INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS KOTA BHARU 16100 JALAN MAKTAB KELANTAN DARUL NAIM TUGASAN BERKUMPULAN (PORTFOLIO) SJHK3223e LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN TUGASAN BERKUMPULAN NAMA AHLI KUMPULAN ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN NUR AQILAH BINTI AMINORHUDIN 2021082340492 030901-10-0154 AISYA YUSREENA BINTI AZHAR 2021082340483 030922-14-0200 NUR NABILAH BINTI MUHAMMAD FAUZI 2021-82340495 030531-08-0298 1
PROPOSAL KAJIAN AISYA YUSREENA BINTI AZHAR (2021082340483) NUR AQILAH BINTI AMINORHUDIN (2021082340492) NUR NABILAH BINTI MUHAMMAD FAUZI (2021082340495) TAJUK: KAJIAN MENGENAI ISTANA BUDAYA PEMANGKIN KESENIAN NEGARA. . 2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 TEMA………………………………………………………………………………………4 2.0 OBJEKTIF…………………………………………………………………………………4 3.0 TUJUAN KAJIAN………………………………………………………………………...4 4.0 PERMASALAHAN KAJIAN……………………………………………………………..4 5.0 KAEDAH KAJIAN………………………………………………………………………..5 6.0 KAJIAN LAPANGAN…………………………………………………………………….6 7.0 KAJIAN LITERATUR…………………………………………………………………….7 8.0 RUMUSAN………………………………………………………………………………..8 3
1.0 TEMA Kajian ini akan bertemakan sejarah pembangunan ‘Istana Budaya’ di daerah Titiwangsa, Selangor. Istana budaya dikatakan sebagai sebuah institut kesenian yang mempunyai matlamat untuk mencapai “Kecemerlangan Seni” di Malaysia. Teater utama Malaysia, Istana Budaya dibuka pada September 1999 untuk menayangkan persembahan seni dan teater dalam dan luar negara yang termasuk teater muzikal, seni tari, opera serta persembahan orkestra muzikal dan konsert. 2.0 OBJEKTIF Berdasarkan tema yang berikut, kajian ini akan menekankan fokus secara holistik terhadap perkara-perkara berikut: i. Mengenalpasti sejarah penubuhan Istana Budaya. ii. Mengenalpasti peranan Istana Budaya sebagai industri kesenian negara. iii. Mengenalpasti struktur pengurusan dan pentadbiran Istana Budaya. iv. Menilai tahap keberkesanan pelaksanaan aktiviti Istana Budaya. 3.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang penubuhan dan pembangunan Istana Budaya. Perkara ini termasuk dari segi aspek sejarah, kesenian dan kebudayaan pentas Istana Budaya. Selain itu, kajian ini juga turut dijalankan bagi melihat sejauh manakah peranan Istana Budaya ini dalam industri kesenian negara. Seterusnya, tujuan kajian ini dilaksanakan bagi melihat struktur dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran Istana Negara. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan pelaksanaan aktiviti Istana Budaya. 4.0 PERMASALAHAN KAJIAN Faktor utama kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti berkaitan sejarah penubuhan dan peranan Istana Budaya sebagai sebuah institusi kesenian. Namun begitu, berdasarkan bacaan yang dilakukan kami mendapati bahawa terdapatnya pengurangan bajet yang diberi oleh kerajaan kepada pihak Istana Budaya. Jadi, permasalahan yang ingin saya selesaikan ialah apakah faktor yang menyebabkan penurunan bajet terhadap Istana Budaya dan bagaimana penyelesaian yang dibuat oleh Istana Budaya dalam memberi nafas baru terhadap industri kesenian negara. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang 4
dijalankan oleh Istana Budaya sebelum berlakunya pandemik dan selepas pandemik. 5.0 KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian merupakan kaedah atau cara yang diaplikasikan bagi mencari sumber dan bahan-bahan tentang Istana Budaya pemangkin kesenian negara. Kaedah kajian yang digunakan untuk menyelesaikan tugasan ini dengan menggunakan kaedah berbentuk kualitatif bagi menganalisis serta memperoleh sumber data daripada kaedah temubual dan penyelidikan melalui internet. Terdapat beberapa soalan yang telah dirangkai dengan baik bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan Istana Budaya pemangkin kesenian negara. Berikut adalah dua kaedah yang digunakan dalam mendapatkan maklumat: i) Kaedah temubual. Kaedah ini dilaksanakan oleh kumpulan kami dengan menemu bual beberapa orang sumber iaitu yang merupakan salah seorang mantan timbalan pengarah bahagian produksi dan juga tokoh seni kebudayaan Mak Yong iaitu Encik Rosnan bin Abdul Rahman. Selain itu, kumpulan kami juga telah menemu bual salah seorang ahli pengurusan tertinggi Istana Budaya iaitu Encik Badrul . Seterusnya, mantan Ketua Pembantu Tadbir Pengurusan Sumber Manusia iaitu Puan Suhana binti Suhaimi. Kaedah temubual ini merupakan rujukan utama kerana kajian ini merupakan kajian lisan. Temubual yang dijalankan bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan perubatan menggunakan kaedah sangkal putung. ii) Penyelidikan dan bacaan daripada internet. Kaedah ini bagi memperoleh sumber sekunder serta sumber primer berkaitan dengan kajian lepas yang telah dilakukan. Kami sudah mencari beberapa maklumat daripada sumber jurnal dan artikel yang berkaitan dengan Istana Budaya bagi mendapatkan fakta dan maklumat dengan lebih mendalam. Maklumat yang diperolehi ini boleh membantu kami dalam melakukan tugasan yang diberi dengan lebih tepat. 5
6.0 KAJIAN LAPANGAN Bil. Bulan Februari Mac Aktiviti 1 2 3 4 1 2 3 4 1. Menerima taklimat tugasan daripada pensyarah kursus 2. Memilih tema/ tajuk kajian 3. Mencari maklumat 4. Menentukan objektif 5. Membuat proposal 6. Pembentangan proposal 7. Membuat janji temu dengan orang sumber 8. Menjalankan kajian lapangan 9. Mencari dan mengumpul bahan kajian 10. Menganalisis dan menyaring bahan 11. Memulakan penulisan ilmiah 12. Melakukan pemurnian akhir penulisan 13. Penyerahan penulisan 6
7.0 KAJIAN LITERATUR 7.1 ISTANA BUDAYA Istana Budaya yang mana dahulunya dikenali sebagai Panggung Negara secara rasminya ditubuhkan pada 1999-2000. Pada awalnya, organisasi ini diilhamkan pada tahun 1997 dan mula dibina ketika tahun 1995. Bangunan Istana Budaya terletak di bersebelahan Tasik Titiwangsa di persimpangan Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Kuantan. Istana Budaya mula beroperasi pada 1 Disember 1998 (Suhaimi & Nur Afifah, 2021). Ketika tahun 1964, Kementerian Penerangan dan Penyiaran serta Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Masyarakat sudah mengeluarkan cadangan bagi membina Pusat Kebudayaan Negara Malaysia (Istana Budaya, 2021). Kemudian, pada tahun 1971, Kongres Kebudayaan melaksanakan perancangan serta perbincangan berkaitan penubuhan Panggung Negara. Oleh itu, pada tahun 1972, hasilnya Kumpulan Budaya Negara (KBN) ditubuhkan di bawah Cawangan Penggalakan Kesenian (Istana Budaya, 2021). Justeru itu, bermulanya pada 1974, KBN menjadi aktif di bawah Cawangan Pembangunan Kesenian, Bahagian Kebudayaan (KKBS) tetapi ia lebih bertumpu kepada seni tari dan seni muzik tradisional. Pada tahun 1993 pula, bermulanya pembinaan Panggung Eksperimen (ET) di Kompleks Budaya Negara. Seterusnya pada tahun 1994, Panggung Eksperimen (ET) dirasmikan oleh YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamed yang merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima pada ketika itu malah KBN sudah menjadi Bahagian Panggung Negara di bawah Kementerian, Kebudayaan dan Kesenian (KKKP) (Istana Budaya, 2021). Tahun yang sama juga pembinaan Panggung Negara bermula dan akhirnya wujudlah sebuah pentas seni yang bertaraf antarabangsa. Visi Istana Budaya adalah menjadi medan seni persembahan pentas yang terunggul di Malaysia dan bertaraf dunia manakala misi Istana Budaya pula adalah membangun kecemerlangan artistik dalam seni persembahan pentas. Penubuhan Istana Budaya juga menunjukkan mercu kecemerlangan seni berserta kecanggihan teknologi pentas yang setaraf dengan gedung-gedung seni persembahan terkenal di luar negara (Suhaimi & Nurul Afifah, 2021). Hal ini selari dengan visi Istana Budaya bertindak sebagai platform kepada para penggiat seni di tanah air untuk mengembangkan sayap mereka. 7.2 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM ISTANA BUDAYA Penubuhan Istana Budaya ini telah menjadi sebuah medan untuk memperjuangkan 7
