8 JUN 2024 (SABTU) DEWAN MILLENIUM, SMK SIMPANG PULAI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28
1 ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1 Isi Kandungan 1 2 Kata Alu-Aluan Pengetua 2 3 Kata Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG 3 4 Atur Cara Majlis 4 5 Agenda Mesyuarat Agung 4 6 Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28 Tahun 2024 5 7 Ahli Jawatankuasa PIBG 2024 6 8 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 7-13 9 Bilangan Mesyuarat dan Kehadiran AJK PIBG 14 10 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023 16-19 11 Laporan Aktiviti Tahunan Kecemerlangan 2023 20 12 Laporan Kewangan 2023 22-27 13 Usul / Cadangan Ibu Bapa 28 14 Senarai AJK PIBG Sesi 2024/2026 29 15 Lampiran 30
2 SEUNTAI BICARA PENGETUA SMK SIMPANG PULAI Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana memberikan kita kesempatan masa dan ruang agar kita dapat sama-sama berkumpul di Dewan Mellinium ini sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28 Tahun 2024. Saya selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa murid kerana sudi hadir pada pagi ini. Sesungguhnya ibu bapa yang hadir pada hari ini ialah ibu bapa yang cemerlang. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Syabas dan tahniah juga kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG ke-28 yang telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Kita sedia maklum bahawa anak-anak merupakan penyejuk hati dan pengarang jantung kepada setiap ibu bapa. Kelahiran seseorang anak menjanjikan harapan yang tinggi menggunung kepada kedua-dua ibu bapa. Kejayaan anak-anak merupakan hadiah yang paling bernilai untuk semua ibu bapa, justeru pihak sekolah berharap tanggungjawab mendidik anak-anak ini bukanlah diletakkan dibahu guru-guru sahaja malah sokongan dan pelibatan semua ibu bapa amatlah diperlukan dalam memastikan kejayaan anak-anak. PIBG dan sekolah perlulah seia dan sekata, serta saling melengkapi untuk memastikan segala perancangan dan program yang diatur dilaksanakan dengan jayanya. Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua mengharapkan peningkatan pencapaian dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita untuk mencapai kejayaan yang dharapkan. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai ini dapat terbina menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah , akademik dan kokurikulum. Diharapkan semua ibu bapa dan guru menggunakan peluang keemasan ini untuk melontarkan idea-idea yang bernas dalam usaha kita merealisasikan visi dan misi sekolah supaya Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai menjadi sebuah sekolah yang gemilang. Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anakanak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara Malaysia. Sekian, terima kasih. RAZAK MALEK BIN TAHARIM PENGETUA SMK SIMPANG PULAI
3 ALUN BICARA YANG DIPERTUA PIBG SMK SIMPANG PULAI Assalamualaikum Segala pujian tertentu bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya serta para sahabatnya. Dalam kesempatan ini, ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan sekolah. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua Ahli Jawatankuasa PIBG akan terus menyokong semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid-murid. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti dan program sekolah demi kejayaan anak-anak kita. Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah murid agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Justeru marilah kita sama-sama memantau dan membimbing anak-anak kita agar mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif yang ada disekililing mereka. Saya mengingatkan diri saya sendiri dan para ibu yang lain agar terus cakna dan prihatin terhadap pergaulan anak-anak kita. Semoga impian dan cita-cita kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan yang cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai. Saya juga berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baharu yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih baik dan gigih bagi meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai. Komitmen yang padu dalam kalangan anggota PIBG akan menjanjikan kejayaan dan kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang iaitu bangsa Malaysia yang bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, nusa, dan bangsa . Akhir kalam saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak serta memohon maaf jika ada kesilapan dan kesalahan yang telah berlaku. Sekian, terima kasih. MASLIDI BIN CHE NGAH YDP PIBG SMK SIMPANG PULAI
4 MESYUARAT AGUNG PIBG 2024 ATUR CARA MAJLIS 8.30 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan AJK PIBG : Sarapan Ibu Bapa dan AJK PIBG 8.40 pagi : Ketibaan Perasmi 8.45 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku : Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Pengetua : Ucapan Perasmi : Tayangan Montaj : Mesyuarat Agung PIBG bermula * Agenda Mesyuarat Agung PIBG : Cabutan bertuah : Bersurai AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SIMPANG PULAI KALI KE-28 2024 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2024. 2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Simpang Pulai Kali Ke-27. 3. Perkara Berbangkit. 4. Membentangkan dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023. 5. Membentangkan dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG 2023. 6. Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2024 7. Penyampaian sijil penghargaan 8. Pemilihan Pengerusi Mesyuarat Sementara 9. Pemilihan jawatankuasa PIBG SMKSP Sesi 2024/2026 10. Pembentangan dan Perbincangan Usul / Cadangan. 11. Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG Sesi 2024/2026
5 No. Pendaftaran PIBG PK 980 Ruj. Tuan: Ruj. Kami: PIBGSMKSP.100-13/1/4( ) Tarikh: 25 Zulkaedah 1445H_____ 3 Jun 2024 Kepada Tuan/Puan, Ibu bapa/penjaga murid, Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai. JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28 SMK SIMPANG PULAI 2024 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Simpang Pulai akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28 seperti ketentuan berikut: TARIKH : 8 JUN 2024 (SABTU) MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN MILLENIUM SMK SIMPANG PULAI 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 8.30 pagi : Pendaftaran Ibu bapa dan AJK PIBG 8.40 pagi : Ketibaan Perasmi 8.45 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku : Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Pengetua : Ucapan Perasmi : Tayangan Montaj : Mesyuarat Agung PIBG bermula : Cabutan bertuah 4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Kerjasama tuan/puan menjayakan program ini amat dihargai. 5. Tuan/puan boleh mengesahkan kehadiran melalui kod QR yang berikut selewat-lewatnya pada 5 Jun 2024. Sekian, terima kasih, “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………………………… (MASLIDI BIN CHE NGAH) Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Simpang Pulai, Perak. Tel. : 05-3575627 Faks : 05-3576516 Email : [email protected] PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai Taman Pulai Jaya 31300 Kg. Kepayang Perak Darul Ridzuan
