MPU 21032
PENHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E-F OLIO
BENDERA MALAYSIA LAMBANG PERPADUAN BANGSA DAN
NEGARA
SESI 1:2022/2023
PENSYARAH: PUAN HASANI BINTI GHAZALI
EIMAN NAIMI SHAZANI BIN EZRAL EZANI
(23DKM20F1018)
AMIRUL ZAFRAN BIN AMIR
(23DKM20F1006)
MUHAMMAD AMIR FAIZ BIN SYAHRIL
(23DKM20F1016)
ISI KANDUNGAN 3
Penghargaan 4
Pengenalan 5-6
7-8
Jalur Gemilang 9 -10
Sejarah Jalur Gemilang 11
12
Warna dan Bentuk Jalur Gemilang 13
Lagu Jalur Gemilang 14-19
Kepentingan Lagu Jalur Gemilang
20
Kepentingan Menghormati Bendera Kebangsaan 21
Faktor Bendera Malaysia Menjadi Lambang Perpaduan
Bangsa dan Negara
Rumusan
Rujukan
PENGHARGAAN
Assalamualaikum
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya
dapatjuga kami menyiapkan E-folio iaitu ‘Bendera Malaysia
Lambang Perpaduan Bangsa dan Negara’yang telah diusahakan
selama ini. Folio ini arnat penting buat kami memandangkan
perkara ini merupakan sebahagiaan dari isu-isu yang perlu
diketahui oleh generasi kini.
Sekalung penghargaan buat Pn Hasani binti Ghazali iaitu
pensyarah kami kerana kesudian beliau atas perkongsian ilmu bagi
subjek ini iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban kod MPU
21032.jasa beliau akan kami kenang sehingga ke akhir hayat.
Seterusnya, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa
kami kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami
sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih kerana memberikan
kami bantuan dari segi kewangan bagi memudahkan lagi urusan
kami di tempat pengajian.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-
sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-
masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai folio
kami amatlah dihargai. Budi kalian meluangkan masa untuk
membantu kami tidak akan dilupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihakyang telah membantu
kami secara langsung atau tidak langsuag sepanjang proses
pembuatan folio yang bertajuk ’Bendera Malaysia Lambang
Perpaduan Bangsa dan Negara’ ini dijalankan.
PENGENALAN
Bendera bukan sekadar sebidang kain yang diwarnakan dengan warna
serta lambang tertentu tanpa sebarang nilai dan makna. Bahkan ia
adalah alat simbolik untuk menyampaikan makna untuk mengidentifikasi
suatu kelompok atau kawasan tertentu. Begitu juga dengan Jalur
Gemllang. Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia
berbilang kaum. Warna kuning merupakan warna diraja dan
melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu. Warna merah menunjukkan
sifat gagah berani, dan warna putih lambang kesucian dan keikhlasan.
Sedangkan 14 jalur merah dan putih menandakan keanggotaan yang
sama dalam persekutuan terdiri daripada 13 buah negeri dan satu
kerajaan Persekutuan.
Anak bulan melambangkan Islam sebagai agama rasmi dan bintang 14
bucu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan
Persekutuan. Sebarang perubahan yang dilakukan boleh mengakibatkan
penghinaan terhadap Jalur Gemilang. Di samping itu, Jalur Gemilang
juga adalah simbol kuat yang dapat menyatukan kita sebagai sebuah
warganegara dan boleh memisahkan kita sebagai saingan atau musuh.
Ini kerana semua simbol yang terdapat dalam Jalur Gemilang mewakili
sebuah identiti bangsa, lantas ia memiliki hubungan yang erat dengan
emosi kolektif.
Pendek kata, ia mudah membentuk rasa kesatuan kalangan kita dan
dalam masa yang sama juga, mampu memancing emosi marah jika
berlaku penghinaan terhadap Jalur Gemilang. Justeru, semua tindakan
provokatif ini tldak boleh dilakukan kerana boleh meniup api sensitiviti
dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
JALUR GEMILANG
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-
40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama
diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti,
Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini
berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya,
N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.
Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang
diusulkan Datuk Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan
dikemukakan kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr
Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, urus setia
menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan
dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri
Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun
ditolak Jemaah Menteri ketika sebuah mesyuarat pada 11
September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997,
tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur
Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin
Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena
Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur
Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur
JALUR GEMILANG
Maksud terperinci nama Jalur Gemilang adalah seperti yang
berikut:
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14
jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera
Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang
sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari
Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan
negara.
GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan
cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur
Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu
melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat
Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun
sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan
dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara,
sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang
terang lagi jelas.
SEJARAH JALUR GEMILANG
Rekod terawal secara terperinci mengenai bendera di dalam budaya
Melayu adalah di dalam Sulalatus Salatin (atau Sejarah Melayu)
nukilan Tun Sri Lanang yang merupakan Bendahara Johor pada masa
itu. Dalam karya tersebutTun Sri lanang telah menjelaskan secara
terperinci tentang penggunaan panji-panji di Kesultanan Johor.
Menurutnya, Sultan Johor menggunakan panji berwarna putih bagi
melambangkan kesucian dan kekudusan; bakal raja juga
menggunakan panji putih namun berbingkaikan warna diraja iaitu
warna kuning;
Bendahara menggunakan panji-panji berwarna hijau; Temenggong
menggunakan panji berwarna hitam manakala Laksamana
menggunakan panji berwarna merah. Dinyatakan juga bahawa jikalau
Bendahara, Temenggong atau Laksamana merupakan seorang
kerabat diraja, maka bendera-bendera yang mereka pakai akan
berbingkaikan warna diraja.
Penggunaan bendera di dalam budaya Melayu tidaklah asing.
Seawal era Kesultanan Melayu Melaka lagi, terdapat rekod-rekod
mengenai penggunaan panji-paji berwarna merah dan lambang
bulan sabit oleh kerajaan tersebut. Malah, sejak seawal zaman
Kerajaan Majapahit lagi sudah terdapat bendera yang digunakan
iaitu bendera Sang Saka Getih-Getah Samudera atau Sang Saka
Gula Kelapa.
SEJARAH JALUR GEMILANG
Pada abad ke-17, hampir kesemua kerajaan Melayu menggunakan
bendera berwarna putih bagi bendera negeri mereka. Walau
bagaimanapun, apabila pihak penjajah British datang ke Tanah
Melayu, mereka telah menasihati semua kerajaan-kerajaan Melayu
untuk mengubah bendera mereka kepada bendera yang boleh
dibezakan antara negeri-negeri lain. Kesemua negeri-negeri tersebut
mengikuti nasihat British itu, kecuali Terengganu yang mengekalkan
bendera putih itu sehingga tahun 1925.
Apabila British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
persekutuan tersebut telah menggunakan satu bendera yang
mempunyai empat jalur melintang berwarna putih, merah, kuning
dan hitam, dengan satu bujur putih di bahagian tengah bendera yang
mengandungi seekor harimau. Bendera tersebut turut diguna pakai
bagi Malayan Union namun telah digantikan apabila tertubuhnya
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
WARNA DAN BENTUK JALUR GEMILANG
1. Jalur:
-Menggambarkan Bendera yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.
-Lambang jalur pada Bendera menggambarkan satu haluan yang lurus, hala
tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari
Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
2. Gemilang:
- Bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang
- Ianya memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu
melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam
mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di
luar negara.
- Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej
negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang
terang lagi jelas.
3. Warna:
Biru - Menggambarkan perpaduan rakyat yang terdiri daripada berbilang
kaum di negara ini seperti Melayu, Cina, India.
Merah - Warna merah menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam
mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta.
Putih - Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat dalam
mengangkat nama negara ke persada dunia
Kuning - Warna kuning melambangkan warna Diraja, secara khususnya
menggambarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan.
4. Lambang:
Bulan & Bintang - Menggambarkan Agama Islam sebagai agama
persekutuan negara.
Bintang Pecah 14 - Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan 1
wilayah persekutuan.
14 Jalur - 14 jalur berwarna merah dan putih yang sama lebar
menggambarkan 13 buah negeri anggota dan sebuah Wilayah
Persekutuan yang memiliki keanggotaan yang sama dalam
negara Malaysia.