masyarakat seni. Sehubungan itu, sesebuah organisasi perlu mempunyai sistem pengurusan dan pentadbiran yang baik bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Mengikut teori pengurusan, setiap organisasi mesti mengandungi struktur organisasinya tersendiri (Z Ismail, 2002). Di dalam setiap organisasi juga akan diketuai oleh seorang ketua dengan gelaran seperti pengarah atau superior misalnya di Istana Budaya supaya sesebuah agensi itu lebih kukuh (Ab. Samad Kechot, 2013). Superior atau ketua ini memainkan peranan dalam mengemudi organisasinya dengan menyebarkan maklumat kepada ahli. Dalam makna lain, mana-mana maklumat yang diperolehi akan diberikan kepada ketua terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada ahli lain berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan. Maklumat-maklumat yang diperolehi itu pula akan diberikan kepada subordinatnya secara verbal atau kaedah teknologi seperti e-mel, telefon dan bahan cetak lain (Ab. Samad Kechot, 2013). Contohnya, di Istana Budaya terdiri daripada beberapa pecahan bahagian utama dalam mengendalikan pentadbiran misalnya Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pemasaran dan Pengurusan Panggung, Bahagian Teknikal, Bahagian Produksi, Bahagian Muzik dan Bahagian Senireka (Istana Budaya, 2021). Sehubungan itu, proses komunikasi dalam sesebuah organisasi amat penting kerana kelangsungan seseuah organisasi itu bergantung kepada maklumat yang dapat disampaikan dengan baik (Suhaimi & Nurul Afifah, 2021). Namun begitu, terdapat beberapa tahun di mana, Istana Budaya mengalami pertukaran jawatan pengarah yang silih berganti iaitu pada tahun 2007, Dato Azhar bin Abu Bakar yang hanya memgang jawatan sebagai pengarah selama dua tahun sahaja (Ahmad Muaddib, 2011). Pertukaran jawatan yang kerap berlaku akan memberi kesan negatif kepada sesebuah institusi (Ahmad Muaddib, 2011). Justeru itu, kegagalan pihak ketua atau pengarah yang bertindak sebagai penyebar maklumat akan menyebabkan perjalanan organisasi tidak berjalan lancar. 8.0 RUMUSAN Rumusannya, kajian ini akan membantu para pengkaji untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai peranan penubuhan pentas Istana Budaya sebagai institusi kesenian kepada negara. Istana budaya turut dikatakan bertujuan untuk menaikkan taraf seni pentas, membangunkan kecemerlangan artistik dalam seni teater. Menerusi persembahan yang ditampilkan, diharapkan minat serta penghargaan orang ramai terhadap seni artistik akan semakin meningkat. 8
PROSES RAKAMAN AISYA YUSREENA BINTI AZHAR (2021082340483) NUR AQILAH BINTI AMINORHUDIN (2021082340492) NUR NABILAH BINTI MUHAMMAD FAUZI (2021082340495) TAJUK: KAJIAN MENGENAI ISTANA BUDAYA PEMANGKIN KESENIAN NEGARA. 9
PROSES RAKAMAN Rajah 1 Rajah 2 Temu bual bersama Encik Rosnan Temu bual bersama Encik Rosnan Rajah 2 Contoh pakaian penari Mak Yong 10
TRANSKRIPSI AISYA YUSREENA BINTI AZHAR (2021082340483) NURAQILAH BINTI AMINORHUDIN (2021082340492) NUR NABILAH BINTI MUHAMMAD FAUZI (2021082340495) TAJUK: KAJIAN MENGENAI ISTANA BUDAYA PEMANGKIN KESENIAN NEGARA. 11
TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER PERTAMA Assalamualaikum dalam salam sejahtera. Berikut merupakan temu bual sejarah lisan berkaitan pengurusan pentadbiran dan keberkesanannya di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Bersama saya ialah Puan Suhana binti Suhaimi selaku mantan Ketua Pembantu Tadbir Pengurusan Sumber Manusia di Istana Budaya. Rakaman ini dijalankan pada 18 Mac 2023 pada pukul 9.30 malam menerusi panggilan telefon. Temubual ini dikendalikan oleh saya sendiri iaitu Nur Nabilah binti Muhammad Fauzi. Dengan keizinan, temubual dimulakan. NN: Seperti yang saya dah sedia maklum, Puan Suhana pernah bekerja di Istana Budaya, ya? PSS: Ya, pernah. Saya mula berkhidmat di Istana Budaya mulai dari 12 Julai 2012 hingga 28 Oktober 2020. Saya : Ooo lama juga lebih kurang lima tahun lah macam itu. NN: Jadi, sepanjang puan berada di Istana Budaya puan menjawat jawatan sebagai… PSS: Ketua Pembantu Tadbir di unit sumber manusia bahagian khidmat pengurusan. NN: Jadi, kalau saya nak minta puan ceritakan sedikit tentang Istana Budaya ini? Maksudnya macam bila tahun Istana Budaya ini dirasmikan? Dirasmikan oleh siapa? PSS: Istana Budaya ini diwujudkan diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa itu oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di- (batuk) dirasmikan pada 2010 oleh Yang Amat Berhormat iaitu Perdana Menteri Kelima, Tun Dr. Mahathir Mohamad. NN: Di Istana Budaya, daripada pembacaan, saya dapati ada beberapa jabatan? PSS: Istana Budaya ni, dia satu-satunya pentas bertaraf dunia yang ada di Malaysia ini. Maknanya, dia tak ada cawangan, dia hanya satu saja dan diletakkan di bawah Kementerian Pelancongan (berjeda) Kementerian Pelancongan yang ditadbir ataupun dia memang jabatan kerajaan, dia bukan semi kerajaan atau swasta. Saya: Aaa, 12
sepenuhnya kerajaan lah ya? Ya, sepenuhnya kerajaan. Istana budaya ni, dia em…dia ada satu dua tiga (mengira) lebih kurang tujuh cawangan. Saya: Ooh. Maksudnya dia ada dua sektor lah. Tujuh cawangan di bawah dua sektor. Satu sektor artistik dan satu lagi adalah sektor operasi. Empat cawangan di bawah operasi iaitu khidmat pengurusan, aaa… teknikal, (berfikir) mmm… pemasaran, insuri di bawah operasi. Empat di bawah artistik. Di bawah artistik ini lebih kepada aaa… semua yang berbentuk persembahan lah. Maknanya di bawah dia ada erm… bahagian produksi, bahagian seni muzik OSK iaitu simfoni kebangsaan dia lebih kepada klasikal dia ada cawangan muzik tradisional yang dikenali sebagai Orchestra Boncelles Malaysia (batuk). NN: Ohh, jadi dia bergabung di bawah satu jabatan ke? PSS: Ya, satu jabatan. Saya: Ohh… satu jabatan. Hmmm. NN: Jadi, puan sebagai Ketua Mantan Pengurusan Sumber Manusia ini, puan rasa struktur pengurusan dan pentadbiran di Istana Budaya ini sistematik tak? Maksudnya, teratur ke? Ada perlu penambahbaikan? Sepanjang puan bekerja di Istana Budaya. PSS: Sepanjang saya berkhidmat di Istana Budaya, saya rasa Istana Budaya ini bergerak dalam suasana yang sistematik lah. Di mana dia ada aaa… kakitangan yang cukup. Contoh, Istana Budaya ini dia punya core business [aktiviti utama] lebih kepada membuat persembahan. Saya: Hmm… persembahan sama ada berbentuk teater, seni tari aaa… muzik. Jadi, memang ada semua itu. Kita ada pemuzik yang boleh membuat persembahan untuk muzik, kita ada penari yang boleh membuat persembahan dalam bentuk seni tari. Kita ada pelakon juga yang boleh berlakon untuk teater ke apa ke dan kita juga ada pereka prop. Maknanya complete [lengkap] lah, ada semua. NN: Jadi, setiap bahagian itu ada pekerja-pekerja atau tenaga sumber manusia yang tersendiri? PSS: Itu (batuk) kekuatan Istana Budaya adalah seramai 390 orang kakitangan. 390 orang 13
kakitangan ini dia ada pelbagai skill [kemahiran] (batuk) maknanya dia ada pemuzik… ada artis tari, ada pegawai kebudayaan, ada pentadbir. Semua complete [lengkap] lah. NN: Saya nak tanya, bila puan berada di Istana Budaya, puan ada rasa ke perubahan dari segi pengurusan? Maksudnya, dari tahun ke tahun mungkin pengurusan tahun ini lain, corak pengurusannya lain seperti pekerja itu bertambah atau berkurang? PSS: Tentunya corak pengurusan itu akan berbeza sekiranya penerajunya itu berbeza NN:Ooo Haah. Contoh, kalau ketua pengarah bersara so[jadi] akan naik orang baru. Bila naik Pegawai yang baru sebagai ketua pengarah jadi akan berubah lah bentuk pemerintahan itu. Ketua pengarah ini,jawatan dia adalah jawatan terbuka. Jadi, jawatan terbuka ini dia boleh diisi sama ada dari kakitangan kerajaan ataupun diisi oleh bukan kakitangan kerajaan. Penggiat seni sendiri boleh mengetuai Istana Budaya ini dengan bertempoh lah. NN: Ooo. Maksudnya macam artis pun boleh jadi ke? PSS: Boleh. Selagi ianya diperakukan oleh ketua setiausaha kementerian dan dipersetujui oleh pihak kerajaan. Jadi, dia bolehlah isi tempat itu sebab ketua pengarah Istana Budaya ini macam yang saya cakap tadi dia adalah jawatan terbuka. Bila jawatan terbuka, dia tidak tertakluk kepada satu-satu taraf, maknanya hanya orang daripada kakitangan kerajaan sahaja yang boleh duduk situ, tidak. Dia boleh kerajaan dan boleh juga daripada mana-mana yang layak. NN: Jadi dia ada tetapkan ke syarat? Kalau contoh, orang luar ke kan atau orang bukan badan kerajaan ini ditetapkan syarat kalau dia nak jadi ketua pengarah? PSS: Mestinya ada syarat. Dia mestilah kena ada kelayakan sebab gred untuk mengetuai Istana Budaya ini adalah JUSA C. Jadi, untuk mengisi jawatan JUSA C itu adalah dari segi kelayakan. Kita akan tengok benda itu. Selepas itu, kita juga akan tengok dari segi 14
