buletin asasi Universiti Awam Edisi Julai - Disember 2022
BILANGAN 4 SEKAPUR SIREH E-BULETIN UNIVERSITI ASASI AWAM Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan izin serta kurnia-Nya, Buletin Asasi Universiti untuk edisi ke-4 berjaya diterbitkan. Justeru itu, dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli sidang buletin yang terdiri daripada wakil-wakil Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi seluruh Malaysia atas kerjasama yang telah diberikan dalam usaha penerbitan ini. Dengan adanya Buletin Asasi Universiti Awam ini ianya menjadi satu wadah untuk masing-masing berkongsi berita serta perihal kepelbagaian aktiviti yang menarik yang telah dilaksanakan di setiap Pusat Asasi di samping pencapaian terbaik yang diperolehi sepanjang semester berjalan. Seterusnya kesemua perkongsian menarik ini selain berlegar-legar dalam kitaran sesama kita, ianya juga adalah diharapkan dapat dipanjangkan kepada masyarakat di luar sana sebagai bentuk promosi kepada kampus-kampus kita yang tersergam indah ini sekali gus akan menarik lebih ramai minat bakal-bakal pelajar untuk datang menuntut ilmu sebelum menempuh ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Akhir kalam, bagi pelajar lepasan SPM 2022 yang telah berjaya menempatkan diri di mana-mana Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi seluruh Malaysia, saya mewakili warga Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi ingin mengucapkan selamat datang dan selamat menempuh gerbang kehidupan di kampus kepada anak-anak pelajar semua. Petik dan kutiplah sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman semasa dalam pengajian ini sebagai persediaan untuk melangkah lebih gagah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti. Kuatkan semangat, bulatkan tekad untuk menggapai impian dan cita masing-masing kelak. Segala usaha serta perit jernih dalam setiap penghasilan buletin ini amatlah saya hargai. Semoga kita semua sentiasa beroleh kebaikan dan rahmat dari Yang Maha Esa. Terima Kasih Prof. Madya Dr Laili Haji Che’ Rose Pengerusi Majlis Dekan & Pengarah Pusat Asasi Universiti Awam
SEULAS PINANG E-BULETIN UNIVERSITI ASASI AWAM Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Malaysia bersedia ke fasa endemik Covid-19 pada tahun 2022, para pelajar Asasi dan Matrikulasi di Malaysia bagi ambilan Ogos 2022 mula berpeluang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka semula. Kampus meriah dengan suara riang para pelajar, satu keadaan yang dirindui pada tahun sebelumnya! Para pelajar gembira belajar sambil bersosial di kelas, makmal, perpustakaan serta menjalankan pelbagai aktiviti riadah dalam dan luar kampus masing-masing. Semestinya banyak pengalaman yang ditimba oleh para pelajar terutamanya yang belum pernah merasai suasana tinggal beramai-ramai di kolej kediaman dan belajar dengan pelbagai teknik PdP terkini. Edisi ke 4 Buletin Asasi dan Matrikulasi Malaysia ini diuruskan oleh sidang redaksi Pusat Pengajian Pra Universiti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). UNIMAS merupakan sebuah universiti komprehensif yang terletak di Pulau Borneo di mana pulau ini ialah salah satu lokasi titik panas (hot spot) kepelbagaian biologi dunia. Tambahan pula, Sarawak ialah satu tempat percampuran (the melting pot) pelbagai etnik pribumi yang mempunyai sejarah, bahasa, budaya dan adat resam yang unik dan pelbagai. Seperti Sarawak juga, edisi ke-4 Buletin Asasi dan Matrikulasi Malaysia mendokong semangat kepelbagaian dari segi laporan dan aktiviti para pelajar seluruh Malaysia. Selamat membaca. Semoga bermanfaat! Prof. Madya Dr Ruhana Hassan Pengarah Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) BILANGAN 4
SIDANG REDAKSI Pengajian Pra Universiti (PPPU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof. Madya Dr Ruhana Hassan Mohd Ridwan bin Abd Rahman @ Tahir Penaung Penaung Norfarahin binti Norwen Melisa Malini a/p Raja Gopal Feona anak Albert Abell Maybelline Goh Boon Ling Ketua Editor Editor Editor Editor Tarmizi bin Mohammad Shukri Media Reka Letak Grafik Michelle anak George Reka Letak Grafik Fatin Hanani binti Kamaluddin
antaranya dari negara China, Morocco, Filipina, Indonesia dan Brunei. Bertemakan ‘Transcending boundaries and sustaining livelihood through multidisciplinary research’, I-CReST 2022 menyasarkan untuk menjadi platform berkongsi hasil dapatan antara para penyelidik dari dalam dan luar negara seterusnya merancakkan lagi budaya penyelidikan. International Conference on Research And Practices In Science, Technology And Social Science 2022 (I-CReST 2022) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Asasi UiTM sejak tahun 2021. I-CReST 2022 telah diadakan pada 23 Julai 2022 secara maya dan telah mencapai matlamatnya. Pada tahun ini, persidangan ini menghimpunkan seramai 165 penyertaan dari serata pelusuk negara Persidangan ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak secara amnya. Persidangan ini akan menjadi platform bagi para peserta untuk bertukar-tukar amalan terbaik, mewujudkan jaringan kerjasama serta dapat berkongsi idea dan pengetahuan mengenai perkembangan terkini dan baharu khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, dan Sains Sosial. Harapan paling utama melalui persidangan ini, semua peserta daripada pelbagai latar disiplin ilmu akan memperoleh input baharu yang boleh dimanfaatkan pada masa hadapan. PUSAT ASASI UiTM 1
Dalam usaha untuk mencapai misi UiTM dalam penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan, Jabatan Undang-Undang Pusat Asasi UiTM Dengkil mengambil inisiatif untuk menyumbang ilmu dan pengalaman kepada Masyarakat sekitar melalui Program Menyemai Ilmu Dan Budi Siri 1 Bersama Alumni Asasi Undang-undang Pusat Asasi UiTM di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) pada 4 Ogos 2022. Seramai 16 pensyarah Undang-undang, 22 orang Alumni Asasi Undang-Undang dan seramai 186 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) telah mengambil bahagian di dalam program tersebut. Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai isu undang-undang berkaitan literasi media. Di samping itu, ianya juga bertujuan memberi inspirasi kepada para pelajar agar dapat melakukan yang terbaik di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan menanamkan minat untuk memilih UiTM sebagai pilihan pertama untuk melanjutkan pelajaran. Selain daripada itu, dengan terlaksananya program ini, jaringan dan hubungan yang baik antara Jabatan Undang-Undang Pusat Asasi UiTM Bersama dengan Alumni Asasi Undang-Undang dan masyarakat sekitar dapat diwujudkan. Program Menyemai Ilmu dan Budi ini telah disi dengan aktiviti yang bermanfaat seperti ‘Sembang Santai’ dan Latihan Dalam Kumpulan. PUSAT ASASI UiTM 2