6 SENARAI JAWATANKUASA PIBG SMKSP 2022/2024 1. Penasihat : En. Razak Malek bin Taharim 2. Yang Dpertua PIBG : En. Maslidi bin Che Ngah 3. Naib Yang Dipertua PIBG : En. Razali bin Abu Hassan 4. Setiausaha Kehormat : Pn. Hasni binti Hassan 5. Bendahari Kehormat : Pn. Hazimah binti Ashamuddin 6: AJK Ibu Bapa : En. Shahril bin Maharib 7. En. Amran bin Arif 8. Pn. Maliga a/p Balakrishnan 9. Pn. Maimunah binti Mat Hassan 10. Pn. Ina a/p Mele 11. AJK Guru : Pn. Azmin binti Zakaria 12. Pn. Khemala a/p Doraisamy 13. Pn. Siti Asmirah binti Mohd Zali 14. En Khairudin bin Abu Hassan 15. Juruaudit Guru : Pn. Nurul Asiah binti Abdul Jabbar 16. Juruaudit Ibu Bapa : En. Balasubramani a/l Shanmugam
7 SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA: MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK SIMPANG PULAI, KG.KEPAYANG, PERAK. KALI KE-27 TARIKH :17 JUN 2023 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN MILLENIUM, SMK SIMPANG PULAI 1 EN. ZA’ABA B ABD KARIM 36 PN. ROM BT ABDULLAH 2 PN. NORBAHAGIA 37 EN. MOHD NUR FADLI 3 PN. NORBAITI SHAH 38 EN. KHAIRUN NASIR 4 EN. S.BALASUBRAMANI 39 EN. BOY DOY INDRA 5 EN. MASLIDI B CHE NGAH 40 PN. MASHITAH BT HASSAN 6 PN. HALIMATUN SAKDIAH 41 EN. HAHRIL MAHARIB 7 PN. HAYATI SYAM 42 PN. BAH LEDY 8 PN. SALMAH BT MOHD KHUSERI 43 EN. AZMAN B SARUJI 9 PN. NOOR RAFIZAH BT AHMAD RAMLI 44 PN. NOR FAZIAH 10 EN. MUHD SAIFUL B AMI 45 PN. ROSMAWATI 11 PN. YONG AMINAH BT MOHD AKASHAH 46 PN. NORLIA BT MOHD NASIR 12 PN. ROSLEENA BT ABD KARIM 47 EN. MOHD KHAIRI B ABU BAKAR 13 PN. ZARINA BT AHMAD TOHID 48 EN. KHALID ARASHID 14 PN. INTAN SUHARTI RUB 49 EN. ABDUL GHONI 15 PN. ROSNINA ZAMU 50 PN. SITI NOR SARAH 16 PN. ZURAIDA BT HASHIM 51 PN. ZARINA BT HASHIM 17 PN. MALIGA BALAKRISHNA 52 PN. JULYNA BT MOHD YUSOF 18 PN. NOR HASLILA 53 PN. WAH ANJANG 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 PN. ROHALIZA PN. ZAITON BT A.HASDIR PN. ROYATI BT ISMAIL PN. NORMASTURA BT ABDULLAH PN. ROHANA BT SHAARI PN. NGAH NANG EN. PUTEH SAMSUDDIN PN. SYOR AZIZAH BT HAMZAH PN. SYOR AZIZAH BT HAMZAH PN. ZARINA JUIT PN. NORAFIZAH BT MAHMOD EN. RIDZAUDDIN B ABD RAZAK EN. AHMAD IZAM B MOHD YUNUS PN. SHARIFAH NOR AZURA PN. NOR SOPIARANI BT NGADIMIN PN. NORHIDAYAH PN. RAFDAH 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 PN. ROHANA BT NGAH PN. HAYATI BT ISMAIL PN. SABRINA BT AWANG PN. NORZILAH BT IDRIS EN. ZULKIFLY B ABD KADIR PN. NOR AZURA BT ABU PN. NURSHIDATUNNAJWA PN. AMINAH BT ISMAIL PN. NURIDA BT ABD RAHIM EN. ZAHARINAN B SHAH PN. ROHAIZA BT HASHIM EN. MAGESWARI EN. ROHUM PN. EMELIA BT MUHAMAD EN. MOHD AKMAL B AHMAD PN. SUHAILA BT SAMSUDIN PN. ROZITA BT MOHD NOR EN. AZIZ B ZAINOL
8 SENARAI KEHADIRAN GURU : 41 Pn. Zera Hezrene binti Zainal Rashid 42 En. Afiq bin Aziz 43 En. Ahmad Hafiz bin Ahmad Jamiaauddin 44 En. Abdul Latiff bin Mohamad Supian 45 En. Hanisham bin Ahmad Tahir 46 En. Mohd Farahil Hanif bin Idris 47 Pn. Hafizah binti Mohd Hashim 48 Pn. Khemala a/p Doraisamy 49 Pn. Mageswari a/p P. Dhanabalu 50 Pn. Mohana a/p R. Raja Silvan 51 Pn. Nor Hafiza binti Zakaria 52 Pn. Norhasliza binti Mohd Nawi 53 Pn. Razina binti Mat Taib 54 Pn. Siti Masleha binti Nazari 55 Pn. Siti Safura binti Samsudin 56 Pn. Sujatha a/p Kalimuthu 57 Pn. Syareeda binti Mohd Jafri 58 Pn. Hjh. Taharah binti Morshidi 59 Pn. Umi Salmah binti Mohd Khuseri 60 Pn. Hindon binti Abdul Rahim 61 Pn. Hazimah