The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3062 - PENULISAN BUKU LOG KRS (NURULHUDA AMIRAH MOHD RAFI BK 3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hudawesome, 2021-09-11 08:01:20

MPU3062 - PENULISAN BUKU LOG KRS (NURULHUDA AMIRAH MOHD RAFI BK 3)

MPU3062 - PENULISAN BUKU LOG KRS (NURULHUDA AMIRAH MOHD RAFI BK 3)

4. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
4.1. Pengenalan
❖ Merupakan sukan rekreasi yang memerlukan imbangan antara koordinasi fizikal dan

mental dengan baik . peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke
satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompasa yang
diberikan yang telah ditandakan di atas peta dan ditentukan di permukaan bumi mengikut
susunan tertentu
❖ Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan
gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari
harta karun. Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan di
sampingan menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri

4.2. Rasional
❖ Menyediakan satu arahan tetap pengurusan aktiviti yang seragam, efektif dan mesra

pengguna bagi semua Pusat Kokurikulum di seluruh Malaysia

4.3. Objektif
❖ Mewujudkan perngurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut

prosedur yang ditetapkan
❖ Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap
❖ Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti

4.5. Perkara yang perlu dilakukan sebelum melakukan aktiviti :
a) Memohon Kebenaran
❖ Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan

mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan
kita.

51

b) Laporkan
❖ Melaporkan mengenai aktivti ini kepada balai polis ataupun renjer taman yang bertugas

ditempat anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa anda akan melakukan
aktiviti perkhemahan di dalam kawasan mereka
❖ Ini kerana untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun
melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya berlakunya hal yang tidak diingini

4.6. Terminologi dan Alatan
a) Titik kawalan (control point)
❖ Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta yang perlu dilawati oleh peserta
❖ Ianya merupakan ciri ciri muka bumi atau ciri ciri buatan manusia yang jelas
❖ Titik kawalan bukanlah “checkpoint” kerana ia tiada penjaga dititik

b) Penanda Kawalan
❖ Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul
❖ Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda

yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10 meter)
❖ Mempunyai kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik

c) Kad kawalan
❖ Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara

sebagai bahan bukti atau pengesahan
❖ Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia

petak-petak ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti
❖ Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa

penamat

d) Peta Utama
❖ Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan
❖ Landasan ini disediakan oleh Perancang Landasan

52

e) Keterangan kawalan
❖ Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan
❖ Butir- butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan

mengenai kedudukan titik kawalan
❖ Diperingkar anatarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ getapi dalam

bentuk kod/gambar rajah

f) Landasan
❖ Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan

lain hingga ke penamat
❖ Landasan ini akan dilukis di atas pera utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya
❖ Tanda yang berkenaan landasan adalah titik permulaan yang ditandakan dengan tiga segi
❖ Titik kawalan dengan tanda bulatan
❖ Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih
❖ ‘leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan

g) Kompas
❖ untuk menentukan arah
❖ dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutam
❖ kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat

h) Kompas Bearing Sudut 16
❖ Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah

i) Kompas Mata Angin
❖ Berpandukan empat mata angina yang utama
❖ Perkara-perkara penting semasa guna kompas
❖ Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) abagi memastikan arah yang betul

dan tepat

53

❖ Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala kea rah yang
hendak dituju dengan mudah. Misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau batu besar
yang berada di persekitaran

j) Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta :

❖ letakkan peta di atas permukaan yang rata
❖ tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya misalnya A dan B
❖ lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan ini dapat dilakukan dengan melukis

garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred berhampiran
❖ sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus
❖ gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengikut arah pusingan

jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut

k) Aktiviti penggunaan kompas dalam KRS

❖ Mengenal arah mata angin
❖ Mencari arah mata angin
❖ Mencari arah kiblat
❖ Praktikal mencari bearing (arah mata angin)
❖ Latihan di kawasan sekolah
❖ Menggunakan peta
❖ Merintis hutan menggunakan kompas
❖ Pertandingan mencari bearing di hutan
❖ Mencari harta karun
❖ Aktiviti orienteering atau pandu arah

l) Peta

❖ Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang
dilihat dari udara

❖ Peta ialah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan
❖ Mempunyai tajuk, konto, skala, petunjuk, garisan melaras dank od warna yang akan

memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan

54

Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan
angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan
penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca
dan hari yang terang.
❖ Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timurke
barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke
utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya
ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.

55

PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 3 TARIKH :7 JULAI 2021

TAJUK : KHIDMAT KESUKARELAWANAN, SIMPULAN DAN ASAS KAWAD KAKI

LOKASI : DALAM TALIAN

JURULATIH : EN. NIK AHMAD ZAIDI BIN ISMAIL
EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH

KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAIE BIN KHAIRUL IDZHAR

KEKUATAN ANGGOTA : 65 ANGGOTA

MASA AKTIVITI CATATAN
08:00 – 09:00 Pagi Khidmat Kesukarelawan

09:00 – 10:00 Pagi Simpulan

10:00- 11:00 Pagi Ikatan
11:00 – 12: 00 Tengahari Asas Kawad Kaki

56

LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 3 HARI : RABU
TARIKH : 7 JULAI 2021

TAJUK : KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
1. KHIDMAT KESUKARELAWAN

1.1 Definisi

❖ Perkataan ‘kesukarelaan’ bermaksud ‘sikap sukarela’ ataupun dengan kehendak
sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak

❖ Mereka yang melakukan sesuatu dengan sukarela dipanggil ‘sukarelawan’ bagi
lelaki dan ‘sukarelawati’ bagi perempuan

❖ Melaksanakan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah,
dengan niat yang ikhlas dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan atau
balasan kepada diri sendiri

❖ Biasanya beronsepkan gotong-royong

1.2 Matlamat

❖ Melahirkan masayarakat yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan berlumba-
lumba melakukan kerja.