PUSAT ASASI UiTM Sesi Sembang Santai bertajuk ‘Literasi Media: Hak dan Batas Pengguna Media Sosial’ telah disampaikan oleh Ts. Md. Tahir bin Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Manakala acara Latihan Dalam Kumpulan telah dijalankan dengan bantuan Alumni Asasi Undang-Undang Pusat Asasi UiTM sebagai fasilitator. Kesimpulannya, program yang dianjurkan ini telah berjaya mewujudkan jaringan dan hubungan baik antara Jabatan Undang-Undang Pusat Asasi UiTM bersama dengan Alumni Asasi Undang-Undang dan masyarakat sekitar. 3
Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil dengan kerjasama Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA) telah menganjurkan International Symposium on Halal Economy, Sciences, and Industry 2022 pada 19 Ogos 2022 yang lalu. Program ini diadakan bertujuan meningkatkan jalinan kolabarasi bersama industri luar negara di samping memenuhi kontrak MoU yang telah ditandatangani bersama pihak THIDA. Simposium ini juga telah memberi peluang kepada penyelidik dari Pusat Asasi untuk membentangkan hasil penyelidikan berkaitan tema simposium yang diberikan. Selain daripada penyelidik dari Pusat Asasi UiTM, beberapa penyelidik dan penceramah dari universiti awam dan juga badan berkanun juga telah membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan. Pelaksanaan program ini telah memberikan satu impak yang positif terhadap seluruh warga Pusat Asasi dan meningkatkan kolaborasi bersama industri dalam dan luar negara. Selain itu, program ini membantu para pensyarah dalam memberikan input bagi penyelidikan seterusnya meningkatkan visibility Pusat Asasi. PUSAT ASASI UiTM 22-23 FEBRUARY 2022 4
Program Pameran Poster yang bertajuk Contemporary Global and Legal Issues 2022 (CoGLIEx 2022) yang bertemakan We Only Have One Earth! telah berlangsung di Pusat Asasi, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil pada 29 Oktober 2022 yang dianjurkan oleh Jabatan Undang-Undang Pusat Asasi. Program ini adalah tugasan, kerja kursus dan pembentangan bagi subjek LAW088 bagi Semester 2 sesi 2022/2023 serta merupakan kesinambungan daripada program yang serupa pada tahun sebelumnya. Seramai 115 pelajar Asasi Undang-Undang telah menyertai program ini yang mana adalah satu usaha para pensyarah undang-undang untuk memberikan pendedahan tentang kesedaran isu-isu semasa global kepada semua warga Pusat Asasi khususnya. Pameran poster ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pelajar dimana 833 orang pengunjung telah didaftarkan. Selain mendedahkan warga Pusat Asasi tentang isu-isu global, program ini juga bertujuan untuk memupuk kemahiran pelajar melakukan kajian undang-undang berhubung isu-isu semasa serta membantu meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar agar dapat mengaplikasikan undang-undang dengan isu semasa. Sebagai kesimpulannya, program CoGLIEx 2022 telah berjalan lancar dan mencapai segala objektif yang telah ditetapkan. Banyak manfaat yang diperolehi oleh para pelajar terutamanya mengenai isu-isu alam sekitar yang berlaku di dalam dan di luar negara. PUSAT ASASI UiTM 5
PUSAT ASASI STEM UMT SELAMAT DATANG PELAJAR ASASI STEM KOHORT 5! Setelah hampir setahun warga Pusat Asasi STEM giat mencari calon-calon pelajar, akhirnya pada 1 Ogos 2022, pelajar-pelajar yang terpilih telah datang ke kampus Universiti Malaysia Terengganu untuk memulakan fasa kehidupan yang baharu sebagai mahasiswa dan mahasiswi di UMT. Seluruh warga Pusat Asasi STEM turun padang menyambut kehadiran mereka. Satu sesi perjumpaan melibatkan ibu bapa dan pelajar bersama pengarah Pusat Asasi STEM juga diadakan bertujuan untuk menyambut kedatangan mereka dan memberikan ibu bapa maklumat tentang kehidupan yang bakal dilalui oleh anak mereka kelak. Pada tahun ini, Pusat Asasi STEM telah menerima seramai 288 orang pelajar yang bakal bergelar pelajar Asasi STEM. Diharap pelajar-pelajar Asasi STEM kohort ke-5 ini telah bersedia dan dapat menempuh alam universiti dengan kecekalan, semangat serta azam yang tinggi. 6
PUSAT ASASI STEM UMT SHOWCASE INTEGRASI AL-QURAN DAN STEM: 29 OGOS 2022 Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) telah mengadakan showcase Integrasi Al-Quran dan STEM dalam amali Sains Menengah Rendah. Sebanyak 22 buah kumpulan yang terdiri daripada pelajar menengah rendah dan dibantu oleh 37 orang fasilitator daripada Pusat Asasi STEM telah membentangkan tajuk amali masing-masing. Muridmurid juga berjaya mengaitkan amali sains dengan aplikasi dalam kehidupan. Diharapkan kerjasama di antara Pusat Asasi STEM bersama SESTER akan diteruskan pada tahun-tahun yang mendatang. 7
PUSAT ASASI STEM UMT Para pensyarah diberi latihan awal sebagai persediaan untuk program Robotac yang diadakan pada 29 Oktober 2022. Berikut merupakan sorotan aktiviti perkongsian ilmu yang melibatkan pensyarah di Pusat Asasi STEM bersama peserta guru dan murid daripada 10 buah sekolah angkat STEM UMT. Satu sesi latihan menggunakan kit robot diadakan bersama para pensyarah Pusat Asasi STEM. Sesi latihan tersebut diketuai oleh dua orang jurulatih atau trainer yang juga merupakan pensyarah Biologi dan Kimia di Pusat Asasi STEM. 8
PUSAT ASASI STEM UMT PENGANJURAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia (UMT) melalui Pusat Asasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (PASTEM) telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Persidangan & Bengkel Antarabangsa Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik kepada Asia Tenggara yang ke-3 (SEA-STEM 2022) dengan tema terkini ‘Membentuk Masa Depan Kreatif dan Inovatif di dalam STEM’. Persidangan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pengkaji dan profesional dari seluruh dunia untuk berkongsi idea, pandangan, dan penemuan terkini dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Persidangan ini diadakan setiap tahun di pelbagai lokasi di seluruh dunia. Persidangan ini dijalankan secara hybrid selama dua hari bermula 28 November 2022 sehingga 29 November 2022 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu. Selain persidangan, pelbagai bengkel bertemakan elearning telah diadakan dengan matlamat menyediakan pendedahan terhadap pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi terkini dalam bidang Internet of things (IoT), App Inventor, Canva dan Metaverse melalui siri bengkel yang dijalankan oleh pakar dalam setiap bidang. Sepanjang kursus dua hari itu, peserta boleh memilih dua dari empat bidang untuk dipelajari. Persidangan ini memberikan peluang kepada pendidik, akademik, saintis, penyelidik, jurutera, guru, dan mereka yang berkaitan untuk berkongsi pengetahuan dan 9
PUSAT ASASI STEM UMT pengalaman dalam pembelajaran dan pengajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) bagi memperkasakan kualiti pendidikan di seluruh dunia. Di samping itu, persidangan dan bengkel ini dapat meningkatkan kolaborasi dan jaringan antara penyelidik dan profesional. Diharapkan bahawa persidangan ini akan memberi kesan yang positif dalam pembangunan dan kemajuan dalam bidang STEM. 10