pengalaman dia, sumbangan dia. Untuk letakkan seseorang itu sebagai ketua, perlu banyak bendalah yang kita perlu tengok dan dia selalunya adalah bertempoh. Contoh,, dua tahun selepas itu sambung lagi dua tahun dan tertakluk kepada prestasi. NN: Saya nak tanya, ada ke mana-mana artis yang puan tahu yang pernah menjadi atau memegang jawatan ketua pengarah itu? PSS: Setakat ini tiadalah artis yang memegang jawatan ini. Yang ada pun sebelum ini, bukan kakitangan kerajaan. Doktor Hatta lah. NN:Ooo. Dia bukan kakitangan kerajaan, dia adalah penggiat seni yang layak lah. NN: Ooo, dia adalah yang diperakui? Ya, diperakui. NN: Jadi, soalan saya yang terakhir, saya nak minta pandangan atau pendapat dan harapan puan terhadap Istana Budaya ini pada masa akan datang. Maksudnya, mungkin pada masa akan datang apa yang puan harapkan daripada Istana Budaya? PSS: Saya amat berharap Istana Budaya ini membuka seluas-luasnya peluang kepada penggiat-penggiat seni yang berkelayakan, bukan yang biasa-biasalah. Maksudnya, untuk membuat persembahan di Istana Budaya dan diberi peluang juga kepada penggiat-penggiat seni untuk memperbanyakkan lagi teater-teater yang berkualiti agar dapat ditonton oleh generasi-generasi muda yang rata-ratanya tidak berapa berminat dari segi hendak menonton teater, nak menonton cerita-cerita tradisional. Contohnya, macam persembahan teater Mak Yong, persembahan teater Mek Mulung. Harap-harap, Istana Budaya ini ada disediakan slot-slot yang (batuk) maknanya secara tetap. Bukan tiada sekarang, ada , pernah dipentaskan teater Mak Yong tapi itulah dia tidak dibuat secara tetap. Maksud saya, setiap tahun akan ada pementasan tradisional dan pementasan moden. Maknanya dia ada slot seperti sekarang ini, slot itu tidak tetap kerana tertakluk kepada permintaan. 15
NN: Jadi, kalau kurang permintaan, kuranglah slot yang akan disediakan? Macam itu ye? PSS: Iyalah, sebabnya kita jual tiket (jeda) KPI kita adalah jumlah penonton. Bila kehadiran penonton tinggi, maka tinggilah hasil kutipan itu. Bila tinggi hasil kutipan, tinggilah hasil kerajaan. Jadi, sekarang ini mungkin promosi tidak secara besar-besaran jadi kurang dapat menarik minat generasi-generasi muda. Harapan saya, agar Istana Budaya melipat ganda lagi usaha dia untuk membuka mata dan menarik minat generasi muda ini datang dan menonton persembahan-persembahan tradisional supaya tidak hilang ditelan zaman dan juga datang menyaksikan teater-teater Melayu yang dipentaskan di samping konsert-konsert oleh artis-artis terkemuka. NN: Okay, baiklah. Terima kasih kepada Puan Suhana kerana sudi bersama-sama saya pada malam Ini. Sekian saya rasa itu sahaja rakaman kita pada malam ini. Terima kasih. PSS: Sama-sama. Waalaikumussalam. 16
TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER KEDUA Assalamualaikum dalam salam sejahtera. Berikut merupakan temu bual sejarah lisan berkaitan penubuhan dan aktiviti pementasan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Temu bual ini melibatkan saya iaitu Nur Aqilah Binti Aminorhudin dan Yang Berbahagia Encik Rosnan Bin Abdul Rahman selaku tokoh seni kebudayaan Mak Yong dan . Rakaman ini dijalankan pada 19 Mac 2023 pada pukul 2.30 petang secara bersemuka. Dengan keizinan, temubual dimulakan. NA: Aaa, assalammualaikum encik. Jadi terlebih dahulu izinkan kami untuk merakamlah sesi temubual kita ni. RAR: (mengangguk). Okay [Baik] boleh. NA: Aaa, jadi soalan yang pertama ni. Boleh ke encik perkenalkan diri encik terlebih dahulu dan ceritakan mengenai perihal tugas encik semasa encik bertugas di Istana Budaya. RAR: Okay [Baik] saya Rosnan Bin Abdul Rahman atau dikenali sebagai nama Rosnan Rahman. Aaa semasa saya di Istana Budaya, saya bertugas di bahagian produksi aaa di bawah bahagian produksi sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Produksi. Tugas saya mengcakupilah kerja-kerja yang berkaitan dengan pengisian program di Istana Budaya, pengurusan produksi, pengurusan artis budaya dan juga pengurusan pentas di Istana Budaya. Kemudian, berkaitan hal rapat berkaitan kerja produksi aaa dan kita adalah pegawai yang membuat koordinasi di antara pihak per…orang kata apa. Dia panggil produser. Produser luar NA: (mengangguk) yang nak masuk ke Istana Budaya ni, kami adalah pegawai antara orang yang coordinate [koordinasi] lah. Pegawai penyelaras untuk menghubungkan untuk urusan pentadbiran dan juga pengurusan produksi aaa sebelum persembahan berlangsung. 17
NA: Haaa…okay [baik]. Aaa, jadi untuk soalan yang kedua ni boleh tak encik kongsikan serba sedikitlah mengenai sejarah penubuhan Istana Budaya ni. RAR: Alaaa…tak ingatlah. You [Awak] Google lah (ketawa). NA: Ahh (ketawa). Istana Budaya di…..dibu. Perancangan Istana Budaya tu kalau tak silap saya sejak tahun 1972 lagi udah [sudah] ada perancangan untuk mengubah menubuhkan satu panggung yang lengkap. Dipanggil sebagai panggung negara pada masa itu. Kongres kebudayaan kebangsaan telah berbincang pada masa itu, bagaimana satu panggung untuk ditubuhkan dan setiap dari itu kerajaan telah pun merancang lah ya dan pada tahun, aaa saya tak ingat tahun bila dibina. Kalau tak silap tahun 1990…1994 atau 95 dan siap sepenuhnya pada 1998 dan telah dirasmikan dapat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada masa itu pada tahun 1999 ke atau tahun 2000. Saya tak dapat saya tak ingat saya dua ada dua tu. You [Awak] check [periksa] baliklah NA: (mengangguk) ya sejarah dia. Saya tak ingatlah saya tak kerja situ dah kan. You [Awak] tanya sejarah-sejarah ni pening saya NA: (ketawa) pandai-pandai you [awak] lah cari nanti lah lebih kurang macam tu lah dan sejak dari tu lah Istana Budaya membuat program dalam dan luar negara. Pengisiannya merangkumi persembahan teater, tari, muzik, konsert. NA: Okay [Baik], jadi untuk soalan yang ketiga. Pada pandangan encik ni, apakah peranan Istana Budaya ni dalam industri kesenian negara. RAR: Itulah bila Istana Budaya ni sebuah panggung yang bertaraf dunia ya. Antara yang terbaik di dunia kalau 10 yang terbaik dengan kelengkapan mekanisma pentas yang canggih, mempunyai pemuzik orkestra tradisional, orkestra simfoni kebangsaan semuanya pemuzik-pemuzik profesional dan juga artis budaya profesional sekaligus pengisian-pengisian mereka ini bila kita melihat ke arah Istana Budaya tu satu perlambangan kepada kecemerlangan seni budaya di Malaysia itu adalah mercu tanda. Benchmarknya [penanda aras] di situ adalah bagaimana pusat kecemerlangan seni budaya itu terletak di Istana Budaya itulah hasrat, konsepnya begitulah ya NA: (mengangguk). Kita nak 18
