The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2 2022/2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by webmasterkpmam, 2022-08-02 23:55:18

Buku Program Pendaftaran Pelajar Baharu

Buku Program Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2 2022/2023

BUKU PROGRAM
PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU

KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK

SESI 2

2022/2023 (PENGAMBILAN JULAI)

Khamis, 4 Ogos 2022
8.30 pagi – 12 tengahari

KPM AYER MOLEK https://ayermolek.kpm.edu.my

UCAPAN
ALU-ALUAN
PENGARAH

W.B.T

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala rahmat dan maghfirah Nya, saya ingin mengucapkan setinggi
tinggi tahniah dan juga selamat datang kepada para pelajar baharu sesi 2 2022/2023 yang telah berjaya menjejakkan
kaki ke Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka (KPMAM). Mulai saat ini, akan bermulalah kehidupan saudar/i
sebagai siswa/siswi yang memerlukan kekuatan, ketabahan dan juga kebolehan untuk beradaptasi dengan sistem
pembelajaran yang agak berbeza dari kehidupan di sekolah menengah dahulu. Namun begitu, telah terbukti bahawa
proses adaptasi ini bukanlah sesuatu yang terlalu sukar kerana KPMAM telahpun berjaya melahirkan ribuan graduan
sebelum saudar/i. Kolej mempunyai sistem sokongan yang ampuh yang insyaAllah boleh membantu jika saudara/i
mempunyai masalah untuk beradaptasi

Perjalanan saudara/i tidak mudah Saudara/i akan memerlukan semangat kental, ketabahan dan kemahuan untuk
berusaha keras untuk boleh mencipta kejayaan di sini. Akan ada persaingan, tetapi jadikanlah ia persaingan yang sihat
di mana saudara/i saling membantu untuk sama sama berusaha meningkatkan kemahiran diri di samping
memahami, mendalami dan menguasai ilmu. Pelajar yang pintar dan bijak adalah mereka yang berani mengintai
dan merebut peluang dalam usaha untuk terus maju ke hadapan. Ilmu dan pengetahuan amat berharga dan bila
disertai dengan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif (sekadar menyebut
beberapa kemahiran utama) ia boleh menjadi penentu kepada kejayaan sesiapa sahaja. Maka ambillah peluang ini,
kerana sesungguhnya ada calon di luar sana yang tidak berkesempatan.

Sepanjang tempoh pandemik, aspek keselamatan dalam pengoperasian IPT amat dititikberatkan, dengan berpandukan
nasihat dan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lembaran baru Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) norma baru bermula pada sesi ini kerana PdP akan dijalankan
secara hibrid di mana terdapat gabungan antara pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka. KPMAM juga akan
terus mengamalkan Prosedur Amalan Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan wabak Covid
19 maka patuhilah SOP seperti digariskan agar kolej kita terus bebas dari Covid 19.

Kecanggihan teknologi semakin hebat. Rangkaian hubungan di seluruh dunia semakin mudah, menyelusuri setiap
ruang dan waktu. Segala urusan dilakukan hanya di hujung jari. Perkembangan dalam teknologi maklumat dan
komunikasi menjadi keutamaan. Mereka yang dapat membina rangkaian dalam dunia yang penuh persaingan akan
dapat menguasai sumber. Sebagai pelajar alaf baru, saudar/i perlu terus berusaha agar dapat bersama sama
memanfaatkan kelebihan ini dan seterusnya menguasai kemajuan menggunakan segala kemudahan yang ada.

Tahap intelektual yang tinggi beserta pemupukan budaya saing yang sihat serta penghayatan nilai nilai murni yang
menjadi kebanggaan kita akan menyumbang kepada pembentukan modal insan yang cemerlang. Oleh itu, tumpuan
kepada pemupukan budaya cemerlang hendaklah diteruskan sesuai dengan hasrat MARA dan KPMAM.
Sekiranya ini dapat dicapai, saudara/i semua akan muncul sebagai modal insan yang cemerlang, cekap, insan kamil
yang positif dan berpandangan jauh. Sekali lagi, selamat datang, semoga Allah permudahkan usaha saudara/i untuk
mencapai kecemerlangan.