1.3 Objektif

❖ Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masayarakat serta
aktif dalam aktiviti kemasayarakatan

❖ Mengukuhkan ikatan persaudaraan kekeluargaan dan mengeratkan hubungan
kemasyarakatan antara lapisan masayarakat

❖ Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai
anggota masayarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam
kehidupan seharian

57

1.4 Khidmat

❖ Mengeraikan ikatan silaturahim sesama pelajar
❖ Menanam sifat penyayang
❖ Memupuk semangat kerjasama
❖ Hormat-menghormati antara pelajar dengan masyarakat
❖ Menyediakan pelajar sebagai golongan yang aktif dalam masyarakat
❖ Mengurangkan jurang perbezaan antara warga tua dan muda

1.5 Bentuk-bentuk

❖ Berkongsi idea atau fikiran
❖ Meluangkan masa
❖ Ilmu pengetahuan
❖ Kebolehan atau kemahiran
❖ Menyumbang tenaga fizikal
❖ Pengalaman atau kearifan

1.6 Sasaran

❖ Individu
❖ Kumpulan kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa bencana alam, remaja, warga tua,

pelarian perang dan lain-lain.
❖ Keluarga
❖ Komuniti
❖ Pertubuhan organisasi
❖ Masyarakat umum

1.7 Kaedah

❖ Khidmat nasihat
❖ Bimbingan
❖ Kaunseling
❖ Motivasi atau rangsangan
❖ Gotong-royong

58

❖ Kerja berkumpulan
❖ Pelbagai terapi dan proses pemulihan

59

2. SIMPULAN & IKATAN

2.1 Pengenalan
❖ Simpulan dan Ikatan telah digunakan sejak berabad lamanya . Di dalam kehidupan
seharian, peserta menggunakan tali sepanjang masa, tempat dan keadaan .
❖ Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang bendera, menara dan
sebagainya .
❖ Pertandingan ikatan & simpulan akan mendidik peserta yang berpengetahuan,
berkemahiran serta dapat mengaplikasikan ikatan dan simpulan yang
diaplikasikan di dalam kehidupan seharian .

2.2 Jenis Ikatan dan Simpulan
❖ Buku Sila
- Untuk menyambung dua hujung tali yang mempunyai sama saiz.

❖ Simpulan Pencuri
- Untuk mengikat bungkusan dan bimbang orang lain membuka bungkusan
tersebut.

❖ Bunga Geti
- Menyambungkan dua tali yang berlainan jenis atau saiz.

❖ Tindih Kasih
- Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut binatang dan
sebagainya.

❖ Simpul Manok
- Untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang, khemah,
botol dan sebagainya.

❖ Simpul Belit Lucut
- Untuk mengikat bot atau binatang (kuda) supaya boleh dibuka dengan
pantas.
- Boleh juga digunakan untuk turun dari poko menggunakan tali.

60

❖ Sheep Shank
- Untuk memendekkan tali tanpa perlu memotong tali tersebut.
- Untuk menegangkan tali tanpa perlu membuka ikatan di bahagian hujung
tali.

❖ Simpulan Pengail / Simpul Himpit
- Untuk menyambungkan dua tali halus (tali tangsi).

❖ Lilit 2 Simpul / Simpul Belit
- Untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang, pokok dan
sebagainya.

❖ Lilit Balak
- Ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol
kayu.

❖ Slip (Running) Knot
- Mudah menggerakkan ikatan ke bahagian lain pada kayu/pancang.

❖ Ikatan Silang Gunting
- Untuk membuat gajet dan menyambung kayu

❖ Ikatan Seraya
- Untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.

❖ Ikatan Serong
- Untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya.

❖ Ikatan Silang Tungku
- untuk membuat gajet dan menyambung kayu.

2.3 Objektif
❖ Melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran di dalam asas
ikatan dan simpulan
❖ Memupuk semangat kerjasama antara rakan sepasukan

61

3. ASAS KAWAD KAKI
❖ Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan
❖ Kawad bertujuan untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin
yang tinggi, cergas dan taat perintah

3.1 Elemen Kawad Kaki
❖ Kawad statik
❖ Kawad dinamik
❖ Kawad asas
❖ Kawad formasi
❖ Kawalan kehormat

3.2 Elemen Kawad Kaki terbahagi kepada 3 tahap
❖ Tahap 1 (kawad statik + kawad dinamik )
❖ Tahap 2 (kawad asas + kawad formasi)
❖ Tahap 3 (kawalan kehormat)

Jadikan tiga barisan
Hukuman : Skuad masuk baris
Kesalahan Biasa :
-datang beratur
-tidak berlari
-bercakap-cakap
-barisan terlalu jauh atau terlalu rapat dengan jurulatih

Paras
Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan…..paras / Yang
tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan……paras

62

Nombor
Hukuman : Skuad ! Dari kanan…. Nombor !
Hukuman : Nombor Ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke
belakang…. Gerak
Hukuman : Orang Kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, Nombor genap ke kiri.
Barisan kanan dan kiri…. Pusing
Hukuman : Jadikan tiga barisan….Cepat jalan
Hukuman : ke kanan lurus

Kesalahan Biasa
❖ -tidak bilang nombor dengan cepat
❖ -menyebut nombor dengan suara yang perlahan
❖ -lupa nombor masing-masing

Sedia
Hukuman : skuad, skuad…..sedia

Kesalahan Biasa
-kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan
-berdiri tidak tegap dan mata bergerak
-kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat
-tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan
-belakang tangan menghala ke hadapan
-badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata
-tidak memandanf 200m ke hadapan
-semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi

Rehatkan Diri
Hukuman : Rehatkan….diri

Kesalahan Biasa :
-kedua-dua tapak kaki bergerak menggeliat dan bercakap-cakap

63

Membetulkan Barisan
Hukuman : ke kanan……lurus
Pandang……depan

Kesalahan Biasa :
❖ Kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa
mengambil lurus
❖ Pinggang lemah semasa kaki bergerak
❖ Badan dan kepala tidak tegal
❖ Siku bengkok
❖ Turun tangan dengan lambat

Buka dan Tutup Barisan
Hukuman : buka barisan…..gerak
Tutup barisan…..gerak

Kesalahan Biasa :
-kedua-dua badan tidak rapat ke badan
-tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang
-tangan dan bahu bergerak
-mata pandang ke bawah
-badan tidak tegak

Berpusing
Hukuman ; Bergerak ke kanan, kanan…..pusing
Bergerak ke kiri,kiri……pusing
Menghadap ke belakang,belakang……pusing
Menghadap ke hadapan,belakang……pusing
Bergerak ke kiri,belakang…….pusing
Bergerak ke kanan,belakang….pusing
Menghadap ke belakang,kanan/kiri….pusing
Menghadap ke hadapan,kanan/kiri….pusing

