PERATURAN
SEKOLAH KEBANGSAAN
BANDAR RAUB
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH
1. Waktu persekolahan
1.1. Hari masa
Tahap 1 & 2
Isnin 7.30 pagi hingga 1.15 petang
Selasa 7.30 pagi hingga 1.15 petang
Rabu 7.30 pagi hingga 1.15 petang
Khamis 7.30 pagi hingga 1.15 petang
Jumaat 7.30 pagi hingga 12.15 tengahari
1.2. Murid harus berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum sekolah
bermula. Kelewatan datang ke sekolah membolehkan pelajar dikenakan tindakan disiplin
dan denda.
1.3. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas sebelum persekolahan bermula
kecuali murid-murid yang bertugas membersihkan kelas.
1.4. Apabila loceng dibunyikan murid mestilah beratur di dataran kejat atau dewan untuk
perhimpunan pagi.
2. Perhimpunan mingguan ( Isnin )
2.1 Semua murid dikehendaki menghadiri perhimpunan mingguan. Berada di tapak
perhimpunan sebelum 7.30 pagi.
2.2 Semua murid dikehendaki berpakaian lengkap dan kemas .Tidak dibenarkan berpakaian
sukan.
2.3 Aturcara perhimpunan ( hari Isnin )
a. Lagu Negeri Pahang
b. Lagu NegaraKu
c. Lagu Sekolah
d. Bacaan doa
e. Ucapan
f. Acara Semasa
g. Ikrar
h. Bersurai
3. Perhimpunan harian ( Selasa ,Rabu , Khamis dan Jumaat )
3.1 Semua murid dikehendaki menghadiri perhimpunan pagi. Berada di tapak perhimpunan
sebelum 7.30 pagi.
3.2 Murid-murid hendaklah berpakaian seperti mana yang dibenarkan oleh pihak sekolah
seperti pakaian sukan dan Unit Beruniform.
3.3 Aturcara perhimpunan
a. Lagu Negaraku
b. Doa
c. Acara semasa / makluman guru
d. Bersurai
3.4 Selepas perhimpunan,semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan senyap
dan teratur
3.5 Waktu pertama sesi pembelajaran adalah pada pukul 7.45 pagi.
4. KETIDAKHADIRAN / PONTENG SEKOLAH
4.1 Murid-murid tidak hadir ke sekolah kerana sakit atau lain –lain sebab mestilah membawa
surat doktor atau surat penjelasan daripada ibu bapa / penjaga sebaik sahaja ia datang
semula ke sekolah.
4.2 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa membawa surat doktor atau surat penjelasan
daripada ibu bapa / penjaga dianggap ponteng sekolah.
4.3 Sekiranya seseorang murid tidak hadir tanpa sebab, pihak sekolah akan mengenakan
tindakan seperti berikut ( rujuk muka surat 8 )
TINDAKAN PIHAK SEKOLAH
Bilangan hari tidak hadir Bilangan hari tidak hadir bukan
Surat berturut- turut berturut-turut
Amaran Pertama Pada hari ketiga Pada hari ke 10
Amaran Kedua 7 hari selepas amaran 10 hari lagi selepas amaran pertama.
( berdaftar ) pertama
Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran 20 hari lagi selepas amaran kedua
( berdaftar, buat Kedua
akuan penerima )
Buang sekolah 14 hari selepas amaran 20 hari lagi selepas amaran terakhir
( berdaftar, buat terakhir 60 hari bukan berturut-turut
akuan penerima )
4.4 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru atau tanpa vest
keluar kelas.
4.5 Murid yang didapati berada diluar kelas tanpa alasan munasabah akan dikenakan tindakan
disiplin.
5. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
5.1 Murid-murid mestilah memakai pakaian yang lengkap,kemas dan berlencana pada hari-
persekolahan,semasa menghadiri upacara rasmi sekolah dan semasa membuat lawatan
rasmi.