LAGU JALUR GEMILANG
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang
KEPENTINGAN LAGU JALUR GEMILANG
Lagu jalur gemilang merupakan lagu kebangsaan yang
menggambarrkan symbol kebangsaan bagi negara Malaysia.
Selain itu, lagu kebangsaan juga mewakili tradisi,sejarah dan
kepercayaan bagi sesebuah negara dan rakyatnya.
Ketika lagu kebangsaan iaitu Lagu Jalur Gemilang dimainkan,
rakyat di negara Malaysia, walaupun berbeza kaum mereka
bangun secara serentak untuk menghormati lagu kebangsaan
yang sedang dimainkan dan didengarkan dengan penuh
perhatian sera menyanyikan lagu tersebut dengan penuh
semangat. Kepentingan lagu kebangsaan kepada rakayat
Malaysia meninggalkan impak yang besar kepada rakyat. Di
mana ia dapat membantu dalam menyatupadukan dan
mewujudkan perpaduan kaum di negara Malaysia, yang
berbilang kaum ini.
Lagu jalur gemilang dapat:
• Menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
• Meningkatkan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja.
• Memupuk perpaduan dan keharmonian.
• Meningkatkan usaha untuk memajukan diri sendiri.
• Mengingatkan rakyat Malaysia akan memuliakan , keindahan,
dan warisan negara ini.
• Mendidik rakyat agar menghormati negara Malaysia dan
mengembangkan lagi rasa perpaduan di kalangan mereka.
KEPENTINGAN MEHORMATI BENDERA
MALAYSIA
• Memupuk semangat cintakan negara
dan kemegahan negara.
• Melambangkan kemegahan negara
Malaysia.
•Semangat terus meresap ke dalam
jiwa kerana mempunyai aura yang
tersendiri.
• Melambangkan kedaulatan negara
kita
FAKTOR BENDERA MALAYSIA MENJADI LAMBANG PERPADUAN
BANGSA DAN NEGARA
Kita wajib mempunyai bendera kebangsaan kerana ianya dapat
membangkitkan semangat patriotik dalam jiwa rakyat pada
setiap generasi kini, dan generasi yang akan datang. Tambahan
pula, kita dapat menimbulkan rasa bangga terhadap negara
apabila bendera Malaysia dapat dikibarkan dan dikenali di serata
dunia.
Disamping itu, bendera juga menjadi tanda ketaatan dan negara
serta lambang kemegahan penduduk. Sehubungan dengan itu, ia
turut menjadi lambang rasmi negara serta lambang kedaulatan
negara. Tanpa adanya bendera jalur gemilang, maka tidak
wujudlah identiti negara Malaysia. Oleh itu demi mencapai
kegemilangan dan kemakmuran negara, setiap rakyat perlulah
memahami serta menghormati bendera jalur gemilang.
Bendera ialah simbol kekuatan dan kemerdekaan sesebuah
negara. Rasulullah SAW telah menunjukkan pentingnya perkara
ini setiap kali mahu memimpin pasukan perang.
Hadis riwayat AI- Bukhari [2847] dan Muslim [6299a menyatakan
"Sungguh aku akan memberikan al-rayah kepada seseorang,
ditaklukkan (benteng), melalui kedua tangannya, ia mencintai
ALLAH dan Rasul-Nya, Allah dan Rasul-Nya pun mencintainya.”
FAKTOR BENDERA MALAYSIA MENJADI LAMBANG PERPADUAN
BANGSA DAN NEGARA
Jalur Gemilang ialah symbol kejayaan dan kecemerlangan yang perlu
dihayati serta dihormati semua rakyat Malaysia andainya mahu
meneruskan kejayaan negara. Bendera Malaysia mewakili 14 jalur merah
dan putih sama lebar melintang bermula dengan jalur merah
melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada tolok bandingnya.
Bahagian atas bermula dengan jalur putih kedua bersilang sehingga jalur
putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan
yang sama dalam persekutuan 13 negeri dan wilayah persekutuan. Warna
biru tua atas sebelah kiri menegak dari atas hinggalah ke bawah jalur
merah yang kelima itu melambangkanperpaduan rakyat Malaysia,
terkandung di dalam nya anak bulan melambangkan islam sebagaia
ahgama rasmi Malaysia sebagaimana Perlembagaan Malaysia. Bintang
pecah 14 melambangkan perpaduan 13 negeri dan persekutuan. Warna
kuning anak bulan dan bintang melambangkan warna Diraja. Empat warna
itu melambangkan keberanian, kesucian, perpaduan rakyat Malaysia dan
kemuliaan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama dan ketua negeri di
Malaysia.