64

Kesalahan Biasa :
-badan berlonjak semasa berpusing
-tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing
-tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing
-kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki
-keberatan badan di atas kaki belakang
-menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang
-membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang

Bersurai dan keluar baris
Hukuman : Ber…..surau
Hukuman : Keluar…..baris

Kesalahan Biasa
-besurai tanpa memberi hotmat kepada ketua dalam baris

Berjalan Jarak langkah (ukuran dari tumit ke tumit)
❖ Perlahan dan cepat jalan – setiap satu langkah 30 inci
❖ Pendekkan langkah –setiap satu langkah 22 inci
❖ Berlari –setiap satu langkah 40 inci

Masa Berjalan
❖ perlahan jalan –65 langkah dalam satu minit
❖ cepat jalan –120 langkah dalam seminit
❖ cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih
❖ berlari—180 langkah dalam satu minit

Cepat Jalan
Hukuman : Skuad, dari kanan/kiri ……cepat jalan

Ingatan :
-Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hingga ke hujung tangan, tingginya
separas bahu

65

-langkah itu ialah dari pangkal peha hingga ke kaki

Kesalahan Biasa :
-lutus kendur
-Lenggang tidak kurus
-hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit
-pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret
tumit
-apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik
tangan juga tidak sama

Berhenti
Hukuman : skuad, skuad……henti

Kesalahan Biasa :
-bergoyang selepas berhenti
-badan yidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti
-lurus,jarak,bersetentangan tidak betul selepas berhenti
-turun tangan terlalu lambat
-mengangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan

Pusing ke belakang
Hukuman : bergerak ke kanan / kiri, ke belakang……pusing

Kesalahan Biasa :
-lutut bengkok semasa pusing
-membiarkan tangan berayun-ayun
-tidak mengangkat kaki cukup tinggi
-pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan

Tukar Langkah (cepat jalan)
Hukuman : tukar langkah semasa berjlan . tukar langkah (ikut keperluan)

Kesalahan Biasa :

66

-melenggangkan bahu dan tangan
-tidak membongkokkan lutut
-tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga (semasa hentak kaki sahaja)
Hukuman : tukar langkah
Kesalahan Biasa :
-badan seolah-olah menggeliat
-terlalu pantas
Hormat semasa berjalan
ke kanan hormat
Hukuman : hormat, hormat ke kanan……hormat hadapan hormat
Hukuman :hormat, hormat ke hadapan…..hormat
Kesalahan Biasa :
-melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan

67

PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 4 TARIKH : 14 JULAI 2021

TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS, PENGURUSAN DAN PERSIAPAN
PERKHEMAHAN & KONSEP PENGLIBATAN

LOKASI : DALAM TALIAN

JURULATIH : EN. NIK AHMAD ZAIDI BIN ISMAIL
EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH

KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAIE BIN KHAIRUL IDZHAR

KEKUATAN ANGGOTA : 65 ANGGOTA

MASA AKTIVITI CATATAN
08:00 – 10:00 Pagi KULIAH
10:00- 12:00 Tegahari Asas Pertolongan Cemas

Pengurusan dan Persiapan
Perkhemahan

- Konsep
- Penglibatan
- Sijil
- Tujuan Perkhemahan

68

LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 4 HARI : RABU
TARIKH : 14 JULAI 2021

TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS, PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
& KONSEP PENGLIBATAN

1. ASAS PERTOLONGAN CEMAS

1.1 Pengertian Pertolongan dan Kecemasan

❖ Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa
yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat
di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat
rawaran perubatan yang sempurna

❖ Maksud Kecemasan :
Sesuatu situasi kritikal yang boleh mengancam nyawa jika tidak diberi rawatan segera,
kesakitan mangsa menjadi lebih serius, lebih mudarat dan mungkin menyebabkan
kematian

1.2 Objektif

❖ Menyelamat nyawa
❖ Mengelak mangsa cedera lebih serius
❖ Mengurangkan kesakitan

1.3 Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas

❖ Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan
❖ Longgarkan pakaian jika perlu
❖ Hentikan Darah jika berdarah
❖ Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit
❖ Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu
❖ Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskan berhubung dengan

doktor di klinik atau rumah sakit yang terdekat

69

1.4 Anduh dan Balutan
❖ Anduh bermaksud ampu atau ambin iaitu sejenis kain yang digunakan untuk mengampu

anggota badan yang cedera
❖ Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan

cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain
anduh yang baik berukuran satu meter

1.5 Kegunaan kain anduh
❖ Mengampu bahagia yang cedera atau patah
❖ Mengehentikan pendarahan
❖ Menetapkan bahagian yang cedera
❖ Dapat digunakak sebagai pengipas
❖ Menutup tempat yang luka atau cedera
❖ Digunakan sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais)

Anduh kecil (small sling)
❖ Mengampu kecederaan di bahagian bahu
❖ Mengampu tulang klavikal yang ccedera
❖ Mengampu anggota atas yang cedera
Anduh leher dan tangan (collar and cuff sling)
❖ Mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal

70

1.6 Pembalut atau balutan
❖ Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan

pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungsi sebagai pembalut
dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungsi sebagai
pembantu dan pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan
ditutup dengan pembalut untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman

1.7 Jenis pembalut atau balutan
❖ Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu, mengipas dan

pengikat gelung cincin
❖ Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiral dan

balutan padi

1.8 Tujuan dan Fungsi Pembalut
❖ Melindungi luka daripada dijangkiti kuman
❖ Melindingu luka dari terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh
❖ Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan
❖ Mengurangkan kesakitan
❖ Mencegah dan menghisap kotoran seperti darah, nanah dan serum

1.9 Peraturan membalut luka
❖ Bersihkan tangan terlebih dahulu
❖ Digalakkan memakai sarung tangan
❖ Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut luka . saiz

kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka
❖ Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan dan

pembalutan
❖ Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka

71

1.10 Luka dan Pendarahan
❖ Luka terjadi disebabkan pecahnya di bahagian dalam kulit selepas sesuatu kecederaan
❖ Luka terbahagi kepada dua iaitu :

1. Luka Terbuka
-Pengaliran darah daripada luka melalui kulit
a) Luka Terhiris
-Darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan amat
sukar untuk bercantum semula
b) Luka Terkoyak
-Aliran darah kurang kerana saluran pembuluh darah terkoyak dan akan lebih cepat
bercantum. Darah beku akan kelihatan mengenangi pinggir-pinggir luka yang tercarik dan
senang tercemar .
c) Luka Tusukan
-Luka dalaman yang serius. Senang terdedah kepada jangkitan kerana kuman yang
terbawa bersama kedalaman luka itu .
d) Calar Balar
-Kelihatan biru kehitaman kerana darah terkumpul di bawah kulit. Hanya saluran bawah
kulit telah pecah disebabkan terjatuh, tergelincir, hentakan atau berlaga. Kehitaman
mata/lebam juga termasuk calar balar .

