The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang kanak-kanak yang bernama Lily selepas kematian Ibu bapanya. Lily merupakan seorang kanak-kanak yang menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, akibat sikap tamak kaum kerabatnya. Namun berkat pertolongannya semuanya berubah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzati, 2022-12-04 03:09:08

SI GADIS BAJU UNGU DAN BOLA AJAIB

Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang kanak-kanak yang bernama Lily selepas kematian Ibu bapanya. Lily merupakan seorang kanak-kanak yang menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, akibat sikap tamak kaum kerabatnya. Namun berkat pertolongannya semuanya berubah.

SI GADIS

BERGAUN MERAH

DAN BOLA AJAIB

IZZATI HARUN

Pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri yang
kaya dan termasyur di bandar Eldorado bernama Tuan
Laqiq dan Puan Syaron. Mereka mempunyai seorang
anak perempuan bernama Lily yang masih muda
remaja. Lily sangat terkenal kerana mempunyai sikap
yang lemah lembut dan menghormati orang tua.

1

Pada suatu hari, Tuan Laqiq dan isterinya terlibat
dengan satu kemalangan sehingga meninggal di
tempat kejadian. Selepas kepergiaan ibu dan
bapanya, hidup Lily mula menjadi huru hara dan
harta peninggalan ibu bapanya mula di ambil oleh
kaum kerabatnya sendiri.

2

“Ke mana lah untuk aku tidur malam ini” gumam Lily
perlahan-lahan. Lily bergerak ke arah hutan
perlahan-lahan dengan memakai gaun merah untuk
mencari tempat untuk dia berehat sementara
menunggu hari cerah.

3

Setelah lama berjalan, akhirnya Lily berhenti di
sebatang pokok yang merimbun. “rasanya di bawah
pokok ini sesuai untuk aku melelapkan mata
sementara menunggu hari esok” gumam Lily perlahan-
lahan. Akhirnya, Lily mula melelapkan mata dan tidur
dengan lena setelah seharian berjalan mencari tempat
untuk berteduh.

4

Matahari mulaI menampakkan wajahnya, Lily mula
terjaga dari tidur. Setelah puas berehat, Lily mula
berjalan bergerak menuju hutan mencari makan yang
boleh dimakan. Lily berjalan perlahan-lahan, tiba-tiba
dia melihat satu taman bunga yang sangat cantik. Lily
mula perlahan-lahan mendekati taman bunga
tersebut.

5

Sedang asyik memperhatikan bunga-bungaan, Lily
ternampak satu cahaya yang berkilauan di tengah-
tengah taman bunga tersebut. Lily mula bergerak
mendekati cahaya tersebut. “Wow, cahaya apakah
itu” terdetik Lily di dalam hati. Tanpa membuang
masa, Lily mula mendekati cahaya tersebut.

6

“Wow, bola apakah yang berkilau dengan cantik dan
mengeluarkan cahaya ini?” kata Lily dengan nada
teruja dan tertanya-tanya. Tidak menunggu lama, Lily
mula bergerak mendekati bola tersebut dan mengambil
untuk melihat secara dekat. Selepas memegang bola
itu, satu suara kedengaran meminta tolong untuk
dilepaskan. “Tolong, lepaskan saya anak muda yang
cantik” kata bola ajaib itu. Lily mula melepaskan bola
ajaib tersebut.

7

“ Maafkan saya telah menyakiti mu wahai bola ajaib”
kata Lily pada bola ajaib itu tanda menyesali atas
tindakannya yang ceroboh itu. Setelah melepaskan
bola ajaib itu Lily mula tertanya-tanya dalam hatinya,
bagaimanakah bola ajaib boleh berkata-kata.
“Bola ajaib, siapakah kamu dan bagaimana kamu
boleh berkata-kata seperti manusia yang lain?” tanya
Lily dengan nada yang menghairankan.

8

“Wahai si gadis yang cantik, saya adalah Putera Zeny. Anak
Raja di negara Zairon. Saya telah menjadi sebegini kerana
terkena sumpahan daripada ibunda kerana telah
melanggar janji dan saya telah terperangkap di dalam bola
ini hampir selama 5 tahun.”kata bola ajaib dengan nada
yang sedih. Setelah itu, Zeny mula menceritakan
bagaimana semua itu telah terjadi kepada dirinya.
“Wahai Zeny, bagaimanakah cara untuk kamu
menamatkan sumpahan ini ke atas diri kamu” tanya Lily
kepada Zeny dengan nada untuk mengetahuinya.

