SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI 2
81750 MASAI, JOHOR
BUKU SKRAP GEOGRAFI TINGKATAN 1, 2021
TAJUK :
BENTUK MUKA BUMI DI THAILAND & SALIRAN DI
ASIA TENGGARA
NAMA AHLI KUMPULAN : NURQAISARA ELYSHA (KETUA)
: AINATHUL
: DAMIA DARWISYA SYAURAH
: TATIA TALAM
: IZAD DAFI
KELAS : 1 HIKMAH
NAMA GURU : PN NOR AZLINA BINTI MUHAMMAD
BENTUK MUKA BUMI DI
THAILAND
Negara Thailand merupakan sebuah negara yang terletak di tengah semenanjung
Indochina di Asia Tenggara dengan jumlah keluasan 513,120 km persegi.
Thailand merupakan negara yang ke-50 terbesar dari segi keluasannya. Ia
bersempadan dengan Myanmar di barat laut, Laos dan Kemboja di timur, Teluk
Thailand dan Malaysia di selatan , dan Laut Andaman di barat. Sempadan
lautnya termasuk Vietnam di tenggara dalam Teluk Thailand dan Indonesia dan
India di barat daya dalam Laut Andaman. Ibu negara dan bandar terbesarnya
adalah Bangkok. Dengan kira-kira 69 juta orang, Thailand merupakan negara ke-
20 paling ramai penduduk di dunia.
Peta : Thailand
Bentuk muka bumi Thailand terdiri daripada pinggir laut , tanah pamah dan
tanah tinggi. Antara bentuk muka bumi yang terdapat di Thailand ialah :-
Pinggir laut
Thailand di kelilingi oleh Laut China Selatan yang mana merupakan kawasan
pentas sunda yang mempunyai kedalaman laut yang cetek. Pentas sunda ini
penting untuk kegiatan perikanan, perlombongan dan perlancongan. Contoh
tempat perlancongan yang terkenal di Thailand ialah Phuket.
Gambar : Tempat Perlancongan Di Phuket
Tanah pamah
Thailand terletak di kawasan delta dan lembah-lembah sungai. Kawasan ini
mempunyai tanah yang subur yang sesuai untuk pertanian seperti penanaman
padi. Oleh kerana itu kawasan ini sangat padat penduduknya. Sebagai contoh
kawasan tanah pamah di Thailand adalah Lembah Chao Phraya.
Gambar : Penanaman Padi dan Peta Thailand
Tanah Tinggi
• Tanah tinggi di Asia Tenggara terdiri daripada gunung lipat muda
dan gunung lipat tua.
• Banjaran tinggi berpunca dari Banjaran Himalaya di utara dan
menganjur ke Asia Tenggara bermula di Banjaran Arakan Yoma ,
Myanmar.
• Banjaran-banjaran lain seperti Banjaran Annam di Vietnam, Banjaran
Bilauktaung di Thailand dan Banjaran Crocker di Malaysia.
Gambar : Banjaran-banjaran di Asia
Gambar : Banjaran Bilauktaung
SUNGAI YANG TERDAPAT DI
THAILAND
Sungai Menam Chao Phraya
• Sungai yang terpenting dan terpanjang di Thailand.
• Dengan panjangnya 372 km , lurus dan deras di hulu.
• Hulu Sungai Chao Phraya iaitu Sungai Ping dan Sungai Nam.
• Sungai ini mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Siam di selatan.
• Menam Chao Phraya membentuk dataran Mendap dan delta yang luas.
Kepentingan Sungai di Thailand
• Sungai ini merupakan jalan pengangkutan utama di Thailand.
• Tanih aluviumnya sangat subur untuk pelbagai jenis tanaman seperti padi,
tembakau dan jut .
• Bandar raya Bangkok terkenal dengan Pasar Apung sehingga di beri nama
jolokan ‘Venice Timur’.
• Sungai ini juga penting untuk mengangkut penumpang, dan barangan
pukal seperti kayu balak hasil pertanian dan hasil perlombongan.
• Air yang cetek di sepanjang pinggir selatan menyumbang kepada sektor
pelancongan.
• Perisir timur Teluk Thailand merupakan pusat perindustrian Thailand
dengan perlabuhan air utama negara di Sattahip.
• Laem Chabang adalah pelabuhan perdagangan yang tersibuk di Thailand.
• Sungai Menam Chao Phraya diempangan adalah untuk penjanaan kuasa
hidroelektrik. Contohnya di Empangan Chainat dan Empangan Yan Hee
Gambar : Sungai Chao Pharya
Gambar : Pasar Apung Di Thailand
PERBANDINGAN KEPENTINGAN SUNGAI CHAO PHRAYA DI
THAILAND DENGAN SUNGAI RAJANG DAN SUNGAI
KINABATANGAN DI MALAYSIA
Foto : Kepentingan Menom Chao Phraya Di Thailand
Foto : Kepentingan Sungai Di Malaysia