72

2.Luka Tertutup
❖ Pendarahan hanya akan berlaku di dalam tubuh dan boleh menyebabkan kesakitan dan

renjatan. Kadang kala darah mungkin keluar melalui hidung, mulut, telinga, najis, air
kencing ataupun muntah. Kadang kala kelihatan lebam da nada kalanya tanda luaran
langsung tidak kelihatan

1.11 Menghentikan Pendarahan
❖ Jika darah hilang terlalu banyak (tumpahan darah ) dari tubuh, pesakit mungkin akan mati.

Pembebatan digunakan untuk menutup luka bagi menghentikan pendarahan dan
mengelakkan luka daripada tercemar
❖ Jika pecah salur nadi, darah akan keluar memancur. Jika pecah pembuluh, darah akan
keluar meleleh.

73

1.12 Perkara Yang Perlu Dilakukan
❖ Basuh tangan anda sebelum dan selepas memberikan bantuan. Jika ada, gunakan

sarung tangan. Selesakan dan yakinkan peesakit
❖ Bersihkan luka daripada kekotoran
❖ Hentikan pengaliran darah dengan menekan kemas atas luka. Letakkan kain bebat

sucihama (sterile dressing) yang tebal dan tekan kemas kemas selama 10 minit. Seboleh-
bolehnya terlentangkan pesakiot. Jangan gunakan pelapik basah di atas luka yang
terbuka
❖ Tinggikan bahagian yang cedera. Jika darah masih mengalir meresapi pada pembebatan
pertama, tambahkan selapis lagi kain bebat tanpa mengalihkan kain bebat yang pertama
tadi .
❖ Luka tusukan perlu menggunakan pelapik cincin. Jangan buang benda asing pada luka
❖ Elakkan jari terkena bahagian pelapik bagi menjauhkan daripada dihinggapi kuman

1.13 Definisi CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation)
❖ Satu tindakan bantuan awal memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan

menggunakan teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan bantuan hembusan
pernafasan

1.13 Protokol CPR
❖ D – Danger (Bahaya)
❖ R – Response (tindak balas)
❖ A-- Airways (saluran pernafasan)
❖ B – Breathing (pernafasan)
❖ C – Circulation (peredaran darah)
❖ DANGER
❖ Periksa kawasan persekitaran sama ada selamat dan anda boleh menyelamat, gunakan

peralatan keselamatan diri dan pastikan tiada sebarang bahaya yang boleh
mencederakan diri anda ataupun mangsa. Alihkan mangsa ke tempat rata dank eras

74

RESPONSE
❖ Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti tahap kesedaran mansa, panggil nama (jika

tahu) atau ‘Encik…encik kenapa ni ?”. jika tiada reakse aktifkan “EMS” untuk mangsa

AIRWAYS
❖ Guna kaedah “HEAD TILT CHIN LEFT”. Angkat dagu dongakkan kepala bagi membuka

saluran pernafasan
❖ Gunakan kaedah “JAW TRUST”. Bagi mangsa kemalangan yang teruk
❖ L : Look (melihat) Pergerakan turun naik dada
❖ L : Listen (mendengar) dengusan mangsa
❖ F : Feel (merasa) merasa hembusan dari mulut

BREATHING
❖ Jika mangsa tak bernafas, berikan 2 hembusan pernafasan dari mulut ke mulut. Jika dada

tak naik posisikan semula kepada mangsa
❖ Pastikan hidung dipicit semasa membuat hembusan dan lepaskan picitan ketikan selang

hembusan
❖ Periksan nadi mangsa dengan meletakkan 2 jari pada nadi carotid selama 5 saatb

CIRCULATION
❖ Jika tiada nadi mulakan tekanan di atas dada dengan menggunakan kedua- dua tangan.

Kekuatan tekanan adalah melalui bahu

RECOVERY POSITION
❖ Jika mangsa tersedar atau menunjukkan tanda tanda pernafasan telah pulih, alihkan

mangsa pada posisi pemulihan

BANTUAN PERNAFASAN (BAYI)
❖ 20 kali dalam seminit
❖ 1 hembusan setiap 3 saat

75

KADAR TEKANAN DADA (BAYI)
❖ 30 teknanan 2 hembusan
❖ 5 pusingan 1 kitaran
❖ 150 tekanan 10 hembusan
❖ 1/3 inci hingga ½ inci kedalaman tekanan
❖ Kaedah 2 jari

76

PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 5 TARIKH : 21 JULAI 2021

TAJUK : PENGURUSAN PERKHEMAHAN

LOKASI : DALAM TALIAN

JURULATIH : EN. NIK AHMAD ZAIDI BIN ISMAIL
EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH

KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAIE BIN KHAIRUL IDZHAR

KEKUATAN ANGGOTA : 65 ANGGOTA

MASA AKTIVITI CATATAN
08:00 – 11:00 Pagi KULIAH
Pengurusan dan Persiapan
11:00-12:00 Tengahari Perkhemahan

- Jenis Perkhemahan
- Perancangan dan

persiapan awal
- Pemilihan tempat
- Aspek Keselamtan
- Kemudahan Asas
- Pemeriksaan Pagi
- Surat-menyurat
- Kuarter Master
- Laporan dan refleksi

Orientasi Kurikulum
Sekolah Rendah
-Kurikulum Unit Beruniform
- Perancangan Program

77

LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 5 HARI : RABU
TARIKH : 21 JULAI 2020