binti Ashamuddin 62 Pn. Noor Hidayah binti Omar (Tidak hadir) 63 Pn. Norliza binti Mohamed Zin 64 En. Mohamad Khairil Khazimi bin Mohd Husron 65 En. Muhammad Hazim bin Hashim 66 En. Muhammad Syahrul bin Rahma 67 En. Muhammad Syukri bin Lukman 68 En. Sulaiman bin Mamat 69 En. Abdul Muin bin Sulaiman 70 Pn. Juliana binti Ahmad Jamil 71 Pn. Noor Farahin Fairuz binti Muhammad Firuz 72 En. Abd Latif bin Hamsin 73 Pn. Nor Hayati binti Mohamad Suhaimi 74 Cik Nur Afiqah binti Amirtaharuddin 75 Cik Nur Azni binti Ali 76 Cik Nurhidayah binti Mahmad Nor 1 En.Razak Malek Bin Taharim 2 Pn. Radziarah binti Hashim 3 YM. Raja Azahar bin Raja Adenan 4 En. Ahmad Nadzri bin Endud 5 En. Arif bin Abu 6 Pn. Ambiga a/p Sinnakanu Naidu 7 Pn. Zarina binti Alias 8 Pn. Mariam binti Ismail 9 Pn. Azmin binti Zakaria ( Tidak hadir ) 10 Pn. Nurul Asiah binti Abdul Jabbar 11 Pn. Noorin binti Mohamed Hairiri 12 Pn. Zaila binti Muhamad 13 En. Khairudin bin Abu Hassan 14 En. Mohd Fauzi bin Brahim 15 En. Sohaidan bin Said 16 Pn. Faridah binti Abdul Wahab 17 Pn. Fazliana binti Zul-kifli 18 Pn. Haslinda binti Junoh 19 Pn. Hasni binti Hassan 20 Pn. Hayati binti Sham 21 Pn. Ibtisam binti Mat Noor 22 Pn. Juliana binti Mokhtar 23 Pn. Mazliza binti Ariffin 24 Pn. Mazura binti Meor Lope 25 Pn. Mehrulniza binti Mahiddin 26 En. Ahmad Salman bin Md Alifiah 27 Pn. Nor Atikah binti Mohammad 28 Pn. Norbahagia binti Zaini 29 Pn. Radha a/p Vasu Nair 30 Pn. Radzia binti Ishak 31 Pn. Rahimah binti Abd Latip 32 Pn. Rohana binti Mustaffa 33 Pn. Saidah binti Abd Rahman 34 Pn. Hjh. Sharaf Lina binti Othman 35 Pn. Siti Normah binti Ahmad 36 Pn. Suhana binti Basiam 37 Pn. Syakirah binti Abdullah 38 En. Kamaluddin Shamil bin Yom Ahmad 39 Pn. Yip Yit Chee 40 Pn. Yuhana binti Md. Yaakub
9 77 Pn. Siti Asmirah binti Mohd Zali 78 Pn. Ganthimanthi a/p Kumarasamy 79 Pn. Hjh. Siti Rashidah binti Hj. Abdullah 80 Pn. Nor Hashimah binti Sirat 82 En. Hie Yoe Thai En. Muhammad Farhan bin Saiful Azman
10 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 1.1 En. Maslidi bin Che Ngah selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana diberi peluang untuk berucap. Beliau berkata bahawa Mesyuarat Agung PIBG ini dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan waris. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Simpang Pulai kali ke-27. 1.2 Beliau mengharapkan agar ibu bapa sentiasa peka dengan informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Ibu bapa juga dialu-alukan untuk memberikan sebarang pandangan untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah. Komitmen antara ibu bapa dan sekolah juga amat penting demi kejayaan anak-anak. 1.3 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kecemerlangan yang dicapai dalam SPM 2022. 1.4 En. Maslidi juga memaklumakan bahawa AJK PIBG bagi tahun 2023 ini dikekalkan tanpa pelantikan AJK yang baharu seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG ke-26 yang lalu. Penasihat Encik Razak Malek bin Taharim Yang Dipertua Encik Maslidi bin Che Ngah Naib Yang Dipertua Encik Razali bin Abu Hassan Setiausaha Kehormat Puan Hasni binti Hassan Bendahari Kehormat Puan Hazimah binti Ashamuddin AJK Ibu Bapa 1. Puan Maimunah bt. Mat Hassan 2. Encik Amran b. Arif 3. Puan Ina a/p Mele 4. Encik Shahril b. Maharib 5. Puan Maliga a/p Balakrishnan AJK Guru 1. Puan Siti Asmirah bt. Mohd Zali 2. Puan Khemala a/p Doraisamy 3. Encik Khairudin b. Abu Hassan 4. Puan Azmin bt. Zakaria Juruaudit Ibu Bapa Encik Balasubramani a/l Shanmugam Juruaudit Guru Puan Nurul Asiah binti Abd. Jabbar Tindakan : Makluman
