TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM (SOALAN 6)
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
PETIKAN UMUM
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Tanaman herba bukan saja mewujudkan suasana landskap
menghijau di dalam atau di luar rumah, malah turut memberi pelbagai
manfaat lain. Tanaman ini boleh dimakan sama ada dijadikan ulam atau
digunakan dalam masakan, mahupun sebagai perubatan tradisional. Bagi
yang tidak mempunyai ruang landskap di luar rumah, pokok herba juga
boleh ditanam di dalam pasu dan diletakkan di dalam rumah. Tanaman
ini juga sesuai disusun di bahagian dapur kerana tidak memerlukan ruang
yang besar dan mudah dijaga.
Pengarah Urusan dan Pakar Landskap Enrich Focus Sdn Bhd
Maznah Ariffin berkata, “Ada pelbagai jenis tanaman herba yang boleh
ditanam dan memberi banyak manfaat. Selain pokok hiasan, banyak jenis
pokok herba boleh ditanam kerana penjagaannya tidak sukar. Lebih
menarik, pokok herba ada pelbagai kelebihan kerana boleh dimakan dan
dijadikan sebagai ubat malah mempunyai kebaikan berganda berbanding
menanam pokok hiasan,” katanya.
Menurutnya lagi, antara pokok herba yang mudah didapati, boleh
dimakan serta boleh dijadikan ubatan tradisional ialah pokok belalai
gajah, kemangi, pecah kaca, bangun-bangun dan daun pandan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pokok herba penghias rumah’
oleh Nor Hanisah Kamaruzaman, Harian Metro, 19 Mac 2
Bahan 2
Pokok herba ialah tumbuhan yang dikategorikan sebagai pokok
renek berbatang lembut atau keras dan mengandungi air yang banyak.
Dahulu, pokok herba ini biasanya digunakan oleh masyarakat sebagai
bahan ubat-ubatan untuk merawat penyakit dan sebagai makanan
tambahan untuk menguatkan tenaga. Tumbuhan herba ini juga sering
digunakan dalam masakan bagi menyedapkan rasa masakan. Tumbuhan
herba yang biasa digunakan dalam masakan seperti lengkuas, kunyit,
halia dan bawang putih sebenarnya mempunyai khasiat yang
menakjubkan.
Kini, pengguna mula cenderung kepada produk semula jadi, lalu
mereka memilih untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama
kegunaan harian. Untuk itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani mengambil langkah proaktif dengan menjalankan penyelidikan
mengenai tumbuhan herba. Kementerian ini juga mengadakan kempen
secara besar-besaran berkaitan dengan penanaman tumbuhan herba
untuk menyedarkan masyarakat tentang industri ini. Kempen ini boleh
dijalankan melalui pelbagai cara termasuklah media massa agar
masyarakat dapat menyedari kepentingan industri tumbuhan herba.
i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud pelbagai kelebihan ( 2 markah )
ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan manfaat tumbuhan herba. [3 markah]
iii) Industri herba di negara ini perlu dimajukan kerana masyarakat mula cenderung
untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memajukan industri herba di
negara ini? [3 markah]
iv) (iv) Keluarga anda merupakan pengusaha produk berasaskan tumbuhan herba.
Antara produk yang dihasilkan adalah seperti minyak urut, kosmetik, losen dan
minyak wangi. Walau bagaimanapun, penggunaan herba dalam perubatan dan
kecantikan masih belum digunakan secara meluas. Masyarakat kurang yakin
dengan keberkesanan produk yang berasaskan herba ini kerana terdapat
sebahagian besar produk yang tidak mendapat kelulusan pihak berwajib. Selain
itu, produk berasaskan herba turut bersaing dengan ubat-ubatan moden.
Sekiranya anda diberi tanggungjawab untuk menguruskan
perusahaan tersebut pada masa akan datang, apakah tindakan
anda untuk memajukan perusahaan ini?
[4 markah]
CONTOH JAWAPAN
i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud pelbagai kelebihan ( 2
markah )
Maksud pelbagai kelebihan ialah banyak faedah
ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan manfaat tumbuhan
herba. [3 markah]
Manfaat tumbuhan herba dalam Bahan 1 ialah tanaman ini boleh
dimakan sama ada dijadikan ulam atau digunakan dalam masakan,
mahupun sebagai perubatan tradisional. Selain itu, tumbuhan herba
ini juga sering digunakan dalam masakan bagi menyedapkan rasa
masakan. Manfaat tumbuhan herba dalam Bahan 2 ialah pokok
herba ini biasanya digunakan oleh masyarakat sebagai bahan ubat-
ubatan untuk merawat penyakit dan sebagai makanan tambahan
untuk menguatkan tenaga.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
iii) Industri herba di negara ini perlu dimajukan kerana masyarakat mula cenderung
untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memajukan industri herba di
negara ini? [3 markah]
Langkah-langkah untuk memajukan industri herba di
negara ini ialah pengusaha herba hendaklah menambah ilmu
pengetahuan dalam bidang industri herba dengan menyertai
kursuskursus yang berkaitan industri herba. Selain itu,
kerajaan hendaklah memberikan subsidi kepada pengusaha
herba agar mereka dapat meningkatkan kualiti tanaman
mereka. Kerajaan hendaklah memasarkan produk tumbuhan
herba dengan mengeksportnya ke ke luar negara. Televisyen
hendaklah menyiarkan dokumentari pengusaha tanama herba
supaya memberi inpirasi kepada individu lain untuk melibatkan
diri dalam industri herba.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
PENYELESAIAN MASALAH
(iv) Keluarga anda merupakan pengusaha produk berasaskan tumbuhan herba. Antara
produk yang dihasilkan adalah seperti minyak urut, kosmetik, losen dan minyak wangi. Walau
bagaimanapun, penggunaan herba dalam perubatan dan kecantikan masih belum digunakan
secara meluas. Masyarakat kurang yakin dengan keberkesanan produk yang berasaskan
herba ini kerana terdapat sebahagian besar produk yang tidak mendapat kelulusan pihak
berwajib. Selain itu, produk berasaskan herba turut bersaing dengan ubat-ubatan moden.
Sekiranya anda diberi tanggungjawab untuk menguruskan perusahaan tersebut pada masa
akan
datang, apakah tindakan anda untuk memajukan perusahaan ini?
[4 markah]
Sekiranya saya diberi tanggungjawab untuk menguruskan
perusahaan tersebut pada masa akan datang, tindakan saya untuk
memajukan perusahaan ini ialah saya akan memastikan produk yang
dihasilkan mendapat kelulusan pihak berwajib seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia. Selain itu, saya akan memastikan produk yang
dihasilkan dibungkus dengan baik dan menarik supaya menarik
minat pembeli untuk membelinya. Di samping itu, saya akan
memasarkannnya melalui saluran media sosial seperti Instagram,
Facebook dan Youtube. Akhir sekali, saya akan memohon subsidi
atau bantuan daripada kerajaan agar saya dapat melakukan
penyelidikan dan pembangunan untuk produk yang saya hasilkan.