ASASI SAINS UMK PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN PROGRAM INDUKSI PELAJAR ASASI SAINS UMK SESI AKADEMIK 2022/2023 Pendaftaran pelajar baharu asasi telah dijalankan secara fizikal selama sehari. Pendaftaran pelajar baharu bermula dengan sesi pendaftaran pelajar, pendaftaran kolej, pengaktifan emel siswa, pendaftaran Wi-Fi, dan pendaftaran kolej. Setelah selesai pendaftaran kolej, pelajar, ibu bapa dan penjaga ke kolej kediaman yang telah ditetapkan. Pelajar diberikan masa untuk melengkapkan kelengkapan diri dan membuat persediaan diri sebelum memulakan sesi induksi pada keesokan harinya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bertungkus lumus dan memberikan kerjasama yang baik semasa hari pendaftaran tersebut. Proses pendaftaran berjalan lancar dengan bantuan daripada staf JPSU, FSB, Asrama, Keselamatan, CCI, Pusat kesihatan Kampus Jeli, wakil Bank RHB Bank dan bantuan daripada fasilitator. Penghargaan turut diberikan kepada pelajar baharu, ibu bapa dan penjaga yang turut memberikan kerjasama yang baik, semasa sesi pendaftaran pelajar baharu. 11
ASASI SAINS UMK Program induksi dijalankan selama dua hari. Pelbagai aktiviti disediakan oleh fasilitator bagi memberi pendedahan serba sedikit kehidupan di kampus, membantu pelajar menyesuaikan diri dengan situasi baharu dan juga sebagai persediaan menghindari pelajar baharu daripada mengalami kejutan budaya. Pada sesi induksi tersebut pelajar diberi kumpulan dan tugasan. Kemuncak program induksi ini, pelajar perlu menyediakan persembahan untuk dipertandingkan semasa majlis Malam Aspirasi Pelajar Baharu. Pada malam tersebut para pelajar mempersembahkan pelbagai persembahan yang menarik dan mencuit hati. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar. PROGRAM PROGRAM PROGRAM INDUKSI INDUKSI INDUKSI 12
ASASI SAINS UMK Program ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pelajar, pensyarah, dan staf di fakulti di samping memberi pendedahan berkenaan penasihatan akademik kepada pelajar dan pensyarah. Pada hari tersebut, pelajar, pensyarah, dan staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Terdapat beberapa pertandingan dijalankan bagi memeriahkan program tersebut. Acara kemuncak ialah aktiviti penyediaan bahan masakan dan aktiviti memasak bersama pelajar dan pensyarah di FSB. 13
ASASI SAINS UMK Program Treasure Hunt ini merupakan projek di bawah subjek Pengurusan Organisasi (UKD1011) yang memerlukan pelajar menganjurkan satu acara pada akhir semester. Melalui program ini pelajar boleh mempraktikkan apa yang mereka pelajari semasa menjalankan acara tersebut. Program ini dijalankan sepenuhnya oleh pelajar dan diselia oleh pensyarah subjek. Program ini juga sedikit sebanyak memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar dalam menganjurkan dan menguruskan sesuatu acara. Ikatan ukhuwah dan aspek kerjasama antara para pelajar juga sentiasa ditekankan semasa berlangsungnya program ini. 14
15 ASASI SAINS UMK Festival Hari Keusahawanan 2022 merupakan program di bawah subjek Pengenalan Kepada Keusahawanan (MBK00103). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah perniagaan sebenar dan mengaplikasikan pembelajaran subjek keusahawanan dan memupuk semangat kerjasama dan pemikiran kreatif antara pelajar. Pengunjung disajikan dengan pelbagai aneka makanan dan minuman serta aktiviti permainan yang dijalankan pada hari tersebut. Oleh kerana sokongan pengunjung yang terdiri daripada warga UMK Kampus Jeli amat menggalakkan membolehkan beberapa kedai jualan ditutup lebih awal kerana produk telah habis dijual. Program ini mendapat respon yang baik daripada pengunjung dan pengunjung turut berharap agar program seperti ini akan diadakan lagi pada tahun yang akan datang. FESTIVAL HARI KEUSAHAWANAN 2022
ASASI UMS MAJLIS PELANCARAN MODUL DAN APLIKASI BeSAR B E L A J A R S A I N S M E L A L U I A R Majlis ini diadakan untuk melancarkan Modul Sains dan Aplikasi BeSAR – Belajar Sains melalui Augmented Reality, yang dihasilkan melalui dana penyelidikan Universiti Malaysia Sabah SDK0260-2020. Modul yang dibangunkan merangkumi empat (4) tema iaitu Kitar Air, Kitar Makanan, Biokompos dan Hidrofonik. Ahli penyelidik adalah terdiri daripada Pensyarah Pusat Persediaan Sains & Teknologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Fakulti Komputeran & Informatiks, UMS, Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM dan guru-guru SK. Kundasang, Sabah. Modul Sains yang dibangunkan ini digunakan sebagai panduan dan alat bantu mengajar kepada semua guru dan murid dalam pembelajaran Sains di peringkat sekolah rendah dengan menggunakan aplikasi teknologi Augmented Reality. Tujuan utama projek ini adalah untuk menggalakkan dan mencetuskan minat awal pelajar di dalam mata pelajaran STEM, seterusnya membuka jalan untuk mereka menerokai bidang Sains pada masa hadapan. Pada majlis ini, satu bengkel ‘hands-on’ turut dijalankan bersama muridmurid dan guru-guru Sains SK Kundasang dengan menggunakan modul Sains bagi Taman Eko-Sains Kundasang sebagai alat bantu mengajar. Seterusnya, modul ini dan aplikasi BesAR diuji lari di Taman Eko-Sains dan kaji selidik dijalankan terhadap kebolehterimaan penggunaan apps tersebut dalam kalangan guru-guru dan murid-murid. Diharapkan pembelajaran Sains menggunakan Modul Sains dan Aplikasi BeSAR yang dibangunkan, dapat menarik minat murid-murid untuk mempelajari Sains dengan lebih interaktif dan dapat mendedahkan kepentingan bidang Sains dan Teknologi dalam kehidupan seharian. 16
17 Sebagai acara tahunan Universiti Malaysia Sabah (UMS), PEREKA 2022 (Pertandingan Reka Cipta) telah diadakan di Perpustakaan UScience Hall, Universiti Malaysia Sabah dari 28 – 30 November 2022. Acara ini mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Pusat Universiti untuk Penyelidikan dan Inovasi dan masih diteruskan sehingga tahun ini yang bertujuan untuk mengumpulkan idea penyelidikan, inovasi dan produk. Sekitar 196 inovasi telah dipertandingkan, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) telah mengemukakan 5 penyertaan yang diketuai oleh ahli akademik PPST untuk bersaing di bawah kelompok pendidikan dan akar umbi. Penyertaan adalah daripada pasukan Fizik (Berasaskan masalah Modul Pembelajaran-STEM Fizik; Ketua - Puan Siti Nazirah Butai), pasukan Biology (STEM AUMS WARRIOR : Berasaskan masalah bersepadu pembelajaran (PBL); Ketua - Dr. Sitty Nur Syafa Bakri), pasukan Matematik (Mendorong STEM dalam Sekolah Luar Bandar dalam Sekolah Bandar dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah Pendekatan dalam Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Bawah Pelajar Menengah SMK Usukan, Kota Belud, Sabah; Ketua - Cik Suriana Lasaraiya), pasukan IT dengan Puan Siti Hasnah Tanalol sebagai ketua projek bagi Aplikasi AR Taman Eko Sains SK Kundasang and Dr. Mohd Azrul Abd Rajak sebagai ketua bagi projek inovasi bertajuk ‘Beg Kertas Eco-Santiqi: Produk Inovasi Daripada Batang Pisang’. Daripada acara tersebut, PPST berjaya memperoleh 2 emas pingat (pasukan Fizik dan IT), 1 pingat perak (pasukan Biologi) dan 1 pingat gangsa (pasukan Matematik) untuk Inovasi daripada Kluster Pendidikan dan 1 pingat perak untuk Kategori Akar Umbi. ASASI UMS PERTANDINGAN REKA CIPTA (PEREKA 2022)