Sekian, terima kasih

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2023”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

Samsiah binti Kandar
Pengarah KPM Ayer Molek Melaka

https://ayermolek.kpm.edu.my

JAWATANKUASA
PENGURUSAN
KOLEJ

Pengarah PN. SAMSIAH BINTI KANDAR

Timbalan Pengarah HEA PN. NOR RAJWANI BINTI AWANG

Timbalan Pengarah HEP PN. MASHITOH BINTI MUSA

Timbalan Pengarah KP EN SHAHRULAZLI BIN [email protected]

Ketua Jabatan Perakaunan PN. ROZAIDA BINTI ABU SHARI

Ketua Jabatan Sains Kuantitatif PN. ALINA BINTI MAHMUD

Ketua Jabatan Pengurusan PN. NOOR FAIEZAH BINTI YAAKUP

Ketua Jabatan Pengajian Am USTAZ MOHD SALMAN BIN MOKHTAR

Ketua UPP EN. AHMAD IKHWAN BIN TARMIZI

Kaunselor EN KHAIRUL AZWAN BIN AMIN

PN. SITI SARAH BINTI BAHARI

Ketua Felo CIK HANAQ BINTI YAZID

Peg. Teknologi Maklumat Ts. SHAFIK ASRAF BIN JUNUS

Penyelaras Kokurikulum PN. SAIDATUL KAMILA BINTI MOHD

HAJARAIH

Pen. PegawaiTadbir(K) PN. FAUZIAH BINTI ABDUL GANI

Pegawai Perpustakaan PN. SHARIFAH RAFIDAH BINTI WAN BAGUS

Pen. Pegawai Tadbir (Asrama) PN. ZALEHA BINTI KELING

YDP Muafakat KPMAM EN ABDUL RAZAK BIN BUDU

https://ayermolek.kpm.edu.my

UNIT
FELO
KOLEJ

Ketua Felo :
CIK HANAQ BT YAZID (010-5374364)

Timbalan Ketua Felo :
EN. MUHAMAD SAFWAN BIN MUHAMAD YUSOF (013-4255887)

CIK NORFAIEZAH BINTI MUHAMAD ALI (017-7856435)

Felo :-
USTAZ ABDUL NAIM BIN MOHD SALIM

EN. AZHAR BIN HASSAN
EN. AZRUL HAFFIZ BIN MOHAMED
EN. MOHD RAMDAN BIN IBRAHIM
USTAZAH SITI MARIAH BINTI ABDUL WAHAB
CIK NORLIZAWATI BINTI HASSAN