Daripada aspek kejuruteraan, pemasangan bendera secara
terbalik jelas satu penghinaan. Kejuruteraan menitikberatkan
ketepatan dan kesempurnaan sesuatu perkara. Justeru, Jalur
Gemilang bukan satu barang permainan. Sekiranya bendera
dipermainkan ia bermaksud satu percubaan merosakkan
keharmonian di Malaysia.
Keberanian rakyat Malaysia meningkatkan kemahiran dan
membangunkan ilmu sains,teknologi kejuruteraan seta inovasi baru
dapat dipertingkatkan demi membangunkan negara setaraf negara
maju.
FAKTOR BENDERA MALAYSIA MENJADI LAMBANG PERPADUAN
BANGSA DAN NEGARA
Banyak faktor yang menyumbang kepada perpaduan bangsa dan negara
disebabkan oleh bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Antaranya ialah,
perasaan hormat terhadap Jalur Gemilang yang diserap dalam jiwa
rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia terdiri dari pada pelbagai kaum, iaitu
kaum Melayu, China, India, Iban, Kadazan, Bidayuh dan banyak lagi.
Bendera Jalur gemilang menjadi salah satu titik utama perpaduan
sesama kaum, seolah-olah menjadi simbol bahawa mereka semua
adalah satu walaupun berasal dari kaum yang berbeza. Dengan adanya
perpaduan ini, rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni tanpa perlu
risau akan sebarang pergaduhan antara kaum kerana bendera yang
wujud dapat memberikan kesedaran kepada rakyat bahwa tiada guna
berbalah sesama sendiri. Dalam erti kata Iain, bendera Jalur Gemilang
dapat menyatukan setiap kaum di Malaysia seperti bak kata pepatah
‘Bersekutu bertambah mutu.
FAKTOR BENDERA MALAYSIA MENJADI LAMBANG PERPADUAN
BANGSA DAN NEGARA
Jalur Gemilang memberi keterikatan emosi kepada rakyat Malaysia
terhadap negara kerana dengan rakyat Malaysia akan mempunyai
perasaan cinta akan negara dengan mendalam dan berusaha
mempertahankannya. Jadi jika ada seseorang pelaku yang melakukan
vandalisme atau menterbalikkan Jalur Gemilang justeru, semua
Tindakan provokatif ini tidak boleh dilakukan kerana boleh meniup api
sensitivity dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Bahkan ia menunjukkan tiada rasa patriotism dalam kalangan
pelakunya. Mereka hilang semangat patriotism dan cintakan negara
demi agenda yang terselindung.
Provokasi sebegini akan menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati
kepada pihak lain tidak mengira bangsa dan agama hingga
mengakibatkan tindakbalas negative, sekaligus mengancam
ketenteraman masyarakat. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu
menghargai pencipta bendera Malaysia dan menghargai identiti
negara. Walaupun kita berbeza kepercayaan agama, bangsa dan
etnik, namun Jalur Gemilang merupakan identiti negara kepunyaan
Bersama. Ia perlu dijadikan asas perpaduan negara. Tanpa perpaduan
yang jitu, rakyat Malaysia yang berbeza bangsa, latar belakang dan
agama akan mudah diprovokasi dan dipecahbelahkan oleh pihak yang
mempunyai kepentingan mereka sendiri.
FAKTOR BENDERA MALAYSIA MENJADI LAMBANG PERPADUAN
BANGSA DAN NEGARA
Warna biru tua pada bendera Malaysia melambangkan perpaduan rakyat
Malaysia. Dengan adanya bendera Malaysia yang menjadi lambing
kedaulatan bagi negara kita, ia dapat membina perpaduan dikalangan
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum seperti Melayu, Cina , India dan
banyak lagi. Hal ini memberikan satu impak positif terhadap perpaduan
bagi setiap generasi kini dan masa yang akan datang. Jika wujudnya
kedaulatan di sesebua negara, maka perpaduan akan dapat diwujudkan
serta dapat dipupuk lagi di dalam kalangan kaum-kaum yang terdapat di
Malaysia. Kedaulatan merupakan kuasa yang tertinggi yang diuruskan oleh
seluruh wilayah yang terdapat di dalam sesebuah negara. Di samping itu
juga kedaulatan turut merupakan kekuasaan penuh untuk mengatur segala
hal yang ada dalam wilayah negara tanpa campur tangan orang luar.