ASASI UMS Bagi kluster pendidikan, modul pendidikan PPST (Fizik, Biologi, Matematik dan Kimia) adalah bermula sebagai modul pengajaran di bawah projek dipanggil STEM AUMS Warrior yang telah ditetapkan untuk menggalakkan minat pelajar sekolah menengah ke arah bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Modul ini menggunakan pendekatan pembelajaran aktif melalui Masalah Pembelajaran Berasaskan (PBL) sebagai kaedah pengajaran dan sesi bimbingan yang diterapkan. Untuk modul Biologi, Botanist Ninja (BOTANIstNJA) telah dibentangkan di mana topiknya kebanyakannya mengenai tumbuhan dan pelajar telah diperkenalkan dengan Ahli Botani sebagai kerjaya berpotensi dalam kajian tumbuhan. The Modul BOTANIstNJA telah dilaksanakan ke Tingkatan 1 dan 2 orang pelajar SMK Usukan, Kota Belud. Modul BOTANIstNJA turut dianugerahkan Anugerah Inovasi Pendidikan dalam Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (iSaS 2020) dan Pingat Emas dalam The Inovasi Matrikulasi Pra-Universiti Antara Ke-2 Pertandingan (PIITRAM 2022) dan diterbitkan sebagai artikel dalam Transaksi Sains dan Teknologi bertajuk Menggalakkan minat STEM di kalangan tinggi pelajar sekolah di luar bandar Sabah: A Modul BOTANIstNJA bersepadu berasaskan masalah kes pembelajaran. PEREKA 2022 telah memerhati idea-idea hebat dan inovasi daripada penyelidik dan pelajar, mencadangkan inovasi dan menangani harapan penyelesaian masalah sebenar yang dihadapi oleh masyarakat. Dengan harapan, PEREKA sentiasa dapat diteruskan pada masa depan untuk rakan penyelidik bukan sahaja bukti idea dan inovasi mereka tetapi juga untuk menghubungkan mereka rangkaian untuk kerjasama positif lain inovasi. 18
P H O T O B Y M A R T I N R . S M I T H ASASI UMS SEMINAR STEM PPST: PLATFOM PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN Pada tahun ini, Seminar STEM PPST Kali ke-2 dianjurkan sepenuhnya secara fizikal dan bersemuka bertempat di bilik Manukan dan Mataking, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Oktober 2022. Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh penasihat seminar merangkap Pengarah PPST, Prof. Dr. Jumat Sulaiman dan telah dirasmikan oleh Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UMS. Seminar kali ini telah menjemput dua orang penyampai ucaptama (keynote speaker) iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Khairuddin @ Jerry Bin Abdullah, dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS dengan tajuk Teachers Readiness to Implement Stem Education in Kota Kinabalu. Ucaptama kedua telah disampaikan oleh Dr. Majid Khan Bin Majahar Ali, dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dengan tajuk Energy and Exergy Analysis for Post-Harvest Handling Of Eucheumatoid Seaweeds Using Hybrid Solar Drier System. Bertemakan Academia & Beyond”, sebanyak 23 kertas kerja telah dibentangkan dari pelbagai bidang berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan. Mengambil petikan ucapan pembukaan daripada Prof. Dr. Jumat, biarpun Pandemik COVID-19 memberi impak yang mendalam kepada semua pihak dalam pelbagai aspek, tetapi usaha dalam penyelidikan, perkongsian pengetahuan, dan penerbitan saintifik harus diteruskan. Menurut beliau, ini dibuktikan oleh penghasilan e-buku pertama PPST dengan ISBN, yang merupakan hasil kerja keras seminar STEM PPST yang pertama. 19
P H O T O B Y M A R T I N R . S M I T H "Saya dapat melihat kejayaan ini sebagai usaha dan dedikasi yang luar biasa daripada staf akademik PPST", kata Prof. Dr. Jumat. Beliau menyambung dalam ucapannya, PPST telah menerbitkan 34 penerbitan terindeks antara tahun 2021 dan 2022 dalam tempoh pandemik dan endemik ini. Dalam penerbitan tersebut, 17 artikel berada di bawah Indeks Scopus/WOS dan 17 Jurnal MyCite. Selain itu, 55 penerbitan telah dicapai, yang mana termasuk prosiding, bab buku dan OER@UMS (sumber pendidikan terbuka). Sementara itu, sebanyak 10 pembiayaan penyelidikan baharu telah diberikan semasa cabaran ini tahun pandemik-endemik kepada PPST dengan 6 pada 2020 dan 2 geran penyelidikan baharu pada 2021 dan 2022, masing-masing. PPST juga telah mencapai satu perlindungan harta Intelek (IPP) untuk hak cipta (copyright) bagi Modul Pembelajaran Berasaskan Masalah Untuk Fizik (Elektrik) dan beberapa lagi permohonan. Di akhir seminar, seramai enam orang ahli akademik PPST menerima anugerah kertas kerja terbaik (best paper award) dan telah disampaikan oleh Pengerusi Seminar STEM PPST kali ke-2 iaitu Dr. Muhammad Nur Rashidi Rosli. Kesimpulannya, penganjuran seminar, persidangan dan diskusi ilmiah amat penting bagi sesebuah institusi pengajian tinggi sebagai usaha kelangsungan pembudayaan penyelidikan dan penerbitan di kalangan ahli akademiknya sama ada secara fizikal mahupun atas talian. ASASI UMS 20
P H O T O B Y M A R T I N R . S M I T H ASASIpintar UKM MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) PROGRAM ASASIPINTAR SEPTEMBER - OKTOBER 2022 Sesi baru 2022-2023 program ASASIpintar bermula dengan kemasukan pelajar ASASIpintar yang menghadiri Minggu Mesra Pelajar (MMP) di Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama seminggu bermula dari 1 hingga 5 Ogos 2022. Selepas tamat MMP, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ASASIpintar dilantik di kalangan pelajar baru untuk menjalankan proses pemilihan pemimpin mereka melalui sistem yang adil. Penamaan calon, diikuti oleh proses kempen undi di kolej kediaman selama sebulan, proses pengundian di kalangan pelajar dan pensyarah program ASASIpintar dijalankan bagi memilih calon pemimpin pelajar yang berkaliber bagi mengetuai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Program ASASIpintar sesi 2022-2023. Saudara Muhammad Adib Rusyaidi telah dipilih sebagai Presiden MPP sesi 2022-2023 dan beliau menerima sijil pelantikan daripada Pengarah Pusat GENIUS@Pintar Negara iaitu, Prof. Madya Dr. Rorlinda Yusof dengan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pusat, En. Mohd Hakimie. Majlis Watikah Pelantikan MPP ini diadakan pada 28 Oktober 2022 untuk melantik barisan pemimpin pelajar ASASIpintar sesi 2022-2023. Fungsi MPP ini ditubuhkan untuk menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan Pusat tidak kira dari segi akademik, kokurikulum mahupun sahsiah pelajar. 21
