Universiti Malaysia Terengganu 1 PROGRAM ASASI STEM SESI 2024/2025
Universiti Malaysia Terengganu 2 Warkah Pengarah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu, saya dan seluruh warga Pusat Asasi STEM (PASTEM) , Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengucapkan Tahniah kepada semua pelajar yang telah ditawarkan sebagai pelajar Program Asasi STEM di Universiti Malaysia Terengganu. Tahniah! Anda antara calon bertuah yang berjaya ditawarkan ke Program Asasi STEM, UMT bagi Sesi 2024/2025 Bagi membantu calon pelajar, pihak PASTEM ada menyediakan beberapa kaedah pendekatan seperti menyediakan beberapa perkara bersama surat tawaran seperti dibawah : i. Nama dan nombor telefon Penasihat Pendaftaran bersama surat tawaran. Penasihat pendaftaran adalah terdiri daripada para pensyarah di PASTEM. ii. Pautan untuk menyertai whatsapp group Bersama Penasihat pendaftaran. iii. Pautan untuk menyertai telegram bersama pensyarah dan bekas pelajar Asasi STEM https://t.me/+5varL-Kdd9syY2Y1 ** Setiap pelajar diminta untuk join group telegram official Pusat Asasi STEM bagi sebarang maklumat
Universiti Malaysia Terengganu 3 iv. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan proses pendaftaran dan yang berkaitan, pihak Pusat Asasi STEM menyediakan platform konsultasi yang dinamakan Pre Departure Asasi STEM secara atas talian (Webex) bermula pada 29 hb Jun sehingga 18 Julai 2024 (Rujuk Poster). Pautan : https://umt.webex.com/umt/j.php?MTID=m5512ab6215bc4bb9915045154ea2dbe7 Selain itu, sesi Bersama Pengarah Asasi STEM juga akan diadakan pada 30 Jun 2024 bagi tujuan memberi penerangan mengenai Program Asasi STEM. Juga dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet (Rujuk Poster) Semoga Asasi STEM menjadi pilihan anda semua. Sekali lagi, Tahniah! Sekian, terima kasih. Yang menjalankan amanah, Prof. Madya Dr. Laili binti Hj. Che Rose Pengarah Pusat Asasi STEM Universiti Malaysia Terengganu
Universiti Malaysia Terengganu 4 PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU UMT SECARA DALAM TALIAN Proses Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi Akademik 2024/2025 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Kehadiran pelajar ke kampus UMT adalah bagi urusan pendaftaran di Kolej Kediaman dan pengambilan pakej Minggu Jalinan Mesra (MJM) sahaja. (Sila tandakan pada kotak yang berkenaan) 1. SEKIRANYA SAUDARA/I MENERIMA TAWARAN, SILA AMBIL TINDAKAN BERIKUT: Cetak dokumen yang disenaraikan di dalam menu muat turun sistem ePendaftaran UMT. Panduan Pendaftaran ini tidak akan diposkan kepada pelajar. Buat bayaran yuran dengan menggunakan kaedah Payment Gateaway melalui Sistem ePendaftaran UMT dan TATACARA PEMBAYARAN juga turut disediakan untuk dimuat turun pelajar melalui sistem ePendaftaran UMT. Sahkan kehadiran ke kampus UMT dengan mencetak Slip Pendaftaran Dan Lapor Diri pelajar baharu sepanjang tempoh Pendaftaran dibuka bermula 29 Jun 2024 bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 18 Julai 2024 jam 11.59 malam. *Hanya calon yang selesai membuat pembayaran yuran melalui sistem ePendaftaran yang akan diberikan akses mencetak Slip Pendaftaran Dan Lapor Diri dan disahkan sebagai Pelajar Berdaftar UMT. 2. BORANG SARINGAN KESIHATAN PELAJAR: i. Semua pelajar baharu diminta untuk mengisi Borang Saringan Kesihatan Pelajar dan memuat naik semula ke Sistem ePendaftaran UMT sebelum jam 11.59 malam, 18 Julai 2024. Borang ini BUKAN untuk digunakan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan (Medical CheckUp) di mana-mana hospital atau pusat perubatan. ii. Pemeriksaan kesihatan (Medical CheckUp) akan dijalankan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UMT dan laporan pemeriksaan kesihatan daripada pihak luar selain UMT tidak diterima. Borang Saringan Kesihatan Pelajar ini disediakan untuk mendapatkan status kesihatan pelajar secara umum sahaja dan bukan untuk digunakan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan (Medical CheckUp) di mana-mana hospital atau pusat perubatan. 3. PROGRAM MINGGU JALINAN MESRA (MJM) : ➢ Semua pelajar baharu UMT diwajibkan untuk mengikuti Program MJM yang juga merupakan program orientasi pada minggu pertama pelajar baharu mendaftar. Pelajar diwajibkan untuk mematuhi garis panduan pemakaian pelajar sepanjang program berlangsung. ➢ Pelajar diwajibkan untuk mengikuti kesemua aktiviti dan slot yang disediakan sepertimana jadual MJM yang boleh di muat turun daripada Sistem ePendaftaran UMT.