TAJUK : ASPEK PENGURUSAN PERKHEMAHAN
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
Konsep
❖ Perkhemahan sehari atau day camp merupakan aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan

dalam tempoh satu hari misalnya bermula pada sebelah pagi dan berakhir pada hari yang
sama . camping out pula melibatkan aktiviti perkhemahan yang memerlukan peserta
bermalam di tempat perkhemahan untuk beberapa malam. Residential camp atau
summer camp pula merupakan perkhemahan untuk tempoh masa yang panjang serta
boleh berlangsung selama beberapa bulan. Terdapat tiga aspek langkah pengurusan
perkhemahan iaitu sebelum, semasa dan selepas perkhemahan yang wajar dirancang
dan dijadikan panduan supaya perjalanan pengurusan menjadi lancar

a) Membentuk organisasi perkhemahan

❖ Organisasi perkhemahan terdiri daripada jawatankuasa yang akan memainkan peranan
dalam melancarkan setiap tugasan

❖ Jawatankuasa terdiri daripada jawatankuasa induk, jawatankuasa kerja atau pelaksana
serta barisan jurulatih dan pembimbing

b) Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja Kursu atau Program
Perkhemahan, Antara Perbincangan dalam mesyuarat termasuklah :

❖ Mengesahkan pelantikan ahli jawtankuasa
❖ Mengenal pasti jurulatih, pembimbing dan pengiring
❖ Menentukan senarai tugas setiap Ahli Jawatankuasa termasuklah Penyelaras

Kursus/Program, Pengiring, Pembimbing dan jurulatih
❖ Menentukan tarikh
❖ Menentukan kumpulan dan bilangan sasaran/peserta
❖ Memastikan nisbah guru/pensyarah dan murid/pelajar/siswa guru menepati peraturan
❖ Menentukan tarikh dan bilangan yang sesuai
❖ Tentatif lokasi perkhemahan

78

❖ Tentatif aturcara jadual program perkhemahan
❖ Tentatif tetamu kehormat yang akan hadir semasa waktu perasmian
c) Cara pergerakan ke tapak perkhemahan
❖ Tempahan bas (jika diadakan di luar)
❖ Bilangan bas yang perlu disewa (mengikut bilangan peserta)
❖ Kos sewaan bas
❖ Kos perbelanjaan keseluruhan (sebelum,semasa dan selepas aktiviti) serta cara kutipan
d) Permohonan kelulusan dan permit penganjuran perkhemahan
❖ Isu isu yang berkaitan
❖ Menyiapkan senarai nama petugas dan peserta perkhemahan
❖ Menentukan kadar kos perbelanjaan untuk menganjurkan perkhemahan
❖ Wang masuk
❖ Wang keluar

e) Menyiapkan jadual perkhemahan
Jadual meliputi :
❖ Bilangan hari
❖ Masa perjalanan pergi dan perjalanan balik
❖ Pengisian program
❖ Waktu solat, waktu rehat. Dan waktu makan (termasuk menu makan)
❖ Pengurusan diri
❖ Aktiviti/kerja masa lapang
❖ Hal-hal berkaitan

79

2. 2 Penglibatan
❖ Jawatankuasa Induk terdiri daripada :

Penaung : Penaja/PPD/JPN/
Pengetua:Penasihat
Pengerusi: GPK 1
Naib Pengerusi : GPK HEM
Setiausaha : Penyelaras Ko-kurikulum
Penolong Setiausaha : Penyelaras Pasukan Pakaian Seragam
Bendahari : Guru Pembimbing/ Penasihat
Ahli Jawatankuasa : Guru-Guru Penasihat/ Pembimbing atau wakil agensi yang dilantik
oleh pengetua

❖ Ahli Jawatankuasa Kerja terdiri daripada :
Pengerusi : GPK 1
Naib pengerusi : GPK HEM
Setiausaha : Penyelaras Ko-kurikulum
Komandan : Ketua Penyelaras PPS/ Dilantik
Penolong Komandan Kem : Penolong Penyelaras PPS/Dilantik

80

2.3 Perancangan dan Persiapan Awal
Perancangan
❖ Penyediaan kertas kerja
❖ Kertas kerja mestilah mengandungi beberapa perkara penting supaya perancangan

program lebih jelas diketahui oleh pihak pentadbiran iaitu :
❖ Tajuk
❖ Tarikh
❖ Matlamat
❖ Objektif
❖ Plan tindakan
❖ Pengisian program
❖ Sumber tenaga
❖ Sumber kewangan
❖ Kawalan
❖ Penilaian

Persiapan awal

❖ Tinjauan perlu dilakukan sebelum program dijalankan
❖ Banyak faktor yang perlu diberi perhatian seperti
❖ Kesesuaian tempat
❖ Keselamatan kawasan
❖ Sumber air dan makanan
❖ Sistem perhubungan
❖ Surat menyurat
❖ Surat surat untuk dalaman seperti permohonoan kelulusan program kepada pengetua,

pelantik jawatankuasa, permohonan peralatan dan sebagainya
❖ Surat surat kepada berbagai pihak luar seperti pengurusan perkhemahan, polis, hospital

dan lain lain lagi
❖ Sumber kewangan
❖ Kutipan dari ahli atau tajaan mana mana pihak yang perlu dijelaskan
❖ Perancangan perbelanjaaan
❖ Perlu menyediakan satu senarai perancangan perbelanjaan seperti pembelian bahan

makanan, alatan dan sebagainya

81

2.4 Pemilihan Tempat

Mengenalpasti lokasi perkhemahan seperti :
❖ Keluasan kawasan perkhemahan dipilih menepati bilangan peserta perkhemahan serta

mampu menampung aktiviti perkhemahan seperti tapak perkhemahan, tempat
perhimpunan, latihan kulah, permainan dan kawasan untuk istirahat
❖ Memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk didiami dan beraktiviti
❖ Memilih kawasan yang menarik dan mempunyai nilai-nilai tertentu, umpamanya nilai
sejarah,seperti di kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang, beruas dan sebagainya
❖ Kawasan yang bebas daripada laluan angina kencang yang boleh mendatangkan bahaya
dan kecelakaan seperti pokok tumbang, khemah melayang atau runtuh dan
seumpamanya
❖ Kawasan yang tidak mempunya pokok tua, pokok mati atau dahan yang mudah serkah
atau patah untuk mengelakkan pokok atau dahan-dahan berkenaan menimpa khemah
❖ Kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila hujan
❖ Kawasan yang bebas daripada binatang liar atau orang orang jahat yang mungkin boleh
mengancam keselamatan jiwa dan harta benda
❖ Menentukan lokasi penempatan khemah, kemudahan asas dan keperluan-keperluan lain
berfungsi dengan baik sesuai untuk aktiviti perkhemahan seperti
❖ Surau
❖ Tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan
❖ Bekalan elektrik
❖ Bekalan air bersih
❖ Sistem komunikasi
❖ Memastikan keperluan logistic mencukupi dan berada dalam keadaan boleh digunakan
❖ Menempah lokasi perkhemahan

