MISI PSS ZAABA, SK TALANG
• Memastikan bahawa murid dan guru menjadi
pengguna idea dan maklumat yang berkesan.
• Menawarkan dan membekalkan sumber
aktiviti pengajaran kepada warga Sk Talang
melalui secara dalam talian atau bersemuka.
• Menawarkan kemudahan dan laluan
intelektual dan fizikal sebagai asas utama
dalam misi PSS Zaaba
OBJEKTIF PSS ZAABA
• Meningkatkan taraf pengajaran dan
pembelajaran serta prestasi pencapaian murid
berdasarkan kemudahan/ perkhidmatan yang
sedia ada di PSS Zaaba.
• Menyakinkan murid dan guru bahawa mereka
akan sentiasa dibantu dan dibimbing untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan secara
menyeluruh melalui aktiviti yang dijalankan
oleh PSS Zaaba.
PENDAHULUAN
I SK TALANG DAN PSS ZAABA
• Assalamualaikum semua warga Sk Talang..
• Hari ini Cikgu Rizawati mahu memperkenalkan
sekolah kesayangan kita bermula dari sejarah asal
SK Talang. Misi PSS Zaaba kali ini ialah
memberikan segala maklumat , ilmu dan
panduan untuk murid-murid SK Talang supaya
lebih dekat dengan sekolah kesayangan kita. PSS
Zaaba akan menjadi nadi ilmu dalam
menyebarkan ilmu pengetahuan untuk semua.
Jom kita kenal sekolah kita…………
SEJARAH SK TALANG
• Baiklah semua…sebelum Cikgu Riza bercerita mengenai sekolah kita…. Jom kita kenal
asal usul nama Talang dahulu….
• Sejarah Kampung Talang (Kampung yang berhampiran dengan Sekolah Talang)
• Kg. Talang adalah sebuah perkampungan yang berasaskan pertanian sebagai mata
pencarian utama penduduk.Hasil – hasil utama berasaskan pertanian di kampung ini ialah getah,
padi,kelapa sawit dan tanaman kontan lain seperti pisang, sayuran dan sebagainya.Kampung ini
juga pernah diterokai oleh pendatang cina untuk bercucuk tanam. Selain pertanian penduduk
kampung ini juga menjalankan penternakan ikan air tawar, lembu, kerbau dan kambing untuk
menjana pendapatan tambahan.
• Asal kewujudan Kg. Talang adalah bermula semasa penduduk asal meneroka hutan untuk
dijadikan kawasan bendang( sawah padi ). Dengan bentuk geografi yang mempunyai dua lembah
diantara satu permatang ( tanah tinggi ), maka datanglah penduduk dari tempat lain kesini untuk
bertalang.Bertalang bermaksud menanam padi pendahuluan( padi lembut ). Oleh itu berpakatlah
mereka untuk mewujudkan sebuah perkampungan disini dengan nama Kg. Talang.Majoriti
penduduk di sini adalah Melayu beragama Islam.
• Pada tahun 1956, kampung ini telah menarik perhatian ramai dengan pembinaan satu
landasan kapal terbang yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Ipoh. Antara jenis
kapal terbang yang digunakan ialah PERGAM dan NURI. Kadar tambang yang dikenakan ketika
itu ialah sebanyak RM5.00 sahaja untuk satu hala. Namun begitu ia hanya bertahan beberapa
tahun sahaja akibat beberapa masalah yang timbul. Akhirnya kawasan tersebut dijadikan Padang
Ragut Celung Gajah. Hingga kini masih aktif dengan kegiatan penternakan lembu, kerbau dan
kambing.
•
LOKASI KG. TALANG DAN SK. TALANG
SEJARAH SK TALANG
• Sekolah Kebangsaan Talang bermula dari sebuah
rumah papan yang bertarikh asal pembinaannya
tidak dapat dikesan. Dalam tahun 1920, Kerajaan
Inggeris telah mendirikan sebuah bangunan
papan mengandungi dua bilik darjah, berhadapan
dengan Kilang Joo Seng iaitu sebuah kilang getah.