11 2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 2.1 Puan Hasni binti Hassan selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-26. Minit ini dicadang untuk disahkan oleh En. Rohim bin Ahmad dan disokong oleh Pn. Fazliana binti Zul-kifli. Tindakan : Makluman 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit. Tindakan : Makluman 4.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2022 4.1 Puan Hasni binti Hassan selaku setiausaha PIBG membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2022 yang tertera pada muka surat 17-19. Tindakan : Pn. Hasni Hassan 5.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN SESI 2022 5.1 Puan Hazimah binti Ashamuddin selaku bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan yang bermula pada 1 Januari 2022 dan berakhir pada 31 Disember 2022 yang tertera pada muka surat 20 sehingga muka surat 24. Laporan kewangan ini dicadangkan untuk disahkan oleh En. Muhammad Nor Fadli dan disokong oleh Pn. Nurbaiti binti Shahi. Tindakan : Puan Hazimah Ashamuddin 6.0 PEMBENTANGAN USUL/CADANGAN 6.1 Pengetua mencadangkan agar pihak PIBG menyediakan satu lagi water cooler untuk kemudahan murid-murid memandangkan sekolah hanya menyediakan satu sahaja water cooler setakat ini. Semua ahli sebulat suara menerima usul tersebut. Tindakan : PIBG 6.2 Pengetua mencadangkan bagi pentadbiran PIBG agar status jawatan setiausaha PIBG ditukar menjadai setiausaha kehormat PIBG dan bendahari menjadi bendahari kehormat PIBG. Semua ahli sebulat suara menerima usul tersebut. Tindakan : Makluman
12 6.3 Pn. Taharah binti Morsidi mencadangkan agar wang sumbangan PIBG bagi tahun 2023/2024 (muka surat 26) dikekalkan seperti tahun lepas. Semua ahli sebulat suara menyokong. Tindakan : Makluman 6.4 En. Balasubramani mencadangkan agar aktiviti kokurikulum dijalankan pada waktu pagi . Tuan Pengetua menjelaskan jika kokurikulum dijalankan pada waktu pagi, akan menyebabkan waktu pulang akan dianjakkan ke petang iaitu sekurang-kurangnya 3 jam peruntukan untuk kegiatan kokurikulum. Perubahan waktu kokurikulum ini juga mesti mendapatkan kelulusan daripada JPN. Pengetua juga menjelaskan bahwa aktiviti kokurikulum ini dilaksanakan pada waktu petang seperti biasa iaitu bermula pukul 1.45 di tempat yang teduh. Tindakan : Makluman 7.0 HAL-HAL LAIN 7.1 Ibu Irdina Sofiya merakamkan ucapan terima kasih terutamanya kepada guruguru yang mengajar anak beliau semasa tingkatan 5B1 tahun lepas atas kejayaan anaknya dalam SPM. Beliau juga mencadangkan agar water cooler ditambah lagi dua untuk kemudahan semua murid. 7.2 Pengetua berharap agar para ibu bapa dapat memberikan kerjasama kepada usaha guru-guru demi kecemerlangan anak-anak mereka. Diharapkan ibu bapa membenarkan anak-anak balik lewat kerana mereka ditugaskan untuk menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran tertentu. 7.3 Tuan Pengetua juga memaklumkan bahawa koperasi sekolah akan menyediakan cyber café dengan pelbagai kemudahan untuk murid-murid. Tindakan: Makluman 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat pada hari ini. Beliau juga turut berharap agar semua ibu bapa dan guru dapat bersatu hati demi kemajuan sekolah dan anak-anak. 10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:25 pagi. Tindakan: Makluman
13 Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………………. ……………………………… (HASNI BINTI HASSAN) (MASLIDI BIN CHE NGAH) Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG SMK Simpang Pulai SMK Simpang Pulai.