82

2.5 Faktor Pemilihan Tapak Perkhemahan
❖ Angin
❖ Pastikan kawasan ruang dipilih agak terlindung dari angina kencang. Elakkan mendirikan

khemah di kawasan terbuka

❖ Kecerunan
❖ Pastikan tidak mendirikan khemah di kawasan permatang dan tebing bukit untuk

mengelakkan kejadian tanah runtuh

❖ Punca Air
❖ Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih
❖ Air yang bersih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya

❖ Bentuk Muka Bumi
❖ Pastikan permukaan tanah adalah rata kerana ianya akan mengelakkan daripada

berlakunya air bertakung atau menjadi laluan air ketika hujan turun

2.6 Aspek Keselamatan

a) Antara perkara yang harus dilakukan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan ialah :
❖ Memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak perkhemahan
❖ Memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi, termasuklah :
❖ Tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami dan beraktiviti serta berkondisif
❖ Mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam
❖ Sistem pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan perkhemahan

b) Memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan
❖ Kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai
❖ Jangkitan penyakit
❖ Keracunan makanan
❖ Gigitan serangga berbisa
❖ Serangan binatang buas

83

c) Langkah-langkah Keselamatan Perkhemahan

❖ Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hamper dengan khemah
❖ Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah (khemah moden)
❖ Digalakkan makan dan minum diluar khemah bagi mengelakkan serangga dan binatang

memasuki khemah
❖ Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
❖ Pastikan khemah yang dipasang adalah selamat dan kukuh

2.7 Kemudahan Asas
❖ Surau
❖ Tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan
❖ Elektrik
❖ Air yang bersih
❖ Sistem komunikasi

2.8 Pemeriksaan Pagi

❖ Melakukan istiadat Pemeriksaan Pagi pada setiap pagi untuk memastikan peserta
perkhemahan dapat mencapai standard atau tahap perkhemahan

❖ Bermula pada jam 8 pagi
❖ Pemeriksaan akan dilakukan di kawasan khemah
❖ Pemeriksaan awal akan dilakukan bagi memastikan susun atur gajet kemas
❖ Pakaian mestilah tersusun di dalam khemah
❖ Memeriksa gajet yang dibuat dan kekemasan kedudukan gajet
❖ Pemantauan harus dilakukan untuk memastikan aktiviti aktivti yang lain turut dilaksanakan

sepanjang perkhemahan ini dijalankan seperti
❖ Membuat pemantauan agar jadual perkhemahan sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan

mengikut perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan
termasuklah mengadakan mesyuarat jurulatih pada setiap malam
❖ Menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti perkhemahan
yang telah dirancangkan
❖ Memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang dilaksnakan dapat dijalankan
dalam keadan selamat dan baik

84

2.9 Surat Menyurat

❖ Menyiapkan dan mengedarkan surat-surat kebenaran, surat-surat pemberitahuan dan
surat-suratperlantikan kepada pihak-pihak berkenaan termasuklah maklumab bertulis
kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Ibu
Pejabat Polis , Klinik Kesihatan dan organisasi yang lain, jika berkenaan

❖ Menurut (ENG) 2013, tujuan surat pemakluman adalah supaya semua pihak berkenaan
mengambil maklum tentang aktiviti yang dibuat selepas waktu persekolahan dan supaya
bantuan dapat dihulurkan dengan segera apabila diperlukan

❖ Menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan kesihatan murid
❖ Kebenaran daripada ibu bapa sangat penting kerana sekiranya berlaku perkara yang tidak

diingini, ibu bapa telah bersetuju membenarkan apa shaja yang akan dilakukan oleh guru
ke atas anak jagaan mereka
❖ Perakuan kesihatan juga penting untuk memastikan bahawa murid layak atau sebaliknya
untuk mengikuti sebarang aktiviti khususnya aktiviti yang lasak

❖ Surat perlantikan kepada guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih
yang terlibat, termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar

❖ Memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas dan peserta berada dalam keadaan
baik dan sihat bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti perkhemahan

❖ Menyiapkan buku program dan borang-borang yang diperlukan semasa aktiviti
perkhemahan dijalankan

❖ Memastikan sijil pernghargaan dan sijil penyertaan telah ditanda tangani oleh pihak-pihak
yang berkaitan, jika perlu siapkan hadiah dan cenderamata

❖ Memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta keperluan untuk aktiviti perkhemahan
mencukupi dan boleh digunakan

❖ Satu peralatan kumpulan dan individu boleh diberikan kepada peserta supaya mereka
berupaya membuat persediaan awal

❖ Peralatan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu
❖ Peralatan urus setia : diperlukan oleh para guru dan fasilitator yang terlibat bagi

menjayakan aktivti dayang dirancang demi kesejahteraan warga perkhemahan

85

❖ Peralatan kumpulan : perlu dibawa bersama oleh ahli-ahli dalam kumpulan untuk dikongsi
dalam kumpulan masing-masing

❖ Perlatan persendirian : untuk kegunaan persendirian peserta
❖ Memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam pengurusan perkhemahan, termasuk

guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih, termauk ibu bapa (jika
perlu)
❖ Memberi taklimat kepada semua peserta perkhemahan
❖ Menentukan semua prosedur perkhemahan dipatuhi
❖ Menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas aktiviti perkhemahan sebagai
rujukan kerja
2.10 Kuarter Master
❖ Pegawai tentera yang bertanggungjawab menguruskan tempat penginapan peralatan dan
bekalan makanan
❖ Memastikan senarai peralatan
❖ Memberi taklimat tentang cara membawa atau menggunakan peralatan
❖ Memastikan keadaan peralatan sepanjang dan selepas aktiviti
❖ Menyediakan menu makanan yang sesuai
❖ Kenalpasti murid yang mempunyai alahan atau penyakit
❖ Sediakan bahan kering dan basah agar mencukupi

