The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amyliafelicia.07, 2022-06-13 23:55:36

Pengaruh budaya luar dalam masyarakat pada hari ini semakin membimbangkan.

EBOOK KUMPULAN 5

PENGARUH BUDAYA
LUAR DALAM

MASYARAKAT PADA
HARI INI SEMAKIN
MEMBIMBANGKAN

MPU23042 - Nilai Masyarakat
Malaysia

Disediakan Oleh:
Kumpulan 5

MEM PERKENAL KAN

AHLI KUMPULAN

5

AMYLIA FELICIA ANAK JEMCY

20DSK21F1029

AUDREY NIGA ANAK GERUNSIN

20DSK21F1033

SWRELNA ANAK LACTERI

20DSK21F1802

BATA ANAK LIMPING

20DSK21F1032

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 4

OBJEKTIF 5

PENGENALAN 6

FAKTOR PENGARUH BUDAYA
LUAR DALAM MASYARAKAT 7 - 13

KESAN PENGARUH BUDAYA 14 - 19
LUAR

CARA MENGATASI MASALAH 20 - 25

ISU KERATAN AKHBAR 26 - 30
KESIMPULAN 31

RUJUKAN 32

SINOPSIS 33

LAMPIRAN 34

PENGHRGAAN

Segala puji dan rasa syukur kepada Tuhan, atas
limpahan rahmatNya jualah dapat kami
menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Nilai
Masyarakat Malaysia (MPU 23042) dengan ini
dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini kami amat
berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima
kasih kepada Puan Farah Hanan, selaku Pensyarah
bagi matapelajaran Nilai Masyarakat Malaysia
kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan
beliau kepada kami melunaskan tugasan yang
diberikan.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam
usaha membantu menyempurnakan tugasan ini
terutamanya kepada pensyarah kami Puan Farah
Hanan atas budi bicara dalam mamberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu,
kami juga turut berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan kami kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan Kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini
dengan jayanya.

Akhir sekali, ucapan ini ditujukan kepada semua
pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah
kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan
mereka semua, tugasan ini mungkin tidak dapat
dilaksanakan dengan baik.

04

OBJEKTIF

·Mengenalpasti apakah budaya luar yang
dipengaruhi oleh remaja-remaja pada masa kini.
·Mengkaji punca-punca terjadinya perkara yang
dapat merosakkan minda remaja-remaja.
·Mengkaji kesan atau impak yang berlaku
sekiranya tiada batasan dalam diri remaja masa
kini.
·Menyelesaikan cara-cara untuk membendung
pengaruh budaya luar di Malaysia.

05

PENGENALAN

Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara
kita pada masa akan datang. Pelbagai harapan diletakkan agar
mereka berupaya menjadi individu yang berguna serta mampu
menyumbang kearah kesejahteraan negara secara keseluruhnnya.
Namun pada realitinya, sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula
menaruh kebimbangan tentang berbagai gejala sosial yang
melanda remaja dan seterusnya meruntuhkan akhlak anak-anak
remaja masa kini. Hal ini kerana, terlalu banyak diperkatakan isu
yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja.

Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk sosial tidak
seharusnya merupakan satu petunjuk atas kelemahan masyarakat
untuk membudayakan pembangunan secara positif yang
berteraskan prinsip dan nilai-nilai kemanusiaan serta agama.
Sama ada disedari atau tidak, perkembangan gelaja-gejala sosial
ini semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari berbagai
cerita yang memaparkan tentang pelbagai masalah yang dilakukan
oleh remaja baik itu kecil mahupun besar. Ini turut
menggambarkan betapa seriusnya fenomena ini dan langkah-
langkah sewajarnya perlu diambil bagi membendung masalah ini
dari terus menjadi barah dalam masyarakat Malaysia.
Menurut Abu Mardhiyyah (2012), menyatakan pengaruh barat
secara umumnya boleh didefinisikan sebagai Gerakan pembaratan
dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara
yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara
itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai,
memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan
asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukkan
keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan
identiti diri mereka. Ini kerana mereka akan menghayati budaya
dan cara hidup barat dalam kehidupannya.
Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa pengaruh budaya
luar adalah segala budaya yang datang dari barat termasuk negara
Eropah yang merosakkan. Hal ini kerana ianya bertentangan
dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada
agama msyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja
merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan
akidahnya menjadi goyah. Misalnya pengaruh seks bebas,
homoseksual, black metal, black metal, punk, hedonism, skin head
dan sebagainya.

