SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA,16100 KOTA BHARU, KELANTAN
MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(TMK) BIL2/2021
Tarikh : 18 September 2021(Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Di rumah masing-masing secara Google Meet.
Kehadiran (Guru Besar/Pengerusi)
(PK Pentadbiran/Timbalan Pengerusi)
1. Encik Mulyadi bin Md Nawi (PK Hem/Naib Pengerusi 1)
2. Encik Shakri bin Yusof (PK Ko/Naib Pengerusi 2)
3. Encik Nik Isjahazuani bin Nik Ismaiddin (Ketua Panitia/Guru TMK Tahun 6)
4. Puan Hajjah Rusdaini binti Ismail (Setiausaha/Guru TMK Tahun 6)
5. Encik Mohd Adlan bin Abdullah
6. Puan Azlina binti Yusuff
Tidak hadir
Tiada
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat pada kali ini diadakan melalui pendekatan
yang berbeza disebabkan pandemik yang melanda Negara Malaysia iaitu melalui GOOGLE
MEET.
1.2 Beliau mengalu-alukan kehadiran semua guru semoga semuanya sihat dan dirahmati Allah
selalu. Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam
menyertai mesyurat PanitiaTeknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kali kedua 2021.
Tindakan : Semua guru TMK
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Encik Mohd Adlan mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan.Disokong oleh Puan
Azlina.
Tindakan: Makluman
3.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada
4.0 KANDUNGAN MESYUARAT
4.1 Pdp dalam tempoh PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP)
4.1.1 Pengerusi memaklumkan kepada guru-guru TMK bahawa disebabkan pandemik yang
melanda Negara, kaedah pembelajaran dan pengajaran kita berubah daripada bersemuka
kepada online (maya)
4.1.2 Walaubagaimanapun semua guru TMK perlu mengunakan kreativiti mereka dalam
melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin bagi memastikan
anak-anak didik mendapat ilmu yang sepatutnya sepanjang tempoh PKP ini.
4.1.3 Pengerusi menyatakan seperti yang semua sedia maklum guru-guru TMK boleh
menggunakan kaedah yang dirasakan sesuai dalam merealisasikan PdPc maya ini berdasarkan
pengalaman dan kemahiran guru.
4.1.4 Pengerusi juga mengingatkan agar guru perlu peka akan kekangan ibubapa seperti
ketidakmampuan untuk menyediakan kemudahan gajet elektronik untuk setiap anak dan juga
faktor keterbatasan data internet mahupun liputan internet yang lemah di kawasan rumah
mereka.
4.1.5 Pengerusi juga mengingatkan agar guru-guru perlu telah menghabiskan slibus sebelum
takwim persekolahan 2021 berakhir di samping memberi atau membina soalan berkaitan tajuk
sebagai latiahan ulangkaji.
Tindakan: semua Guru TMK
4.2 Program di bawah panitia TMK
4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahaawa program panitia akan diteruskan secara maya iaitu
Pertandingan membina video multimedia dengan tujuan mencungkil kreativiti murid, dan
memotivasi murid untuk melibatkan diri dalam pdpr.
Tindakan: semua Guru TMK
4.3 Pentaksiran Bilik Darjah(PBD)
4.3.1 Pengerusi mengingatkan semua guru TMK agar pentaksiran PBD hendaklah dilaksanakan
sepanjang tempoh PKP ini.
4.3.2 Cara dan kaedah yang hendak dilaksanakan terpulang kepada pertimbangan guru.
4.3.3 Antara kaedah yang boleh diguna pakai untuk dijadikan Pentaksiran PBD ialah
4.3.3.1 Memberikan latihan mudah kepada murid
4.3.3.2 Memberikan tugasan mudah bersesuaian dengan tajuk
4.3.3.3 Membuat kuiz
Tindakan: semua Guru TMK
5.0 Hal-hal lain
5.1 Pengerusi mengingatkan agar guru sentiasa menyemak dan memantau hasil kerja murid
yang telah diberikan dalam masa PKP.
Tindakan: semua guru TMK.
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN /PENUTUP
Pengerusi mengharap semua guru komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dan
komited dalam bekerja bersama ke arah mencapai prestasi murid yang lebih baik.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
……………………………………….. …………………………………………
(PUAN AZLINA BINTI YUSUFF) (ENCIK ADLAN BIN ABDULLAH)
Setiausaha Panitia TMK
SK Pengkalan Chepa Ketua Panitia TMK
SK Pengkalan Chepa
SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA
16100 KOTA BHARU KELANTAN
TEL : 097736704 FAX : 067739972
Ruj. Kami : ()
Tarikh : 16 September 2021
Ke Majlis,
AJK Panitia TMK,
Sek. Keb. Pengkalan Chepa
Tuan/Puan,
MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KALI
KEDUA 2021.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat sebagaimana berikut :
Tarikh : 18 September 2021
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Rumah masing- masing melalui google meet.
3. Agenda mesyuarat adalah sebagaimana berikut :-
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Perkara yang dibincangkan:-
4.1 PdPR dalam tempoh PKP
4.2 Program Panitia
4.3 PBD
5. Hal-hal lain.
6. Ucapan Penangguhan
4. Di atas kerjasama yang diberikan, didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menjalankan amanah,
……………………………………………………
(MULYADI BIN MD NAWI)
Guru Besar
SK Pengkalan Chepa
s.k PKP,PK HEM,PK KO,Fail