MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40/ 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM,TANAH MERAH,KELANTAN.
Tarikh : 16 FEBRUARI 2020
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka SK Kulim.
Jumlah kehadiran Ibu bapa:
AGENDA 1: PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS (YANG DIPERTUA PIBG –
EN. ABD. RAHMAN B. JUSOH)
1.1. Memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah. Mengucapkan
salam dan terima kasih kepada para ibu bapa yang dapat menghadirkan diri
dalam mesyuarat PIBG ..
1.2. Pemberitahuan mesyuarat Agung PIBG perlu dilaksanakan setiap tahun.
1.3. Beliau memaklumkan bahawa kutipan sumbangan perkapita PIBG bagi
tahun 2020/2021 adalah sebanyak RM 20.00 dan kutipan sumbangan bagi
kertas peperiksaan/ujian pengesanan bagi murid tahap 2 dikutip sebanyak
RM 35.00 setiap tahun dan jumlah kutipan keseluruhan adalah sebanyak RM
55.00.
Cadangan disahkan ialah Pn. Siti Rodiah bt Zulkifli dan disokong oleh
Zuraihan bt Awang.
Kutipan sumbangan bagi tahun 2020/2021 disokong sebulat suara oleh ibu
bapa di mesyuarat Agung PIBG.
AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
AGUNG YANG LEPAS ( MESYUARAT AGUNG KALI KE-39)
2.1. Setiausaha PIBG, Pn. Rozeta bt Mat Ghani membentangkan minit mesyuarat
Agung yang lepas.
2.2 - Minit mesyuarat yang lepas dicadangkan untuk disahkan oleh En. Mokhtar b.
Ismail dan disokong oleh En. Mood b. Yusof.
AGENDA 3: Perkara-perkara berbangkit
3.1. Tiada berkara berbangkit
AGENDA 4 : Mengesah dan menerima penyata kewangan berakhir pada
31 Disember 2019
4.1- Pn. Zaidah bt Che Kob @Yaacob - Bendahari PIBG 2018/2019
membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2019
dengan merujuk buku program pada helaian 21 dan 22.
Disahkan oleh : Pn. Siti Suhaidah bt Mokhtar
Disokong oleh : Pn. Rosliza bt Yusuf
AGENDA 5 : Pemilihan AJK PIBG SK Kulim 2020
Mesyuarat sebulat suara bersetuju AJK dikekalkan.
En. Abd Rahman b Jusoh sebagai Yang Dipertua PIBG dan Lt.Kol (B) En. Mat
Hanafi b. Che Ahmad sebagai Naib Yang Dipertua PIBG SK Kulim sesi 2020.
AJK PIBG SK Kulim sesi 2020
1. En. Wan Azli b.Wan Min
2. En. Mohd Hisyam b. Sulaiman
3. Pn. Nor Farina b tab. Rahman
4. Pn. Roslinawati bt Mat Hussin
5. En. Yahya bin Ismail
6. Pn. Norhasilnda bt Afandi
YDP PIBG mencadangkan Anuar b. Harun , Samsul Bahari dan Yusliza bt Yusuf
sebagai AJK tahun 2020. Di sokong oleh En. Aswadi b. Asraf dan Pn.Salma bt
Yusuf.
AJK PIBG yang dilantik oleh pihak sekolah
- Setiausaha : Pn. Rozeta bt Mat Ghani
- Bendahari: Pn. Zaidah bt Che Kob@Yaacob
- AJK : Pn. Pn. Erdayanti bt Ab. Rahim
: Pn. Ashalila bt Abdullah
: En. Mohd Amin b Stapa
: En. Azman b. Haron
: Tn. Hj. Iramdi b. Ismail
Agenda 6: Hal-hal Lain
Guru Besar (Pn. Norhaswati bt Mohamad Nor) - Mencadangkan wujud Taman
Sains iaitu mini kolam ikan dan perlu gotong- royong ibu bapa bersama
warga SK Kulim untuk membuat kolam ikan.
- Melantik Admin untuk bekas murid SK Kulim iaitu Alumni untuk memberi
sumbangan kewangan dan sumbangan motivasi kepada murid.
- Awal Bulan April – Mencadangkan membuat Jamuan Hi-tea unruk kutipan
PIBG dan sumbangan ibu bapa dialu-alukan.
- Khidmat bantu dalam PdPc ibu bapa bersama guru mengajar anak-anak
supaya anak lebih berjaya.
- Meminta supaya ibu bapa tinggalkan perkara yang remeh-temeh ,
contohnya isu anak bergaduh, selesaikan dengan baik demi anak-anak.
- Ibu bapa perlu cakna pendidikan agama misalnya pastikan anak-anak
hadir ke kelas fardhu Ain.
- Sebagai menghargai AJK PIBG di kalangan ibu bapa yang hadir
mesyuarat Pihak sekolah akan memberi inisiatif untuk menghargai
mereka.
Agenda 7: Ucapan Penangguhan.
YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi
menghadiri mesyuarat sehingga mesyuarat berakhir.
Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih kifarah pada jam
5.00 petang.
Disediakan Oleh Disahkan Oleh
(ROZETA BT MAT GHANI) (ABD RAHMAN B. JUSOH)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Kulim SK Kulim