Luas bangunan sekolah papan ini adalah seluas
40 kaki x 20 kaki dan dinamakan Sekolah Melayu
Talang, sempena nama Kampung Talang.
• Perkataan Talang diambil sempena nama
sebatang pokok yang dikenali sebagai pokok
Talang. Guru besar pertama yang mula
berkhidmat di sekolah ini iaitu En. Md. Said bin
Md. Derus. Beliau telah dibantu oleh seorang
guru penolong. Beliau telah berkhidmat di
sekolah ini sehingga tahun 1932.
• Pada tahun 1956, sebuah sekolah cawangan yang
mengandungi 5 buah bilik darjah telah didirikan.
Sekolah cawangan ini terletak kira-kira setengah
batu (0.8 km) dari bangunan asal.
• Bangunan ini merupakan daya usaha Yang Di Pertua PIBG
pada ketika itu, Encik Sulaiman bin Abu Yamin dengan
sokongan beberapa penduduk yang telah mendesak
mantan Menteri Perak pada ketika itu iaitu Allahyarham
Dato’ Panglima Bukit Gantang agar mendirikan bangunan
tambahan bagi menampung pertambahan bilangan murid
di kanpung tersebut. Bangunan itu telah dirasmikan oleh
Yang Berhormat Encik Hamid Khan yang merupakan
Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 28 Oktober 1962.
• Pada tahun 1981, dua bangunan lama yang telah uzur (JKR
371 ) dan (JKR 372) berukuran 35 kaki x 29 kaki setiap satu
yang digunakan sebagai rumah guru telah dirobohkan bagi
membolehkan bangunan sekolah baru tiga tingkat
didirikan. Bangunan ini (JKR 1247) brukuran 170’ x 30’ telah
siap dibina pada akhir tahun 1982. Bangunan ini mula
digunakan pada 1 Januari 1983.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
• Sekolah Kebangsaan Talang atau singkatannya
SEKATA terletak kira-kira 6 km dari Bandar Di
Raya Kuala Kangsar. Sekolah ini merupakan
laluan utama ke bandar jika datang dari lebuh
Raya Utara Selatan. Jalan keretapi telah dibina
di belakang sekolah sejak sekian lama. Guru
dan staf sokongan serta murid sudah biasa
mendengar bunyi kenderaan dan keretapi
yang lalu lalang di hadapan sekolah.
• Sekolah ini telah dinobatkan sebagai Sekolah Bestari dan sekolah Perkasa. Etos
atau perwatakan sekolah ini lebih dikenali sebagai sekolah ragbi. Selain itu,
perwatakan lain melibatkan Pertandingan Boria yang hampir setiap tahun menjadi
juara (sejak 2001). Kesan dari perwatakkan inilah yang menjadikan Sekolah Talang
tumpuan ibu bapa menghantar anak ke sekolah berbanding dengan sekolah-
sekolah yang lain.
• Perpaduan dan permuafakatan guru dan murid serta suntikan semangat daripada
pentadbiran dan PIBG sekolah telah membawa beberapa kejayaan (juara) seperti
Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Kompang dan Formasi, Pertandingan Kuiz
J-Qaf peringkat Daerah Kuala Kangsar 2008.
• Hasil pemupukan sahsiah dan bakat murid dengan pelbagai aktiviti juga telah
melonjakkan nama Sekolah Talang dalam peningkatan peperiksaan UPSR, dimana
seramai 19 orang murid mendapat 5A dan kualiti semua mata pelajaran juga
meningkat sehingga kini.
• Program klinik pagi antara 7.15 pagi hingga 7.30 pagi merupakan satu program
persiapan murid sebelum ke kelas telah dapat membentuk displin murid-murid.