melihat diangkat tinggi di sebuah istana. Istana ni satu palace [istana], culture palace [istana budaya] yang penuh dengan pelbagai seni budaya yang mencerminkan identiti masyarakat di Malaysia. Dalam tahap yang lebih cemerlang untuk sebagai perlambangan kepada keagungan seni budaya di Malaysia. NA: Okay [Baik], jadi untuk soalan yang seterusnya pula. Apakah program yang pernah tuan pentaskan di Istana Budaya? RAR: Okay [Baik], saya dulu. Kalau saya dari segi pegawai projeknya, pegawai yang menyelaraskan program-program luar dan negara antaranya ‘Saturday Night Fever’. Saya tak terlibat sebagai pelakon, saya terlibat sebagai pegawai projek NA: (mengangguk) pegawai yang menyelaras ya itu ‘CATS’, ‘Muzikal Chang and Eng’ itu yang international [antarabangsa] lah. Yang lokal punya, saya terlibat untuk menyelaras beberapa konsert. Tak ingat konsert apa. Lepastu saya terlibat dalam persembahan iaitu persembahan Mak Yong lah sebab saya punya footage [rakaman]. Saya punya kepakaran dalam bidang Mak Yong secara tak langsung saya perform [persembahkan] juga. Saya pegawai, pegawai pentadbir dan juga come as a performer [orang yang persembahkan] juga. Saya buat dua kerja juga, perform-perform [persembahkan-persembahkan] yang mengurus-mengurus. Tapi tugas hakiki saya adalah pengurus bukan performer [orang yang mempersembahkan]. Kalau dalam, dalam dari segi persembahan pengisian saya persembahan-persembahan Mak Yong lah iaitu ‘Mak Yong Raja Dua Serupa’, ‘Raja Besar Senyanya’, ‘Dewa Indera Indera Dewa’ dan juga persembahan Raja…persembahan ‘Makyong Raja Besar Maha Gading’. Antara teater-teater yang pernah saya berlakon hak lain adalah ‘Bawang Putih Bawang Merah’ arahan Erma Fatima, konsert bersama Siti Nurhaliza Lentera Timur, saya bergabung dengan Siti Nurhaliza ‘Konsert Lentera Timur’ and then [dan seterusnya] teater…teater ‘Zombi Lalala’ di mana masa itu saya bergabung berlakon bersama Janna Nick, Saleha…Siti Saleha, Ammar Bahrin, siapa lagi, 19
Amy Mastura dan berapa orang nama besar lah. Macam ‘Bawang Putih Bawang Merah’ dengan Julian, NA: (Juliana Evans) Juliana Evans nanti you [awak] Google lah yang tajuk-tajuk tu ada lah muka gambar saya terselit dan nama saya terselit di poster-poster itu. Itu antara tu lah saya terlibat teater moden dan teater tradisional Mak Yong. Once a while [sekali sekala] dan juga konsert. Konsert saya terlibat sebagai penyanyi undangan untuk ‘Konsert Siti Nurhaliza Lentera Timur’ and then [dan seterusnya] untuk persembahan Mak Yong yang terakhir saya di Istana Budaya pada tahun 2019 sebelum saya bertukar di ke Kelantan iaitu persembahan ‘Mak Yong Raja Besar Maha Gading’. Saya bergabung dengan Nad Zainal, Izzue Islam itulah, Nad Zainal, Izzue Islam, Naqiu, Ariffin siapa lagi, Isey NA: (mengangguk) untuk persembahan yang latest [terkini]. Nanti kalau you all [awak semua] nak nanti saya boleh bagi info sedikitlah gambar ke apa untuk you [awak] punya sebagai rujukan saya forward [hantar] lah Whatsapp lah Na: (mengangguk) untuk apa yang saya terlibat ya. Itu adalah persembahan-persembahan yang berskala besar persembahan yang bertiket dan mendapat liputan yang meluaslah di media sosial dan juga media mainstream [media utama] seperti RTM, TV3, ASTRO dan sebagainya. So, [Jadi] okay [baik]. Itulah antara persembahannya saya tak ingat banyak saya terlibat penuh nanti saya bagi biodata saya awak bacalah situ NA: (boleh-boleh). NA: Jadi, berdasarkan apa yang encik kongsikan sebentar tadi. Encik dah pernah persembahkan banyak jenis ni kan. Jadi, apakah salah satu persembahan yang memberi kesan kepada diri encik. RAR: Of course lah [Sudah tentu] Mak Yong lah jenis tradisional Mak Yong yang last [akhir] sekali iaitu persembahan ‘Mak Yong Raja Besar Maha Gading’. Bagaimana pada masa persembahan tersebut, saya tak sangka ramai pengu, penonton-penonton adalah terdiri daripada mereka generasi muda, golongan muda. Mungkinlah mereka datang diorang nak tengok Nad Zainal, nak tengok Izzue Islam, nak tengok NA: (ketawa), nak tengok Isey bukan nak tengok 20
Rosnan Rahman tapi secara tak langsung saya telah membuka, memberi kesedaran kepada mereka untuk menyaksikan persembahan walaupun yang ada pertama kali menonton persembahan Mak Yong. Pertama kali dia tengok, oh Mak Yong! Oh, bestnya! NA: (ketawa). Tu kata tak sangka bestnya [seronok] semua kata macam tu sebab tak ada satu macam satu benda yang menyebabkan mereka nak datang tengok. Kalau saya tak letak nama-nama besar mungkin mereka tak datang. Jadi, saya terpaksa letakkan nama-nama besar supaya peminat-peminat mereka ini yang ada followers [pengikut] 1.5 juta, 3 juta di IG. Secara tak langsung, ada datang dalam 300, 400 ataupun 3000, 4000 dah okay dah untuk menonton persembahan Mak Yong. Jadi,itu adalah strateginya lah dan itu memberi kesan kepada karier saya sebagai pegawai kebudayaan dan juga aktivis teater. NA: (Teruja). Okay [baik], jadi melalui hasil kajian yang telah kami buat, kami dapati encik Rosnan ni merupakan tokoh kesenian, eh tokoh seni kebudayaan Mak Yong RAR: (dan saya cakap tadi tu). Haah, jadi boleh ke encik ceritakan, macam mana encik boleh jatuh suka…jatuh cinta kepada watak Mak Yong. RAR: Saya terlibat dengan Mak Yong ni sejak tahun 1995. Masa tu you all [awak semua] dekat mana? NA: (tak lahir lagi). Tahun 1995, okay [baik] di USM. Saya belajar dalam bidang architecture [senibina] saya bukan bidang NA: (mengagumkan) seni persembahan. Saya ambil architecture [seni bina] Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina. Saya graduate [menerima ijazah] as a student [sebagai pelajar] arkitek and then [dan seterusnya]. But [Tapi] saya aktif semasa di USM saya aktif-aktif dalam persatuan kelab-kelab seni budaya dan juga selalu saya bergabung dalam persembahan dengan Pusat Pengajian Seni di USM. Saya aktif dengan USM punya persatuan, aktivis dewan budaya dan sebagainya and then [dan seterusnya] dari situlah timbul minat saya melihat persembahan dan selain pada itu juga nenek saya adalah Mak Yong performer [Artis] NA: (mengagumkan). Jadi secara tak langsung, minat tu dah ada cuma tak ada peluang. Jadi, bila saya berpeluang beraksi di pentas 21
di Dewan Budaya USM itu adalah pada tahun 1995. Saya mula mengenali lebih dekat bukan watak-watak utama la, watak sampingan NA: (mengangguk) tetapi bila saya tamat belajar tahun 2000 barulah tahun 2001 dan 2002 tu saya mula kembali balik mengenali dengan lebih dekat, lebih mendalam lagi Mak Yong, belajar as a [sebagai] Pak Yong iaitu watak utama dalam persembahan Mak Yong sebagai Pak Yong tu watak utama dalam persembahan Mak Yong. Saya belajar-belajar tahun 2005 barulah saya diberi peluang untuk menjadi pelakon utama dalam persembahan Mak Yong. NA: (mengangguk). Yang bayangkan la yang perjalanan saya 10 tahun untuk nak menguasai NA: (lama juga la) keseluruhan sebagai pelakon Mak Yong yang mempunyai boleh menyanyi, boleh berlakon, boleh menari dan boleh menghayati muzik-muzik tradisional negeri Kelantan sedangkan saya bukan orang Kelantan. Saya orang Kedah dan Mak Yong kena berdialek dalam NA: (Kelantan) ke Kelantan. Itu yang mempunyai cabaran itu merupakan satu cabaran besarlah kepada saya untuk menguasai dialek Kelantan. Jadi, saya ambil masa lama sikitlah untuk saya menjiwai watak, menjiwai nyanyian dan juga tari dan persembaahan Mak Yong. NA: Untuk soalan yang seterusnya, macam seperti yang kita sudah sedia maklumlah kan. Kita dah alami covid selama 2 tahun. Jadi, encik boleh kongsikan sejauhmanakah covid-19 ni memberi impak kepada Istana Budaya ni. RAR: Istana Budaya memang terhenti dah persembahan dia pada masa itu dan saya tidak ada dah di Istana Budaya pada masa itu. Saya tahun 2000 saya datang ke Kelantan. Apa yang saya dimaklumkan memang tutup dan ramai produser-produser yang gulung tikar, yang tidak membuat production [produksi], pelakon-pelakon pun ramai yang mencari pekerjaan lain. Memberi kesan yang banyak, impactnya [kesannya] sangat besar. Hilang punca mata pencarian tetapi di mana kakitangan Istana Budaya adalah kakitangan kontrak dan juga kakitangan tetap berpencen di Istana Budaya itulah kakitangan kerajaan. Jadi, mereka tidak merasa sangat effectnya [kesannya] yang merasa effect [kesan] adalah orang-orang yang part-time [separuh masa] 22