86

PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 6 TARIKH : 26 JULAI 2021

TAJUK : ORIENTASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

LOKASI : DALAM TALIAN

JURULATIH : EN. NIK AHMAD ZAIDI BIN ISMAIL
EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH

KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAIE BIN KHAIRUL IDZHAR

KEKUATAN ANGGOTA : 65 ANGGOTA

MASA AKTIVITI CATATAN
08:00 – 12:00 Tengahari
KULIAH

Orientasi Kurikulum Sekolah

Rendah

- Kurikulum Unit Beruniform

- Perancangan Program

87

PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 9 TARIKH : 27 OGOS 2021

TAJUK : PENGURUSAN PERKHEMAHAN DAN PERSIAPAN AWAL

LOKASI : DALAM TALIAN

JURULATIH : EN. NIK AHMAD ZAIDI BIN ISMAIL
EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH

KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAIE BIN KHAIRUL IDZHAR

KEKUATAN ANGGOTA : 65 ANGGOTA

MASA AKTIVITI CATATAN
08:00 – 12:00 Tengahari KULIAH
Pengurusan dan Persiapan
Perkhemahan

- Jenis Perkhemahan
- Peracangan dan

persiapan awal
- Pemilihan tempat
- Aspek Keselamatan
- Kemudahan Asas
- Pemeriksaan Pagi
- Surat-menyurat

88

LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 9 HARI : RABU
TARIKH : 27 OGOS

TAJUK : ASPEK PENGURUSAN PERKHEMAHAN

Perancangan dan Persiapan Awal

Perancangan

❖ Penyediaan kertas kerja
❖ Kertas kerja mestilah mengandungi beberapa perkara penting supaya perancangan

program lebih jelas diketahui oleh pihak pentadbiran iaitu :
❖ Tajuk
❖ Tarikh
❖ Matlamat
❖ Objektif
❖ Plan tindakan
❖ Pengisian program
❖ Sumber tenaga
❖ Sumber kewangan
❖ Kawalan
❖ Penilaian

Persiapan awal

❖ Tinjauan perlu dilakukan sebelum program dijalankan
❖ Banyak faktor yang perlu diberi perhatian seperti
❖ Kesesuaian tempat
❖ Keselamatan kawasan
❖ Sumber air dan makanan
❖ Sistem perhubungan
❖ Surat menyurat
❖ Surat surat untuk dalaman seperti permohonoan kelulusan program kepada pengetua,

pelantik jawatankuasa, permohonan peralatan dan sebagainya
❖ Surat surat kepada berbagai pihak luar seperti pengurusan perkhemahan, polis, hospital

dan lain lain lagi

89

❖ Sumber kewangan
❖ Kutipan dari ahli atau tajaan mana mana pihak yang perlu dijelaskan
❖ Perancangan perbelanjaaan
❖ Perlu menyediakan satu senarai perancangan perbelanjaan seperti pembelian bahan

makanan, alatan dan sebagainya

3.5. Pemilihan Tempat

Mengenalpasti lokasi perkhemahan seperti :

❖ Keluasan kawasan perkhemahan dipilih menepati bilangan peserta perkhemahan serta
mampu menampung aktiviti perkhemahan seperti tapak perkhemahan, tempat
perhimpunan, latihan kulah, permainan dan kawasan untuk istirahat

❖ Memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk didiami dan beraktiviti
❖ Memilih kawasan yang menarik dan mempunyai nilai-nilai tertentu, umpamanya nilai

sejarah,seperti di kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang, beruas dan sebagainya
❖ Kawasan yang bebas daripada laluan angina kencang yang boleh mendatangkan bahaya

dan kecelakaan seperti pokok tumbang, khemah melayang atau runtuh dan
seumpamanya
❖ Kawasan yang tidak mempunya pokok tua, pokok mati atau dahan yang mudah serkah
atau patah untuk mengelakkan pokok atau dahan-dahan berkenaan menimpa khemah
❖ Kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila hujan
❖ Kawasan yang bebas daripada binatang liar atau orang orang jahat yang mungkin boleh
mengancam keselamatan jiwa dan harta benda
❖ Menentukan lokasi penempatan khemah, kemudahan asas dan keperluan-keperluan lain
berfungsi dengan baik sesuai untuk aktiviti perkhemahan seperti
❖ Surau
❖ Tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan
❖ Bekalan elektrik
❖ Bekalan air bersih
❖ Sistem komunikasi
❖ Memastikan keperluan logistic mencukupi dan berada dalam keadaan boleh digunakan
❖ Menempah lokasi perkhemahan

90

3.6. Faktor Pemilihan Tapak Perkhemahan
❖ Angin
❖ Pastikan kawasan ruang dipilih agak terlindung dari angina kencang. Elakkan mendirikan

khemah di kawasan terbuka

❖ Kecerunan
❖ Pastikan tidak mendirikan khemah di kawasan permatang dan tebing bukit untuk

mengelakkan kejadian tanah runtuh

❖ Punca Air
❖ Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih
❖ Air yang bersih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya

❖ Bentuk Muka Bumi
❖ Pastikan permukaan tanah adalah rata kerana ianya akan mengelakkan daripada

berlakunya air bertakung atau menjadi laluan air ketika hujan turun

3.6. Aspek Keselamatan

Antara perkara yang harus dilakukan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan ialah :

❖ Memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak perkhemahan
❖ Memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi, termasuklah :
❖ Tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami dan beraktiviti serta berkondisif
❖ Mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam
❖ Sistem pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan perkhemahan

Memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan :

❖ Kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai
❖ Jangkitan penyakit
❖ Keracunan makanan
❖ Gigitan serangga berbisa
❖ Serangan binatang buas

91

Langkah-langkah Keselamatan Perkhemahan

❖ Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hamper dengan khemah
❖ Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah (khemah moden)
❖ Digalakkan makan dan minum diluar khemah bagi mengelakkan serangga dan binatang

memasuki khemah
❖ Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
❖ Pastikan khemah yang dipasang adalah selamat dan kukuh

3.7. Kemudahan Asas
❖ Surau
❖ Tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan
❖ Elektrik
❖ Air yang bersih
❖ Sistem komunikasi