14 BILANGAN MESYUARAT DAN KEHADIRAN AJK PIBG SMK SIMPANG PULAI 2023/2024 BIL. NAMA JAWATAN TARIKH Jumlah Hadir 22 Jun 2023 14 Sept 2023 5 Okt 2023 8 Dis 2023 23 Mei 2024 2 En. Razak Malek bin Taharim Penasihat / / / / / 5/5 2 En. Maslidi bin Che Ngah Yang Dipertua / / / / / 5/5 3 En.Razali bin Abu Hassan Naib Yang Dipertua / / 0 / / 4/5 4 Pn. Hasni binti Hassan Setiausaha Kehormat / / / / / 5/5 5 Pn. Hazimah binti Ashamuddin Bendahari Kehormat / / / / / 5/5 6 En. Shahril bin Maharib AJK Ibu Bapa / / / / / 5/5 7 En. Amran bin Arif AJK Ibu Bapa / / / 0 0 3/5 8 Pn. Maliga a/p Balakrishnan AJK Ibu Bapa / / / 0 / 4/5 9 Pn. Maimunah binti Mat Hassan AJK Ibu Bapa / / / 0 0 3/5 10 Pn. Ina a/p Mele AJK Ibu Bapa 0 0 0 0 0 0/5 11 Pn. Azmin binti Zakaria AJK Guru / / / / / 5/5 12 Pn. Khemala a/p Doraisamy AJK Guru / / / / / 5/5 13 Pn. Siti Asmirah binti Mohd Zali AJK Guru / 0 / / / 4/5 14 En Khairudin bin Abu Hassan AJK Guru 0 0 0 / Bertukar 1/4 16 Pn. Radziarah binti Hashim Penolong Kanan Pentadbiran / / / / / 5/5 17 YM Raja Azahar bin Raja Adenan Penolong Kanan HEM / / / / / 5/5 18 Pn. Nor Anita binti Mohd Nayan Penolong Kanan Koko / / / / / 5/5 20 Pn. Ambiga a/p Sinnakanu Naidu Ex-Officio / / / 0 0 3/5 21 Pn. Zarina bt Alias Ex-Officio / / / 0 0 3/5 22 En. Arif bin Abu Ex-Officio / / / / 0 4/5 23 Pn Fazlina binti Zul-kifli Ex-Officio / / / / 0 4/5 24 En. Balasubramani a/l Shanmugam Juruaudit Ibu Bapa / / / / 0 4/5 26 Pn. Nurul Asiah binti Abdul Jabbar Juruaudit Guru / / / / / 5/5 Maya Maya Maya Fizikal Fizikal Petunjuk: / = Hadir O = Tidak Hadir
LAPORAN TAHUNAN 2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK SIMPANG PULAI
16 LAPORAN SUMBANGAN PIBG AKTIVITI SEKOLAH (JAN 2023 – DIS 2023) BIL. AKTIVITI TARIKH/ TEMPOH PELAKSANAAN 1 Jamuan Kepimpinan Pelajar 2023 Januari 2023 2 Majlis persaraan dan pertukaran guru Jan – Dis 2023 3 Pesta Pongal Januari 2023 4 Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Januari 2023 5 Majlis Silaturahim Tingkatan Satu Mac 2023 6 Program Pembukaan Sekolah Mac 2023 7 Program Ihya Ramadhan April 2023 8 Kursus Kepimpinan Sekolah Mei 2023 9 Pertandingan Tarian Tradisional Mei 2023 10 Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Sekolah Mei 2023 11 Program Jom ke Sekolah Mei 2023 12 Program Sahsiah Unggul Jun 2023 13 Program Sambutan Hari Lahir Jun 2023 14 Program Ihtifal Jun 2023 15 Kursus Pengurusan Organisasi Badan Kepimpinan Jun 2023 16 Mesyuarat Agung PIBG 2023 Jun 2023 17 Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM, Kokurikulum dan Kurikulum (MAKEs 22) Julai 2023 18 Program Penanda Aras SMK Hillcrest Julai 2023 19 Pertandingan Bola Jaring Julai 2023 20 Karnival Kerjaya Julai 2023 21 Minggu STEAM Julai 2023 22 Perkhemahan Pertubuhan Badan Beruniform Ogos 2023 23 Program Sambutan Kemerdekaan Ogos 2023 24 Program Latihan Kebakaran Ogos 2023 25 Kejohanan Olaharaga (Sukan Sekolah) September 2023 26 Hari Bertemu Waris Oktober 2023