Universiti Malaysia Terengganu 5 Pakaian Semasa Minggu Jalinan Mesra (MJM) a) Lelaki: ➢ Baju Korporat, Kemeja atau T-shirt Berkolar ➢ Seluar slack panjang gelap b) Perempuan: ➢ Baju Kurung atau Kemeja ➢ Pakaian yang tidak menjolok mata atau menutup muka. ➢ Bertudung *pelajar muslim sahaja 4. YURAN PENGAJIAN 4.1 Kadar Yuran Kadar yuran pelajar baharu program program Asasi STEM Sesi Akademik 2024/2025 adalah seperti berikut: PROGRAM PENGAJIAN YURAN PENDAFTARAN (RM) *Sem. 1 sahaja YURAN PENGAJIAN (RM) YURAN ASRAMA (RM) JUMLAH (RM) Asasi STEM 430.00 620.00 399.00 1,449.00 *Jumlah yuran dipaparkan adalah mengikut kadar RM399 untuk bilik berempat. 4.2 Sebarang masalah atau pertanyaan tentang pembayaran yuran, boleh diajukan kepada: SEKSYEN KEWANGAN PELAJAR, PEJABAT BENDAHARI, UMT Telefon : 09-6684246/4373/4377 Faks : 09-6684217 ATAU E-mailkan ke alamat berikut : ✓ [email protected] ✓ [email protected] ✓ [email protected] ✓ [email protected]
Universiti Malaysia Terengganu 6 5. BANTUAN KEWANGAN 5.1 Semua pelajar diminta untuk mengisi Borang Permohonan Bantuan Kewangan Asasi (BKA). Bagi pelajar yang berpendapatan kasar keluarganya dibawah RM11,819 sebulan, pelajar boleh dipertimbangkan untuk menerima Bantuan Kewangan Asasi daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Maklumat lanjut mengenai hal ini akan dimaklumkan semasa Minggu Jalinan Mesra. 5.2 Sebarang pertanyaan berkenaan bantuan kewangan boleh diajukan kepada : SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN, PUSAT ASASI STEM: Telefon : 09-668 3709 / 09-668 3710 ATAU E-mailkan ke alamat berikut : ✓ [email protected] 6. KAD MATRIK 6.1 Semua pelajar diwajibkan untuk memiliki Kad Prihatin Siswa (KPS- Pelajar dengan akaun RHB Bank) atau Kad Matrik (Pelajar tanpa akaun RHB Bank) sebagai pengenalan mereka selaku pelajar UMT. Pelajar perlu memastikan telah memuat naik gambar rasmi masing-masing ke Sistem ePendaftaran sebelum jam 11.59 malam, 18 Julai 2024. Hanya gambar yang memenuhi kriteria ditetapkan pihak Bahagian Keselamatan UMT akan diluluskan sebelum cetakan KPS/Kad Matrik dibuat dan Panduan Muat Naik Gambar Kad Matrik turut disediakan untuk dimuat turun pelajar melalui Sistem ePendaftaran UMT. 6.2 Urusan berkaitan KPS/Kad Matrik juga boleh dibuat di Kaunter Bahagian Keselamatan sekiranya pelajar mempunyai masalah dengan penyediaan KPS/Kad Matrik masing-masing semasa hadir ke kampus untuk pendaftaran ke Kolej Kediaman. 7. GARIS PANDUAN PAKAIAN DAN RAMBUT Semua pelajar UMT dikehendaki untuk berpakaian sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia dan sebagai bakal ilmuan serta pemikir negara pada masa hadapan, para pelajar seharusnya sentiasa mengamalkan pemakaian yang bersih, kemas dan sopan sepanjang berada di kampus. Berikut adalah Garis Panduan Pemakaian Pelajar yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Universiti Malaysia Terengganu apabila kesemua pelajar telah diberikan kebenaran untuk hadir dan berada di kampus UMT: 7.1 Pelajar hendaklah patuh kepada semua arahan dan amalan pakaian yang berkuatkuasa oleh Fakulti / Pusat / Bahagian terutama di bilik kuliah, perpustakaan, makmal dan sebagainya.