06

5 faktor
pengaruh budaya

luar

07

1.Kurang didikan agama daripada ibu bapa

Ibu bapa kini tidak memberikan didkan agama yang
secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka


menyedari bahawa didikan agama yang sempurna

dapat dijadikan pendoman hidup. Mereka lebih
memetingkan soal ekonomi dan

memetingkankerjaya mereka. Hal ini menyebabkan,
pengetahuan agama anak-anak mereka agak cetek
dan tidak dapat membezakan mengenai perkara
baik dan mahupun buruk. Anak-anak yang kurang

didikan agama lebih gemar menghabiskan masa
mereka dengan melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah seperti perjudian, menghabiskan masa di
pusat permainan video ataupun lebih dikenali siber

cafe.


08

2. Terpengaruh dengan rakan sebaya

Rakan sebaya juga turut menjadi punca kurangnya penghayatan
dalam agama terutamanya dalam kalangan remaja. Malah remaja kini
meluangkan masa dengan rakan berbanding dengan keluarga. Hal ini

menyebabkan, remaja terlalu mempercayai rakan sehingga sanggup
melakukan apa sahaja tanpa memikirkan akibat dan kesan daripada

perbuatan tersebut. Remaja juga perlulah pandai memilih rakan
kerana rakan yang baik akan mendorong mereka untuk ke arah

kebaikan.

09

3. Pengaruh negatif media elektronik
dan media sosial

Masyarakat cenderung untuk melakukan perkara yang pernah
didengari atau dilihat di media massa kerana mereka

mempunyai naluri ingin mencuba. Remaka perlulah menilai
kebaikan dan keburukkan sesuatu perkara yang diperoleh
daripada media massa. Keseronokkan pengaruh media sosial

seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Wechat
membutakan mata masyarakat kita terhadap ilmu agama.
Mereka lebih gemar menghadap media-media elektronik
canggih seperti telefon pintar sehingga lupa akan tuntutan
agama masing-masing. Penyalahgunaan media-media tersebut
menyebabkan mereka mudah terpesong dari ajaran agama

yang akhirnya memberi kesan negatif kepada mereka.

10

4. Kurang dorongan agama dalam diri

Apabila seseorang itu meningkat dewasa, tanggungjawab
terhadap dirinya kian bertambah. Hal ini memberi kesan
kepada kehidupan diri seseorang terutamanya dalam hal

menjaga kebajikan diri sendiri. Setiap individu
memerlukan dorongan dan sokongan daripada orang-
orang di sisinya untuk terus mendekatkan diri dengan
ilmu agama. Tanpa dorongan yang kuat, usaha untuk
menutut ilmu agama hanyalah sekadar “ hangat-hangat
tahi ayam sahaja”. Dorongan ini perlu supaya setiap
individu tidak cepat lupa akan bertanggungjawab sebagai

penuntut agama.

11

5. Penyebaran budaya barat

Budaya negatif dari barat telah menjadi ikutan
masyarakat sekarang. terutamanya generasi muda.
Budaya ini membawa kepada kekeliruan indentiti,
kekurangan nilai dan runtuhnya akhlak. Antara contoh
budaya luar menjadi ikutan muda-mudi sekarang ialah
punk, blackmetal, fesyen-fesyen barat dan budaya

hedonisme. Contohnya:



·Punk
Budaya punk telah mula sejak 1970-an dan ia menjadi
popular di ibu kota negara-negara besar seperti New
York dan London. Budaya ini merupakan sub-budaya
daripada muzik rock yang pada asalnya berunsurkan

politik berhaluan kiri. Namun, budaya ini telah
berkembang menjadi satu budaya yang dapat
didefinisikan melalui fesyen, muzik, kelakuan dan
dikaitkan dengan kegelapan dan berunsurkan
pemberontakan. Pengikut punk mempunyai personaliti
yang berbeza dan aneh dan dapat dilihat dari segi
pemakaian dan kelakuan mereka. Mereka memakai
pakaian serba hitam, berseluar ketat dan gaya rambut
mengikut potongan Mohawk yang diwarnakan dengan
pelbagai warna. Dari segi kelakuan, mereka sering
bertindak ganas, suka memberontak dan agresif.