Pesta Tanglung yang juga dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan merupakan perayaan tradisional yang disambut oleh kaum Cina untuk menunjukkan tanda kesyukuran atas penuaian dan untuk menggalakkan cahaya penuaian kembali lagi pada tahun seterusnya. Pada masa ini, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama, menyembah bulan, menyalakan kertas tanglung dan makan kuih bulan. Manakala, sambutan Deepavali pula merujuk kepada perayaan cahaya yang disambut oleh penganut Hindu, Jain dan Sikh. Ia secara amnya melambangkan kerohanian di mana ‘kemenangan terang atas kegelapan, kebaikan atas kejahatan, dan pengetahuan atas kejahilan’. Sambutan ini menjadi wadah bagi ahli keluarga berkumpul di mana banyak aktiviti, acara dan perhimpunan dilaksanakan. Seperti tahun-tahun sebelumnya pelajar ASASIpintar menganjurkan kedua-dua sambutan ini bersama dengan pelajar Kolej GENIUS@Pintar Negara pada 11 ASASIpintar UKM SAMBUTAN DEEPAVALI DAN PESTA TANGLUNG 2022 NOVEMBER 2022 November 2022 di Auditorium Pusat GENIUS@Pintar Negara. Aktiviti yang dianjurkan termasuklah aktiviti pertunjukan bunga api, penghiasan lantai dengan reka bentuk kolam rangoli dan penyalaan tanglung di sekitar Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM. Gabungan kedua-dua sambutan ini dapat memperkenalkan budaya dan tradisi kaum Cina dan India yang berbeza di kalangan warga Pusat GENIUS@Pintar Negara di mana mereka belajar tentang kebudayaan kaum lain dan menyambut perayaan ini bersama dengan rakan-rakan berbilang bangsa dan juga pelajar Kolej GENIUS@Pintar Negara. 22
ASASIpintar UKM PERTANDINGAN DEBAT BAHASA INGGERIS PIALA NAIB CANSELOR UKM Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan pertandingan debat tahunan anjuran Kelab Debat Bahasa Inggeris Universiti Kebangsaan Malaysia. Setiap kolej kediaman diwajibkan menghantar 2 pasukan yang terdiri daripada 4 orang pendebat dalam setiap pasukan. Pada tahun ini, kelab ini telah mengundang pasukan ASASIpintar sesi 2022-2023 untuk turut bertanding. Pertandingan ini telah memberi peluang kepada para mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman di samping menjalinkan hubungan antara pelajar ASASIpintar dengan pelajar ijazah sarjana muda. Program ASASIpintar telah menghantar 2 pasukan ke pertandingan debat ini yang diadakan dari 11 – 13 November 2022. Kedua-dua pasukan ASASIpintar berjaya melepasi 4 pusingan saringan awal yang dijalankan secara atas talian dan layak ke pertandingan debat secara bersemuka yang diadakan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Pasukan ASASIpintar 1 berjaya ke pusingan suku akhir manakala Pasukan ASASIpintar 2 berjaya ke pusingan separuh akhir di mana pasukan ini mendapat Tempat ke-3 dengan pelajar bernama Arif Shaikhan dinobatkan sebagai ‘Top 4 Overall Best Speaker’. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan debat Bahasa Inggeris ASASIpintar. 23
Selain Pertandingan Debat Piala Naib Canselor dalam Bahasa Inggeris, pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga telah mengadakan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor dalam Bahasa Melayu. Pertandingan ini dianjurkan oleh Urusetia Pengucapan Umum (UPU), UKM dan mereka juga telah menjemput pasukan ASASIpintar sesi 2022-2023 untuk turut bertanding dengan 4 orang pendebat di dalam setiap pasukan. Pertandingan debat ini dijalankan dari 26 – 27 November 2022 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Pasukan ASASpintar 1 berjaya ke pusingan suku akhir dengan pelajar bernama Nabil Abidin dinamakan sebagai ‘Top 2 Pembahas Terbaik Keseluruhan’. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan debat Bahasa Melayu ASASIpintar. ASASIpintar UKM PERTANDINGAN DEBAT BAHASA MELAYU PIALA NAIB CANSELOR UKM 24
PPPU UNIMAS Pasca Pandemik: Kembali Ke Medan Ilmu Setelah 2 tahun program Minggu Aluan Pelajar (MAP) dijalankan secara dalam talian, Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU) kini menerima kehadiran pelajar secara fizikal pada 31 Julai 2022 dan 1 Ogos 2022. Program MAP yang bermula dari 2 sehingga 4 Ogos 2022 dijalankan secara hibrid dengan kombinasi pendekatan dalam talian dan fizikal. Pelajar mengikuti beberapa sesi taklimat secara dalam talian dan turut menyertai aktiviti-aktiviti yang diatur oleh Liaison Officer (LO) dan staf akademik yang terlibat. Seramai 714 pelajar menyertai aktiviti pembukaan pada hari pertama program MAP, yang merangkumi tayangan rakaman ucapan aluan dari Pengarah PPPU, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), serta taklimat peraturan akademik dan program pengajian bersama Timbalan Pengarah I (Akademik dan Penyelidikan). Mereka juga menghadiri taklimat Mentor Mentee bersama Timbalan Pengarah I (Hal Ehwal Pelajar dan Keterlibatan Komuniti), Program Pengajian di PPPU, dan e-Pembelajaran (Pembelajaran Teradun). Slot terakhir memberi penekanan pada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pasca pandemik. Pada petang hari, para pelajar menjalani aktiviti berkumpulan, sementara pengisian rohani diadakan pada malam hari. Tayangan rakaman taklimat daripada Pentadbiran PPPU, Bahagian Keselamatan, Pusat Kesihatan UNIMAS, Pusat Pembelajaraan Gunaan dan Multimedia (CALM), Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'Kub (PeTARY), Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat, Pusat Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Kolej Seroja dan Kolej Dahlia disambung pada hari kedua MAP. 25
PPPU UNIMAS Majlis Ikrar Pelajar diadakan secara fizikal pada hari terakhir program MAP yang dimulakan dengan ucapan dan amanat oleh Naib Canselor UNIMAS. Majlis ini merakamkan detik bersejarah bagi pelajar baharu apabila mereka mengangkat sumpah dan ikrar sebagai Pelajar Asasi Pusat Pengajian PraUniversiti UNIMAS. Ucapan penutupan daripada Pengarah PPPU menzahirkan harapan beliau untuk melihat para pelajar berjaya menamatkan pengajian mereka di PPPU dengan cemerlang dan jayanya. Secara umumnya, para pelajar bersemangat untuk memulakan pengajian mereka di sini. 26
Pokok Selasih Pokok Kemangi, Ditanam Orang Banyak Khasiat, Terima Kasih Jasa dan Budi, Dikenang Kami Sepanjang Hayat. PPPU UNIMAS Pihak PPPU merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran MAP kali ini. 27