Universiti Malaysia Terengganu 7 7.2 Pelajar dilarang untuk berselipar semasa menghadiri kuliah, program rasmi atau ketika berurusan dengan semua pejabat di UMT. 7.3 Pelajar tidak dibenarkan untuk memakai Tshirt tanpa kolar/ leher bulat dan seluar sukan kecuali ketika aktiviti riadah dan santai. 7.4 Pelajar lelaki hendaklah sentiasa berambut pendek. 7.5 Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata atau menutup muka. 7.6 Contoh penampilan pakaian pelajar UMT yang dibenarkan adalah seperti Gambar Rajah di berikut: CONTOH PEMAKAIAN PELAJAR UMT
Universiti Malaysia Terengganu 8 SOALAN LAZIM PUSAT ASASI STEM 1) Adakah semua pelajar Asasi STEM berpeluang untuk memohon elaun? Ya, semua pelajar boleh memohon. Namun, PASTEM akan membuat saringan terlebih dahulu yang mana hanya pelajar yang pendapatan keluarganya kurang daripada RM11,819 sahaja yang akan dihantar ke KPT. 2) Saya mempunyai masalah kewangan. Boleh ke saya nak mohon untuk menunda bayaran yuran pendaftaran? Pelajar boleh membayar dengan kadar minimum (dengan kelulusan Pejabat Bendahari, UMT) dan mengisi borang akur janji bayaran. Sebarang masalah boleh dikemukakan kepada urusetia untuk bantuan. 3) Boleh ke saya nak memohon surat pengesahan belajar di PASTEM, untuk tujuan saya memohon sumbangan dari pihak Yayasan Negeri. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran ke PASTEM untuk memohon sumbangan. 4) Saya layak untuk menerima bantuan elaun KPT kerana pendapatan ibu bapa kurang dari RM11,819. Adakah jika saya membayar kadar minimum dahulu, baki yuran ditolak dari jumlah elaun yang diperoleh? Ye. Baki yuran yang belum dijelaskan akan ditolak daripada jumlah elaun yang pelajar perolehi. 5) Saya nak tanya tentang gambar pada kad matrik. Adakah pelajar Cina perempuan perlu mengikat rambut? Pastikan anda dalam keadaan kemas. Bagi pelajar lelaki Melayu, kopiah tidak dibenarkan, tetapi boleh memakai songkok. Turban dibenarkan untuk Singh. 6) Nak tanya, biasanya siapa yang boleh sahkan slip gaji? Adakah bahagian kewangan syarikat tempat ibu bapa bekerja atau boleh juga minta pengesahan guru besar/penggawa? Penggawa/ guru besar layak untuk mengesahkan slip gaji ibu bapa dan mana-mana pegawai yang diiktiraf (dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional) 7) Saya telah mendapat tawaran lain dan ingin menerima tawaran tersebut. Adakah saya boleh memohon untuk refund bayaran yuran yang telah saya bayar ke Bendahari UMT? Boleh,dalam tempoh ditetapkan. Pelajar perlu menyediakan surat ke pihak Bendahari UMT, dan mestilah dalam makluman pihak Pusat Asasi STEM juga tentang perkara ini. 8) Adakah kaedah pembayaran yuran hanya melalui JomPay? Selain JomPay, pelajar juga boleh membuat transaksi terus ke bendahari UMT. Pastikan menggunakan nombor akaun Bendahari UMT yang betul, dan masukkan nombor matrik dan nombor kad pengenalan pada ruangan rujukan. 9) Selepas tamat Pusat Asasi STEM, adakah saya boleh menyambung degree di IPTA lain? Tidak boleh, kerana Pusat Asasi STEM mengamalkan closed system, yang mana setelah tamat pengajian di asasi STEM, pelajar akan memilih program-program Sarjana Muda di UMT sahaja.