CIK RUQAYYA BINTI MAZLAN
PN. SYIRIN HANIM BINTI JALIS
EN. SA’ID BIN MOHD KHALID

https://ayermolek.kpm.edu.my

JAWATANKUASA
PENDAFTARAN
PELAJAR

Pengerusi PENGARAH
Timbalan Pengerusi 1 TIMB PENGARAH HEP
Timbalan Pengerusi 2 TIMB PENGARAH HEA
Timbalan Pengerusi 3 TIMB PENGARAH KP
EN. KHAIRUL AZWAN BIN MAT AMIN
Penyelaras PN. NURUL YUSRA BINTI MOHD SABRI
Setiausaha PN. SITI NAZIRA BINTI ABD RANI
Penolong Setiausaha
Jawatankuasa : EN. SALEHAN BIN ABD GHAFFAR
Semakan Kelayakan PN. ROSDIANAH BINTI RAMLY
Semakan Dokumen PN. ROZAIDA BINTI SHARI
Pendaftaran FIA (ACCA) PN. ANITA BINTI MD DIN
Yuran MARA PN. ZALEHA BINTI KELING
Penginapan Asrama EN. AZRUL HAFFIZ BIN MOHAMED
Koperasi & ID Pelajar PN. SYAHIRAH BINTI MD SARIP
PN. SYAFENAS BINTI ABDULLAH
Muafakat PN. CHE MAZURA BINTI A. AZIZ
Homeroom & CMS PN. SURYANTI BINTI YAHAYA
SPUPIM & Pengisian Borang YM. RAJA MOHD NASHRIQ BIN RAJA SABRI
EN. KHAIRUL NIZAM BIN POWDZI
Sahsiah Pelajar Ts. SHAFIK ASRAF BIN JUNUS
Teknikal & Siaraya PN. SITI SARAH BINTI BAHARI
Buku Program Digital
Domain Emel Pelajar EN. AZIZULAZRIN BIN MOHAMED
Penyelaras Minggu
Silaturrahim (MISRA) EN. KHAIRUL AZWAN BIN MAT AMIN
Pen. Penyelaras Minggu
Silaturrahim (MISRA) EN. SAIFUL AZLAN BIN AB JABAR
Penyelaras Orientation CIK NOR FAIEZAH BINTI MUHAMAD ALI
PN. ROHAYA BINTI ISMAIL
Committee PN. SITI MARIAH BINTI AB WAHAB
Sukan & Riadah CIK HANAQ BINTI YAZID
Makanan & Minuman EN. AHMAD KHOMEINI BIN ROSE
Persiapan Tempat & Kebersihan

Kerohanian
Felo / Warden
Keselamatan & Kawalan Lalulintas

https://ayermolek.kpm.edu.my

GARIS PANDUAN
PROSES PENDAFTARAN

PELAJAR BAHARU

1. Selepas bayaran Yuran Pendaftaran dibuat pelajar wajib membuat pengesahan
setuju terima tawaran melalui Sistem Semakan Keputusan Permohonan UPIM di
pautan https://apponline.mara.gov.my/upimonline/ dengan :

a) Memasukkan nombor rujukan transaksi atau nombor resit bayaran Yuran
Pendaftaran tersebut;

b) Muat turun, mengisi dan melengkapkan dokumen pendaftaran seperti yang
dinyatakan di bawah untuk diserahkan kepada pihak kolej semasa hadir lapor
diri pada 4 Ogos 2022
i. Panduan Pendaftaran Pelajar (Registration Book) – 1 set salinan asal
ii. Dokumen Perjanjian – 3 set salinan asal
iii. Surat Tawaran Pengajian – 1 set salinan asal

c) Pelajar juga perlu membuat satu (1) salinan fotokopi yang telah disahkan
bagi setiap dokumen seperti di bawah untuk diserahkan kepada pihak kolej
semasa hadir lapor diri.

i. Sijil SPM / SPMV / STPM / STAM / Sijil Kemahiran.
ii. Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran

Negara.
iii Sijil Kelahiran / Sijil Kematian / Sijil Perceraian Ibubapa / Penjaga yang

dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
iv Sijil Vaksinasi COVID-19

https://ayermolek.kpm.edu.my

KALENDAR
AKADEMIK
SESI 2 2022/2023

SESI AKADEMIK 2 2022 / 2023

Tarikh Tempoh Aktiviti / Program
(Minggu)
4 Ogos 2022 Pendaftaran Pelajar Baharu
1 Hari

6 Ogos 2022 1 Hari Pendaftaran Pelajar Kanan

8 Ogos – 18 September 6 Kuliah
2022
1 Minggu Aktiviti
19 – 25 Sept 2022 6 Kuliah
26 Sept – 6 Nov 2022 2 Ulangkaji / Peperiksaan Akhir
2 Cuti Semester
7 – 20 Nov 2022
21 Nov – 4 Dec 2022

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ADALAH SECARA
BERSEMUKA BERMULA 8 OGOS 2022

https://ayermolek.kpm.edu.my

STRUKTUR
YURAN

PELAJAR

https://ayermolek.kpm.edu.my

MAKLUMAN
PENTING
PELAJAR

1. Pastikan dokumen dalam senarai semak disalin mengikut
bilangan salinan yang dikehendaki dan salinan dokumen
juga wajib disahkan benar.