12

·Blackmental
Blackmental ialah kumpulan muzik yang mengadakan
persembahan seperti orang kurang orang siuman dengan
menggunakan kata-kata yang sukar difahami, berunsuran
lucah dan berpakaian seperti hantu serta lirik-lirik lagu yang
mempunyai unsur-unsur pemujaan iblis dan roh. Kumpulan
Blackmental ini mempunyai simbol mereka iaitu berbentuk
tatu salib terbaik yang dibuat daripada gurisan duit syiling
yang tersendiri sebagai pengenalan mereka ke dalam
kumpulan tersebut. Selain daripada itu juga ahli yang
menyertai kumpulan ini dikenakan syarat iaitu memakai
pakaian serba hitam, membakar duit syiling 50 sen lalu
digariskan di dagu dan mengenakan tatu bintang berbucu lima.
Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud seperti dewa,
syaitan manusia, tuhan serta alam ghaib dana lam nyata. Bucu
bintang itu juga bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.



·Hedonisme
Hedonisme ialah perkataan Greek iaitu “hedone” yang
bermaksud keseronokan, kelazatan dan kegembiraan. Mereka
yang mendokong pegangan ini beranggapan bahawa
kesengangan dan kenikmatan ialah tujuan utama dalam
kehidupan mereka. Budaya hesonisme membawa maksud gaya
hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata.
Mereka sanggup meninggalkan pegangan agama semata-mata
untuk mencapai keseronokan dan menolak segala bentuk
penderitaan, kesakitan, dan kepayahan. kehidupan mereka
hanya melibatkan hiburan seperti karaoke, konsert, parti dan
sebagainya.




13

5 KESAN PENGARUH

Budaya Luar

DALAM
MASYARAKAT

14

BAHASA YANG Umpamanya di kedai
makan dan di tempat
KURANG
SOPAN awam kita biasa
mendengar mereka
bergurau sesama

rakan sebaya dengan

Bila sebut Bahasa kurang mengucapkan

sopan, tergambar perkataan perkataan seperti
kotor, mencarut dan ayat- bodoh, sial, babi,
ayat maki hamun yang keluar
daripada percakapan mampus, anjing,
seseorang atau tulisan sundal, “shit” dan
mereka di media sosial. Bagi sebagainya tanpa
mereka yang diajar sejak menghiraukan orang
kecil mengamalkan Bahasa lain yang
yang baik dan beradab, mendengarnya. Lebih
mungkin kurang senang jika meghairankan ramai
ada yang berkomunikasi dalam kalangan
dengan Bahasa yang kurang remaja beranggapan
sopan dan tidak beradab. perkataan–perkatan
Namun sejak akhir-akhir ini itu adalah satu bentuk

ramai yang seakan selesa komunikasi yang
berkomunikasi menggunakan dilafazkan pada
Bahasa yang kurang sopan
dan tidak berhemah di kawan-kawan rapat
tempat awam, dan media sahaja dan ianya
sosial. Ia seolah-olah trend sekadar bergurau dan
komunikasi masa kini. sebagai satu bentuk
“mesra rakan”.

Penggunaan ayat-ayat dan
perkataan yang kurang sopan
dan tidak berhemah ini
semakin berleluasa menjadi
perbualan santai dalam
kalangan masyarakat
khususnya di kalangan
remaja pada masa kini. Ia
seakan diterima pakai dalam
masyarakat bila perkataan
yang kurang sopan itu
menjadi biasa dalam
perbualan harian atau ketika
bergurau.

15

KERUNTUHAN Tambah
AKHLAK membingungkan
GOLONGAN dan merisaukan
REMAJA DAN adalah kelahiran
MAHASISWA satu filem yang
berpotensi untuk
Keruntuhan akhlak merosakkan
golongan remaja dan pegangan agama
mahasiswa sudah sekian generasi muda.
lama dibincangkan,
namun masalahnya
tetap tidak selesai. Oleh
itu, perkara ini perlu
dipandang serius,
kerana apabila generasi
muda sudah rosak
akhlaknya, maka
dikhuatiri negara
kerugian sumber
manusia dan seterusnya
mengganggu-gugat
kestabilan dalam
negara.

Tambahan lagi, apabila
generasi muda di negara
ini sudah cukup banyak
dihidangkan dengan
rancangan dan aktiviti
hiburan, sehingga
mengakibatkan mereka
hilang idealism
perjuangan dan hilang
kepedulian sosialnya.

16

PENGARUH Mereka semakin
BUDAYA banyak pilihan
dan pendedahan
BARAT DALAM dalaman atau
luaran
PERKAHWINAN menyebabkan

Menyentuh kepada mereka tidak
perkembangan dan terikat dengan
perubahan sosio-budaya, amalan-amalan
banyak perubahan yang tradisi malah
berlaku dalam adat lebih bersikap

istiadat perkahwinan individualistic.