macam pelakon-pelakon teater yang bukan kakitangan Istana Budaya yang mengisi persembahan production-production [produksi-produksi] teater yang mengisi persembahan di Istana Budaya. Banyak yang terkesan dan terpaksa ada yang tidak beroperasi NA: (mengangguk) terpaksa gulung tikar, macam terpaksa mencari peluang dan kerja lain, business [perniagaan] lain disebabkan pandemik. Jadi, sekarang dah okay [baik] tapi slowly-slowly [perlahan-lahan] lah production [produksi] semakin okay [baik]. Tapi ramai yang terkesan. NA: Jadi, sebelum kita menutup sesi kita ni, apa harapan enciklah? RAR: Harapan saya supaya Istana Budaya dapat mengutamakan produksi-produksi tempatan dan pengisian produksi itulah boleh mencerminkan jiwa Malaysia dan juga jati diri Malaysia dan di samping program-program tahap internasional, berkualiti tinggi. Janganlah memasuk program-program itu kena Istana Budaya fikirkanlah ya masuk program yang tidak ada kualiti ciri panggung yang kita orang anggap panggung yang berprestij. Jadi, kena jaga itu dari segi pengisian program. Selepas ini, mungkin Istana Budaya pun memikirkan apa yang saya cakaplah kan NA: (mengangguk) dan perbanyakkan lagi program-program yang berkualiti tinggi. NA: Kami rasa itu sahaja. RAR: Itu sahaja. Haa, okay [baik] 23
TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER KETIGA Assalamualaikum dalam salam sejahtera. Berikut merupakan temu bual sejarah lisan berkaitan penubuhan dan aktiviti pementasan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Temu bual ini melibatkan saya dan Encik Badrul Zaman bin Abdul Jalil selaku Timbalan Pengarah Bahagian Seni Reka di Istana Budaya. Rakaman ini dijalankan pada 20 Mac 2023 pada pukul 9.50 pagi menerusi panggilan telefon. Tembual ini dikendalikan oleh saya sendiri iaitu Aisya Yusreena binti Azhar. Dengan keizinan, temubual dimulakan. AY: Saya minta izin ya untuk rekod pada tarikh 20 Mac ya? EBZ: Boleh AY: Jadi, saya diberitahu yang encik dah lama bertugas di Istana Budaya EBZ: Ya, sudah lama. Dah masuk 30 tahun dah AY: Boleh tak encik ceritakan sedikit mengenai latar belakang encik serta tugasan encik di Istana Budaya? EBZ: Latar belakang saya, okay. Okay [baik], assalamualaikum terima kasihlah kerana sudi menemu ramah sayalah okay [baik]. Saya sebenarnya dah berkhidmat dengan, di bawah kementerian ini, dah bertukar-tukar banyak kementerianlah. Kalau kita cam, dah 30 tahun saya berkhidmat. Tahun ini dah masuk tahun yang ke-30. Saya bermula dulu sebagai seorang perekalah. Perekalah, jawatan pereka, skim jawatan pereka. Masa tu di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Itu nama kementeriannya dan menterinya masa itu adalah Dato’ Sri Sabbaruddin Chik. Allahyarham Dato’ Sri Sabbaruddin Chik. Ha, tu menteri Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia yang pertamalah. Pada tahun 90-an. Okay [baik], saya bertugas semula pada tahun 1991 masa tu, organisasi Istana Budaya ni masih lagi atas nama Kompleks Budaya Negara. Kompleks Budaya Negara yang terletak di Jalan Tun Ismail. Di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpurlah. Tugas saya ialah, daripada saya berdaftar sebagai penjawat awam haritu, saya 24
adalah pereka dan tugas saya di bawah adalah berkaitan apa saja hal yang berkaitan dengan rekaanlah. Antaranya adalah rekaan set dan prop,okay [baik] kemudian rekaan costume [pakaian] kemudian solekan ha itulah di bawah bidang tugas sayalah. Masa saya mula-mula bertugas di Kompleks Budaya Negaralah. So, (Jadi) sehinggalah pada tahun 94, Kompleks Budaya Negara ditukar nama organisasinya kepada Panggung Negara. Okay, [baik] Panggung Negara dan saya masih lagi bertugas dalam position [posisi] yang masih sama sebagai. Pada masa itu, saya yang lead [mengetuai] unit seni reka di bawah cawangan seni reka dan teknikal. Saya lead [mengetuai] unit seni reka di bawah cawangan seni reka dan teknikal Panggung Negara. Bermula pada tahun, 1994 lah Panggung Negara ini. Okay selepas itu, Panggung Negara pada masa itu beroperasi di kompleks badan negara. Kompleks Badan Negara itu dia punya lokasi bangunannya. Jangan confuse [keliru] Panggung Negara adalah organisasi je, jabatannya bernama Panggung Negara ya. Okay [baik] tapi beroperasi di Kompleks Budaya Negara adalah nama tempatlah. Okay [baik] (batuk) Kemudian saya menyambung tugas saya sebagai pereka ini sebagai ketua unit seni reka sehinggalah pada tahun 99. Kita telah berpindah ke bangunan baru di jalan Tun Razak yang sekarang dikenali sebagai Istana Budaya. Alright [baik], pada tahun 99 kompleks. Apa nama bangunan negara tu Organisasi Panggung Negara ditukarkan kepada Istana Budaya pada tarikh 19.. 15 September tahun 99. Itulah dia punya sejarah dia eh. Dia masuk 1999 dan terus. Itu adalah tarikh perasmian dialah. Perasmian Istana Budaya. Okay? [baik]. So [jadi] sampai sekaranglah saya menggalas tugas sebagai Timbalan Pengarah di bahagian Seni Rekalah. Sampai di Istana Budaya, Unit Seni Reka yang dikatakan tadi telah dinaiklah, dianikkan taraf di bahagian. Satu bahagian tersendiri, bahagian seni reka Istana Budaya. Dia takde join [gabung] dengan teknikal lagilah. AY: Jadi, boleh tak encik ceritakan sedikit macam peranan Istana Budaya ini dalam Industri kesenian negara? EBZ: Oh peranan dia kita boleh tengok kepada visi dan misilah. Visi dan misi Istana Budayalah itu adalah peranan dia kiranya… peranan utamalah kan. Jadi kalau kita 25
tengok, kita adalah satu organisasi di bawah kementerian. Kalau dulu Kementerian, sekarang dah jadi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya memang untuk memartabatkan seni pentas di Malaysialah. Kita memartabatkan seni pentas di Malaysia. Okay? [Baik] so [jadi] kita… kita nak memastikan seni pentas di Malaysia ni berada di tahap yang tinggilah. Tahap yang tinggi dan setaraf dengan panggung-panggung lain yang berada di seluruh dunialah. Ha itu dia dan juga selain daripada itu kita juga bertanggungjawab untuk menggalakkan… menggalakkan rakyat Malaysialah untuk mengangkat seni dan budaya tempatanlah di dalam masyarakat. Itulah antaranya. AA: Jadi, boleh encik ceritakan mengenai struktur pengurusan dan pentadbiran yang terdapat di Istana Budaya? EBZ: Okay[Baik], kalau sekarang ni,struktur dia kita… kita. Istana Budaya diketuai oleh seorang Ketua Pengarah… Ketua Pengarah dan dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah. Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Timbalan Ketua Pengarah Artistik. Okay [baik] di bawah Timbalan Ketua Pengarah Operasi itu ada tiga bahagian utamalah di bawah operasi ya. Pertamanya bahagian teknikal. Kemudian bahagian… bahagian khidmat pengurusan dan juga pemasaran dan juga bahagian pengurusan panggung. Okay [baik] itu di bawah bahagian operasi kemudian di bawah sektor artistik ini dia ada tiga bahagian pulak, bahagian produksi, kemudian bahagian seni reka dan juga bahagian muzik. Alright [baik], bahagian muzik ini dia dipecahkan kepada dua pulalah muzik orkestra simfoni kebangsaan dan juga muzik orkestra tradisional Malaysia. Ha… itu organisasi dialah dan setiap bahagian diketuai oleh seorang pengarahlah. Dia ada pengarah dia masing-masing di setiap bahagian tu ada pulak unit-unit dialah. Okay[baik], saya sebutkan satu, kalau contohnya di bahagian unit sayalah, unit seni reka. Bahagian seni reka ini, kita ada tiga cawangan yang besarlah. Cawangan set dan prop, kemudian cawangan costume [pakaian] dan solekan dan juga cawangan grafik dan pameran. Dia ada tiga cawangan yang besar utama dibawah seni reka. Kalau bahagian-bahagian lain tu dia memang ada cawangan-cawangan dia jugak. Kalau saya nak sebutkan, rasanya panjang ceritanya. 26
