? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, marilah kita baca buku mengenai bangunan hijau!

TUGASAN KERJA KURSUS
TUGASAN 3

NAMA INSTITUT : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
PROGRAM : PPISMP
NAMA KURSUS : PENGANTAR PENGAJIAN PENDIDIKAN
KOD KURSUS : PALS1012
NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AMMAR HAZIQ BIN MOHD
RAIZOL
SEMESTER / TAHUN : 2/2
ANGKA GILIRAN : 2021252310371
NO. KAD PENGENALAN : 031227-03-0493
KUMPULAN : E-ALS3
NAMA PENSYARAH : DR. FAZLIZA BINTI CHE AMAT
TARIKH HANTAR : 8 MEI 2022

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTANABDUL HALIM
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : MUHAMMAD AMMAR HAZIQ BIN MOHD Angka Giliran : 2021252310371
RAIZOL Nama Kursus : ASAS KELESTARIAN DAN
TEKNOLOGI HIJAU
Kod : PALS1012
Tarikh Terima : 10 APRIL 2022
Pensyarah : DR. FAZLIZA BINTI CHE AMAT
Tarikh Hantar : 8 MEI 2022

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecualinukilan
dan ringkasan yang setiap satu saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar : Tarikh : 8.5. 2022

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan :
Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah sayarujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar Tarikh :8.5.2022



1.0 PENGENALAN

Permasalahan globalisasi paling hangat diuatarakan dalam kebanyakan
kongres-kongres antarabangsa ialah isu globalisasi, antaranya “global warming”.
Global warming ini terjadi berpunca daripada kerakusan manusia yang mengejar
pembangunan dan tidak memberi keutamaan kepada peranan alam sekitar. Dalam
beberapa peredaran dekad ini, barulah kita sedar dan menjalankan kajian dan
penyelidikan terhadap bangunan hijau berserta peranannya dalam menangani isu ini.
Pada masa ini, telah banyak pembangunan bangunan hijau yang pesat dibina dan
masih dalam penyelidikan bagi meningkatkan lagi fungsi dan sumber-sumbernya.
Penggunaan elemen hijau, mesra alam dan tiada pemzabiran dapat mewujudkan
bangunan hijau yang efektif. Meskipun usaha mewujudkan suasana tempat kerja dan
kediaman yang selesa dan sihat telah diadakan, pembinaan tradisional kita
marcapada ini hendaklah berpaling arah dengan memasuki unsur-unsur hijau dalam
rekaan bangunan selain pembangunan yang serba pesat. Antara bangunan hijau
yang terkenal ialah The Urban Cactus (Rotterdam), 340 on the Park (Chicago),
Waugh Thstleton Residental Tower (London), The Burj al-Taqa (Energy Tower,
Dubai), The Hearest Tower (New York City), The CIS Tower (Manchester, England),
The Lighthouse Tower (Dubai), The Pearl River Tower (Guangzhou, China), The
Bahrain World Trade Center (Kingdom of Bahrain), The Old Time Favourite
(Mesiniaga Tower, Malaysia) dan lain-lain.

Apa yang dimaksudkan dengan bangunan hijau? Green building atau dikenali
sebagai bangunan hijau merupakan bangunan yang mempunyai ciri-ciri mesra
terhadap alam semulajadi. Menurut Affyza Ar (2022), bangunan hijau ini bukan
sahaja mendatangkan kebaikan kepada penghuninya, malah mendatangkan kesan
yang positif kepada alam semulajadi. Hal ini dikatakan demikian kerana, bangunan
ini dapat menjimatkan sumber elektrik, air, angin, serta beberapa kos lain. Jika dilihat
pada zaman ini, konsep bangunan hijau ini sudah pesat digunakan pada bangunan
termasuklah bangunan pejabat, kompleks membeli belah, pasaraya, sekolah, dan
lain-lain.

Suatu bangunan hijau itu dianggap apabila ia telah menerapkan serba sedikit
konsep-konsep bangunan hijau apabila melalui proses evaluasi untuk mendapatkan
sijil sertifikasi bangunan hijau. Dalam proses evaluasi ini, tolak ukur penialaian yang
dipakai adalah Sistem Rating (Rating System).