Melayu dari masa ke
semasa. Perubahan
disesuaikan dengan
kehendak masyarakat
kerana hanya mereka
yang boleh menentukan
corak budaya mereka
sendiri. Faktor lain
seperti ekonomi atau
politik mungkin
memainkan peranan
terhadap perubahan itu
tetapi perkembangan
teknologi memberi kesan
yang lebih besar
berbanding faktor-faktor
lain. Budaya tradisional
makin terhakis kerana
pemodenanisasi dan
kemunculan masyarakat
urban.

17

KEMUSNAHAN Ini adalah
KELUARGA berkaitan dengan
kadar perceraian

Di antara permasalahan yang begitu tinggi
kekeluargaan yang berbanding kadar
timbul seperti tiada lagi pasangan yang

perasaan kasih sayang masih kekal
sesama ahli keluarga,
hamil luar nikah, sebagai suami
kesibukan ibubapa
bekerja, ibu sewaan dan isteri setelah
pelbagainya lagi masalah menjalani proses
perkahwinan.

keluargaan. Antara yang
lebih mengejutkan lagi
adalah wujudnya
perkahwinan dengan
kaum sejenis dan yang
menentang konsep
perkahwinan di mana
mereka lebih suka hidup
Bersama tanpa
mempunyai ikatan
perkahwinan yang sah.
Institusi kekeluargaan di
Amerika menuju kearah
kehancuran. Ini telah pun
ditunjukkan di awal
pembinaan institusi
kekeluargaan lagi, di
mana permulaan
perkahwinan telah jelas
tandanya.

18

DARI SEGI Ibu bapa
PEMAKAIAN sepatutnya
menunjukkan
Remaja yang contoh pemakaian
meniru pakaian yang sesuai dan
budaya luar akan menutup aurat
dipandang rendah kepada anak-anak
terhadap orang mereka dari
disekelilingnya peringkat awal
dan tidak akan lagi supaya isu
dihormati oleh mengenai budaya
orang lain. Dalam luar dalam
agama Islam bagi peniruan pakaian
perempuan wajib yang menjolok
untuk mereka mata kepada
menutup aurat masyarakat
dari kepala hingga disekeliling dapat
ke hujung kaki dikurangkan.
kecuali muka dan
tapak tangan.
Manakala bagi
lelaki pula wajib
menutup aurat
mereka dari pusat
hingga ke lutut.

19

5 CARA
MENGATASI CABARAN

20

I
Antara cara untuk mengatasi pengaruh N
budaya luar dalam masyarakat pada hari ini D
haruslah dimulakan dengan diri kita sendiri. I
Perkara yang boleh kita lakukan untuk V
mengatasi pengaruh budaya luar ialah I
berpegang teguh kepada ajaran agama supaya D
tidak melakukan perkara yang bertentangan U
dengan ajaran agama. Oleh sebab itu, kita
haruslah menghayati dan mempraktik setiap 21
ajaran yang diajar oleh agama kita supaya kita
tidak mudah goyah dengan pengaruh budaya
luar yang boleh merosakkan diri kita sendiri.
Hal ini demikian kerana kita mestilah
berwaspada dengan semua ringkah laku dan
Tindakan yang dilakukan supaya tidak mudah
terjebak dengan pengaruh budaya luar yang
boleh mendatangkan keburukkan kepada diri
sendiri. Intinya, sebelum kita membuat
keputusan kita haruslah memikirkan akibat
yang akan datang jika kita mengikuti
pengaruh budaya luar.

IBU BAPA


Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat
penting untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak
mereka dalam usaha membentuk sahsiah bahkan juga menghindari
mereka daripada gejala sosial. Ilmu pengetahuan amat pentinq
kepada anak-anak mereka melalui ilmu, anak-anak akan dapat
membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Oleh
itu, ibu bapa perlulah memberikan secukupnya ilmu pengetahuan
yang sedia ada dalam membentuk sahsiah anak-anak. Cara yang
paling mudah adalah dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Hal
ini amat wajib kepada ibu bapa agar anak-anak mereka dicurahkan
ilmu yang berguna kepada mereka satu hari nanti. Selain itu, ibu
bapa perlu mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka.
Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa berhubung dengan guru-guru di
sekolah untuk pengetahuan lanjut. Cara yang lain boleh dilakukan
oleh ibu bapa adalah dengan membawa mereka ke pameran buku.
Melalui pendekatan ini, anak-anak mampu belajar dengan kondusif
bersama-sama ibu bapa mereka. Semestinya, ibu bapa berperanan
menyediakan sumber intelek kepada anak- anak mereka dalam
membentuk sahsiah anak-anak mereka.