Saya sebut bahagian saya jelah. Hmm okay [baik]... AY: Pada pandangan enciklah kan, sejauhmanakah keberksanan struktur pengurusan dan Pentadbiran di Istana Budaya. EBZ: Keberkesanan… okay. Kalau tengok daripada pengalaman saya daripada mula-mula kami berada di KDN dulu kita adalah satu organisasi yang tidak besar sangat. Sebab itu… sebab itu (batuk). Sebab itulah dia punya cawangan-cawangan ataupun cawangan-cawangan dia dulu kita banyak kita combine [gabung] kita cantumkan macam cawangan seni reka dan teknikal, cawangan produksi dan muzik dulu muzik tradisional. Jadi… jadi kita nampak bila kita pindah ke Istana Budaya dan kita telah besarkan organisasi kita… kita kena kembangkan kita punya bahagian cawangan menjadi bahagian… jadi nampak dia punya struktur pengurusan itu dia lebih fokuslah. Still [masih] berfokus, lebih spesifik dan terarah. Dan dia lebih memudahkan untuk kita menguruskan setiap cawangan secara profesional. Jadi kita tidak… tidak akan ada lagi unit-unit yang tertinggallah… unit-unit yang tertinggal maksud saya yang tidak di (tidak jelas). Di bawah bahagian dan di bawah cawangan dan di bawah bahagian itu boleh berdiri dengan sendirinya berpaksikan kepada pengurusannya yang sendirilah. Jadi kita nampak carta organisasi itu sendiri yang ada sekarang itu memang boleh mengepalai, boleh menerajui struktur organisasi jabatan secara keseluruhanlah. So [jadi] masing-masing ada tugas dan tanggungjawab masing-masing yang lebih fokus yang tidak akan lagi tinggallah dan dia ada di bawah tu memang berjalan dengan lancar dan dengan sepatutnyalah. AY: Jadi, sepanjang encik bertugas di Istana Budaya, encik rasa pementasan mana yang paling memberikan kesan yang besar kepada Istana Budaya ini? EBZ: Okay[Baik] sebelum saya menjawab… kita ada berbagai-bagai jenis, berbagai genre Persembahan. Okay [baik] kalau tengok daripada logo Istana Budaya sendiri daripada tiga daun tu kita fokus kepada seni persembahan dalam bidang teater, tari dan muzik. Okay [baik] kalau bidang teater. Teater ni adalah pecah-pecahan dia pulak 27
teater ataupun muzikal. Dan di dalamnya ada teater tradisional di bawah dia. Kalau tari itu pulak dia ada tari tradisional, ada tari… drama tari, ada tari moden. Kalau muzik pulak jadi ada muzik moden ataupun muzik klasik di bawah orkestra simfoni kebangsaan dan kita juga ada combolah [gabungan]. Combo [gabungan] ini macam group [kumpulan] muzik yang kecil dan kita ada muzik tradisional di bawah orkestra tradisional Malaysia. Jadi kalau kita tengok ada tiga bidang utama masing-masing dah ada peminat sendiri dah. Okay [baik], tetapi kalau kita tengok antara tiga tu, antara yang kalau kita nampak biasanya mendapat banyak-banyak sambutan adalah pementasan muzikal. Persembahan muzikal ini adalah persembahan yang lengkap di mana di dalamnya ada semua elemen seni persembahan di dalam itu ada lakon, kemudian ada nyanyian, ada tarian, ada muzik, ada kesan-kesan khas dan jangan lupa kita ada aspek scenografi. Scenografi ini adalah bidang dibawah tugas bidang sayalah. Scenografi adalah elemen-elemen yang menyokong sesebuah persembahan pentas iaitu dari segi set dengan prop, costume [pakaian], solekan ada juga dalam rekaan cahaya dan juga rekaan bunyi. Ini adalah elemen-elemen yang ada di dalam sebuah persembahan muzikal. Tapi kalau kita tengok persembahan muzikal ini memang mendapat sambutan yang sangat menggalakkanlah. Okay [baik] kita memang ada beberapa muzikal yang produksi Istana Budaya sendiri yang memang mendapat sambutan yang hebatlah dulu. Kalau saya nak sebutkan adalah beberapa yang saya boleh sebut kalau contohnya macam Bangsawan, kita ada Bangsawan Siti Zubaidah. Itu Bangsawan adalah teater tradisional Melayu yang kita angkat. Kemudian kita ada Muzikal Hang Lipur yang kita telah pentaskan dan kita telah bawak pementasan itu ke negeri-negeri lain juga di seluruh Malaysia termasuk Sarawak. Kemudian, kalau… kalau produksi daripada luar contohnya macam Puteri Gunung Ledang The Muzikal, PGL saya rasa ini semua orang tahulah. Dia antara teater, antara muzikal di Malaysia yang sangat-sangat memorable [tidak dapat dilupakan], sangat orang ingat sebab persembahan dia sangat marvellous [luar biasa] dan ekstravaganza. Kemudian, kalau produksi-produksi muzik pun banyak sebenarnya muzik… kalau macam konsert klasik yang ada itu memang ada peminat-peminat dia tersendiri. Begitu juga dengan muzik tradisional di bawah orkestra tradisional Malaysia pun ada beberapa program di bawah dia pun yang dapat sambutan yang hebat daripada penonton. Jadi kalau saya nak sebutkan tu 28
memang terlalu banyak AY: Jadi, dalam banyak pementasan yang dijalankan rasanya mencapai tak tahap keberkesanan ataupun KPI yang ingin dicapai. EBZ: Okay[Baik], sekarang ini kalau dari segi KPI, KPI kita ada beberapa yang kita tengok. Pertamanya dari segi peningkatan kehadiran penonton, keduanya adakah KPI kita tu tercapai dari segi jumlah, produksi yang kita adakan dalam setahun. Setakat ini, jumlah produksi yang kita sasarkan dalam setahun itu memang tercapailah KPI dia, jumlah kru produksi. Kedatangan penonton ini dia agak, dia tengah-tengah penonton ni dia… target [sasaran] tengah-tengah penonton ini dia agak macam subjektif sikitlah. Jadi setiap tahun target [sasaran] kita tu berbeza. Jadi ada yang mencapai… ada yang kita mencapailah KPI kita dari segi kehadiran penontonlah. Tahun demi tahun, begitu juga dengan KPI tentang jumlah program yang kita anjurkan dalam setahun, maksudnya memang kita capailah. Dan, program-program yang ada di Istana Budaya dan dari segi dasarnya adalah 70 peratus adalah produksi daripada tempatan maksudnya produksi daripada syarikat-syarikat yang tempatanlah, syarikat Malaysialah dan 30 peratus tu boleh didatangkan daripada luar negara. Kuota dia 70, 30 lah. Ada juga diproduksi di luar negara yang mendapat sambutan yang sangat hebat contohnya Fame The Musical, kemudian kita ada Saturday Night Fever dan kita ada Cats The Musical kemudian kita ada haritu antara latest [baharu] kita ada Phantom of The Opera yang mendapat sambutan yang sangat-sangat hebatlah. Teater-teater daripada dunia yang datang membuat show [persembahan] di IB [Istana Budaya] ini memang… persembahannya memang kira world standard [bertaraf dunia]. Jadi kebanyakan penonton-penonton di Malaysia pun tahu jadi sebab itulah dia boleh mengundang kehadiran penonton yang sangat ramailah. AY: Lepas itu, mengikut hasil kajian kami lah kan, kami inginkan kepastian sama ada betul atau tidak yang bajet di Istana Budaya setiap tahun ada pengurangan? EBZ: Betul, memang tidak dinafikan. Pengurangan bajet ini kita ada bajet mengurus. Bajet 29
mengurus ini tidak nampak kesan sangat. Ini adalah bajet yang berkaitan dengan untuk kita mengecil sebab itulah kalau kita tengok kita cuma buat dua ataupun tiga persembahan ataupun produksi sahaja yang Istana Budaya sendiri dalam setahun. Dulu mungkin kita boleh buat contohnya kalau muzik kita boleh buat enam kali setahun. Sekarang dia mungkin boleh jadi tinggal dua sahaja. Kemudian muzikal mungkin kita boleh buat satu show [persembahan] sahaja, Bangsawan mungkin kita boleh buat satu sahaja, macam itulah dia makin lama bajet itu makin mengecil dan dia mengurangkan jumlah produksi terbitan Istana Budaya sendirilah. Sebab itu kalau kita tengok terbitan Istana Budaya makin lama makin kuranglah dan kalau kita tengok mungkin banyak daripada syarikat-syarikat tempatan pulak yang membuat… yang mengisi jadual persembahan di IB [Istana Budaya] di dalam kalendar tahunanlah. Itu betul, memang tidak dinafikan. Ini sebenarnya berkaitan dengan dasar kerajaanlah, dasar kerajaan yang telah bertukar yang telah merubah dasar mungkin kurangkan menggunakan perbelanjaan dari bidang… dia lebih nak tumpukan kepada bidang-bidang utamakan. Kita pun tahu bidang kesihatan, pendidikan tu memang dia kena lebihkan kena pulak kita lepas pandemik. Situ lagi nampaklah. AY: Jadikan encik, selepas pandemik Covid19 ini, banyak ke impak yang terkesan di Istana Budaya ini? Impak Covid19 ini terhadap Istana Budaya EBZ: Memang sangat-sangat. Antara sektor yang paling terkesan bila kita dilanda oleh pandemik Covid-19 adalah sektor kebudayaan dan kesenian. Itu semua orang tahulah, sektor-sektor yang lain itu tetap juga berjalan seperti biasa seperti sektor pertanian, kesihatan, pendidikan itu berjalan seperti biasa juga tapi kesenian dan kebudayaan ini memang sangat-sangat terkesan sehinggakan musim PKP kita tidak ada pementasan secara fizikal langsung selama lebih kurang hampir setahun. Start [mula] bermula pada bulan Mac 2020 sampailah sepanjang tahun. Di hujung tahun kita tidak ada persembahan yang membenarkan kehadiran penonton secara fizikal, jadi kita sendiri tidak ada persembahan fizikal jadi selepas tempoh tiga bulan PKP kita terpaksa merancang untuk mengadakan persembahan-persembahan secara berskala kecil secara online [dalam talian]. Jadi kita secara …. Jadi di bawah Istana 30