PPPU UNIMAS Kursus Induksi Liaison Officer (KiLO) 27 - 28 JULAI 2022 Kursus Induksi Liaison Officer (KiLO) telah dijalankan pada 27 sehingga 28 Julai 2022 banyak memberi manfaat dalam persiapan menjadi seorang LO. Pada hari pertama, taklimat mengenai skop tugasan LO dan perjalanan program iaitu Sesi Pendaftaran Kolej, Minggu Aluan Pelajar (MAP), dan Majlis Ikrar Pelajar (MIP) telah disampaikan. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan skop tugasan berbeza seperti Majlis Protokol dan Teknikal, Fasilitator, JK Makanan dan JK Kecemasan. Peserta juga menjalani Latihan Dalam Kumpulan (LDK) di mana dapat membantu mengenali rakan sepasukan, mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka sekali gus mendidik sikap bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab serta peranan secara berkumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membentuk dan mencipta identiti kumpulan secara kreatif dan menarik seperti logo dan war cry. Pada hari kedua, Jawatankuasa Liaison Officer (JKLO) telah membawa peserta ke Kozi Square, Kuching untuk melakukan LDK III di mana kumpulan yang berjaya menyelesaikan kesemua tugasan yang diberi dengan pantas akan dinobatkan sebagai juara. Di samping itu, mereka perlu peka mencari spy yang ditugaskan untuk men-sabotaj kumpulan mereka. Majlis Penutupan KiLO dan Sesi Penyerahan Tugas kepada wakil LO turut diadakan pada hari yang sama. Setelah selesai menjalani KiLO, peserta diberikan tempoh dua hari untuk berehat dan membuat persiapan bagi tugasan yang diamanahkan. Perbincangan demi perbincangan dilakukan bagi merancang, mengatur dan memperbaiki mutu kualiti kerja dari semasa ke semasa. Kesimpulannya, kerjasama antara ahli diikuti dengan hubungan komunikasi yang baik di dalam sebuah organisasi, akan menyumbang kepada tunggak utama keberjayaan sesuatu tugas. Sebagai seorang sukarelawan, turut terbukti sifat bertanggungjawab dan peka sedikit sebanyak mampu menjayakan Minggu Aluan Pelajar (MAP). 28
PPPU UNIMAS Asasi Scienceploration 2022, organized by Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU), Universiti Malaysia Sarawak, was held on 23 July 2022. The objective of this program was to cultivate interest among lower secondary school students in the subjects of Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM). This program targeted participation from lower secondary students schools around Serian, Kota Samarahan, and Kuching. A total of 123 students from 12 schools participated in this online programme. The programme's content was organized by PPPU educators, incorporating interactive activities to enhance participants' problem-solving skills and higher-order thinking skills (HOTS). The activity chosen was the 'Escape Room' game, which aimed to reinforce understanding of STEM subjects among the participants. Through these active learning activities, participants were exposed to the subjects taught in PPPU, namely Biology, Physics, Chemistry, Mathematics, and ICT. Throughout the online programme, participants were guided by PPPU educators in completing the assigned tasks. The participants were graced with the presence by the former director of PPPU, YB Prof. Dr. Ramlah Zainuddin, in a sharing session titled 'Future in Science'. The essence of her sharing revolved around the importance of studying science subjects and the pathways after SPM. 29
PUSPA UniSZA BENGKEL TIPS MENJAWAB SOALAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2022 & PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN SEKOLAH ANGKAT Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Tembesu (KOMSTEM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Tips Menjawab Soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 pada 18 – 19 Oktober 2022 bertempat di Dewan Auditorium, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA. Bengkel ini merupakan satu program kesinambungan daripada program khidmat komuniti Teens Tuition Teens (3T) yang telah dilaksanakan pada 17 Oktober 2021 hingga 25 Januari 2022. Bengkel ini memfokuskan kepada pelajar SPM golongan B40 yang akan menduduki peperiksaan SPM sesi 2022 yang melibatkan 50 orang peserta terdiri daripada murid Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Tembesu (KOMSTEM), Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang. Aktiviti bengkel melibatkan teknik menjawab soalan SPM bagi subjek-subjek Sains iaitu subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris. Bengkel ini memfokuskan kepada subjek Sains adalah bagi memantapkan prestasi murid dalam aliran Sains dan mempromosi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang kini dilihat penurunan dari segi minat pelajar. Bengkel ini dimantapkan lagi dengan slot motivasi kepada pelajar yang disampaikan oleh Encik Ahmad Termizi bin Ab Aziz, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Pengajar UniSZA dan juga majlis penyerahan watikah pelantikan sekolah angkat PUSPA kepada Sekolah 30
PUSPA UniSZA Menengah Kebangsaan Kompleks Tembesu (KOMSTEM), Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang. Seramai lima orang guru pakar bagi setiap subjek dijemput untuk menjadi fasilitator bagi bengkel ini. Guru-guru tersebut ialah Cikgu Umee Haryani binti Ngah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam, Kuala Terengganu bagi subjek Bahasa Inggeris, Cikgu Mohd Hafiz bin Ruzak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang bagi subjek Biologi, Cikgu Yusri bin Yaahmat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Abbas, Kuala Nerus bagi subjek Matematik Tambahan, Cikgu Nor Hamira binti Mohd Taib dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, Kuala Nerus bagi subjek Kimia dan Cikgu Ahmad bin Ismail, seorang pesara guru bagi subjek Fizik. Bengkel ini secara tidak langsung dapat mempromosikan PUSPA sebagai salah satu pusat yang menawarkan tempat untuk pelajar aliran Sains menyambung pengajian selepas SPM. Bengkel ini juga merupakan usaha PUSPA untuk menyokong aspirasi UniSZA sebagaimana dalam pelan strategik UniSZA 2023-2030 iaitu Hero Komuniti. 31
PUSPA UniSZA PROGRAM KOMUNITI STEM KESIHATAN Program Komuniti STEM Kesihatan merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan (FSAZA) dengan kerjasama Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA). Program ini melibatkan pelajar dari sekolah angkat iaitu Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh dan Sekolah Kebangsaan Duyong dengan mentor pelajar Program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA sesi akademik 2022/2023. Program ini bertujuan untuk melahirkan insan yang mampu untuk menyampaikan ilmu-ilmu yang berkualiti kepada pelajar lain. Hal ini bukan sahaja dapat menarik minat pelajar sekolah rendah terhadap STEM, malah dapat memupuk semangat mempelajari Sains. Program ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 Disember 2022. Peserta program terdiri daripada 134 orang pelajar PUSPA yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 mempunyai seramai 67 orang pelajar PUSPA di Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh dan Kumpulan 2 mempunyai seramai 67 orang pelajar PUSPA di Sekolah Kebangsaan Duyong. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Modul Sanitizer, Modul Jantung DIY dan Modul Magnet. Modul Jantung DIY memperkenalkan pelajar kepada pembelajaran STEM menggunakan bahan terpakai. Pelajar membentuk model jantung menggunakan botol air mineral dan penyedut minuman. Ia menunjukkan fungsi injap jantung yang menyebabkan aliran darah sehala di dalam tubuh manusia. Selain itu, Modul Sanitizer menggunakan gel lidah buaya, Minyak Witch Hazel, Minyak Vitamin E, Minyak Pati Lavender dan lain-lain lagi. Modul Sanitizer telah memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan formulasi pembasmi kuman semula jadi serta pemahaman kepada pelajar berkenaan aktiviti farmaseutikal daripada bahan aktif. 32