2. Kesemua dokumen yang dinyatakan disenarai semak
hendaklah disusun mengikut senarai semak dan
dimasukkan ke dalam sampul surat.

3. Sila tulis nama pelajar dan No.KP pelajar pada sampul
surat mengandungi dokumen berkenaan.

4. Dokumen tersebut perlu diserahkan di kaunter serahan
semasa hari mendaftar ke KPM AYER MOLEK.

5. Sila serahkan Borang Deklarasi Kesihatan di kaunter
pendaftaran.

https://ayermolek.kpm.edu.my

MAKLUMAN
SEMASA HARI
PENDAFTARAN

1) Hanya pelajar dan seorang ahli keluarga dibenarkan
menghantar barang ke bilik asrama. Kereta perlu
diparkir di tempat meletak kereta yang disediakan.

2) Program Minggu Silaturrahim (MISRA) akan bermula
pada jam 2.00 petang, Khamis, 4/8/2022. Kehadiran
semua pelajar baharu dalam semua aktiviti adalah
diwajibkan. Rujuk jadual yang disediakan.

3) Makan minum disediakan sepanjang tempoh MISRA
termasuk makan tengahari pada 4/8/2022.

4) Pelajar yang kurang sihat / bergejala perlu maklumkan
kepada SOC (fasilitator) dengan kadar segera.

5) Outing / pulang bermalam tidak dibenarkan pada 6 & 7
Ogos 2022.

https://ayermolek.kpm.edu.my

OBJEKTIF
PROGRAM

MISRA

1. Memberi peluang kepada pelajar dari pelbagai
negeri dan latar belakang untuk bersuai kenal.

2. Wadah pengerat hubungan silaturrahim antara
pelajar baru dan warga sedia ada kolej melalui
penyertaan bersama dalam segala aktiviti yang
dilaksanakan sepanjang program berjalan.

3. Membudayakan cara kehidupan bermasyarakat
di asrama dan kolej.

https://ayermolek.kpm.edu.my

JADUAL
PROGRAM

MISRA

JADUAL HARI PENDAFTARAN (Pelajar Baru) & PROGRAM MINGGU SILATURRAHIM (MISRA)

JADUAL PROGRAM TEAM BUILDING SEM. 1, SESI 2, 2022

https://ayermolek.kpm.edu.my

IKRAR
PELAJAR

Kami berikrar sesungguhnya sepanjang pengajian kami di
kolej :

1. Kami akan, mematuhi segala peraturan dan undang-
undang Kolej Profesional MARA Ayer Molek dan
semua peraturan dan undang-undang yang digubal
dari semasa ke semasa.

2. Kami akan menjaga nama baik kolej sepanjang masa
dan bertanggungjawab untuk melindungi harta dan
kemudahan kolej.

3. Kami tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan yang

tidak diingini yang akan mengganggu fungsi

pentadbiran dan akademik.

4. Kami akan menumpukan sepenuh masa kami dalam
pembelajaran dan akan memenuhi segala syarat
pengajian.

https://ayermolek.kpm.edu.my

LAGU
MARA

AMANAH RAKYAT
Demi satu keunggulan
Bangsa yang berdaulat
Sebuah lambing menawan puncak jaya
Perkasa di persada dunia

Obor para cendekia
Merentas masa hadapan
Usahawan jaya tercipta bahagia
Maju mara maju jaya

MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Bersemangat perintis penuh yakin
Demi satu Amanah mulia

MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Penuh keyakinan demi satu
Amanah mulia…

Lagu: Dato’ Mohd Nasir Mohamed
Lirik: Mohd Khirin Omar dan Dato’ Mohd Nasir Mohamed

https://ayermolek.kpm.edu.my

kerana dipilih sebagai warga
Kolej Profesional MARA Ayer Molek.

Kehadiran saudara - saudari
amat dialu-alukan.

Selamat Maju Jaya. Semoga beroleh
kejayaan yang cemerlang. Insya Allah.

https://ayermolek.kpm.edu.my


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Ceramah Antibuli
Next Book
PENGANTAR STATISTIK