Universiti Malaysia Terengganu 9 10) Jika pendapatan ibu bapa adalah RM12,000 dan jumlah tanggungan bapa saya seramai 6 orang, adakah saya layak untuk membuat rayuan mendapatkan elaun? Hanya pelajar yang ibu bapanya berpendapatan RM11,819 dan ke bawah sahaja yang dipertimbangkan oleh KPT untuk menerima elaun, tanpa mengira bilangan tanggungan. 11) Jika saya bayar yuran pendaftaran separuh dahulu, bilakah tarikh akhir untuk saya langsaikan baki bayaran yuran tersebut? Pelajar perlu memastikan sebelum bermulanya peperiksaan akhir bagi semester tersebut, baki yuran perlu dijelaskan. Jika tidak, pelajar tidak akan mengetahui keputusan peperiksaannya. 12) Saya pelajar aliran bukan sains. Boleh ke untuk saya untuk skor dalam kursus-kursus di Asasi STEM? Sudah pasti boleh. Ramai lepasan Asasi STEM yang lepas menjadi pelajar top 10 pada setiap semester. Apa yang penting, pelajar perlu fokus dan faham konsep dalam setiap kursus yang dipelajari. Malah, di Asasi STEM juga terdapat pelbagai aktiviti seperti Buddies Coaching dan Mentor Mentee dalam membantu pelajar dalam pembelajaran. 13) Boleh ke saya memilih program Sarjana Muda seperti kaunseling dan perakaunan selepas tamat Asasi STEM nanti? Matlamat utama penubuhan Pusat Asasi STEM adalah untuk menyediakan bakal pelajar pra-siswazah dengan pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya dalam bidang STEM, untuk memasuki program yang berasaskan Sains dan Teknologi di UMT. Maka, pelajar digalakkan dan dibimbing untuk terus kekal berada dalam aliran Sains dan Teknologi. 14)Saya mempunyai masalah internet yang kurang stabil di kawasan rumah, dan bimbang jika tidak dapat mengikuti kuliah online. Adakah pihak Pusat Asasi STEM akan membantu kumpulan pelajar yang bermasalah ini? Para pelajar digalakkan untuk sentiasa memberitahu perkembangan individu dan masalah yang dihadapi supaya bantuan yang sesuai dapat disalurkan. Pihak pengurusan PASTEM sedaya upaya akan membantu. Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada arahan semasa daripada pengurusan tertinggi UMT. 15) Pengajaran ketika Asasi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris? PdP yang berjalan untuk kebanyakan subjek yang diajar adalah bergantung kepada tenaga pengajar. Ramai pensyarah mengaplikasi mod campuran ketika mengajar untuk menyesuaikan pelajar.Walaupun begitu 70-80% Bahasa pengantara adalah Bahasa Inggeris kerana para pelajar Asasi STEM digalakkan untuk sentiasa berbahasa Inggeris untuk mencapai matlamat sasaran ke arah I.R. 4.0 . 16) Bolehkah saya tahu tentang laluan kerjaya selepas Asasi STEM ini? Apakah ijazah yang ditawarkan di UMT? Terdapat lebih daripada 20 kursus ijazah tujahan yang ditawarkan dalam bidang sains, seperti sains marin dan sains pemakanan yang bersesuaian dengan minat pelajar secara keseluruhan di UMT. 17) Saya sangat berminat dengan program Asasi STEM ini. Tapi, bila saya lihat senarai program yang ada di UMT, saya kurang berminat dengan kursuskursus tersebut. Boleh bantu saya?