Begitu juga program Jiwa murni yang diamalkan 10 minit sebelum ke kelas semasa
waktu rehat merupakan nilai tambah dalam pembentukkan akhlak anak-anak di
sekolah ini. Diharap Sekolah Kebangsaan Talang akan maju dan cemerlang dengan
hasil didikan yang baik dari guru-guru selari dengan kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
PERBEZAAN PINTU GERBANG SEKOLAH
PENTADBIRAN SEKOLAH
LIRIK LAGU SEKOLAH
• LAGU RASMI SEKOLAH TALANG
•
• Banggakan sekolah Talang ini
• Di sini kami diajar
• Menuntut ilmu yang terpuji
• Bekalan hidup kita
• Juga hormat ibu bapa guru
• Kami akan berusaha
• Itulah azam kami semua
• Semoga hidup kita kan berjaya
• Itulah azam kami semua
• Semoga hidup kita kan berjaya
• CIPTAAN: CIKGU MAZLAN
MAKNA LENCANA SEKOLAH
• Maksud dan penerangan
• 1. ukuran lencana : 3.5cm x 5cm
• 2. maksud lambang pada lencana
• Bunga padi – hasil dalam negeri
• Obor – sentiasa maju dalam pelajaran
• Gelung berangkai – cemerlang dalam sukan
• Buku – melambangkan ilmu pengetahuan
• 3. Warna
• Hitam, putih, kuning – Kesultanan Negeri Perak
• Hijau – sihat dan cergas
• Merah – sikap berani
MAKLUMAT SEKOLAH
• PENTADBIR SEKOLAH KEBANGSAAN TALANG
• GURU BESAR : ENCIK SYUKRI BIN MD. ANI
• PENOLONG KANAN HEM : TN HJ. MOHAMAD SABRI BIN SHAHARUDDIN
• PENOLONG KANAN PENTADBIRAN : ENCIK WAN AZIZAN BIN WAN MASHOM
• PENOLONG KANAN KOKU : ENCIK MOHAMAD ZAHIAR BIN ZAMRI LELA
• Kod sekolah : ABA 4025
• Alamat sekolah : SK TALANG,
• JALAN TAIPING,
• 33000 KUALA KANGSAR,
• PERAK DARUL RIDZUAN
• Nombor Telefon sekolah : 05-7765822
• Nombor Faks : 05-7765822
• Gred Sekolah : Gred A
• Jumlah pentadbir : 4
• Jumlah guru : 54
• Jumlah Murid termasuk Pra sekolah : 614
• Keluasan sekolah :
• Cogan kata : ILMU SULUH HIDUP
VISI SEKOLAH
• PENDIDIKAN BERKUALITI
• INSAN TERDIDIK
• NEGARA SEJAHTERA
MISI SEKOLAH
• MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU BAGI
• MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
SLOGAN SEKOLAH
• SEKOLAH KEBANGSAAN TALANG
• SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN
GAMBAR PERSEKITARAN SEKOLAH
PENCAPAIAN TERBAIK SK TALANG SESI
2021/2022
• PERTANDINGAN CODING PERINGKAT NEGERI
• PENGAKAP RAMBU PERINGKAT NEGERI
• -14 ORANG AHLI
• PERKHEMAHAN MAYA PERINGKAT NEGERI
• -23 ORANG MURID
• PERTANDINGAN CHESS PERINGKAT NEGERI
• KARNIVAL PUSAT SUMBER PERINGKAT NEGERI
JOHOR- 11 ORANG MURID
• PERTANDINGAN FOTOGRAFI PERINGKAT DAERAH
PENUTUP
• Cikgu Riza berharap semua murid dapat
menghayati dan mempunyai rasa sayang akan
sekolah kita apabila membaca informasi
mengenai sejarah Sekolah Talang ini.
• Murid-murid SK Talang tetap terbaik dan
cemerlang dengan hasil bimbingan guru serta
usaha murid dalam mencapai prestasi yang
tertinggi. Jumpa lagi…. Sekian.
• # I PSS Zaaba…. Jom kita rajin membaca buku