22

MEDIA MASSA

Media massa adalah salah satu platform digital
yang menyebarkan pengaruh budaya luar secara
berleluasa pada masa kini. Antara cara untuk
menangani pengaruh budaya luar daripada terus
mempengaruhi masyarakat di Malaysia ialah
pihak produksi haruslah mengelak daripada
menulis atau menyiarkan filem atau drama
bersiri berunsur budaya luar yang tidak beretika
seperti perbalahan antara agama, keganasan dan
adengan tidak senonoh yang tidak layak ditonton
oleh semua lapisan umur. Hal ini kerana perkara
ini boleh menjatuhkan maruah dan identiti
rakyat Malaysia. Dengan itu, pihak media boleh
meningkatkan lagi kebolehan dan bakat dengan
menyiarkan program atau filem yang lebih
berfaedah dan dapat memberi manfaat kepada
masyarakat pada masa kini.

23

Pada masa yang sama, kita sebagai ahli masyarakat
seharusnya sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada
orang sekeliling kita. Pengaruh orang sekeliling seperti rakan
sekerja, keluarga atau rakan sekolah memberi impak kepada
perlakuan seseorang individu itu. Jika baik pengaruh
sekelilingnya maka baiklah tingkah laku mereka dalam
menghadapi liku-liku kehidupan. Tetapi jika orang sekeliling
kita memberi pengaruh negatif maka buruklah implikasinya
kelak kepada diri dan masyarakat terutamanya. Persis kata
mutiara, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Maka, masyarakat konvensional ini perlu berubah menjadi
inteligensia dalam memastikan nilai kehidupan kita
bertambah baik dan membuang perlakuan negatif dalam diri
dan masyarakat. Prakarsa ini boleh dijayakan juga dengan
input daripada media massa dan kerajaan kerana pengaruh
mereka dalam membuka mata dan pandangan hati setiap ahli
masyarakat.

MASYARAKAT

24

KERAJAAN



Pihak kerajaan juga memainkan peranan yang sangat
penting untuk mengatasi pengaruh budaya luar yang
membimbangkan pada masa kini. Antara usaha yang
dapat diambil oleh pihak kerajaan adalah mengadakan
kempen kesedaran tentang keburukkan pengaruh
budaya luar. Selain itu, pihak keraja boleh mengambil
Tindakan dengan menyekat laman web yang
mengadungi unsur budaya luar yang tidak seharusnya
rakyat contohi. Oleh itu, program dan aktivit yang
menjerumuskan masyarakat kita dengan budaya luar
yang negatif seperti festival LGBT, konsert black
mental dan sebagainya harus dibenteras dengan cepat.

25

ISU MINDA ORANG MUDA
DIJAJAH BUDAYA ASING




Kecanggihan teknologi pada masa kini meningkatkan
proses ancaman penjajahan dalam bentuk baharu,
terutamanya pemikiran dan budaya. Menurut
pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Dr.
Haslina Muhamad berkata, generasi muda
terutamanya memang banyak menghabiskan masa
dengan gajet dan juga internet.

Berdasarkan penyelidikan menunjukkan bahawa
anak muda generasi kini amat meminati budaya
masyarakat Korea tidak kira sama ada gaya hidup,
pemakaian, makanan dan Bahasa. Malahan, tingkah
laku mereka menuju kearah budaya korea. Inilah
yang dimaksudkan dengan penjajahan minda.

Disebabkan kelalaian ini amalan nilai-nilai norma yang
diamalkan oleh masyarakat semakin pudar.
Sebenarnya tidak salah untuk generasi muda

membuka minda mereka dengan mempelajari budaya
atau bahasa asing, namun usahlah terlalu obses dan

terpengaruh.

26

·ISU MELAMAR BUDAYA BARAT



Budaya melamar yang ditunjukkan oleh artis semasa
program tv dimana budaya melamar yang memperlihatkan
lelaki melutut sambil menghulurkan cincin bukanlah
sebahagian daripada ajaran Islam. Justeru perilaku ini
bersamaan dengan peradaban Barat yang amat
bertentangan dengan masyarakat di negara kita. Trend
melamar secara terbuka merupakan budaya yang tidak
wajar dicontohi oleh umat islam.