17 27 Perkampungan Ilmu Tingkatan 5 Oktober 2023 28 Merentas desa Oktober 2023 29 Pembangunan Sukan Elit November 2023 30 Kursus Kepimpinan II November 2023 31 Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat November 2023 32 Lawatan Penanda Aras (TVET) Disember 2023 33 Cabaran RMT Disember 2023 34 Majlis High-Tea Tingkatan 5 Disember 2023
18 LAPORAN SUMBANGAN INFRASTRUKTUR / BAIKI PULIH /YURAN /LAIN-LAIN (JAN 2023 – DIS 2023) BIL. AKTIVITI 1 Pembelian dan pemasangan LCD Makmal Biologi dan Fizik 2 Pembelian peralatan Makmal Komputer 3 Servis penghawa dingin bilik kaunseling dan bilik displin 4 Pemasangan kipas di kelas kabin 5 Pembelian bahan keceriaan kelas 6 Pembayaran internet 7 Pembelian board kelas tingkatan 3 8 Pembelian water dispenser 9 Yuran kursus/bengkel peringkat Kinta Utara (RBT/SRT/KMK/RC/FZK) 10 Permohonan pemasangan zebra cross di hadapan pintu pagar utama sekolah
19 LAPORAN SUMBANGAN LUAR (JAN 2023 – DIS 2023) BIL. AKTIVITI 1 Koperasi SMK Simpang Pulai 2 NCER (SPM 2022) 3 Harta Unity Sdn Bhd (Merentas Desa) 4 YB Syaarani (Tuisyen) 5 Yayasan Bina Upaya (Tuisyen) 6 Megah Transportation (Penyaman Udara Pejabat) 7 Menteri Besar Incorporation (Tapak Letak Basikal) 8 Pusat Khidmat ADUN (Khemah) 9 Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen (Sukan, Tar Jalan) 10 Cetree USM (Program Tunas Hijau) 11 YTL Corporation Bhd (Router dan Internet) 12 Pejabat Pendidikan Daerah (Sejarah dan Matematik)
20 LAPORAN AKTIVITI KECEMERLANGAN (JAN 2023 – DIS 2023) BIL. AKTIVITI TARIKH/ TEMPOH PELAKSANAAN 1 Kem Permataku SPM 2022 Jan 2023 2 Program Pasca UASA Feb 2023 3 Projek Based Learning Feb 2023 4 Pelantikkan CEA bagi kelas tingkatan 5 Apr 2023 5 Kelas Tambahan Bestari Mei – Dis 2023 6 Kelas Early Bird Mei – Dis 2023 7 Majlis Serah Slip Keputusan SPM 2022 Jun 2023 8 Majlis Penetapan Sasaran SPM 2023 Jun 2023 9 Majlis Aku Janji SPM 2023 Jun 2023 10 Program Guru Muda (Matematik) Jun – Dis 2023 11 Program Skill BM dan Sejarah Jun – Dis 2023 12 Crunch Talk SPM Jun – Dis 2023 13 Bengkel-Bengkel Panitia Daerah Kinta Utara Jul – Dis 2023 14 Bengkel Teknik Menjawab SPM 2023 Jul – Dis 2023 15 Program mentor dan protege Jul – Dis 2023 16 Cabaran RMT Sept – Dis 2023 17 Kem Perkampungan Ilmu SPM 2023 Okt 2023 18 Dialog Prestasi Bersama Murid Asli Okt 2023 19 Karnival Sukan & Permainan Pasca Percubaan Nov 2023 20 Kelas Tambahan Matematik Tambahan Bersama Guru Pemeriksa Nov 2023 21 Lawatan Penanda Aras TVET (PVMA) Dis 2023 22 Lawatan Kelas Lonjakan Prestasi PPC SPM 2023 (5A, 5B1 & 5D2) Dis 2023 23 Fotostat Soalan Percubaan Negeri-negeri dan Modul-modul Sepanjang tahun 24 Kelas Tambahan Cuti Sekolah Sepanjang cuti