9

“Untuk menamatkan sumpahan ini saya perlu
membantu seseorang yang berhati muliayang
sanggup membantu orang lain dengan menggunakan
kesemua emas yang ada di kotak simpanan emas ini.
Orang tersebut juga tidak boleh menggunakannya
sedikit pun emas tersebut untuk dirinya sendiri”
terang Zeny kepada Lily.

10

Setelah mendengar kata-kata tersebut, Lily bertekad
untuk membantu Zeny membantu orang yang
memerlukan pertolongan dengan menggunakan
kesemua emas tersebut bagi menamatkan sumpahan
ke atas Zeny. Lily mula mengajak Zeny perlahan-lahan
berjalan menuju ke arah bandar berdekatan untuk
membantu orang-orang yang memerlukan.

11

“Wahai anak muda, siapakah kamu mengapakah
kamu menangis sebegini?” tanya Lily kepada
pemuda tersebut.
“Saya Syazren, tukang kayu di bandar ini. Saya
kehilangan tempat tinggal selepas rumah saya
terlibat dalam kebakaran pada pagi tadi. Sehingga
kini tiada siapa yang sudi menolong pemuda yang
miskin seperti saya ini” kata Syazren dalam nada
menyedihkan.

12

Setelah mendengar cerita yang dialami oleh Syazren,
Zeny dan Lily bercadang untuk membantu Syazren
membangunkan semula rumahnya yang terbakar
menggunakan emas yang mereka miliki.
Akhirnya rumah Syazren siap dengan bantuan Lily,
Zeny dan penduduk setempat. Setelah siap, Lily dan
Zeny meminta untuk meneruskan perjalanan bagi
membantu orang lain

13

Mereka berjalan sambil berbual-bual, tiba-tiba Zeny
bertanyakan tentang keluarga Lily dan dari manakah dia
berasal. Lily menjawab dengan jujur bahawa Ibu bapanya
telah meninggal dunia dan kini dia tidak lagi mempunyai
keluarga yang sangat menyayangi dirinya. Lily pula
menceritakan bahawa segala harta yang ditinggalkan
oleh ibu bapanya juga turut di ambil oleh kaum
kerabatnya.

14

Setelah menceritakannya kepada Zeny, tiba-tiba satu
cahaya memancar dari bola ajaib yang di pegang oleh
Lily. Lily meletakkan bola tersebut ke tanah kerana dia
khawatir dengan diri Zeny yang tiba-tiba mengeluarkan
cahaya dengan terang.

15

Zeny akhirnya berubah menjadi manusia semula
kerana dia berjaya membantu Lily menggunakan
emas yang ada untuk membantu orang lain.
Walaupun, diri Lily dalam kesusahan tetapi Lily
tidak mengambil kesempatan menggunakan emas
yang ada untuk kepentingan dirinya sendiri.
“Terima kasih Lily kerana sikap baik hatimu telah
berjaya menamatkan sumpahan saya” kata Zeny
dengan nada yang terharu.

16

Setelah peristiwa itu berlaku, Zeny telah membantu
Lily dengan membawa Lily pulang ke kampungnya
Apabila tiba di sana, Zeny mula menceritakan apa
yang telah terjadi kepada Lily dan berkat bantuan
Lily, akhirnya Zeny berjaya menamatkan sumpahan
yang terjadi. Berkat pertolongan Lily, bapa Zeny iaitu
Raja Qafliq telah menghadiahkan sebuah rumah
kepada Lily. Lily akhirnya hidup aman dan bahagia.

17

PENGAJARAN:

Sentiasa berkata

jujur
Sentiasa membantu

orang yang dalam

kesusahan
Perbuatan yang baik,

akan dibalas baik

SINOPSIS

Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup
seorang kanak-kanak yang bernama Lily selepas

kematian Ibu bapanya. Lily merupakan seorang

kanak-kanak yang menempuh pelbagai cabaran


dan dugaan, akibat sikap tamak kaum

kerabatnya. Namun berkat pertolongannya yang

suka membantu orang menyebabkan semuanya


berubah.


Click to View FlipBook Version