27

• ISU YANG MEMENTINGKAN KESERONOKAN
DALAM HIDUP

Budaya hedonisme ini lantasnya harus dibanteras kerana ia
dapat melalaikan masyarakat khususnya golongan muda
dengan keseronokan yang berlebihan. Hal ini demikian

menunjukkan bahawa kelalaian berseronok secara berlebihan
dapat menjauhkan diri daripada tuhan. Justeru itu, Budaya
hedonisme ini dapat meruntuhkan akhlak masyarakat hanya
kerana mereka tidak mempunyai motivasi dan prinsip yang

kukuh untuk hidup tetapi lebih kepada mengejar keseronokan.

28

• ISU CLUBBING

Aktiviti clubbing atau kelab malam merupakakn salah
satu daripada aktiviti yang dipengaruhi oleh masyarakat

negara kita dengan budaya barat Istilah clubbing
diertikan sebagai satu dunia malam yang penuh dengan

kebebasan.Jadi, faktor yang mempengaruhi aktiviti
clubbing termasuklah kurang pengawasan ibu bapa
terhadap anak-anak. Pengaruh rakan sebaya ataupun

dipaksa.

29

• ISU PEMAKAIAN

Antara pengaruh budaya yang menjadi ikutan remaja

atau belia kini adalah budaya pemakaian yang tidak

mencerminkan masyarakat ketimuran.Ini banyak dilihat

pada busana atau corak pakaian yang menjolok mata

bagi wanita atau lelaki.Kebanyakan gaya fesyen kini lebih

menonjol bentuk badan pemakaian





30

KESIMPULAN

Konklusinya, Malaysia yang merupakan negara yang
indah di mata dunia serta mempunyai masyarakat
yang berbilang kaum akan kelihatan buruk sekiranya
gejala sosial dalam kalangan masyarakat mash belum
dibendung, bak kata pepatah Melayu "kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga". Oleh itu, peranan semua
pihak harus dimainkan terutamanya peranan ibu bapa
kerana merekalah yang mencorak keperibadian
golongan muda kotemporari ini kerana " bagaimana
acuan begitulah kuihnya". Anak-anak dibaratkan kain
putih yang perlu dicorakkan dengan sempurna agar
kelihatan cantik dan elok dipandang mata. Kita
janganlah menunding jari dan bersikap pasif dalam hal
ini kerana semua pihak turut serta dalam membentuk
sahsiah anak-anak muda. Mahukah kita melihat dunia
ini sarat dengan kemusnahan dan kegelapan akibat
ketidakprihatinan kita? Semestinya "tidak" jawapan
kita. Maka, bersama-sama ah kita berganding bahu
menyahut cabaran dengan mengemblengkan tenaga
membentuk sahsiah anak-anak muda agar mereka
membawa kegemilangan negara di mata dunia satu
hari nanti.

31

RUJUKAN

https://suthes2818.blogspot.com/
https://ashhwinidevi.blogspot.com/2017/09/dub2
012-nilai-masyarakat-malaysia-tajuk.html
https://www.sinarharian.com.my/article/57798/K
HAS/Pendapat/Bahasa-kurang-sopan-ubah-cara-
komunikasi-remaja-masa-kini
https://suthes2818.blogspot.com/
https://ashhwinidevi.blogspot.com/2017/09/dub2
012-nilai-masyarakat-malaysia-tajuk.html
https://www.kosmo.com.my/2021/08/31/minda-
orang-muda-dijajah-budaya-asing/
https://www.sinarharian.com.my/article/171112/B
ERITA/Nasional/Isu-LGBT-bukan-berpunca-
pengaruh-Barat-semata-mata
https://www.utusan.com.my/rencana/surat-
pembaca/2021/01/jangan-ikut-budaya-barat/
https://www.malaysiakini.com/letters/81514
http://studentsrepo.um.edu.my/973/5/BAB4.pdf

32

SINOPSIS

Ebook ini menceritakan tentang pengaruh
budaya luar yang telah melalaikan golongan

masyarakat di negara kita terutamanya
golongan

muda hingga melupakan
asal usul budaya negara sendiri kerana

dipengaruhi dengan budaya luar.

33

LAMPIRAN

34

SOALAN
PENGUKUHAN!!

1.Adakah KPOP merupakan pengaruh budaya
luar yang banyak mempengaruhi golongan
muda generasi kini? Huraikan.
2.Bagaimanakah peranan sebagai Rakyat
Malaysia menghalang perkara ini
daripada berlanjutan?

3.Adakah isu LGBT juga terdiri daripada
budaya luar?

35


Click to View FlipBook Version