Sajak Roti
KOMSAS | BAIK BUDI INDAH BAHASA
PADA AKHIR PdPR, PELAJAR DAPAT:
• Mengetahui maksud, tema, dan persoalan sajak.
• Menyenaraikan sekurang-kurangnya DUA (2) nilai dan
pengajaran sajak dengan baik.
SAJAK ROTI Ahmad Syahrul Wahid
Dari cerobong dapur Bagi pemilik iman di dada
asap berjelaga berkepul sendawa itu tidak sempurna
terkecur liur masih ada beban di bahu
harum berbau juadah tersohor. mereka
warga miskin belum terbela
Perut yang lapar masih merintih lapar dahaga.
selera kian meggelepar
menanti roti dibakar Bila begitu selamanya
rangup dan segar kalimah syukur pun jelas
terhidang seumpama permaidani tertera
terhampar. di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
Kalau roti di depan mata percikan iman segar berwarna.
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera (Dipetik daripada Sajak Roti Antologi Baik
perut pun kenyang terasa Budi Indah Bahasa,Tingkatan 2,
tenang bersendawa. Dewan Bahasa dan Pustaka)
MAKSUD
Rangkap Maksud
1 Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera itu bangkit
kerana baunya yang harum.
2 Selera untuk makan roti bertambah apabila melihat roti
dibakar, kemudian melihat roti yang rangup itu terhidang.
Apabila roti sudah dihidangkan di hadapan mata, selera kian
3 meningkat. Protagonis makan roti itu sampai kenyang dan
bersendawa.
Bagi orang yang beriman dan mempunyai perikemanusiaan yang
4 tinggi, selepas berasa kenyang mereka teringat akan orang miskin
yang tidak mendapat makanan seperti mereka. Orang yang beriman
memikirkan tugas untuk membela orang miskin.
Jika banyak orang yang beriman, maka berkuranglah orang yang
5 menderita di dunia ini. Orang yang susah akan bersyukur kerana
mereka dibantu oleh golongan yang berada dan beriman.
TEMA
Orang yang beriman, ketika kenyang tidak
melupakan golongan miskin.
PERSOALAN
a) Apabila roti dibakar, baunya membangkitkan selera.
b) Ketika lapar manusia tidak dapat menahan nafsu
makan.
c) Apabila makan makanan yang sedap, manusia akan
makan sampai kenyang dan bersendawa.
d) Orang yang beriman tidak akan melupakan orang
miskin ketika mereka berasa kenyang.
e) Bersyukur apabila mendapat sesuatu merupakan
tanda keimanan.
BENTUK SAJAK
1. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Rangkap 1: 4 baris
Rangkap 2: 5 baris
Rangkap 3: 5 baris
Rangkap 4: 5 baris
Rangkap 5: 5 baris
3. Bilangan katanya dua hingga enam patah kata sebaris.
4. Terdiri daripada lima hingga empat belas suku kata
sebaris.
5. Sajak ini berbentuk bebas.
GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI
a) Hiperbola
sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih- lebihan
daripada maksud yang sebenarnya.
Contohnya, nafsu makan pun bergelora; melangit damai dirasa.
b) Metafora:
bersifat konkrit (nyata) dan menjadi objek umum untuk difikirkan,
bersifat abstrak (tidak nyata)
Contohnya, percikan iman.
c) Personifikasi.
sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak- tanduk
kepada benda-benda maujud, binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak.
Contohnya, selera kian menggelepar.
d) Simile.
Perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu iaitu seperti, umpama, bak,
bagai, ibarat dan sebagainya.
Contohnya, terhidang seumpama permaidani terhampar.
GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI
(e) Asonansi. Contohnya, Bagi pemilik iman di dada
(perulangan vokal i)
(f) Aliterasi. Contohnya, Bila begitu selamanya
(perulangan konsonan b).
(g) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah ialah abaa
dan rima akhir bagi rangkap kedua hingga kelima aaaaa.
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai Pengajaran
Nilai kesabaran Kita hendaklah bersabar ketika menunggu
untuk mendapatkan sesuatu.
Nilai Kita mestilah bersyukur dengan nikmat
kesyukuran kurniaan tuhan.
Nilai keimanan Kita haruslah melatih diri agar menjadi
orang yang beriman.