Salah satu contoh kedaulatan yang kitab oleh ambil perhatian adalah
kedaulatan undang-undang. Kedaulatan undang-undang bermakna,
kerajaan dan rakyat keseluruhannya terikat oleh undang-undang dan wajib
mematuhi undang-undang. Sesebuah negara mestilah mempunyai undang-
undang agar sesebuah negara itu dapat ditadbir denga naman dan damai.
Selain itu, ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan
kes pergaduhan antara kaum, jenayah, sama ada jenayah berat atau
ringan. Tambahan pula, apabila undang-undang diutamakan, maka tiada
lagi ruang yang wujud untuk tindakan sewenangnya. Kedaulatan juga dapat
mempertahankan negara kita dari ancaman negara luar.
FAKTOR BENDERA MALAYSIA MENJADI LAMBANG PERPADUAN BANGSA
DAN NEGARA
Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menjaga kedaulatan negara kita. Salah
satu caranya adalah kita patuh kepada kedaulatan undang-undang. Kita
perlulah patuh kepada undang-undang yang telah ditetapkan di negara kita.
Hal ini kerana apabila kita patuh kepada undang-undang, maka kita takkan
sewenang-wenangnya ingin membuat jenayah atau kesalahan yang berat
atau ringan secara sengaja. Dengan itu, negara kita akan menjadi lebih
selamat, aman dan damai. Di samping itu juga, ahli falsafah undang-undang
Rom, Marcus Tullius Cicero pernah menyatakan bahawa kebahagiaan
sesebuah masyarakat itu bergantung kepada kepatuhan setiap individu
tehadap undang-undang.
Pernyataan ini jelas menggambarkan hubungan diantara sesame manusia
tidak akan berlaku dengan sempurna jika tiada peraturan dan undang-
undang. Hal ini demikian kerana kita dapat melihat beberapa negara luar,
apabila undang-undang dan keadilan tidak menjadi pasak utama, maka akan
berlakunya kacau-bilau yang sekaligus mengugat keharmonian masyarakat.
Seterusnya, keadaan tegang yang menggugat perpaduan juga boleh berlaku
berlaku di Malaysia sekiranya kita leka dan tidak mendukung prinsip keempat
Rukun Negara yang mendaulatkan undang-undang.
RUMUSAN
Bendera adalah sebahagian daripada identiti dan lambang kedaulatan
negara. Rakyat Malaysia sewajarnya menyemai semangat cinta akan
negara dalam diri. Oleh itu, usaha-usaha untuk memupuk semangat cinta
akan negara perlulah dilaksanakan dengan berterusan. Justeru, inilah
masanya untuk rakyat Malaysia berbilang bangsa memaparkan
semangat patriotik terhadap negara dengan cara mengibarkan Jalur
Gemilang sama ada di rumah, di premis perniagaan, di kenderaan, di
sekolah, institusi pengajian tinggi dan di taman-taman perumahan
sehinggalah ke desa-desa seluruh pelosok tanah air. Sekiranya
semangat petriotik tak dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat,
mereka tidak akan mempunya jati diri yang kukuh. Dengan kerjasama
semua lapisan masyarakat menjayakan usaha ini, semangat cinta akan
Jalur Gemilang dapat dipupuk dalam kalangan generasi masa kini dan
generasi akan datang.
RUJUKAN
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/138?language=my
https://www.getaran.my/artikel/gaya/10472/dahulu-berjalur-biru-
putih-kenali-asal-usul-jalur-gemilang
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia
https://www.pmo.gov.my/wp-
content/uploads/2019/12/bendera_kita_jalur_gemilang_2017_upscale.
pdf
https://www.researchgate.net/publication/354209078_Jalur_Gemil
ang_Lambang_Patriotisme_Bangsa_Malaysia