The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by petronellasharifah, 2022-06-09 11:25:30

MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA KES PEMBUANGAN BAYI

EBOOK

MPU23042
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

KES PEMBUANGAN BAYI

PUAN NINIE AMIRA BINTI
DRAHIM

NAMA AHLI KUMPULAN

PETRONELLA SHARIFAH ANAK LINGGIR
(20DPM21F1029)
FELICITY BARU (20DPM21F1024)

CRISTY ANAK THOMAS (20DPM21F1047)

FLORENCE ANAK HENRY (20DPM21F1037)

ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN

PENGENALAN

CONTOH-CONTOH KES
PEMBUANGAN BAYI

PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN
BAYI

KESAN-KESAN PEMBUANGAN
BAYI

LANGKAH-LANGKAH
MEMBENDUNG KES
PEMBUANGAN BAYI

PENUTUP

RUJUKAN

PENGHARGAAN Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana
kumpulan kami berjaya menyelesaikan tugasan kerja ini
dengan penuh jayanya. Kami ingin menjulang sepenuhnya
penghargaan kepada Pensyarah matapelajaran Nilai
Masyarakat Malaysia kerana beliau telah memberikan
tugasan ini kepada kami iaitu Puan Ninie Amira Binti Drahim.
Seterusnya,tidak lupa juga penghargaan kepada ibu bapa
kami yang memberikan sokongan kepada kami sepanjang
kami menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, pelbagai ilmu
pengetahuan yang telah kami perolehi sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini. Kerjasama kumpulan kami ternyata
telah membuahkan hasil dan akhirnya berjaya menyiapkan
tugasan ini. Tanpa kerjasama kumpulan kami mungkin tidak
dapat menyiapkan tugasan ini ini dengan sempurna.

PENGENALAN Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing
didengari dan berlaku dalam masyarakat Malaysia malah di
merata tempat. Bagi masyarakat kian membangun ini,
membuang bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan oleh
pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Menurut kes
ini, perempuan yang telah dipersalahkan dan terpaksa
menanggung beban atas pembuatan penzinaan tersebut.

Pengertian pembuangan bayi adalah bayi yang telah di buang
oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan mengandung
anak luar nikah.Oleh kerana tidak mahu malu atas perbuatan
tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat yang tidak
sepatutnya terutama di kawasan tapak pembuangan sampah,
longkang, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan
tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi
malang ini ditemui.Apakah kita ingin digelar masyarakat yang
tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan seperti
berlaku pada zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam. Kanak-
kanak terutama perempuan akan dibunuh dan ditanam hidup-
hidup untuk menutup malu demi hanya mempertahankan
maruah keluarga.

CONTOH-
CONTOH KES
PEMBUANGAN
BAYI

PUNCA-PUNCA 1. Pengaruh Rakan Sebaya
PEMBUANGAN
BAYI Satu daripada punca penyebab masalah ini adalah pengaruh rakan sebaya. Hal ini
demikian kerana remaja mudah dipengaruhi oleh perbuatan rakan sebaya mereka
dan akan mengikuti apa sahaja yang dilakukan oleh rakan. Remaja yang tidak
berfikiran matang tidak akan dapat membezakan sama perbuatan rakan mereka itu
betul ataupun salah dan lantaran itu, mereka akan mudah tersilap langkah dan
akhirnya mendatangkan kesusahan dalam kehidupan mereka kelak.

Contohnya, apabila anak-anak sudah masuk ke alam remajanya ketika
menyambung pembelajarannya di IPTA mahupun IPTS. Mereka secara
automatiknya memperoleh rakan baru malah tingkat umur yang berbeza.Pada
waktu ini mereka hanya menjadi rakan tanpa mengenal latar belakang rakan
tersebut dan disini lah pengaruh rakan sebaya boleh berlaku kerana tiada
pengawasan ibu bapa lagi. Jika remaja tidak ada keteguhan iman mereka akan
diselubungi perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan sebaya. Ini akan
menyebabkan remaja mudah terjebak dengan pergaulan bebas sehingga
melampaui batasan agama seperti maksiat,penzinaan dan hamil sehingga
berlakunya pembuangan bayi.