Universiti Malaysia Terengganu 10 Bidang tujahan di UMT lebih memfokuskan bidang sains marin dan kelautan. Bagaimanapun, terdapat juga kursus-kursus sains dan teknologi seperti Kejuruteraan Perisian, Sains (Biologi, Kimia), Teknologi Makanan, Teknologi Maritim, Matematik Gunaan dan banyak lagi. Salah satu kelebihan pelajar Asasi STEM adalah, pelajar boleh memilih program degree yang diminati setelah tamat program Asasi tanpa melalui UPU. 18) Adakah semua pelajar Asasi STEM layak untuk tinggal di asrama? Ya, semua pelajar Asasi STEM perlu tinggal di asrama/ kolej kediaman yang telah disediakan. 19) Saya merupakan pelajar India. Boleh ke saya nak mohon untuk tinggal di bilik asrama yang semuanya adalah pelajar India? Pihak pengurusan Kolej Kediaman UMT akan membuat susunan pelajar yang sebaiknya bagi setiap bilik. Bagaimanapun, pelajar boleh membuat rayuan untk pertukaran jika percampuran bangsa pelajar berlaku, mengambil kira untuk keselesaan beribadat. 20) Susah tak pelajar bukan sains tulen untuk skor dalam kursus-kursus di Asasi STEM? Tidak susah!. Anda hanya perlu fokus dan faham konsep. Ramai lepasan Asasi STEM yang lepas menjadi pelajar top 10 setiap semester. 21) Boleh ke saya membeli buku rujukan daripada senior? Tiada masalah dan dibolehkan! Anda digalakkan untuk mempunyai buku rujukan. Walaupun begitu, para pelajar akan dibekalkan dengan nota yang telah di update bersesuaian dengan silibus terkini hasil daripada pemantauan dan pematuhan kepada MQA agar mutu akademik pelajar adalah berkualiti. 22) Adakah sijil yang dikeluarkan setelah tamat asasi stem dapat diterima untuk menyambung pengajian di IPTS lain? Sijil Asasi Universiti (internal university foundation certificate) adalah bersesuaian dengan syarat kemasukan khas Universiti dan sesuai untuk semua ijazah yang ditawarkan di UMT. Walau bagaimanapun syarat ini tidak terpakai jika pelajar tersebut mempunyai alasan munasabah dan kelulusan dari Universiti dan pihak Asasi STEM menyokong permintaan /pemindahan kredit serta pihak universiti di sana mengakui kesetaraan sijil di antara Asasi universiti. 23) Adakah UMT menyediakan bantuan tertentu kepada pelajar yang kurang berkemampuan, selain daripada elaun daripada kementerian? Ya, selain daripada elaun yang disediakan oleh pihak KPT, UMT sendiri sentiasa cakna dengan keadaan pelajar kami. Bagi golongan asnaf dan kurang berkemampuan, terdapat juga bantuan zakat pelajaran. Bantuan ini diberikan kepada pelajar asasi/diploma, sarjana muda dan juga sarjana. Malah, bagi pelajar yang sentiasa cemerlang pada setiap semester turut berpeluang untuk menerima biasiswa sepanjang pengajian mereka di peringkat sarjana muda dan Sarjana. 24) Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh pelajar bagi menghadapi PdP online ini
Universiti Malaysia Terengganu 11 Memiliki peranti yang sesuai seperti laptop, iPad, atau sekurang-kurangnya smartphone merupakan elemen penting sebelum pelajar memulakan sesi PdP online. Pelajar juga perlu memastikan jaringan internet adalah dalam keadaan yang stabil. 25) Bagaimana pula sekiranya capaian internet pelajar hilang semasa kelas sedang berlangsung? Bagaimana untuk memastikan mereka ini dapat mengikuti semula kelas yang telah mereka tertinggal itu? Di Pusat Asasi STEM sendiri, para pensyarah sentiasa cakna akan keadaan pelajar. Jika hal ini berlaku, pelajar boleh menonton semula video rakaman kuliah yang akan sentiasa di upload oleh pensyarah dalam medium yang sesuai seperti Wadi, dan Google Drive setiap kali selepas kuliah dan kelas tutorial. 