Budaya kita ada residen-residen artis. Residen artis ini adalah daripada artis-artis tari dan juga ahli muziklah, pemuziklah mereka residen. Jadi mereka ini kena ada peruntukan setiap produk mereka sendiri yang mereka create [cipta] masa PKP yang kita boleh pertontonkan secara online, atas talianlah jadi banyak kita buat dulu atas talian semua. Dan semua, selain daripada kita buat live [langsung] persembahan daripada secara live [langsung], yang kita rakam dan kita siarkan secara online [dalam talian] kita juga ada dalam bentuk infografik… infografik tentang apa-apa saja aktiviti-aktiviti yang kita boleh angkat supaya penonton di luar sana masih boleh… masih boleh bersama-sama dengan Istana Budaya dalam bidang kesenian dan kebudayaanlah. Jadi takdelah bidang itu terhenti terus… jadi kita tetap jugak walaupun secara onlinelah [dalam talian]. Jadi kita mengambil masa dalam tempoh satu tahun macam itulah kita punya program kita pada tahun 2021 tak silap saya dalam bulan enam masa itu barulah kita boleh mengadakan semula pementasan secara fizikal tetapi mengikut SOP yang ditetapkan, jadi adalah penjarakan, satu sahaja panggung yang boleh diisi… banyaklah SOP-SOP dia yang kita kena patuhlah. Jadi secara beransur-ansur sehingga akhirnya kita bolehlah mengadakan persembahan secara normal macam sampai sekaranglah dan kita boleh mengadakan persembahan secara fizikal. AY: Jadi soalan yang terakhir, apakah cadangan penambahbaikan untuk industri kesenian negara pada pandangan enciklah? EBZ: Penambahbaikan. Okay [Baik] penambahbaikan ini sebenarnya boleh kita lihat dari segi berapa… beberapa sudut. Dari segi memantapkan pengurusan pun kita tetap akan buat tahun demi tahun jadi kita nak memantapkan dari segi pengurusan kita… pada semua bahagian yang ada bawah Istana Budayalah. Jadi macam mana nak memantapkan ini macam biasalah ya kita tetap jugak kena menghantar kaki tangan kan untuk menerima ilmu, untuk berkursus, mengadakan latihan di dalam dan di luar negara lah contohnya. Itu memang yang kita adakan tahun demi tahun. Kemudian dari segi mana… macam mana kita nak mantapkan lagi bidang seni pentas secara keseluruhannya biasanya kita memang mula ataupun mengadakan kolaborasilah. 31
Itupun salah satu cara jugak kerana kita kekurangan bajet. Jadi kita berkolaborasi dengan jabatan-jabatan ataupun badan-badan berkanun, badan-badan berkanun seperti macam Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan sebagainya yang ada venue-venue [lokasi-lokasi] yang boleh diadakan persembahan. Itu adalah satu cara jugak untuk kita tetap meneruskan, mengembangkan seni dan budaya dalam keadaan bajet kita yang semakin terhad, tetapi kita tetap jugak boleh mengadakannya dengan kerjasama dengan jabatan-jabatan lainlah, bahagian-bahagian lain ataupun pihak negeri dan sebagainyalah. Jadi tanpa… dan dalam masa yang sama bila kita mengadakan persembahan di luar daripada Istana Budaya ini, jadi target kita adalah supaya masyarakat di luar sana tetap kekal ataupun tetap tahulah program dan boleh sama-sama menikmati… menilai program-program Istana Budaya di luar… di luar venue [lokasi] Istana Budaya sendirilah. Jadi kita nampak… contohnya kalau nak cakap di negeri-negerilah kan contohnya di daerah-daerah yang tidak terdedah sangat dengan seni persembahan. Jadi bila akhirnya tahulah, kita ada satu Jabatan di bawah kementerian yang mengangkat seni dan budaya inilah sehingga ke peringkat akar umbilah… so [jadi] kita… Istana Budaya akan ditutup bermula pada Januari tahun depan selama dua tahun tempoh dua ke tiga tahun kerana kita ada buat penambah baikkan atau kita buat pengubahsuaian… bukan pengubahsuaian kita ada nak membuat maintenance [penyelenggaraan] kita ada penyelenggaraan secara besar-besaran. Jadi bermula pada Januari tahun depan kita akan mengadakan program bergeraklah… program bergerak membawa program-program yang sesuai… yang skala yang sesuai dengan bajet yang sesuai ke negeri-negeri yang kita… kita akan tentukanlah kemudian termasuk juga ke universiti-universiti di seluruh Malaysialah AY: Jadi setakat itu sahaja temubual kita pada hari ini, terima kasih encik EBZ: Okay(baik), sama-sama 32
HASIL KAJIAN AISYA YUSREENA BINTI AZHAR (2021082340483) NUR AQILAH BINTI AMINORHUDIN (2021082340492) NUR NABILAH BINTI MUHAMMAD FAUZI (2021082340495) TAJUK: KAJIAN MENGENAI ISTANA BUDAYA PEMANGKIN KESENIAN NEGARA. 33
DAPATAN KAJIAN A. SEJARAH PENUBUHAN ISTANA BUDAYA Semasa tahun 1964, Kementerian Penerangan dan Penyiaran bersama Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Masyarakat ada mengemukakan cadangan untuk membina Pusat Kebudayaan Negara Malaysia. Pada tahun 1971, Kongres Kebudayaan melaksanakan perancangan serta perbincangan berkenaan penubuhan Panggung Negara. Rentetan itu, pihak berkenaan mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah organisasi iaitu Kumpulan Budaya Negara (KBN) yang berada di bawah naungan Cawangan Penggalakaan Kesenian. KBN juga mula aktif pada tahun 1974 di bawah Cawangan Pembangunan Kesenian, Bahagian Kebudayaan (KKBS). Tidak lama kemudian, pada tahun 90-an, bermulanya Panggung Eksperimen (ET) di Kompleks Budaya Negara. Panggung Eksperimen ini juga dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamed malahan sudah menjadi Bahagian Panggung Negara di bawah Kementerian Kebudayaan dan Kesenian (KKKP). Disebabkan itulah, organisasi Istana Budaya ini dahulunya dikenali sebagai Kompleks Budaya Negara. Kompleks Budaya Negara yang terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Namun begitu, pada tahun 1994, Kompleks Budaya Negara ditukar nama organisasinya kepada Panggung Negara. Pada tahun 1994 ketika itu di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Itu nama kementeriannya dan menterinya masa itu adalah Allahyarham Dato’ Sri Sabbaruddin Chik. Panggung Negara pada masa itu beroperasi di Kompleks Badan Negara. Kompleks tersebut telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Tun Abdul Razak yang sekarang dikenali sebagai Istana Budaya. Sehubungan itu, visi Istana Budaya adalah menjadi medan seni persembahan pentas yang terunggul di Malaysia dan bertaraf dunia (Istana Budaya, 2021). Misi Istana Budaya pula adalah membangun kecemerlangan artistik dalam seni persembahan pentas (Istana Budaya, 2021). Organisasi Panggung Negara telah ditukarkan kepada Istana Budaya pada tarikh 15 atau 19 September tahun 1999 yang merupakan tarikh perasmian Istana Budaya. Istana Budaya ini diwujudkan dan diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamaed. Penubuhan Istana Budaya ini menjadi mercu tanda kegemilangan seni yang berserta dengan kecanggihan teknologi. Namun begitu, terdapat percanggahan mengenai tarikh sebenar perasmian Istana Budaya kerana ada pendapat mengatakan bahawa Istana Budaya dirasmikan pada 2010. Walau bagaimanapun, menurut 34