2. Kurang didikan agama dan nilai moral

Selain itu, remaja yang kurang didikan agama dan nilai moral juga merupakan satu
daripada punca berlakunya pembuangan bayi. Ramai remaja pada masa kini kurang
mendapat didikan agama kerana mereka tidak menyedari betapa pentingnya ilmu
keagamaan dalam kehidupan seseorang. Agama melarang penganut-penganutnya
melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral dan menjatuhkan maruah diri .
Remaja yang kurang didikan agama sememangnya mudah melakukan kesilapan
seperti membuang bayi yang dilahirkan.

3. Kurang kasih sayang dan perhatian daripada keluarga

Sementelahan itu, remaja yang kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada
keluarga dikenal pasti juga sebagai antara punca lain masalah pembuangan bayi
berlaku. Kesibukan ibu bapa bekerja, keluarga yang porak-peranda akibat
perceraian ibu bapa, pergaduhan antara ibu bapa dan bilangan adik-beradik yang
ramai menyebabkan remaja berusaha mencari jalan keluar untuk mendapat kasih
sayang, perhatian dan ketenangan fikiran daripada pihak lain serta kebebasan
hidup. Justeru, dalam proses ini banyak antara mereka yang mudah terpengaruh
oleh anasir-anasir yang kurang sihat dan hal ini diburukkan lagi oleh dorongan
nafsu untuk mendapat keseronokan sementara tanpa memikirkan akibatnya.

4. Pengaruh Media Massa

Punca lain seperti pengaruh media massa juga merupakan penyumbang kepada masalah pembuangan
bayi. Remaja yang melayari laman web lucah atau menonton video lucah di rumah semasa ketiadaan
ibu bapa di rumah menyebabkan pemikiran mereka lebih kepada perkara yang tidak menyihatkan.
Sebagai akibatnya, rosaklah moral anak-anak muda ini yang masih meraba-raba dalam mencari jati diri
mereka. Mereka mudah meniru dan terikut-ikut perlakuan yang ditonton dan kesudahannya mereka
mudah terjebak dalam jenayah seks seperti perogolan atau sumbang mahram yang kian menjadi-jadi
sejak kebelakangan ini.

5. Pergaulan Bebas

Remaja kini sering mengamalkan pergaulan bebas yang menyababkan seks bebas berlaku. Hal ini
demikian kerana mereka tidak mempunyai pegangan hidup yang kukuh dan sering gagal membuat
perhitungan dalam kehidupan. Mereka mudah terpengaruh oleh hawa nafsu semata-mata dan akhirnya
boleh mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri, bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa,
ikut suka duka.

KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI

1. Imej rakyat dan negara terjejas

Kesan yang ketara ialah imej rakyat dan negara ini terjejas pada mata masyarakat terutama orang asing. Sejak dahulu, masyarakat
kita begitu mengutamakan kesopanan terutama dalam aspek pendidikan remaja kita sehingga menjadi kaguman orang asing.
Namun, kejadian pembuangan bayi yang semakin kerap berlaku ini telah menukar persepsi orang lain itu sehingga memalukan kita
pula. Maka, kejadian buruk ini telah menconteng arang ke muka masyarakat kita tanpa disedari itu.

2. Dakwaan jenayah dikenakan

Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab ini boleh membawa dakwaan jenayah dikenakan kepada ahli masyarakat kita. Pihak polis
telah berkali-kali memberi amaran bahawa ibu bapa yang melakukan gejala ini boleh didakwa di mahkamah apabila bayi mereka
itu meninggal dunia. Sudah ada banyak kes pembuangan bayi terutama di kawasan sampah dan sunyi yang membawa kematian
bayi tersebut walaupun ibu bapa mereka tidak mempunyai niat untuk membunuhnya atau mencederakannya. Ringkasnya, amalan
buruk ini bukan sahaja keji tetapi boleh membawa wujudnya kes mahkamah pula yang boleh menjejaskan masa depan individu
terbabit.

3. Masa depan bayi terjejas
Tambahan pula, masa depan bayi itu turut terjejas akibat tindakan ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Bayi yang dibiarkan bersendirian itu pastinya akan dihantar ke pusat kebajikan masyarakat dan hidup sebagai anak yatim
piatu pula. Tanpa belaian kasih sayang dan didikan sempurna sudah pasti anak itu akan membesar sebagai insan yang
bermasalah terutama daripada aspek emosinya. Lantaran itu, negara kita akan memiliki banyak remaja yang mempunyai
masalah jiwa yang sukar untuk dikawal sehingga menimbulkan pelbagai kesan sampingan lain itu.
4. Kos perbelanjaan pihak berkuasa bertambah
Kos perbelanjaan pihak berkuasa juga bertambah apabila gejala pembuangan bayi ini tidak dikawal dengan efektifnya.
Kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk memastikan urusan persatuan kebajikan berjalan
dengan lancar. Semakin banyak penghuni rumah kebajikan ini semakin tinggilah kos yang diperlukan untuk
mentadbirkannya dengan lancar itu. Jadi, kerajaan tidak akan mempunyai wang lebihan untuk menjalankan aktiviti
pembangunan yang lain pula.
5. Kesan terhadap ibu yang melahirkan
Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat
mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh
keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya
kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya.
Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu
akan memaafkan ibunya.