PUSPA UniSZA Seterusnya. Modul magnet memperlihatkan kegunaan medan magnet dalam pembinaan mesin Magnetic Resonance Imaging (MRI) untuk mengimbas organ dalaman manusia dan haiwan. Bertitik tolak daripada medan magnet asas kepada aplikasi medan magnet dalam mesin MRI, maka modul ini mengetengahkan satu eksperimen asas menentukan corak medan magnet yang terhasil antara kutub utara dan kutub selatan menggunakan magnet bar dan serbuk besi. Pelajar diberi peluang melihat medan magnet terhasil secara realiti melalui eksperimen yang dilakukan sendiri secara hands-on. Modul ini turut menerangkan prinsip kerja aplikasi mesin MRI melalui interaksi antara molekul hidrogen dalam badan manusia dan medan magnet sehingga berlakunya pelepasan tenaga dan akhirnya menterjemahkan keadaan organ dalaman dalam bentuk imej dengan resolusi tertentu. Objektif utama program Komuniti STEM Kesihatan adalah untuk melahirkan pelajar asasi yang mempunyai keyakinan dan keberanian untuk menyampaikan ilmu dalam membantu pelajar Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh dan Sekolah Kebangsaan Duyong serta dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang bijaksana dan berhemah tinggi. Pelaksanaan program ini juga berhasrat memenuhi sebahagian daripada keperluan Pelan Strategik UniSZA melalui Community Heroes strategy yang menyediakan sistem sokongan yang berkesan dengan mengadakan flagship program pembangunan pelajar dan salah satu pelaksanaan amalan pendidikan berimpak tinggi, iaitu pendidikan berasaskan komuniti (community based learning). Sambutan yang diterima daripada pelajar amat menggalakkan dan reaksi yang diberikan adalah positif. Pihak PUSPA akan terus bekerjasama dengan sekolah angkat bagi menganjurkan program seumpama ini pada masa akan datang. 33
PUSPA UniSZA Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah menganjurkan PUSPA Innovation Fair 2022 (PIFA 2022) pada 16 November 2022 bertempat di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Program ini disertai oleh pelajar PUSPA Sesi Akademik 2022/2023. Setiap penyertaan telah dibimbing oleh mentor yang terdiri daripada pensyarah PUSPA dan beberapa orang pensyarah daripada Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Fakulti Perubatan (FP) dan Fakulti Informatik & Komputeran (FIK). Program PIFA 2022 telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusof, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA) UniSZA. PUSPA Innovation Fair 2022 ini diadakan adalah bertujuan untuk membangunkan potensi diri para pelajar bagi merangsang kreativiti dan melahirkan pemikiran yang kritis dan kreatif. Di samping itu, program ini dapat mencungkil dan mengembangkan bakat terpendam pelajar dalam inovasi dan mereka cipta suatu produk. Dengan penganjuran PIFA 2022, para pelajar akan mendapat pendedahan awal kepada pertandingan inovasi sebelum menyertai pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan ukhwah sesama pelajar kerana ia dipertandingkan secara berkumpulan bersama mentor-mentor yang terdiri daripada pensyarah PUSPA serta meningkatkan ‘softskills’ para pelajar seperti kemahiran membentangkan sesuatu perkara untuk mendapatkan keyakinan dan menarik minat pendengar. Terdapat dua (2) kategori inovasi yang dipertandingkan iaitu Kategori Pendidikan dan Kategori Sains & Teknologi. Terdapat juga beberapa anugerah lain seperti Anugerah Inovasi Terbaik, Anugerah Booth Terbaik, Anugerah Poster Terbaik dan Anugerah Best of the Best. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Microweather yang memenangi Anugerah Inovasi Terbaik bagi Kategori Sains & Pendidikan manakala kumpulan e-Magnetismo bagi Kategori Pendidikan. Kumpulan Microweather juga turut berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Best of the Best. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. 34
ASPer UPM Program ASPer Head Start 2022 diadakan khusus bagi pelajar ambilan baharu Asasi Sains Pertanian sesi 2022/2023 yang telah diadakan pada 1 Ogos 2022 bertempat di Kompleks Akademik E. Seramai 54 orang pengajar telah dilantik sebagai Penasihat Akademik yang berperanan sebagai Fasilitator program berkenaan. Pelajar baharu telah dipecahkan kepada 20 kumpulan kuliah dan setiap pelajar diberikan Penasihat Akademik bagi membantu mereka sepanjang mengikuti program Asasi Sains Pertanian iaitu selama dua (2) semester atau setahun pengajian. Hasrat Pusat Asasi Sains Pertanian agar Head Start 2022 ini dapat membantu pelajar menjalani fasa transisi dari pembelajaran alam persekolahan kepada alam kampus dan sekali gus kegemilangan dan kejayaan yang ditempa sewaktu SPM diteruskan serta pelajar ASPer 18 menamatkan program Asasi Sains Pertanian dengan penuh kejayaan. Minggu Putra Perkasa Asasi Sains Pertanian Sesi 2022/2023 telah diadakan secara hibrid pada 31 Julai – 3 Ogos 2022 untuk ambilan pertama dan pada 16 Ogos 2022 secara fizikal/bersemuka di Bilik Seminar, Pusat Asasi Sains Pertanian untuk ambilan kedua. Antara pengisian program sepanjang Minggu Putra Perkasa yang dijalankan secara hibrid seperti Taklimat Penggunaan Putrablast, Taklimat Young Talent Development (YTP), Taklimat Hal Ehwal Pelajar serta Taklimat Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). ASPer Head Start 2022 Minggu Putra Perkasa Asasi Sains Pertanian Sesi 2022/2023 35
Program Semarak Kasih Kemerdekaan 2022 telah diadakan pada 16 Ogos 2022 sehingga 16 September 2022 bersempena dengan sambutan kemerdekaan ke-65. Pelbagai aktiviti telah dirangka sepanjang Bulan Ogos dan September 2022 untuk menyemarakkan sambutan kemerdekaan. Antaranya adalah Pertandingan Busana Kemerdekaan, di mana pelajar Asasi Sains Pertanian dan staf Pusat Asasi Sains Pertanian telah mempamerkan daya kreativiti dalam memperagakan busana yang bersesuaian dengan tema. ASPer UPM 36
Pusat Asasi Sains Pertanian telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam Kali ke-26 (Bil 3/2022) pada 5 dan 6 Oktober 2022 yang telah diadakan di Bilik Lembaga, Canselori Putra UPM. YH Dato’ Naib Canselor UPM turut berbesar hati bergambar kenangan bersama ahli majlis. ASPer UPM MESYUARAT MAJLIS DEKAN / PENGARAH ASASI UNIVERSITI AWAM KALI KE 26 37
PASP telah menjalani Audit Pengekalan Program Asasi Sains Pertanian yang telah diadakan pada 4 Oktober 2022 oleh tiga orang panel auditor daripada Fakulti Sains, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Hutan dan Alam Sekitar. Audit Pengekalan Program Asasi Sains Pertanian ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Swaakreditasi Program Pengajian (JKSPP) kali ke-9 pada 3 November 2022. Tujuan audit adalah bagi mengenal pasti tahap kepatuhan PASP dalam melaksanakan program akademik melalui penilaian terhadap Dokumen Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) dan 'Standard Operating Procedure' (SOP) yang dikuat kuasa oleh UPM mengikut keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pihak PASP sentiasa terbuka terhadap apa juga cadangan dan teguran konstruktif yang dikemukakan oleh panel auditor demi penambahbaikan Program Asasi Sains Pertanian. ASPer UPM AUDIT PENGEKALAN PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN 38