3.8. Pemeriksaan Pagi

❖ Melakukan istiadat Pemeriksaan Pagi pada setiap pagi untuk memastikan peserta
perkhemahan dapat mencapai standard atau tahap perkhemahan

❖ Bermula pada jam 8 pagi
❖ Pemeriksaan akan dilakukan di kawasan khemah
❖ Pemeriksaan awal akan dilakukan bagi memastikan susun atur gajet kemas
❖ Pakaian mestilah tersusun di dalam khemah
❖ Memeriksa gajet yang dibuat dan kekemasan kedudukan gajet
❖ Pemantauan harus dilakukan untuk memastikan aktiviti aktivti yang lain turut dilaksanakan

sepanjang perkhemahan ini dijalankan seperti
❖ Membuat pemantauan agar jadual perkhemahan sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan

mengikut perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan
termasuklah mengadakan mesyuarat jurulatih pada setiap malam
❖ Menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti perkhemahan
yang telah dirancangkan
❖ Memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang dilaksnakan dapat dijalankan
dalam keadan selamat dan baik

92

3.9. Surat Menyurat

❖ Menyiapkan dan mengedarkan surat-surat kebenaran, surat-surat pemberitahuan dan
surat-suratperlantikan kepada pihak-pihak berkenaan termasuklah maklumab bertulis
kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Ibu
Pejabat Polis , Klinik Kesihatan dan organisasi yang lain, jika berkenaan

❖ Menurut (ENG) 2013, tujuan surat pemakluman adalah supaya semua pihak berkenaan
mengambil maklum tentang aktiviti yang dibuat selepas waktu persekolahan dan supaya
bantuan dapat dihulurkan dengan segera apabila diperlukan

❖ Menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan kesihatan murid
❖ Kebenaran daripada ibu bapa sangat penting kerana sekiranya berlaku perkara yang tidak

diingini, ibu bapa telah bersetuju membenarkan apa shaja yang akan dilakukan oleh guru
ke atas anak jagaan mereka
❖ Perakuan kesihatan juga penting untuk memastikan bahawa murid layak atau sebaliknya
untuk mengikuti sebarang aktiviti khususnya aktiviti yang lasak

❖ Surat perlantikan kepada guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih
yang terlibat, termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar

❖ Memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas dan peserta berada dalam keadaan
baik dan sihat bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti perkhemahan

❖ Menyiapkan buku program dan borang-borang yang diperlukan semasa aktiviti
perkhemahan dijalankan

❖ Memastikan sijil pernghargaan dan sijil penyertaan telah ditanda tangani oleh pihak-pihak
yang berkaitan, jika perlu siapkan hadiah dan cenderamata

❖ Memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta keperluan untuk aktiviti perkhemahan
mencukupi dan boleh digunakan

❖ Satu peralatan kumpulan dan individu boleh diberikan kepada peserta supaya mereka
berupaya membuat persediaan awal

❖ Peralatan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu
❖ Peralatan urus setia : diperlukan oleh para guru dan fasilitator yang terlibat bagi

menjayakan aktivti dayang dirancang demi kesejahteraan warga perkhemahan
❖ Peralatan kumpulan : perlu dibawa bersama oleh ahli-ahli dalam kumpulan untuk dikongsi

dalam kumpulan masing-masing

93

❖ Perlatan persendirian : untuk kegunaan persendirian peserta
❖ Memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam pengurusan perkhemahan, termasuk

guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih, termauk ibu bapa (jika
perlu)
❖ Memberi taklimat kepada semua peserta perkhemahan
❖ Menentukan semua prosedur perkhemahan dipatuhi
❖ Menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas aktiviti perkhemahan sebagai
rujukan kerja

94

PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 10 TARIKH : 27 OGOS 2021

TAJUK : PENGURUSAN PERKHEMAHAN DAN PERSIAPAN AWAL

LOKASI : DALAM TALIAN

JURULATIH : EN. NIK AHMAD ZAIDI BIN ISMAIL
EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH

KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAIE BIN KHAIRUL IDZHAR

KEKUATAN ANGGOTA : 65 ANGGOTA

MASA AKTIVITI CATATAN
08:00 – 10:00 Pagi KULIAH
Pengurusan dan Persiapan
Perkhemahan

- Kuarter Master
- Laporan Refleksi

95

LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 9 HARI : RABU
TARIKH : 25 OGOS

TAJUK : ASPEK PENGURUSAN PERKHEMAHAN

1. Kuarter Master

❖ Pegawai tentera yang bertanggungjawab menguruskan tempat penginapan peralatan dan
bekalan makanan

❖ Memastikan senarai peralatan
❖ Memberi taklimat tentang cara membawa atau menggunakan peralatan
❖ Memastikan keadaan peralatan sepanjang dan selepas aktiviti
❖ Menyediakan menu makanan yang sesuai
❖ Kenalpasti murid yang mempunyai alahan atau penyakit
❖ Sediakan bahan kering dan basah agar mencukupi

.

96

PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 11 TARIKH : 1 SEPTEMBER 2021

TAJUK : PERKHEMAHAN BERSEPADU

LOKASI : DALAM TALIAN

JURULATIH : EN. NIK AHMAD ZAIDI BIN ISMAIL
EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH

KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAIE BIN KHAIRUL IDZHAR

KEKUATAN ANGGOTA : 65 ANGGOTA

MASA AKTIVITI CATATAN
28 Jam PERKHEMAHAN

BERSEPADU

97

RUJUKAN
Joseph Runggas. (2011). Panduan Guru-guru Pelatih IPG Sebagai Bakal Guru Penasihat KRS dan TKRS.

Maklumat diakses daripada https://www.academia.edu/27270430/Panduan_Guru-
Guru_Pelatih_IPG_Sebagai_Bakal_Guru_Penasihat_KRS_dan_TKRS_2011_Modul_ini_telah_digu
nakan_oleh_Guru_Guru_Penasihat_KRS_dan_TKRS_Ng_Selangor_Dalam_Kursus_Peringkat_Neg
eri_Selangor_MODUL_GAJET_GEJET_GADGET
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). Buku Panduan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja
Sekolah. Maklumat diakses daripada https://anyflip.com/gpms/jrye/basic

98


Click to View FlipBook Version