26) Apakah apps yang akan digunakan sepanjang pdp secara online ini selain daripada webex. Berdasarkan soal selidik pelajar yang terkumpul, para pelajar dan pensyarah kebanyakkan menggunakan google meet, Kahoot dan Wadi- merupakan platform wajib bagi pelajar Asasi STEM dan Diploma Perikanan kerana bertindak sebagai tapak sokongan e-pembelajaran. 27) Melalui FB Asasi STEM, dpt dilihat kejayaan pelajar dlm program inovasi. Apakah ada perkiraan merit bagi pelajar yg menyertai program tersebut? Pusat asasi STEM sentiasa memberi ruang dan peluang kepada pelajar bukan sahaja untuk menyertai program inovasi, malah pelbagai aktiviti lain yang mampu meningkatkan personal development pelajar. Perkiraan merit adalah bonus yang diperoleh pelajar dalam aktiviti-aktiviti ini. 28) Bagaimana perjalanan pengajian Asasi STEM sewaktu PKP? Kelas tutorial, kuliah akan berjalan secara normal manakala subjek yang mempunyai aktiviti makmal akan tertakluk kepada arahan semasa dan perancangan yang telah ditetapkankan (hybrid@online) INFO MEDIA SOSIAL ASASI STEM
Universiti Malaysia Terengganu 12 Sila sertai kami di media sosial yang disertakan. Mohon kepada pelajar untuk mengikuti kami di link yang disertakan. Kami boleh ditemui di platfrom media sosial seperti berikut: Pautan Media Rasmi You Tube https://www.youtube.com/channel/UC LYqYv_iqzsZJyXOVCXKf7g Facebook https://www.facebook.com/AsasiSTEMUMT/
Universiti Malaysia Terengganu 13 Instagram – https://www.instagram.com/stemumt.official TikTok – https://www.tiktok.com/@stemumt.official
Universiti Malaysia Terengganu 14 PANDUAN UMUM 1. KEDIAMAN PELAJAR 1.1 Beberapa Blok Kolej Kediaman di dalam kawasan kampus UMT telah disediakan bagi menempatkan para pelajar tahun satu dan pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan terpilih untuk tinggal di Kolej Kediaman. 1.2 Sepertimana yang disebutkan di atas, semua pelajar tahun satu diwajibkan untuk tinggal di Kolej Kediaman selama dua semester kecuali bagi pelajar yang telah berkahwin dan yang mempunyai masalah kesihatan yang serius. 1.3 Selain daripada kemudahan tempat tinggal di Kolej Kediaman, para pelajar UMT terutama pelajar tahun dua dan ke atas yang tidak terpilih untuk tinggal di Kolej Kediaman mempunyai banyak pilihan rumah-rumah sewa bagi penginapan mereka di sekitar kampus dengan kadar sewa yang berpatutan. 1.4 Makanan boleh diperolehi dari kafetaria dalam kampus, restoran atau gerai makan yang berdekatan. 2. KAUNSELING DAN KERJAYA Unit Kaunseling di PPHKP bersedia membantu pelajar untuk mencapai prestasi akademik dan pembentukan peribadi serta kerjaya yang cemerlang melalui proses mengenal diri serta menggunakan potensi yang ada ke tahap yang maksimum. Pelajar digalakkan menemui kaunselor untuk berbincang mengenai diri, rancangan serta masalah mengenai pendidikan, akademik, sosial, peribadi, emosi dan mental. Kaunselor juga boleh membantu pelajar mendapatkan maklumat tentang kerjaya dan perancangan masa depan mereka. 3. PERPUSTAKAAN 3.1 Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) UMT terletak berhampiran dengan fakulti, pusat pembelajaran dan pusat pentadbiran. Kedudukannya ini memudahkan para pelajar mengunjunginya. 3.2 Bangunan PSNZ sekarang boleh menampung seramai 2000 orang pada satu-satu masa. Ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk membantu dan melancarkan pembelajaran para pelajar UMT. Kemudahan ini termasuk waktu perkhidmatan yang panjang dan pelbagai jenis koleksi (bergantung kepada jenis penerbitan dan bentuk maklumat). Kemudahan sistem rangkaian internet juga disediakan untuk kemudahan pelajar. 3.3 Waktu Operasi PSNZ: Semester Kuliah Ahad – Rabu : 9.00 pagi – 11.00 malam Khamis : 9.00 pagi – 4.15 petang Jumaat : 3.00 petang – 11.00 malam Sabtu : 10.00 pagi − 6.00 petang Cuti Semester Ahad – Rabu : 9.00 pagi – 4.30 petang Khamis : 9.00 pagi – 4.15 petang Jumaat & Sabtu : Tutup