Apakah itu Sistem Rating? Menurut Asan (2015) dalam penulisannya
menyatakan bahawa, Sistem Rating (Rating System) merupakan salah satu alat
yang berisi butiran dari aspek yang dinilai yang disebut rating dan setiap butir rating
tersebut mempunyai nilai (point) tersendiri. Apabila sesuatu bangunan itu dapat
melaksanakan butir-butir rating tersebut, maka ia telah mendapatkan point daripada
butir tersebut. Sekiranya jumlah point yang dikumpulkan itu berjaya untuk
melaksanakan Sistem Rating (Rating System) tersebut, ia akan dipersiapkan dan
disusun oleh Green Building Council yang telah ada di negara-negara tertentu yang
sudah mengikut gerakan bangunan hijau.

Tambahan pula, setiap negara tersebut mempunyai Sistem Rating masing-
masing. Sebagai tamsil, Amerika Syarikat mempunyai LEED Rating (Leadership
Effeciency Enviroment Design), Malaysia memiliki Green Building Index, Singapore
memiliki GreenMark, manakala Australia mempunyai Greenstar.

Di Malaysia, Sistem Rating yang ada hanya Green Building Index (GBI) by
Green Building Sdn. Bhd., GreenPASS by CIDB dan PHJKR (Penarafan Hijau JKR)
oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Seterusnya, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)
dan Association Consulting Engineers Malaysia (ACEM) yang telah merangka Green
Building Index (GBI) ini yang bertujuan untuk memberi penarafan kepada bangunan-
bangunan yang dibina secara mampan. Bangunan

2.0 DEFINISI DAN TUJUAN

Bangunan hijau ini mempunyai struktur yang efisien terhadap alam
semulajadi. Infrstrukturnya amat ekologi dan tiada pembaziran kepada alam sekitar
sepanjang kitar hidup bangunan itu. Antara kebiasaan bangunan ini ialah, ia
menggunakan elemen yang semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan yang ditanam di
dalam, mahupun di luar bangunan.

Kita ambil contoh, Bangunan Suruhanjaya Tenaga yang terletak di Presint 2,
Putrajaya, iaitu berhadapan taman landskap awam yang dinamakan Taman
Pancarona. Bangunan ini merupakan antara salah satu contoh terdekat bagi
bangunan hijau yang terdapat di Malaysia. Bangunan ini terletak di hadapan
kawasan perumahan kerana lokasinya yang dapat memberi kebaikan kepada
penduduk sekitarnya. Jika dilihat dengan lebih dekat, reka bentuk bangunan ini
seakan-akan bentuk berlian serta berdasarkan pembangunan mampan.

Rajah 1
Bangunan Suruhanjaya Tenaga

Walau bagaimanapun, bangunan hijau ini dibangunkan bertujuan untuk
mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia akibat daripada
kepesatan pembangunan. Sekiranya pembangunan bangunan hijau ini pesat selari
dengan kepesatan pembangunan negara kita pada masa ini, sudah pasti ia dapat
mengimbangi antara alam sekitar kita. Hal ini perlulah dibincangkan dengan lebih
mendalam sehingga ke bangku Dewan Negara agar kesihatan rakyat dan penduduk
dalam kawasan pembagunan pesat dapat dijaga.

3.0 KRITERIA UTAMA

Terdapat enam kriteria utama yang perlu dipertimbangkan dalam
pembangunan hijau ini (Dr Sulzakimin Mohamed, 2019). Untuk mengiktirafkan
sesuatu bangunan tersebut sebagai bangunan hijau, ia hendaklah mengikut keenam-
enam kriteria tersebut.

3.1 PENGGUNAAN TENAGA YANG CEKAP

Menurut Portillo (2018) dalam penulisannya menyatakan bahawa laporan
terkini menunjukkan kepada kita semua bahawa 13.6 juta rumah tidak mempunyai
keperluan penjimatan tenaga minimum. Sebaliknya, penjimatan tenaga ini adalah
perlu kerana ini merupakan permulaan terhadap keseluruhan rantai. Sekiranya
perbelanjaan tenaga lebih tinggi, maka ia memerlukan sebilangan besar bahan
mentah (kebanyakannya bahan bakar fosil) untuk menghasilkan tenaga. Oleh yang
demikian, sekiranya kita tidak menghasilkan banyak tenaga, kita tidak akan
menyebabkan pelepasan gas rumah kaca yang meningkatkan pemanasan
globalisasi dan perubahan iklim. Kita perlu belajar untuk menjimatkan tenaga dan
segala kos-kosnya. Laporan yang dibuat apabila isi rumah swasta bertanggungjawab
dalam menjimatkan penggunaan tenaga, hanya 18% tenaga berkenaan yang
digunakan daripada jumlah keseluruhan. Justeru itu, mereka hanya
bertanggungjawab untuk 6.6% pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera bumi.