5.2 Murid Lelaki
a. Kemeja putih
b. Seluar panjang biru tua
c. Stoking putih
d. Kasut kanvas putih
e. Tali leher
f. Tali pinggang hitam/coklat yang sesuai,berkepala sederhana
g. Lencana sekolah
h. Tag nama ( tulisan hitam ) kain putih
5.3 Murid Perempuan.
a. baju kurung putih dan kain sarung biru tua
b. stoking putih
c. kasut kanvas putih
d. tahap dua wajib bertudung putih
e. tahap satu digalakkan bertudung putih
f. Tudung mesti dilekatkan tanda nama dan lencana
5.4 Pakaian Pendidikan Jasmani
a. T Shirt sukan atau T Shirt Putih
b. Seluar trek panjang warna hitam atau biru tua
c. Jersi sekolah
5.5 Pakaian lain yang dibenarkan
a. Pakaian Pengawas Sekolah
b. Pakaian Pengawas Pusat Sumber
c. Pakaian Pasukan Ko Kurikulum ( hari Rabu sahaja )
5.5 Pakaian lain yang dibenarkan
a.Pakaian Pengawas Sekolah
b.Pakaian Pengawas Pusat Sumber
c. Pakaian Pasukan Ko Kurikulum ( hari Rabu sahaja )
6. RAMBUT /KUKU /PERHIASAN MURID SEKOLAH
6.1 Murid lelaki
Murid lelaki haruslah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek
a.Di belakang; tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.
b.Di hadapan; tidak melebihi garisan tengah dahi.
c. Di sebelah; tidak menutupi kedua-dua cuping telinga.
d.Rambut tidak boleh diwarnakan atau difesyenkan.
6.2. Murid Perempuan
a.Di belakang; tidak boleh mencecah bahu.
b.Di hadapan; separas kening ,tidak boleh menutupi mata.
c. Rambut yang panjang hendaklah diikat dan dipakai dengan reben berwarna hitam atau
putih.
d.Rambut tidak boleh diwarnakan atau difesyenkan
6.3. Kuku
a.Murid-murid dilarang menyimpan kuku panjang atau mewarnakannya.
6.4 Barang-barang kemas dan alat-alat solek
a.Murid-murid tidak dibenarkan memakai atau membawa barang- barang kemas.
b.Hanya subang ‘stud’ kecil dibenarkan
c. Murid-murid dilarang membawa alat solek ke sekolah.
7. PERATURAN AM
7.1 Wang
a. Murid-murid tidak dibenarkan mengutip wang sama ada derma / yuran dan lain-lain
tanpa kebenaran Guru Besar.
b. Murid dinasihatkan jangan membawa wang yang banyak ke sekolah .Pihak sekolah
tidak bertanggungjawab di atas kehilangan wang murid.
c. Murid dinasihatkan tidak menyimpan wang di dalam beg sekolah atau di dalam laci
meja.
7.2. Telefon Bimbit /barangan Elektrik
a. Murid-murid dilarang atau membawa telefon bimbit dan barangan elektrik kecuali
kamus elektronik .
7.3. Alat permainan
a. Murid tidak dilarang membawa alat-alat permainan seperti pistol mainan, kereta kawal
dan sebagainya. Permainan berunsur akademik dibenarkan.
7.4. Kebersihan kelas.
a.Setiap kelas mestilah ada Jadual Bertugas Harian . Lantai sentiasa bersih dan tingkap
kelas mesti sentiasa bersih dan tidak berdebu.
b.Kelas hendaklah disapu setiap hari dan sampah dimasukkan ke dalam bakul sampah .
c. Pada waktu akhir sesi ,murid-murid hendaklah memastikan semua kerusi diletakkan di
atas meja,suis kipas, suis lampu, semua pintu dan tingkap mestilah ditutup sebelum
pulang.
7.5 Kawasan Larangan
a. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik-bilik khas seperti bilik guru,makmal, bengkel
Kemahiran Hidup dan lain – lain tanpa kebenaran daripada guru.
b.Kantin – semasa pelajaran / perhimpunan sedang dijalankan.
7.6. Waktu Rehat
a.Murid –murid mesti meninggalkan bilik darjah.
b.Murid -murid tidak dibenarkan makan dalam kelas.
c. Murid -murid dikehendaki berada di kantin / kawasan sekitar kantin.
d.Murid -murid hendaklah beratur ketika hendak membeli makanan
7.7. Keluar Kelas.
a.Hendaklah memakai vest/kad kebenaran setiap kali keluar daripada kelas.
8. TATATERTIB DAN KESOPANAN.
8.1. Semua murid mesti menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik sepanjang persekolahan
dan menjaga nama baik sekolah.
8.2. Semua murid wajib menghormati Guru Besar,guru-guru, kakitangan sekolah ,kawan-kawan
dan tetamu.