LAPORAN KEWANGAN 2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK SIMPANG PULAI
28 USUL / CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PIBG DAN IBU BAPA BIL. NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN 1 • Yang Mulia Raja Azahar bin Raja Adenan (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) • Maklum balas kehadiran: Hadir • Nama Anak: ➢ - 1. Memasang beberapa CCTV untuk mengelakkan berlakunya kes vandalisme dan salah laku murid.di lokasi seperti: a. Parkir kenderaan guru b. Parkir motosikal / basikal murid c. Pintu tandas murid terutama murid lelaki 2. Hukuman bagi kesalahan berambut Panjang atau berfesyen adalah mengikut prosedur berikut:- a. Ibubapa akan dihubungi oleh guru displin b. Ibubapa diminta membawa anak pulang c. Murid akan berada di bilik pengasingan 2 Pn. Haslinda binti Junoh (Guru SPBT) • Maklum balas kehadiran: Hadir • Nama Anak ➢ - Mendenda murid yang tidak membalut buku teks sebanyak RM1 sebuah dan RM2 bagi buku yang baharu sekali digunakan. Bertujuan mengelakkan buku dirosakkan. 3 Pn. Radziarah binti Hashim (Penolong Kanan Pentadbiran) • Maklum balas kehadiran: Hadir • Nama Anak ➢ - Perubahan kutipan wang sumbangan PIBG seperti lampiran 4 Pn. Zamzurina Binti Saham (Ibu) • Maklum balas kehadiran: Hadir • Nama Anak ➢ Norsyawatulizna Binti Mohd Fazal (5C1) Memohon agar tempat letak kenderaan di hadapan pintu pagar utama diperbaiki (tar semula) kerana semasa hujan, terdapat lopak air di kawasan tersebut dan menyebabkan kesukaran ibu bapa menunggu anak-anak pulang dari sekolah. 5 En Muhammad Adif Bin Hj Abdullah (Bapa) • Maklum balas kehadiran: Hadir • Nama Anak ➢ Muhammad Aziz Bin Muhammad Adif (3C) 1. Memohon sesi persekolahan pada hari Khamis tamat pada jam 1.30 petang seperti sebelum ini dipertimbangkan semula. 2. Memohon agar ibu bapa tidak menunggu anak-anak dalam tempoh masa yang lama semasa menghantar anak-anak untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas.
29 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/2026 1. Penasihat : En. Razak Malek bin Taharim 2. Yang Dipertua PIBG : 3. Naib Yang Dipertua PIBG : 4. Setiausaha Kehormat : 5. Bendahari Kehormat : 6. AJK Ibu Bapa : 7. 8. 9. 10. 11. AJK Guru : 12. 13. 14. 15. Juruaudit Guru : 16. Juruaudit Ibu Bapa :
30 Lampiran A USUL WANG SUMBANGAN UNTUK TABUNG PIBG 2024/2025 Bil. Tajuk / Jenis Kutipan Per (RM) Ting. 1 (RM) Ting. 2 (RM) Ting. 3 (RM) Ting. 4 (RM) Ting. 5 (RM) 1 Sumbangan PIBG - Sekeluarga 60.00 60.00 60.00 60.00 60.00 60.00 2 Kecemerlangan Akademik - Setiap Pelajar - 30.00 30.00 30.00 40.00 90.00 3 Literasi Komputer - Setiap Pelajar - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 Jumlah Besar 60.00 100.00 100.00 100.00 110.00 160.00