(Ahmad Muaddib Abdul Halim, 2011) Istana Budaya diilhamkan pada tahun 1971, tetapi organisasi ini mula dibina pada tahun 1995. Jadi, melalui carian dan kajian yang telah kami lakukan, kami mendapati tarikh sebenar perasmian ini pada tahun 1999 setelah menemu bual orang sumber misalnya Encik Badrul Zaman bin Abdul Jalil selaku Timbalan Pengarah Bahagian Seni Reka di Istana Budaya. B. PERANAN ISTANA BUDAYA SEBAGAI INDUSTRI KESENIAN NEGARA Peranan Istana Budaya ini berdasarkan visi dan misinya iaitu menjadi medan seni persembahan pentas yang terunggul di Malaysia dan bertaraf dunia dan membangun kecemerlangan artistik dalam seni persembahan pentas. Istana Budaya berperanan dalam memartabatkan seni pentas di Malaysia untuk berada pada tahap yang tinggi seiring dengan panggung-panggung lain yang bertaraf dunia. Selain itu, Istana Budaya ini bertanggungjawab dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengangkat seni dan budaya tempatan dalam kalangan masyarakat. Menurut (Ismail, 2002), objektif penubuhannya berfungsi selarasnya dengan panggung teater yang bertaraf kebangsaan. Pentas tersebut disasar untuk mementaskan sesuatu produksi yang berkualiti tinggi atau persembahan agung adalah merupakan matlamat dan objektif utama. Menurutnya lagi, antara objektif utama Panggung Negara ini: i. Mempertingkatkan pencapaian estetika seni pentas Malaysia ii. Mewujudkan teater profesional iii. Mewujudkan teater bermutu tinggi iv. Membina khalayak seni yang dapat menghayati seni v. Merangsang budaya penajaan. C. STRUKTUR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISTANA BUDAYA Struktur pengurusan Istana Budaya diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Pengarah Operasi dan Pengarah Artistik. Timbalan Ketua Pengarah operasi ini mempunyai tiga bahagian utama yang terdiri daripada bahagian teknikal, bahagian khidmat pengurusan dan bahagian pemasaran dan panggung. Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Artistik turut mempunyai tiga bahagian iaitu 35
bahagian produksi, bahagian seni reka dan bahagian muzik. Namun begitu, bahagian muzik ini dibahagikan kepada dua iaitu muzik orkestra simfoni kebangsaan dan muzik orkestra tradisional Malaysia. Setiap organisasi akan diketuai oleh seorang pengarah dan setiap bahagian mempunyai unit-unit masing-masing. Misalnya, unit seni reka mempunyai tiga cawangan terbesar seperti cawangan set dan prop, cawangan kostum dan solekan dan cawangan grafik dan pameran. Bagi cawangan pentadbiran, seorang pengurus bertanggungjawab dalam mengurus pengambilan pegawai-pegawai dan kakitangan yang meliputi urusan pengisian jawatan-jawatan kosong, pelantikan secara kontrak, tetap serta pertukaran sementara. Mereka turut menguruskan pengesahan pegawai-pegawai dan kakitangan yang merangkumi kepada pengesahan-pengesahan lantikan rasmi, tapisan keselamatan dan pengesahan dalam jawatan. Pengurus di bahagian ini juga ditugaskan untuk menguruskan permohonan rayuan penyelarasan dan perubahan gaji pegawai dan kakitangan serta menguruskan kemasukan ke dalam jawatan berpencen pegawai dan kakitangan. Cawangan muzik ini merupakan satu cawangan yang menganjurkan persembahan berkualiti tinggi dalam persembahan berbentuk simfoni, orkestra, kombo dan muzik kamar (Chamber) yang diterajui melalui kumpulan tetap yang bertempat di cawangan ini. Selain itu, cawangan ini menggerakkan kegiatan seni muzik seperti kem muzik, bengkel, seminar dan apresiasi seni melalui kumpulan tetap dan menjadi sekretariat dalam pelaksanaan program-program ASEAN dalam bidang muzik. Sehubungan itu, cawangan pemasaran menggalas satu tanggungjawab untuk merancang, menyelaras, mengurus dan mengendalikan program-program pemasaran secara pengiklanan, rencana, penulisan dan lain-lain platform sama ada melalui media massa atau lain-lain bentuk komunikasi yang berkesan. Terdapat juga cawangan produksi yang berperanan dalam memastikan persembahan yang dijalankan mencapai tahap yang wajar mengikut keadaan serta tuntutan masyarakat berdasarkan jenis persembahan yang diadakan dan menjadi sekretariat dalam merancang, menyelaras dan mengendalikan kegiatan-kegiatan kesenian berbentuk festival, bengkel dan seminar yang digerakkan yang memanfaatkan ruang Istana Budaya. 36
D. KEBERKESANAN PELAKSANAAN AKTIVITI DI ISTANA BUDAYA Bagi mengukur kebekersanan struktur pengurusan dan pentadbiran Istana Budaya terdapat dua faktor yang boleh diperhati iaitu dari segi peningkatan kehadiran penonton dan juga sama ada key performance indicator (KPI) mencapai jumlah dan produksi yang diadakan dalam setahun. Menurut Encik Badrul Zaman, jumlah produksi yang disasarkan dalam setahun kebiasaannya memang mencapai KPI yang disasarkan. Sekiranya dikaji, kedatangan penonton dianggap sebagai subjektif, oleh itu, setiap tahun, sasaran yang diletakkan adalah berbeza-beza. KPI ini juga dapat diperhati melalui jumlah program yang dianjurkan oleh Istana Budaya dalam setahun. Oleh itu, melalui kajian KPI bagi program yang dianjurkan dalam setahun dikatakan mencapai sasaran yang ditetapkan. Program-program di Istana Budaya pada dasarnya terdiri daripada 70 peratus daripada produksi tempatan dan selebihnya yang 30 peratus pula boleh didatangkan daripada produksi luar negara. Antara teater daripada produksi luar negara yang pernah dipentaskan serta mendapat sambutan yang hangat ialah seperti teater Fame The Musical, Saturday Night Fever dan Cats The Musical. Baru-baru ini juga baru dipentaskan teater muzikal Phantom of The Opera yang sudah mula dipentaskan sejak tahun 1988 di Broadway. Disebabkan pementasan yang dilakukan dikatakan bertaraf dunia, ramai penonton-penonton di Malaysia hadir. 37
PENUTUP KAJIAN AISYA YUSREENA BINTI AZHAR (2021082340483) NUR AQILAH BINTI AMINORHUDIN (2021082340492) NUR NABILAH BINTI MUHAMMAD FAUZI (2021082340495) TAJUK: KAJIAN MENGENAI ISTANA BUDAYA PEMANGKIN KESENIAN NEGARA. 38
PENUTUP KAJIAN Kesimpulannya, melalui kajian ini, kami dapati bahawa Istana Budaya mempunyai struktur organisasi yang sistematik dalam usaha mentadbir institusi kesenian di Malaysia. Bukan sahaja pementasan muzikal sahaja, malah persembahan yang dijalankan juga bercorak orkestra simfoni kebangsaan, koir dan juga konsert nyanyian. Antara penyanyi yang pernah melakukan persembahan mereka di pentas Istana Budaya adalah seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Awie, Man Kidal dan juga Ella juga pernah melakukan konsert mereka di sana. Dari segi kebangsaan pula pementasan-pementasan yang dilakukan juga terkenal di Malaysia adalah Shrek The Musical, High 5 dan juga Cats The Musical. Oleh itu, jelaslah bahawa struktur pengurusan mereka amat sistematik kerana mampu menjalankan banyak aktiviti di pentas berikut. Kegiatan ini selaras dengan matlamatnya bagi mencapai kecemerlangan seni tanah air dan memenuhi tuntutan penggiat seni di Malaysia khususnya di luar dan di dalam negara. 39
RUJUKAN Ab SAMAD Kechot, & Sabzali Musa Kahn. (2011). Pengurusan Artistik: Kajian Mengenai Peranan Set Selaku Tenaga Kreatif Dalam Seni Persembahan Pentas Di... ResearchGate; unknown. https://www.researchgate.net/publication/245584403_Pengurusan_Artistik_Kajian_ Mengenai_Peranan_Set_Selaku_Tenaga_Kreatif_Dalam_Seni_Persembahan_Pen tas_Di_Malaysia Ab Samad Kechot. (2013). Peranan Pengurus sebagai Penyebar Maklumat: Kes Istana Budaya, Kuala Lumpur. Malaysia Journal of Society and Space 9 Issue 1 (79-88). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Muaddib Abdul Halim. (2011). KANAN ISTANA BUDAYA SELEPAS 10 TAHUN PENUBUHAN. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak. Istana Budaya. (Oktober, 2021). Visi & Misi - Portal Rasmi Istana Budaya. Portal Rasmi Istana Budaya. http://istanabudaya.gov.my/visi-misi/ Istana Budaya. (Oktober, 2021). Fungsi Bahagian - Portal Rasmi Istana Budaya. Portal Rasmi Istana Budaya. http://istanabudaya.gov.my/fungsi-bahagian/ Suhaimi Abdul Rahim & Nur Afifah Vanitha Abdullah. (19 Oktober 2021). Perkembangan Istana Budaya Sebagai Sebuah Panggung Negara di Malaysia (1999-2019). Journal of Malaysian Studies. Z Ismail. (2002). BAB III PENGURUSAN ISTANA BUDAYA 1999-2000. Universiti Malaya. 40