8.3. Semua murid mesti menjaga tutur kata,berbudi bahasa dan sentiasa bercakap benar.
8.4. Ucapan salam hendaklah diberikan apabila berjumpa sesama Islam dan ucapan selamat
sejahtera bagi yang bukan islam.
8.5. Semua murid hendaklah menghindarkan diri dari tabiat suka bergaduh, biadap, meminjam,
mengugut, memeras ugut, mengambil barang tanpa kebenaran tuannya, meniru dalam
peperiksaan dan mengubah markah peperiksaan.
9. JENIS-JENIS SALAH LAKU
a. Salahlaku Jenayah :
• .Berjudi
• Mencuri
• Melawan/mengancam /memukul / guru,.pengawas dan
murid lain.
• Memeras ugut
• Penyalahgunaan dadah
• Membawa senjata merbahaya
• Mencabul kehormatan
• Menceroboh bilik khas/kedai koperasi/pejabat sekolah
• Mengedar dadah
• Bertaruh secara besar-besaran
b. Tingkahlaku lucah
• Bercumbu-cumbuan
• Membawa bahan lucah ke sekolah
• Mengintai murid perempuan
• Menggunakan kata dan perbuatan lucah
• Melukis dan menulis kata-kata dan gambar – gambar lucah
c. Kekemasan diri
• Berambut panjang / fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan dengan peraturan
sekolah
• Berkuku panjang
• Bermisai dan berjanggut
• Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah
• Memakai barang perhiasan yang dilarang ke sekolah
d. Tingkahlaku tidak mementingkan masa.
• Berkeliaran di kawasan sekolah
• Datang lewat ke sekolah
• Lewat ke perhimpunan
• Makan di kantin di luar masa rehat
e. Tingkahlaku kurang Sopan dan Biadab.
• Berkelakuan kasar terhadap guru,pengawas dan murid.
• Berbahasa kasar
• Menyimpan dan menghisap rokok
• Mengganggu pelajaran dan pembelajaran
• Tidak menghormati guru dan pengawas.
f. Tingkahlaku Musnah
• Merosakkan harta benda sekolah
• Merosakkan harta benda Guru Besar,guru- guru atau murid lain.
g. Tingkahlaku Tidak Jujur / Menipu
• Menipu yang melibatkan wang atau kepercayaan.
h. Ponteng
• Ponteng kelas, sekolah, perhimpunan, ujian dan peperiksaan.
• Ponteng kegiatan luar bilik darjah / kokurikulum.
10. KESELAMATAN
10.1. Keselamatan diri adalah tanggungjawab murid sendiri.
10.2. Murid tidak dibenarkan berada dalam kelas pada masa-masa :-
• Pendidikan Jasmani dan pelajaran yang dijalankan di bilik – bilik lain
• Waktu rehat
• Selepas waktu persekolahan.
10.3. Tidak dibenarkan menunggang basikal dalam kawasan sekolah
10.4. Murid-murid tidak dibenarkan bermain di dalam bilik darjah,kantin, Koridor- koridor, pavilion
dan kawasan sekolah.
10.5. Murid yang menunggu bas / kereta / van mesti menunggu di dalam kawasan sekolah. Murid
dilarang bermain ditepi jalan semasa menunggu bas / kereta / van.
10.6. Kenderaan Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali hari hujan.
10.7. Alat-alat dan benda tajam tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.
11. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT )
11.1. Semua murid mesti menjaga buku – buku teks / pinjaman dengan baik.
11.2. Semua buku pinjaman mesti dibalut.
11.3. Buku – buku yang rosak / hilang diganti dengan buku yang baru oleh murid sendiri.
11.4. Buku teks tidak dibenarkan tinggal dalam laci meja selepas waktu persekolahan.
12. PENGGUNAAN BILIK AKSES / KIOSK INTERNET
12.1. Murid boleh menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat atau bahan Pembelajaran.
12.2. Sentiasa mengikut peraturan dan arahan yang ada dalam bilik akses atau kiosk
12.3. Murid tidak dibenarkan melayari laman web yang dilarang dan juga bermain games kecuali
games intraktif atau berbentuk pembelajaran.
13. PELAWAT
13.1. Pelawat mesti berjumpa dengan Guru Besar dahulu sebelum urusan dilakukan dalam
kawasan sekolah.
13.2. Murid-murid ditegah membawa / berurusan dengan pelawat dalam sekolah.