The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kata hubung I am sharing 'Document (1)' with you

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Darwis Afiq, 2020-05-23 00:35:20

kata hubung I am sharing 'Document (1)' with you

kata hubung I am sharing 'Document (1)' with you

KATA HUBUNG

NAMA : MUHAMMAD DARWIS AFIQ BIN RIZAL

TINGKTAN : 4 BESTARI

SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH ISLAM
INTEGRASI PINTAR SAUJAN UTAMA 3

SUBJEK : BAHASA MELAYU

GURU : MUDARRISAH NABILA HUDA BINTI
YASIIN

MAKSUD KATA HUBUNG :-
- Kata Hubung ialah kata yang digunakan untuk
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih untuk
membentuk ayat majmuk.
- Kata hubung juga digunakan untuk
menhubungkan kata dengan kata, frasa dengan
frasa dan ayat dan ayat.

Terdapat Tiga Jenis Kata Hubung :-
- Kata Hubung Gabungan
- Kata Hubung Pancangan
- Kata Hubung Berpasangan

Kata Hubung Gabungan :-

- Kata Hubung Gabungan ialah kata hubung yang
digunakan untuk menggabungkan dua klausa atau
lebih yang sama taraf sifatnya.

Contoh Kata Hubung Gabungan :-

- Atau, dan, lalu, lantas, sambil, maka, serta, tetapi,
sebab, kalau, supaya , kemudian, malahan dan
bahkan.

Contoh Ayat Kata Hubung Gabungan :-

- Supaya : kita harus mandi selalu supaya kelihatan
bersih.

- Atau : saya ingin memakan nasi lemak atau mee.
- Dan : saya dan adik sentiasa bermain bola di

padang selepas pulang dari sekolah.

Kata Hubung Pancangan :-

- Kata Hubung Pancangan ialah jenis kata hubung
yang menyambungkan klausa tak setara atau klausa
pancangan pada klausa utama atau klausa induk.

- Kata Hubung Pancangan terbahagi kepada tiga
iaitu :-

(a) Kata Hubung Pancangan relatif
(b) Kata Hubung Pancangan Komplemen
(c) Kata Hubung Pancangan Keterangan

Contoh Kata Hubung Pancangan :-
- Kerana, sehingga, apabila , bahawa, agar,
sementara, walaupun , supaya, dan jika.

Contoh Ayat Kata Hubung Pancangan :-
- Atau : Kami akan pulang ke kampung esok atau
lusa.
- Sehingga : Amir berazam untuk melanjutkan
pelajaran sehingga ke Universiti.

- Bahawa : Siti mengatakan kepada kakaknya
bahawa perkara yang disampaikan oleh adiknya
itu adalah dusta.

Kata Hubung Pancangan Relatif :-

- Kata Hubung Pancangan Relatif ialah kata
hubung yang berfungsi untuk menghubungkan
klausa utama dengan klausa yang lain.

- Kata hubung pancangan relatif ini mempunyai satu
contoh sahaja iaitu YANG.

Contoh Ayat Kata Hubung Pancangan Relatif :-
- Darwis seorang pelajar yang pintar dan
berdedikasi.
- Baju yang baru sahaja dibeli oleh ibu itu sangat
cantik dan berkilau.
- Pemuda yang disaman itu akhirnya telah
membayar dendanya.
- Anak Encik Mursyid yang menuntut di Universiti
AL-AZHAR akan mula mengajar di madrasah
kampung sebelah pada minggu hadapan.

Kata Hubung Pancangan Komplemen :-

- Kata Hubung Pancangan Komplemen ialah kata
hubung yang berfungsi untuk menghubungkan
klausa utama dengan komplemen atau pelengkap.

- Kata Hubung Pancangan Komplemen ini hanya
mempunyai satu contoh sahaja iaitu BAHAWA.

Contoh Ayat Kata Hubung Pancangan Komplemen:-
- Pengetua sekolah itu menyatakan bahawa kadar
kelulusan pelajar telah meningkat.
- Mereka telah berikrar bahawa perjuangan
menentang musuh akan tetap diteruskan.
- Para pelajar harus sentiasa ingat bahawa kejayaan
dalam peperiksaan banyak menentukan masa depan
mereka.

- Pengerusi persatuan itu telah menerangkan bahawa
kenaikan harga minyak masak telah menjejas
ekonomi masyarakat.

Kata Hubung Pancangan Keterangn :-

- Kata Hubung Pancangan Keterangan ialah kata
hubung yang berfungsi untuk menghubungkan
Klausa utama dengan klausa yang menjadi
keterangan.

Contoh Ayat Kata Hubung Pancangan Ketengaran :-
- Penduduk kampung itu akan berpindah sebab
hendak memberi laluan kepada pembangunan
negara.
- Persembahan itu akan dibatalkan sekiranya
sambutannya dingin.
- Kami akan mendakwanya ke mahkamah kalau dia
berterusan membuat tuduhan palsu itu.

Anak ayat atau ayat kecil yang menjadi keterangan
kepada ayat induk (ayat utama) ini boleh digolongkan
kepada :-

1- Keterangan Waktu

- Contoh Keterangan Waktu :- ( sesudah , setelah
sebelum, sehabis, sejak, ketika , tatkala, sewaktu,
sementara, selama, sehingga , sampai )

2- Keterangan Syarat

- Contoh Keterangan Syarat :- ( jika, jikalau, kalau,
asal, asalkan, manakala, andaikata, sekiranya )

3- Keterangan Akibat

- Contoh Keterangan Akibat :- ( hingga , sehingga )

4- Keterangan Sebab
- Contoh Keterangan Sebab :- ( sebab, lantaran, oleh

sebab , kerana )

5- Keterangan Perbandingan
- Contoh Keterangan Perbandingan :- ( seperti,

macam, ibarat, baik, bagai, bagaikan, laksana,
umpama, seumpama, sekan-akan, seolah-olah,
sebagaimana.

6- Keterangan Harapan
- Contoh Keterangan Harapan :- ( supaya, agar,

semoga, moga-moga, kalau-kalau )

7- Keterangan Tujuan
- Contoh Keterangan Tujuan :- ( untuk, demi, bagi )

8- Keterangan Pertentangan

- Contoh Keterangan Pertentangan :- ( walaupun,
biarpun, namun, kendatipun, sungguhpun,
meskipun, sekalipun, walau, sedangkan,
bagaimanapun )

9- Keterangan Cara
- Contoh Keterangan Cara :- ( dengan )

Kata Hubung Berpasangan :-

- Kata Hubung Berpasangan ialah kata hubung
yang selalunya ade dalam berpasangan dan
merupakan gabungan kata hubung pancangan dan
kata hubung gabungan.

Contoh Kata Hubung Berpasangan :-

- ( Baik…mahupun, baik…baik, bukan
sahaja…malah, entah…entah, jangan…pun,
kian…kian, sama ada…ataupun,
sedangkan…inikah pula, semakin…semakin,
sungguhpun…tetapi, walaupun…namun )

Contoh Ayat Kata Hubung Berpasangan :-

- Entah…entah : jangan lekas percaya pada janjinya,

entah betul entah tidak.
- Kian…kian : Kian lama kian banyak banyak orang

yang mengunjungi ke sana.
- Walaupun…namun : walaupun cacat namun guan

masih lagi meneruskan usahanya untuk mencapai

cita-citanya.
- Sungguhpun…tetapi : sungguhpun badnnya

gemuk tetapi dia kuat berlari.


Click to View FlipBook Version