The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salmah3175, 2021-09-11 02:57:10

Peribahasa - Soalan 5

Soalan 5 - peribahasa

SISTEM DAN
APLIKASI
BAHASA

SOALAN 5: PERIBAHASA
0LEH : CIKGU SALMAH

Standard kandungan : 4.2
Memahami dan menggunakan

peribahasa
dalam lisan dan penulisan

Standard Pembelajaran : 4.2.1
Menggunakan peribahasa dan
menghubung kait maksudnya
dengan betul mengikut konteks

Susunan perkataan yang
membawa maksud tersirat

Lahir daripada cetusan fikiran
orang Melayu dahulu

Digunakan dalam pertututran
harian

 Menggambarkan sifat, kelakuan
dan keadaan

 Perumpamaan
Bidalan
Simpulan Bahasa
Pepatah
Kata-kata hikmat /
slogan

SIMPULAN PERUMPAMAAN PEPATAH BIDALAN KATA-KATA
BAHASA HIKMAT
bagai aur dengan ada udang di sebalik batu sudah terang lagi
gelap mata tebing bersuluh bahasa menunjukkan
bangsa
serkap jarang seperti kera mendapat
bunga ditelan mati emak, diluahmati daripada segenggamjadi hilang bahasa,
mulut tempayan
ibarat anjing kepala bapa segantang lenyaplah bangsa
ayam tambatan buruk
indah khabar daripadarupa biar genting, jangan masa itu emas
berat sebelah laksana bulan putus
dipagari bintang
ukur baju di badan ada rupa ada harga otak cerdas, badan
bagai lebah sendiri cergas
menghimpun madu
sudah jatuh ditimpa biar berputih tulang, pandu cermat, jiwa
tangga jangan berputih mata selamat

telinga lintah ibarat mencurah air kedaun ular menyusul akar tidak untung sabut timbul, muafakat membawa
untung batutenggelam berkat
keladi hilang bisanya

lipas kudung bagai Belanda hanya jauhari yang sediakan payung bertangguh pencurimasa
meminta tanah mengenal manikam sebelum hujan

SOALAN 5 : PERIBAHASA

• Pelbagai bentuk - berdasarkan gambar situasi, karikatur, dialog,
ilustrasi, petikan dan sebagainya

• Panjang petikan atau bahan : antara 50 hingga 80 patah
perkataan

• Jumlah peribahasa bergantung pada arahan dalam soalan.

• Jumlah markah tidak tetap : bergantung pada kehendak soalan

+ SOALAN 5 : PERIBAHASA (Contoh 1)
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa
sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hamper sama
maksud dengan peribahasa tersebut.
[4 markah]
Datuk Ismail : Kamal, kawasan perumahan kita akan mengadakan gotong-royong pada
hari Sabtu ini. Kamu datang, ya. Ajak anak-anak sama.
Kamal : Maaflah Datuk. Saya ada hal lain.
Datuk Ismail : Sebagai penduduk, kita mesti saling bekerjasama untuk menjaga
kawasan perumahan kita kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Barulah tugas
yang dilakukan itu dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan.
Kamal : Betul, Datuk. Saya setuju bahawa kita saling memerlukan seperti aur dengan
tebing dalam hidup bermasyarakat. Tapi kami sekeluarga akan pergi menziarahi kakak
saya yang sakit di hospital pada hari Sabtu ini. Suaminya pun baru sahaja meninggal
dunia
Datuk Ismail : Oh, saya bersimpati atas penderitaan yang ditanggung oleh kakak awak,
sudah jatuh ditimpa tangga.

SOALAN 5 : PERIBAHASA (Contoh 2)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga
peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.

“Dahlah emak dan ayah saya sakit, sampai hati Mak Liah pula buat saya
begini. Saya sudah berusaha sedaya upaya untuk membantu anaknya
dalam pelajaran, tetapi dia bukan sahaja tidak menghargai pertolongan
saya, malah menuduh saya tidak pandai mengajar anaknya,” luah Hasnun
dengan nada sedih. “Bersabarlah Hasnun,” pujuk Syafik kepada rakan
karibnya yang bukan sahaja emaknya dirawat di hospital, malah ayahnya
juga ditahan di hospital kerana mengalami keracunan makanan. “Jangan
fikirkan sangat cakap Mak Liah itu. Perkara penting yang harus kamu
utamakan sekarang ialah teruskan usaha supaya cita-cita kamu tercapai,”
nasihat Syafik.

[6 markah]


Click to View FlipBook Version