Namun, bagaimanakah kita ingin tahu jika sesuatu rumah atau bangunan itu
adalah tenaga cekap? Kita perlu ingat bahawa pelbagai faktor yag bertindak
terhadap kecekapan tenaga di bangunan dan kediaman kita sendiri. Majoritinya
mungkin berkaitan dengan tenaga dan keselesaan yang kita perlukan pada masa ini.
Sebagai contoh, isi rumah memerlukan tenaga untuk memasak, mengecas telefon
bimbit, menonton TV dan sebagainya.

3.2 KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN YANG KONDUSIF

Menurut Muhammad Addib Iman (2020) dalam penulisannya menyatakan
bahawa persekitaran yang kondusif boleh dikatakan sebagai suatu keadaan
persekitaran di dalam bangunan yang memberikan impak positif kepada
penghuninya. Perkara ini diambil berat dari aspek kesihatan dan keselesaan. Antara

indikator-indikator yang signifikan dalam persekitaran dalaman ini ialah keselesaan
termal, akustik, pencahayaan, kualiti udara dalaman, ruang, ergonomik, perabot dan
nilai estetika tersebut. Produktiviti kerja dan peningkatan daya tumpuan sama ada
bekerja ataupun belajar juga dipengaruhi oleh persekitaran dalaman yang kondusif
ini.

3.3 TAPAK BANGUNAN YANG LESTARI

Menurut Ahmad et. al (2019) dalam laporannya menyatakan bahawa
pemilihan tapak sesuatu bangunan itu hendaklah memenuhi beberapa kriteria.
Kriteria perdana adalah kesesuaian tapak terhadap pembangunan dan pembinaan
bangunan berdasarkan prinsip utama. Antara prinsip utama ialah ;

I. Mengurangkan bahan buangan daru tapak
II. Menggunakan dan meningkatkan sistem perparitan semula jadi.
III. Menyediakan kemudahan tambahan di tapak pembinaan.
IV. Mengekalkan atau meningkatkan ekologi dan biodiversiti tapak bina dengan
melindungi aset sedia ada dan memperkenalkan habitat atau spesis baru.
V. Menjalankan analisis tapak untuk mengenal pasti peluang dan halangan seperti
keadaan tanah, orientasi, matahari, kapasiti sistem perparitan, bangunan sedia ada,
ruang dan lain-lain.

3.4 SUMBER DAN BAHAN BINAAN LESTARI

Menurut Yusoff et.al dalam laporannya menyatakan bahawa kayu, keluli,
pasir atau bahan daripada sumber semula jadi ini turut digunakan dalam projek
pembinaan. Pengetahuan tentang bahabinaan amat signifikan demi menjamin
kelestarian alam sekitar. Sumber dan bahan binaan lestari ini juga dapat
memberikan kebaikan agar kesan ke atas alam sekitar dapat dikurangkan. Selaras
dengan pemencatan perkembangan teknologi pembangunan, bahan binaan lestari
juga mempunyai kriteria seperti tahan lasak dan jangka hayat yang lebih panjang.
Selain itu, sumber dan bahan binaan yang lestari ini turut menerapkan elemen kitar
semula di samping bahan yang lebih bermanfaat.

3.5 PENGGUNAAN AIR YANG CEKAP

Air merupakan anugerah tuhan dan sumber semula jadi bumi yang sangat
berharga. Secara totalnya, air meliputi 75% daripada permukaan bumi. Sumber air
mestilah dilindungi dan dijaga dengan bersih untuk menjamin kelestarian kita.
Dengan itu, penggunaan air yang cekap akan memudahkan kita untuk mencapai
kelestarian sumber air untuk kegunaan kita pada masa kelak.Terdapat beberapa
inisiatif uatama yang dapat menyokong dan menjamin usaha ke arah penggunaan air
yang cekap. Antaranya ialah, kita dapat mengoptimumkan permintaan air,
membekalkan sumber air bersih secara berkesan, membekalkan air hujan terkumpul,
merawat air kumbahan, serta mengamalkan pengurusan air secara cekap.