Universiti Malaysia Terengganu 15 Minggu Peperiksaan Ahad – Rabu : 9.00 pagi – 12.00 t/malam Khamis : 9.00 pagi – 6.00 petang Jumaat : 3.00 petang – 12.00 t/malam Sabtu : 10.00 pagi − 12.00 t/malam *Waktu perkhidmatan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. 4. PERKHIDMATAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI 4.1 Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UMT diwujudkan untuk memberikan perkhidmatan dan perawatan bagi kes-kes kecemasan dan pesakit luar untuk pelajar-pelajar di bawah Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar. 4.2 PKU UMT beroperasi seawal 8.00 pagi sehingga 4.45 petang. Ianya dikendalikan oleh Pegawai Perubatan (Umum dan Pergigian), Pen. Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan dan Jururawat Terlatih. 4.3 Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan khas, pesakit akan dirujuk kepada Pegawai Perubatan Kerajaan atau pakar-pakar yang berhampiran dengan kampus ini. 4.4 Berikut disenaraikan jenis-jenis perawatan dan perkhidmatan kesihatan yang dikendalikan oleh Pusat Kesihatan UMT: i. Memeriksa dan memberi rawatan yang sempurna bagi kes-kes kecemasan dan pesakit luar berdasarkan diagnosa penyakit. ii. Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada pelajar, kakitangan dan orang awam. iii. Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan pergigian. iv. Menilai keadaan pesakit untuk dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) atau pakar jika difikirkan perlu mendapat rawatan lanjut. v. Melakukan pembedahan kecil seperti insisi bisul, jahit luka, buka jahitan, cucian luka dan sebagainya. vi. Membuat pemonitoran gula dalam darah. vii. Membuat pemeriksaan air kencing (mengandung). viii. Membuat pemeriksaan air kencing untuk diagnosa. ix. Membuat ‘Ear mopping’ bagi telinga tersumbat. x. Mengambil sampel darah untuk kajian pembelajaran. xi. Pendidikan Kesihatan kepada pelajar-pelajar samada secara langsung atau tidak langsung seperti poster, pamplet dan sebagainya. xii. Menganjur program derma darah dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) . xiii. Terlibat dalam aktiviti-aktiviti pelajar yang memerlukan program kesihatan seperti Kayak Merdeka, Larian Konvo Fest, program ketrampilan pelajar dan sebagainya. xiv. Menyediakan kemudahan peti rawatan kecemasan kepada jabatan dan persatuan pelajar yang memerlukan.
Universiti Malaysia Terengganu 16 5. SUKAN DAN REKREASI UMT menyediakan beberapa padang dan gelanggang bagi pelbagai jenis sukan yang boleh disertai para pelajar seperti bola sepak, tenis, bola tampar, ragbi, badminton, hoki, skuba dan rekreasi air. UMT juga mempunyai kompleks sukan yang lengkap dan pelajar digalakkan membawa peralatan sukan mereka sendiri. Sekiranya anda merupakan seorang atlet dan masih terlibat secara aktif di dalam sukan berkaitan, sila hubungi Pusat Sukan Dan Rekreasi UMT.
Universiti Malaysia Terengganu 17 IKRAR PELAJAR UMT Bahawasanya saya sebagai mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu sesungguhnya berikrar dan mengaku bahawa saya akan: Patuh kepada Perlembagaan, Statut, Akta, Peraturan dan Tatatertib yang berkuatkuasa di Universiti ini; Sentiasa memelihara dan meninggikan nama baik Universiti ini dan akan memberi segala khidmat saya kepada Universiti dan masyarakat; Berusaha sedaya upaya mencari dan memperdalamkan ilmu pengetahuan dan menjunjung tinggi kebebasan berbuat demikian.