Program Syoknya Agro! telah diadakan bermula pada 28 Oktober 2022 sehingga 9 Disember 2022 dengan penyertaan daripada 508 pelajar Asasi Sains Pertanian UPM bagi empat (4) siri berbeza. Tiga (3) lokasi program dipilih iaitu di Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF), Sg. Udang, YBK Global Camp, Kuala Kubu Bharu Selangor dan Ladang Farm Fresh UPM. Antara objektif Program Syoknya Agro! adalah untuk memupuk semangat jati diri yang kental sebagai persediaan kepada pelajar sebelum menyambung pengajian di peringkat pra-siswazah. Selain itu, program ini membuka peluang dan ruang untuk pelajar mempelajari ilmu luar kelas yang melibatkan proses mengenal dunia sebenar berbanding pembelajaran menerusi teori dalam kuliah dan mendapatkan pendedahan yang lebih dari amali pertanian yang dijalankan di UPM. ASPer UPM PROGRAM SYOKNYA AGRO! 39
Program Resensi Buku: ‘Hubungan Melayu-Cina Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1945-1955) Konflik dan Kompromi’ anjuran Biro TugasTugas Khas Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan Sesi 2022/2023 telah berjaya memberikan suntikan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar Program Asasi Pengurusan Sesi 2022/2023. Program sempena Sambutan Bulan Kebangsaan ini telah berlangsung pada 7 September 2022 di Dewan Seminar Pusat Islam. PAPUUM telah menjemput saudara Muhammad Shuib bin Rosli, alumni PAPUUM sebagai moderator jemputan dan Prof. Madya Dr. Mohamed Ali bin Haniffa sebagai ahli panel, merangkap penulis buku ‘Hubungan Melayu-Cina Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1945-1955) Konflik dan Kompromi’. Prof. Madya Dr. Mohamed Ali dalam wacana tersebut, mengharapkan agar para pelajar dapat menjaga keharmonian kaum kerana kemerdekaan negara yang dicapai bukanlah suatu perjuangan yang mudah. Bak kata pujangga Inggeris, “those who can’t remember the past are condemned to repeat it”. ASASI PENGURUSAN UUM 40
Program Intellectual Discourse: “Election: Flood and The Youngest Voters, Are We Ready?” anjuran Biro Akademik, Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan Sesi 2022/2023 telah diadakan dengan jayanya pada 26 Oktober 2022. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang isu-isu mengenai pilihanraya umum (PRU) dan hak mengundi kepada pelajar Program Asasi Pengurusan UUM. Prof. Dr. Mohd. Azizuddin bin Mohd Sani, pensyarah UUM yang berpengetahuan luas dalam bidang politik telah berkongsi pelbagai maklumat terkini mengenai PRU seperti, cara semakan daftar pemilih, gabungan parti-parti yang bakal bertanding dan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh bakal pengundi semasa mengundi. ASASI PENGURUSAN UUM PROGRAM INTELLECTUAL DISCOURSE: ELECTION: FLOOD AND THE YOUNGEST VOTERS, ARE WE READY? 41
Dalam usaha melahirkan pemimpin masa hadapan negara yang mempunyai jati diri yang teguh, Pusat Asasi Pengurusan (PAP) telah menganjurkan program ‘The Leadership Camp’ yang diadakan selama tiga hari di Kem Sintok UUM pada 29-31 Disember 2022. Program itu melibatkan seramai 111 pelajar terpilih yang terdiri dalam kalangan ahli majlis tertinggi dan jawatankuasa biro Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan Sesi 2022/2023. Pengarah Pusat Asasi Pengurusan, Prof. Madya Dr. Mohamed Ali Haniffa berkata, program ‘The Leadership Camp’ adalah program tahunan Pusat Asasi Pengurusan yang bertujuan untuk menerapkan proses kepemimpinan yang unggul, melatih peserta supaya menjadi individu yang mempunyai jati diri yang teguh, dinamik dalam membuat keputusan dan mampu bekerjasama dengan ahli kumpulan yang berbeza latar belakang. Sementara itu, peserta, Mohamad Mirza Hidayat yang juga Setiausaha I, Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan Sesi 2022/2023 berkata, banyak aktiviti yang disusun rapi bagi membentuk kem ahiran insaniah peserta dan membina idea kreatif pelajar menerusi aktiviti kebudayaan. Program tersebut turut diserikan dengan Majlis Apresiasi Staf Pusat Asasi Pengurusan, sesi penyampaian hadiah serta ucapan penutup oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Encik Huzaidy Hussain yang mewakili TNC HEPA. ASASI PENGURUSAN UUM 'THE LEADERSHIP CAMP' BANGUNKAN BAKAT KEPIMPINAN PELAJAR ASASI PENGURUSAN 42
Biro Kebajikan Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan Sesi 2022/2023 telah menganjurkan Program Asasi, Clean Up Day! pada 13 September 2022, dengan penglibatan aktif daripada semua pelajar PAPUUM, Kohort 9. Aktiviti gotong-royong merangkumi proses kemasan cat dinding laluan setiap kelas, aktiviti sisih, sapu, susun dan menghias kawasan kelas serta surau. Setiap kelas diberi pembahagian tugas yang berbeza. Sesi pertama dimulakan dengan kelas B dan E pada jam 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi, diikuti dengan kelas A dan D pada jam 10.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Menjelang tengah hari, makanan diagihkan kepada para pelajar sebelum kelas C dan F meneruskan aktiviti gotong-royong jam 2.00 petang. Program diakhiri dengan giliran kelas G, yang meneruskan aktiviti mengecat dan membersihkan peralatan gotong-royong. Sejurus tamat aktiviti Asasi, Clean Up Day! para pelajar teruja dengan perubahan suasana di PAPUUM yang lebih kondusif dan menarik. Mereka juga menunjukkan minat untuk turut serta dalam aktiviti Asasi, Clean Up Day 2.0! yang akan diadakan pada Semester 2. ASASI PENGURUSAN UUM Bersihkanlah segala sesuatu semampu kamu. Sesungguhnya Allah Ta'ala membangun Islam ini atas dasar kebersihan dan tidak akan masuk syurga kecuali setiap yang bersih. - HR Ath-Thabrani ASASI, CLEAN UP DAY! 43
Majlis makan malam Shukugakai merupakan program yang dianjurkan Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ), PASUM pada setiap tahun. Program ini diadakan bagi memupuk hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar RPKJ dan guru–guru melalui pengisian yang bersifat santai dan menghiburkan. Program telah berjaya dijalankan pada 7 Januari 2023, Sabtu di The Latitude, Hotel Armada, Petaling Jaya dengan bertemakan Masquerade. PASUM 44
Karnival Mini PASUM merupakan program yang telah dilaksanakan pada 5 Februari 2022 bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkenaan program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di Universiti Malaya. Program ini telah berlangsung dengan jayanya melibatkan seramai 452 pelajar dan diadakan di Dewan Pendeta, Kolej Kediaman Kesebelas (KK-11). PASUM KARNIVAL MINI PASUM / PROGRAM STUDY@UM 45