LANGKAH-LANGKAH MEMBENDUNG KES PEMBUANGAN
BAYI

1. Menguatkuasakan undang-undang

Langkah pencegahan daripada pihak berkuasa pula adalah dengan menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan
hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hukuman yang setimpal harus
dilaksanakan supaya dapat memberi pengajaran kepada remaja yang terlibat dan juga kepada remaja- remaja yang lain.
Secara tidak langsung mungkin ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah keruntuhan akhlak dalam
kalangan remaja.

2. Mengadakan kempen-kempen kesedaran

Pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap
isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Justeru itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting
bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam
menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan.

3. Ibu bapa amat memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak mereka
Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir
dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa mestilah memberi didikan
agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Selain itu, Ibu bapa juga
hendaklah sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini demikian untuk mengelakkan mereka dari terjebak dengan
pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa kepada penzinaan. Ibu bapa juga haruslah bertindak sebagai kawan kepada anak-
anak mereka. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang erat secara tidak langsung akan memudahkan ibu bapa mengawasi mereka.
4. Menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama
Apabila perhatian dan kasih sayang ini diterapkan, maka anak-anak akan merasa mereka dihargai dan disayangai. Ini secara tidak
langsung akan mengelakkan mereka tertekan dan seterusnya mengelak daripada aktiviti pergaulan bebas diantara mereka (remaja).
Oleh itu, pergaulan boleh dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh diatasi.
5. Peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa untuk menangani
gejala buang bayi yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. Badan-badan NGO boleh dijadikan tempat rujukan bagi mereka
yang mengandung anak luar nikah disamping untuk mendapat bimbingan dan perlindungan, contohnya seperti Asrama Puteri
KEWAJA. Hal ini demikian kerana mereka masih perlu dibela dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.
Badan-badan NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi bagi membela nasib mereka yang tidak bersalah,
contohnya seperti Pusat Perlindungan PERNIM. Ianya juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa mengambil balik hak mereka dan
bertanggungjawab ke atas mereka.

PENUTUP Kesimpulannya,setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak
untuk hidup. Oleh itu, semua masyarakat haruslah
bekerjasama bergabung tenaga bagi membanteras dan
mencegah saupaya gejala pembuangan bayi ini tidak
menular ke tahap yang lebih serius. Tindakan bersepadu
Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan
Kampung (JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) perlu menangani
pergaulan bebas dalam kalangan remaja dengan tindakan
awal kerana “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”.
Masyarakat perlu sedar bahawa bayi ini merupakan
Anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada hambanya
untuk bertanggungjawab dan menjaga malah sebaliknya bagi
pasangan kekasih yang telah terlanjur,bayi yang akan
dilahirkan itu menjadi satu beban kerana mereka tidak
bersedia untuk memikul tanggungjawab diusia yang masih
muda iaitu usia remaja.

RUJUKAN sYIqAh In0MaShIr0 (2011, JUNE). ‘’Pembuangan bayi-punca,langkah mengatasi dan
kesan’’ . Dimuat turun daripada
http://loveallahsyiqah.blogspot.com/2011/06/pembuangan-bayi-puncalangkah-
mengatasi.html?m=1

Venus (2016, MARCH). ‘’Punca Pembuangan Bayi’’. Dimuat turun daripada
http://venusliu899.blogspot.com/2016/03/punca-pembuangan-bayi_6.html?m=1

https://karangan.net/karangan-kesan-pembuangan-
bayi/#Imej_rakyat_dan_negara_terjejas

Powered by Blogger (2016, OCTOBER) ‘’KES PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN
REMAJA’’. Dimuat turun daripada
http://kisahpembuanganbayi.blogspot.com/2016/10/kesan-kesan_12.html?m=1

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version