3.6 REKA BENTUK BANGUNAN HIJAU YANG INOVATIF

Seperti yang kita sedia maklum, reka bentuk bangunan hijau ini berdasarkan
alam semula jadi. Oleh hal yang demikian, pertimbangan elemen semula jadi ini
dapat membantu reka bentuk yang efisien dan mengurangkan kesan manusia ke
atas alam sekitar. Pada peringkat awalnya, segala proses reka bentuk yang lestari
semestinya memerlukan bahan dan produk berasal daripada alam sekitar. Oleh
perkara yang demikian, reka bentuk bangunan di Malaysia juga seyogianya
mengambil berat sensitiviti terhadap alam sekitar. Sebagai tamsil, iklim negara yang
panas dan lembab sepanjang tahun membolehkan reka bentuk yang berkonsepkan
hijau pada fasa bangunan menerusi penanaman pokok menjalar atau penutup bumi
secara menegak pada dinding-dinding rumah boleh diambil kira dalam aspek ini.
Sejurus itu, ia akan memberi kesan visual kepada manusia selain daripada
menyejukkan bangunan secara semula jadi.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, sesebuah bangunan hijau itu wajarlah mematuhi garis
panduan dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Hal ini dikatakan demikian kerana
ia dapat menjamin keselesaan dan keselamatan bangunan hijau yang akan memberi
impak positif kepada kesihatan penduduk-penduduk sekitarnya. Oleh itu, pihak
kerajaan mahupun swasta seyogianya mengambil berat dan menggalakkan
keberhasilan bangunan hijau di Malaysia ini agar mendatangkan kesan yang baik
kepada kita serta mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekiar

RUJUKAN Scribd.

Affyza Ar. (2022). Bangunan Hijau.
https://www.scribd.com/doc/39404390/Bangunan-Hijau

Ahmad, N. A., Zawawi, A., Jamaludin, N., & Salleh, A. (2019). Sistem penilaian
pengalihudaraan untuk pembangunan perumahan lestari (Ventilation Flow
Evaluation System for Sustainable Housing Development) / Nur Azfahani
Ahmad … [et al.] - UiTM Institutional Repository. Uitm.edu.my.
https://doi.org/https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29975/1/29975.pdf

ASAN. (2015, December 31). Green building (Bangunan hijau). Blogspot.com.
http://matrefleksi.blogspot.com/2015/12/green-building-bangunan-hijau.html

Alta.id. (2019, February 27). Pemahaman Rancangan Bangunan Hijau Energi
Terbarukan - Green Building Sustainable Energy Design - ALTA INTEGRA |
ALTA Integra. ALTA Integra | Website.

https://altaintegra.com/id/publikasi/artikel/pemahaman-rancangan-bangunan-

hijau-energi-terbarukan-green-building-sustainable-energy-design/

Dr Sulzakimin Mohamed. (2019, November 20). Pembangunan lestari berteras

konsep hijau. Berita Harian; Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/11/630176/pembangunan-lestari-

berteras-konsep-hijau

GREEN, H. (2022). Bangunan hijau (Green Building).mp4. Google Docs.
https://drive.google.com/file/d/1fnnXqxvWFdro5tCkmh1SyDUtCfA9Cl32/view

Muhammad Adibb Iman. (2020, April 18). Bab 5 Pembinaan Lestari (1.5 Peringkat
pasca pembinaan & 1.6 Bngunan hijau) - Membalik Buku Halaman 1-29 |
AnyFlip | muhammadaddibiman. Anyflip.com; muhammadaddibiman.

https://anyflip.com/xmiy/gypo/basic

Portillo, G. (2018, September 28). Kecekapan tenaga di bangunan. Renovables

Verdes; Renovables Verdes.

https://www.renovablesverdes.com/ms/kecekapan-tenaga-di-bangunan/

Sadiq Gulma. (2016, October 17). What is a Green Building? Sadiq; Sadiq.
https://civineer.wordpress.com/2016/10/17/what-is-a-green-building/

The Offical Website of Energy Comission. (2022). Bangunan Suruhanjaya Tenaga.
St.gov.my. https://www.st.gov.my/ms/details/aboutus/9

Yusoff, M. N., Mohd Nor, K., & Mahayuddin, S. A. (2012). Konsep bangunan lestari.


Click to View FlipBook Version